PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Friday, November 18, 2011

Cerpen : Setia Ku Di sini (2)


           Masih kedengaran kuat suara tangisan anak kecil di hujung sana. Tidak pernah berhenti sedari tadi. Dan Zaki makin kejap memeluk lututnya. Duduk di tepi sofa itu. Meraup rambutnya perlahan-lahan. Dia tidak punya rasa untuk menenangkan tangisan anaknya itu. Surat yang sudah lunyai dan hampir hilang dakwatnya akibat titisan air matanya sendiri dipandang sayu. Sebak sungguh rasa hatinya menghadapi realiti pemergian Fathia, isteri tersayang meski sudah hampir sepuluh bulan arwah pergi meninggalkannya.
            “ Awak….” Zaki mendongak ke atas. Seraut wajah cemas menyapanya.
            “ Badan Iya panas la. Saya rasa kita kena hantar dia pergi klinik…” wajah isteri yang baru tiga bulan dinikahi itu Zaki pandang kosong.
            “ Zaki….” Yasmin bersimpuh di tepi Zaki. Lengan lelaki itu disentuh sekilas.
            “ Ha?” dan Zaki seolah-olah baru tersedar apabila terasa ada jemari sejuk yang menyentuh lengannya.
            “ Awak cakap apa tadi?” Zaki membetulkan duduknya. Kedua belah pipi dikesat kasar bagi menghilangkan sisa air matanya.
            “ Saya cakap badan Iya panas. Saya risau. Kita bawak dia pergi klinik?”
            “ Sekarang ke?” Yasmin angguk pantas.
            “ Okay, saya salin baju sekejap. Awak siapkan Iya…” perlahan Zaki bangun meninggalkan Yasmin terpinga di situ. Yasmin kalih ke tempat Zaki duduk tadi. Ada sepucuk surat yang ketinggalan. Diambil surat itu dengan kerutan di dahi.
            “ Ini surat saya!” namun tiba-tiba ada tangan yang merampasnya. Siapa lagi kalau bukan tangan Zaki.
            “ Eh sorry…” cepat-cepat Yasmin bangun.
            “ Awak baca?”
            “ Tak…” Yasmin menggeleng.
            “ It’s okay. Awak pergilah siap…” Yasmin angguk dan perlahan menuju ke bilik di mana Dalya, anak arwah Fathia bersama Zaki masih kuat menangis.
            Di dalam kereta, Zaki mencuri pandang ke arah Yasmin di tempat duduk sebelah. Lirikannya kemudian jatuh pada anak kesayangannya yang tenang di dalam pelukan kejap Yasmin. Tadi semasa di klinik, doktor memberitahu suhu badan Dalya meningkat. Anaknya demam panas dan sepanjang rawatan itu jugalah Yasmin tak pernah jauh dari sisi Dalya.
Terlayar di ingatan Zaki bagaimana tanpa disangka-sangka, dia telah berkongsi hidup dengan Yasmin. Perempuan yang langsung tidak pernah terlintas di benaknya untuk disunting sebagai isteri. Apatah lagi setelah dia mempunyai isteri sebaik dan sesempurna Fathia. Namun kenyataannya, umur Fathia ternyata tidak panjang.
Sepanjang proses kehamilan sehingga kelahiran Dalya anak sulung mereka, Fathia sihat-sihat sahaja. Malahan sewaktu umur Dalya menjangkau dua tahun, mereka dikejutkan dengan kehamilan Fathia untuk kali yang kedua. Sudah tentu Zaki merupakan orang yang paling gembira. Masakan tidak, hidupnya yang bahagia bersama Fathia dan Dalya, Zaki rasakan akan lebih berseri dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata.
Namun setiap apa yang diharap dan dirancang manusia tak semestinya akan tercapai dan terlaksana. Kerana berbanding kudrat manusia, ada kudrat YANG MAHA AGUNG, yang menjadi sebaik-baik perancang dan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNYA.
