PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Sunday, September 12, 2010

Kisah Kasih Kita (8)

“ Jauh ke….?” Iz bertanya longlai
“ Taklah kat depan tu je. Pakcik ni macam tak larat je…?” Apit bertanya pelik. Bukan tak larat la budak! Cuma takde mood je nak bersiar-siar sekitar kampung pagi-pagi buta ni. Entah kenapa jugak kepala aku ni sewel nak je ikut kau keliling kampung. Iz membebel dalam hati..
“ Eh…taklah. Pakcik ok je. Apit nak bawak pakcik pergi mana tadi….?” Iz bertanya kembali.
“ Pergi tepi sungai yang ada air terjun kat hujung kampung tu. Selalu Mak Cu tak bagi Apit pergilah..jadi Apit ajak pakcik ni kira ok la kan….?” Apit bertanya dengan muka sayu. Bening matanya menikan anak mata Iz. Iz mengeluh…
“ Boleh je kan….?”
“ Nanti Mak Cu Apit tau dia marah pakcik pulak…” Iz berkira-kira lagi..
“ Tak punyalah..Mak Cu kan suka kat pakcik. Takdenye dia nak marah…..” erkkk..? Selamba badak Apit menjawab sambil menarik terus tangan Iz mengikut langkahnya..
Sebaik sampai di tepi sungai itu Iz tersenyum lebar. Sejukkkkknyaaa tengok air…..cantik! Iz berkata dalam hati. Dah lama dia tak menghirup udara segar tepi sungai sebegini. Udara yang masih suci dan tidak tercemar dengan bahan-bahan kimia macam kat KL tu. Iz memejamkan matanya sambil menarik nafas dalam…..
“ Best kan pakcik…..? Tengok air terjun kat sana tu……” Iz cuma tersedar bila mendengar suara riang Apit yang gembira sebab dapat pergi kat tempat yang selalu dilarang oleh Mak Cu nya..
“ Apit baik-baik!” Iz menjerit melihat anak kecil itu yang sudah mula melompat-lompat di atas batu-batu yang licin itu…
“ Takde apalah…meh la sini dengan Apit. Rasa air ni…sejuk tauuu…..” Apit menjerit gembira. Iz tersenyum kecil. Dia pulak yang rasa seronok melihat telatah anak kecil itu lantas kakinya melangkah ke atas batu-batu licin itu mendekati Apit yang sudah duduk..
“ Apit selalu datang sini….?”
“ Taklah. Jarang giler. Mak Cu marah katanya bahaya laa..apa laa….” Iz tersengih mendengar Apit membebel. Tapi ada betulnya jugak. Bahaya budak-budak datang bermain-mian kat sini. Sudahlah agak tersorok sedikit. Kalau ada apa-apa berlaku susah orang nak kesan atau paling tidak pun perasan..
“ Jom makan….” Apit lantas membuka plastic yang sedari tadi dipegangnya. Laaa budak ni mentapau makanan rupanya!
“ Nah…Apit bawak dua je. Pakcik satu Apit satu ek…..” lantas Apit terus menghulurkan sandwich yang dibawanya tadi kepada Iz..
“ Siapa buat….?”
“ Mak Cu laaa..tapi dia tak tau Apit tapau dua bawak keluar rumah ni….” Apit tersenyum kecil. Iz pantas juga mengambil sandwich itu sambil menggosok kepala anak kceil itu.
Iz makan sambil menjuntaikan kakinya ke bawah seperti Apit. Kalau dilihat dari jauh dah macam anak dengan ayah yang bersantai bercerita itu dan ini. Iz seronok melayan kerenah dan perntanyaan demi pertanyaan yang diajukan Apit padanya. Iz merasakan Apit seorang kanak-kanak yang bijak. Dan tanpa sedar Iz telah menghabiskan waktunya pagi itu bersama-sama Apit sehinggalah matahari sudah terik menandakan saatnya untuk mereka beredar pulang dari situ..
