Zaki memapah Yasmin perlahan-lahan menaiki anak tangga itu. Kadangkala belakang badannya turut merasa sakit namun rasa itu cuba diusir pergi kerana Zaki mahu dia nampak sihat di mata Yasmin.
Yasmin memberhentikan langkahnya seketika. Tanganya berpaut pada besi penghadang tangga. Setelah hilang ngilu yang dirasa, Yasmin menapak lagi.
“ Takpe…saya boleh sendiri…” Yasmin mengelak daripada lengannya terus dipeluk Zaki. Sunguh Yasmin merasa sangat tak selesa.
“ Let me help my own wife, please?” Yasmin menarik nafas dalam. Sudahnya dia hanya menurut. Tidak punya tenaga untuk bertekak.
“ Awak nak pergi mana?” Zaki bertanya apabila Yasmin tiba-tiba mengarah ke arah bertentangan setelah mereka tiba di atas.
“ Bilik saya…”
“ Bilik tu saya dah renovate jadikan library untuk Iya…” ha? Yasmin blur.
“ Dah tu, saya nak tidur kat mana?” Yasmin rasa sungguh sayu. Seolah keputusannya untuk kembali ke rumah Zaki setelah pembedahan tempoh hari berjaya bagaikan satu keputusan yang salah.
“ Bilik kita kan ada…” bilik kita? Yasmin memandang ke arah yang ditunjuk Zaki. Itu bilik dia bukan bilik aku!
“ Itu bilik awak kan…” Yasmin cuma berdiplomasi.
“ Dulu. Sekarang bilik kita…” selamba je Zaki menutur. Langsung tidak menunjukkan riak bersalah.
“ Zaki…” Yasmin menahan tangan Zaki yang ingin menariknya ke bilik tersebut.
“ Just stay with me…” nada bicara itu kedengaran biasa-biasa saja. Tapi entah kenapa hati Yasmin seolah dipalu bertalu-talu hinggakan paru-parunya pun macam tak cukup oksigen nak bernafas!
“ Please…?” perkataan “please’ itu cukup melemahkan Yasmin. Padahal hanya mendatar saja ditutur Zaki. Namun Yasmin rasa Zaki seolah-olah sedang merayu-rayu dengan titisan air mata sambil berguling-guling mengharapkan persetujuannya! Memang hiperbola!
“ Fine…” membuatkan Yasmin menurut tanpa banyak soal.
“ Awak ni saya cakap sepatah dua je pun dah cair kan?”
“ Ha?”
Yasmin menggigit bibir. Isy!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ And finally, they live happily ever after….”
“ Yeay….!!!” Dalya bertepuk tangan riang. Yasmin tersenyum melebar. Ditutup buku itu dan dicium kepala anak itu lama. Sungguh Yasmin rindukan celoteh manja Dalya.
“ Iya nak dengar lagi. Cerita lain pulak…” pantas Dalya turun dari katil dan berlari keluar dari bilik itu.
“ Iya?” Zaki menegur anaknya tika dia baru ingin masuk ke dalam bilik.
“ Kejap, Iya pergi situ..” Dalya menuju ke arah library yang baru disediakan oleh papanya itu.
“ Ingatkan muka surat terakhir dia dah tidur. Ni kenapa bulat lagi mata dia tu?” Yasmin tergelak kecil memahami maksud bicara Zaki. Dia yang dimaksud sudah tentulah Dalya.
“ Dulu sampai lima enam buku saya kena baca. Satu mana cukup…”
“ Acik Min…ni pulak…” Dalya meletakkan buku besar yang dibawa ke atas katil terlebih dahulu. Kemudian baru dia memanjat naik.
“ Ni..” Dalya menyuakan buku tersebut lebih dekat. Dia duduk menyandar di badan Yasmin.
“ Iya…Acik Min kan tak sihat lagi….” Dalya memandang papanya. Sekilas dia menjeling.
“ Sihat lah…” muncung comel itu bersuara. Zaki menggeleng kepala. Yasmin terlalu memanjakan Dalya.
“ Mulut saya tak sakit pun la…” Yasmin berkias meminta pengertian Zaki. Tanpa menjawab Zaki melabuhkan duduknya di atas katil tersebut memerhati Yasmin yang sedang membuka buku dibawa Dalya tadi. Buku bertajuk ‘Snow Queen’ itu dipandang lama. Haisyy bosan! Dah bernanah dia dengar cerita-cerita dongeng begini. Tapi cerita begini jugalah yang digemari anak-anak kecil termasuk anaknya!
