PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Friday, May 7, 2010

Kisah Kasih Kita (1)

Bukk! Pintu kereta ditutup kuat. Punat kunci ditangan ditekan perlahan. Tepen bertingkat dipegang kemas.
Tet Tet Tet! Kereta berbunyi tanda sudah selamat dikunci. Sebelum bergerak kepala didongak ke arah teriknya matahari tengahari itu.
“ Oh…so hot!” dengan laju mata dicover dengan sunglasses berjenama Gucci. Rambut ikal yang melepasi bahu itu beralun serentak dengan langkahnya memasuki bangunan hospital tersebut.
Sebaik memasuki perkarangan Hospital Pusrawi itu keadaan sekeliling dipandang sepi. Arghh..senyap gila! Mana pergi doc hensem? Abang cleaner kacak ke? Lama dia berdiri di situ….
Derr~ nama pun hospital! Takkan havoc macam carnival..?? Ouch…dia tersenyum sendiri. Langkah diteruskan menuju ke tingkat yang telah biasa dikunjungi sejak 4 hari lalu.
Lajunya langkahnya semakin mendekati bilik tersebut. Pintu yang menempatkan seorang lelaki itu dibuka perlahan dan kecil. Mukanya dimasukkan terlebih dahulu..terhendap-hendap! Dan kedengaran suara-suara sumbang…
“ Argh…..nurse…nurse…awak pelan la sikit. Kaki saya ni masih sakit lagi….” jerit si lelaki.
Perempuan diluar tadi sudah memandang geram. Grrrrrrrr…tak habis-habis!
“ Oh..maaf Encik Zaim! Tadi Encik kata dah elok sikit jadi saya tekan kuat sikit…” jururawat gebu itu menjawab.
“ Isy…mana ada saya kata dah baik. Belum lagi…ha tengok nak gerak pun tak boleh. Awak tak kesian kat saya ke..?” lelaki tadi masih bersuara mengayat..gatal nak mati!
Nurse tadi hanya tersenyum manis. Gatal juga rupanya! Urm..padanlah tu. Mane tak gatal kalau patient yang terbaring tak nak macam hensem pulak kan..? Auww…
“ Yela…saya tolong picitlah ni Encik…..”
“ Haaaa….situ-situ. Sakit betul tu. Atas siki..atas sikit…..haaaa..”
“ Yang ni…?”
“ Haaa…ye-ye…yang tu. Aduh semakin sakit pulak rasanya…”
“ Anyway…awak tak payahlah panggil saya encik-encik ke apa. Isy…tak mesra la macam tu kan. Panggil Iz sudahlah….”
“ Oh ok………” nurse itu berterusan memicit lembut pergelangan kaki pesakit di depannya. Ada can nak mengorat ni…! Ohh..cerahlah masa depan aku dapat boyfriend macam ni………..!!
“ Nama awak siapa ek..? Asal daripada mana….?......
“ Hai darling………………..”
“ Oh mak!” nurse itu tiba-tiba terkejut!
Huh! Kus semangat! Belum sempat lagi dia beramah tamah dengan patient hensem tu muncul pulak minah gedik ntah dari mana ni! Haisyyy…kacau betul…
Erk….? Sampai dah? Adeh wrong timing betol! Bagilah seminit dua ke lagi aku nak mengayat hot chick depan ni. Isy…
“ Sayang………….” dengan gedik terlampau-lampau perempuan yang baru tiba itu terus duduk di sisi lelaki yang bernama Zaim tadi. Lelaki tersebut hanya tersenyum sumbing. Nurse itu pulak dah mula patah hati! Oh oh oh……dah berpunya ke..?? Makkkkkk!! Gayah kecewa!!
“ You tak sihat lagi ke…? Kan I dah kata rest betul-betul. Sunyi I bila you takde tau…” perempuan tadi masih tergedik sambil mengusap-ngusap lembut lengan lelaki itu. Pipi lelaki itu terus dicium lembut.
Dan Zaim terus menyumpah! Namun wajahnya tetap dimaniskan. Tak guna betullah…datang dah perangai gila minah ni..oh crazy of me! Oh oh boleh gila aku lama-lama....
“ Macam mana nurse..? Suami I belum boleh balik ke…?” dengan muncung sedih perempuan itu bertanya pada nurse tersebut..
Aiyakk? Kahwin sudah…..? Mak…!! Gayah terima pinangan anak Pak So’od sengau tu! Nurse itu mula mengalami kekecewaan tahap petala kelapan. Musnah harapannya nak mendekati lelaki itu yang sudah 4 hari dijaganya! Dahlah bagi tanda-tanda positif kat aku! Adolahaiiii..melepas!