Di dalam perjalanan pulang Iz sempat berpesan kepada Apit…
“ Apit jangan sesekali pergi tepi sungai tu sorang-sorang tau! Bahaya….kalau Apit nak pergi ajak pakcik nanti pakcik teman….” Apit tersenyum mendengar sambil mengangguk. Mereka berdua berjalan beriringan dan dari kejuahan bumbung rumah Apit sudah kelihatan. Namun tiba-tiba kening Apit berkerutan….
“ Kereta siapa tu….?” dan terluah sebuah pertanyaan dari bibir anak kecil itu…
“ Haa….?” Iz yang seperti dengar tak dengar terus memandang ke arah halaman rumah itu. Kelihatan sebuah kereta Honda City tersadai di perkarangan rumah itu. Urm….kereta takpe lagi kot…cuma yang Iz pelik kenapa terdengar suara orang menjerit-jerit….??
“ Tak boleh……!!” dari kejauhan Iz dah mendengar suara Durra menjerit. Hisy…tak pernah-pernah minah ni mengamuk sakan. Iz berjeda sendirian. Apit di sisi sudah berlari-lari anak mendekati Mak Cu nya yang sedang bertikam lidah dengan seorang wanita sambil ditemani seorang lelaki di halaman rumah.
“ Kenapa pulak tak boleh….?” wanita berambut perang itu pun tak nak kalah. Garang jugak..
“ Mak Cu…….!!” Apit menjerit sambil medekati Durra dan Durra yang melihat kelibat Apit terus menarik lengan anak kecil itu untuk lebih rapat dengannya. Iz pula perlahan-lahan mendekati wajah-wajah yang tidak dikenali itu.
Sebaik Apit tiba wanita tadi terdiam seketika. Dia dilihat menoleh seketika ke sisi di mana seorang lelaki Mat Salleh bermata biru sedang tenang berdiri..
“ Ini ke anak aku…….?” wanita itu bertanya senada.
“ Bukan……….!!” Durra menjawab kasar. Iz pulak dah semakin berkerutan. Drama sebabak apa pulak ni…..?? Namun dia hanya berdiri senyap di sisi Durra yang kejap memegang tangan Apit.
“ Kau jangan nak tipu aku Durra….!! Aku tahu ni anak aku kan…?” wanita itu bertanya kasar lagi…
“ Siapa ni Mak Cu…..?” Apit bertanya takut-takut. Durra terdiam. Di dalam hatinya sakit namun dia sendiri tidak tahu apa yang harus diperkatakan kepada anak kecil itu…
“ Syafiq….? Syafiq kan…? Syafiq ini mama sayang…..Syafiq tak ingat mama ke……?” wanita yang membahasakan dirinya sebagai mama itu pantas mendekati Apit tapi Apit yang ketakutan terus sahaja berselindung di sebalik tubuh Durra..
Mama….? Iz berkerutan lagi. Hatinya membuak-buak ingin tahu situasi yang sedang berlaku sekarang.
“ Bukan….! Ini bukan anak Kak Min. Ini anak Durra……!” Durra masih tegas bersuara namun dihujung nadanya Iz dapat mengesan sendu yang cuba disembunykan oleh gadis itu..
“ Engkau jangan nak tipu aku Durra! Kalau betul dia anak kau kenapa dia panggil kau Mak Su…? Bukan ibu…mama…atau mak…? Kenapa…..?” wanita yang bernama Kak Min itu bertanya keras sambil menuding jari dan Durra terus terdiam. Lelaki mat salleh itu perlahan menarik tangan wanita yang bernama penuh Jasmin itu kebelakang sdikit namun dia menolak perlahan..
“ Kenapa diam…? Jawablah…..” Jasmin bertanya kasar. Durra menarik nafas dalam…
“ Ya….! Ya…..dia memang anak Kak Min. Dialah anak yang Kak Min kandungkan selama 9 bulan 10 hari dan dia nilah yang Kak Min lahirkan 7 tahun yang dulu…..!” Durra bersuara sebak namun masih keras menjawab…Jasmin menarik nafas dalam..
