PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Thursday, October 6, 2011

Cerpen : Kau Ku Nanti (1)


Sebelas tahun yang lalu….
            “ Zara…ada orang bagi kau surat…..” seorang teman menyuakan buku panjang yang di dalamnya terselit sepucuk surat.
            “ Surat..? Siapa bagi…..?” Zara rasa dia tahu tapi sengaja mahu bertanya untuk memastikan.
            “ Firul….”
            “ Firul….? Nak apa dia….?” Zara kalih ke tempat duduk belakang. Kelihatan Syahfirul duduk bersama kawan-kawan lelakinya. Mereka memandang ke arah Zara. Zara telan air liur…
            “ Kau bacalah Nadin…” Zara menyuruh.
            “ Betul aku baca ni….?”
            “ Betul….baca aje. Aku malaslah…”
            “ Zara….Firul kata dia suka kat kau lah….”
            “ Ha….??”
            “ Dia suruh kau balas surat ni. Kau suka kat dia tak…?” Zara terlopong.
            “ Aku….”
            “ Aku apa…? Kau suka kat dia tak….?”
            “ Memanglah aku suka kawan dengan dia. Dia baik….” Zara mencuri pandang ke arah Firul yang sedang melihatnya. Zara cepat-cepat memandang ke arah lain. Dia sangat tak suka perasaan ini. Perasaan apabila kawan baik sendiri menaruh hati padanya. Mereka masih berhingus. Kenapa perlu melalui benda-benda macam ni…? Perjalanan mereka masih jauh. Zara tak pernah terlintas atau teringin untuk mengalami apa yang dipanggil cinta monyet.
            “ Nanti kau balas tau surat dia ni….”
            “ Urm yela…..” Zara sekilas menyahut
            Dan lewat petang itu Zara menitipkan satu surat balasan pada kawan Firul. Menyatakan bahawa dia lebih selesa untuk berkawan biasa dengan Firul. Sejak itu hubungan persahabatan mereka sedikit renggang. Zara dan Firul tidak lagi bergurau senda seperti dulu. Mereka berdua juga tidak lagi saling berkongsi jawapan kerja sekolah. Tiada lagi istilah ‘pinjam buku kau, aku nak salin jawapan’. Sungguh Zara tidak senang dengan perubahan itu namun Zara tahu Firul terasa hati.
______________________________________________________________________________
            Lima tahun lalu……
            Sehingga ke sekolah menengah, mereka masih berteman apabila sering berada di dalam kelas yang sama sehinggalah Firul mendapat tawaran memasuki sekolah berasrama penuh. Sejak itu mereka jarang berhubung namun dari gerak gaya Zara tahu Firul masih menyimpan rasa padanya. Cuma Zara ego. Sengaja tidak ingin dilayan perasaan Firul kerana bagi Zara, mereka masih perlu fokus pada pelajaran. Tiada istilah cinta dalam hidupnya selagi belum tamat sekolah.
            Zara masih ingat bagaiman dia tahu Firul masih menyimpan rasa padanya.
            “ Nadin….pinjam past year paper dari sekolah sains yang kau bawak tadi….”
            “ A’ah Nadin….susah tak….?” Suha rakan mereka turut mencelah.
            “ Sekejap ek….aku carik. Haa….ni dia…” Nadin menyuakan kertas-kertas tebal itu di atas meja mereka. Waktu itu tiada cikgu di dalam kelas.
            “ Dari mana kau dapat past year paper ni Nadin…?” Suha bertanya sambil membelek.
            “ Dari Firul…..” kaku seketika tangan Zara. Nadin masih selamba bagaikan tiada apa. Suha kalih memandang Zara dengan senyuman penuh makna. Dia selaku kawan baik tahu apa yang terjadi di antara kedua temannya itu sejak di bangku sekolah rendah.
            “ Mak aku yang mintak pass year ni dari ibu dia….” owhh… Suha angguk tanda mengerti.
            “ Weh….cikgu dah masuklah…” cepat-cepat Nadin mengemas mejanya yang berselerak.
            “ Nadin….aku pinjam dulu tau…” namun cepat-cepat juga Zara menarik kesemua kertas yang ada dan dibawa ke mejanya. Nadin hanya pandang membiarkan. Sepanjang kelas pada waktu itu Zara memegang kejap kertas tersebut. Kertas itu membawanya kembali dekat dengan Firul. Teman yang sudah lama tidak diketahui bagaimana perjalanan hidupnya di sekolah berasrama penuh.