Semasa mengandungkan anak kedua mereka, Fathia tetap sihat seperti biasanya. Doktor juga mengesahkan yang bayi di dalam kandungannya sihat. Namun semasa ingin bersalin, Fathia mengalami tumpah darah. Pendarahan yang amat teruk itu meragut nyawa Fathia yang kehilangan banyak darah manakala bayi di dalam kandungannya yang tidak sempat dikeluarkan juga telah meninggal. Tragisnya pemergian Fathia bersama bayi di dalam kandungannya benar-benar mengejutkan semua orang terutama sekali Zaki.
 Sungguh! Hancur luluh hati Zaki saat melihat tubuh Fathia yang terbujur kaku dibaluti kain putih itu. Masih jelas raut wajah kaku itu di benaknya. Zaki merasa sangat terpukul dengan realiti itu. Bagaimana mungkin dia mampu berdiri sendiri membesarkan Dalya sedangkan anak  kecilnya itu masih memerlukan belaian seorang ibu?
Berminggu-minggu Zaki murung melalui hidupnya. Terkontang-kanting dengan anak kecilnya itu. Sehinggalah dia menemui sepucuk surat peninggalan arwah isterinya. Surat yang entah bila ditulis tanpa sepengetahuannya. Yang membawa kepada perkongsian hidupnya dengan teman baik arwah isterinya sendiri iaitu Yasmin.
Zaki tidak berfikir panjang. Setelah surat itu ditemui, dia bersemuka dengan Yasmin untuk menceritakan segalanya. Tanpa menunggu, dia melamar Yasmin dan dinikahi wanita itu kerana kasihnya yang melaut buat arwah Fathia. Zaki tidak mahu memandang mudah amanat arwah Fathia. Meski hatinya tidak pernah ada buat Yasmin, semuanya dia lakukan kerana cintanya yang tulus buat Fathia.
Zaki tidak ingin memikirkan tentang hatinya lagi. Tentang apa yang diinginkan dan apa yang diimpikan. Apa yang lebih penting bagi Zaki adalah Dalya dan amanat arwah isterinya agar Dalya dibesarkan oleh Yasmin apabila dia pergi terlebih dahulu.
 Zaki tidak sangka permintaan pelik isterinya beberapa hari sebelum melahirkan Dalya dulu bagaikan satu petanda. Fathia memintanya menjemput Yasmin menginap di rumah mereka. Fathia kata, dia mahu Yasmin ada bersamanya ketika dia melahirkan. Kerana Fathia mahu Yasmin dekat dengan bayinya. Mulanya Zaki pelik dan dia hanya menurut. Namun kini barulah Zaki sedar. Fathia bertindak begitu supaya dia dapat melepaskan Dalya dengan tenang kepada sahabat yang dipercayainya itu.
Zaki akui sepanjang tempoh berpantang semasa kelahiran Dalya dulu, Yasminlah sahabat yang setia berada di sisi isterinya itu. Zaki akui juga, Yasmin cukup rapat dengan Dalya. Sejak kecil anaknya itu dilatih menyapa Yasmin dengan panggilan Acik Min. Dalya membesarkan bersama kasih sayang Fathia dan Yasmin. Mungkin oleh sebab itulah, Fathia berani menitipkan Dalya di bawah penjagaan Yasmin.
“ Awak lampu merah tu!”
“ Ha?” Zaki terkejut dengan sergahan itu dan cepat-cepat dia menekan pedal brek. ALLAH!
Astaghfirullah…! Zaki meraup mukanya perlahan. Digosok-gosok dadanya yang sedikit terkejut dengan sergahan Yasmin tadi.
“ Awak kerap sangat termenung sekarang ni kenapa? Janganlah termenung masa tengah drive. Bahaya…” bicara tenang itu didengari Zaki bagaikan angin lalu.
“ Sorry ye….” Zaki menepuk-nepuk perlahan telapak tangan Yasmin yang kejap memegang lengannya itu. Yasmin hanya tersenyum.
“ Takpe…”
“ Awak lapar tak? Ada nak berhenti kat mana-mana? Beli makanan ke. Awak tak dinner tadi kan…” Zaki menoleh sekilas ke sisi. Dia maklum kerana sejak tadi petang Yasmin kalut mengurus Dalya. Sehinggakan lauk yang dimasaknya sendiri pun langsung tidak dijamah. Zaki merasa sangat terhutang budi pada Yasmin. Atas jasa dan kesudiannya untuk mengurus Dalya.
“ Takpelah, saya takde selera…” Yasmin menolak. Dikerling wajah suaminya di sisi. Meski wajah itu tetap dingin seperti biasa, namun Zaki cukup teliti menjaga keperluannya. Cuma jauh di lubuk hati Yasmin sedar, layanan Zaki padanya tidaklah semesra layanan Zaki pada arwah Fathia dulu. Yasmin menjadi saksi percintaan indah dan penuh barakah antara Zaki dan Fathia. Jadi dia tahu semuanya.
