Segalanya berlaku begitu pantas…sampaikan Iz tak tahu apa nak buat…macam mana nak bersuara...cara apa yang perlu digunakan…
“ Kenapa cepat sangat…?” Iz bertanya sayu pada ibunya yang sedang ralit menyiapkan hantaran untuk Baimnya..
“ Ibu pun tak tahu lah Iz...Baim kamu mintak cepat. Tunang pagi dan nikah petang….” semakin bercelaru jiwa Iz mendengar perkhabaran ibunya. Sungguh dia tak sangka abangnya bertindak pantas untuk melamar Durra. Sedangkan mengikut logik akalnya waktu ini bukan waktu yang tepat. Majlis akad nikah selepas 2 minggu kenduri arwah..? Tak pernah dibuat orang..
Tapi kalau bukan waktu yang tepat kenapa Durra masih juga terima lamaran abangnya? Sedangkan dahulu dia pernah dengar dari Opah yang Durra baru menolak lamaran seorang pemuda kampungnya…ke memang Durra dah lama sukakan Baim….? Apa yang harus dilakukan…?
“ Baiz…fikir apa….?” Sha menyenggol bahu abangnya yang kelihatan muram.
“ Takde apa….” hanya ringkas Iz menjawab. Sha terdiam sendiri. Dia tahu…dia faham situasi abangnya ini. Sha tahu Baiz sukakan Kak Durra…Sha berjeda sendirian..
“ Are you okay….?” kali ini lebih perlahan Sha bertanya sambil menepuk lembut lengan abangnya..
“ Okay je…nak dapat kakak ipar takkan tak happy kot….” keceriaan yang dibuat-buat jelas kelihatan canggung di mata Sha..
“ I’m here for you bro…tell me the truth…..” Sha lebih kepada berbisik kali ini. Tidak mahu yang lain mendengar patah bicaranya. Iz memandang Durra di sisi. Renungannya seakan berkomunikasi dengan mata adiknya itu. Bagai menceritakan segala kelukaan yang kian parah..
“ Ibu…Sha keluar sekejap dengan Baiz pergi kedai depan tu. Ibu kata riben dah habis kan…..?”
“ Ha….?”
“ Kejap eh bu…..” lantas Sha terus menarik tangan abangnya, dibawa keluar dan terus ke taman permainan yang berdekatan dengan rumah mereka. Rasanya di sini lebih selesa untuk dia berbicara dari hati ke hati dengan abangnya..
“ Now take a deep breath…….” Sha bersuara memecah kesunyian. Sungguh perwatakan abangnya tika ini sangat berbeza dengan seorang Zaim Izzuddin yang dikenalinya..
“ I don’t know what to say….” Iz berbicara luhur di depan adiknya. Sha memang begitu. Iz tahu Sha pasti dapat mengesan apa yang cuba disembunyikan di hadapan ahli keluarga mereka yang lain..
“ Do you love her…….?” Sha bertanya sebaris dan pertanyaan itu menangkap perhatian Iz..
“ What if I love her..? It’s meaningless… she’s getting married with my own brother, our brother, don’t you get it….?” kali ini Sha dapat mengesan perubahan nada suara abangnya ini. Sha tahu Iz bukan seorang yang mudah jatuh sayang pada yang namanya perempuan. Pasti ada sesuatu yang dilihat pada Durra yang pada pandangannya hanyalah seorang gadis biasa..
“ I’m asking you once again, do you love her…..?” Sha tidak menjawab apa bahkan mengulangi pertanyaannya yang tadi. Iz merasa separuh nanar mendengar pertanyaan telus adiknya ini. Nafasnya ditarik dalam…
“ Yes….i’m!” akhirnya Iz terus mengalah dengan pertanyaan itu. Dia yakin dengan Sha rahsianya pasti terjamin…
“ Sha tak sangka pulak dua-dua abang Sha boleh jatuh sayang pada perempuan yang sama…..” Sha berkata selamba dan Iz pantas menjeling…
“ Tak kelakar ok…….!” Sha tergelak mendengar jawapan abangnya itu…
“ Now tell me everything that I need to know…..” Sha akhirnya mula berkata secara serius. Memang beginilah rutin mereka dua beradik. Jika ada sesuatu pasti mereka berdua akan berbicara secara lebih serius. Cuma apa yang tidak disenanginya selama ini adalah apabila segala pergerakannya dirasakan terkawal…arghhh…itu cerita lain ini cerita lain..
