PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Tuesday, August 2, 2011

Kisah Kasih Kita (23)

            “ Awak dengan saya…?” jari Sha menuding ke arah lelaki tersebut sebelum beralih ke dirinya sendiri. Dikya tergelak kecil.

            “ Senyap boleh….?” oppss! Dikya menutup mulut.

            “ Yela awak dengan saya…” Ayie tersengih-sengih.

            “ Kenapa, tak boleh…?”

            “ Cop! Cop!” Sha menarik nafas dalam.

            “ Kita belum kenal betul tau?”

           “ Tapi kita dah kenal lama, karang dah sah kenallah betul-betul” Dikya tergelak lagi. Kalut betul kakak aku ni! Sha menjeling Dikya yang menjadi penemannya berjumpa Ayie pagi itu.

            “ Macam mana eh….?” Sha menggaruk kepalanya yang dilitupi tudung.

            “ Awak ni betul ke Ayie yang kat Kuala Kangsar tu?” Dikya menepuk dahi!

            “ Adehh…apa tingtong sangat soalan Kak Sha ni?” Dikya menyampuk. Sha memandang Ayie yang duduk di depannya atas bawah. Betullah cakap Baiz tempoh hari.

            “ Takdelah….nampak lain sangat…” perlahan Sha menutur. Gaya gentleman Ayie dah terlebih-lebih ni. Dulu aku kenal kat kampung takdelah straight forward sangat macam ni! Ehh risau aku dibuatnya.

            “ Apa masalahnya Cik Sha?” Ayie tenung Sha dalam-dalam. Sha dah mula menggeletar. Anak matanya dilarikan. Memanglah aku suka kau! Tapi…

            “ Cepat sangat ni. Dah lama kita lost contact. Tiba-tiba awak call ajak jumpa dan cakap benda serius macam ni. Eh semua perempuan pun kalut tau bile tiba bab orang nak melamar dia. Awak jangan main-main” jujur je Sha berkata. Dan Ayie tahu dia tidak silap percaturan.

            “ Itu bukan alasannya. Saya bukan nak kahwin dengan awak hari ni. Sekarang saya cuma nak luahkan hasrat saya pada awak. Kalau awak setuju prosesnya banyak step lagilah sayang…” merah muka Sha tiba-tiba. Betullah mamat ni dah mereng! Alaaa susah lah macam ni.

            “ Abang Ayie betul ke nak kahwin dengan kakak saya ni?” mata Ayie beralih ke gadis comel belasan tahun itu. Dianggukkan kepalanya yakin.

            “ Abang Ayie tak menyesal? Betul dah fikir habis ni?”

            “ Kenapa?” Ayie pelik.

            “ Kakak saya ni kepala otak dia bukan betul sangat! Saya takut pendek umur Abang Ayie kalau kahwin dengan dia.” Ayie tergelak besar.

            “ Oiii!” Sha menunjal kepala Dikya. Isy…bukan nak membantu aku, lagi nak bikin panas adalah! Dikya menggigit bibir.

            “ Awak dah ada someone special ke…?” Sha merenung Ayie dengan soalannya.

            “ Someone ada. Special tu tak sangat rasanya”

            “ Ha macam mana tu?”

            “ Eh saya malaslah nak fikir benda-benda penting macam ni. Saya muda lagilah”

            “ Mana ada muda?” Sha memandang Dikya nya lagi.

            “ Jangan menyampuk boleh tak?” kali ini Sha betul-betul serius. Terdiam Dikya. Muncung bibirnya seketika. Ayie terpinga-pinga.

            “ Sabarlah. Jangan sebab terkejut awak marah adik awak pulak” Sha pula terdiam.

            “ Saya tak minta awak bagi jawapan drastic macam ni. Fikrlah dulu. Tapi jangan lama sangat. Dan kalau boleh janganlah negative jawapannya. Kesianlah kat saya” tersengih-sengih Ayie di depan Sha.

