PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Monday, September 13, 2010

Kisah Kasih Kita (9)

“ Dah tu….? Baiz blah macam tu je…?” Sha bertanya serius..
“ Dah…nak apa lagi…..?” Iz bertanya kembali. Takkan nak suruh aku berkampung kat situ pulak..? Urghhhh…
“ Kak Durra ok ke….?”
“ Ok lah kot. Nampak biasa je…..” Iz menjawab senada sambil menarik bantal rapat ke dadanya. Sha diam sendirian mengingati raut wajah gadis yang bernama Durra itu..
“ Dia tu nampak macam tingtong sikit. Tapi kadang-kadang tu baik jugak yek…..” Sha berkata dan Iz berkerutan..
“ Kenapa baik pulak…..?”
“ Yelaa…dari apa yang Baiz cerita tadi…dia sanggup berkorban untuk jaga anak saudara dia tu. Kak Durra tu Sha rasa muda lagi kan…? Setahun dua tahun je tua dari Sha….isyyy…kalau Sha la belum tentu Sha mampu lagi……” Sha berkira sendirian..
“ Cantik pun cantik jugak…..” Sha menjeling abangnya di sisi yang sedang berbaring malas di atas katil…
“ Kan Baiz……..??” Sha menepuk kuat paha abangnya yang dilihat macam dah mengelamun tu..
“ Isyyy..apanya…? Jangan kacau boleh……?” Iz bertanya geram. Nak berehat-rehat di waktu tengahari macam ni pun banyak gangguan..
“ Kak Durra tu haaa…cantik jugak kan orangnya…..?”
“ Dah tu kenapanya…….?” Iz bertanya malas. Sha tersenyum sumbing…
“ Baiz ni dah lama hidup solo kan…..? Apa lagi….bunga dah ada depan mata tu…..taknak try ayat ke……?” Sha memprovok abangnya. Iz yang mendengar hanya tercebik…
“ Minah terkepot-kepot pakai kain batik yang entah apa-apa tu….? Isyyy Sha ni....kot ye pun bagilah barang baekkk sikit kat Baiz. Macam takde nilai estetika je minah tu…….” Iz berkata selambak menggeramkan hati Sha…
“ Perghhhhh…mulut jahat betolll Baiz ni…..!!” Sha dengan geramnya menekan bantal ke atas muka abangnya..
“ Eh….apa ni…..??” Iz menjerit kecil sambil menolak adiknya menjauh…
“ Dah laa..pergi sana tolong Opah masak ke apa. Amende anak dara melepak tengahari buta macam ni…..? Nanti takde orang nak masuk meminang kalau tak pandai masak….” Iz pula memerli adiknya. Sha hanya menjeling…
“ Jahhhhh……..” tiba-tiba kedengaran suara Opah Siah menjerit dari dapur…
“ Ha…pergi Opah dah panggil tu…..” Iz menolak adiknya. Sha mula bergerak malas…
“ Ye Opah…….” dan Sha terus menyahut panggilan Opahnya..
Iz hanya tersenyum mengejek melihat kelibat adiknya keluar dari kamar yang menjadi milik sementaranya di rumah Opah. Namun tiba-tiba Iz memegang kejap dadanya…dup dup dup….urm..kenapa hati aku ni macam tak seirama je dengan apa yang aku cakap….??
Di petang hari itu, Ayie datang lagi namun kali ini menghantar buah-buahan pula ke rumah Opah Siah…
“ Boleh ke…..?” Sha bertanya malu-malu..
“ Laaa…boleh la apa tak boleh nya pulak……” Ayie menjawab dengan senyuman.
“ Sekarang boleh…?” Sha bertanya lagi…
“ Boleh…jomlah….” Ayie mula bergerak bangun menuju ke arah vannya..
“ Shaa pergi tau Opah…sekejappp jek. Tak lama ok….?” Sha pun dah mula bergerak sambil menyium tangan Opahnya…
“ Urm yele. Mengekor ke kolam aje jangan mengada nak melilau….” Opah Siah memesan serius..
“ Ok……” Sha menjawab dengan gembira sambil membontoti Ayie. Entah sebab apa gembira sangat pun taktau laa…nak pergi tengok kolam ikan keli je kot…
“ Ayie balik dulu Opah….” Ayie menjerit dari kejauhan…
“ Urm yele…..” Opah Siah menjawab sambil tangannya masih ralit menyapu daun kering di halaman rumah. Namun sebaik tiba di vannya Ayie memandang Sha sekilas…
“ Awak boleh ke naik van buruk saya ni…..?” Ayie bertanya jujur. Yelaa takut kang budak bandar ni tak selesa ke apa…
Sha memandang keseluruhan van cabuk ini. Warna putih tapi dah macam bertahun je tak cuci…air cond pun confirm takde….euwwwww…mesti panas….
