PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Friday, November 18, 2011

Cerpen : Setia Ku Di sini (1)


           “ Kalau saya dah takde. Dah pergi jauh. Awak akan kenang saya, doakan saya sama macam awak kenang dan doakan arwah Fathia tak?” Zaki kalih ke sisi. Menatap bening mata itu yang kelihatan begitu tulus merenungnya.
            “ Kenapa tanya macam ni?” Zaki sebak sendiri.
            “ Saja…” Yasmin mengalihkan pandangannya.
            “ Saya tak pernah dapat hati dan cinta awak. Jauh di sudut hati, saya cuma berharap masih ada belas ihsan awak untuk doakan saya…sedekahkan Al-Fatihah untuk saya. Setidaknya masih ada doa seorang suami yang mengiringi saya nanti….”
            Zaki menggigit bibir. Kenapa Yasmin kelihatan begitu lemah? Kenapa Yasmin kelihatan begitu rapuh? Yasmin yang dia kenal bukan begini.
            “ Min…”
            “ Saya tak apa-apa. Saya cuma tanya. Urm…awak abaikan jelah soalan saya tadi. Dah petang ni, awak pergilah balik…” Yasmin cepat-cepat berdiri. Sebelum air matanya tumpah di situ, dia rasa lebih baik dia beredar.
            “ Min….” Yasmin mematikan niatnya. Dia toleh sekilas.
            “ Tak boleh ke saya temankan awak lama sikit?” Yasmin senyum segaris.
            “ Tak perlu Zaki. Selama ni pun saya memang sendiri. Jadi, biar lah saya terus bersendiri. Jangan biarkan saya mula bergantung pada awak. Nanti saya sendiri yang susah…” Zaki menelan air liurnya kelat.
            “ Lagipun masa melawat dah nak habis. Baliklah. Kesian kat Iya. Dia mesti tunggu awak lama…”
            “ Awak macam mana?” Zaki cepat-cepat mencantas bila dia lihat Yasmin sudah mula bergerak meninggalkannya.
“ Hentikan semua ni Zaki. Jangan pernah kisah pasal saya lagi sebab sebelum ni pun awak memang tak kisah kan. Jangan sebab awak tahu saya sakit, awak nak tumpahkan sepenuh perhatian awak pada saya. Saya tak biasa…dan saya tak suka….” tersayat hati Zaki mendengar butir bicara isterinya itu.
Salah aku ke atas semua yang berlaku ni? Aku silap dan berdosa sebab abaikan perasaan dia selama ni? Tapi aku tak berniat…aku tak mampu nak menipu. Aku tak boleh nak bohong. Cinta aku masih utuh untuk Fathia. Bukan niat aku nak menolak cinta dia…
ALLAH…adakah ini balasannya untuk aku? KAU nak ambil Yasmin yang setia pada aku sebab selama ni aku tak jaga dia? Macam tu ke? YA ALLAH kenapa mesti Yasmin yang KAU uji? Dia perempuan dan isteri yang baik YA ALLAH…
Zaki memandang sepi wanita yang masih lengkap berbaju hijau tanda dia salah seorang penghuni di hospital tersebut berlalu pergi meninggalkan dirinya di bangku taman itu.
Dan Yasmin…masih seperti selalu. Mengelap pipinya yang basah dengan air mata. Berlalu sendiri. Masih tanpa sepengetahuan Zaki…dan ia akan tetap kekal begitu. Yasmin menahan sebak di dada.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            “ Papa….” Zaki mendepakan tangan. Memeluk erat tubuh kecil di dalam pelukannya itu.
            “ Papa pergi mana? Kenapa lambat ambik Iya?” Zaki cium pipi gebu itu sekilas.
            “ Papa pergi hospital sayang…..”
            “ Papa tengok Acik Min?” Zaki mengangguk perlahan.
            “ Iya rindu kat Acik Min…” terhiris lagi perasaan Zaki hari itu.
            “ Nanti bila-bila, papa bawak Iya pergi jumpa Acik Min ye?” Dalya tersenyum ceria.
            “ Kenapa tadi papa tak ambil je Iya. Kita boleh pergi sama-sama…” seketika anak kecil itu memuncungkan bibirnya.
