“ So nanti Durra kerja kat cawangan butik tu kat sini….?” Durra mengangguk laju.
“ Kak Sal minta Durra urus yang kat sini sebab dia baru bukak. Lagipun Durra dah lama kerja dengan dia, sebab tu dia percaya dengan Durra kot…..” Iz hanya mengangguk.
“ Boleh Durra kerja kan….?” Iz tersenyum ceria.
“ Bolehlah…apa yang tak bolehnya. Janji Durra pandai bahagi masa. I don’t mind…” Durra tersenyum manis.
“ Terima kasih Iz….”
“ Sama-sama kasih. Urm…lagi satu, lusa kita pergi tengok rumah baru ye? Weekend ni kita pindah……”
“ Kita tak duduk sini….?”
“ Tak….kita kena belajar hidup berdikari, boleh kan….?” Durra mengangguk laju melegakan hati Iz. Tidak perlu banyak bicara dengan isteri penurut seperti Durra..
“ Apit….?”
“ Apit…? Soalan apa tu? Dia sebahagian daripada kita kan..? Iz akan masukkan dia sekolah kat sini….” Durra tersenyum bahagia. Entah kenapa dia merasa sangat bertuah memiliki Iz. Meskipun dia belum betul-betul jujur dengan suaminya itu namun layanan first class yang diberikan membuat Durra semakin sesak dan merasa bersalah
.
“ Iz…….”
“ Urm……?” Iz menyahut panggilan Durra perlahan. Matanya masih ditumpukan ke arah skrin laptop. Bercuti kahwin selama seminggu tidak bermakna kerjanya juga cuti. Menimbun lagi adalah…
Durra menarik nafas dalam dan kelat. Bagaimana? Apa yang perlu dilakukan.? Meluahkan secara berterus-terang? Sanggup nak dituduh menipu oleh suami sendiri..? Tapi kalau tak diberitahu sekarang lambat laun Iz akan tahu dan mungkin reaksi pada masa itu lebih parah…
“ Iz… Durra……” belum sempat Durra memulakan bicara perbualan mereka terganggu dengan bunyi telefon Iz..
“ Wait a minute…..” Iz pantas menyambut panggilan.
“ Hello…ya what’s up….?” Iz menjawab acuh tak acuh. Durra lihat suaminya diam lama…mungkin sedang mendengar sesuatu daripada pemanggil di hujung talian. Seketika Durra melihat Iz tersenyum sinis.
“ Alasan kau aku tak boleh terima……!” Iz berkata tegas
“ Masih tetap engkau yang ubah design aku…ciplak sesuka hati. Itu dah kira khianat…..” Iz menelan air liur. Nampak sangat yang dia tengah marah tika ini. Durra berlalu ke dapur, mengambilkan minuman buat Iz.
“ Itu hasil keringat aku bersengkang mata seminggu untuk siapkan lepas tu engkau….? Isy…..kalau setakat nak tikam aku dari belakang sorry to say…tak mati lah aku kalau kerja sorang untuk build up projek ni tanpa engkau. Kerja seorang tak menyakitkan hati….” Iz menambah geram.
“ Fine…kalau kau hadap sangat aku akan tarik diri. You settle down everything by your own self. I don’t mind at all! Aku akan inform Mr Tee aku tarik diri daripada projek ni……” Iz duduk menyandar sambil member kata putus.
“ Hold on! Bear in your own mind properly. Sekali orang yang aku percaya tipu aku hidup-hidup, mempergunakan dan memperbodohkan aku macam kau…jangan harap aku akan percaya lagi. Sekali kau buat, aku black listed terus kau dari hidup aku…..so back off….” Iz segera mematikan talian dan Durra menelan air liur ketakutan sendiri mendengar patah bicara Iz.
“ Sekali orang yang aku percaya tipu aku hidup-hidup, mempergunakan dan memperbodohkan aku macam kau…jangan harap aku akan percaya lagi…..” ayat ini bagaikan terngiang-ngiang di cuping telinga Durra.
“ Sayang…….?” Durra hanya tersedar sewaktu Iz memegang lembut tangannya. Durra menahan resah di hati.
“ Kenapa…..?” Iz bertanya pelik. Durra hanya menggeleng perlahan
“ Siapa tadi…?” Durra sengaja mencungkil cerita.
“ Takde siapa lah. Tak penting…..” Iz malas mahu bercerita
“ Kalau tak penting takkan marah sampai macam ni….?” Durra masih tidak berputus asa.