“ Sha……?” Ayie memanggil Sha yang hanya diam…
“ Ha…..?”
“ Bole ke…..?”
“ Eh…boleh-boleh…apa yang tak bolehnya….” Sha menjawab tenang sambil cuba membuka pintu kereta van tersebut. Ayie hanya tersenyum sumbing melihat telatah gadis bandar itu..
Sebaik tiba di kolam Sha terdiam sekejap. Mak aihhhh besar gila kawasan penternakan ikan keli family mamat ni. Ingat kecik-kecik punya kolam.. ini confirm banyak untung jugak ni…Sha berkira sendirian di dalam hati sambil kepalanya melilau-lilau ke kiri dan ke kanan..
“ Ayie…….” tiba-tiba kedua mereka dikejutkan dengan sapaan seorang pakcik tua yang kelihatan sudah berpeluh-peluh dengan topi lebar di atas kepalanya..
“ Owhhh Pak Kassim. Nak balik dah ke….?” Ayie ramah bertanya dan Sha hanya tersenyum sebagai tanda hormat..
“ Aah..dah pukul 5 dah ni. Kang Mak Sal kamu bising pulak aku balik lambat. Nak ke pekan sekejap beli barang hujung minggu kang cucu Pak Kassim nak balik dari Kedah….” lelaki tua itu panjang menerangkan….
“ Owhhh..urm oklah kalau macam tu….” Ayie membalas semula namun Pak Kassim berkerutan sekejap apabila melihat Sha..
“ Ni anak dara siapa pulak yang kamu angkut ke mari ni….? Kamu jangan main-main Ayie….” Pak Kassim bertanya pelik. Kalau setakat budak kampung ni semuanya dia kenal. Tapi yang ni macam tak pernah nampak. Ayie hanya tersenyum mendengar soalan tersebut…
“ Kenapa Pak Kassim…? Cantik sangat…? Tak sesuai ke dengan saya yang comot ni…..?” muka Sha merona kemerahan mendengar jawapan Ayie yang kelihatan tenang saja di sisinya….isyy…mamat ni ada telepati ke boleh baca hati aku…? Ahhhhaaaiii jangan lah gitu..malu! Sha hanya tersenyum-senyum. Entah sejak bila perwatakannya berubah menjadi sesopan ini pun dia tak perasaan..
“ Eh ada pulak gitu. Rugi tau kalau ada sesiapa yang tolak orang comot tapi berhati baik macam kamu ni. Kalaulah Pak Kassim ada lagi anak dara yang belum menikah..Pak Kassim paksa aje menikah dengan kamu….” seloroh lelaki tua itu dan Ayie hanya tergelak mendengar ucapan lelaki itu..
“ Dahla Pak Kassim. Bodek-bodek macam ni pun gaji hujung bulan karang sama je. Takde nak naik-naiknya….” Ayie menjawab dalam gurauan. Dan entah kenapa Sha suka dengan perwatakan lelaki ini yang pandai mengambil hati orang tua. Rasa tenang je berada dengan lelaki bernam Ayie ini…haiii…dah kemaruk aku ni…
“ Ni cucu Opah Siah la Pak Kassim. Dari KL. Sha namanya. Dia ke mari dengan abangnya…..” Ayie pantas terus menerangkan siapa Sha sebenarnya…
“ Owhhh laaaa…cucu Siah….? Tak pernah aku nampak cucu dia yang ni….”
“ A’ah saya memang jarang balik kampung sebab tu mungkin pakcik tak cam sangat muka saya….” Sha pula yang menjawab setelah sedari tadi hanya diam menjadi pemerhati…
“ Owhhh..urm oklah kalau macam tu. Pak Kassim balik dulu la ye. Dah lambat rasanya ni. Gerak dulu. Assalamualaikum…….”