            Sewaktu gurunya sudah habis mengajar, Zara menyelak satu persatu helaian pass year paper tersebut. Dibaca perlahan soalan-soalan yang ada sehinggalah dia tiba pada satu muka surat ini. Kacau seketika perasaannya! Dikalih sekeliling bagi memastikan tiada siapa di belakangnya. Dan dia kembali merenung sebaris nama yang ditulis dengan pensil kayu di salah satu muka surat. Zara kenal nama itu. Itu adalah nama penuhnya yang ditulis dalam tulisan jawi! Tersentak sekejap Zara dengan insiden ini.
            “ Nadin….betul ke pass year paper ni Firul yang punya….?”
            “ Yela….kenapa…?” Zara menggeleng. Tidak pasti sama ada rakan-rakannya sudah menjumpa tulisan itu namun keadaan yang biasa membuatkan Zara juga bereaksi seperti biasa. Namun tulisan namanya itu sudah cukup membuat Zara yakin Firul masih ada hati padanya. Zara menarik nafas dalam. Dia agak tidak berkenan dengan keadaan ini. Nampaknya Firul masih tetap seperti dulu.
            Beberapa malam selepas itu, Zara menerima satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Ketika itu Zara hanya menggunakan telefon bimbit ayahnya kerana dia masih belum mempunyai telefon bimbit sendiri.
            Siapa ni…?
            Firul lah….
            Zara terkejut
            Owh…dari mana dapat nom?
            Dari Nadin. Phone sendiri ke…?
            Tak ni phone ayah. Tapi Zara pakai
            Takpe ke Firul mesej ni..? Tak marah kan…?
            It’s okay. Kat hostel ke?
            Yup
            Boleh bawak phone?
            Curik-curik. Pandai-pandailah cover
            Zara tersenyum. Dia tidak tahu sama ada dia gembira atau sudah mula menerima Firul. Namun yang pasti Zara gembira kerana Firul teman lamanya dulu sudah kembali.
            Sejak daripada itu Zara kembali berkawan dengan Firul. Zara gembira kerana setidaknya dia tidak perlu hilang kawan yang baik seperti Firul hanya kerana kisah cinta monyet mereka yang tidak jadi itu. Walaubagaimanapun Zara tak pernah mahu Firul menghubunginya. Cukuplah mereka sekadar saling mengingati dengan mesej.
            Sehinggalah pada satu hari Zara terpaksa membenarkan Firul menghubunginya.
            Bolehlah ye..? Dah lama Firul tak dengar suara Zara
            Zara serba-salah
            Nak buat apa…?
            Kan Zara nak tanya soalan trial Firul hari tu.
            Mesej tak boleh?
            Panjang sangatlah. Firul call ek. Zara salin soalan yang Firul baca. Sekejap je.
            Akhirnya Zara membenarkan. Dengan debar di dada dia mengangkat panggilan
            “ Hello…” suara garau Firul yang menyapa membuatkan Zara bagaikan tak percaya. Suara Firul sudah berubah kasar. Zara terlupa jarak masa yang memisah sudah cukup membuat Firul tumbuh membesar menjadi seorang remaja lelaki yang sudah pasti bertukar nada suaranya.
            “ Hello…” Zara gagap menjawab.
            “ Dah ada pensil dengan kertas belum…?” Zara kalut sendirian. Tangannya pantas mencapai apa yang dekat.
            “ Dah….dah….”
            “ Salin tau apa Firul baca….”
            “ Okay….tapi baca perlahan sikit tau….” Zara memesan ringkas. Selepas itu Zara kalut menyalin sehinggalah dia sedar sendiri talian sudah dimatikan. Zara tersenyum memandang kertas A4 yang sudah penuh dengan soalan yang ditulisnya. Zara sedikit terharu dengan kesanggupan Firul menghabiskan kredit semata-mata ingin dia memperoleh soalan percubaan daripada sekolahnya.
______________________________________________________________________________
            Empat tahun lalu….
