Yasmin menoleh dan kelihatan wajah Zaki yang masih
keletihan sedang berjalan perlahan mendekatinya. Jam di dinding Yasmin kerling
sekilas. Tepat 9.35 malam. Pasti banyak kerja lelaki itu di pejabat sehingga
dia terpaksa pulang malam.
“ Awak dah makan?” Yasmin mencari jemari Zaki dan dicium
lembut seperti selalu.
“ Dah. Tadi dengan officemate. Awak?”
“ I’m on diet…” Zaki tersenyum melihat kenyitan mata
Yasmin.
“ Dah keding macam ni nak diet apa nya lagi?”
“ Saya dah gemuk lah…” Yasmin memuncungkan bibirnya.
“ Awak ni sebenarnya ada distortion body image tau tak?
Orang macam ni biasanya bila kurus pun dia rasa diri dia gemuk. Awak lah tu…”
“ Isy!” Yasmin menjeling manja. Sejak Zaki semakin baik
padanya, lelaki ini kerap menyakitkan hatinya dengan usikan-usikan sebegitu.
Makin hari, Yasmin makin lali. Malahan kalau sehari dia tak dengar giat Zaki,
dia jadi rindu. Aduh..ini masalah besar!
“ Tapi saya tak suka lah awak kurus sangat. Saya nak
peluk isteri bukan tiang berdiri..”
“ Amboii!”
Zaki tersengih dengan usikan nakalnya sendiri.
“ Na…kidding
la. Iya mana?”
“ Dah tidur…”
“ Okay…that’s
sounds good!”
“ Pardon?”
“ Nope…nothing…”
Lama Zaki di dalam bilik air sebelum dia kembali dan
mengesan raut wajah isterinya yang sedang termenung di hadapan cermin.
“ Fikir apa pulak tu?”
“ Takde apa…” Yasmin menggeleng dengan senyuman dan
kembali menghadap cermin di meja soleknya. Zaki merenung isterinya yang ralit
bersama selendang di tangan. Dia nampak Yasmin bersungguh melilit selendang
itu. Berulang-kali tanpa henti.
“ Awak nak pergi mana dengan shawl macam ni?” terhenti
pergerakan Yasmin seketika.
“ Takde mana pun…” Zaki yang tidak berpuas hati semakin
mendekat. Tuala yang digunakan untuk mengesat rambutnya yang masih basah sempat
dicampak ke atas katil.
“
Cantik tak?” Yasmin pantas berpaling menghadap ke arah Zaki setelah selendang
tersebut siap dililit. Zaki tersenyum manis melihat gelagat Yasmin itu.
“
Siapa ajar lilit-lilit ni?”
“
Youtube….”
“
Youtube…??” Zaki tergelak lagi.
“
Kenapa…??” Yasmin blur.
“
Terpengaruh sangat kan…” Zaki memerli Yasmin. Dan muncung Yasmin apa lagi.
Panjang sedepa kerana terasa dengan bicara Zaki.
“
Saya cuma nak belajar pakai tudung je. Nak belajar tutup aurat untuk
awak….bukan terpengaruh dengan orang-orang kat luar sana tu….” perlahan Yasmin
cuba meleraikan lilitan tersebut. Tawar hatinya kerana Zaki langsung tak
menunjukkan reaksi yang positif.
“
Hei…merajuk pulak dia….” Zaki mencapai jemari Yasmin yang masih kejap memegang
selendang. Tak jadi Yasmin melerai lilitan tersebut.
“
Mana ada saya merajuk. Kalau merajuk pun tak guna kan. Bukan ada orang nak
pujuk saya…”
“
Min…” Zaki memegang kejap kedua belah lengan Yasmin.
“
Suami mana tak gembira kalau isteri yang dia sayang mula belajar nak tutup
aurat. Suami gila je yang suka tayang isteri dia kat orang ramai tau….” Yasmin
masih diam.