“ Wa’laikumsalam…..” Ayie dan Sha menjawab perlahan salam lelaki tua itu sebelum Ayie terus mengajak Sha melihat kawasan di situ…
“ Jom…kita pergi sana……” Sha mengangguk dan hanya mengikut langkahan Ayie di sekitar kolam penternakan ikan keli itu. Setelah penat berjalan-jalan akhirnya mereka berdua duduk di bawah sebatang pokok yang berakar besar di tepi salah sebuah kolam yang sememangnya menjadi tempat rehat para pekerja di kolam ikan keli itu…
“ Awak memang menguruskan kolam ni sepenuh masa ke…?” Sha mula bertanya pada Ayie yang sedang meneguk air tidak jauh dari tempat dia duduk. Ayie berpaling mendengar soalan itu dan tersenyum..
“ A’ah. Saya satu-satunya anak lelaki dalam keluarga saya. Saya je harapan ayah untuk uruskan kolam dia ni. Selain kolam ni dia ada jugak dusun buah-buahan yang saya kena jaga…..” Ayie ramah menerangkan…
“ Owhhhh….” Sha melopong mendengar cerita itu. Adoiiii…cuba jangan tunjukkan sangat sifat-sifat baik engkau…! Jangan buat aku jatuh hati boleh takkk…..?? Sha menjerit di dalam hati. Haiii..dahlah nampak macam beriman…sekarang nampak bertanggungjawab la pulak. Huh sabar hati sabar. Tapi sah! Memang dia ni lah baru ada ciri-ciri yang sesuai nak dibuat laki…
“ Apa……..?” Ayie bertanya sepatah…
“ Ha……?”
“ Tak, tadi saya macam dengar awak ada cakap something tapi saya tak dengar….”
“ Eh mana ada……”
“ Urm….maybe saya salah dengar. Lama lagi ke awak kat sini…..?” Ayie bertanya pulak
“ Tak jugak…cuti saya tinggal seminggu lebih je lagi. Lepas ni saya balik ke KL semula. Baiz je yang stay dengan Opah sampai dia dapat kerja sebab dia baru habis belajar…..”
“ Owhhhh……” kali ini Ayie pula yang mengangguk tanda mengerti
“ Ayie…….”
“ Yup…..??”
“Boleh maju ke hidup dengan kolam dan dusun buah-buahan jek….? Tanpa pelajaran…tanpa kerja bagus….?” Sha bertanya lagi namun opsssss….
Secara tiba-tiba Ayie terdiam mendengar pertanyaan itu. Ayie hanya memandang sekilas Sha di sisinya. Sha menggigit bibir. Aku salahhhhh tanya ke…?
“ Kenapa awak rasa macam tu ke…?” Ayie bertanya kembali..
“ Eh tak….tak….bukan itu maksud saya….” namun cepat-cepat Sha menggeleng sambil memperbetul maksud pertanyaannya…
“ For your information…saya bukan bangsa mundur tanpa pelajaran yang hidup hanya tahu bela ikan dan jolok buah kat pokok. Saya ada pendidikan dalam bidang pengurusan perniagaan ni. Saya ada diploma cuma saya tak berkesempatan nak menyambung sampai ke degree…..” Ayie menerangkan panjang namun entah kenapa Sha merasakan nada suara Ayie sudah sedikit berubah…
“ Eh saya tak kata awak…..”
“ Takpe….saya faham. Mentaliti dan persepsi budak bandar macam awak ni saya dah faham sangat dah…..” Ayie memotong tanpa sempat Sha berbicara..
“ Tapi saya tak…..”
“ Relakslah Sha. Saya tau awak tak berniat apa-apa……” sekali lagi Ayie memotong namun kali ini nadanya sudah kembali normal.
“ Dah jomlah saya hantar awak balik. Dah petang dah ni kang Opah Siah marah saya pulak….” Sha menggigit bibir mendengar pelawaan Ayie untuk menghantarnya pulang. Adehhhh kenapa macam tak best aje suasana macam ni. Tiba-tiba nak hantar aku balik pulak. Belum habis beramah mesra lagi...
“ Sha…cepatlah…..” namun Sha tidak sedar Ayie sudah berjalan meninggalkannya….
“ Coming…coming……” Sha cepat-cepat menyarung seliparnya dan menuruti jejak Ayie ke arah vannya tadi……
“ Nah…….” Iz menghulurkan bekas bubur durian yang dibawanya..
“ Apa ni……?” Durra bertanya pelik.
“ Opah bagi. Selalu asyik Durra je yang hantar makanan kat rumah tu. So hari ni tukar lah Opah pulak bagi something kat Durra……” Ayie membalas sambil duduk di sisi Durra di pangkin. Petang itu dia ke rumah Durra setelah puas Opah membebel menyuruhnya menghantar bubur durian ke rumah gadis ini. Daripada telinga pedih mendengar bebelan Opah lebih baiklah kiranya dia tolong hantarkan…habis cerita!
