PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Sunday, November 14, 2010

Kisah Kasih Kita (11)

“ Kenapa..? Tak boleh…?” Im bertanya senada pada adiknya yang dok melengkar atas katil kesayangannya. Dua tiga hari ini Iz pulang ke KL bagi menghadiri interview dan hanya Sha yang tinggal di kampung untuk menjaga Opah mereka. Iz menggigit bibir sementara mahu memikirkan apa yang bakal dijawab..
“ Takdelah tak boleh…tapi kot ye pun nanti-nantilah dulu. Baim baru je jumpa dia kan…..” Iz bedal je menjawab dan Im hanya tergelak.
Im pelik kerana tiba-tiba sahaja Iz menerjah masuk ke biliknya untuk bertanyakan lebih lanjut tentang kata-katanya tempoh hari di kampung untuk meminang Durra. Memang hatinya sejak dahulu untuk gadis itu namun ucapannya tempoh hari hanyalah sekadar gurauan dan tak terlintas pun dibenaknya untuk menyunting gadis itu sebelum rasa hatinya yang sebenar diluahkan pada Durra..
“ For your information…Baim kenal dia lagi lama dari Iz kenal dia tau…..” Im masih cuba memperlihatkan ketegasan dalam keputusannya itu. Dia sekadar ingin melihat reaksi Iz. Iz hanya mengelip-ngelipkan mata memandang siling bilik abangnya itu. Nafas yang panjang ditarik….kenapa dia macam tak gembira kalau abangnya ingin mendirikan masjid dan menyimpul suatu ikatan yang suci…? Dia sendiri pelik…
“ Baim kenal dia sejak kecil masa Opah jaga Baim ke……?” Iz bertanya serius..
“ Yup…she’s cute right……?” Im bertanya kembali. Dan Iz hanya tersenyum sebentar bagai tak ikhlas…
“ Cute la kot…..” plus tingtong + entah pape + slalu mengarut tapi cantik + baik hati + penyayang + ada sifat-sifat keibuan….yang lain-lain secara spontan hanya diluahkan di dalam hati..
“ Iz………” Im memanggil adiknya sepatah..
“ Yes……..?” Iz menoleh ke arah abangnya yang duduk di meja belajarnya. Dia mengesan perubahan nada suara abangnya itu..
“ Baim tengok Iz nampak lain sikit sejak duduk dengan Opah ni……” Iz berkerutan mendengar bicara abangnya..
“ Lain apanya…? Sama je pun…..” Iz menafikan sambil tergelak…
“ Dah tiga hari Iz balik tapi setiap malam Iz stay kat rumah dengan kitorang. Tak keluar malam balik pagi lagi….” Im mengesan perubahan sikap adiknya yang satu itu…ohhhhh…Iz tersenyum kecil..
“ Dah terbiasa kot sejak duduk kampung ni. Yela malam-malam macam ni ada apa je pun kat kampung Opah tu. Lagipun Iz malaslah…malas nak contact budak-budak yang dok ajak Iz merambu selalu tu. Iz rasa macam dah takde feel nak enjoy sangat….maybe la kan. Iz agak je….” Iz menjawab mengikut logik akalnya..
“ Iz kena sedar yang umur Iz semakin meningkat. Kita anak lelaki…tanggungjawab kita besar untuk jaga family ni…..” Im bertutur lembut..
“ Apa tiba-tiba skema sangat ayat Baim malam ni….?” Iz bertanya pelik. Dia sudah bagun dari pembaringannya dan duduk bersandar di kepala katil. Sekeliling bilik abangnya dipandang sekilas. Tampak ada sedikit perubahan…dengan tergantungnya kalimah ALLAH dan Muhammad bagi menggantikan poster-poster footballers kegemaran abangnya. Kelihatan juga susunan buku-buku agama dan tafsir AlQuran memenuhi rak yang dahulunya terisi dengan pelbagai majalah bola…abang aku ni masuk tabligh ke apa? Ke dah join mana-mana kumpulan usrah….?
“ Dengar tak……..??” tiba-tiba Iz merasa bahunya ditampar kuat dan dia pantas berpaling..
“ Ha….?” Iz bagaikan terpinga-pinga. Im dah mula rasa geram…penat aku membebel! Isy…
“ Baim cakap Baim nak Iz jadi matang. Fikirkan tentang masa depan Iz. Jangan asyik nak enjoy tak tentu pasal macam dulu. Dulu bolehlah ada kelonggaran sebab Iz belajar lagi….tapi sekarang Iz kena mula fikir pasal abah, ibu, adik-adik…..”
