PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Saturday, May 16, 2009

Namamu Terpahat Dihati (14)

Anisa tersenyum..Terasa hidupnya hari ini tenang tanpa gangguan. Tiada Ary. Tiada juga Melly. Sepanjang pagi dia di kampus, bayang Ary langsung tidak kelihatan..Hehe..Bagus juga aku tak nampak muka mamat tu..aman sikit! Senyum Anisa di dalam hati..Dia menghadiri kuliahnya seperti biasa. Tumpuan yang sepenuhnya diberikan ketika berada di dalam kelas..kuliah Prof Clark ini begitu menarik minatnya..

Setelah 1 jam berlalu..kelasnya tamat. Anisa lantas bergerak keluar dari dewan kuliah. Dia ingin pulang ke apartmentnya sebelum kelasnya bermula pada waktu petang. Dia bergerak meninggalkan bangunan utama di kampusnya itu. Di hadapan bangunan itu terdapat tangga besar yang menjadi lambang kebanggaan para pelajar. Di tangga itulah biasanya menjadi tempat para graduan mengambil gambar setelah menamatkan pengajian kerana latar belakangnya memperlihatkan nama universiti yang terpampang besar di bangunan utama. Anisa menuruni anak tangga namun apabila kakinya mula menjejakkan kaki ke anak tangga ketiga dia mendengar namanya di panggil..

Dia berhenti..
Aduh, macam kenal je suara tu! Anisa mempercepatkan langkahnya. Namun dia terasa lengannya ditarik secara tiba-tiba dan dia melopong apabila melihat Ary menggari lengannya yang ditarik tadi dengan beg sandang yang dipakai oleh pemuda itu. Anisa mengerutkan dahinya sambil memandang Ary tajam..

“ You ni kenapa? I tak de masa lah nak main polis-polis pulak dengan you kat sini..”Anisa bertanya geram..
Ary hanya menunjukkan muka selambanya..
“ Ada I ajak you main-main ke? ” Ary bertanya bodoh..
“ Ary, you nak apa? Lepaskan tangan I la..I malas tau nak layan perangai budak-budak you ni..” Anisa menjawab lantang..

Ary tersenyum..Ok, dia dah start membebel balik..that’s my Nisa..jeritnya.
“ You ingat I rajin pulak nak layan perangai you yang macam budak-budak jugak? “ Ary bertanya lagi
“ Apa I pulak? ” Anisa bertanya geram. Dia tidak mahu menguatkan suaranya kerana tidak mahu dirinya dan Ary menjadi perhatian ramai di tengah-tengah alam itu..
“ I dah mintak maaf kat you kan? Dah you taknak maafkan I..So, I’ll find another way.” tiba-tiba Ary menjawab lembut sambil merenung mata Anisa

Anisa terdiam..
“ I nak belanja you makan..” Anisa menjeling mendengar ajakan Ary. Nak mintak maaf lagi la tu. Aduh..letihla..
“ You fikir I nak ikut you ke? “ Anisa bertanya sinis

Ary pantas tersenyum sumbing sambil mengangkat gari di tangan Anisa..
“ You fikir you ada pilihan ke? “ pertanyaan Ary dan gari yang digoyang-goyangkan di depan mata Anisa membuatkan mulut Anisa terkunci tanpa kata..dasar pembelit!

Ary lantas berpaling dan terus menuruni anak tangga. Di dalam hati dia tertawa..Beg yang disandang di sebelah kanan bahunya semakin diperkemas..

Tangan kiri Anisa yang sememangnya masih belum terlepas daripada gari itu membuatkan dirinya terdorong ke depan mengikut langkah Ary. Aduh, mamat ni tak boleh guna cara yang lebih terpelajar ke?? Anisa menjerit di dalam hati. Anisa sebenarnya malu kerana ada beberapa mata yang sudah mengesan incident yang sedang menimpanya itu. Ary!!! Anisa menjerit geram di dalam hati..

“ Kalau you rasa you taknak ikut I pun takpe. “ Ary berkata sinis tanpa menoleh kebelakang..
“ Cubalah lepaskan tangan you kalau boleh..” Ary menambah lagi sambil tangan kirinya memusing-musingkan kunci gari tersebut..senyuman Ary di depan makin melebar tanpa mampu dilihat oleh Anisa.

Anisa menjeling geram dari belakang. Mesti tu kuncinya! Anisa berkira di dalam hati. Dia malas mahu menjawab..

“ You jangan jalan laju sangat boleh tak? “ Anisa akhirnya bersuara..
Ary yang mendengar memperlahankan langkahnya dan Anisa di belakang semakin menghampirinya. Anisa sengaja lebih rapat kerana dia tidak mahu orang ternampak tangannya yang digari di beg lelaki tersebut. Akhirnya Ary dan Anisa kelihatan berjalan beriringan dengan begitu rapat sekali. Ary di sisi hanya diam seolah-olah tidak perasan apa yang berlaku. Anisa semakin geram.