“ Urm….belum lagi Puan. Encik Zaim…Puan…..?
“ Sha….
“ Oh..Puan Sha. So kalau takde papa saya keluar dululah….”
“ Oh okay.. Lagipun tak elok kan you mengganggu I nak bermesra-mesra dengan suami I. Kan sayang…..?” oh GOD! Daring gile minah ni! Dah hancur lumatkan hati aku tak payahlah nak riak-riak pulak! Bencinyaaaaaaa..
Dengan langkah longlai nurse tersebut terus melangkah keluar.
“ Ouch….you kenapa sayang…? Marah I ke….?” perempuan bernama Sha itu masih tetap duduk di sisi lelaki bernama Zaim tadi. Dengan muka tak bersalah.
“ Isy…tepilah! Sha ni…tak boleh nak tengok Baiz senang sikit. Jatuhlah martabat Baiz macam ni. Dah 3 hari 3 malam tau Baiz ayat nurse tu. Sha buat spoil la..tepi!!” Zaim mula membebel…
“ Cium-cium pipi pulak! Gila betol…” Zaim menjeling geram mengesat pipinya. Kaki aku sakit! Hati aku lagi sakit!
“ Ala…You nak I cium sebelah sana pulak ke…..?” perempuan itu masih tak mahu berganjak.
“ Crazy of you! Dah…blah-blah…..” Zaim terus menolak perempuan bernama Sha a.k.a Zaira Shariza itu jauh dari katilnya. Menyemak!
“ E’elehhhh….hellooo Encik Zaim Izzuddin! Please okeh.. Kalau Baiz sakit…buatlah cara orang sakit. Nak menggatal sana sini tu nak buat apa….?” Sha sudah malas meneruskan giatnya pada lelaki tersebut. Sunglassesnya yang lupa ditanggalkan ditarik ke atas rambut.
“ Oh…here also hot baby!” tangannya mengipas-ngisap wajah yang kepanasan meskipun bilik itu jelas berair-cond.
“ Ada adik pun tak boleh pakai! Bukan nak membantu abang yang dalam kesusahan…” Zaim menjawab dengan jelingan. Arghhhhhhh….geram betullah dengan perangai adik aku ni..! Aku yang gila sebab ada adik gila macam ni! Sudahnya siapa yang gila? Aku ke dia…? Dush~~!
“ What..? Could you please repeat it..? Kesusahan ke….?” dengan nada memerli Sha bertanya
“ Urm…..suka lagi ye la kot! Dikelilingi hot chick yang gebu-gebu gitu kan…?” huh! Ku mengenalimu sejak lahir okeh!
“ Boringlah terperap dalam ni..bila entah bole keluar. Mana barang Baiz pesan…..?” dengan malas Zaim Izzuddin sudah menyandar di kepala katil. Malas ingin membalas kata-kata adiknya itu.
Sambil mengurai rambutnya ke belakang Sha menghampiri beg kertas yang dibawanya tadi. Diletakkan di sisi abangnya.
“ This is your Ipod….”
“ This is your so called ‘evergreen’ magazine…”
“ This is you PS2….”
Zaim hanya memandang satu-persatu barang yang dikeluarkan oleh adiknya. Ya! Menepati piwaian! Bagus adik aku…berdedikasi dan taat setia…!
“ Urm….what else…..?”
Eh, ada lagi ke aku pesan..?
“ Ya…..this is from me…! The cutie one permainan dondang-dendang!....” wajah Sha ceria memperkenalkan barang terakhir yang dibawanya.
Erk…? Gulp!
“ Sha! Apa jadah bawak menda macam ni….? Baiz tak pesanlah! ” Zaim Izzuddin sudah menjerit tak puas hati.
“ Sendiri merengek dalam phone kata boring. Sha bawaklah something yang more interesting untuk Baiz main…Ok tak….?”
“ Benda ni kene goncang-goncang sampai benda bulat-bulat ni masuk dalam tiang ni! Adventure kan….?” dengan wajah serius Sha mengajar abangnya untuk bermain. Maklum dah tua..mesti dah tak hengat punya kan…?
Zaim terus mengecilkan mata memandang wajah adiknya yang tercongok di depan mata! Permainan budak-budak itu dibelek menyampah! Grrr…tak berkembang betul minda main bende macam ni. Tak up to date! Goncang-goncang! Apa dapat?
“ Hoi…!!” dengan kasar Zaim Izzuddin menolak keras kepala adiknya di depan mata hingga Sha tergerak ke belakang.