            Kini Zara dan Firul telah sama-sama melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi namun jarak yang memisah masih sinonim dengan mereka berdua.
“ Firul selalu ke contact kau…?”
            “ Bolelah…”
            “ Ceh…ceh…ceh….” Suha tersenyum di hujung talian. Zara sedia maklum apa yang dimaksud Suha disebalik gelak sinisnya itu.
            “ Kenapa pulak…?”
            “ Kau tahu tak Firul masih suka kat kau…?” Zara terdiam. Dia cuba menepis jauh kenyataan itu. Dia tidak mahu terlibat dengan cinta. Belum masanya lagi.
            “ Yeke..? Takdelah itu semua kan cerita lama….”
            “ Ye…dia sendiri cakap dengan aku, dia masih suka kau. Dia cuma kata belum masanya untuk dia beritahu pada kau. Dia takut kalau dia cakap sekarang kau akan tolak dia lagi….” Zara terdiam. Hatinya tersentuh dengan kesungguhan dan kesetiaan Firul walaupun mereka tidak pernah menyatakan apa-apa atau berjanji di antara satu sama lain.
            “ Urm…takdelah. Aku mana suka dia pun….” Zara masih merasakan bahawa dia belum mampu menerima Firul dalam hidupnya. Namun Zara tak mahu hilang Firul sebagai teman. Firul sangat baik orangnya.
______________________________________________________________________________
            Zara tersedar daripada lamunan kisah bertahun-tahun yang dulu apabila seseorang menyapanya di YM. Firul!
            Iz_Zara : Hai…sampai hati nak tunang tak cakap
            Syah_firul : Bukan tak nak kasi tau. Tapi tak expect pun. Saja datang bawak cincin tak sangka orang sana terima
            Zara tersenyum tawar membaca
            Iz_Zara : Datang cara baik takkan orang tak terima kan
            Syah_firul: Itulah. Alhamdulillah
            Iz_Zara: Orang mana?
            Syah_firul: Sabah
            Iz_Zara : Owh nanti boleh kenalkan
            Syah_firul : No probs. Mana tahu Firul bertunang?
            Iz_Zara : Nadin bagitau.
            Syah_firul : Owhh...
            Iz_Zara : Firul boleh bagitau Nadin, takpe kenapa dengan Zara tak bagitau?
            Lama Zara menanti Firul membalas persoalannya.
            Syah_firul : Takut Zara sibuk. Kan tengah final sem tu. Firul takut ganggu
            Sinis senyuman Zara di depan laptop itu. Same reason for so many years. Will always be!
            Iz_Zara : Takpelah Firul, Zara mintak diri dulu
            Syah_firul : Okay then, jaga diri
            Berakhir begitu saja perbualan mereka. Zara menarik nafas dalam. Dia perlukan seseorang ketika ini.
            “ Assalamualaikum Syifa…..”
            “ Wa’alaikumussalam Zara. Haaa apa mimpi call aku ni…?” Zara tergelak
            “ Nak call pun tak boleh…?”
            “ Yelaa tu. Ni mesti ada benda penting kau nak share dengan aku kan….” Zara tarik bibir. Tersenyum sendiri. Syifa teman seuniversiti yang cukup maklum akan perasaan hati dan kisahnya dengan Firul
            “ Firul dah tunang….” Syifa di hujung talian terdiam.
            “ Firul…?”
            “ Yup…”
            “ Firul kawan sekolah kau yang kau suka tu…?”
            “ Yela Firul yang mana lagi. Syifa……..”
            “ Yes dear….”
            “ Aku patah hatilah…..”
            “ Relakslah beb…..”
            “ Ini ke namanya hukum karma…? Ini ke balasannya bila aku cuba menafikan perasaan aku pada dia…?”
            “ Kau jangan macam ni Zara….” Syifa cuba memujuk Zara yang sudah kedengaran esak tangisnya.
            “ Aku mengaku dulu aku tak pernah suka dia. Aku cuba menafikan perasaan aku pada dia. Hidup aku berprinsip Syifa. Aku tak mahu bercinta masa belajar…”
            “ Aku faham. Dear, split out everything. I’m here….”
