PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Tuesday, July 31, 2012

Mini Novel : Setia Ku Di Sini (5)


Yasmin melangkah laju di sebalik deretan pakaian di kedai itu. Kelibat seorang lelaki berbaju dan bertopi hitam yang sedari tadi mengekorinya membuat Yasmin betul-betul cuak. Telefon bimbit di dalam beg tangan dicapai dan nombor suaminya pantas didail. Dengan langkah yang semakin laju Yasmin resah kerana taliannya tidak bersambut di hujung sana.

“ ALLAH…mana dia ni? Takkan meeting petang-petang hari ni….”

Yasmin mencuba sekali lagi namun Zaki masih tidak menjawab pangilannya. Dia berpaling dan lelaki itu masih juga mengekorinya membuat Yasmin bertambah risau. Dia menghampiri kawasan yang lebih terbuka dan terdapat ramai orang kerana Yasmin yakin lelaki itu tidak akan mengganggunya di khalayak ramai. 

Sebaik tiba di jalan raya Yasmin cepat-cepat menahan sebuah teksi.

“ Nak ke mana cik?”

“ Pakcik, cepat jalan pakcik….”

“ Ha?”

“ Cepat pakcik…cepat!!”

Pemandu teksi itu yang masih terpinga-pinga memandu tanpa arah tujuan. Dia perasan raut wajah penumpangnya yang keresahan.

Yasmin masih tertoleh ke belakang namun kelibat lelaki itu sudah tidak kelihatan.

“ Cik ni nak ke mana sebenarnya ni? Cik tak apa-apa?”

Yasmin mengesat wajahnya yang mula berpeluh. Dadanya berdabar-debar. Hinggakan dia tidak mampu berfikir dalam keadaan tenang. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. 

“ Assalamualaikum Min…”

“ Zaki…” Yasmin rasa macam nak menangis di situ juga. Dia benar-benar ketakutan.

“ Kenapa call saya banyak kali? Min ada kat mana ni?”

Zaki dapat mengesan kelainan pada nada suara isterinya.

“Awak…saya takut…”

            Takut?

            “ Relaks Min…tarik nafas dalam-dalam. Jangan takut. Cuba awak cakap awak ada kat mana?”

          Di dalam kekalutan Yasmin menceritakan bagaimana dia diekori sepanjang perjalanan daripada rumah ke kompleks membeli belah itu. Dan perkhabaran itu turut membuat jantung Zaki berdegup tanpa henti.

           “ Bagi telefon awak pada pakcik teksi tu…” tanpa berfikir Yasmin melakukan apa yang disuruh Zaki. Yasmin menanti sebelum pemandu tersebut menyerahkan kembali telefon bimbitnya.

            “ Awak duduk je dalam teksi tu diam-diam. Saya tunggu awak kat sini…”

            Yasmin tidak tahu ke mana arah tujunya. Tanpa sedar dia telah berada di hadapan sebuah bangunan dan dari kejauhan dia dapat melihat susuk tubuh suaminya di koridor bangunan tersebut. Cepat-cepat Yasmin keluar dan berlari mendapatkan Zaki.

            “ Hei…syuhh kenapa ni?” Zaki mengusap belakang tubuh Yasmin yang erat memeluknya di tempat awam itu. Zaki dapat mengesan ada beberapa mata yang memandangnya. Maklumlah ketika itu orang sedang bergegas pulang ke rumah kerana waktu pejabat sudah pun berakhir.

            “ Kenapa awak tak angkat call saya?” tanpa menjawab Yasmin mempersoalkan kembali kegagalan Zaki menyambut panggilannya di saat dia betul-betul memerlukan lelaki itu.

            “ Saya ada meeting tadi. Kan saya dah bagitau saya balik lambat sikit hari ni. Dah janganlah takut. Awak dengan saya sekarang kan…” Zaki memperat pelukan sebelum dia terpandangkan kelibat teksi yang membawa isterinya tadi.

            “ Sekejap awak tunggu sini, saya nak pergi bayar duit teksi….” setelah mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi tersebut Zaki menggamit Yasmin untuk mendekatinya.

            “ Awak ikut pergi office saya dulu ye. Saya ada kerja nak settle. Lepas Maghrib nanti kita balik…”

            “ Iya..?”

            “ Takpe, saya dah pesan pada Mak Iti, kita ambil dia lambat sikit hari ni..” 

