Pap! Anisa terkejut apabila buku dihadapannya yang sedang dibaca ditutup oleh seseorang. Daripada menunduk, kepalanya diangkat ke atas untuk melihat siapa gerangan orang yang mengacaunya itu sambil memakai cermin mata tanpa bingkainya..
Isy, muka dia ni lagi..getus Anisa di dalam hati sambil menjeling dan membuka semulanya bukunya tadi. Sudah lebih kurang empat hingga lima hari bayang Ary tidak kelihatan dan kini lelaki itu muncul semula mengganggu ketenteraman hidupnya. Anisa tidak berani mengeluarkan suara untuk memarahi Ary kerana kini mereka berada di dalam perpustakaan. Ary lantas tersenyum lebar dan duduk di kerusi yang terletak bertentangan dengan Anisa. Mereka berkongsi satu meja yang sama.
Hai..tak pernah hayat aku dok study kat library macam ni..Ary berkata di dalam hati. Niatnya hanya untuk mengganggu Anisa kerana tadi dia sendiri yang ternampak Anisa memasuki perpustakaan itu. Sudah agak lama dia tidak menyakat Anisa..Ary melihat Anisa sedang menulis sesuatu di atas kertas dan kertas itu lantas dihulurkan kepada dirinya
Dun disturb me ok!
Ary membaca nota ringkas gadis di hadapannya itu sambil tersenyum sumbing.
Jangan perasan la makcik! You ingat library ni you punya ke?
Ary membalas nota ringkas gadis di hadapannya dan menyerahkan semula kertas tersebut kepada Anisa. Anisa yang membacanya hanya mampu melihat Ary sudah membuka buku yang dibawanya tadi. Ary sempat juga tersenyum ke arah Anisa dan mengenyitkan matanya.
Gila! Bebel Anisa di dalam hati..Lantak kau lah janji kau tak kacau aku. Cermin mata tanpa bingkainya lantas dibuka dan diletakkan di tepi buku tersebut. Sebenarnya jarang cermin mata itu dipakai kerana Anisa merasa rimas. Dan dia juga malas untuk menggunakan kanta lekap yang memerlukan penjagaan yang lebih. Lebih baik dia memakai cermin mata sahaja yang boleh dipakai dan dibuka pada bila-bila masa yang dia suka. Ary hanya memandang perilaku gadis dihadapannya itu..
Anisa lantas menyambung pembacaannya tadi. Ada maklumat yang perlu dicari bagi menyelesaikan tugasan yang seterusnya. Lagipun dia tidak betah berlama-lama di situ. Dia bukanlah jenis pelajar yang suka tercanguk belajar di library. Otaknya tidak boleh menerima ilmu dalam keadaan yang terlalu sunyi begitu. Rasa mengantuk lagi adalah! Oleh kerana itu sejak di bangku sekolah lagi Anisa suka belajar sambil mendengar lagu. Dulu di zaman sekolah dia mendengar walkman, kemudian di universiti Mak Su membelikannya MP4 dan kini laptopnya yang menjadi peneman. Lagu sering diputar melalui laptopnya itu..
Suasana yang sangat tenteram membantu Anisa memberikan fokus yang lebih dalam melakukan tugasnya itu. Berulangkali buku tebal di hadapannya itu dibuka depan dan belakang. Perkara itu diulang pada 2 hingga 3 buah buku yang lain. Haisy..tak jumpa juga…payahnya tajuk nie..Anisa membebel di dalam hati. Ary dihadapannya dipandang. Lelaki itu tampak fokus dalam membaca notanya itu..namun sesekali dia lihat Ary menguap tanda lelaki itu mengantuk..
Ary akui minit-minit pertama dia masih mampu memberikan tumpuan terhadap nota yang dibacanya. Nota yang baru disalin dari kelas yang dihadirinya tadi sebelum dia mengikuti Anisa memasuki perpustakaan itu. Namun lama-kelamaan dia rasa mengantuk. Hendak diganggu Anisa di hadapannya itu dia tidak sampai hati pula. Anisa kelihatan sangat fokus dalam melakukan tugasannya. Kadangkala gadis itu termenung jauh, terkumat-kamit dan kadangkala dahinya berkerut seribu. Macam nak fikir masalah negara jek..Ary menyimpul di dalam hati. Dia suka melihat telatah Anisa itu...