“
Tapi niat awak kena betul. Jangan pakai tudung sebab saya….jangan berubah
tentang hal-hal agama ni sebab saya. Saya ni siapa? Saya bukan siapa-siapa.
Esok lusa kalau saya takde macam mana? Tudung awak pun terbang sekali, macam
tu?” Yasmin menjeling Zaki sekilas.
“
Berubah lah kerana ALLAH. Buat semua ni untuk DIA bukan untuk saya…urm..??”
Yasmin
menelan air liurnya kelat. Nafas yang panjang cuba ditarik.
“
Min…..”
“
Ye….saya faham….” Zaki tersenyum lebar. Kemudian bibirnya didaratkan lama pada
dahi Yasmin.
“
Kesian awak dapat isteri macam saya kan? Saya tak baik macam Thia. Thia isteri yang
cukup sempurna untuk awak.….” sayu bicara Yasmin seketika, menahan matanya yang
tiba-tiba sahaja panas mengenangkan kekurangan diri.
“
Min...kenapa cakap macam ni?” perlahan Zaki menarik Yasmin kejap ke dalam
pelukannya. Rapat dan dia mengelus batang tubuh Yasmin yang sudah mula
tersedu-sedan tanpa diduga.
“
Min…saya akui Thia memang isteri yang baik. Tiada pengganti untuk dia dalam hidup
saya. Perginya dia merentap seluruh kekuatan saya tapi kehadiran awak satu
anugerah buat saya. Awak pelengkap hidup saya Yasmin. Awak tak kurang apa-apa
malah kehadiran awak mengajar saya supaya jangan terlalu mencari kesempurnaan…”
“
Apa maksud awak…?”
“
Saya mengaku, awal dulu saya tak dapat terima awak sebab saya rasa Thia sajalah
wanita yang sesuai sebagai isteri saya. Saya rasa dia dah cukup sempurna…baik
dari segi agamanya..tingkah-lakunya…tutur-katanya. Sejak kecil saya dibesarkan
dalam environment Islam yang masih kuat macam kat Makkah tu…for sure saya
mengimpikan seorang isteri seperti srikandi-srikandi Islam yang selalu
diceritakan pada saya…”
“
Tapi akhirnya awak dengan saya. Mesti masa kita kenal mula-mula dulu awak tak
pernah terlintas akan berkahwin dengan saya…kan?”
“
Hei….” Zaki pandang anak mata Yasmin lama. Dalam dan penuh dengan rasa kasih
yang kian menggebu.
“
Saya tak nak dengar lagi awak ungkit cerita dulu. Saya mengaku salah saya,
silap saya dan saya nak kita bina hidup baru. Min…awak dah buat saya jatuh
kasih, mula sayang pada awak. Jadi, awak jangan harap dapat lepas dari saya
kali ni!” Yasmin memalingkan wajahnya ke sisi.
“
Tutup cerita-cerita melankolik awak tu. Saya tak pernah ada rasa nak banding-bandingkan
awak dengan arwah Thia …”
“
Ye ke?” Yasmin tatap anak mata Zaki lama.
“
To be frank, yes I am. Tapi itu
dulu…sekarang tak lagi, sayang…”
Yasmin
mengukir senyum segaris. Entah ikhlas entahkan tidak. Namun dia cuba menerima
realiti yang sedang terbentang di matanya kini.
“
Awak masih ingat kata-kata saya hari tu kan?”
Zaki
mengangguk perlahan.
“
Saya tahu. Tapi saya akan pastikan awak tarik balik kata-kata awak..”
“
Jangan terlalu yakin…” Yasmin buat muka sinis.
“
Saya tak yakin dengan diri saya tapi saya yakin dengan awak…”
“
Maksudnya…?” Yasmin pelik.
“
Jauh di dalam lubuk hati awak, sebenarnya awak sayangkan saya, kan?” Yasmin
menelan air liur kelat. Mamat ni ada guna bomoh ke apa?!