“ Tapi sejak Kak Min tinggalkan dia 4 tahun dulu macam tu je dekat rumah ni, dia dah jadi anak Durra dan Kak Min dah takde kaitan lagi dengan dia….Kak Min faham tak……??” Durra menyambung dan Apit di sisi sudah terdiam…
“ Fine…..! Kak Min mengaku yang Kak Min salah sebab tinggalkan dia dengan kau. Kak Min mengaku Kak Min salah sebab tak nak jaga dia…tak nak bela dia…tapi itu dulu Durra. Sekarang Kak Min dah sedar…Kak Min dah datang untuk ambil dia semula dari kau….”Jasmin bersuara dengan nada yang lebih perlahan lagi. Mungkin sebab dia sendiri sedar yang dirinya bersalah…
“ Senang Kak Min cakap kan….? Dulu masa dia masih kecil, masa dia tak tahu apa-apa lagi..mana Kak Min pergi….?” Durra bertanya kasar dan kali ini giliran Jasmin yang terpukul dengan asakan Durra…
“ Lepas tu sekarang senang-senang je Kak Min cakap Kak Min dah sedar dan nak ambil dia dari saya…? Mana boleh……..??” Durra dah semakin berang dan di waktu itu juga Iz memegang perlahan bahu Durra dari belakang sebagai tanda dia ingin Durra bersikap lebih tenang. Durra memandang sekilas Iz di belakangnya namun dia sudah tidak kisah lagi..ini berkenaan satu-satunya zuriat peninggalan arwah abangnya dan dia harus mempertahankan anak kecil itu…
“ Kak Min datang dalam hidup kami secara mendadak. Kami tak kenal siapa Kak Min…dari mana asal Kak Min. Dan tiba-tiba bila abang meninggal Apit datang dalam hidup kami. Takkan sekarang selepas bertahun-tahun kami hidup dengan Apit Kak Min nak rampas dia dari kami macam tu je..? Kak Min rasa adil ke…..?” Durra mengasak lagi kali ini dengan linangan air mata. Dia sudah tidak kisah lagi menangis jika itu melibatkan Apit…
“ Kak Min sedar…Kak Min mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki…..” Jasmin menjawab bersungguh…
“ Tapi kau tetap tak boleh nafikan hak Kak Min sebagai ibu dia. Dia anak Kak Min. Kak Min lebih berhak ke atas dia……!” dalam pada meminta maaf Jasmin yang sememangnya keras kepala itu tetap tidak mahu kalah. Apa yang dia tahu dia harus mendapatkan anaknya semula…
Durra menarik nafas dalam mendengar patah bicara bekas kakak iparnya itu.
“ Durra tak benarkan Kak Min ambil Apit dari Durra. Tak boleh…!!” Durra tetap berkeras dan ia sekaligus menambahkan lagi kemarahan Jasmin.
“ Heiiiii! Engkau siapa nak halang aku dari jumpa anak aku sendiri ha….? “ Jasmin mendekati Durra dan tangannya pantas menggapai lengan Apit di belakang tubuh Durra dan lengan anak kecil itu direntap mendekatinya dan menjauhi Durra. Iz yang selama tadi hanya diam mula sudah tidak sedap hati…apatah lagi apabila melihat Apit diperlakukan sebegitu..
“ Mak Cu……….!!” Apit yang merasa kesakitan sudah mula menangis memanggil Mak Cu nya…
“ Apa ni….? Kalau ye pun jangan lah nak main kasar pulak….” Iz sudah bersuara sambil cuba mendekati Apit. Jasmin menjeling geram pada Iz yang tidak langsung dikenalinya itu..
“ Eh engkau ni siapa…? Boleh tolong jangan masuk campur dalam hal orang lain boleh tak….?” Jasmin bersuara kasar membukukan lagi hati Iz…
“ Puan ni kalau bercakap memang tak boleh sopan sikit ek…? Dengan perangai macam ni ada hati puan nak jaga si Apit ni…? Puan tak takut ke perangai dia jadi teruk macam perangai puan? Ke puan tak sedar yang perangai puan ni masih tak layak nak mendidik dia….?” Iz menjawab sinis. Berdesing telinga Jasmin mendengarnya. Dan di kesempatan itu Apit terus melepaskan diri dan mendekati Mak Cu nya yang sedari tadi terus mengalirkan air mata…
“ Engkau jangan nak hina aku eh…? Engkau ni siapa nak sekolahkan aku…?” Jasmin berang. Namun kelihatan juga lelaki mat salleh itu menarik tangan Jasmin ke belakang…
“ Jess…enough ok….” kedengaran lembut suara mat salleh itu.