Jika dulu, Yasmin boleh lihat ada sinar cinta pada mata Zaki saat lelaki itu tekun mengurus Fathia. Penuh kelembutan dan kesabaran. Jelas terpancar sisi penyayang dan karisama lelaki itu yang Yasmin akui sangat dia kagumi. Namun kini, sinar dari bening mata itu tak dapat dilihat tika Zaki prihatin pada keperluan hidupnya. Bicara yang Yasmin tahu masih sama namun jiwa dan perasaannya jauh berbeza. Kadang-kala Yasmin merasa jauh hati.
Yasmin tahu sehingga kini Zaki masih merindui arwah Fathia. Yasmin tidak cemburu atau kecil hati kerana wanita sebaik Fathia memang wajar untuk dirindui. Sedangkan dia pun selalu merindui arwah Fathia, apatah lagi Zaki, yang menghabiskan hidupnya bertahun bersama Fathia? Pasti lebih berat penderitaan Zaki berbanding kerinduannya itu.
Yasmin cuma mampu berdoa di dalam hati, moga ada sedikit ruang di dalam hati Zaki untuk ditempatinya. Kerana yang benar, Yasmin mula menyayangi ikatan pernikahan ini. Punya Dalya dan ditemani Zaki bagaikan satu rahmat besar di dalam hidupnya.
Yasmin perlahan mengalihkan rambut ikalnya yang mula mengenai wajah Dalya yang sedang lena di ribaannya itu. Tidak mahu tidur si kecil terganggu setelah seharian menangis teruk akibat demam panas yang dialami.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            “ Iya tidur dengan papa ye sayang….”
“ Eh….” Yasmin mengejapkan dukungannya. Melarikan sedikit Dalya daripada diambil Zaki.
“ Dia dah lenyak sangat ni. Biar tidur dengan saya ye?”
“ Kesian awak, dari tadi siang dah jaga Iya. Biar saya jaga dia malam ni. Demam dia belum kebah lagi kan…” Zaki kasihan melihat muka Yasmin yang kelelahan.
“ Takpelah Zaki. Saya dah biasa tidur peluk Iya. Nanti malam kalau dia merengek cari saya macam mana?” Yasmin masih tetap dengan permintaannya itu. Zaki tarik nafas dalam.
“ Please…” lunak suara Yasmin meminta lagi.
“ Yelah…” Zaki memberikan segaris senyuman buat isterinya itu.
“ Nanti saya jenguk-jenguk dia tau. Awak jangan kunci pintu…” Yasmin angguk sekilas.
“ Good night sayang papa…” Zaki menyium perlahan pipi Dalya. Dan ciumannya kemudian jatuh ke dahi Yasmin. Lama.
“ Good night…” Zaki mengusap lembut kepala Yasmin.
“ Night…”
Yasmin kemudian memerhati Zaki memasuki biliknya sebelum dia masuk ke dalam biliknya sendiri. Bilik yang ditempati sejak tiga bulan dia sah menjadi isteri Zaki. Kenapa dia dan Zaki tidur berlainan kamar? Jangan ditanya kerana dia sendiri tak punya jawapan. Layanan Zaki cukup baik padanya cuma permintaan lelaki itu agar diberikan ruang padanya untuk menerima pernikahan ini Yasmin terima dengan hati yang terbuka. Yasmin fikir dari sisi yang positif. Bagi Yasmin, soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Kerana dia juga sebenarnya belum bersedia untuk duduk dan tinggal sebilik dengan bekas suami sahabatnya itu.
Sudahnya begitulah kisah dia dan Zaki. Mereka memilih untuk melalui pernikahan ini dengan santai dan lebih tenang. Kata Zaki, cerita yang mendatang tak usah dan tak perlu mereka rancang. Biar masa yang menjadi penyembuh luka hatinya ditinggal Fathia. Jadi, biar masa juga yang menentukan kisah pernikahan mereka. Semuanya memakan masa. Dan Yasmin cukup menghormati permintaan suaminya itu.
Zaki menolak daun pintu perlahan. Keadaan di dalam bilik itu gelap. Namun cahaya yang masuk membolehkan dia jelas memerhati Yasmin yang sedang lena tidur sambil memeluk Dalya erat. Zaki menarik nafas dalam. Dikerling jam di dinding sekilas. 3.30 pagi.
