PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Tuesday, July 31, 2012

Mini Novel : Setia Ku Di Sini (5)


Yasmin melangkah laju di sebalik deretan pakaian di kedai itu. Kelibat seorang lelaki berbaju dan bertopi hitam yang sedari tadi mengekorinya membuat Yasmin betul-betul cuak. Telefon bimbit di dalam beg tangan dicapai dan nombor suaminya pantas didail. Dengan langkah yang semakin laju Yasmin resah kerana taliannya tidak bersambut di hujung sana.

“ ALLAH…mana dia ni? Takkan meeting petang-petang hari ni….”

Yasmin mencuba sekali lagi namun Zaki masih tidak menjawab pangilannya. Dia berpaling dan lelaki itu masih juga mengekorinya membuat Yasmin bertambah risau. Dia menghampiri kawasan yang lebih terbuka dan terdapat ramai orang kerana Yasmin yakin lelaki itu tidak akan mengganggunya di khalayak ramai. 

Sebaik tiba di jalan raya Yasmin cepat-cepat menahan sebuah teksi.

“ Nak ke mana cik?”

“ Pakcik, cepat jalan pakcik….”

“ Ha?”

“ Cepat pakcik…cepat!!”

Pemandu teksi itu yang masih terpinga-pinga memandu tanpa arah tujuan. Dia perasan raut wajah penumpangnya yang keresahan.

Yasmin masih tertoleh ke belakang namun kelibat lelaki itu sudah tidak kelihatan.

“ Cik ni nak ke mana sebenarnya ni? Cik tak apa-apa?”

Yasmin mengesat wajahnya yang mula berpeluh. Dadanya berdabar-debar. Hinggakan dia tidak mampu berfikir dalam keadaan tenang. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. 

“ Assalamualaikum Min…”

“ Zaki…” Yasmin rasa macam nak menangis di situ juga. Dia benar-benar ketakutan.

“ Kenapa call saya banyak kali? Min ada kat mana ni?”

Zaki dapat mengesan kelainan pada nada suara isterinya.

“Awak…saya takut…”

            Takut?

            “ Relaks Min…tarik nafas dalam-dalam. Jangan takut. Cuba awak cakap awak ada kat mana?”

          Di dalam kekalutan Yasmin menceritakan bagaimana dia diekori sepanjang perjalanan daripada rumah ke kompleks membeli belah itu. Dan perkhabaran itu turut membuat jantung Zaki berdegup tanpa henti.

           “ Bagi telefon awak pada pakcik teksi tu…” tanpa berfikir Yasmin melakukan apa yang disuruh Zaki. Yasmin menanti sebelum pemandu tersebut menyerahkan kembali telefon bimbitnya.

            “ Awak duduk je dalam teksi tu diam-diam. Saya tunggu awak kat sini…”

            Yasmin tidak tahu ke mana arah tujunya. Tanpa sedar dia telah berada di hadapan sebuah bangunan dan dari kejauhan dia dapat melihat susuk tubuh suaminya di koridor bangunan tersebut. Cepat-cepat Yasmin keluar dan berlari mendapatkan Zaki.

            “ Hei…syuhh kenapa ni?” Zaki mengusap belakang tubuh Yasmin yang erat memeluknya di tempat awam itu. Zaki dapat mengesan ada beberapa mata yang memandangnya. Maklumlah ketika itu orang sedang bergegas pulang ke rumah kerana waktu pejabat sudah pun berakhir.

            “ Kenapa awak tak angkat call saya?” tanpa menjawab Yasmin mempersoalkan kembali kegagalan Zaki menyambut panggilannya di saat dia betul-betul memerlukan lelaki itu.

            “ Saya ada meeting tadi. Kan saya dah bagitau saya balik lambat sikit hari ni. Dah janganlah takut. Awak dengan saya sekarang kan…” Zaki memperat pelukan sebelum dia terpandangkan kelibat teksi yang membawa isterinya tadi.

            “ Sekejap awak tunggu sini, saya nak pergi bayar duit teksi….” setelah mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi tersebut Zaki menggamit Yasmin untuk mendekatinya.

            “ Awak ikut pergi office saya dulu ye. Saya ada kerja nak settle. Lepas Maghrib nanti kita balik…”

            “ Iya..?”

            “ Takpe, saya dah pesan pada Mak Iti, kita ambil dia lambat sikit hari ni..” 