“ Partner Iz untuk projek baru kat office. Unpredictable…dia menipu so Iz ambil keputusan untuk tarik diri daripada projek tu. Iz taknak makan hati….” Iz menjelaskan ringkas membuatkan Durra tak tergerak mahu bertanya lagi.
“ Kenapa tak dengar baik-baik apa alasan dia? Tadi dia macam nak minta maaf je…..?” Durra bersuara perlahan namun masih jelas di pendengaran Iz.
“ Takde yang namanya alasan untuk kes menipu. Tipu tetap tipu. Bila menipu maknanya tak jujur dan Iz benci orang tak jujur…..” Zaim Izzuddin menjawab tegas.
“ Dahlah Iz malas nak cerita pasal ni. Iz naik mandi sekejap…panas…..” Iz terus berlalu meninggalkan Durra sendirian di balkoni rumah teres dua tingkat milik Encik Mahmud itu. Durra hanya memerhati dengan wajah tenang walau hatinya terlalu bergelodak menyimpan rahsia besar.
“ Hi pengantin baru….duduk sorang aje….?” Durra berpaling apabila seseorang menegurnya. Kelihatan Sha bersama Apit yang baru pulang entah daripada mana Durra pun tak pasti..
“ Baiz ada kat atas…..” Durra menjawab ringkas.
“ Ni daripada mana…..?” Durra bertanya sambil menarik Apit dekat ke sisinya.
“ Daripada taman….hirup udara petang…..”
“ Best Mak Cu……Achik Sha bawak Apit naik basikal keliling-keliling taman. Lepas tu pergi tasik kat hujung sana…cantik……” Apit gembira bercerita. Durra tersenyum bahagia. Nampaknya semua orang di rumah ini menerima baik kehadiran Apit. Semakin mudahlah dia membiasakan diri dengan keluarga baru ini..
“ Sha jangan manjakan sangat budak ni. Nanti tiap-tiap petang dia ajak Sha jalan-jalan masaklah Sha……”
“ Apit….lain kali ajak Pak Cu tau….jangan ajak Achik Sha……” Sha berpesan pada Apit sambil mengenyitkan mata.
“ Okay………!” Apit pula seakan mudah untuk diajak berkompromi
“ Tadi akak ada buat puding….sekejap akak ambil……” Durra pantas bergerak ke dapur berniat menghidangkan minum petang untuk mereka sekeluarga. Belum sempat tiba di dapur Durra terserempak dengan Iz yang baru turun dari tingkat atas. Eh….?
“ Dah mandi ke ni? Tak basah pun…..?” Durra bertanya pelik..
“ Nak ajak sayang mandi sama la ni…..”
“ Ha…..??”
“ Eh tak….nak ajak sayang sama-sama mandikan kereta Iz. Basuh kereta maksud Iz. Jom…..” Iz
pantas menarik lengan isterinya..
“ Nanti.... nak buat minum petang dulu…..”
“ Okay…..Iz tunggu luar…..” Durra membalas dengan anggukan dan senyum di bibir.
Sampai di dapur Durra lihat pintu belakang pula terbuka. Sebaik dijenguk kelihatan Puan Nurzah sedang memindahkan anak pokok ke dalam pasu besar. Hai…macam-macam aktiviti orang dalam rumah ni..
“ Ibu……” Durra memanggil ibu mertuanya lembut..
“ Eh…..Durra. Sini sayang…” Durra mendekati Puan Nurzah. Agaknya orang dalam rumah ni semuanya memang suka panggil sayang ke apa…?
“ Ibu buat apa...?”
“ Ibu main badminton...” erk…? Durra tergelak sendirian. Ibu persis Iz yang suka menyakat tak kira masa.
“ Ibu pindahkan anak pokok ni la sayang oii. Dah besar akar dia…” Puan Nurzah ringkas menerangkan
“ Nak Durra tolong….?” Puan Nurzah menggeleng perlahan
“ Dah nak siap….. suami Durra mana….?”
“ Iz ada kat depan cuci kereta….”
“ Iz……?” Durra berkeruan apabila ibu mertuanya membuat muka pelik.
“ Yela Iz. Kenapa ibu….?” Durra bertanya jujur.
“ Dah lepas kahwin pun panggil Iz je ke…..?” Durra menelan air liur mendengar pertanyaan itu. Dah nak panggil apa…? Iz pun lepak je tak banyak cerita..
