PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Friday, May 8, 2009

Namamu Terpahat Dihati (5)

Aunty Sarah memeluk erat Anisa yang datang ke rumahnya hari itu.

“ Nisa sihat? Da lame Nisa tak datang ke mari..jom duduk..” pelawa Aunty Sarah kepada Anisa.
“ Sihat aunty…Cuma Nisa sibuk sikit dengan assignment. Ni pun Nisa singgah sekejap je..” balas Anisa penuh sopan. Dia sememangnya sangat menyenangi perwatakan Aunty Sarah, isteri kepada Prof Fazuddin. Anuty Sarah sememangnya mesra dengan setiap pelajar yang datang dari Malaysia. Dia pasti akan menyambut mereka dan mengaggap mereka seperti anak sendiri. Maklumlah hidup di perantauan, kepada siapa lagi hubungan yang mesra hendak dibina melainkan kepada orang yang berasal dari negara sendiri. Mungkin juga kerana Aunty Sarah tidak mempunyai anak perempuan, jadi dia lebih mudah untuk menyayangi pelajar-pelajar perempuan yang terletak di bawah pengendalian suaminya Prof Fazuddin.

“ Macam mana pelajaran Nisa sekarang? Do you have any problem with that? Kalau ada jangan segan…beritahu pada uncle mana tahu dia boleh tolong..” tanya Aunty Sarah sambil membahasakan panggilan uncle kepada suaminya, Prof Fazuddin.
“ Every student yang datang sini pun aunty pesan benda yang sama, kalau ada masalah jangan segan-segan nak beritahu…” senyum Aunty Sarah
“ Urm..setakat ni tak ada lagi aunty..semuanya masih boleh Nisa kawal sendiri. Terima kasih ye aunty..duduk berbual dengan aunty ni mengingatkan Nisa pada Mak Su. Rindu Nisa pada dia…” jawab Nisa jujur. Entah kenapa apabila bersama Aunty Sarah, Nisa merasakan dirinya dekat dengan belaian seorang ibu. Dan pada ketika itu juga dia akan mengingati arwah ibunya juga Mak Sunya yang kini berada di Malaysia.

“ Biasalah tu Nisa, hidup jauh dengan family memang macam tu. Dulu masa aunty muda-muda and aunty futher study dekat oversea, aunty rasa benda yang sama. Sebab tu sekarang ni, aunty selalu nasihatkan student-student uncle kamu untuk selalu datang ke rumah aunty. At least diorang tak rasa sunyi sangat, hilang sikit rindu pada family…” jawab Aunty Sarah yang sememangnya mengetahui bahawa Anisa telah kehilangan kedua orang tuanya sejak kecil lagi.

“ Nanti kalau balik ke apartment kamu, Nisa jangan lupa pesan pada kawan-kawan serumah Nisa, dah lama mereka tak ke mari, sibuk agaknya…” tambah Aunty Sarah lagi.
“ Oh ye, Nisa nak minum apa? Nanti sekejap Aunty buatkan..” tanya Aunty Sarah kepadanya.
“ Urm tak kisah aunty..apa2 pun Nisa bedal jer..”jawab Nisa semula sambil tersenyum.

Sambil menunggu Aunty Sarah di dapur, Anisa mengambil kesempatan itu untuk melihat gambar-gambar keluarga yang tergantung di dalam rumah yang sederhana besar itu. Prof Fazuddin dan Aunty Sarah mempunyai 3 orang anak lelaki. Namun yang dikenalinya hanya Ary. Ini kerana abang dan adik Ary kini berada di Malaysia dan hanya sesekali datang ke UK. Menurut cerita yang diketahuinya anak sulung pasangan ini sudah mempunyai kerjaya yang tetap di Malaysia, manakala anak bongsu mereka lebih memilih untuk menyambung pengajian di dalam negara sahaja.