“ Papa nak dengar sekali, boleh?” Yasmin angkat kepala memandang Zaki. Berkerutan dahinya.
Apesal pulak nak dengar bed time story aku sekali ni? Tak boleh ke duduk tempat lain?
“ Awak tahu cerita ni…” Yasmin berniat menghalau sebenarnya. Dia tidak sanggup duduk berlama-lama dengan Zaki. Baru seminggu dadanya sudah rasa nak pecah. Ini kan pula perlu berinteraksi secara mesra-mesraan begini. Hei, ada kang aku masuk hospital balik!
“ Snow Queen?” Zaki angkat buku itu seketika.
“ Saya tak pernah baca pun…” selamba tutur Zaki mengundang kemusykilan di benak Yasmin. Biar betul?
“ Papa tak tau lah Acik Min. Bagi papa dengar eh? Iya duduk dengan papa, kita dengar sama-sama…” erk..? Yasmin lihat Dalya sudah beralih kedudukan. Anak kecil itu erat diribaan papanya. Sama-sama duduk menatap wajahnya tanpa riak langsung. Yasmin menggigit bibir.
“ Cepatlah…” sepatah bicara Zaki membuat Yasmin tersentak. Tanpa menunggu, dia terus membaca cerita buat kedua beranak itu. Ayah dan anak sama je!
“ Wuarghhhhhh!” setelah selesai bercerita Yasmin lihat Zaki menguap panjang. Manakala Dalya masih segar dengan mata bulatnya.
“ Snow queen mesti cantik kan Acik Min?”
“ Cantik…mestilah cantik….” Yasmin mengusap kepala Dalya perlahan.
“ Iya nak jadi macam Snow Queen lah…” Zaki menunduk melihat anaknya.
“ Saya dah boring dengar cerita ni…” eh?
“ Tadi awak kata tak pernah baca?” Yasmin menjeling sekilas.
“ Memanglah. Tapi dah pernah dengar. Dah berbulu dengar…” ek? Isy!
“ Iya, Snow queen mana ada cantik. Iya nak dengar cerita budak perempuan cantik tak? Dia lagiiiiii cantik dari Snow Queen….” ha, ada yang lagi cantik dari Snow Queen? Dalya terpancing. Jangankan anak kecil itu, Yasmin sendiri turut tertanya-tanya.
“ Nak! Nak!...” Dalya menjerit.
“ Sekejap papa ambil….” Zaki keluar dari bilik itu dan kembali dengan sebuah buku di tangan.
“ Siapa yang nak cerita?” Dalya teruja.
“ Papa lah…” Zaki tersenyum ceria.
“ Papa pandai cerita?” Dalya naïf bertanya.
“ Untuk anak papa, semua papa pandai…” terbit segaris senyuman di bibir Yasmin. Zaki Fakrullah memang seorang ayah yang penyayang.
“ Awak nak dengar sama?”
“ Ha?” Yasmin yang berangan tadi kalut seketika. Aku tak boleh dengar ke?
“ Okay, awak boleh dengar…” belum sempat Yasmin bertanya, Zaki memintas. Saja je.
“ Saya nak duduk sini…” tiba-tiba Zaki mendekati Yasmin yang sedang elok menyandar di kepala katil.
“ Sana lah sikit…” Zaki meminta. Yasmin dengan muncung di bibir mengesotkan sedikit punggungnya. Zaki sama-sama menyandar di kepala katil sepertinya. Kemudian Yasmin menarik Dalya ke dalam pelukannya erat.
“ Okey, papa nak cerita pasal Fatimah Az Zahra..”
“ Fatimah siapa pa?”
“ Fatimah anak Nabi Muhammad S.A.W. Iya tahu siapa Nabi Muhammad?”
“ Tahu!”
“ Siapa cerita?”
“ Acik Min…” Zaki tersenyum dan menoleh ke sisi. Diberikan ciuman sekilas ke kepala Yasmin membuatkan Yasmin tergamam.
“ Fatimah ni cantik sangat tau. Iya nak tahu apa yang cantik?” Dalya angguk laju.