            Yasmin dan Dalya, Zaki dekati. Tangannya perlahan mengalihkan kain lembap yang menutupi dahi Dalya. Zaki tahu pasti Yasmin yang meletakkannya di situ. Oh..sudah tidak panas seperti tadi. Zaki tersenyum manis. Perlahan selimut yang meleret ke bawah dinaikkan sehingga ke atas. Menyelimuti seluruh tubuh Yasmin dan Dalya. Kemudian Zaki perlahan menutup daun pintu tersebut dan kembali ke biliknya. Sesudah mengambil wudu’, Zaki membentangkan sejadah.
            Lama Zaki di atas sejadah itu, membiarkan dirinya larut dalam kecintaan kepada ALLAH. Perlahan Zaki menoleh sekilas ke arah bingkai gambar yang tergantung di dalam biliknya itu. Wajah arwah Fathia yang tersenyum manis menyapa penglihatannya. Membuat Zaki dirundung kerinduan yang teramat. Jika dulu, Fathia lah yang akan mengejutkannya bangun pagi untuk qiam. Tapi sekarang dia terpaksa bangun sendiri. Yasmin jauh berbeza dengan arwah Fathia! Bagai langit dengan bumi.
            ALLAH! Zaki meraup mukanya perlahan. Menggigit bibir dan beristighfar kerana tanpa sedar dia telah membeza dan membandingkan Yasmin dengan arwah Fathia. Padahal kedua-duanya adalah isterinya!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            Masa kini…
Segala kisah hidupnya sepanjang lima tahun lalu bagaikan slide show yang tertayang di minda dan benaknya sendiri. Zaki hirup kopi panas buatannya perlahan.
            “ Pa….” Zaki menoleh.
            “ Ye sayang? Come…” Dalya kemudian duduk di ribaan Zaki.
            “ Don’t you miss Acik Min?” Zaki berkerutan. Patah bicara Dalya tak macam budak empat tahun! Semua atas didikan Makcik Yasminya itu.
            “ Kenapa? Iya rindu?” Zaki lihat anaknya mengangguk.
            “ Pa…Acik Min dah tak sayang Iya ke?”
            “ Kenapa Iya cakap macam tu?”
            “ Habis Acik Min dah lama tak tengok Iya. Iya nak dengar bedtime story Acik Min. Iya nak chocolate cake Acik Min….” Zaki lihat wajah Dalya begitu sendu. Bergenangan air mata anaknya itu.
            “ Syuhhh…sayang jangan nangis. Acik Min sayang Iya tau…” Zaki menarik Dalya erat ke dalam pelukannya.
            “ Papa janji, one day nanti papa bawa Iya jumpa Acik Min ye?”
            “ Janji?” berubah ceria wajah anak kecil itu.
            “ InsyaALLAH…” dan pipi Zaki kemudiannya dicium lembut oleh bibit comel anaknya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            “ Zaki ada datang lagi ke?” Yasmin mengangkat wajah.
            “ Mana kau tahu?” Suraya sengih sinis.
            “ Aku dah boleh teka bila tengok air muka kau ni. Kalau keruh semacam tak lain pasal Zaki lah tu….” Yasmin diam. Entah betul atau tidak apa yang dibebel sahabat baiknya ini.
            “ Dia datang petang semalam…” tanpa berselindung Yasmin bercerita.
            “ Sendiri?”
 Yasmin angguk.
            “ Dia tak bawak Iya ke? Kau kan dah rindu sangat dengan budak tu…” Yasmin tarik nafas dalam.
            “ Aku yang tak bagi dia bawak Iya datang..”
            “ Kenapa?” Suraya pelik.
            “ Aku takut aku tak boleh nak berdepan dengan kenyataan kalau aku tengok Iya…”
            “ Maksud kau?”
            “ Umur aku dah tak panjang Su. Aku takut kalau aku tengok Iya, aku tak sampai hati nak tinggalkan dia. Iya masih kecil Su. Dia pernah terkontang-kanting ditinggal arwah Fathia. Kesian dia kalau tahu aku pun akan menyusul ibu kandung dia nanti…” kelu lidah Suraya. Jernih sungguh hati seorang sahabat yang sudah cukup lama dikenalnya ini.