“ Gaya Baim cakap macam Iz ni jahat sangat je…….” Iz bersuara agak sedikit tak puas hati..
“ Takde lah Baim kata Iz ni jahat…cuma Iz ni banyak main-main. Selalu sambil lewa…Baim tak suka cara Iz macam tu……” Iz hanya diam mendengar mukadimah ceramah abangnya. Dia agak ceramah kali ni mesti lebih panjang dari biasa ni…
“ Baim rasa kita berdua dah terlalu banyak leka dengan dunia dan lupa tentang agama…tentang akhirat……” Iz menjeling abangnya di sisi yang turut menyandar di kepala katil..
“ Abah dengan ibu dah didik kita cukup baik dengan ilmu agama….tapi kita masih lalai…masih leka….” Im menyambung lagi..
“ Cop! Cop!...memanglah Iz ni kadang-kadang solat 5 waktu pun tak cukup tapi Baim lain…Baim cukup waktu apa…..” Iz bersuara membezakan mereka berdua..banyak yang lain daripada yang sama. Secara zahirnya mungkin mereka adik dan abang yang dilihat serupa namun hakikatnya perangai mereka cukup berbeza. Iz sedar abangnya memang lebih matang daripada segenap segi..sesuailah dengan title abang sulung pun kan…
“ Setakat solat 5 waktu belum cukup nak mengukur tahap keimanan dalam diri kita. Baim banyak dengar ceramah-ceramah yang Ustaz Zahari buat kat surau tu. Rasa kerdil sangat kalau nak dihitung amalan diri sendiri ni……” Iz hanya memerhati abangnya yang lemah bertutur sambil meraup mukanya perlahan. Iz sedar kali ini Baimnya serius dan tidak sekadar bercakap kosong..
“ Baim sayang Iz…Baim sayang Sha….dan Baim sayang Dikya. Baim nak jadi abang yang mampu bawak adik-adik Baim untuk lebih dekat dengan ALLAH……” Im menyambung lagi dan kali ini hati seorang Zaim Izzuddin benar-benar terusik..
“ Baim paling risaukan Sha…dia tu keras sikit Iz tau kan….? Baim nak kita sama-sama lembutkan hati dia…paling tak pun Baim nak tengok Sha mula bertudung…tak payah tunggu kahwin pun takpe…..” Im menyuarakan kegusarannya. Dia tidak risaukan adik bongsu mereka kerana Dikaya itu lebih penurut dan adik bongsu mereka itu sememangnya bertudung seawal memasuki sekolah menengah lagi…
“ Benda-benda macam ni kita tak boleh paksa…..”
“ Yes..Baim tahu benda macam ni tak boleh paksa. Tapi setidaknya kita cuba…kita ada tanggungjawab untuk lentur dia jugak. Itu bukan tugas abah sorang. Iz tau tak…Baim pernah pergi dengar satu ceramah ni tau. Dalam ceramah ni ustaz tu cakap…di akhirat nanti mereka-mereka yang akan dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan tentang seorang perempuan adalah ayahnya, suaminya, anaknya dan adik-beradik lelakinya..kalau Baim tak salah la ye. So, Iz bole nampak tak apa yang Baim nak cakap ni….?” Im bertanya perlahan dan tenang berkongsi sedikit ilmu yang diperoleh semasa mengikut Rehan sahabat baiknya ke ceramah agama.
“ Iz rasa memang sah! Baim ni memang dah patut kahwin…da cukup sifat dah Iz tengok….” Iz bergurau bagi menutup sendu yang mula menapak di hatinya sendiri..
“ Baim tau………” Im berkata dengan muka tenang..
“ Iz tunggu lah sikit masa je lagi. Nanti Iz dapatlah kakak ipar…….” hati Iz berdebar-debar mendengar kata-kata abangnya itu. Abang aku betul-betul nak suruh ibu pinang Durra ke….??
______________________________________________________________________________
“ Ok ke Iz punya interview hari tu….?” Durra bertanya ceria. Apabila dia tahu Iz sudah pulang semula ke kampung itu pantas je kakinya melangkah ke rumah Opah Siah..
“ Oklah kot..rasanya I will get the job…..!” Iz berkata yakin. Durra naik menyampah
“ Overconfident!...” Iz menjeling..suka-suka akulah nak overconfident! Apa kau kisah..? Iz membebel dalam hati…