            “ Papa dari office tadi. Terus ke hospital. Mana sempat nak ambil Iya…” Zaki cuba berdalih.
            “ Oke. Lain kali papa janji bawak Iya sama tau?” anak kecil itu menghulurkan jari kelingkingnya.
            Namun Zaki memandang kosong perilaku anaknya itu. Dia tidak sanggup menghulurkan jari kelingkingnya untuk turut sama berjanji. Masih terngiang-ngiang pesanan Yasmin padanya tempoh hari.
            “ Tolong jangan bawak Iya datang jumpa saya. Saya tak nak dia tengok keadaan saya yang tak berdaya macam ni. Dan saya takut, hati saya sakit setiap kali saya tengok dia. Sebab saya tahu, saya takkan boleh lama dengan dia. Saya sayang anak awak tu sangat-sangat. Tolong saya ye?”
            Zaki menggigir bibir lama.
            “ Dah lah sayang…jom balik…” Zaki perlahan menarik tangan anak kecil itu.
            “ Papa tak janji dengan Iya lagi!” namun pergerakannya terhenti akibat ditarik Dalya.
            “ Nanti ye sayang. Papa tak boleh nak janji. Kalau papa janji lepas tu mungkir, kan berdosa..”
            “ Tapi papa boleh sebut InsyaALLAH….” terdiam Zaki di situ. Keningnya bercantum menjadi satu.
            “ Siapa ajar Iya cakap macam tu?”
            “ Acik Min…” ceria saja wajah anak kecil itu bila berbicara tentang ibu tirinya itu.
            “ Acik Min kata, kalau tak boleh nak janji, kita boleh sebut InsyaALLAH. Maksudnya Dengan Izin ALLAH. Kalau ALLAH bagi, papa boleh bawak Iya jumpa Acik Min…kan?” anak kecil itu masih menarik-narik tangan ayahnya. Minta diberikan sebuah janji itu.
            “ Kita balik dulu ye sayang. Papa dah belikan Iya KFC tu. Ada dalam kereta. Jom…”
            “ KFC?? Nak…nak! Iya lapar da ni. Jom….”
            “ Lambai cikgu Iya tu dulu….” kemudian anak kecil itu berpaling. Melihat terus ke muka pintu taska yang dihuninya sepanjang hari. Selama ketiadaan ayahnya untuk menjaganya kerana keluar bekerja.
            “ Bye Teacher Zara…..!”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            Lima tahun lalu…
            “ Siapa Zaki tu Thia? Boyfriend kau eh….” Yasmin mula mengusik Fathia, sahabatnya yang kini sedang dirisik seorang jejaka yang dia sendiri tidak kenal.
            “ Hei…bukan boyfriend lah. Haram tau benda-benda macam tu…” Yasmin memuncungkan bibirnya. Maklum dengan ketaatan dan indahnya kepatuhan Fathia pada hukum ALLAH. Sebab tu dia kagum sangat dengan peribadi Fathia.
            “ Yela Ustazah Thia. Kalau bercakap dengan awak ni, mesti tak boleh menang. Siap-siap keluar semua ayat Al-Quran dengan hadis-hadis Nabi yang awak hafal tu kan…” Fathia tersenyum manis melihat wajah cemberut Yasmin.
            “ Al-Quran tu kan ke surat cinta ALLAH untuk kita. Sunnah Nabi tu pulak peninggalan teristimewa dari dia untuk kita semua. Rugi tau kalau dalam hidup ni, kita tolak tepi semua benda tu…” kini Yasmin pula yang tersengih. Dicium lama pipi Fathia di sisinya.
            “ Muaaahhh!”
            “ Ei…apa ni cium-cium pipi aku pulak! Geli lah kau ni…” Fathia mengosok-gosok pipinya kasar. Ditolak Yasmin yang elok bersila di sisinya itu.
            “ Habis kau baik sangatlah. Kalau aku lesbian, dah lama aku jatuh cinta dengan kau tau! Kalau aku lelaki pulak, dah lama aku ambil kau buat jadi isteri. Sebelum orang lain rembat. Hui…pendek kata bahagialah hidup kalau ada isteri macam kau!…”
            “ Heiiiiii! Mintak simpang! Melalut je kau petang-petang hari ni…” Fathia mengalihkan duduknya lebih jauh.
“ Kenapa? Kau ada hati dengan aku ke?”