            “ Kau ni asyik cakap yang bukan-bukan aje. Soal maut tu urusan ALLAH, Min. Kau kena kuat…tetap berdoa. Jangan mudah menyerah macam ni…..”
            “ Aku tak menyerah Su. Aku cuma berusaha untuk redha dan terima apa saja ketentuan ALLAH untuk aku…” Suraya menggeleng perlahan. Sudah lelah menasihati Yasmin untuk tetap tegar melawan penyakitnya itu.
            “ Sayang sungguh kau pada Dalya tu ye?” Yasmin senyum segaris. Terbayang wajah comel itu dibenaknya.
            “ Dari kecil, tangan aku ni yang besarkan dia, jaga dia Su. Kalau kau hidup dengan Iya pun, mesti kau akan jatuh kasih…jatuh sayang pada dia. Dalya tu anak baik…dia comel sangat. Iya sama macam arwah Fathia…” Suraya tersenyum mendengar cerita Yasmin.
            “ Kau tak rasa ke yang Zaki kerap datang sini tengok kau sebab dia dah mula hargai dan sayangkan kau?” terbang pergi wajah comel Dalya bila Suraya mula membangkitkan soal Zaki. Lelaki yang masih sah menjadi suaminya itu.
            “ Jangan nak buat ceritalah Su…”
            “ Aku tak buat cerita Min. Berbulan kau senyap-senyap tinggalkan rumah Zaki, dia kerap hubungi aku untuk tahu keberadaan kau…”
            “ Mungkin dia nak tahu aku kat mana supaya senang nak hantar surat cerai kot…” Yasmin gelak seketika. Gelak yang begitu canggung di mata Suraya.
            “ Min…tak baik tau kau cakap macam tu. Zaki masih suami kau. Dan aku tak pernah pun bagitau dia kau buat rawatan kat hospital ni. Senyap-senyap je dia follow aku, sebab tu dia tahu…”
            “ Sejak dia follow kau tu lah, dia selalu datang sini…” Yasmin sedikit tidak senang. Namun takkan dia mahu menghalau orang yang sudi untuk melawat pesakit sepertinya ini?
            “ Mungkin dia nak berbaik dengan kau. Nak ajak kau kembali pada dia tak?”
Yasmin sengih sinis.
            “ Dia yang minta aku tinggalkan rumah dia, jadi untuk apa dia jilat ludah dia sendiri?”
            “ Apa?! Dia yang suruh kau keluar dari rumah tu?” 
Yasmin angguk.
            “ Kau tak pernah cerita pada aku pun?”
            “ Soal rumahtangga aku, takkan aku nak jaja pada orang Su…”
            “ Habis kenapa sekarang kau cerita pulak?” sungguh Suraya pening dengan jalan fikiran Yasmin.
            “ Supaya kau tahu dan tak terus buat andaian yang bukan-bukan..”
            “ Aku mintak maaf Min. Aku tak tahu…” Suraya genggam erat jemari Yasmin.
            “ Takde apa lah Su…”
            “ Kenapa dia mintak kau tinggalkan rumah dia?”
Yasmin tarik nafas dalam sebaik mendengar soalan itu.
            “ Zaki sebenarnya seorang suami yang baik sangat. Sepanjang dua tahun aku hidup dengan dia, tak pernah pun dia berkasar pada aku. Dia sediakan segalanya cukup serba-serbi. Tapi tu lah…dia hanya akan berbual dan bercakap dengan aku tentang Iya…tentang hal rumah…urusan kerja dan kewangan. Selebihnya pasal aku, dia langsung tak ambil tahu…” kesiannya kau Min. Hati Suraya terdetik hiba namun untuk diluahkan di bibir, dia tak sampai hati.
            “ Cinta Zaki begitu kukuh dan sejati untuk arwah Fathia. Aku tak pernah berpeluang walau sikit pun untuk curik perhatian Zaki. Kasih dia…sayang dia..cinta dia…hati dia…semua untuk arwah Fathia…”
            “ Dan disebabkan benda tu semua lah, dia kata dia tak sanggup nak khianati amanah arwah Fathia supaya dia berkahwin dengan aku. Dia kata kalau dia tinggalkan aku..sama macam dia khianati janji dia pada arwah Fathia. Sebab tu, dia mintak dengan cara baik, untuk aku sendiri yang keluar dan tinggalkan rumah dia. Dia nak aku yang pergi jauh tinggalkan dia dan Iya…sebelum Iya terlalu sayang dan tak boleh nak berpisah dengan aku…”