Entah kenapa jauh di lubuk hati dia senang ketika berada bersama Anisa. Dia tidak perlu berlagak macho seperti ketika berhadapan dengan gadis lain. Eh..berlagak macho? Haha..Ary akui Anisa seorang gadis yang sangat sederhana namun masih berpegang teguh pada ciri ketimuran. Gadis itu sentiasa menjadi dirinya sendiri..itu yang mengusik sekeping hati lelakinya. Selama ini Ary menganggap perempuan semua sama..mendekatinya kerana raut wajahnya dan penampilan dirinya. Namun Anisa yang dikenali tidak begitu..jauh fikirannya melayang dan hanya tersedar apabila Anisa menghulurkan sekeping kertas yang sama digunakan tadi…
Sayang..u boleh tolong I x? I tengok dari tadi u menguap. Daripada u tido better u tolong I..dapat pahala..
Ary yang membaca nota tersebut lantas menoleh ke arah gadis di hadapannya itu. Hai, datang dah perangai tak serupa orang dia tu..Ary mengesan di dalam hati. Nak mintak tolong aku terus jadi gedik macam ni ke? Ary menokok di dalam hati. Dia melihat Anisa di hadapannya membuat muka mengada tanda gadis itu memerlukan pertolongannya. Hai..jangan lah buat muka macam tu..tak tahan aku tengok..Ary berkata gatal di dalam hati. Tidak terluah dek bibirnya kerana kalau Anisa dengar alamat
mengamuk sakanlah gadis itu.
Sebenarnya dari tadi lagi Ary perasan yang Anisa seperti masih tidak menemui apa yang ingin dicari namun dia tidak mahu bertanya kerana takut dirinya mengganggu.
Namun jika gadis itu ingin meminta pertolongannya dia tidak kisah untuk membantu. Sedari dulu dia percaya pada satu prinsip bahawa ilmu itu perlu dikongsi agar ia lebih difahami dan barulah ilmu itu sendiri nantinya dapat memberikan manfaat buat diri kita. Itu juga pesan papanya. Walaupun dia tidak mengambil jurusan yang sama dengan Anisa mungkin masih ada suatu pendapat yang boleh diberikan yang seterusnya boleh membantu gadis itu..fikirnya di dalam hati. Lantas kertas tadi dicoret dengan suatu ayat dan diserahkan kepada Anisa..
Anything 4 u sayang..
Anisa terasa ingin muntah membaca nota ringkas balasan Ary itu. Sebenarnya dia sengaja berkelakuan sebegitu. Ingin meminta tolong namun lebih memilih untuk meminta dalam gurauan kerana dia takut menyusahkan Ary. Dia memerlukan pandangan dan pendapat seseorang tika ini kerana otaknya seakan tidak mampu mencerna tajuk yang diterima di dalam tugasan kali ini. Lagipun daripada dia tidur! Haisy buang masa tu..bebel Anisa di dalam hati. Sesudah membaca nota balasan Ary Anisa pantas tersenyum dan terus menukar posisinya dengan duduk di sebelah Ary..
Segala buku yang dicari tadi disuakan pada Ary dan tajuk tugasannya ditunjukkan. Dengan bisikan Anisa bertanya kepada Ary sambil matanya melilau-lilau keadaan sekeliling takut ada yang terganggu..
“ Apa yang you faham bila you baca tajuk ni? Otak I stuck la..tak boleh fikir..” Anisa berbisik sambil berkerut..
Ary yang melihat wajah Anisa di sisinya dalam jarak dekat semakin tertawan pada gadis itu. Raut wajah Anisa sentiasa menunjukkan riak tidak bersalah..eh, memang tak bersalah pun. Namun setelah itu dia kembali serius kerana yakin Anisa memerlukan pertolongannya..
“ You tau kan I tak tahu langsung apa yang you amek nie? Tapi I’ll try..I will give my opinion to you..ok sayang? “ Ary bertanya serius namun masih berbisik..
Anisa yang mendengar jawapan Ary itu pantas tersenyum dan mengangguk berulangkali. Itu sudah memadai andai ada orang lain yang ingin memberikan pendapat. Sedikit sebanyak ia boleh membantu..getus Anisa di dalam hati.