            Yasmin mengangguk dan mengekori langkah Zaki perlahan. Ini kali pertama Yasmin menjejakkan kaki ke pejabat suaminya. Selama ini dia tidak pernah tahu di mana sebenarnya pejabat Zaki. Kalau tidak kerana insiden tadi, Yasmin rasa dia tidak akan pernah tahu di mana Zaki bekerja. Apa yang dia tahu Zaki mempunyai jawatan tinggi di sebuah syarikat penerbitan, itu sahaja.

            “ Betul awak tak cam siapa yang ikut awak tadi…?” itu soalan pertama yang muncul sebaik Zaki menutup pintu biliknya di pejabat tersebut.

            “ Tak….”

            “ Awak tak nak buat report polis ke?”

            “ Eh…takpe, tak payah…” Zaki berkerutan.

            “ Ni soal keselamatan awak, macam mana kalau esok lusa dia ikut dan dok perhatikan awak dari jauh lagi, ha?”

            “ Awak ni janganlah nak takutkan saya pulak…” berkerutan Yasmin memandang Zaki yang sedang erat memeluk bahunya.

            “ Saya bukan takutkan..saya risau…..” Yasmin memandang raut wajah Zaki lama.
            “ Takpe..saya boleh jaga diri. Lagipun baru first time benda macam ni jadi kat saya…”

            “ Dah tu, awak nak tunggu sampai berapa kali? Min…saya tak nak benda buruk jadi dekat orang yang saya sayang. Boleh jaga diri apanya kalau dalam phone tadi pun suara dah terketar-ketar…” 

            Perlahan Yasmin menolak Zaki menjauhinya dan punggungnya dilabuhkan di salah sebuah kerusi yang ada. Sudahlah dia baru terkejut, Zaki bukan hendak menenangkannya malahan membebel tak tentu pasal. Yasmin rasa rimas.

            “ Kalau pun saya tak pandai jaga diri, awak kan ada untuk jaga saya..”

            Sorry?

          “ Urm…tak! Maksud saya lain kali saya jaga diri betul-betul…” Yasmin menggigit lidah akibat terlepas cakap. Hesyy..buat malu je!

            “ Pandai betul putar belit…”

            “ Kat sini ada air tak?”

            “ Ha?”

            “ Tekak saya haus lah, penat berlari, nak mintak air boleh?”

            Tak bersalah je raut wajah Yasmin membuat Zaki rasa nak tergelak.

            “ Awak sedar tak tanpa sedar awak buat saya makin sayang kat awak?” ha?

            “ Kenapa pulak?” Yasmin pelik

            “ Sebab awak comel….” Yasmin terus terdiam. Dipandang wajah Zaki dengan senyuman manis itu.

            “ Sebelum awak ayat saya, boleh bagi air dulu?” Zaki tergelak lagi.

            “ Kejap, saya ambil kat pantri. Awak tunggu kat sini…” Zaki berlalu setelah dia menyium lembut kepala Yasmin.

            Sekembalinya dari pantri Zaki lihat Yasmin sedang mengorek-ngorek tin biskut yang disimpan di dalam pejabatnya itu.

            “ Awak lapar ke?” Yasmin menoleh dan perlahan mengangguk. Zaki meletakkan secawan milo di atas mejanya.

            “ Mintak sikit biskut ni boleh kan?”

            “ Kalau saya kata tak boleh?” terhenti sejenak pergerakan Yasmin

            “ Hei, kedekut pulak. Biskut je kot, nanti saya ganti lah balik…” Yasmin menjeling.

            “ Betul ke ada orang ikut awak tadi?”

            “ Kenapa?” bersama tin di tangan Yasmin mencapai air buatan suaminya itu.

            “ Tadi dalam phone bukan main saya dengar suara awak ketakutan. Sekarang nampak macam biasa je. Awak saja nak manja-manja dengan saya ke apa ni?” tersedak Yasmin mendengarnya. Hampir saja nak tersembur air yang baru diteguk. Saja nak manja-manja?!

            “ Awak ingat saya ni takde kerja lain ke?” dengan rasa geram Yasmin menekan penutup tin biskut tersebut. Hilang terus rasa laparnya. 

            “ Manalah tahu, awak rindu kat saya tapi segan nak cakap. Kalau rindu tunggu jelah saya kat rumah, ni nak kacau saya sampai ke pejabat pulak…” tergamam Yasmin seketika walaupun kelihatan wajah Zaki selamba menyelak fail di tangan.