“ Baiz taktau dan Baiz tak sedar sejak bila Baiz suka pada dia…tapi bila dah selalu dekat dengan dia masa kat kampung dulu, Baiz rasa Baiz selasa dengan dia…Baiz suka cara dia…Baiz kagum tengok kesungguhan dia besarkan Apit…” Iz mula bercerita..
“ She’s got something yang selama ni Baiz carik…..”
“ Baiz ingatkan perasaan ni cuma sementara tapi bila Baiz tahu yang Baim dah kenal Durra lebih lama dan Baim cakap yang dia nak pinang Durra, Baiz tersentak….”
“ Masa tu Baiz sedar yang Baiz memang sayangkan Durra…..”
“ But finally Baim bertindak terlebih dahulu sebelum Baiz yakin tentang perasaan Baiz….?” Sha menyerkap jarang dan Iz hanya mengangguk lemah..
“ Tapi takkan sampai hati Baiz rampas orang yang Baim sayang…..?” Iz tersentak mendengar percakapan Sha itu. Dahinya berkerutan namun Sha hanya tersenyum..
“ Baim abang kita yang baik…taknak ke Baiz tengok Baim bahagia…? Hidup dengan orang yang dia sayang…..?” Iz hanya terdiam mendengar bicara Sha..
“ Sha bukan nak memihak kepada sesiapa…Sha tak kata yang Baim lebih layak dengan Kak Durra. Tapi apa salahnya biarkan orang yang kita sayang…darah daging kita sendiri…bahagia dengan pilihan hidup dia…..?” dada Iz semakin sesak mendengarnya..
“ Mungkin jodoh Baiz bukan dengan Kak Durra dan mungkin jodoh Baiz lebih baik dari Kak Durra…siapa tahu kan….?” Sha cuba menceriakan suasana dan Iz hanya tersenyum sumbing..
“ Buang perasaan sayang Baiz pada Kak Durra sementara perasaan tu belum bercambah sepenuhnya. Menyayangi tak semesinya memiliki. Biarkan Kak Durra bahagia dengan pilihan hidup dia pun salah satu cara Baiz boleh buktikan yang Baiz sayangkan dia kan….?” Sha tersenyum kali ini dan Baiznya hanya menjungkitkan bahu…
“ Pengorbanan Baiz pasti terbalas dengan sesuatu yang lebih manis nanti. Believe me!” Sha memeluk kejap bahu abangnya yang duduk di sisi..
“ Sha memang bermulut manislah! Belajar dari siapa….?” Iz tiba-tiba sahaja mengubah topik perbualan memecahkan lagi senyuman di bibir Sha..
“ Belajar dari Baim….Baiz bukan bermulut manis pun…..” Sha senyum mengejek memanaskan hati Iz..
“ Yelaa yang baik-baik dapat kat Baim…yang buruk-buruk semua dapat kat Baiz. Baim kan baik…” Iz bersuara lirih menyebabkan Sha merasa bersalah tiba-tiba..
“ Hei…jangan macam ni.. Jangan timbul perasaan yang negatif pada Baim. Jangan sebab Kak Durra Baiz makan hati pada Baim….” Sha merasa sedih tika ini. Entah kenapa dia sendiri tak mengerti. Apa yang dia tahu, dia tidak mahu kerukunan hidupnya adik-beradik akan tercalar hanya kerana sebuah ikatan perkahwinan yang bakal terbina ini..
“ Sha jangan takut…Baiz pun sayang Baim sangat-sangat. Baiz tahu dia boleh jaga Durra dengan baik….maybe lebih baik dari Baiz sendiri…..”
“ Baiz akan mencuba untuk redha dan ikhlas….doakan hati Baiz tak luka teruk ye sis….?” Baiz meminta jujur daripada adiknya menyebabkan air mata Sha bergenang sendiri..