“ Iz tak suruh pun Durra tukar panggilan untuk dia bu…” Durra menjawab perlahan. Puan Nurzah hanya tersenyum manis. Sebagai satu-satunya ibu yang masih Durra punya, Puan Nurzah merasa bertanggungjwab untuk melentur anak itu menjadi isteri yang baik. Malahan dia tidak menganggap Durra hanya sebagai menantu tapi seperti anaknya sendiri.
“ Dia tak suruh bukan maksudnya dia tak kisah…..” Durra hanya berkerutan tanpa kata
“ Jadi isteri ni kita kena hormat suami sayang. Dan salah satu caranya adalah melalui panggilan…..” Durra terdiam seketika.
“ Even dia tak suruh tapi tak salah kita menyenangkan hati suami kan….?” Puan Nurzah berpaling seketika pada Durra di sisi. Durra akhirnya tersenyum melebar tanda memahami.
“ Pandai pun anak ibu…..” Durra merasa tersentuh sebaik ibu mertuanya membahasakan dirinya sebagai ‘anak’.
“ So yang lain-lain mesti Durra pandai fikir sendiri kan…?” Durra mengangguk ceria..
“ Good! Tadi Durra nak buat apa….?”
“ Owh…minum petang. Tadi Durra buat puding. Nanti ibu pergi depan eh…?”
“ Okay…..rajin anak ibu….” Durra tersenyum, terus bangun dan meneruskan apa yang ingin dilakukan tadi.
Setelah selesai Durra membawa minum petang ke balkoni yang terletak di bahagian depan rumah…
“ Yeayy………….! Syoknya ada kakak yang pandai masak macam Kak Durra. Gemuk lah Sha nanti…….”
“ Aduiii………!!” sebaik bergembira tak pasal-pasal Sha merasa kepalanya ditolak daripada belakang.
“ Apesal………??” Sha bertanya tak puas hati. Ni nak cari gaduh dengan aku ke apa ni?
“ Budak malas……buli isteri Baiz eh….?” Iz bertanya geram. Baru beberapa hari Durra menjadi isterinya tapi dilihat Durra tak menang tangan, rasanya semua benda Durra nak buat…
“ Isy…mana ada..? Menuduh je.. Dah Kak Durra memang rajin. Cuma rugi je perempuan cukup serba serbi ni dapat laki macam Baiz…uwekkkksss…kesian tau tak..? ” Sha menjeling geram.
“ Hukum menderhaka pada abang yang kacak bergaya macam Baiz ni adalah no more duit kocek for 3 months…ada berani…..?” Iz berkata selamba membukukan hati Sha
“ Isy……kemut………….!!!” Sha membebel geram…
“ Arghhh……kemut ke semut ke apa Baiz peduli…” Iz terus menyuap puding buatan isterinya ke dalam mulut. Perghhhh….sedap doh! Untung gila aku dapat bini pandai masak macam ni. Iz terus tersenyum sendirian dan berhenti daripada membasuh keretanya.
Durra yang menjadi pemerhati hanya tersenyum. Bahagia rasanya hidup di tengah-tengah keluarga ini. Kemesraan yang telah lama hilang daripada kamus hidupnya kini bagaikan dikembalikan semula..
“ Jom sayang….teman basuh kereta Iz. Daripada melayan budak separa waras ni, bukan dapat faedah……..” Iz terus mengajak Durra bangun dan bergerak ke arah kereta yang memang sepenuhnya dibeli atas hasil usahanya sendiri. Kalau dulu cuma bergaya dengan kereta abahnya, jadi kesungguhan nak menjaga pun takde..
“ See rugi kan dapat Baiz kak? Dia ajak cuci kereta dia pulak….isy tak romantik langsung okay....” Sha membalas selamba.
“ Kang kalau Baiz tunjuk scene-scene romantic ada pulak orang yang berbulu dan muntah hijau 3 hari 3 malam…..” Durra memukul perlahan bahu Iz yang sedari tadi tak henti-henti menyakat Sha.
.
“ Isy………tekanannya……” dengan geram Sha terus masuk ke dalam rumah selepas memberikan jelingan maut buat abangnya itu.
******************************************************************************
Malam itu…
“ Durra……” Iz memanggil isterinya lembut selepas azan Maghrib selesai berkumandang daripada surau berhampiran..
“ Urm…..?” Durra tika itu sedang sibuk bertelekung…
“ Iz……Iz nak ajak Durra jemaah sekali tapi Iz nak cakap dulu yang ilmu agama Iz ni tahap biasa-biasa je…..” Durra tersentuh mendengar pengakuan suaminya itu. Dia menoleh perlahan dan nafas yang dalam ditarik..