            “ Tabahnya hati kau Min…” Suraya begitu kagum dengan sahabatnya itu.
            “ Hati aku bukan tabah Su. Tapi hati aku dah luluh teruk. Aku dah tak rasa apa bila Zaki mintak macam tu. Sebab tu aku terus angkat kaki senyap-senyap keluar dari situ. Biarlah aku berdiri atas kaki aku sendiri walaupun tempang. Aku dah penat menagih kasih pada suami sendiri. Mengharap cinta pada orang yang tak pernah sudi nak memberi….”
            “ Kau jangan sedih ye Min? Aku selalu ada dengan kau. Aku sayang kau tau, kau kena ingat tu…”
            “ Aku tahu…kau memang sahabat sejati aku dari dulu kan. Sama macam arwah Fathia….”
            “ Kita bertiga membesar bersama kat rumah anak yatim tu. Kita sama-sama sebatang kara dalam dunia ni. Kita kongsi semua kisah sedih kita. Tapi aku tak sangka Fathia akan tinggalkan kita secepat ni…” ada sendu di hujung bicara Suraya.
            “ Dan lepas ni, aku pulak yang akan tinggalkan kau…”
            “ Min! Kau janganlah cakap macam ni. Kau jangan tinggalkan aku…” tegak batang tubuh Suraya tiba-tiba
            “ Hei…janganlah nangis. Isy…leleh pulak kau ni!” Yasmin menepuk perlahan lengan sahabatnya itu.
            “ Habis…kau suka sangat cakap pasal mati…”
            “ Semua orang kena ingat mati selalu tau. Kau pun sama…” sudahnya Yasmin dan Suraya sama-sama tertawa bahagia.
            “ Habis kau rasa kenapa agaknya Zaki kerap jenguk kau kat sini? Kan kau kata dia tak pernah sayangkan kau?”
            “ Entah!” Yasmin angkat bahu.
            “ Mungkin dia simpati dan kesian pada aku kot. Maklumlah aku kan anak yatim piatu dalam dunia ni. Sama macam arwah Fathia dan kau. Aku rasa tak lebih daripada tu…” sungging senyum di bibir Suraya mendengar bicara hati sahabatnya itu.
            “ Kau sayang dan cintakan Zaki?” Yasmin kalih wajah mendengar pertanyaan itu.
            “ Aku sayang dan cintakan suami aku…” Suraya mengelus lembut belakang badan Yasmin. Meski berkias, Suraya mengerti yang Yasmin memang sayang dan cintakan Zaki sesungguhnya. Bukan sekadar atas rasa tanggungjawabnya untuk membesarkan Dalya seperti mana yang diamanahkan oleh arwah Fathia.
            Zaki terduduk di bangku itu. Lelah menahan sebak di dadanya sendiri. YA ALLAH…!
Tanpa sepengetahuan Yasmin dan Suraya, sebenarnya sejak tadi Zaki bersembunyi di balik pokok dan mencuri dengar perbualan mereka berdua.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            “ Encik ni siapa?”
            “ Saya Zaki Fakrullah. Suami Puan Yasmin…”
            “ Oohh…” Doktor Shima menangguk perlahan.
            “ Jadi, boleh saya tahu apa sebenarnya penyakit isteri saya?”
            “ Puan Yasmin tak pernah cerita?” lama Zaki menyepi sebelum kemudiannya dia menggeleng perlahan.
            “ Sebenarnya tak beretika kalau saya dedahkan maklumat dan rahsia patient saya…”
            “ Tapi saya suami dia, saya kena dan perlu tahu! Tolonglah saya doktor…” Zaki berusaha meyakinkan doktor yang merawat Yasmin itu. Daripada Suraya, Zaki meminta untuk diberitahu nama doktor yang merawat Yasmin. Kerana Zaki mulai yakin dan sedar, dia perlu melakukan sesuatu!
            “ Baiklah, macam ni ye Encik Zaki. Sebagai doktor yang merawat dia, saya rasa perlu sangat untuk saya ceritakan keadaan sebenar Puan Yasmin lebih-lebih kepada suaminya…”
            “ Kenapa serius sangat ni doktor?” jantung Zaki mula berdetak hebat.