            “ Macam mana tiba-tiba awak boleh terfikir nak kahwin dengan saya? Awak memang usha saya dari dulu ek?” eh..? Sha menutup bibir. Kenapa aku tanya macam ni? Ahhh lantaklah sekarang semua kena telus, baru jawapan aku pun telus.

            “ Saya jumpa abang awak dan Durra kat kampung last week”

            “ So?”

            “ Saya happy tengok diorang happy”

            “ Meaning?”

            “ Yela kehidupan berkeluarga. Suami isteri yang happy dengan anak diorang” Sha terdiam.

            “ Saya pun nak rasa macam tu jugak” Sha pandang Ayie lama.

            “ Saya dah ada segalanya. Hidup dah stabil. Business dah maju. Ekonomi pun insyaALLAH dah cukup untuk melangkah setapak lagi fasa dalam hidup. Cuma….” Sha menanti bicara Ayie.

            “ Cuma saya perlukan awak untuk menjadi suri bagi mengisi kekosongan dalam hidup saya sekarang ni” Sha terpaku. Lama dia terdiam. Berkira-kira sendiri. Sha pandang Dikya yang sudah tidak menyampuk.

Dikya hanya membuat muka slumber. Malas dah aku nak bersuara!

            “ Macam ni lah….” kali ini Ayie pula menanti bicara Sha.

            “ Awak datang lah sendiri jumpa abah dengan ibu saya kat rumah”

            “ Betul ni…..???”
******************************************************************************
           
            “ Nervous ke…?” Iz tengok Sha yang sudah cantik di make up hanya blur duduk di katilnya.

            “ Oii….awatnya ni…?”

            “ Urm  betul ke ni? Sha tak mimpi kan…?” Iz tepuk pipi adiknya.

            “ Aduii!”

            “ Sakit kan? So tak mimpi la” Sha masih diam. Semuanya begitu pantas berlaku. Ayie datang jumpa ibu dengan abah. Ibu dengan abah setuju. Ayie hantar rombongan meminang. Diorang bertunang sekejap. Tup tup tup sekejap lagi nak menikah.

            “ Baiz, betul ke apa Sha buat ni?” Sha merengek pada abangnya.

            “ Sekarang baru nak fikir betul ke tak? Mana boleh patah balik. Nak suruh family Ayie balik bodoh macam tu je?”

            “ Baiz ni!” Sha memuncung.

            “ Sha kan suka Ayie tu, so apa masalahnya?”

            “ Ini bukan soal Sha suka Ayie, Ayie pun suka Sha la. Ni pasal nikah kahwin. Sha nak kahwin sekali je seumur hidup tau!”

            “ Sape pulak yang suruh Sha kawin dua tiga kali?” hehehe…Iz tersenyum sumbing.

            “ Baiz jangan main-main boleh tak?” Sha sedih pulak tiba-tiba. Daripada tadi abangnya bagai tak endah pada perasaannya yang sedang bercelaru.

            “ Sha ni banyak sangat fikir. Cuba tarik nafas dalam-dalam. Tenangkan fikiran tu. Sha nak bina masjid, nak jadi isteri orang. Ini benda baik, janganlah serabutkan fikiran tu…” Iz memeluk rapat bahu Sha di sisi.

            “ Sha takutlah Baiz” Iz berkerutan.

            “ Sha taknak kahwinlah Baiz!”

            “ Eii!” Iz menolak kepala adiknya kasar.

            “ Cakap jangan ikut sedap rasa je eh. Family pengantin lelaki dah on the way tau. Jangan nak bikin haru” Sha terdiam. Eh kenapa hari tu masa ibu dengan abah tanya aku tak fikir panjang, kan dah susah!

            “ Ayie tu budak baiklah. Tak yah risau sangat. Dah Baiz keluar dulu”

            “ Alaaa…” Sha menarik tangan Iz.