            “ Oh tolonglah Zaki. Kalau awak rasa saya kacau awak, saya balik dululah…” pantas Yasmin mencapai beg tangannya di sisi.

            “ Eh…tak kan nak balik?” Zaki tajam memandang wajah Yasmin.

            “ Saya gurau jelah. Takkan itu pun nak ambil hati. Dah duduk sini diam-diam. Minum air tu ingat senang ke nak merasa air buatan saya…” Zaki mendudukkan Yasmin kembali ke kerusi tersebut.

            “ Takpelah saya minum kat rumah je…” Yasmin cuba untuk berdiri semula.

            “ Hei…janganlah macam ni…” Zaki masih juga menarik Yasmin mendekatinya.

            “ Saya tak nak kacau awak, awak kan sibuk…”

            “ Tengok tu, merajuk. Manja lah namanya….”

            “ Hei…awak ni kan!” Yasmin betul-betul geram dengan bicara suaminya.

            Fine…saya tak usik dah. Awak duduk sini teman saya. Nanti kita dinner sama-sama…” Zaki memegang kejap kedua belah pipi Yasmin.

            “ Boleh tak?”

            “ Kalau saya kata tak boleh?” Yasmin menatap anak mata Zaki tajam.

            “ Awak takde pilihan sayang….” Zaki perlahan menyium lembut kedua belah pipi Yasmin.

            “ Hesy…suka ambil kesempatan…” Yasmin menolak Zaki menjauhinya. 

            Pardon? Awak suka kalau saya ambil kesempatan?”

            “ Zaki!!”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            “ Nah makan banyak sikit…” Zaki meletakkan semua udang dan sotong dari pinggannya ke pinggan Yasmin.

            “ Kenapa bagi kat saya? Awak makanlah awak punya ni…”

            “ Takpe saya dah kenyang. Saya suka awak tengok awak makan…” Zaki tersenyum manis.

            “ Nanti jangan mengadu lapar kat saya bila dah balik eh. Saya malas nak bertukang kat dapur malam-malam buta….”

            “ Kalau saya suruh awak buat benda lain, awak rajin tak?” Yasmin angkat muka sekilas.

            “ Kerja apa? Baju kerja awak saya dah iron untuk seminggu kan? Tadi siang saya dah kemas rumah, cuci baju..dah siap dah semua…” Yasmin masih menyuap tanpa henti. Jus buah di hadapannya disisip lama.

            “ Saya nak ajak awak kerja keras. Dalya mengadu kat saya, semua kawan-kawan dia ada adik. Dia kata dia pun nak adik….”

            Tersedak Yasmin dibuatnya mendengar patah bicara telus tanpa tapisan dari Zaki itu. Dan kekalutannya memecahkan tawa besar di bibir Zaki. Sungguh Zaki bahagia melihat wajah terkulat-kulat Yasmin di depannya sekarang. Diusap-usap belakang tubuh Yasmin yang masih tidak berhenti terbatuk-batuk itu

            “ Awak ni tak senonoh la!” Yasmin mengelak tubuhnya dari terus diusap Zaki.

            “ Kenapa muka awak merah?”

            “ Mana ada!” tergelak lagi Zaki apabila Yasmin menggosok-gosok pipinya laju. Sungguh Zaki rasa cintanya semakin membuak terhadap Yasmin. Tingkah isterinya itu selalu saja mencuit hati lelakinya.

            “ Awak ni matikan selera saya lah…” Yasmin menolak pinggan nasinya menjauh.

            “ Takpe saya habiskan nasi awak. Awak dah cukup energy kan?” terbeliak mata Yasmin. Zaki tak pernah berhenti mengusiknya saban waktu.

            “ Tak boleh! Saya lapar. Saya boleh habiskan nasi saya…” pantas Yasmin menarik pinggannya semula membuat Zaki semakin tersenyum lebar.

            Setelah keduanya selesai menjamu selera, Zaki meminta diri untuk ke tandas.

            “ Awak jangan lama-lama tau…” pesanan dari Yasmin itu dibalas Zaki dengan anggukan.

            Don’t worry, sini ramai orang. Ada apa-apa awak jerit je ye…”

            Akibat kekalutannya mengejar waktu agar tidak meninggalkan Yasmin terlalu lama berseorangan di meja makan, Zaki terlanggar bahu seseorang yang ketika itu baru keluar daripada tandas yang sama.