“ What…..?” Sha bertanya tak puas hati sambil menggosok-gosok kepalanya. Isy…kasar punya abang!
“ What….?” Zaim Izzuddin mengajuk adiknya. Dan Zaira Shariza yang melihat sudah mula menyampah.
“ What….what…Apa what what…?”
“ Ambil balik binatang tak berfaedah ni sebelum Baiz campak ikut tingkap tu. Ambik balik!” Zaim Izzuddin terus menyerahkan permainan kecil itu ditelapak tangan adiknya dengan kasar. Zaira Shariza hanya memandang abangnya geram…
“ Urghhhhhhh…sudahlah tak cakap terima kasih! Main kasar. Baiz terukkkkkk…….!” Sha menjelirkan bibir dan duduk semula dikerusinya dengan wajah mencuka. Permainan tadi dimasukkan ke dalam beg tangannya. Takpe! Aku boleh bagi kat adik! Sombong punya abang!
Beza umur yang hanya 2 tahun menjadikan Sha dan abangnya sangat rapat. Bukanlah dia tidak ada adik-beradik lain. Ada je…ada Baim…ada adik…namun perhubungan mereka adik –beradik memang cukup rapat.
“ Oh my baby baby…sayang... Jangan merajuk eh…nanti Baiz belikan teddy bear baru untuk Sha….okeh…?” Zaim Izzuddin mula memujuk adiknya itu yang sudah muncung sedepa.
“ Helllooooo. Sory sikit Baiz! Your gorgeous sister is not into teddy bear anymore ok..? Pleaselah...” Sha membalas sinis dengan riak bangga diri gile! Sepesen je dengan abangnya sebenarnya. Zaim hanya mencebikkan bibir.
Elehhhh…gorgeous konon…gorgeous ke jongos….?
“ What….?” Sha menjerit bertanya pada abangnya..?
“ Ha…..?
“ Baiz cakap apa…?”
“ Eh….? Mana ada pape…pandai je Sha ni…..”
“ Urghhhh…ingat sikit Sha ada kebolehan untuk membaca hati orang especially Baiz.! Jadi, don’t ever Baiz cuba nak mengata Sha dalam hati okeh…?” Sha memberikan amaran sambil menudingkan jari kepada abangnya.
“ Yelaaaa…..” akhirnya Zaim Izzuddin mengalah sahaja dengan adiknya itu. Rambut Sha digosok-gosok perlahan. Abang! Mesti kene mengalah kan..? Ouch…soleh betul.
“ Terima kasih sayangku sebab susah-susah datang bawakkan pesanan abangmu terchenta ini…..” yakssss…..
“ Haaaa….macam tu lah. Ok…not a big deal……” dengan gaya gedik Sha menjawab dan duduk semula. Dah berapa kali bangun duduk daaa. Biasanya begitulah dia dan abangnya. Selalu bergaduh namun cepat juga berbaik.
“ New sunglasses again….?” Zaim Izzuddin bertanya sambil meletakkan segala barangan yang dipesan ke cabinet di tepi katil hospital itu.
“ Ooo yeah..of course la. From Baim…” Sha menjawab riak. Terbayang pulak wajah abang sulungnya Zaim Aimanuddin. Zaim Izzuddin adalah abangnya yang kedua manakala adik bongsunya adalah Zaira Nadira yang masih bersekolah menengah.
“ Urghhh…tak adil punya Baim. Sha je dapat menda-menda. Baiz dapat apa….?” Zaim Izzuddin mencebik geram. Ingat aku adik lelaki aku tidak perlu diberikan kasih sayang ke…? Sob…sob….sob…..!
“ Alalalala…jangan nangis eh. Nanti Sha pesan Baim belikan lolipop besar untuk Baiz….” Zaira Shariza menjawab dengan senyuman dan Zaim Izzuddin membalas dengan senyuman.
“ Haaa…hampir Sha lupa….” dengan tidak semena-mena Sha bangun dan bergerak ke arah tepi pintu masuk bilik itu dan kembali dengan tepen bertingkat yang dibawanya tadi. Asyik nak sekodeng sampai lupa tepen klasik ni! Oh…
“ This form our lovely movely ibu. Dia kirim sayang penuh kasih sayang pada Baiz….” Sha meletakkan tepen itu dimeja tarik-tarik yang ada depan abangnya itu. Alaaa…yang biasa orang dalam hospital guna tu..apa name eh..? Dush~~~!
“ Yes! Sayang ibu sangat-sangatlah macam ni. Lauk kat sini sungguh langsung tak membuka selera! Menutup selera adalah….” Zaim Izzuddin membebel sambil mula membuka mangkuk tepen bertingkat itu satu persatu. Oh terbaekkk dari ladang! Nyum nyum nyum….
