Sedar tak sedar sudah 6 bulan Anisa melanjutkan pelajarannya di UK dan ini bermakna sudah 6 bulan juga Azril menjadi suami kepada Dania. Azril sangat bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri yang sangat baik dan memahami. Kehadiran Dania di sisi nya dirasakan cukup bererti dan melengkapi ruang-ruang kosong yang ada di hatinya.
Namun terkadang tidak dapat dinafikan hatinya teringat kepada sahabat baiknya Anisa. Dahulu Anisa sentiasa ada di sisinya. Segala masalah mereka kongsi bersama. Dia menyayangi Anisa tetapi bukanlah mencintainya. Dia menyayangi Anisa kerana sifat Anisa yang sentiasa jujur dalam bersahabat.
Wanita yang dicintainya dari dulu sehingga kini hanyalah Dania, yang juga merupakan teman sepermainan Anisa sewaktu mereka masih kecil. Dia mengenali isterinya kini juga melalui Anisa yang memperkenalkan mereka sewaktu Azril menemani Anisa ke majlis pertunangan abang Dania. Dari situ cintanya mula berputik apabila melihat kelembutan Dania sebagai seorang wanita. Dania cukup sempurna di pandangan matanya. Keinginannya untuk mengenali Dania dengan lebih dekat disuarakan kepada Anisa. Dan Anisa sebagai seorang sahabatnya yang baik seperti biasa sentiasa menyokong apa sahaja yang ingin dilakukan jika ianya masih tidak bercanggah dengan hukum agama.
Namun kini apa yang dikesalkannya cuma satu! Kenapa Anisa tidak sedikit pun memberitahu tentang pemergiannya ke UK. Bahkan permohonan Anisa untuk ke sana juga tidak sedikit pun diketahuinya. Hatinya ralat kerana tidak dapat menyokong impian Anisa yang telah diketahuinya sejak lama dahulu. Memang sewaktu mereka berada di tahun akhir Anisa ada memberitahu bahawa dirinya tidak berminat untuk menempa kerjaya di bidang kejuruteraan yang diambil. Dia lebih berminat untuk menyambung pelajaran dan menjadi seorang pensyarah. Tetapi kenapa benda penting macam tu pun drinya tidak diberitahu?
Sehingga kini dia masih mengingati isi kandungan surat yang disertakan Anisa bersama hadiah perkahwinannya yang dikirimkan melalui Imran sewaktu majlis persandingannya dulu. Patutlah seharian dia tidak tahu Anisa kemana, rupa-rupanya gadis itu telah pun selamat berlepas ke UK. Anisa memberitahu bahawa pemergiannya itu adalah hadiah kejutan darinya. Anisa cuma berharap agar mahligai yang dibinanya bersama Dania akan kekal sehingga ke akhir hayat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Kenapa bang?” tnya Dania kepada suaminya yang kelihatan termenung di sofa setelah pulang dari kerja. Azril yang terkejut dengan teguran isterinya lantas berpaling.
“Isy sayang nie..terkejut abang..cuba la bagi salam dulu ke…” tegur Azril lembut sambil menarik lembut tangan isterinya yang baru pulang dari kerja untuk turut sama duduk di sisinya. Isy, lame juga ak dok cni sambil berangan ye..hehehe
“Nia da bagi salam la bang, abang tu je yang x dengar..” jawab Dania sambil menyalami tangan suaminya itu.
“Lambat sayang balik hari nie? Banyak kerja ke kat ofis?” Tanya Azril kepada Dania sambil mengusap lembut jari-jemari isterinya itu.
“Aah..esok bos Nia ada meeting penting dengan client, jadi Nia kene siapkan proposal tu hari ni jugak..abang nak air? Nia pergi buatkan..” tanya Nia kepada suaminya yang tersayang itu. Terbit rase simpati dan bersalah kerana pulang agak lewat dr biasanya. Dahulu sewaktu di awal perkahwinan dia ada menyatakan hasrat untuk berhenti kerja dan tinggal saja di rumah. Namun Azril tidak terlalu menyokong pendapatnya itu. Menurut Azril tidak ada salahnya dia meneruskan kerjayanya asalkan dia pandai membahagi masa dan tahu statusnya sebagai isteri orang sekarang. Lagipun suaminya turut memberitahu bahawa dia hanya menghabiskan duit ayahnya yang penat-penat menyekolahkannya sehingga ke universiti andai pada akhirnya dia hanya tercanguk dan berada di rumah 24 jam. Urm..sememangya Azril seorang suami yang sangat bertimbang rasa..
“ Ala..abang letih la sayang..takkan dapat air je…” jawab Azril lembut sambil kedudukannya dihampirkan lagi kepada isterinya.
“ Sayang tak kesian ke kat abang? “ tanya Azril sambil tangannya erat memeluk pinggang isterinya. Mukanya dibuat seperti keadaan seseorang yang sangat perlu untuk dikasihani!
“ Allahu Akbar Allahu Akbar….” tiba –tiba kedengran azan magrib berkumandang dari surau yang terletak berdekatan dengan rumah mereka.
“Kesian..kesian sangat…” jawab Dania sambil erat memeluk leher suaminya.
“ Tapi lagi besar pahala nya kalau abang imamkan solat Nia dulu..”tambah Nia lagi sambil menyium pipi suaminya. “ Jom…” Dania lantas menarik tangan suaminya ke tingkat atas untuk membersihkan diri dan kemudian solat berjemah. Azril tersenyum penuh kesyukuran melihat telatah isterinya.
“Eh2..tapi pergi dapur dlu la sayang…abang haus la…”ucap Azril sambil memeluk isterinya dari belakang.
“Eh..tadi mcam x nak air..” jawab Dania semula
“ Mne ad tak nak…naklah sayang..plus abang nak juga yg….” kata2 Azril yang amat difahami oleh isterinya itu terhenti di situ apabila Dania pantas memotongnya.
“ Dah2 jom..amek air dlu..nanti pas mgrib br Nia masak ye…” balas Dania semula..
“Baik mem…” jawab Azril
Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37
2 years ago
0 comments:
Post a Comment