“
Mana ada!”
“
Jangan bohong Min…”
“
Perasan!”
“
Cuba awak bersikap jujur, terbuka…takpe saya terima kalau awak cakap awak
sebenarnya sayang dekat saya…” Zaki menjungkitkan keningnya beberapa kali.
“
Ei…susah lah cakap dengan awak ni…” Yasmin menolak tubuh tegap Zaki menjauh.
“
Ha nak pergi mana?” cepat-cepat Zaki menarik pergelangan tangan Yasmin.
“
Urm...te…ngok Iya…” tergagap-gagap Yasmin menjawab. Sengihan sinis menghiasi
bibir Zaki.
“
Awak ni manjakan Iya sangat lah. Sikit-sikit Iya. Iya itu, Iya ini. Cuba awak
try manjakan saya pulak…” tersentak Yasmin tiba-tiba. Ouhh serius dia dah tak
sanggup nak berlama-lama dengan lelaki ini. Dia takut rasa cintanya semakin
melimpah-ruah terhadap Zaki. Sedangkan saat lelaki itu beku hidup dengannya
dulu dia sudah jatuh sayang, apatah lagi kini saat lelaki itu mula menumpahkan
sepenuh perhatian terhadap dirinya. Aduii…masak!
“
Awak ni dah tua ganyut, buat apa saya nak manjakan awak…takde apa-apa faedah
tau tak?”
“
Are you sure?”
“
Urm…sure..” Zaki tergelak lagi.
“
Jom…sambung belajar lilit shawl. Tak
payah youtube sayang oii. Biar saya je yang ajar awak. Come..”
“
Awak pandai ke?” Yasmin membuat muka meski dia hanya membiar Zaki menariknya
mendekat.
“
Expert gile! I’ll prove it...wait a minute ha...” Yasmin tersengih lebar.
Dia
hanya memerhati Zaki membelek-belek beberapa helaian selendang di atas katil.
Banyak yang Zaki campakkan ke tepi sebelum akhirnya tangan kasar itu membawa
sehelai Pashmina mendekatinya.
“
Yang lain tu semua awak boleh buang tak pun buat ikat sampah je ye..?”
“
But why?” Yasmin terkejut. Ni nak
bantu ke nak condemn? Kalau tak
cantik pun tak payah lah kutuk. Hati Yasmin membentak dalam diam.
“
Yang tu semua J-A-R-A-N-G. Jarang!” kelu bicara Yasmin tiba-tiba mendengar Zaki
mengeja satu huruf demi satu huruf. Matanya melirik selendang-selendang yang
dibiarkan Zaki tadi. Yasmin akui selendang itu semuanya nipis-nipis belaka.
“
Selendang macam tu kalau awak pakai pun still
nampak leher. Saya tak suka macam tu. Nak buat apa? Baik tak payah pakai
langsung...auchh!”
Zaki
menggosok-gosok lengannya yang ditampar Yasmin.
“
Awak peril saya ek? Saya baru beli semua tu tau! Membazir je…”
“
Eleh..takde mana membazirnya. Saya belikan awak lagi selori. Tapi bukan awak
yang pilih, biar saya pilih…” Yasmin menjeling Zaki yang sedang lancar melilit
selendang di kepalanya.
“
Ha buat muka. Saya ni nasihat. Nasihat. Faham tak? Kalau awak rasa nak ikut
awak ikutlah…”
“
Ei, guna kuasa veto pulak. Memanglah kita ikut dah kita sayang kat dia…”
“
See?!” Yasmin terkejut apabila Zaki
tiba-tiba menyergahnya.
“
Kan saya suruh mengaku kalau awak sayang saya tadi kan?” erk?? Bukan aku cakap
sendiri ke tadi? Macam mana dia boleh…
“
Jom pergi cermin…” tanpa sempat Yasmin berfikir, Zaki menolaknya mendekati
cermin. Lelaki itu kini sedang berdiri betul-betul di belakangnya.