            “ Aku tahu Firul lelaki baik. Aku kenal dia dari kecil. Aku terharu bila semakin lama aku tengok dia tak pernah berhenti care pasal aku. I’m seeking ALLAH for open up my heart just for him. Aku doa pada ALLAH banyak-banyak. Aku mohon kalau betul Firul jodoh aku, bukakkan pintu hati aku untuk dia. Aku tak pernah lupa sebut nama dia lepas solat. Aku selalu berharap aku boleh terima dia. Tapi kenapa lepas hati aku terbuka…baru aku dapat tahu yang sebenarnya dia dah tak sanggup nak tunggu aku….?”
            “ Zara…….”
            “ Walau aku selalu mengelak bila dia cakap soal cinta. Even aku selalu buat tak tahu bila dia bagi hint tapi aku paham. Aku tahu apa maksud dia walaupun dia tak pernah berterus terang dengan aku….”
            “ Dia tak pernah cakap dia suka kau…?”
            “ No….”
            “ Even once..?”
            “ Tak pernah. Sebab setiap kali dia bukak soal cinta aku mengelak. Tapi aku yakin dia masih sukakan aku….”
            “ Apa yang kau kesalkan….?”
            “ Aku takut salah aku ke sampai dia tak berani nak luahkan perasaan dia pada aku…? Salah aku ke kalau aku memang taknak bercinta sebelum kahwin…?”
            “ Dan salah aku ke Syifa kalau aku terlalu mengharapkan dia…..?”
            “ Kau tak salah kalau ada perasaan sayang pada dia Zara…..”
            “ Aku tak pernah bukak pintu hati aku untuk sesiapa sebab deep down inside hati aku dah aku simpan untuk dia. Memang aku tak pernah luah pada dia tapi ALLAH tahu apa ada dalam hati aku. Aku simpan dengan harapan satu hari nanti dia akan luahkan perasaan dia pada aku. Aku terlalu mengharap Syifa dan aku terlalu yakin semuanya akan berakhir dengan gembira. Aku tak tahu dia ada orang lain….”
            “ Zara, kau kena redha dengan semua ni….”
            “ Aku silap bila aku ingat dia kenal hati budi aku. Aku silap bila aku ingat dia akan tunggu aku. Aku silap bila aku ingat dia akan setia dengan aku. Aku silap sebab terlalu mengharap Syifa…..”
            “ Kau tak boleh expect dia setia dengan kau sedangkan korang tak pernah declare apa-apa pun Zara….”
            “ Aku tahu….”
            “ Jadi kau tak boleh marah bila dia berjumpa dengan orang lain dan kau tak boleh tuduh dia tak setia. Dia bebas untuk berkawan dan bebas juga untuk memilih….”
            “ Salah ke prinsip hidup aku selama ni Syifa….?”
            “ Tak Zara…..”
            “ Bagi aku perkahwinan tu terlalu suci, ikatan tu terlalu murni untuk dikotorkan dengan cinta palsu. Aku mahukan perkahwinan yang berkat. Aku mahu membina rumahtangga dengan asas yang baik. Bukan dengan kisah cinta zaman sekarang ni. Walau aku tak pernah berterus terang pada dia tentang perasaan aku tapi aku selalu mintak dia dari ALLAH. Aku mahukan dia sebagai suami aku. Tinggi sangat ke impian aku tu Syifa…?”
            “ Islam memang menganjurkan cinta selepas kahwin Zara. Takde yang salahnya. Pandanglah dengan hikmah Zara. Ada hikmahnya bila kau tolak dia dulu…”
            “ Maksud kau….?”
            “ Cuba kau tengok sekarang ni, akhirnya Firul bukan dengan kau kan? Kalau dulu kau terima dia, bercinta sakan, lupa dunia…nak buat apa? Akhirnya tetap dia dengan orang lain kan..? Jadi pandang dengan hikmah. Ada hikmah kau tak terima dia dulu dan aku yakin ada hikmahnya bila dia tunang dengan orang lain dan bukan dengan kau…..”
            “ Tapi hati aku ni Syifa…? Luka teruk dan aku rasa lambat boleh pulih macam biasa…”
            “ Mintak pada ALLAH Zara. DIA boleh buat kau sayang Firul….dan kau kena yakin DIA boleh buat kau perlahan-lahan lupakan Firul. Mintak pada DIA ye? DIA pegang hati kau…” Zara sedikit tenang mendengar nasihat rakan baiknya itu.
            “ Thanks Syifa! Sebab tu lah aku sayang sangat kat kau….”
            “ InsyaALLAH satu hari nanti, orang yang sayang kau pulak akan muncul. Mungkin sekarang ni dia pun tengah mencari-cari kau….”
            “ Pandai lah kau….”