            Yasmin mengangguk dan mengekori langkah Zaki perlahan. Ini kali pertama Yasmin menjejakkan kaki ke pejabat suaminya. Selama ini dia tidak pernah tahu di mana sebenarnya pejabat Zaki. Kalau tidak kerana insiden tadi, Yasmin rasa dia tidak akan pernah tahu di mana Zaki bekerja. Apa yang dia tahu Zaki mempunyai jawatan tinggi di sebuah syarikat penerbitan, itu sahaja.

            “ Betul awak tak cam siapa yang ikut awak tadi…?” itu soalan pertama yang muncul sebaik Zaki menutup pintu biliknya di pejabat tersebut.

            “ Tak….”

            “ Awak tak nak buat report polis ke?”

            “ Eh…takpe, tak payah…” Zaki berkerutan.

            “ Ni soal keselamatan awak, macam mana kalau esok lusa dia ikut dan dok perhatikan awak dari jauh lagi, ha?”

            “ Awak ni janganlah nak takutkan saya pulak…” berkerutan Yasmin memandang Zaki yang sedang erat memeluk bahunya.

            “ Saya bukan takutkan..saya risau…..” Yasmin memandang raut wajah Zaki lama.
            “ Takpe..saya boleh jaga diri. Lagipun baru first time benda macam ni jadi kat saya…”

            “ Dah tu, awak nak tunggu sampai berapa kali? Min…saya tak nak benda buruk jadi dekat orang yang saya sayang. Boleh jaga diri apanya kalau dalam phone tadi pun suara dah terketar-ketar…” 

            Perlahan Yasmin menolak Zaki menjauhinya dan punggungnya dilabuhkan di salah sebuah kerusi yang ada. Sudahlah dia baru terkejut, Zaki bukan hendak menenangkannya malahan membebel tak tentu pasal. Yasmin rasa rimas.

            “ Kalau pun saya tak pandai jaga diri, awak kan ada untuk jaga saya..”

            Sorry?

          “ Urm…tak! Maksud saya lain kali saya jaga diri betul-betul…” Yasmin menggigit lidah akibat terlepas cakap. Hesyy..buat malu je!

            “ Pandai betul putar belit…”

            “ Kat sini ada air tak?”

            “ Ha?”

            “ Tekak saya haus lah, penat berlari, nak mintak air boleh?”

            Tak bersalah je raut wajah Yasmin membuat Zaki rasa nak tergelak.

            “ Awak sedar tak tanpa sedar awak buat saya makin sayang kat awak?” ha?

            “ Kenapa pulak?” Yasmin pelik

            “ Sebab awak comel….” Yasmin terus terdiam. Dipandang wajah Zaki dengan senyuman manis itu.

            “ Sebelum awak ayat saya, boleh bagi air dulu?” Zaki tergelak lagi.

            “ Kejap, saya ambil kat pantri. Awak tunggu kat sini…” Zaki berlalu setelah dia menyium lembut kepala Yasmin.

            Sekembalinya dari pantri Zaki lihat Yasmin sedang mengorek-ngorek tin biskut yang disimpan di dalam pejabatnya itu.

            “ Awak lapar ke?” Yasmin menoleh dan perlahan mengangguk. Zaki meletakkan secawan milo di atas mejanya.

            “ Mintak sikit biskut ni boleh kan?”

            “ Kalau saya kata tak boleh?” terhenti sejenak pergerakan Yasmin

            “ Hei, kedekut pulak. Biskut je kot, nanti saya ganti lah balik…” Yasmin menjeling.

            “ Betul ke ada orang ikut awak tadi?”

            “ Kenapa?” bersama tin di tangan Yasmin mencapai air buatan suaminya itu.

            “ Tadi dalam phone bukan main saya dengar suara awak ketakutan. Sekarang nampak macam biasa je. Awak saja nak manja-manja dengan saya ke apa ni?” tersedak Yasmin mendengarnya. Hampir saja nak tersembur air yang baru diteguk. Saja nak manja-manja?!

            “ Awak ingat saya ni takde kerja lain ke?” dengan rasa geram Yasmin menekan penutup tin biskut tersebut. Hilang terus rasa laparnya. 

            “ Manalah tahu, awak rindu kat saya tapi segan nak cakap. Kalau rindu tunggu jelah saya kat rumah, ni nak kacau saya sampai ke pejabat pulak…” tergamam Yasmin seketika walaupun kelihatan wajah Zaki selamba menyelak fail di tangan.