            “ Euwww! Tak kuasa aku! Aku perempuan lurus okay? Aku cuma bagi perumpamaan aje. Ni lah susahnya cakap dengan kau. Tak sastera…berkias sikit pun tak faham…”
            “ Elehh…mengamuk pulak…” Fathia perlahan melarikan tangannya ke arah timbunan kain yang masih belum sempat dilipat.
            “ Eh, kau sengaja lari topik kan? Aku tanya Zaki tu siapa?”
            “ Kau dengar dari mana pasal Zaki ni?” Fathia renung Yasmin sekilas.
            “ Ter…..” hehehe…Yasmin tayang sengih kerang busuknya.
            “ Ter apa pulak kali ni?” Fathia buat muka. Maklum jika ‘ter’ yang disebut Yasmin, bermakna perkara itu tidak sengaja dilakukan.
            “ Aku terdengar umi cakap dengan kau pasal Zaki. Bukan aku sengaja nak curik dengar. Dah ter kan. Kira rezeki aku lah dengar tu…” Fathia mencebikkan bibirnya.
            “ Zaki tu anak saudara umi…” oohh…Yasmin angguk sekilas.
            “ Tak pernah tahu pun?” Yasmin angkat kening.
            “ Pasal anak saudara umi tak tinggal kat Malaysia pun. Dia membesar kat Makkah….”
            “ Huiyooo Makkah? Tempat orang selalu naik haji pi umrah tu? Dia tinggal situ?!” Fathia geli hati melihat Yasmin membulatkan matanya dengan mulut terlopong itu. Nampak terkejut sungguh dia bila diceritakan tentang Zaki.
            “ Yela Makkah yang tu lah. Ada yang lain ke?” eh? Cepat-cepat Yasmin tutup mulut.
            “ Hei, pekena aku pulak!”
            “ Yela dah soalan kau tak logik…”
            “ A’ahlah…aku pernah ingat umi cakap adik dia ada tinggal kat sana. Maybe Zaki tu anak adik umi kot…” Yasmin cuba-cuba mengingat. Terbayang wajah mulus Umi Umairah. Pemilik rumah anak yatim tempat dia, Fathia dan seorang lagi kawan mereka iaitu Suraya menumpang kasih.
            Di rumah anak yatim itulah, Yasmin mula mengenali Fathia dan Suraya. Dua orang kanak-kanak perempuan yang juga senasib dengannya. Yasmin, Fathia dan Suraya membesar bersama. Sehingga sudah keluar daripada rumah anak yatim itu pun mereka mengambil keputusan untuk tinggal bersama. Walaupun kini mereka telah mempunyai kerjaya masing-masing, namun di setiap sela masa yang terluang mereka pasti akan menjengah ke Rumah Titian Umairah itu. Menjadi pembantu dan penasihat tak bertauliah anak-anak kecil yang menghuni di situ. Yang juga punya cerita dan kisah sedih seperti mereka.
            “ Maksudnya kau kenal Zaki kat Rumah Titian?” Yasmin cuba meneka.
            Fathia angguk sekilas.
            “ Lepas tu dia dok stalker kau, jatuh cinta pandang pertama kat kau dan dia suruh umi risik kau untuk dia?”
            “ Mana kau tahu?!” tegak batang tubuh Fathia.
            “ How sweetttt!” Yasmin mula menepuk kedua belah tangannya.
            “ Hei…..” Fathia menolak kasar bahu Yasmin.
            “ Aku tanya mana kau tahu?!”
            “ Isy…aku ni peminat tegar drama Melayu kan. Scene-scene yang berlaku dalam hidup kau ni aku boleh teka sekelip mata je tau!” Yasmin tayang muka bangga.
            “ Ei hidup aku hidup aku lah. Mana nak sama dengan drama-drama yang kau tengok tu…”
            “ Kau Melayu kan? Drama yang aku tengok pun Melayu what. Sama lah tu! Eiii…happy nya kawan aku dah nak kahwin….!!!” Yasmin memeluk erat Fathia di sisi.
            “ Siapa cakap aku nak kahwin?” ha? Serta-merta lepas pelukan Yasmin.
            “ Kau tak terima ke?” lopong besar mulut Yasmin.
            “ Entah! Aku tak kenal lah Zaki tu….” Yasmin tarik kening.