“ Durra tak mintak balasanlah…..” Durra menjawab dan Iz hanya tersenyum
“ Ala ada rezeki lebih apa salahnya share-share……” Iz berkata sambil melilau mencari kelibat seseorang
“ Apit mana…..?”
“ Owhhh dia pergi kat padang sekolah main bola dengan kawan-kawan dia……” Durra menerangkan ringkas dan Iz hanya mengangguk tanda mengerti…
“ Iz tengok sayang betul Durra kat Apit ye…..?” Iz bertanya senada sambil merenung ke arah jalan besar dari pangkin itu…
“ Sayanglah…dah dia satu-satunya anak sedara Durra. Durra jaga dia dari dia kecik lagi. Durra dah rasa dia macam anak Durra sendiri…..” Iz hanya tersenyum mendengar jawapan itu…
“ Boleh Iz tahu mana ayah Apit? Kalau tak silap Iz ayah dia abang Durra kan….?” Iz bertanya lagi bertujuan mengorek cerita sebenar tentang hidup anak kecil bernama Apit itu. Durra hanya mengangguk tenang.
“ Durra cuma dua beradik je dengan abang. Tapi abang meninggal dalam satu kemalangan jalan raya 4 tahun yang lepas. Masa tu Durra baru 19 tahun. Sejak kemalangan tu meragut dia pergi dari kehidupan kami ALLAH kurniakan Apit menggantikan abang bagi mengisi kekosongan hati kami….” Durra menceritakan perlahan. Dia tidak kisah andai ada yang bertanya tentang kisah hidup anak saudaranya itu. Dia tidak kisah untuk bercerita lebih-lebih lagi pada orang yang rapat dengan anak saudaranya itu..
“ Maksudnya sejak abang Durra meninggal Durra yang jaga Apit…..?” Iz berkerutan bertanya. Dan Durra mengangguk lagi…
“ Kenapa mak dia tak jaga dia….?” Durra tersenyum sumbing mendengar pertanyaan yang kerap kali didengar itu..
“ Sebenarnya abang berkahwin tanpa restu ayah dekat oversea masa dia masih belajar. Kak Min tu kawan satu campus abang. Ayah tak boleh terima kehadiran Kak Min yang gaya hidupnya berbeza dengan kami. Ayah tak berkenan dengan Kak Min….”
“ Maksudnya bila abang Durra balik ke Malaysia dia dah kawinlah…..?”
“ Yup….dan dah ada anak pun. Apit lahir di luar negara kat tempat abang belajar. Ayah tak boleh terima bila abang yang selalu ayah bangga-banggakan balik bukan je bawak kejayaan tapi bawak anak dengan bini sekali. Masa tu Apit dah berumur setahun. Ayah kecewa sangat sebab tu ayah kecik hati dengan arwah abang…..”
“ Owhhhh….lepas tu…..?”
“ Abang bawak balik Kak Min untuk tinggal dengan kami tapi entahlah…..”
“ Kalau tengok dari cara dia semalam Iz rasa Iz boleh faham kot kenapa Pak Win tak boleh terima Kak Min tu…….” Durra hanya tersenyum mendengar pendapat lelaki itu…
“ Dua tahun hidup sebumbung dengan Kak Min Durra boleh nampak abang yang lebih banyak menguruskan Apit berbanding Kak Min. Sampailah satu hari ajal abang dah sampai. Abang meninggal dalam satu kemalangan jalan raya…..” Durra menarik nafas panjang mengingati setiap detik yang telah berlalu itu
“ Mungkin Kak Min sedar yang ayah memang tak sukakan dia. Dan mungkin dia rasa terbeban sebab perlu jaga anak yang ditinggalkan arwah. Satu hari tu Kak Min tinggalkan rumah tanpa bawa Apit sekali. Dia cuma tinggalkan nota beritahu yang dia taknak jaga Apit……”
“ Isyyy….ada jugak mak macam tu dalam dunia ni ye…..?” Iz menggeleng-geleng. Tiba-tiba dia teringatkan ibunya di rumah yang mungkin sedang duduk bersantai minum petang bersama ahli keluarganya yang lain..
“ Dalam dunia ni macam-macam benda ada…..” Durra menyambung bicaranya…
“ Sejak dari hari itulah Durra mengambil alih tanggungjawab membesar dan mendidik Apit. Padahal masa tu Durra pun masih mentah. Masih belajar tapi Durra takde pilihan. Lagipun Durra memang sayangkan Apit….Durra tak kisah kena jaga dia pun……” Durra tersenyum menerangkan dan senyumannya disambut Iz. Iz merenung Durra dari sisi..