            “ Oh tolonglah Zaki. Kalau awak rasa saya kacau awak, saya balik dululah…” pantas Yasmin mencapai beg tangannya di sisi.

            “ Eh…tak kan nak balik?” Zaki tajam memandang wajah Yasmin.

            “ Saya gurau jelah. Takkan itu pun nak ambil hati. Dah duduk sini diam-diam. Minum air tu ingat senang ke nak merasa air buatan saya…” Zaki mendudukkan Yasmin kembali ke kerusi tersebut.

            “ Takpelah saya minum kat rumah je…” Yasmin cuba untuk berdiri semula.

            “ Hei…janganlah macam ni…” Zaki masih juga menarik Yasmin mendekatinya.

            “ Saya tak nak kacau awak, awak kan sibuk…”

            “ Tengok tu, merajuk. Manja lah namanya….”

            “ Hei…awak ni kan!” Yasmin betul-betul geram dengan bicara suaminya.

            Fine…saya tak usik dah. Awak duduk sini teman saya. Nanti kita dinner sama-sama…” Zaki memegang kejap kedua belah pipi Yasmin.

            “ Boleh tak?”

            “ Kalau saya kata tak boleh?” Yasmin menatap anak mata Zaki tajam.

            “ Awak takde pilihan sayang….” Zaki perlahan menyium lembut kedua belah pipi Yasmin.

            “ Hesy…suka ambil kesempatan…” Yasmin menolak Zaki menjauhinya. 

            Pardon? Awak suka kalau saya ambil kesempatan?”

            “ Zaki!!”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            “ Nah makan banyak sikit…” Zaki meletakkan semua udang dan sotong dari pinggannya ke pinggan Yasmin.

            “ Kenapa bagi kat saya? Awak makanlah awak punya ni…”

            “ Takpe saya dah kenyang. Saya suka awak tengok awak makan…” Zaki tersenyum manis.

            “ Nanti jangan mengadu lapar kat saya bila dah balik eh. Saya malas nak bertukang kat dapur malam-malam buta….”

            “ Kalau saya suruh awak buat benda lain, awak rajin tak?” Yasmin angkat muka sekilas.

            “ Kerja apa? Baju kerja awak saya dah iron untuk seminggu kan? Tadi siang saya dah kemas rumah, cuci baju..dah siap dah semua…” Yasmin masih menyuap tanpa henti. Jus buah di hadapannya disisip lama.

            “ Saya nak ajak awak kerja keras. Dalya mengadu kat saya, semua kawan-kawan dia ada adik. Dia kata dia pun nak adik….”

            Tersedak Yasmin dibuatnya mendengar patah bicara telus tanpa tapisan dari Zaki itu. Dan kekalutannya memecahkan tawa besar di bibir Zaki. Sungguh Zaki bahagia melihat wajah terkulat-kulat Yasmin di depannya sekarang. Diusap-usap belakang tubuh Yasmin yang masih tidak berhenti terbatuk-batuk itu

            “ Awak ni tak senonoh la!” Yasmin mengelak tubuhnya dari terus diusap Zaki.

            “ Kenapa muka awak merah?”

            “ Mana ada!” tergelak lagi Zaki apabila Yasmin menggosok-gosok pipinya laju. Sungguh Zaki rasa cintanya semakin membuak terhadap Yasmin. Tingkah isterinya itu selalu saja mencuit hati lelakinya.

            “ Awak ni matikan selera saya lah…” Yasmin menolak pinggan nasinya menjauh.

            “ Takpe saya habiskan nasi awak. Awak dah cukup energy kan?” terbeliak mata Yasmin. Zaki tak pernah berhenti mengusiknya saban waktu.

            “ Tak boleh! Saya lapar. Saya boleh habiskan nasi saya…” pantas Yasmin menarik pinggannya semula membuat Zaki semakin tersenyum lebar.

            Setelah keduanya selesai menjamu selera, Zaki meminta diri untuk ke tandas.

            “ Awak jangan lama-lama tau…” pesanan dari Yasmin itu dibalas Zaki dengan anggukan.

            Don’t worry, sini ramai orang. Ada apa-apa awak jerit je ye…”

            Akibat kekalutannya mengejar waktu agar tidak meninggalkan Yasmin terlalu lama berseorangan di meja makan, Zaki terlanggar bahu seseorang yang ketika itu baru keluar daripada tandas yang sama.