“ Iz dulu bukan baik sangat pun…kalau hafal surah pun yang pendek-pendek je….” Iz bersuara naïf sekali lagi. Semakin sebak Durra mendengarnya dan tiba-tiba dia merasa semakin bersalah. Durra mendekati suaminya yang masih duduk di atas katil..
“ Iz….. tahap iman seseorang tu ALLAH saja yang boleh tentukan. Iz sudi nak imamkan solat Durra pun Durra dah syukur. Ilmu Durra pun masih cetek tapi kita boleh tambah ilmu agama sama-sama kan…..?” Durra bersuara ikhlas dan Iz tersenyum manis mendengarnya..
“ Serius……?” Durra menangguk laju kali ini menimbulkan senyum di bibir Iz sekali lagi.
“ Thanks sa………”
“ Eh……..” belum sempat Iz menyium pipinya Durra sudah bergerak menjauh ke belakang..
“ Durra dah ada wudu’ lah……” Durra mengingatkan sambil menggoyang-goyangkan telekung yang sudah siap dipakainya…
“ Opsss…sorry. Sekejap tunggu Iz….” Iz tanpa berlengah terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudu’.
Maghrib itu pertama kali Iz mengimamkan solat dan berjemaah sekali dengan seseorang yang bergelar isteri. Iz tahu dia belum cukup baik namun dia tahu afdalnya solat berjemaah dengan pahala sebanyak 27 kali ganda. Di dalam rumah ini pun selalu Encik Mahmud sekeluarga berjemaah cuma yang pasti hanya abahnya yang akan menjadi imam. Kalau tak pun arwah Baim yang nyata lebih tinggi ilmu agamanya itu..
Namun Iz memang sudah berjanji dalam hati sejak dahulu…dia akan cuba menjadi imam pada isterinya setelah dia berkahwin kelak dan kini saatnya sudah tiba..
Solat Maghrib kemudiannya disambung dengan bacaan Al-Quran bersama-sama dan diteruskan dengan solat Isya’..
Durra mengaminkan doa Iz perlahan…tenang rasa hatinya seketika dan dia tiba-tiba bagaikan ditiup rasa keberanian untuk berterus terang dengan Iz..
Durra menyium lembut tangan suaminya dan belum sempat Iz bangun Durra menarik kembali tangan Iz perlahan..
“ Abang…….” Iz terkejut dengan panggilan Durra padanya. Iz berpaling dan duduk semula di hadapan Durra yang masih bersimpuh…
“ Abang…….?” Iz berkerutan pelik. Dulu Iz merasakan panggilan sebegitu sudah outdated. Dah lapuk dek zaman dan hanya digunakan oleh orang-orang kampung sahaja. Sebab itu dia tidak pernah menyuruh Durra memanggilnya abang. Tapi setelah Iz mendengar panggilan itu daripada mulut Durra sendiri…entah kenapa Iz cukup suka mendengarnya..
“ Boleh kan Durra panggil abang…..?” Iz tersenyum melebar mendengar permintaan isterinya. Dirasakan isterinya ini terlalu berbudi bahasa…untungkah dia kerana ALLAH sangat menyayanginya dengan menganugerahkan Durra sebagai isteri..? Ya Iz tahu dia sangat beruntung dan dia juga sangat bersyukur…
“ Boleh sayang……” Iz mengusap lembut kepala Durra.
“ Durra ada sesuatu nak cakap dengan abang….” Iz berkerutan seketika. Ada sendu di wajah isterinya itu. Macam serius aje bunyi…?
“ Actually Iz pun ada sesuatu nak dibuat untuk Durra….” Durra pula yang pelik. Rasanya apa yang ingin dia sampaikan lebih penting daripada segala-galanya…
“ Abang bagilah Durra cakap dulu……”
“ Nope…..Durra kena dengar abang dulu……”
“ Abang…….” Durra menekan suaranya meminta simpati. Sebelum keberaniannya terbang pergi dengan putaran masa..
“ Okay wait….pergi bukak telekung ni dulu…..” Iz mencadangkan agar mereka berdua menukar pakaian solat mereka terlebih dahulu. Durra tanpa banyak bicara hanya menurut. Dia menanggalkan telekung, menyalin pakaian dan setelah selesai segalanya Durra lihat Iz juga sudah siap menyalin pakaian….
“ Come……” Iz menarik Durra ke balkoni bilik mereka yang menempatkan sebuah kerusi panjang yang dahulunya sering digunakan oleh Iz untuk menikmati indahnya malam sambil bermain gitar..