“
Cantik isteri saya ni…” kedengaran luhur bicara Zaki menampar gegendang telinga
Yasmin.
Yasmin
sendiri cukup terkejut melihat penampilan dirinya di hadapan cermin. Dengan
hijab labuh yang menutupi hampir separuh tubuhnya. Tiba-tiba rasa tenang
mengalir di dalam hatinya. Dia dapat melihat jernih wajah seorang Yasmin yang
sedang dipantulkan di hadapan matanya kini. Cukup berbeza dengan penampilan
Yasmin yang dulu.
“
Suka tak?” Zaki kembali membetulkan selendang di tubuh Yasmin. Dia lihat lama
Yasmin terdiam tanpa bicara.
“
Hei…” Zaki mengusap lembut pipi Yasmin.
“
Ha…?”
“
Saya tanya awak suka tak. Senyap je ni? Nak protes tapi tak sampai hati ke?”
“
Isy…!” Yasmin menolak tubuh Zaki kasar.
“
Saya suka…cantik….” Zaki tersenyum lebar mendengar Yasmin memuji kecantikan
diri sendiri. Cehh!
“
Kalau nak pakai tudung, awak kena labuhkan tudung awak menutupi apa yang
sepatutnya ditutup. Faham?” Yasmin tersenyum kecil.
“
Apa yang sepatutnya…maksud awak?”
“
Awak tak faham ke?” gelengan Yasmin membuat Zaki terpinga-pinga.
“
Apa yang sepatutnya menjadi hak seorang suami…” Zaki tatap anak mata Yasmin
dalam. Kononnya mahu Yasmin memahami kiasan bicaranya.
“
Ohh..hak seorang suami…” Yasmin mengangguk berkali-kali. Dia faham benar apa
yang dimaksud Zaki namun sengaja dia ingin menduga hati lelaki itu.
“
Tapi selama ni, awak tak pernah tunjuk pun yang awak ni sebenarnya ada hak ke
atas saya…” kali ini butir bicara Yasmin membuat Zaki betul-betul terdiam. Kelu
lidahnya untuk berkata-kata. Terpukul dan rasa tersindir. Benar…selama ini dia
memang tidak pernah memperlakukan Yasmin selayaknya sebagai seorang isteri. Zaki
mengaku!
“
Takpelah…thanks for the tutorial by the
way. Saya nak pergi tengok Iya…” perlahan Yasmin melerai selendang
dikepalanya dan berlalu meninggalkan Zaki yang masih kaku di situ.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zaki pandang sekujur tubuh itu lama. Yasmin tertidur
dalam keadaan duduk di tepi katil. Anak kecillnya yang sedang pulas tidur di
atas katil kecil pula diperhati. Sejak bilik itu diubahsuai, tiada lagi ruang
untuk Yasmin menumpang tidur di situ. Katilnya sudah ditukar, ruang juga semakin
sempit dipenuhi rak-rak buku milik Dalya. Memang sengaja Zaki bertindak
sebegitu agar Yasmin tidak mempunyai pilihan lain.
Jauh di sudut hati Zaki dapat merasakan kesukaran untuk
dia memilik hati Yasmin. Meski isterinya itu sentiasa setia di sisi, namun
seakan ada parut yang bernanah di hati Yasmin. Zaki yakin parut itu
meninggalkan kesan luka yang dalam sehingga sukar untuk dia merawat luka itu.
Zaki
menarik nafas berat, dia tahu dia tidak boleh berputus asa. Dia sudah
menyia-nyiakan hidup isterinya itu selama beberapa tahun. Dia tidak mahu Yasmin
terus jauh darinya.
“
Min….” Zaki mengelus bahu Yasmin perlahan. Takut nada suaranya mengejutkan
tidur si anak.