            “ Oppss…sorry…”

            “ Lain kali jalan tu guna mata, jangan main langgar je…” lelaki bersuara garau dengan baju dan topi hitam itu pantas berlalu pergi begitu saja tanpa sempat Zaki mengamati wajahnya.

            “ Hei…dah mintak maaf pun nak marah?…” Zaki menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum berlalu memasuki tandas tanpa mahu menyesakkan kepalanya dengan insiden yang tidak disengajakan tadi.

            Di meja makan Yasmin melilau memandang gelagat pelbagai orang di sekeliling sebelum telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. Dipandang nombor tanpa nama tersebut dan ditekan butang hijau tanpa perasaan.

            “ Hai sayang….” Yasmin berkerutan mendengar bicara pemanggil di hujung sana.

            “ Urm…sorry. Saya rasa encik dah salah nombor ni..” Yasmin melihat sekilas nombor si pemanggil. Sungguh, nombor itu tidak pernah ada di dalam simpanannya.

            No, I’m not. Min..are you there?” Min?

            Who’s on the line, please?”

            Don’t you remember my voice?

            “ Siapa ni?” Yasmin cuak tiba-tiba.

            “ You makin cantik bila dah bertudung Min…” secara drastik Yasmin memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Yasmin yakin orang yang sedang menelefonnya kini berada di sekitarnya. 

            “ You carik I ke?” terdengar tawa halus di hujung sana

            “ Boleh tak encik jangan main-main dengan saya?!”

            “ I tak pernah main-main dengan you Min. In fact, you yang mainkan perasaan I, remember?” Yasmin terkedu. Perasaan? Tak kan?

            “ Pandang meja hujung sebelah kiri Min….”

            Pantas Yasmin menoleh ke arah yang diminta dengan debaran di hati. Seraut wajah menyapa pandangannya dengan senyuman yang tak pernah lekang dari seulas bibir itu. Sejak lama dulu! Yasmin menelan air liur kelat.

            “ Iq…..?”

            “ Yaa… I’m back Min…”

            “ Bila Iq balik?” terketar-ketar suara Yasmin bertanya

            “ Baru seminggu lebih. Boleh Iq datang ke meja Min?”

            “ Tak boleh!” cepat-cepat Yasmin menghalang.

            “ Kenapa?”

            “ Suami Min takde. Dia ke tandas…”

            “ Takkan nak jumpa pun tak boleh...?”

            “ Iq….”

            “ Tu suami Min dah balik. Iq akan ke sana…” 

            “ Sayang?” putus talian tiba-tiba dan teguran Zaki benar-benar mengejutkan Yasmin.

            “ Kenapa ni?”

            “ Awak…jom balik..” Yasmin menarik tangan Zaki untuk cepat-cepat beredar.

            “ Eh…air saya tak habis lagi…”

            “ Awak….jom lah…”

            “ Kenapa ni?”

            “ Assalamualaikum…” dan pemberian salam itu benar-benar membuat jantung Yasmin bagaikan mahu gugur. Yasmin benar-benar takut untuk menoleh saat ini.

            “ Wa’alaikumussalam…” huluran tangan itu disambut Zaki dengan seribu tanda tanya.

            “ Yasmin...” dan panggilan itu membuat Zaki semakin keliru. Dia memandang ke arah isterinya yang masih juga tidak mahu menoleh. 

            “ Min….?” Zaki mengenggam erat jemari Yasmin. Dapat dirasakan kesejukan di pergelangan tangan itu.

            “ Encik kenal isteri saya?” Zaki kembali menoleh ke arah lelaki tersebut.

            “ Oh maaf….lupa nak perkenalkan diri. Saya Iqram….” kening Zaki bertaut menjadi satu sebaik mendengar sebaris nama itu.

            “ Iqram…..?”

            “ Ya…saya kawan lama Yasmin….”

            “ Kawan lama…?”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            “ Kenapa tak tidur lagi ni? Dok buat kerja rumah dari siang tadi, tak letih ke?”

            Yasmin menggeleng perlahan. Zaki menggigit bibir. Dapat dikesan perubahan pada telatah isterinya sejurus pertemuan yang tidak disengajakan dengan Iqram tadi.

