PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Saturday, May 2, 2009

Namamu Terpahat Dihati (1)

“ Sis, will you continue with your decision? Please…think deeply and wisely about it..once again..for me….”tutur Imran sambil tangannya erat menggengam kedua belah telapak tangan milik kakaknya, Anisa.

“ No dik..akak da fikir masak-masak..akak rasa ini yang terbaik untuk akak..Im faham hati akak kan dik?” balas Anisa sambil merenung wajah satu-satunya adik yang dimilikinya.

Imran mengeluh di dalam hati. Rasanya sudah tidak ada apa yang mampu mengubah keputusan yang telah dibuat oleh kakaknya itu. Secara luaran Anisa memang seorang perempuan yang ceria, lembut, suka bergurau, dan seorang kakak yang penyayang. Namun dia tahu persis sekeping hati milik kakanya itu. Anisa sangat tegas dengan setiap keputusan yang diambil dan kadangkala hati kakaknya itu keras. Semua itu semakin ketara semenjak kedua orang tua mereka meninggal dunia semasa mereka masih kecil lagi.

“ Don’t worry my bro..your dear sis will be find di UK nanti..akak akan jaga diri akak baik-baik Im. That’s my promise to you” kate Anisa bagi melegakan resah hati adiknya itu.

“ Akak sanggup nak tingalkan Im kat sini? Sanggup nak tinggalkan Mak Su semata-mata kerana si Azril tu? Apa yang akak dapat? Dia dah selamat jadi suami Kak Nia pun..could you realize that?” jerit Imran sambil melepaskan rasa geramnya. Hanya Tuhan yang tahu betapa dia sangat tidak menyenangi cinta kakaknya yang menggunung tinggi buat seorang lelaki bernama Mohd Azril Hakimi. Entah apa yang menariknya mengenai Azril langsung tidak ingin diambil tahu jika ianya hanya mampu menambah rasa geram yang membuku di hatinya.

“Im..” balas Anisa perlahan. Dia tahu jika adiknya sudah tidak memanggil Azril dengan panggilan abang, ini bermakna adiknya sudah betul-betul marah. Selama persahabatannya dengan Azril Hakimi, kelibat lelaki itu turut disenangi oleh adiknya dan Imran memanggil Azril dengan panggilan abang. Mereka berdua boleh dikatakan rapat. Namun itu semua dulu, sebelum Azril mengambil keputusan untuk menyunting Nia sebagai suri hidupnya. Tapi kini segalanya sudah berubah. Imran seakan-akan membenci Azril. Namun takdir dari NYA tiada siapa mampu menghalang. Takdir memang sudah tersurat bahawa jodohnya bukan dengan Azril.

“Akak bukan pergi semata-mata kerana dia dik..ye mungkin dia salah satu sebabnya..tapi Im pun tahu cita-cita akak kan? Bila dah dapat peluang takkan akak nak lepaskan macam tu je..lagipun akak kat sane tak lama. Around 2 or maybe in one and a half year akak dah boleh balik ke sini. And the most important thing, on that time your sis will gonna be a lecturer. Im patutnya berbangga dengan akak tau..” jelas Anisa panjang lebar untuk yang kesekian kalinya. Rasanya sudah berbuih mulutnya memberitahu Imran akan cita-citanya itu.

“Jangan lah buat akak rasa bersalah Im..” Anisa menampar lembut bahu adiknya setelah adiknya itu langsung tidak bersuara.

“ Terpulang lah..if you think that is the best..Im tak boleh nak kata apa..I’ll pray for you. And don’t forget to tell me about your life there. Ym pun kne on selalu..nanti kalau Mak Su rindu kat akak, bole Im suruh dia web cam je dengan akak..” pesan Imran pada kakaknya.