“ Durra tak sanggup nk kehilangan Apit macam tu je. Sayang tau…bila kita dah hidup lama dengan seseorang tu tapi secara tiba-tiba dia hilang macam tu je. Durra dah pernah rasa kehilangan mak….kehilangan abang…dan sekarang Durra taknak kehilangan satu-satunya anak saudara Durra. Biarlah apa pun yang berlaku Durra akan tetap mempertahankan dia….” Iz terdiam mendengar patah bicara gadis itu…
“ Durra tak rasa ke yang Durra ni sedang memisahkan seorang anak dari ibu kandungnya sendiri….?” Durra tiba-tiba drastic menoleh mendengar pertanyaan Iz yang satu itu. Tersentak sebentar hatinya…..
“ Sanggup ke Durra tengok Apit membesar tanpa kasih ibu dia sendiri…..?” Durra semakin tak keruan mendengar bicara Iz.
“ Durra dah limpahkan seluruh kasih sayang Durra untuk Apit. Apa tak cukup lagi ke…..?” Iz tersenyum mendengar balasan Durra. Jelas gadis itu nampak macam tak puas hati apabila dirinya bagai dipersalahkan..
“ Taklah. But seems like a bit selfish. Durra taknak lepaskan Apit sebab Durra masih berdendam dengan Kak Min…? Sebab Durra taknak rasa kehilangan….kan….?” sekali lagi Durra terdiam…
“ Mana ada……” Durra cuba menafikan dan Iz hanya tergelak..
“ Durra nampak yang Kak Min masih belum layak nak besarkan Apit. Lebih-lebih lagi bila dia kahwin dengan orang putih tu. Durra takut kalau Apit duduk dan dibesarkan oleh Kak Min didikan agamanya tak sekuat mana….Durra paling takutkan benda tu…..” Durra bersungguh menerangkan kepada Iz. Entah kenapa dia tidak mahu orang mempertikaikan kasih sayangnya pada Apit.
“ Iz faham….takpelah. Mungkin sekarang belum waktunya. Tapi Durra kena ambil kira juga kehendak Apit. Durra tak boleh fikir dari pihak Durra je. Apit pun ada hak untuk bersuara dalam hidup dia sendiri even dia masih kecil……” Iz perlahan menerangkan dan Durra hanya tersenyum mengangguk…
“ Sorry bukan Iz nak masuk campur Iz cuma bagi pendapat Iz sendiri. Kalau tak terima pun takpe boleh campak dalam tong je lepas dengar……” Durra tergelak kecil mendengar patah bicara Iz. Entah kenapa semakin lama dia semakin selesa dengan lelaki ini. Iz juga begitu. Semakin lama dia merasa semakin serasi dengan gadis yang pada mulanya dirasakan cukup menjengkelkan…
“ It’s okay. Anyway thanks ya. Fuhhhhhh…rasa lega bila ada orang sudi nak dengar Durra membebel…..” Durra bersuara sambil membuka penutup bekas berisi bubur durian itu…
“ Ini masa Durra…kang esok lusa masa Iz pulak Iz cariklah Durra untuk dengar problem Iz..Iz akan paksa jugak Iz tak kira….”
“ Orait…..deal….!!” akhirnya mereka berdua sama-sama tertawa sambil menanti kepulangan Apit dari padang.
Tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan bunyi telefon bimbit Iz. Iz merenung sejenak nama yang tertera dan dahinya berkerutan…
“ Baiz………!!” di hujung sana kedengaran suara seseorang menjerit…
“ Isy….apa ni Sha. Awatnya terjerit-jerit…….?” isy adik aku ni…flying kick kang baru tahu….
“ Baiz kat mana tu…….?” kedengaran suara Sha termengah-mengah dan kerisauan di hujung talian..
“ Kat rumah Kak Durra. Sha ni kenapa…….?”
“ Baiz balik cepat……!”
“ Kenapa………??”
“ Opah pengsan depan pintu bilik air ni! Sha tak tau nak buat apa…..Baiz baliklah cepat……!”
“ Whatttttt……..??”

1 comments:

MaY_LiN said...

ayok..
pe da jadi..
abisla..
ntah2 opah tinggalkan amanat nk jodohkan dorang ni..

Post a Comment