            “ Meh saya tolong awak, cepat sikit siap…” Zaki menarik sehelai daripada timbunan baju di atas katil itu.

            “ Eh….” Yasmin menahan pergerakan tangan Zaki

            “ Takpe, saya boleh buat. Sikit je ni. Seharian awak dah letih dengan kerja office, bila balik rumah ni awak berehat je la…”

            Zaki kembali menarik tangannya dan disandarkan tubuhnya yang keletihan ke kepala katil.

            “ Untung saya dapat isteri macam awak….” Zaki cuba menarik perhatian Yasmin untuk berbicara dengannya.

            “ Awak rasa macam tu ke?” Yasmin memandang Zaki lama. Dibalas soalan isterinya itu dengan anggukan berulang-kali.

            “ Min….”

            “ Urm…?” Yasmin masih ralit bersama timbunan kain tersebut.

            “ Kalau saya tanya sikit, boleh awak jawab jujur tak?” Yasmin berkerutan.

            “ Kalau soalan awak tak susah, bolehlah kot….” Yasmin tergelak kecil.

           “ Siapa Iqram?” terhenti pergerakan Yasmin sebaik Zaki menuturkan sebaris nama itu di hadapannya.

            “ Kenapa awak tanya?”

            “ Takde lah, dia kata dia kawan lama awak. Tapi entah kenapa, saya tak rasa apa yang dia cakap tu betul…” 

            Lama Yasmin mendiamkan diri tanpa bicara. Matanya jauh merenung ke hadapan dengan wajah suram yang pastinya menyapa penglihatan Zaki.

            “ Zaki….”

            “ Urm….?”

            “ Awak….sayang saya tak?”

            Zaki berkerutan mendengar soalan itu. Tiba-tiba sahaja Yasmin menukar topik dan membicarakan soal hati dan perasaan. Dapat Zaki lihat wajah Yasmin mula mendung bagaikan sedang menyimpan suatu beban yang berat.

            “ Kenapa tanya macam ni? Mestilah saya sayangkan awak…” Zaki menarik pergelangan tangan Yasmin ke dalam genggamannya.

            “ Sepanjang kita kahwin, saya tak pernah mintak apa-apa dengan awak kan?” Zaki berkerutan namun dia tetap mengangguk.

            Yasmin menarik kedua telapak tangan Zaki. Digenggam erat jemari kasar suaminya itu.

            “ Boleh tak saya nak mintak satu benda je dekat awak?” Yasmin memandang anak mata Zaki dalam.

            “ Awak nak apa?”

            “ Jangan tinggalkan saya?” kedengaran tulus permintaan Yasmin dengan genangan air mata yang semakin jelas kelihatan.

            “ Apa awak merepek ni?”

            “ Tolong…?” Zaki terdiam apabila pipi mulus Yasmin mula dicemari linangan air mata

            “ Saya cuma nak kekal jadi isteri awak sampai bila-bila….”

            Tanpa menanti Zaki menarik Yasmin kejap ke dalam pelukannya. Esak tangis yang kedengaran membuat Zaki berusaha untuk mempererat pelukan bagi menenangkan hati si isteri yang secara tiba-tiba mengundang resah di hatinya sendiri.

9 comments:

blinkalltheday said...

best cite ni..sambung la lagi..hope zaki x tggalkam min..

Atty Ismail said...

Tolongla cik writer...Jgnla si Iqram ni dtg nak porak peranda kan hidup min & zaki...Penat dah kot si min ni tggu zaki

Anonymous said...

best sgttt..igt kot da xnk smbung this cerpen..untung nsb baik smbung..hehh..thanx..;)smbg lg eh..:P

Everything's Everythings said...

Wahhh menarik betul la cerita ni, suspen pun ada juga dgn si iqram ni xD
lagi best dari tgk drama kt tv tu haha

Anonymous said...

Abeh tu , ending cmni je ke?
Next story ? Xd ?

Anonymous said...

Assalamualaikum...
cik writer, tlg update status terkini novel NTDH...
klu dh kluar kat pasaran tlg inform...
terima ksih...:)

Batu Adventure said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

salam..penulis !! nak tanya, bila nak sambung cerpen ni..dah lama menunggu tp still x ade sambungan..huhu..berharap sangat supaya cerpen ni akan sampai di titik penghujung..:)

Unknown said...

Knpa x da smbngn??

Post a Comment