            “ Umi tu baik lah. For sure anak buah dia pun baik…”
            “ Yeke?”
            “ Yelah!”
            “ Then kena terima lah ni?”
            “ Hello? Ustazah yang bertudung labuh ni tanya aku yang tak cukup ilmu agama, yang free hair ni? Silap besar tu. Kau kena tanya ALLAH, DIA ada jawapan. Aku takde jawapan….” Fathia tersenyum melebar mendengar bicara Yasmin.
            “ Thanks Min….” Fathia memeluk Yasmin kejap. Terpana Yasmin seketika namun dibalas juga pelukan itu erat.
Sungguh Yasmin begitu kasihkan Fathia. Fathia sahabatnya yang baik. Tak pernah mencemuhnya atau meminggirkannya meski mereka punya corak hidup yang berbeza. Kehidupannya lebih sosial, lebih lepas laku. Cukup berbeza dengan Fathia yang penyantun, lemah-lembut dan tinggi ilmu agamanya itu. Dibesarkan di tempat yang sama tidak bermaksud mereka akan terdidik dengan acuan yang sama. Dalam setandang pisang pun tak semua buah itu baik untuk dimakan kan?
Di antara mereka bertiga hanya dia yang tidak bertudung. Hanya dia yang bebas dan mesra untuk bergaul dengan sesiapa sahaja. Berbeza dengan Fathia dan Suraya. Namun itu tidak bermakna Yasmin tidak boleh bersahabat baik dengan Fathia dan Suraya. Fathia selalu ada untuk menasihatinya perihal agama secara berhemah dan tanpa paksaan. Sikap terbuka Fathia dan kematangannya bersahabat tanpa sedikit pun pernah mengguris hatinya menyebabkan Yasmin begitu menyenangi Fathia. Yasmin cuma berharap semoga satu hari nanti dia akan menjadi seperti Fathia dan Suraya. Wanita yang kukuh pegangan agamanya….memang itu doa Yasmin sejak lama dulu. Namun Yasmin tak pasti bila saat itu akan tiba.
“ Hei…” Yasmin melepaskan pelukan Fathia tiba-tiba.
“ Kau ambillah aku jadi pengapit eh. Kau jangan ambil Su, aku kan lagi cantik dari dia….”
“ Pardon?!! Siapa yang lagi cantik dari aku?” eh? Serentak Yasmin dan Fathia menoleh ke arah pintu. Tidak sedar sejak bila Suraya pulang dari kerja. Mereka tak dengar bunyi kereta pun?
“ Eh, awal kau balik?”
“ Tak payah nak tukar cerita. Siapa yang perasan cantik sangat tu? Kau ke?”
“ Eh mana ada. Kau salah dengar tu…” Fathia tergelak kecil melihat Yasmin yang cuba memenangkan dirinya.
“ Su, here come a bit closer. Aku ada cerita best untuk kau…” Yasmin dengan nada ceria menepuk sofa yang kosong di sisinya. Perlahan Suraya yang masih keletihan menurut sahaja.
“ Cerita apa?”
“ Ad member kita nak bina masjid!!”
“ Ha…? Siapa…??” terlopong terus mulut Suraya. Tidak ada ribu, tidak ada angin, tiba-tiba ada ahli rumah ni yang nak kahwin? Kenapa dia tak tahu?
“ Siapa lagi? Ustazah Fathia kita laaaaa…..” Yasmin mendepakan tangannya ke arah Fathia.
“ Thia…..kau dah nak kahwin ke?” tiba-tiba suara Suraya berubah sedih. Panjang muncungnya. Pelik Yasmin dan Fathia melihatnya.
“ Kenapa? Kau tak happy ke kalau aku nak kahwin?” Fathia sebak.
“ Mestilah sedih! Mana boleh kau kahwin dulu. Kan dari dulu aku dah cakap aku yang nak kahwin dulu!” Fathia dan Yasmin berpandangan sesama sendiri. Melopong mulut masing-masing.
“ Hoi…kau ni kan! Suka buat orang nervous tau!” Yasmin menggoncang-goncang leher Suraya rakus.
“ Hoi hoi apa ni. Tercekik aku laa!” Fathia tergelak besar melihat telatah dua sahabatnya itu.
“ Thia…sebab tu aku kata jangan ambil Su jadi pengapit. Biar aku je jadi pengapit kau…”
“ Ehh…..” tegak batang tubuh Suraya tiba-tiba. Ewah-ewah sedap je mengata kan.