“ Hati dia…” ooh…Dalya merenung Zaki.
“ Fatimah sayang sangat dengan ayah dia. Ada satu hari ni, ayah dia balik rumah dengan kepala dan badan yang penuh dengan pasir…”
“ Nabi Muhammad?” Zaki mengangguk sekilas mendengar pertanyaan Dalya. Anak itu cukup bijak. Cepat saja menangkap apa yang baru disebut.
“ Lepas tu masa ayah dia tengah sujud, Fatimah cepat-cepat bersihkan pasir tu. Dia sedih sangat tengok orang buat jahat pada ayah dia…”
“ Kesiannya….” kali ini Zaki dengar Yasmin yang menyahut. Dia merasa ingin tergelak melihat Yasmin yang terlebih fokus berbanding Dalya, namun ditahan rasa hatinya.
“ Lepas tu…..” panjang Zaki bercerita itu dan ini berkenaan keperibadian cantik milik puteri bongsu Rasulullah itu sehinggalah dia lihat Yasmin dan Dalya sudah lena tertidur di sisinya. Senyuman bahagia terukir di bibir Zaki. Dia menarik comforter di kaki sehingga ke dada. Perlahan Zaki menongkat dagu memerhati Yasmin yang pulas tidur di sisinya. Anak rambut yang jatuh menutupi dahi Yasmin dialihkan.
Tiba-tiba sebahagian isi surat arwah Fathia yang menceritakan tentang Yasmin dahulu berlegar-legar di mindanya.
Abang,
Yasmin tu wanita yang paling baik pernah Thia kenal. Walaupun luarannya kita tak nampak, tapi hati dia sebenarnya luhur dan jujur. Dia naïf sangat. Banyak perkara tentang hidup ni yang dia tak tahu. Banyak yang masih kosong dan kurang. Tapi Yasmin tak pernah malu nak bertanya, tak pernah malu nak belajar.
Sebab tu lah Thia harap sangat abang boleh bimbing Yasmin. Kalau kena pada gayanya, Min boleh jadi wanita yang sempurna, yang solehah di mata seorang suami. Malahan mungkin lebih baik dari Thia atas izin ALLAH. Suraya dah ada Qimi tapi Min tak punya sesiapa. Thia tak sampai hati tinggalkan dia sendiri. Hatinya perlukan tuntunan seorang yang bergelar suami. Dan suami itu Thia harapkan sebaik abang.
Thia yakin mengamanahkan Dalya kepada Yasmin dan Thia jua yakin mengamanahkan Yasmin kepada abang! Sayangi dia dan cintailah dia seperti mana abang membuka pintu hati abang yang seluasnya buat Thia dulu ye? Dan jangan sesekali terdetik di hati abang bahawa cuma Thia saja lah sebaik-baik isteri. Yasmin juga mampu, jika abang mahu.
Zaki menelan air liurnya. Sedikit sebanyak apa yang diberitahu Fathia ada benarnya. Yasmin sebenarnya wanita yang baik. Oleh kerana itulah Zaki tak pernah berhenti berdoa pada ALLAH agar membuka pintu hatinya buat Yasmin. Dan kini selepas lebih dua tahun hidup sebumbung dengan Yasmin, rasa kasih dan sayangnya kian mekar buat isterinya itu. Zaki kembali kuat untuk membina rumahtangga yang bahagia bersama Yasmin. Biarlah dicorak ikatan ini perlahan-lahan berlandaskan syari’at ALLAH juga atas izinNYA.
Zaki kemudian meletakkan buku bertajuk Puteri Kesayangan Rasulullah itu ke meja sisi. Sebenarnya buku itu milik Fathia dan cerita ini jugalah yang sering dibacakan Fathia buat Dalya semasa anaknya itu masih bayi dulu. Berbeza dengan Yasmin yang kerap mendodoi Dalya dengan cerita-cerita dongeng masa kini. Mungkin di mata orang, ini hal kecil. Tapi di mata Zaki didikan seperti inilah yang perlu dititikberatkan kepada anak kecil. Zaki berjanji di dalam hati. Jika dulu Fathia yang melakukannya, biarlah kini dia yang perlahan-lahan membentuk anak dan membiasakan isterinya itu dengan cerita-cerita srikandi dan wira Islam.