“
Min….” kali ini Zaki menarik juntaian rambut yang menutupi dahi Yasmin.
Isterinya itu kemudian tersedar perlahan menggosok mata dan lehernya yang sakit
kerana tidur dalam keadaan duduk.
“
Kenapa tidur sini? Sakit badan ni nanti. Jom…tidur kat bilik kita….” Zaki
menarik lengan Yasmin namun ditahan isterinya itu seketika.
“
Saya tak biasa lah tidur bilik awak. Tak selesa. Saya dah biasa tidur sini.
Biarlah saya temankan Iya ye?” dalam keadaan mamai masih juga Yasmin berusaha
menjawab.
“
Sempit katil Iya ni, awak nak tidur kat mana?” Zaki sedikit bengang dengan
tindakan-tindakan pelik Yasmin semata-mata untuk menjauhkan diri darinya.
“
Takpe...saya boleh tidur macam ni je…” perlahan Yasmin ingin menjatuhkan semula
kepalanya namun ditahan oleh cengkaman kuat Zaki pada lengannya.
“
Awak ni kenapa mengada sangat?” nada suara Zaki yang tegas membuat anak mata
Yasmin tiba-tiba menjadi cerah.
“
Saya bukan….”
“
Saya cakap masuk bilik kita sekarang, apa yang susah sangat? Awak nak saya
merayu-rayu dulu, baru awak nak tidur sebilik dengan saya?”
“
Tak…bukan macam tu…” Yasmin menggeleng kepalanya perlahan. Sungguh bukan itu
maksudnya.
“
Dah tu? Jangan nak buat perangai boleh tak? Awak jangan buat saya hilang sabar.
Saya dah cukup berlembut dengan awak Min…”
“
Zaki…kenapa tiba-tiba awak nak ma…”
Tiba-tiba
Zaki dan Yasmin dikejutkan dengan tangisan Dalya.
“
Sayang…” perlahan Yasmin mendekati Dalya. Diusap-usap dahi anak kecil itu yang
sedang berpeluh. Pasti Dalya sedang bermimpi buruk kerana pantas saja tangan
anak kecil itu memeluk lehernya erat dengan esakan kecil meski anak matanya
masih terpejam rapat.
“
Syuhh…Acik Min ada sini…” Yasmin menepuk-nepuk paha Dalya perlahan.
“
Tidur ye sayang…” dia masih berusaha mendodoi Dalya meski dia sedar anak mata
Zaki masih tidak lepas daripada memandangnya.
“
Awak pergilah tidur dulu. Saya nak tidurkan Iya sekejap. Nanti saya tidur sana…”
dalam keadaan cuak, bagaikan mahu tidak mahu saja Yasmin memandang anak mata
Zaki. Gerun dia dengan perangai Zaki yang tiba-tiba sahaja bagaikan sedang
memarahinya.
Perlahan
Zaki mendaratkan ciuman di pipi mulus anaknya sebelum dia berlalu pergi dengan
seribu satu rasa yang bercampur baur di dalam hati.
Di
dalam biliknya, Zaki masih tidak boleh melelapkan mata. Dia masih menanti
Yasmin. Dia ingin melihat sama ada Yasmin akan mengotakan kata-katanya atau
tidak. Lama dia menanti sehinggalah dia mendengar bunyi kuakan pintu menandakan
Yasmin sudah siap menidurkan Dalya. Cepat-cepat Zaki memejam mata takut Yasmin
mengetahui yang dia masuh belum tidur meskipun bilik itu sudah gelap dan hanya
diterangi oleh lampu tidur.
Dengan
penuh berhati-hati, Yasmin menghampiri Zaki di atas katil. Dia tidak terus
baring tetapi duduk bersimpuh memerhati Zaki yang sudah tertidur itu. Yasmin
memandang tenang wajah suaminya itu yang sedang tidur menelentang dengan
perasaan yang sukar untuk dimengertikan. Apa sebenarnya perasaan Zaki
terhadapnya? Baru sekejap lelaki itu mengaku sayang dan inginkan dia membuka
ruang untuk perhubungan mereka namun sekelip mata itu juga lelaki itu sesuka
hati membentaknya.