“ Dah lah. Tak payah gaduh-gaduh. Kalau memang ada rezeki aku kahwin dengan dia, aku tak nak bersanding pun. Cukuplah yang wajib-wajib aje. Bersanding tu kalau setakat nak tunjuk, pamer dan riak dah lain jadi nya tau….” erk? terdiam dan terkunci terus mulut Yasmin dan Suraya sebaik mendengarkan patah bicara Fathia itu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            Tengahari itu mereka berkumpul beramai-ramai. Sudah lama mereka tidak bersua semenjak Fathia bergelar isteri orang.
“ Sayang nak apa? Abang pergi ambilkan….” Fathia dongak ke atas mencari anak mata Zaki.
            “ Apa-apa pun boleh. Thia tak kisah….”
            “ Okay. Duduk sini diam-diam tau?” Fathia angguk menurut.
            “ Amboi…pengantin baru! Kelas kau Jah! Sayang betul Zaki kat kau kan…” Suraya menyenggol teman baiknya itu.
            “ Pengantin baru apanya? Dah enam bulan kahwin tau. Perut aku pun dah berisi…”
            “ Kira barulah tu sayang oii. Baru nak ada first baby. Eii tak sabarnya aku nak dapat anak buah..!!” Yasmin menggosok-gosok tangannya dengan wajah ceria.
            “ Kau tu memang. Aku nak kahwin kau yang happy. Sekarang aku yang pregnant, kau pulak yang tak sabar?”
Yasmin memuncungkan bibirnya.
            “ Ala kau ni. Kedekut betul. Nak tumpang bergembira pun tak boleh. Apa pun tak boleh…” hahahahaha! Suraya dan Fathia tergelak besar melihat wajah itu. Yasmin selalu saja menayang muka monyoknya kalau tak puas hati. Manja betul!
            “ Ei..kuat merajuk! Yela nanti baby aku lahir, kau jadi ibu dia..puas hati?”
            “ Nak! Nak!...” eh? Yasmin berkerutan.
            “ Eh tapi mak angkat jela. Hehehe..kau, aku nak campak mana kan?”
            “ Takpe nanti aku biarkan kau sorang-sorang je jaga dia, biar tau rasa…” Fathia mencebikkan bibirnya.
            “ Alaaa! Aku tak nak jaga sorang. Aku nak jaga dengan kau. Kita jaga sama-sama le eh…” Huh! Fathia menjelingkan matanya lembut.
            “ Ei, sombong betul mak buyung ni!” Yasmin menampar lembut lengan Fathia.
            “ Auw! Isy…mana boleh pukul aku. Kesian baby tau…”
            “ Kenapa ni sayang?” tiba-tiba saja Zaki kembali dengan dua buah pinggan di tangan yang penuh dengan makanan. Diletakkan pinggan tersebut di atas meja. Dan ditarik kerusi di sebelah Fathia rakus.
            “ Min ni. Dia buli Thia!” e’eh mak buyung ni! Yasmin menjengilkan matanya besar. Disengihkan wajahnya di hadapan Zaki.
            “ Eh mana ada Zaki. Saya tak kacau dia pun, isteri awak ni yang carik pasal dengan saya dulu…” Zaki menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Sungguhlah macam budak-budak perangai isterinya bila berkumpul bersama teman-teman baiknya ini. Hummm…
            “ Dah lah sayang. Hei ada je yang nak digaduhkan. Cuba duduk elok-elok…” Zaki menarik pinggan mendekati Fathia.
            “ Min…aku pergi ambil makanan dululah. Kau nak apa? Aku ambilkan sekali…” Suraya perlahan bangun dan melirik Yasmin di sisinya. Lama Yasmin diam.
            “ Hoi, cepatlah!”
            “ Urm…sama macam kau lah…”
            “ Okay….”
            “ Kami makan dulu eh?” Zaki melihat Yasmin sekilas.
            “ Eh jemput-jemput. Takpe makanlah dulu. Nanti baby dalam perut mak buyung ni menendang-nendang pulak sebab kelaparan…” Yasmin menjuihkan bibirnya ke Fathia.
            “ Abang…tengok tu! Min mengata Thia…” Zaki sengih seketika.
            “ Betul lah tu. Dah cepat makan. Nah makan sayur ni banyak-banyak. Biar baby sihat…” perlahan Zaki meletakkan sayur-sayuran di atas pinggannya ke pinggan Fathia. Yasmin diam-diam memerhati merpati dua sejoli ini dengan senyuman melebar.