“ Abang nak buat apa….? Durra tak cakap lagi…..” Durra masih resah. Durra lihat Iz masuk semula ke dalam bilik dan keluar dengan sebuah gitar di genggamannya. Iz duduk di sisi Durra perlahan..
“ Sebelum Durra nak cakap apa-apa Durra kena dengar abang dulu. Abang nak nyanyikan lagu ni khas untuk Durra…..”
“ Abang….”
“ Syuuuuhh…..” Iz meletakkan jarinya di bibir Durra meminta isterinya hanya diam dan mendengar…
“ Dengar chorus lagu ni pakai hati…..” sebelum menyanyi Iz sempat berpesan pada Durra..
Sejak dari dulu
Ku menyintaimu
Ku tahu begitu namun kau berpura
Ku masih teringat kau peluk diriku
Yang telah membuat ku menyintaimu
Durra merasa terharu mendengar Iz menyanyikan lagu untuknya sambil memetik gitar. Sebak tiba-tiba menyaluti hatinya…
Sudah berapa lama
Diriku ini
Tak bertemumu
Mungkin ku harap jua
Kau merindu ku
Sebagaimanaku rinduimu
Durra memandang dalam anak mata Iz yang tepat memandang ke dalam anak matanya. Tiada kata mampu terucap….Durra begitu ralit memerhati Iz..
Cinta antara kita
Tiada penghalangnya
Walau akhir usia
Ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu
Menyata kau cintaku
Ku kan berjanji
Menyintaimu sayang...
Durra mengalirkan air mata menghayati bait chorus lagu ini yang Iz pesan suruh dengar pakai hati sebentar tadi…
Cinta antara kita
Tiada penghalangnya
Walau akhir usia
Ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu
Menyata kau cintaku
Ku kan berjanji
Menyintaimu sayang...
Dan Durra sudah tidak dapat menahan rasa sebaknya apabila Iz mengulangi chorus lagu tersebut berkali-kali…
“ Abang……” Durra yang sudah basah dengan air mata memegang tangan Iz. Meminta suaminya itu berhenti memainkan lagu tersebut. Mata Iz juga kelihatan merah namun Iz tidak malu. Dia hanya ingin menyatakan tentang isi hatinya…
“ Abang….Durra nak minta maaf……” Durra memegang erat telapak tangan Iz. Iz hanya membiarkan perilaku isterinya dan gitarnya tadi diletakkan perlahan-lahan ke bawah..
“ Durra tak salah apa-apa kenapa nak minta maaf….?” Iz berkerutan seketika. Durra masih tidak dapat menerima cintanya itu bukan suatu masalah besar. Masa boleh menjadi penyembuhnya…Iz merasa bersalah tiba-tiba. Dia menyanyikan lagu itu bukan untuk membuat isterinya sedih..
“ Abang……” Durra merasakan ini saat yang tepat..
“ Sebenarnya…..” Iz hanya menanti penuh sabar. Durra ingin meneruskan ucapannya namun tiba-tiba Durra merasakan tekaknya loya. Durra mual secara tiba-tiba menyebabkan Iz semakin keliru…
“ Kenapa ni……?” Iz menjadi panik…
“ Abang…..” sambil menutup mulut Durra masih memanggil Iz…
Namun dengan pantas juga dia bangun meninggalkan Iz dan pantas ke bilik air menyebabkan Iz bertambah resah…
“ Durra………??”
7 comments:
o-o..tamau iz marah..
alaaaa...kenapa ???
Hope Iz dgr explaination Durra n fikir elok2. Jgn nk ceoat ja hangin n marah Durra. Durra xberslah langsung.
alaaa.
hope iz paham dan dgr cite durra betul2.
stand by durra. huhu.
salam..janganla iz berpaling pada durra..tapi kenapa ya..durra..asyik loya aje..pelik..dia ada buat hubungan gelap ke...tlg la sis..ce ceta..nak tahu ni..kesian iz..ingat dapat anak dara ..tapi masalah...kan..hopefully dia dpt gugurkan anak..dlm kandungan..kalau betul dia da termengandung...tapi anak sape..ek...
ni kes berat ni...nak minta tlg CSI ke utuk kupaskan...ek...
Huhu... boleh ke Izz dengar explaination Durra nanti??? Cuak gak.. nanti Iz mengamuk dan anggap Durra tak jujur padanya... sian Durra... :-( huhuhu...
untungnya dapat laki cam baiz ni , dah lah romantic, pandai main gitar lagi ..
Post a Comment