            “ Temanlah duduk sini….” Sha merengek lagi.

            “ Ei manja betul! Kalau Baiz teman sekarang tak guna jugak. Malam karang tak kan nak mintak teman jugak kot” merah muka Sha tiba-tiba. Iz sudah tergelak besar.

            “ Baiz ni…….!!!!!!” Sha menolak abangnya kasar.

            “ Tak payahlah cakap pasal tu. Tak malu betul!” wajah Sha masam.

            “ Keluarlah sana…” Sha menolak abangnya sehingga keluar ke pintu. Di tutup pintu kasar.

            “ Dengan Baiz bolehlah nak garang nak kasar. Karang dengan Ayie, patah tulang semua jadi sotong tau…” eiiiiiiii. Stress Sha mendengar usikan abangnya dari luar.

            “ Abang?” Iz tertoleh apabila bahunya disentuh. Hehehe…Iz tayang wajah gembira.

            “ Kenapa?” Durra berkerutan.

            “ Takde apa” Iz menyium pipi Durra dan pantas berlalu turun.

            “ Hei” Durra tak sempat nak berekasi. Dia kesat pipinya perlahan. Macam-macam!

            Durra ketuk pintu Sha perlahan.

            “ Ei Baiz janganlah kacau Sha..!” terdengar jeritan dari dalam. Durra terdiam.

            “ Sha, Kak Durra ni….” Sha perlahan membuka pintu apabila yang kedengaran adalah suara lembut kakak iparnya.

            “ Apa cerita pengantin kunci pintu duduk sorang dalam bilik?” Sha membuat muka.

            “ Baiz tu!” Sha menghentak kaki. Aik? Laki aku buat apa pulak kat adik dia yang tercinta ni?

            “ Dah la tu. Jom turun. Pengantin lelaki dah sampai….”

            “ Ha? Sekarang ke..?”

******************************************************************************
            “ Kenapa pengantin baru masih berjaga ni? Tak nak tidur ke?” merah menyerbu muka Sha sebaik mendengar satu suara menyakat. Eii tak guna punya abang! Sha menyumpah dalam hati. Dari tadi siang tak habis-habis nak mengenakan aku.

            “ Abang, apesal cakap macam ni? Rumah kita ni ramai lagi oranglah” Durra berbisik menegur Iz. Iz pandang sekeliling. Eh a’ahlah! Banyak lagi rupenya sedara mara tak balik. Haha…mintak maaplah adik! Iz bersuara dalam hati.

            “ Sorry dear, tak perasan pulak” Iz berbisik di telinga Durra.

            “ Seronoklah kacau Sha. Tengok tu muka dia kalut” Iz memuncung ke arah Sha.

            “ Abang ni, tak baik tau!” Iz hanya tergelak mendengar bicara Durra.

            “ Fine. Tak kacau dah” Iz akhirnya mengalah juga. Dibiarkan hati adiknya yang sedang kalut itu tenang sendiri. Namun senyuman sumbing masih menghiasi bibirnya. Ditala pandangan ke arah sekeliling.

            “ My hero…. mana?” Iz menoleh Durra di sisi.

            “ Ingatkan dah lupa…” Iz tersenyum sumbing.

            “ Ye... Nak cariklah ni” Iz mengangkat kaki keliling rumah. Mencari di mana anaknya berada. Sibuk mencari matanya tiba-tiba tertancap pada Ayie yang sedang sibuk melayan Aqir bermain bola tengah malam begini.

            “ Bro, suka budak ke?” Ayie menoleh pada Iz yang menghampir.

            “ Suka” sepatah jawapan itu mengukir senyum di bibir Iz.

            “ Kenalah usaha cepat-cepat dapatkan satu”

            “ Pelan-pelan kayuh bro” Ayie tersengih

            “ Cik Ayie, Aqir nak minum. Masuk eh” Aqir kemudian cepat berlari meninggalkan Ayie. Iz lihat cepat betul Aqir rapat dengan pakcik barunya ini.