            “ Ye, kau kena yakin dengan janji ALLAH! Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik sayang. And vice versa….” Zara menarik nafas dalam.
            “ Tapi aku bukan baik mana pun. Biasa-biasa aje…..” Zara memuncungkan bibirnya
            “ So…? Kalau tahu belum cukup baik, you must work for it! Jadilah macam mana kau nak seseorang tu jadi suami kau….berubahlah untuk kebaikan….” Zara merasa tenang.
            “ Baik Puan!”
            “ Hello….?! I’m still miss okay….”
            “ Soon…puan kan…?”
            Perbualan itu diakhiri dengan gelak tawa di antara Zara dan Syifa.
______________________________________________________________________________
            Lima tahun kemudian
            “ Apa lagi yang Zara nak tunggu….?”
            “ Zara tak sedia lagilah umi…”
            “ Nak sedia macam mana lagi? Cuba cakap dengan umi. Umur Zara tu dah 27 tau…bukan 17 lagi. Zara ingat ke tidak….?”
            “ Zara belum nyanyuk lah umi sampai tak boleh nak ingat no IC sendiri…” Izzara mengunyah rakus kerepek di dalam balang. Sudah imun dengan bebelan uminya tentang nikah kahwin. Bukan dia tahu mahu….tapi entahlah…
            “ Kak long tu umur 27 dah beranak dua tau tak…..?”
            “ Taulah umi…kan orang yang selalu hantar dia check up….”
            “ Zara tak rasa ke nak ada anak sendiri….? Kalau lambat kahwin, bila Zara tua nanti anak semua masih kecik-kecik tau….”
            “ Siapa tak nak kahwin umi…..”
            “ Dah tu..? Apa yang susahnya? Dah banyak pinangan orang Zara tolak. Kali ni Zara terima aje lah lamaran Rafiq tu….” Isy! Rafiq lagi….Rafiq lagi…
            “ Si Rafiq mana yang umi dok canang dari dulu ni…? Dia kalau nak kat Zara kenalah datang jumpa orang. Ini tak…asyik jumpa umi tanya pasal Zara. Padahal mana dia nak jumpa Zara. Nampak sangat macam tak serius…..”
            “ E’eh budak ni! Heii orang kalau serius memang inilah jalannya. Terus jumpa mak bapak! Minta anak orang dengan cara baik. Bukan dah bercinta sakan dengan anak dara orang baru nak balik kampung jumpa orang tua. Cara Rafiq ni barulah cara lelaki gentleman….”
            Ewah…pandai je umi aku ni.
            “ Dah tu kalau betul gentleman dan berani suruhlah dia datang jumpa Zara….”
            “ Betul Zara nak jumpa Rafiq ni…?”
            “ Ha…betullah! Kenapa, dia tak berani…?” dalam pada berani bersuara Zara sebenarnya takut juga dengan ucapannya. Takut kalau lelaki bernama Rafiq itu serius. Mati dia macam ni! Dah lah kenal pun tidak. Entah siapa-siapa agaknya yang uminya cukup berkenan tu.
            “ Boleh kalau Zara nak jumpa dengan dia. Tapi ada satu syarat….”
            “ Hei dia yang nak kat kita, dia pulak nak bagi syarat…?”
            “ Ini syarat umi, bukan syarat Rafiq….” Owhh..
            “ So, syarat umi apa…?”
            “ Zara kena tunang dengan dia….”
            “ Apa umi ni…? Zara tak kenal dia lah….” Zara kecut.
            “ Dalam Islam…masa pertunangan ni lah masa untuk kenal pasangan sebelum bernikah. Umi rasa ilmu agama yang umi dengan ayah bagi pada Zara takdelah secetek mana sampai Zara tak tahu semua ni kan…?” Zara terus terdiam. Kelu lidahnya untuk menjawab.
************************************************************************************
~Salam. Ini bukan e-novel baru. Takde storyline. Just taipan cerpen suka-suki tapi jadi nya terrrrpanjanglah pulak. So, i'll cut it into different part oke. Happy reading~

3 comments:

Anonymous said...

betol2 xsabo nak tggu next!!..writer,cpt lar..

Anonymous said...

ada kna mengena sikit dgn life saya. :)

aien Ayin said...

@anon : da smbg. teruskn mmbce ye..sabo sabo hehe

@anon : ek..? haha so sy pnjm la cite awk jap! ;)

Post a Comment