PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Thursday, May 7, 2009

Namamu Terpahat Dihati (3)

“Apesal nye yang beg kau ni berat sangat?? Kau bwak ape ha? Batu blok ke?...” satu pertanyaan bodoh dilemparkan kepada Anisa oleh seorang makhluk Tuhan yang baru saje dikenalinya, Ahmad Farel Fahry bin Fazuddin.

Aduh! Bole pulak mamat ni..
“ Awak ni sebenarnye berniat ke tak nak tolong sy? Kalau rse cam sebelah hati je nak tolong, bak cni…..” jawab Anisa sambil tangannya cuba mencapai semula beg tariknya dr pegangan mamat senget ni. Isy, sudahlah dah 2 jam ak tungu dia kat cni, dtang2 makin nak buat ak serabut je! Nasib baik lah ak mmg x tahu jalan kat sini, kalau setakat KLIA bole jgak ak merewang-rewang sendri crik jalan.

“Eh2..berniat..berniat..cme ikhlas ke tak ak pun x pasti..”ujarnya lagi sambil tersenyum manis kearah Anisa. Anisa hanya memandangnya tanpa perasaan.

“ Sorylah ye, my dad tak sempat nak dtg jemput kau, that’s why ak yang terpakse dtg amek kau ni. Tapi on d way td bnyk plak halangan..so, nasib kau la ye kene tunggu lame sikit…” bebelnya lagi untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenar yang bagi Anisa hanya alasan bodoh semata-mata.

Lame sikit kau kate?? Lame bnyk la mengong!
Anisa memandang susuk lelaki yang sedang membantunya itu..lantas hatinya terus teringat kepada seseorang yang sangat dirinduinya ketika ini..Azril! Tadi pun dia seakan terpana apabila lelaki ini mengenalkan dirinya sebagai Rel sebelum nama penuhnya diberitahu. Isy, mcm da x de name lain agaknya atas muka bumi ni? Nak jugak ad same2 sikit dengan name Azril..Farel! Dan setelah mamat ini memberitahu nama sbnarnya, Anisa pantas terfikir untuk memanggilnya Ary sahaja. Seboleh mungkin kenangan Azril yang kini sudah menjadi suami orang ingin diluputkan dari kotak ingatan nya.

Setelah lame berjalan, Ary pantas menunjukkan apartmen yang akan dihuni oleh Anisa bersama beberapa orang pelajar lain dr Malaysia yang turut sama menuntut ilmu di bumi asing ini. Anisa bersyukur kerana impiannya untuk ke sini dipermudahkan. Sebaik sahaja habis belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda, permohonannya untuk menjadi tutor diterima oleh pihak universiti sambil dia menyambung pengajian di peringkat masters di universiti itu. Dan kini dia di sini, menerima sepenuhnya biasiswa dari pihak universiti yang menghantarnya ke sini untuk meningkatkan lagi ilmunya sebelum kembali berkhidmat sebagai seorang pensyarah kelak.

“Kau ni mmg part time job asyik berangan je ke eh?..kate2 sinis Ary kembali menampar gegendang telinganya.

“Kenapa?” tnye Anisa yang pelik dengan pertanyaan mamat diselahnya itu

“Yela, dari tadi ak dok bebel..buang air liur..kau buat dek je..ke kau lapar?” tanya Ary menunjukkan keperihatinannya. “Kalau lapar meh ak bwak kau balik rumah ak dlu, makan2..” tanye Ary dengan penuh ikhlas…eh,ikhlas ke?

Aduh, bdak ni mmg la…agaknya da lame terdedah ngan budaya barat ni kot sbb tu je sesuka boleh ajak aku pergi rumah dia..makan2! Anisa pun ap lagi, mula menunjukkan muka tak berkenan dan terase ingin memberikan syarahan agama kepada mamat yang dirasekan tidak bermoral ini, tapi belum ap2..

“ Wait2..I mean blik rumah ak then makan ap yang my mom masak la..ak kat sini tinggal satu family. My dad kan ke lecturer yang uruskan kau kat sini. Kau jangan fikir belit-belit pulak. Dulu my dad ad jgak anta ak pergi sekolah agama kat Malaysia, tak payah la kau nak tunjuk muke tak puas hati mcm tu..” bebel Ary panjang.

Eh,hahaha..dia ni bole bce fikiran orang la! “ Urm..x pe2..its ok..awk tunjuk kat mne kedai yg jual makanan halal pn da cukup..” Anisa membalas lembut sebagai menutup rse bersalahnya kerana berfikir yang bukan2.

Setelah Ary menunjukkan kedai dan menemaninya membeli makanan, Ary meminta diri untuk pulang dan selepas itu, Anisa mula memasuki apartment nya dan berkenalan dengan rakan-rakan serumahnya. Anisa merasa gembira kerana kehadirannya di situ diterima dengan baik. Rakan-rakanya serumahnya kelihatan peramah dan kemesraan di antara mereka timbul dengan sendirinya. Di apartmentnya itu, dia tinggal bersama Suzie, Mala, Bella, Zaida dan juga Nana. Ada di antara mereka yang menyambung pengajian di peringkat masters dan ada juga yang menyambung pengajian di peringkat PhD seperti drinya.

Setelah lama berehat, Anisa mengambil keputusan untuk mengemas barang-barangnya. 2 hari dr sekarang dia akan memulakan kuliahnya di sini. Dia memasang impian untuk menempa kejayaan yang cemerlang di sini untuk dibawa pulang buat Mak Su dan Imran..juga buat kedua orang tuanya yang telah meninggal dunia.

Anisa mengeluarkan gambar arwah kedua orang tuanya yang dibawanya kesini bagi melepaskan rindu. Walaupun di dalam laptopnya sudah banyak tersimpan gambar Mak Su dan Imran..namun bagi gambar kedua orang tuanya dia lebih rela membawa berkeping-keping gambar mereka.

“Ma..”tibe2 hati Anisa hiba apabila terkenangkan arwah ibunya melalui gambar yang dibawanya itu.

“ Azril da takde dengan Nisa sekarang…Azril da jauh dari Nisa ma…” ucap Anisa di dalam hati sambil mengusap-ngusap gambar arwah ibunya.

“Nisa janji Nisa akan cuba lupakan dia..Nisa janji Nisa akan kotakan impian Mama masa Nisa kecik2 dlu..” ucap Anisa lagi ambil memasang azam bahawa perjalanan hidupnya perlu diteruskan. Anisa mengesat airmata yang jatuh berguguran ke pipinya.

1 comments:

Post a Comment