“ Awak kerja apa ek…?” Iz bertanya sebaris. Rasanya sejak dia kenal Durra dia taktau pun perempuan ni kerja apa. Rasanya macam hari-hari nampak…hujung minggu je terpacak depan rumah Opah aku ni…
“ Saya kerja kat bandar tu je…” Durra menjawa sepatah juga..
“ Yelaaa…kerja kat bandar tu kerja apa? Gali parit? Angkat sampah? Cuci bangunan…?” Iz menokok lagi. Tak puas hati dengan jawapan yang diterima..
“ Saya kerja dekat satu butik ni. Tapi bukanlah butik besar pun. Setakat terima tempahan baju pengantin, baju-baju raya…dulu saya belajar bidang ni jugak…..” Durra tenang bercerita…
Ohhhh…pandai menjahit rupanya.. Pakej lengkap! Whoaaa..sampah apa aku merepek ni?
“ Durra pandailah design-design baju ni…..?” Iz bertanya lagi. Semakin lama semakin dia nak tahu pasal Durra..
“ Minat! Tapi pandai tu taklah sangat. Sekarang saya cuma banyak menjahit ikut customer nak apa laaa…takde pulak ikut suka hati saya nak design baju diorang. Ada kang saya kena berhenti kerja….”
“ Baiz…………………………..!!!” tiba-tiba Iz dan Durra mendengar suara Sha menjerit kuat dari dalam rumah. Pantas mereka berdua berpaling ke arah pintu rumah…
“ Kenapa dengan Sha tu…..?” Durra bertanya hairan. Iz berkerutan..
“ Entah! Budak tu memang suka meroyan petang-petang macam ni….” Iz menjawab senada sambil terus turun dari pangkin. Durra tersenyum mendengar jawapan selamba lelaki itu..
“ Urm….saya balik dululah Iz….”
“ Taknak masuk dulu….?”
“ Takpelah…dah petang saya nak balik masak dulu…..”
______________________________________________________________________________
“ Awatnye…memekik petang-petang hari ni…? Jadi anak dara sopan sikit tak boleh ke….?” tak menyempat lagi duduk Iz dah membebel pada adiknya. Sha tak peduli! Tangan abangnya ditarik rakus dan didudukkan di kerusi ruang tamu rumah Opah mereka itu..
“ Guest what…..?” Sha bertanya semangat
“ Malas…….!” Iz menjawab sepatah. Remote tv digapai..
“ Alaaaaa Baiz! Cepatlah teka…..” Sha menggedik sambil merampas remote dari abangnya..
“ Isy tolonglah Sha jangan mengada. I’m not in the mood nak main teka teki ok…..” Iz berkerutan menjawab..
“ Baiz ni tak sporting lahhh….” Sha membalas geram. Penat je aku bergembira sebab dia. Tak bersikap prihatin punya abang!
“ Oklah tak payah main teka-tekalah. Biar Sha cakap terus…….” Sha bersuara gembira sambil melihat abangnya merenung tv mencari cerita seronok untuk ditonton..
“ Urm….cakap jelah…….” kali ini nada suara Iz mendatar sahaja..
“ Tadi ibu call…..”
“ Then……..?”
“ Ibu kata company yang Baiz pergi interview hari tu call rumah…..”
“ Then…….?”
“ Baiz dah dapat kerja tu………!!” Sha menjerit gembira…
“ Then……?” Sha berkerutan mendengar pertanyaan abangnya….
” Cop! Cop!...Pardon…..?” Iz menoleh sekilas adiknya di sisi. Asal soalan aku macam tak berkorelasi dengan benda yang budak gedik ni cakap…?
“ Adussss! Ibu cakap Baiz dah dapat kerja tu! Minggu depan Baiz dah boleh start kerja…..!” Sha bercakap sepatah demi sepatah…
“ Really……………..???” muka Iz berubah bercahaya serta merta…
“ Opah jangan sedih…nanti kalau Sha dengan Baiz free kitorang datang sini tengok Opah tau…..” Sha mengusap lembut pipi neneknya yang nampak suram. Walaupun Opah Siah tak berkata apa namun Sha tahu wanita tua itu sedih kerana akan kembali tinggal bersendirian..
Apabila abangnya sudah mendapat tawaran kerja dan cuti semesternya juga bakal bermula, mahu atau tidak mereka perlu kembali mengharungi hiruk-pikuk bandar Kuala Lumpur. Dan mereka dua beradik mengambil keputusan untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Namun hati Sha sayu. Dia pasti akan merindui bebelan Opahnya itu. Segeram-geram hatinya dia tetap sayang pada wanita tua itu..