“ I will……” Sha tersenyum lagi…
“ Dah lah tu. Jangan fikir banyak. Baiz lelaki…Baiz masih kuat lagi nak kawal perasaan Baiz….insyaALLAH.....” Iz menenangkan dirinya sendiri..
“ Jom balik…beli riben yang ibu nak tu. Nanti bising pulak dia….” Iz terus bangun dan mula melangkah sedangkan Sha masih duduk..
Sha memandang abangnya yang sedang berjalan dengan rasa sayu. Sha tahu Iz cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenar. Takkan Baiz mahu menangis depannya pula…? Tapi Sha yakin abangnya itu berhati luhur.. Sha cuma mampu berdoa moga Baiznya ini bakal menemui kebahagiaan dalam hidupnya kelak…
**********************************************************************************
“ Yakin dengan keputusan awak ni…..?” Iz bertanya pada Durra yang duduk diam di sisinya. Di pangkin yang sama menjadi tempat mereka berkenalan lebih rapat sebelum ini. Mereka semua sudah pulang ke kampung, banyak yang perlu diurus dalam masa sesingkat ini. Sha dah berapa kali ponteng kuliah. Dikya asyik-asyik cakap nak ponteng kelas tapi sure kena marah kan. Dan Iz sudah mengambil cuti tahun..nasib bos gila selamba..
“ Yakin itu word yang terlalu umum. Saya lebih bersyukur sebab Baim nak terima saya…” tidak menjawab soalan lain pula yang dijawab gadis ini. Iz berkerutan…ayat berbelit ni kenapa pulak..?
“ Nampak macam tak happy je….?” Iz serkap jarang..
“ Bukan tak happy…tak percaya kot. Esok lusa dah nak jadi kakak ipar Iz kan….” Durra cuba menceriakan wajahnya. Iz di sisi dikerling sekilas….nafas yang dalam ditarik. Entah apa ayat yang sesuai boleh digunakan untuk mentafsirkan perasaanya tika ini. Boleh ke dia berpatah balik? Tapi boleh ke Iz menerima dirinya seperti Baim yang berhati mulia itu…? Siapa sebenarnya yang lebih aku sayang dan aku harapkan…? Durra berjeda sendirian di dalam hati..
“ Iz tak pernah tahu selama ni Durra bercinta dengan Baim..? Tak pernah cerita pun….” Iz bertanya sayu namun dia hanya ingin mengorek rahsia sahaja sebenarnya..
“ Tak bercinta lah….” Durra menjawab jujur. Pengakuan itu menyesakkan hati Iz..
“ Dah tu….?” Iz bertanya bodoh. Durra hanya tersenyum dingin..
“ Nak berkahwin tak semestinya kena bercinta dulu…kadang-kadang orang yang bercinta bagai nak rak tak sempat nak kahwin pun dah putus….” Iz menelan air liur sahaja mendengarnya..
“ Iz tahu Durra orang baik-baik….untung Baim dapat orang macam awak….” Iz mengakui jujur namun ia tidak mampu menenangkan hati Durra..
“ Saya yang beruntung sebab dia sudi terima saya. Saya dah takde apa. Hidup pun mungkin atas ihsan orang je…..” Durra tiba-tiba bersuara sayu. Sedikit menggambarkan apa yang terbuku di hatinya. Iz rasa gadis ini bagaikan menyimpan sesuatu namun Iz tidak dapat meneka apa sebenarnya yang cuba disembunyikan itu..
“ Kenapa awak cakap macam tu…..?” Iz cuba mencungkil namun hanya gerakan bahu yang dilihatnya..
“ Saya dah cukup bersyukur masih ada orang macam Baim yang nak terima saya. Dan terima Apit….” Durra tersenyum ikhlas kali ini…
“ Iz yakin Baim boleh jaga awak. Don’t worry too much. He’s my brother, I know him better….” Iz cuba menenagkan hati Durra. Dan Durra hanya mengangguk yakin..
“ Doakan saya…….?” Durra memandang ke sisi dan seraut senyuman dihulurkan oleh Iz kepada Durra. Mungkin untuk kali yang terakhir sebelum hatinya perlu dikunci buat gadis ini..