“ No! I don’t care…! I want my son back James…..!!” Jasmin menjawab keras dan lelaki yang dipanggil James itu menggeleng perlahan..
“ Kita boleh datang semula dan minta baik-baik lepas ni….” dengan pelatnya lelaki mat salleh itu menuturkan bahasa Melayu. Entah kenapa lelaki mat salleh ini dirasakan lebih pandai menghormati orang berbanding Jasmin yang memang sah-sah berbangsa Melayu! Durra mendengus sangat tak berkenan dengan perangai Jasmin..
“ I want now…..!” Jasmin bersuara kasar…
“ Takde siapa boleh bawak cucu aku pergi dari rumah ni……..!!” setelah seketika berkelahi semua mata tertumpu ke arah suara garau yang tiba-tiba muncul dari belakang rumah sambil memegang senapang simpanannya…..
Ayah……Durra memanggil di dalam hati. Dia seakan tergamam dengan campur tangan ayahnya itu. Dia tahu ayahnya berada di dalam rumah dan menjadi saksi namun dia tidak menyangka ayahnya akan turut mempertahankan Apit yang selalu dibenci itu. Durra merasa sebak melihat situasi ini…
“ Ayah…….” Jasmin memanggil senada…
“ Siapa ayah kau….? Aku bukan bapak mertua kau lagi, kau dah lupa ke….?” Jasmin terdiam mendengar kasarnya suara Pak Darwin itu.
“ Selagi aku masih bernyawa jangan harap ada orang boleh bawak pergi cucu aku. Kau faham tak…….??” Pak Darwin bertanya kasar.
“ Ayah….tapi dia anak Min. Min ada hak….”
“ Engkau dah tak faham bahasa Melayu lagi ke? Kau nak aku bahasakan kau macam mana lagi baru kau nak faham…..?” Pak Darwin menyambung bicara sambil terus mengacukan senapangnya ke arah Jasmin dan lelaki mat salleh itu. Durra, Iz dan Apit tergamam melihat tindakan lelaki tua itu..
“ Jess…come…let’s go…..!” lelaki mat salleh itu yang ketara sudah ketakutan pantas menarik tangan Jasmin ke arah kereta. Dan Jasmin bagaikan tiada pilihan…dia sendiri turut tergamam dan kakinya terus menurut tarikan James ke arah kereta. Dia bagaikan tiada kudrat untuk melawan lagi setelah melihat senapang yang dipegang bekas ayah mertuanya tu. Namun sebelum pintu kereta dibuka Jasmin sempat bersuara…
“ Jangan ingat Min akan diam macam tu je….! Min akan guna segala cara untuk dapatkan Syafiq balik. Kalau perlu gunakan peguam dan naik turun mahkamah sekalipun Min sanggup! Ayah dan Durra jangan lupa janji Min ni……” dan setelah seketika kereta Honda City itu dilihat meninggalkan perkarangan rumah Pak Darwin….
Pak Darwin pantas menurunkan senapangnya dan tanpa sepatah bicara kakinya terus melangkah ke arah belakang rumah. Durra, Iz dan Apit hanya melihat lelaki tua itu beredar begitu sahaja. Durra yang masih sebak melutut dan pantas menarik Apit ke dalam pelukannya. Rapat dan kejap bagaikan tidak mahu untuk dilepaskan lagi. Durra sangat takut untuk merasai kehilangan Apit..
“ Mak Cu….Apit takut….” kedengaran suara Apit mengadu dalam esak tangis. Iz di sisi mengusap perlahan kepala Apit tanda dia turut berada di sisi anak kecil itu..
“ Apit jangan takut sayang….syuhhhhh Mak Cu kan ada……” Durra mengusap-ngusap perlahan tubuh Apit sambil dia sendiri cuba berusaha untuk menenangkan hatinya.
