PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Thursday, May 6, 2010

Kisah Kasih Kita (Prolog)

“ Sha demam?” Zaim Izzuddin bertanya serius.
            “ Taklah. Sha sihat…waras lagi ni…” Zaira Shariza berkata yakin.
Kepala dipicit…oh oh! Jantungnya ditekan. Dup dap dup dap.
Ala… makin lama makin laju pulak. Haaaaaaaaa… gila-gila… tak mungkin!
            Kepala dipusing ke kiri, muka dia je nampak. Kepala dipusing ke kanan, muka mangkuk tu jugak aku nampak. Matanya dikelip-kelip tanpa henti.
            Zaim Izzuddin makin pelik. Sah! Tapi impossible gila. Mamat dengan baju buruk seluar koyak-koyak tu? Mamat yang selalu pakai kasut tinggi macam Pua Chu Kang tu? Eh...tapi kasut dia bukan kuning. Mamat dengan rambut serabai yang selalu pakai topi bulat besar makcik-makcik bawak pergi sawah tu? Urghhhh……..kepalanya digeleng-geleng. Tapi yang handsome tu la kan?
            Cinta memang boleh buat orang jadi gila.
            I need your help…
            “ Amendenye?”
            “ Tolong Sha! Tolonglah… tolong...”
            “ Ini benda serius tau...bukan main-main..”
            “ Memanglah serius. Tengok muka Sha ni. Ada nampak macam main-main ke?”
            Zaim Izzuddin menjeling malas. Payah betullah macam ni. Sambil berkerutan badannya dibaringkan atas pangkin di bawah pokok rambutan yang rendang itu. Angin petang yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menampar wajahnya. Zaira Shariza dilihat berjalan ke hulu ke hilir. Mundar mandir. Ke kiri ke kanan. Arghhhhhhh! Dia jadi pening!
Zaim Izzuddin duduk semula sambil merenung Zaira Shariza.
            “ Dia tak mix blood macam Mike…”
            “ Tak payah mix-mix la!”
            “ Dia tak stylo macam Shahrul…”
            “ Tak payah stylo sangat nanti senang kena kebas!”
            “ Dia takde kereta sport macam Aris..”
            “ Tapi dia ada van kampung yang lagi banyak boleh sumbat!”
            “ Dia takde rambut pacak macam ni…” ujar Zaim Izzuddin sambil menayang-nayang rambutnya. Zaira Shariza jeling meluat.
            Like I care…??” urghhh…Zaim Izzuddin tak puas hati.
            “ Dia bukan ikan besar dengan poket berkepuk?”
“ Siapa kata?” eh? Budak tu kaya ke, nampak macam selebet je? Zaim Izzuddin tertanya sendirian.
            “ Dia tak………”
            “ Arghhhhh………!” Zaira Shariza menjerit kuat dan berhenti mundar-mandir buat seketika. Zaim Izzuddin dipandang tajam.
            “ Dia tak tu lah…dia takde ni lah. Sha tak kisah lah dia takde pape pun…!” Zaira Shariza menjerit lagi. Zaim Izzuddin mencebik. Yelaaaa sangat…belum dapat…cuba kalau dah dapat?
            Kreeeekkkkkkkkkkkkkkkkk!
            Tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan bunyi brek basikal yang dibawa seorang budak lelaki berumur tujuh tahun. Dah kenal sangat dengan muka kering ni. Hampir setiap petang datang… bawak benda entah apa-apa. Urghhhhhhhh tekanan!
            “ Sekejap Apit! Sebelum Apit sampaikan apa-apa benda merepek dari Mak Cu Apit kat Pakcik Jambu Apit ni, Kak Sha nak cakap sekejap dengan dia…” Zaira Shariza menahan budak lelaki yang bernama Shafiq itu daripada terus menerjah Zaim Izzuddin.
            “ Makcik ni selalu perasan muda. Berapa kali Apit nak pesan? Bawak-bawak mengucaplah makcik…” erk? Zaira Shariza tersentap kali yang ke 216 dengan muka budak toya ni. Tak padan dengan mata kuyu mulut laser je menjawab!
            “ Haaa petang ni Apit bawak apa?” Zaim Izzuddin bertanya malas.
            “ Zaim Izzuddin! You listen me first…”
            “ Nantilah bagi Apit cakap dulu. Apit nak pergi main bola ni…”
            Like I care?
            I don’t mind if u don’t care!” erk….pandai speaking rupanya budak ni. Gila lah. Jadi, yang selama ni aku dok mengata dia, dia paham la ye..? Ouch!
            “ Kak Sha dulu la….”
            “ Apit dulu….”
            “ Kak Sha la….”
            “ Apit la…..”
            “ Kak Sha….”
            “ Apit……”
            “ Kak Sha….”
            “ Apit……”
            “ Arghhhhhhhhh………!!!” akhirnya Zaim Izzudin menjerit, rimas dengan telatah dua makhluk didepannya ini. Yang seorang tak padan tua, masih tak nak mengalah. Yang seorang tak padan budak, selalu je nak menang.
 Zaira Shariza dan Shafiq terdiam mendengar jeritan lelaki itu.
            “ Tolong jangan nak menghuru-harakan hidup aku boleh? Boleh?” Zaim Izzuddin bertanya geram sambil mencekak pinggang. Zaira Shariza dan Shafiq tetap tak peduli.
            “ Zaim Izzuddin..”
            “ Pakcik Jambu…”
            Akhirnya mereka berdua berkata serentak…
            “ Sha nak kahwin!”
            “ Mak Cu nak bertunang!”
            What?” akhirnya Zaim Izzuddin terlopong sendirian.

4 comments:

MaY_LiN said...

nak kawen???
teng teng teng

Aidanna said...

bestttt,
hahaha.. kak nak ag...

apple_pie said...

betul2..nk lagi

nurul sha_eka said...

best sanad2...
akak nawk lg bley....ngerkkk
:)

Post a Comment