Ahhh Zaki tahu Yasmin bukan lah seorang isteri yang susah untuk dilentur. Melihatkan kerutan di dahi dan senyuman malu-malu itu sudah cukup meyakinkan Zaki, Yasmin sebenarnya punya hati padanya. Perlahan Zaki berbaring di sisi Yasmin. Tangannya digerak melingkari pinggang Yasmin. Dipeluk erat isterinya itu dari belakang seperti mana isterinya sedang erat memeluk Dalya di hujung sana.
Zaki merasakan ketenangan dan kebahagiaan menyelinap ke dalam sanubarinya. Ketenangan yang mula sirna dalam hidupnya sejak lima tahun lalu. Dia mahu ketenangan ini kembali dan berkekalan seperti mana dia mahu Yasmin kekal menjadi isterinya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Jadi ustaz awak?” Yasmin angguk pantas.
“ Tapi saya bukan ustaz lah…” Zaki tergelak kecil mendengar permintaan Yasmin yang menginginkan dia menjadi guru agama isterinya. Hello? Ingat ini sekolah ke?
“ Memanglah. Tapi awak kan pandai agama. Sama macam Thia. Awak jadilah ustaz saya eh. Tapi saya takde duit nak bayar gaji. Kiranya saya bayar awak dengan masak, kemas rumah, basuh baju…boleh?” keruh sedikit wajah Zaki mendengar bicara Yasmin. Pinggan yang ditatang ke dapur setelah selesai makan malam di letakkan ke dalam sinki.
“ Saya tak perlu jadi ustaz awak. Dan saya tak perlukan apa-apa balasan. Saya kan suami awak….” kelu Yasmin tiba-tiba.
“ Saya salah cakap ke?” sepatah-sepatah Yasmin bertanya. Dikerling Zaki yang sedang mencuci tangan.
“ Awak rasa?” Zaki kemudian berpaling dan berpeluk tubuh. Memerhati Yasmin yang kalut sendiri.
“ Saya mana tau…” Yasmin tunduk memandang ke bawah.
“ Min….” Zaki angkat dagu Yasmin. Dia ingin anak mata itu memandangnya.
“ Hmmm?” Yasmin tarik kening. Pelik dengan nada suara Zaki yang sedikit serius.
“ Awak harapkan apa dari saya?” Yasmin terdiam mendengarnya. Dia menggigit bibir.
“ Maksud awak? Awak nak jawapan yang macam mana?”
“ Jawapan yang jujur dari hati awak…” Zaki tenung anak mata Yasmin dalam. Dan Yasmin mengalihkan pandangannya seketika. Takut untuk menatap mata itu.
“ Sejujurnya, saya tak berani nak mengharap lebih dari awak…” Zaki melepas nafas berat. Jawapan jujur itu menyentap jiwa dan raganya sendiri. Namun Zaki tahu dia harus terima kerana semuanya dia yang mulakan. Benteng dan tembok antaranya dan Yasmin juga dia sendiri yang bina.
“ Kenapa awak tak berani?” Yasmin menggigit bibir lagi. Kenapa tiba-tiba Zaki bertanya soalan-soalan begini? Sungguh dia tak punya jawapan.
“ Awak jangan tanya soalan pelik-pelik macam ni boleh? Susahlah saya nak jawab…” Yasmin tiba-tiba menolak tubuh Zaki menjauh. Paip sinki dibuka dan dia mula membasuh pinggan yang ditinggal Zaki tadi. Yasmin mahu Zaki berhenti menanyakan soalan yang bukan-bukan padanya.
Zaki menelan air liur kelat. Yasmin kelihatan terlalu berhati-hati apabila berbicara soal hati dan perasaan.
“ Min….” tiba-tiba Yasmin rasa ada dua tangan sasa yang menyentuh lembut jemarinya dari belakang. Tangan itu turut sama membasuh pinggang mangkuk yang ada di situ. Yasmin jadi kelu. Terhenti pergerakannya tiba-tiba. Namun tangan Zaki masih kejap dan menggerakkan tangannya. Yasmin dapat rasa belakang badannya bersentuhan dengan tubuh Zaki. Pipi lelaki itu juga panas melekap di pipinya.
“ Awak takut nak berharap pada saya sebab awak kecewa dengan saya?” desah nafas pertanyaan Zaki menampar pipi Yasmin. Yasmin terdiam tanpa jawapan.