Adakah
aku nampak terlalu keras seperti menolaknya sehinggakan dia terasa hati?
Yasmin
mencapai anak jari Zaki perlahan-lahan. Dia takut lelaki itu terjaga.
“
Awak…saya mintak maaf….” Yasmin tunduk mencium tangan Zaki meski dia sedar Zaki
tidak mendengar ucapan maafnya itu.
Tersentuh
hati Zaki melihat perilaku Yasmin. Hilang terus rasa marah di dalam hati
melihat keluhuran hati Yasmin padanya.
Apa
yang aku dah buat ni? Zaki mengutuk diri atas sikapnya yang terburu-buru. Zaki
dapat merasakan Yasmin mula berbaring di sisi. Isterinya itu tidur mengiring
mengadapnya sambil lengannya dipeluk erat oleh Yasmin.
“
Good night…” ditambah dengan ciuman
Yasmin pada pipinya, hati Zaki semakin dihimpit rasa bersalah. Lama Zaki
membiarkan Yasmin tertidur sebelum dia berani berpaling dan memeluk erat Yasmin
di sisi.
I’m so sorry
sayang….Zaki mengucapkannya di dalam hati dan dia dapat merasakan Yasmin
membalas pelukannya erat meski isterinya itu kelihatan sudah begitu lena.
Meski
pelukannya erat, Zaki masih tidak mampu melelapkan mata. Tengiang-ngiang bicara
seorang lelaki yang menelefon isterinya tadi sehingga rasa marahnya membuak
secara tiba-tiba.
Ketika
Yasmin keluar meminta izin untuk melihat Dalya tadi, telefon bimbit isterinya
itu berbunyi dengan pemanggil tanpa nama. Cepat sahaja Zaki mengangkat panggilan
dan tanpa salam kedengaran suara garau seorang lelaki di hujung talian.
“Yasmin, is that you Min? Iqram’s
here. Iq dah balik Min. Iq dah kembali ke Malaysia untuk Min dan Iq masih sayangkan
Min….”
“ Min…?”
“ Min masih dengan suami arwah Fathia?
Sudahlah Min...keluarlah daripada hidup mereka dan kembali pada Iq….
****************************************************************************
****************************************************************************
am preety sure semua akan dok marahhh oii apesal dah setengahhh tahun berlalu baru nak update ni? puihhh! huuu so sorry my bad! otak jam. takde kesempatan masa. it can't be help! :')
i have changed it from cerpen to mini novel pasal tetiba rasa panjang. sorry once again and i love you! yaa its tou :)
i have changed it from cerpen to mini novel pasal tetiba rasa panjang. sorry once again and i love you! yaa its tou :)
7 comments:
finally, ader gak sambungan..hehe..
eh, lupe nk tny..namamu terpahat dihati ape jadik ek??lama dh tng..huhuhu..
akhirnya!!! thanks cik penulis.. sayang awk lebih la pas ni.. hahaha :D
ppepun best! cpt2 smbg ek ;)
=zinnirah=
Lamanya baru sambung....
x pa janji ada kk..
good luck Zaki.... ambil hati perlahan lahan ok....
tau xpe!!..nseb baek n3 pnjg,lau x....
akhirnya....lma dah tunggu...best3...
cpat smbung tau...=D
Casino City Hotel, Las Vegas - Garrison International
Located 안전 사이트 on the famous strip between Downtown Las 솔레어 Vegas 더굿 토토 and Downtown Las Vegas, Casino City 스포츠 토토 라이브 스코어 Hotel offers an elegant atmosphere, Dec 31, 유로스타사이트 2021 · Uploaded by Goyang Casino
Post a Comment