            “ Eh, aku nak masuk jugaklah. Dah malam sangat rupanya ni…”

            “ Dah malam sangat ke dah tak sabar sangat?” Ayie hanya tergelak mendengar bicara abang iparnya.

            Di dalam Ayie mencari kelibat Sha. Dia kemudian duduk di sisi Sha yang ralit mengelap pinggan.

            “ Banyak lagi?” eh? Sha pandang ke sisi. Dia terasa pelukan erat tangan Ayie di pinggangnya. Sha mula rasa tak selesa. Janganlah laki aku buat bukan-bukan depan orang ramai ni!

            “ Sikit je”

            “ Nak saya tolong?”

            “ It’s okay”

            “ Tak ngantuk lagi?”

            “ Belum”

            “ Awak okay?”

            “ Okay” Ayie tergelak kecil.

            “ Apa kes sepatah sepatah je ni? Nervous ke?” Sha menggigit bibir.

            “ Nampak sangat ke?” pecah tawa Ayie.

            “ Saya naik dululah. Nanti dah siap awak naik. Jangan takut pulak tau” bisikan Ayie di telinga Sha menyebabkan jantungnya pantas berdegup.

Oii jantung, kau jangan buat pasal dengan aku! 

******************************************************************************
            “ Ni apesal mundar mandir depan bilik sendiri?” Iz menegur Sha yang dilihatnya masih belum masuk ke bilik. Jam di pergelangan tangan dilihat. Ei pagi dah pun! Semua saudara mara dah balik. Suasana kat bawah pun dah sunyi. Hei, apa kes lah adik aku ni.

            “ Hehehe…Baiz tak tidur lagi?”

            “ Baru tidurkan Aqir. Nak tidurlah ni”

            “ Okay”

Tiba-tiba Iz pantas menyusup membuka pintu bilik Sha dan lengan adiknya ditarik.

            “ Eh, apa ni?”

          “ Bro, bini kau tertinggal kat luar ni!” dan Iz pantas menolak adiknya masuk ke dalam bilik dan pintunya terus ditutup! Sha tanpa sedar menggigit bibir.

            Hahaha, sorry sis! Iz kemudian menapak masuk ke biliknya.

            Ayie memandang Sha yang terpinga di pintu bilik.

            “ Tertinggal?”

            “ Eh takde Baiz merepek tu. Awak tak payah dengar” Ayie tersengih.

            “ Awak pulak yang terpacak kat situ kenapa?”

            “ Takdelah…” Sha pantas menapak ke meja solek. Dilipat tudung yang sedari tadi tetap dikepalanya dan disidai ditempat biasa. Dari cermin Sha dapat melihat senyuman manis Ayie kepadanya. Dibalas senyuman itu namun dalam hati makk oii berdebar tak terkata. Kemudian Sha lihat Ayie ralit merenung sesuatu.

            “ Awak tengok apa tu?” Sha berdiri di tepi katil. Ayie mengangkat benda yang ditelek daripada tadi.

            “ Album saya? Mana dapat?”

            “ Kat situ” Ayie menunjuk ke arah almari pakaian Sha.

            “ Awak bongkar almari saya?” Ayie tersengih.

            “ Cari towel tadi. Saya tak bawak” urm….okay. Quite loqic!

            “ Takpe kan?”

            “ Urm…never mind”

            “ Sini duduk dengan saya”

            “ Ha? Saya nak mandi” Sha jawab sepatah sepatah.

            “ Sinilah” Ayie menarik tangan Sha duduk di sisinya. Sama-sama bersila di atas katil.

            “ Tangan sejuk macam ais ni, lagi nak mandi tengah malam? Bohong eh?” Sha taktau nak respon macam mana.

            “ Saya segan nak duduk dengan awak” alahaaii comel betul minah ni, terus terang betul.