Selepas itu bemulalah sesi Ary mengeluarkan segala pendapatnya mengenai tajuk tugasan Anisa itu. Kadangkala andai Anisa tidak faham dia akan bertanya. Tidak kurang juga mereka bertikam lidah kerana berlainan pendapat. Namun yang pasti semuanya diucapkan secara bisikan sama ada oleh Ary mahupun Anisa. Tanpa mereka sedari, kemesraan di antara mereka semakin erat terjalin. Sifat Anisa yang sentiasa tidak mahu mengalah juga sifat Ary yang sentiasa ingin menang menjadikan mereka lebih akrab.
Setelah 1 jam berada di dalam perpustakaan itu Anisa mengajak Ary untuk pulang kerana sudah letih berfiir dan terus berfikir. Mereka beriringan keluar dari perpustakaan tersebut dan tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang sentiasa memerhatikan gerak-geri mereka dengan perasaan marah dan geram..
“ Ary, kita duduk dulu kat bangku biasa tu boleh? I belanja you makan burger..” Anisa pantas bersuara apabila mereka masih berada di dalam kawasan universiti. Niatnya membelanja Ary hanya sebagai sebuah ucapan terima kasih kerana Ary sudi untuk membantunya. Dalam diam Anisa mengakui Ary sebenarnya seorang teman yang baik. Persis Azril..detik hatinya. Cuma kadangkala perangai lelaki yang bersamanya kini boleh mengacau-bilaukan ketenteraman hidupnya..
Ary yang mendengar lantas berpaling dan sedikit terkejut..
“ You demam ke kene sawan? Baik semacam je dengan I. You jangan nak ambil kesempatan eh. You tau kan I lemah sikit kalau ada sesiapa nak tackle I? Maklumlah I kan..” belum sempat Ary menghabiskan ucapannya Anisa pantas memintas..
“ Boleh tolong tak? Sehari je dalam hidup you tu jangan jadi perasan sangat? “ Anisa menjawab geram. Ada pulak aku nak tackle dia? Yaksss..please!! Anisa mencebik di dalam hati.
“ I ni masih tau cara nak berterima kasih pada orang yang dah tolong I..” Anisa menambah sinis. Sengaja memerli Ary secara terang-terangan..
Ary yang mendengar terasa dengan ucapan Anisa itu. Sedar Anisa memerlinya yang dahulu pernah tidak reti untuk mengucapkan terima kasih di atas pertolongan yang telah dihulurkan..
“ You pun boleh tak sehari je dalam hidup you tu, jangan suka perli I? I taulah I tak baik mana..” Ary menjawab perlahan seperti nada orang merajuk..
Anisa yang mendengar tersenyum..hai, tau pulak kau nak terasa? Ingatkan hati batu..tak de perasaan..Anisa berkata di dalam hati.
“ Hai..jangan lah merajuk. Buruk da rupanya. Kata macho? “ Anisa menjawab sambil tergelak kecil..
“ Dah..you pergi tunggu sana. I pergi beli sekejap. Bawakkan buku I ni dulu..” Anisa pantas menghulurkan buku yang dipegang sedari tadi dan terus meninggalkan Ary. Ary yang tidak sempat berkata apa hanya mampu menurut pesan Anisa itu. Dia pantas menuju ke arah bangku yang telah lama menjadi saksi persahabatan mereka itu. Eh, bersahabat tu tak lah sangat..lebih kepada menjadi saksi pertengkaran di antara mereka..
Lebih kurang 15 minit menunggu Anisa kembali bersama dua biji burger dan dua cawan air..
“ Sory, I cuma mampu belanja you ni jek. I belum kaya lagi..” Anisa berkata sambil menyerahkan makanan dan minuman kepada Ary. Ary pantas menerimanya sambil tersenyum..
“ It’s okey..” Ary menjawab ringkas dan lembut. Dia masih tau untuk berbahasa kepada orang yang baik dengannya..
Selepas itu, keadaan menjadi sunyi di antara mereka. Masing-masing melayang memikirkan perkara lain sambil menikmati burger yang masih panas itu. Sesekali mata Anisa tertoleh kepada susuk lelaki di sebelahnya itu…
Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37
2 years ago
2 comments:
huhu..best2..da start bibit2 persahabatan.. (sure la bershabat dulu sblm melngkah perngkt lain..hehehe)
-cheesecake-
haha..
ske2..
melly ke yg perhati dorang??
huhu...
btol2 cheesecake..
smbung2..
Post a Comment