“ Ibu tak datang…?” sambil membelek-belek lauk Zaim Izzuddin bertanya..
“ Nope! She’s busy today okay. Lagipun dia kata takpe biarkan Baiz sorang-sorang. Sendiri cari pasal. Main bola ke main ragbi sampai boleh injured..? Isy…entah pape….” Sha membebel sambil mencebikkan bibir. Dia sudah landing baik punya atas sofa yang ada di dalam bilik itu. Maklumlah private hospital macam ni. Sure superb. Toilet ada. Tv ada. Sofa ada. Cuma dia masih tak paham kenapa abangnya tetap boring. Urm…Zaim Izzuddin tetap Zaim Izzuddin.
“ Stop membebel la Sha…penat Baiz dengar…..” Zaim Izzuddin sudah menjeling sambil terus bergerak perlahan-lahan ke arah bilik air. Nak mencekik dan terus makan! Lapar gile!
“ Boleh ke…? Need my help…?”
“ Nope! It’s ok. Baiz gagah lagi….”
“ What the…….?” urghhh…sakit-sakit pun masih kerek. Sha terus duduk dan mengeluarkan telefon bimbit. Malas nak melayan abangnya itu.
Oh..got sms! Hati Sha terus melonjak kegembiraan. From Mike…? Oh…..super damn hot! Sha tersenyum sendiri sambil mula menekan-nekan punat di telefon bimbit itu.
“ Takde class ke…?”
“ Pardon…?”
“ Baiz asking takde class ke today…?”
“ Of course lah ada. At 3 pm. I’ll go right after here….” Sha menjawab ringkas dan Zaim hanya mengangguk. Sepantas itu telefon bimbit Sha berbunyi..
“ Hello baby……” Sha menjawab panggilan tersebut manja sambil bangun dan bergerak ke arah tingkap yang ada di situ. Zaim Izzuddin yang mendengar sudah tersenyum sendiri. Adiknya sekilas dipandang bersilih ganti dengan hidangan di depan mata.
Zaim mendengar sahaja mendengar suara adiknya menjawab panggilan itu. Dirasakan masa berjalan cukup pantas sehingga adiknya sudah berubah menjadi seorang wanita yang cukup cantik dan menawan. Padahal umurnya baru 21 tahun namun kematangan adiknya terserlah. Malahan jika jalan bergandingan ramai yang menyangka dia dan adiknya merupakan pasangan kekasih. Bila otak mereka mereng mereka mengiakan saja! Mungkin kerana didikan mereka memang begitu sejak kecil. Dia tahu persis perihal adiknya yang menjadi ‘hot chick’ rebutan jejaka-jejaka kolejnya. Oh….moga adik aku yang cantik itu tidak terjerat dalam cinta lelaki seperti aku…doa Zaim di dalam hati.
“ Yela sayang….I’ll see you later. Daa….” Sha menamatkan panggilan dan mula mendekati abangnya.
“ Huh like brother like sister…!” Zaim berkata senada dan Sha hanya membalas dengan jeliran di bibir.
“ Baiz…Sha gerak dulu….”
“ Okeh….”
“ Make sure esok dah boleh keluar tau….”
“ Penat Sha tiap-tiap hari kene datang sini. Tergendala semua date yang dah tersusun…”
“ Yaksss……”
“ Sha ingat Baiz teruja ke tinggal sini lama-lama? The chick is not really so hot la….” Zaim Izzuddin menjawab sinis dan Zaira Shariza yang mendengar sudah tersenyum sumbing.
Tangan abangnya disalam dan Zaim pantas mencium kedua belah pipi adiknya. Memang sudah menjadi amalan mereka sekeluarga. Mungkin kerana itulah mereka adik-beradik cukup rapat. Beberapa kita selepas itu Zaim Izzuddin hanya melihat adiknya keluar meninggalkan dirinya di bilik itu. Oh boring lagi!

5 comments:

keSENGALan teserlah.. said...
This comment has been removed by the author.
keSENGALan teserlah.. said...

mau lagii.!!hihi

afi fizrul said...

best..permulaan yg menarik.keep going ok...

MaY_LiN said...

alalala~
nk baiz..nk baim..
nk 2-2..
hikhikhik

Mama Delima said...

writer xde sinopsis cite ni ke? bg la sket..

Post a Comment