**********************************************************************************
“ Hei…kenapa menangis…..?” sapa Aiman pada Durra yang ditemuinya petang itu. Lagi beberapa hari mereka bakal disatukan. Entah kenapa hatinya cukup berdebar dua tiga hari ini..
“ Baim…terima kasih ye…..?” Durra mengucapkan dengan linangan air mata. Aiman menarik nafas dalam lagi. Semangat gadis ini sebenarnya belum pulih pun…ketakutannya masih ada. Cuma semua itu cuba diselindungkan di sebalik senyum dinginnya. Aiman tahu kenapa…dan Aiman mahu menghadapinya bersama Durra..
“ Terima kasih apanya? Baim terima Durra seadanya…Baim pun tak cukup sempurna….” Aiman bersuara lembut. Di dalam hati dia berdoa moga dia mampu menaikkan kembali semangat gadis itu..
“ Tapi…..”
“ Dahlah tu. Jangan sedih-sedih lagi….” Aiman cepat memotong bicara gadis itu menyebabkan Durra tersenyum dan perlahan mengelap air matanya..
“ Durra tahu kan esok kita nak pergi try baju pengantin….?” Aiman capat mengubah tajuk perbualan. Tidak mahu gadis itu terus larut dalam kesedihannya..
“ Tahu…Cik Zah cakap pagi tadi…..”
“ Okay…good!....” Aiman menjawab ceria..
“ Tapi…petang ni Baim nak balik KL sekejap ada hal. Kita janji dengan butik tu pagi kan…?” Durra hanya mengangguk sebaik mendengar pertanyaan itu..
“ Esok Baim ingat nak terus ke sana. Tapi nanti siapa nak hantar Durra pergi sana..? Ke Durra nak Baim balik sini dulu ambil Durra dan kita pergi sama-sama….?” Aiman cuba meminta pendapat Durra..
“ Takpelah…Durra pergi sendiri. Susahlah kalau Baim nak ambil Durra dulu. Ulang-alik aje….”
“ Durra nak pergi naik apa….?”
“ Tu……” Durra memuncungkan bibirnya ke arah garaj kereta..
“ Kereta siapa tu….?”
“ Kereta arwah abang. Memang dah lama ada tapi Durra sesekali je guna…..”
“ Tahu bawak tak….?” Aiman menyuarakan kerisauannya…
“ Tahulah……” Durra menjawab sepatah..
“ Urm…okaylah kalau macam tu. Nanti apa-apa inform abang okay..? Abang nak balik KL dah ni….” Durra hanya mengangguk dan tersenyum namun kali ini lebih manis sedikit..
**********************************************************************************
Pagi itu Durra bersiap ala kadar. Jam di pergelangan tangan ditenung. Lambat lagi ni. Pantas kakinya melangkah mencari kelibat Apit. Durra bertanya pada makcik-makciknya di dalam rumah. Waktu ini memang rumahnya sudah dipenuhi saudara-mara arwah ayah dan ibunya yang masih sudi untuk membantunya menguruskan majlis perkahwinan ini…
“ Tadi Mak Ngah nampak kat luar….dengan cucu Opah Siah tu…..” salah seorang makciknya memberitahu pantas Durra terus ke halaman rumah. Dengan Iz kot..
Pantas Durra tersenyum melihat kelibat Iz yang sedang perlahan menendang bola ke arah Apit. Dan bola itu Apit tendang semula ke arah Iz. Sebenarnya Durra akui semenjak peristiwa hitam yang menimpa mereka itu, Iz banyak mendampingi Apit. Iz selalu prihatin pada Apit saat dia sendiri sudah tak mampu berfikir apa. Iz seakan seorang ayah yang selalu bersedia untuk memujuk dan menasihati anaknya…Durra tersenyum sendiri…
“ Apit………” Durra memanggil anak buahnya perlahan. Apit dan Iz pantas menoleh ke arah si empunya suara. Kelihatan Durra semakin mendekati mereka…
“ Apit dah sarapan sayang….?” Durra bertanya lembut dan tanpa sedar lunak suaranya menjentik tangkai hati Iz..