“ Takpelah kome pergilah. Aku paham kome ada keroje…belaja lagi. Takpe kome jaga diri ye……” Opah Siah menjawab perlahan. Sungguh dia kasihkan cucu-cucunya itu. Meskipun mulutnya kuat membebel namun ia tak bermakna hatinya tak sayang..
“ Nanti Iz call Opah selalu ye…..?” Iz menyampuk seketika sebaik semua beg telah diangkat ke dalam kereta. Tangan wanita tua itu disalam dan dahi Opahnya itu dicium lembut. Sha turut melakukan perkara yang sama..
“ Nanti kirik salam pada semua ya……” Opah Siah sempat berpesan sebelum kedua beradik itu memasuki kereta.
“ InsyaALLAH Opah….” Iz menjawab..
“ Kami balik dulu ye Opah…..” Sha meminta diri lagi dan Opah Siah hanya tersenyum sambil mengangguk. Hanya lambaian mengiringi kereta yang dilihat semakin jauh meninggalkan perkarangan rumahnya itu. Nafas yang panjang ditarik dan kakinya melangkah masuk semula ke dalam rumah…
Di dalam kereta Sha masih menoleh ke belakang melihat kelibat Opahnya. Iz perasan perlakuan adiknya itu..
“ Hei….dah lah tu…..” Iz menggosok kepala Sha kerana dia tahu adiknya merasa sedih meninggalkan Opah mereka bersendirian di situ. Iz akui…sepanjang dia dan Sha tinggal di situ, ia sedikit sebanyak merubah perhubungan mereka yang sedikit renggang dengan Opah Siah dulu. Mereka semakin mengenali wanita tua yang dahulu jarang dijumpai. Iz bertekad di dalam hati untuk lebih kerap pulang ke kampungya ini nanti..
Sha menoleh semula ke depan sambil memberikan sebaris senyuman pada abangnya untuk memberitahu bahawa dia masih ok. Namun seketika cuma Sha berkerutan kerana abangnya tiba-tiba membelokkan kereta ke sebuah rumah. Keningnya bertautan memandang abangnya di sisi..
“ Urm….nak jumpa Apit sekejap……” Iz pantas memberitahu seakan dia tahu apa yang ingin ditanya oleh adiknya. Sha hanya mencebik..yelaaa sangat!
“ Apit belajar rajin-rajin tau……?” Iz memesan sambil tunduk menggosok kepala anak kecil itu. Apit pantas mengangguk..
“ Okay! Pakcik tak datang sini lagi……?”
“ Datang….nanti kalau Pakcik cuti Pakcik datang……”
“ Lepas tu bawak Apit jalan-jalan lagi tau…” kali ini Iz yang mengangguk.
Durra dan Sha sedari tadi hanya menjadi pemerhati keakraban dua orang yang dah macam rupa ayah dengan anaknya je…
“ Sha dah nak start sem ye…..?” Durra bertanya lembut..
“ Aah kak. Urm Kak Durra tolong tengok-tengokkan Opah ye…..?” Sha dengan hati yang tulus meminta gadis yang digelar kakak itu untuk menjaga neneknya dan Durra hanya tersenyum. Memang itu sudah menjadi tanggungjawabnya kerana dia juga sayangkan Opah Siah..
Setelah berbual sekejap akhirnya kedua beradik itu meminta diri. Sha mendahului langkah abangnya memasuki kereta sambil ditemani Apit. Manakala Iz masih diam tidak bergerak. Dia menggigit bibir…nafasnya ditarik dalam. Betul ke apa aku nak buat ni….? Arghhhhhh…bedal ajelah…
“ Durra……!”
“ Ye……..?” Durra berpaling sebaik namanya dipanggil. Dia ingatkan Iz sudah bergerk ke kereta…rupanya belum…
“ Iz nak mintak phone number Durra boleh…….?”

4 comments:

MaY_LiN said...

hi sis..
camana ni..
durra kena wat pilihan la jawapnye..
baim ke baiz..

~ZYX~ said...

wa...nak baiz ngn durra...baiz wat la move cepat sblm baim...nnt melepas lak....

Anonymous said...

nk baiz! huhuuu..serius nmpak baiz lg sesuai dgn durra...sweet je diorg tu...

IVORYGINGER said...

yup setuju jew. Iz n Durra mmg sweet.
Iz kena ambik step ke depan dr abg dia la nmpknya. huhuhu... ;D

Post a Comment