            “ Saya suami awak lah. Awak duduk dengan suami awak. Word segan tu irrelevant tau” fine! Sha terdiam.

            “ Sinilah, nak tanya ni gambar awak masa umur berapa?” Ayie menunjuk ke arah sekeping gambar. Sha mendekat dan menunduk. Ohh

            “ Ni…? Masa ni 15 kot…”

            “ 15? Comelnya….” Ayie menggosok gambar Sha yang ceria dengan rambutnya ditocang dua. Dia kemudian mengusap perlahan rambut Sha di sisi.

            “ Memang suka simpan rambut panjang eh?” Sha mengangguk. Tersenyum manis.

            “ Saya pun suka” Sha berkerutan.

“ Eh, no! Saya suka awak rambut panjang” Sha tergelak.

“ Ni….?” Ayie menunjuk ke gambar lain.

            “ Ni masa primary school. Ada teater untuk hari guru”

            “ Awak berlakon?”

            “ Yup!”

            “ As what?”

            “ Budak comel  terpacak pegang bunga” Sha gembira menjawab. Pecah tawa Ayie.

        “ Mesti sebab awak heartless kan? Tak pandai berlakon. Sebab tu diorang letak kat belakang-belakang” Sha menjeling.

            “ Bukanlah! Diorang kata sebab saya cantik, so boleh pegang bunga. Siapa tak cantik kena pegang penyapu tau!”

            “ Yela tu” Ayie tergelak.

            “ Yela…tak percaya boleh tanya ibu”

            “ Tapi betullah. Awak memang cantik” perlahan bicara Ayie masih boleh ditangkap oleh pendengaran Sha. Merah mukanya tiba-tiba. Isy…apesal puji melambung sangat ni? Eii mesti ada apa-apa.

Macam mana ni? Ibu, Sha tak sedia lagi nak macam-macam! Macam mana…??

Ralit menunjukkan ke gambar itu dan ini Ayie tersentuh lagi tangan Sha. Masih sejuk
.
“ Awak sejuk ke? Saya dah naikkan suhu air cond tu” Ayie memegang telapak tangan isterinya. Sha pantas menggeleng.

Aku sejuk sebab kau lah! Isy..

Ayie menarik Sha lebih dekat dan dipeluk isterinya itu daripada belakang. Tangannya menyulami jemari Sha dan digosok perlahan-lahan. Sha terkejut dengan tindakan pantas Ayie dan badannya tiba-tiba kaku tanpa gerak.

Ayie dapat merasakan tubuh Sha yang kaku dalam pelukannya. Dia tersenyum lebar.

“ Janganlah takut dengan saya. Saya bukan nak buat jahat kat awak pun. Cuba relaks…sandar kat saya. Nanti awak penat tau tegak macam ni je” bisikan perlahan Ayie di telinganya menyebabkan Sha perlahan menyelesakan kedudukan. Ayie kemudian mempererat lagi pelukannya.

“ See? Okay kan. Saya nak tolong awak hilangkan rasa sejuk. Or maybe hilangkan rasa nervous awak?” Pap! Perlahan Sha memukul lengan Ayie yang kejap memeluknya.

“ Awak cuba jangan buat heartbeat saya jadi tak tentu hala!” Ayie tergelak.

“ Salah saya ke?”

“ Yela. Semua awak punya pasal”

“ So saya nasihatkan kalau taknak jantung awak jadi tak betul, jangan sesekali curi hati orang”

“ Saya curi hati siapa?”

“ Hati saya lah” Sha tersenyum lebar. Hilang sedikit demi sedikit rasa gementarnya sejak tadi siang.

“ Patutnya saya kena mintak ganti rugi tau”

“ Saya bukan orang kaya. Nak bayar macam mana?”

“ Takpe, bayar pakai hati awak. Bagi kat saya. Nanti saya jaga baik-baik. Boleh?” Ayie melagakan pipinya dengan pipi Sha sambil menanti jawapan dari bibir isterinya itu.