            “ Serius sangat tapi Puan Yasmin nampak macam tak serius nak rawat penyakit dia. Dia seolah hanya berserah…pasrah dan redha sedangkan sebagai manusia kita masih punya usaha semampu kita untuk mengawal keadaan…”
            “ Doktor can you just straight forward?” Doktor Shima tersenyum. Jelas murung dan resah wajah seorang suami di depan matanya ini.
            “ Encik Zaki tahu tak yang Puan Yasmin sebenarnya hidup hanya dengan sebelah buah pinggang saja selama ni?”
            “ Ha?” terlopong mulut Zaki mendengarnya. Apa? Yasmin cuma ada satu buah pinggang? Dia tak pernah tahu pun!
            “ Saya tak pernah tahu doktor…” Zaki kalut! Hatinya resah.
            “ Saya dah merawat Puan Yasmin sejak lama dulu. Saya rasa sebelum dia berkahwin lagi sebab sekarang baru saya kenal siapa suami dia. Dipendekkan cerita, beberapa tahun yang lalu kami dapat mengesan kecacatan kongenital pada struktur buah pinggang Puan Yasmin atau kita panggil buah pinggang dysplastik. Kecacatan ni telah menyebabkan sebelah buah pinggang Puan Yasmin terjejas jadi kami bertindak mengeluarkannya. Yang tinggal sampai sekarang hanyalah sebelah lagi buah pinggang Puan Yasmin yang bertindak mengambil alih semua fungsi buah pinggang untuk menapis darah….” Zaki sedikit blur mendengarkan penjelasan panjang lebar doktor wanita tersebut.
            “ Jadi, apa masalahnya sekarang?”
            “ Manusia sebenarnya boleh hidup dengan sebelah buah pinggang saja. Tapi apa yang lebih parah dan mendukacitakan, melalui medical check up yang dijalani Puan Yasmin baru-baru ni, kami dapati terdapatnya jangkitan pada sebelah lagi buah pinggang Puan Yasmin yang tinggal tu…”
            “ Jangkitan? Teruk ke?”
            Anggukan Doktor Shima menyebabkan lutut Zaki menggeletar. Mujur dia tidak mendengar perkhabaran ini dalam keadaan berdiri. Kalau tak dia rasa dia dah lama tumbang!
            “ Jangkitan tu menyebabkan radang pada membran buah pinggang Puan Yasmin. Senang cerita, apa yang boleh saya katakan sebelah buah pinggang Puan Yasmin yang tinggal tu juga telah kehilangan fungsinya untuk menapis bahan buangan di dalam darah…”
            “ ALLAH!” Zaki mencengkam erat bucu meja doktor itu. Dunianya dirasakan kelam tiba-tiba. Kenapa begitu besar dugaan hidupnya? Dulu dia telah kehilangan Fathia, tak kan kini ALLAH ingin tarik juga Yasmin daripada hidupnya? Lama Zaki larut dalam dunianya sendiri sebelum dia kembali mengangkat kepala memandang doktor wanita tersebut.
            “ Doktor…ada jalan ke untuk kita selamatkan isteri saya?”
            “ Ada…” doktor itu mengangguk yakin.
            “ Macam mana?”
            “ Hanya ada satu cara saja. Melalui pemindahan buah pinggang yang baru daripada mana-mana penderma yang sudi mendermakan sebelah buah pinggangnya yang sihat kepada Puan Yasmin…”
            “ Pemindahan buah pinggang?”
***********************************************************************************
HitamKuning HitamKuning!! Semangat menanti match ptg ni. Go go go Harimau Mudaaaaa! *eh? ttibe!*

5 comments:

Anonymous said...

sedihnya....

sambung cpt2 cik writer..!

kak nora said...

alahai sedihnya...harap zaki sudi berkorban dermakan satu buah pinggang dia untuk min..zaki buktikan hang tu pun sygkan min..

Anonymous said...

sedihnya.... huhu cepat sambung

MaY_LiN said...

alahai..
sedihnya..
napa zaki cenggini..
xsuka la

saadiah~~ said...

huhuhu..sedihnyer..meleleh air mata tau...:(

Post a Comment