            Beruntungnya Fathia dapat suami sebaik Zaki. Sepanjang pengamatannya selama Fathia menjadi isteri Zaki, lelaki itu sangat baik dan teliti menjaga Fathia. Zaki menatang Fathia bagaikan minyak yang penuh. Dijaga dan dibelai selayaknya. Memang ALLAH tu adil sangat. Fathia yang baik dan penyantun ni, yang kukuh ilmu agamanya ditemukan dengan jodoh sebaik dan sesempurna Zaki. Yasmin berdoa jauh di sudut hati, semoga perkahwinan sahabat baiknya ini akan kekal sehingga ke akhir hayat.
            Thia baik, sebab tu dia dapat suami baik. Habis aku ni, dengan siapa agaknya ALLAH nak jodohkan ye? Kalau dapat suami yang sama cetek ilmu agamanya macam aku? Habislah! Jauh Yasmin mengelamun merenung Zaki yang sedari tadi tidak pernah lelah melayan Fathia.
            “ Abang…tadi kan Min kata dia nak jaga baby kita…” ha? Tersedak Yasmin seketika bila ungkapan gurauannya tadi dipanjangkan Fathia kepada Zaki.
            “ Kenapa Min nak jaga anak kita pulak?” Zaki berkerutan.
            “ Eh mana ada! Heii kau ni kan…” Yasmin membulatkan matanya merenung Fathia.
            “ Saya main-main je Zaki. Jangan percaya cakap Thia ni. Suka sangat pekena saya….” Yasmin kalut menerang. Ditoleh wajah Zaki sekilas. Wajah itu diam sahaja. Tidak senyum tidak apa. Tiba-tiba Yasmin sedikit gentar.
            “ Don’t worry lah…saya tahu awak main-main…” fuhhh…lega Yasmin bila wajah itu mula tersenyum.
            “ Tapi kalau betul pun, saya sendiri takkan benarkan. Cuma Thia sorang je yang boleh jadi ibu pada anak-anak saya. Saya takut rosak anak saya kalau bagi awak jaga….”
            Berubah terus wajah Yasmin sebaik mendengar bicara itu. Mati senyumannya. Meski nadanya jelas sekadar gurauan, namun gurauan Zaki kali ini benar-benar menusuk ke hati. Meresap ke seluruh urat sarafnya. Kelu lidahnya. Kelat air liur yang ditelan.
            Teruk sangat ke aku di mata seorang lelaki yang baik macam Zaki ni?
            Fathia tergamam mendengar bicara suaminya. Dikerling wajah Yasmin yang keruh. Fathia mengutuk dirinya sendiri. Kerana gurauannya, Zaki tanpa sedar telah menyakiti hati Yasmin sahabatnya itu. ALLAH…aku tak berniat.
            “ Abang….” Fathia pegang kejap tangan suaminya di bawah meja. Zaki menoleh sekilas. Fathia hanya memberi isyarat melalui pandangan mata. Dan Zaki bertindak mengerling wajah Yasmin di depannya pula. Zaki menggigit bibir perlahan.
            “ Makanan dah sampai!” tiba-tiba suara ceria Suraya memecah kesunyian. Kelihatan Yasmin melarikan wajahnya seketika.
            “ Min…makan jom! Kebulur dah aku ni….” tanpa suara Yasmin hanya mengangguk dan tersenyum lebar. Menarik pinggan yang diletakkan Suraya dekat padanya.
            Zaki yang merasa bersalah hanya memandang raut wajah Fathia meminta simpati.
 **********************************************************************************
Salam semua. Ini cuma next cerpen pendek dari C.B. Present sbb dah lama takde n3. Hee my bad! So sorry. Enjoy and comment pleaseeeee..?:)

4 comments:

hana_aniz said...

eh? ada sambungan lg kn?

nak lagi plizzz. ngee~~ cepat sambung ye.

MaY_LiN said...

xsuka zaki..
sedihnya dibuat cenggitu

Nadzipah said...

jangan la macam tu zaki.
yasmin, sabar ye..

nak lagi cik C.B^^

aien Ayin said...

@hana_aniz : ye ad smbungan lagi dan lagi..:)

@MaY_LiN : alaaa jgn la xsuka..haha!

@nadzipah : entah zaki tu terukk! >_< hee enjoy smbgn nye..:)

Post a Comment