“ Min…awak kecewa dengan saya ke?” soalan itu Zaki ulang membuat Yasmin menggeleng laju.
“ Min…tolong jangan pernah ada rasa kecewa pada saya dan jangan pernah berhenti berharap pada saya, boleh?” tulus nada suara Zaki meminta.
“ Kenapa?”
“ Sebab saya lebih kecewa pada diri saya sendiri sepanjang dua tahun ni. Tolong saya Min….” Yasmin rasa pipinya basah. Basah? Dia tidak menangis…jadi Zaki yang..?
“ Tolong apa?” bagaikan keluar tak keluar suara Yasmin. Dia takut! Adakah Zaki ingin dia pergi lagi dari sini? Meninggalkan lelaki itu hanya bersama Dalya, tanpa ada dia? ALLAH…dia tidak sanggup!
“ Tolong kembalikan harapan awak pada saya. Biar saya beringat yang saya masih punya awak. Dan biar saya sedar yang saya ada awak dalam hidup saya, please?” jatuh air mata Yasmin mendengar permintaan itu.
“ Tapi saya takut….” serak suara Yasmin menutur. Dan tidak semena-mena Yasmin rasa tangan sasa Zaki semakin kuat memeluknya.
“ Kalau awak takut, nanti saya tak kuat Min…” bersungguh Zaki meminta.
“ Thia….”
“ Syuuhhh….” Zaki cepat memintas bicara Yasmin.
“ Thia akan gembira tengok awak dengan saya, percayalah…” Yasmin memejamkan matanya rapat.
“ Tapi…..”
“ Min…..” Zaki memusingkan tubuh Yasmin untuk berdepan dengannya. Dia memegang kejap kedua-dua belah pipi Yasmin.
“ Awak tak perlu menangis sebab saya, Zaki…” tanpa disangka, Yasmin yang terlebih dahulu bertindak. Dia mengelap pipi Zaki yang basah dengan air mata.
“ Tapi Min…”
“ Zaki….awak tak boleh paksa saya kembalikan harapan saya pada awak. Hati saya tak punya kekuatan tu. Harapan saya dah hancur berderai sebelum ni…”
“ Tapi saya….”
“ Zaki…saya tak pernah paksa awak untuk terima, cinta dan sayangkan saya kan?” sekilas Zaki menggeleng.
“ Jadi, biarkan segalanya berjalan sebagaimana yang ALLAH nak. Jika DIA mahukan saya kekal di sini, saya akan tetap di sini tanpa awak minta….”
“ Min…” Zaki lihat Yasmin mula mengelap pipinya sendiri. Dan perlahan Yasmin menyium lembut kedua belah pipi Zaki. Zaki sebak lagi.
“ Jangan paksa saya, sebab saya pun tak pernah paksa awak…” perlahan Yasmin berlalu pergi meninggalkan Zaki sendirian di situ. Dan Zaki? Dia diam memerhati langkah Yasmin dengan ekor mata dan sebak di dada.
Tiba-tiba Zaki lihat Yasmin berpaling semula padanya. Zaki berkerutan.
“ Ajar saya apa perasaannya dan macam mana nak bercinta dengan awak…sebelum awak minta saya kembalikan harapan saya pada awak….”
Dan bicara itu, membuat Zaki tersenyum lebar bersama sebak yang masih tersisa.
11 comments:
bila nak habis nie????? tak sanggup nak tunggu:)
sambung lagi
hope diaorang live happily ever after macam cerita dongeng tuuu..hehe
wowww...akak sukee sangat cite nih..belum abiskan...harap cepat sambung ekk..yesss biar zaki rasa apa yg min rasa selama nih..jual mahal sket min...
heeeee. sukeee sukeee!!
nak lagi cik writer!!
wwwiiii...
hepi ending ya..
bila nak smbung???
huhu~
bla nak smbungnya??hope hepi ending maaaa~
best3... nak lagi...
:) moga kesudahan cerpen ini...cik yasmin menemui kebahagiaannya untuk selama2nya...
when u want to continue this story?????:(almost everyday i open your blog just to know yg dis story da ade smbungan ke blom..;(
terbaik aah. cecepat smbg ek cik penulis. makasih bebyk maah
alahai.... kenapa sweet sangat cerita nie?? huhu...
kalau ada button like.. saya like 100x!
Post a Comment