Akhirnya Ary dan Anisa sampai di sebuah coffee house yang terletak tidak jauh dari kampus mereka. Anisa yang sememangnya tiada pilihan hanya mengikut Ary walaupun hatinya membuku. Ary memilih tempat duduk yang agak tersembunyi di dalam coffee house tersebut. Ary terus duduk dan meletakkan beg sandangnya di atas riba. Anisa yang malas mahu melayan kerenah Ary lantas menarik kerusi di sebelah Ary lalu duduk. Takkan aku nak duduk bertentang pulak? Tangan aku ni mane boleh tanggal sesuka hati..siot! Anisa mengata di dalam hati..

“ Ok then..straight to the point. What do you want from me? “ Anisa lantas bersuara.
Ary lantas tersenyum..
“ Nanti la dulu Nisa..kan I kata tadi nak belanja you..kita order dulu eh? At least you minum pun ok la…” Ary bersuara lembut. Kalau cara kasar sudah digunakan..Ary rasa baik sekarang dia lebih berlembut. Niatnya bukan mahu cari pasal lagi..sekadar mahu mengucapkan terima kasih dan meminta maaf..

Anisa yang perasan pada kelainan suara Ary hanya menurut. Lebih cepat perkara ni diselesaikan lebih baik! Bukan boleh percaya sangat budak ni..ujarnya di dalam hati..Hanya beberapa minit selepas itu minuman yang dipesan tiba. Anisa yang memang kehausan terus meminum air yang dipesan sehingga tinggal separuh..

Ary yang melihat hanya menggeleng..
“ Kan I da pesan jangan gelojoh..” Ary tiba-tiba bersuara..
Anisa yang mendengar hanya membuku…
“ Do I care? Sukati I la..” Anisa menjawab
Keras betul la hati minah ni..Ary menyimpul di dalam hati sambil pelan-pelan menghirup air yang diminumnya..aduh, panas! Ary berkata di dalam hati..

Anisa yang memandang jadi geram..
“ Ary, kalau you hirup sikit-sikit macam tu sampai petang pun tak habis! I ada kelas petang nanti..you jangan nak bazirkan masa I boleh tak? “ Anisa bertanya..

Ary menoleh pada Anisa lantas mengangkat cawan yang dipegang dan diletakkan pada tangan kanan Anisa yang berada di atas meja…
“ Auw, panaslah!” Anisa menjerit kecil. Ary tersengih
“ Tau pun panas. Cuba tengok sikit you order air apa? I order air apa? You nak lidah I terbakar ke? “ Ary menjawab tenang..

Anisa hanya menjeling mengakui kebenaran kata-kata Ary..namun dia masih meniup tangannya supaya cepat hilang rasa panas itu..nak guna tangan sebelah lagi untuk gosok dah kene gari pulak! Haisy..Anisa mengata di dalam hati..

Ary perasan kening Anisa yang masih berkerut meniup tangannya itu..dia diterpa rasa bersalah. Pantas di luar sedar dia memegang tangan Anisa yang disuakan dengan cawan panas itu dan menggosok serta meniupnya…

“ Sory-sory I tak sengaja tadi…” Ary berkata tanpa menyedari tindakannya tidak disenangi Anisa. Ary hanya sedar setelah merasa Anisa menarik tangannya semula dari dipegang oleh Ary. Dia tidak selesa dan selebihnya dia tidak suka! Belum ada mana-mana lelaki yang sesuka hati boleh memegang tangannya..

Ary serba-salah. Aduh..macam mana boleh tak perasan pulak! Ary menjerit di dalam hati..
“ Urm sory..” Ary berkata lagi sambil meraup rambutnya ke belakang..
Ai..sory! Sory! Sory! Tu jelah yang kau tahu..Anisa menjerit di dalam hati..
“ Cakap guna mulut je yang air you tu panas tadi kan senang..think first before you act..” Anisa menegur dengan tenang. Ary yang mendengar menjadi semakin kagum dengan keperibadian gadis di depannya ini..

Ary hanya tersenyum..lantas dia menarik nafas untuk memulakan bicara..
“ Nisa..from the bottom of my heart..I’m really sorry for what I’hv done to you.. I tak sengaja tengking you petang tu..you taukan I tengah stress tapi lepas tu you pulak membebel tak sudah-sudah..mana I tak mengamuk…” Ary berkata lembut sambil merenung ke dalam mata Anisa persis seorang kekasih memujuk teman wanitanya..

Isy..makin lama makin takut pulak aku dengan dia nie. Baik aku maafkan je..kalau tak ntah apa-apa lagi kerja gila dia nak buat..Anisa berkata di dalam hati…

5 comments:

Anonymous said...

ahaha..leh lak ary gari tgn nisa..xpernh dibuat org..ahaha..lawak la ary ni..comel..sesuaila dorang berdua..huhu..

-cheesecake-

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeeee..
comey2..
sweet jer..
ekekeke..

Anonymous said...

aduhhhhh....ary...ary...sesuka ati je nk gari anak dara org....tp...stil comeyyyy....

Nia Arissa said...

hi3 nakal la ary ni...
cian anisa...
btw citer ni best

ceritaku MEMORIKU said...

weeee.comelcomel.
nisa kena gari.ahakzzz
-na'dz

Post a Comment