“ Mak Cu…betul ke tadi tu mama Apit….? Tapi kenapa dia garang sangat…..” Apit bertanya terus pada Durra apa yang sebentar tadi berlegar-legar di benaknya…
Durra terdiam mendengar pertanyaan itu dan dia mendongak sekilas memandang Iz. Pipi anak kecil itu dipegang kejap sambil jemarinya mengelap pipi Apit yang basah dengan air mata..
“ Apit…Mak Cu rasa sekarang masanya tak sesuai untuk Mak Cu cerita. Apit masuk dalam dulu. Pergi mandi….nanti bila-bila ada masa Mak Cu cerita ya sayang……” Apit mengeluh mendengar jawapan itu namun dia hanya mengangguk dan menurut. Durra menyium dahi Apit lama sebelum anak kecil itu dilepaskan.
Iz hanya memerhati perlakuan gadis itu. Dan entah kenapa hari ini Iz seakan melihat sisi lain seorang Durratul Suraya. Bukan seperti biasanya seorang Durra yang dikenali. Yang entah apa-apa dan kadangkala tidak difahami itu. Hari ini Iz bagaikan dapat melihat siapa sebenarnya Durratul Suraya yang pada perkiraanya sangat disayangi oleh Opahnya itu.
“ Apit masuk dulu ye…..” Durra bersuara lagi dan Apit terus berlalu masuk ke dalam rumah sebaik dia menyalami tangan Iz tanpa sepatah kata.
Durra terus berdiri semula sebaik Apit masuk ke dalam rumah. Durra mengelap sisa air matanya pula dan dia memandang Iz dengan sendu yang masih tersisa..
“ Urm….Iz…terima kasih. Dan maaflah sebab suasana yang tegang sekejap tadi. Tak pasal-pasal Iz terlibat sama. Maaf ye…..” Durra ikhlas mengucapkan kata maaf kerana mungkin Iz merasa tak tenteram dengan suasana kucar-kacir seperti tadi..
“ Owhhh it’s okay. Not a big deal. Iz pun memang keluar dengan Apit tadi….” Iz menjawab senada…
“ Owh…..” Durra menjawab kosong dan Iz hanya memerhatikan raut wajah gadis itu. Iz dapat melihat betapa Durra menyayangi Apit meskipun anak kecil itu hanyalah sekadar anak saudaranya. Terpancar sifat keibuan gadis itu…baru pada anak buah belum pada anak sendiri lagi…isyy apa aku ni…?
“ Urm….Durra okeh ke ni…..?” Iz bertanya prihatin namun Durra seakan berada dalam bayangannya sendiri….
“ Durra………” Iz menggoyangkan tangannya dihadapan Durra..
“ Haaa ye……?” Durra bertanya kembali apabila dia seakan tersedar…
“ Saya tanya awak ok ke ni……?” Iz bertanya kembali…
“ Owh..urm sorry…saya ok. Jangan risau…..” Durra menjawab
“ Kalau takde pape lagi Iz balik dulu ye……..”
“ Urm yelahh….”
“ Kalau ada nak mintak tolong apa-apa beritahulah pada Iz…….” Iz bersuara lembut dan dia sendiri tidak mengerti kenapa dia berkata sedemikian. Apa aku boleh buat pun kalau minah ni mintak tolong….?? Derrrr….
Durra hanya mengganguk lemah.
“ Iz balik dulu. Assalamualaikum……”
“ Wa’laikumsalam……..”
Iz pantas berlalu keluar dari perkarangan rumah Pak Darwin namun belum pun jauh dia melangkah Iz menoleh semula ke belakang melihat Durra yang baru mahu masuk ke dalam rumahnya….
Iz hanya memerhatikan susuk tubuh itu hingga hilang dari penglihatannya dan sebuah senyuman terukir di bibirnya dan segalanya adalah di luar kawalan…

1 comments:

MaY_LiN said...

uurrm..
cian nye apit..
tertanye2.. pe da jadi sebenarnye

Post a Comment