“Baik bos..” dan saat itu juga kedengaran panggilan penerbangan ke UK yang akan berlepas dalam masa 45 minit lagi.
“Ha..mat saleh hensem dah memanggil-manggil akak tu Im, akak kene pergi cepat ni. Nanti kalau melepas akak juga yang susah..Im jugak rugi, tak berpeluang dapat anak buah mix blood..”tawa Anisa sambil menyeret beg tariknya kearah kaunter pelepasan.

“Yela-yela..perasan manjang je kerjanya..ingat, akak pergi sana nak cari ilmu, bukan nak cari laki..Im tak naklah berabang iparkan mat saleh yang tak bersunat..” balas Im sambil mengiringi langkah kakaknya.

Akhirnya masa yang dinanti-nanti telah tiba. Rasa hiba menyelubungi hati Anisa. Dia bakal meninggalkan tempat tumpah darahnya. Dia akan memulakan kehidupan di sekeliling orang yang tidak dikenali. Namun Anisa juga merasa teruja kerana ini adalah impiannya sejak dulu. Namun entah kenapa impian itu dibiarkan sepi seketika dan saat hatinya hancur melihat pernikahan Azril dan Nia, dia tekad! Cita-citanya harus diteruskan, harapan arwah ayah dan ibunya perlu dipenuhi.

Anisa memeluk erat adiknya.
“Im jaga diri baik-baik ye dik..jaga Mak Su baik-baik..selalu jenguk kubur arwah ayah dan ibu..belajar betul-betul..and jaga buah hati pengarang jantung Im tu baik-baik. Tapi ingat, Im cuma boleh kahwin bila akak dah balik Malaysia semula tau. Jangan nak menggatal..” gurau Anisa untuk yang terakhir kalinya.

“I’ll remember that sis. You too..I’ll miss you..Cuma akak dan Mak Su yang Im ada..lupakan dia kak..you deserve someone better than him!” kata-kata Imran yang terakhir meresap jauh ke dalam lubuk hati Anisa
“I’ll try dik..” balas Anisa dalam hati.

Sorot mata Imran mengiringi pemergian kakaknya. Dia sedar dia pasti merindui Anisa kerana mereka belum pernah berpisah sejauh dan selama ini. Selama ini kakaknya itulah pemberi perangsang dan semangat untuk dia terus tabah dengan takdir yang menimpa mereka sekeluarga. Hubungan mereka adik-beradik sangat rapat. Dan hanya Mak Su tempat mereka menumpang kasih. Mak Su yang selama ini bersusah payah membesarkan mereka. Mungkin juga kerana Mak Su sendiri yang tidak mempunyai suami, jadi dia menumpahkan seluruh kasih dan sayangnya buat mereka dua beradik.

Sehingga kini mereka sendiri tidak pasti mengapa Mak Su tidak berkahwin dan berkeluarga seperti orang lain. Mungkin kerana sejarah hidupnya yang lalu..entahlah.

Imran dan Anisa tidak pernah sanggup untuk bertanya mengenai hal itu. Sudah cukup baik Mak Su sudi untuk memelihara mereka. Mungkin juga takdirNYA sudah tersurat begitu. Jika Mak Su mempunyai suami, belum tentu suaminya itu mahu menerima mereka dua beradik untuk dipelihara sejak kecil. Takdir dariNYA tak siapa yang tahu.

Setelah kakaknya hilang dari pandangan, Imran bergerak meninggalkan lapangan terbang. Lantas dia teringat untuk membelikan makanan kegemran Mak Su nya.

“Isy…Mak Su ni pun. Awal-awal lagi dia da beritahu tak mau ikut hantar akak. Takut banjir lapangan terbang ni katanya…”ngomel Imran di dalam hati.Urm..Mak Su..Mak Su! Senyum Imran sambil membayangi wajah keibuan milik ibu saudaranya itu

2 comments:

::cHeeSeCaKe:: said...

hohoho..best lak cite ni..permulaan yg wat sy ternanti2 tuk tau kisah setrusnye..keep it up..tp hero die azril @ org lain? hope org lain..

Nia Arissa said...

erm...best3...
smbg cpt2 tau...
:)

Post a Comment