“ Dah dengan Pakcik……” Apit menjawab biasa. Durra pantas menghadiahkan senyuman buat Iz..
“ Awak dah nak pergi ke…?” Iz bertanya kerana dia maklum akan agenda abang dan ‘bakal kakak iparnya’ ini..
“ Belum….janji pukul 10. Ni baru 8.30…….”
“ Ohhh……..”
“ Awak nak saya tolong hantar ke….?”
“ Eh….takpe saya pergi sendiri…..”
“ Awak biasa ke drive…?”
“ Tak biasa tapi boleh…….”
Belum sempat mereka habis berbual mereka dikejutkan dengan kehadiran sebuah kereta yang cukup dikenali. Iz dan Durra berpandangan pelik sesama sendiri…
“ Baim…..awal gila sampai…” Iz tanpa sabar terus menyergah abangnya yang baru turun dari kereta..
“ Gerak lepas subuh tadi….” Aiman ceria menjawab..
“ Baim nak datang jemput Durra ke…? Kenapa susah-susah…? Kan Durra kata boleh pergi sendiri….” Durra masih tidak berpuas hati. Aiman hanya tersenyum mendengar bebelan buah hatinya itu..
“ Takpelah….Baim saja nak tambah pahala…takkan tak boleh….” jawapan Aiman itu terus membisukan mulut Durra apatah lagi Iz. Dia malas mahu campur urusan bakal mempelai ini…
“ Durra…bagi kunci kereta Durra pada Baim…..”
“ Baim nak buat apa……?” Durra bertanya pelik…
“ Lambat lagi janji dengan butik tu. Baim nak hantar kereta Durra pergi servis dulu. Dah lama tak hidup kan…? Takut-takut minyak hitam dah takde ke apa ke…..” Aiman tenang menjawab. Entah kenapa memang itu yang difikirkan sejak tadi malam. Dia merasa tidak tenang membiarkan Durra memandu kenderaan yang entahkan dalam keadaan baik atau tidak itu. Jadi lebih baik dia pastikan terlebih dahulu sebelum Durra menggunakannya…
“ Durra baru guna sebelum arwah ayah meninggal hari tu. Ok lagilah…..” Durra menjawab perlahan. Agak keliru sebenarnya dengan jalan fikiran lelaki ini. Kenapa fikir complicated benda simple macam ni….?
“ Takpelah….Baim nak tambah pahala sayang…..” Durra terdiam sekali lagi mendengar patah bicara bakal suaminya itu. Akhirnya dia hanya menyerahkan kunci Proton Gen-2 itu..
“ Baim pergi dulu tau…servis sekejap aje ni…Iz….!!” Baim sempat memanggil adiknya yang semakin menjauh bermain bersama Apit..
“ Ya…..?” Iz menjawab dari kejauhan…
“ Nanti kalau 9.30 Baim tak sempat balik ambil Durra tolong hantarkan dia ke butik pengantin ek……?”
“ Owhhhh…orait…..” Iz menjawab tenang. Sedia berkhidmat untuk abangnya yang tersayang…
“ Guna kerata Baim je. Kunci Baim bagi kat Durra….”
“ Okay……” Iz menjawab lagi…
“ Nanti tunggu Baim call baru gerak pergi butik tu tau….” kali ini Aiman memesan kepada Durra pula dan Durra hanya tersenyum mengangguk tanda dia mengerti…
Durra hanya memandang sepi kereta arwah abangnya yang sedang dipandu oleh bakal suaminya itu….
5 comments:
alaaa..nk iz dgn durra..
ntah2 nnt im eksiden x??pst iz jdik pengganti nyer..(suke2 jer wat cite sndri..hihi...)
is something happen to baim?
huhu...
I PON SEPENDAPAT NGAN SAADIAH...IM ACCIDENT..IZ GANTI..DURRA PON SETUJU KAWIN NGAN IZ...SUKE2..
haha..i dunnno what to say. tp hey, saya lg suke kalo iz dgn durra.
saya kesian dengan baim...biar jela durra dgn baim...iz cari lain
Post a Comment