Seingat Anisa dia pernah berjumpa dengan anak sulung pasangan itu yang secara kebetulan datang ke UK untuk melawat ayah dan ibunya. Itupun hanya sekali. Namun dia agak tidak menyenangi perwatakan lelaki itu yang dirasakan kurang beradab. Dari sorot pandangan matanya saja Anisa sudah dapat mengaggap bahawa dia seorang lelaki yang suka menggoda setiap perempuan di hadapannya. Masakan tidak, baru pertama kali berjumpa lelaki itu sudah berani untuk memeluk bahunya dari belakang dan mengusap-ngusapnya. Itu ketika mereka sedang berada di rumah Aunty Sarah! Jika di tempat lain! Pasti lelaki itu lebih galak lagi. Sejak pertemuan itu, Anisa agak jarang berkunjung ke rumah Aunty Sarah. Jika dia benar-benar pasti bahawa lelaki itu tiada, baru dia akan datang.

Ezy! Ya, Ahmad Farel Fahrezi bin Fazuddin! Itulah nama lelaki yang tidak disukainya itu. Perwatakan Ezy sangat berbeza dengan adiknya Ary. Ary seorang lelaki yang lebih tahu untuk menjaga adab. Meskipun kadang kala mulutnya tidak terlalu bertapis ketika berkata-kata, Ary tidak pernah mengambil kesempatan selama dia mengenali lelaki itu. Anisa masih ingat pada kata-kata Ary semasa dia datang di saat Ezy ada di rumah..

“ Kau jangan layan sangat abang aku tu! Dia memang buaya sikit..” pesan Ary kepadanya ketika Ary seperti dapat membaca riak wajahnya yang tidak selesa dengan kehadiran Ezy ketika itu.

Mujur yang tinggal bersama Prof Fazuddin dan Aunty Sarah di UK ini adalah Ary dan bukan Ezy. Jika Ezy! Hai…alamatnya dia tidak akan pernah lagi menjejakkan kakinya ke sini.

“ Nisa! Hai termenung jauh nampak..” Nisa lantas berpaling apabila terdengar namanya dipanggil oleh Aunty Sarah.

“ Ingat orang jauh ke…?” tanya Aunty Sarah lagi.

Anisa hanya mampu tersenyum. Lantas seraut wajah milik Azril muncul di layar ingatannya. Adakah patut hatinya masih mengingati lelaki itu? YA ALLAH…terasa sangat susah untuk dia menghapuskan sebaris nama milik Mohd Azril Hakimi dari hatinya….

“ Isy..takdelah Aunty. Siapa pulak yang Nisa nak ingatkan..Ni ha, tengok gambar Ary, teringat kat dia. Lame pulak rsenye tak jumpa dia….” jawab Anisa

“ Oh..Ary…”
Panjang bicara Aunty Sarah pada petang itu menceritakan perihal anak-anaknya. Kadangkala hatinya terusik. Jika mama masih ada, pasti mama juga seperti Aunty Sarah. Suka menceritakan perihal anak-anaknya kepada orang lain. Hanya setelah satu jam setengah berada di rumah Aunty Sarah barulah Anisa meminta diri untuk pulang ke apartmentnya. Masih banyak perkara yang perlu diselesaikannya.

“ Imran!..” lantas Anisa teringat untuk menyambung cerita tentang keadaannya disini kepada adiknya itu melalui YM. Hanya teknologi itulah yang kini menghubungkannya dengan adik dan Mak Sunya di Malaysia. Kadangkala apabila Mak Sunya ada bersama Imran, Mak Su lebih suka untuk melihatnya secara jelas melalui web cam. Aduh..Im! Akak rindu dekat Im, dik…detik hati Anisa sambil kakinya lebih pantas melangkah untuk kembali ke apartmentnya.

1 comments:

::cHeeSeCaKe:: said...

huhuh..lupe azril..bukak ati utk ary lak..hehe(suke2 sy jer..cm sy lak penulis die..hehe)

Post a Comment