“ Awak dah ambik, baru sibuk nak tanya?” Ayie tersenyum bahagia mendengarnya. Pantas dia mencium lembut kepala isterinya.

“ Nak tengok gambar wedding kita tak?” Ayie cuba memancing reaksi Sha.

“ Nak! Nak!” Sha teruja mendengarnya.

“ Tengok kat mana?”

“ Kamera saya. Mimie yang ambil gambar. Sekejap saya ambil..” Ayie kemudian mencapai DSLR nya di meja sisi dan kembali kepada posisinya sebentar tadi.

“ Wow! Kaya eh awak sekarang?” Sha memerhati Ayie memicit-micit butang DSLR nya.

“ Kaya? Meaning? DSLR ni ke?” Ayie merasa anggukan kepala isterinya.

“ This meaningless lah. Kalau muka awak ada banyak dalam ni, itu baru betul kaya” hati Sha terpaut mendengar bicara Ayie.

Isy..masih lagi aku musykil, betul ke dia ni Ayie yang Kuala Kangsar tu? Romantic la pulak bila dah jadi laki aku. Dulu heartless semacam je.

“ Hei berangan pulak dia” Sha tersedar apabila Ayie menolak pipinya perlahan.

“ Wahh cantiknya!!” Sha teruja melihat gambar perkahwinannya sendiri. Adakah sebab ia diambil dengan kamera mahal atau sebab aku memang cantik? Ohh I think the second one must be the answer! Dusshh~~

“ Lagi! Lagi!” Sha ralit memerhati gambar demi gambar yang ditunjuk Ayie.

“ Saya sukalah yang part-part candid ni. Pandai Mimie kan..?”

“ Ni kenapa awak masam?”

“ Dah masa ni awak pijak kaki saya”

“ Yeke? Tak perasan pun”

“ Yelahh awak asyik tenung saya macam nak tembus mana nak perasan” Ayie tergelak lagi.

“ Ni kenapa songkok awak senget?”

“ Ei saya nervouslah depan tok kadi”

“ Cehh konon muka nampak nak cool aje. Nervous rupanya..” Sha menyakat Ayie.

“ Awak ingat kerja genggam tangan tok kadi ni kerja senang ke? Awak bolehlah cakap, tinggal tunggu saya datang cium awak je kan…” isyy….! Sha menjeling geram. Merepek betul. Kau apa tahu aku punya menggelebah cicak?!

“ Eh Aqir….” Sha tersenyum pula melihat gambar anak saudaranya.

“ Comel kan dia?”

“ Comel!” wajah anak itu Sha tenung lama.

“ Awak boleh bagi saya lagi comel daripada ni kan?” Sha terdiam.

“ Kan…?” Ayie menekan bicaranya.

“ Ye. kot.” Sha menjawab perlahan. Tak berani nak bersuara banyak. Ei jauh pulak fikirnya laki aku ni.

“ Tadi your brother ada pesan”

“ Baiz pesan? Pesan apa?” dahi Sha berkerutan.

“ Kalau nak macam ni…” jari Ayie menunjuk ke arah gambar Aqir.

“…..kena usaha cepat-cepat” Sha menggigit bibir.

“ Awak dah ready kan?” Ayie berbisik di telinga Sha. Sha kelat menelan air liur.

“ Urm…….” sambil mendengar Ayie pantas memanjangkan tangannya ke arah lampu meja di sisi.

“ I assumed the urmmm must be yes, right?!”

Tap!!

“ Eh kenapa gelap?!”

4 comments:

MaY_LiN said...

yeah..
sha ngan ayie da kawin..
bile baiz n durra nak dapat baby sendiri..

nurwaheeda said...

hahaha! suwet! glad i can still read ur story. =)

Yaya Nufariya said...

lucu... haha... sha nmpk blur..

fiza_angah said...

nak lagi nak lagi.. best sgt!

Post a Comment