            “ Oppss…sorry…”

            “ Lain kali jalan tu guna mata, jangan main langgar je…” lelaki bersuara garau dengan baju dan topi hitam itu pantas berlalu pergi begitu saja tanpa sempat Zaki mengamati wajahnya.

            “ Hei…dah mintak maaf pun nak marah?…” Zaki menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum berlalu memasuki tandas tanpa mahu menyesakkan kepalanya dengan insiden yang tidak disengajakan tadi.

            Di meja makan Yasmin melilau memandang gelagat pelbagai orang di sekeliling sebelum telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. Dipandang nombor tanpa nama tersebut dan ditekan butang hijau tanpa perasaan.

            “ Hai sayang….” Yasmin berkerutan mendengar bicara pemanggil di hujung sana.

            “ Urm…sorry. Saya rasa encik dah salah nombor ni..” Yasmin melihat sekilas nombor si pemanggil. Sungguh, nombor itu tidak pernah ada di dalam simpanannya.

            No, I’m not. Min..are you there?” Min?

            Who’s on the line, please?”

            Don’t you remember my voice?

            “ Siapa ni?” Yasmin cuak tiba-tiba.

            “ You makin cantik bila dah bertudung Min…” secara drastik Yasmin memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Yasmin yakin orang yang sedang menelefonnya kini berada di sekitarnya. 

            “ You carik I ke?” terdengar tawa halus di hujung sana

            “ Boleh tak encik jangan main-main dengan saya?!”

            “ I tak pernah main-main dengan you Min. In fact, you yang mainkan perasaan I, remember?” Yasmin terkedu. Perasaan? Tak kan?

            “ Pandang meja hujung sebelah kiri Min….”

            Pantas Yasmin menoleh ke arah yang diminta dengan debaran di hati. Seraut wajah menyapa pandangannya dengan senyuman yang tak pernah lekang dari seulas bibir itu. Sejak lama dulu! Yasmin menelan air liur kelat.

            “ Iq…..?”

            “ Yaa… I’m back Min…”

            “ Bila Iq balik?” terketar-ketar suara Yasmin bertanya

            “ Baru seminggu lebih. Boleh Iq datang ke meja Min?”

            “ Tak boleh!” cepat-cepat Yasmin menghalang.

            “ Kenapa?”

            “ Suami Min takde. Dia ke tandas…”

            “ Takkan nak jumpa pun tak boleh...?”

            “ Iq….”

            “ Tu suami Min dah balik. Iq akan ke sana…” 

            “ Sayang?” putus talian tiba-tiba dan teguran Zaki benar-benar mengejutkan Yasmin.

            “ Kenapa ni?”

            “ Awak…jom balik..” Yasmin menarik tangan Zaki untuk cepat-cepat beredar.

            “ Eh…air saya tak habis lagi…”

            “ Awak….jom lah…”

            “ Kenapa ni?”

            “ Assalamualaikum…” dan pemberian salam itu benar-benar membuat jantung Yasmin bagaikan mahu gugur. Yasmin benar-benar takut untuk menoleh saat ini.

            “ Wa’alaikumussalam…” huluran tangan itu disambut Zaki dengan seribu tanda tanya.

            “ Yasmin...” dan panggilan itu membuat Zaki semakin keliru. Dia memandang ke arah isterinya yang masih juga tidak mahu menoleh. 

            “ Min….?” Zaki mengenggam erat jemari Yasmin. Dapat dirasakan kesejukan di pergelangan tangan itu.

            “ Encik kenal isteri saya?” Zaki kembali menoleh ke arah lelaki tersebut.

            “ Oh maaf….lupa nak perkenalkan diri. Saya Iqram….” kening Zaki bertaut menjadi satu sebaik mendengar sebaris nama itu.

            “ Iqram…..?”

            “ Ya…saya kawan lama Yasmin….”

            “ Kawan lama…?”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            “ Kenapa tak tidur lagi ni? Dok buat kerja rumah dari siang tadi, tak letih ke?”

            Yasmin menggeleng perlahan. Zaki menggigit bibir. Dapat dikesan perubahan pada telatah isterinya sejurus pertemuan yang tidak disengajakan dengan Iqram tadi.

            “ Meh saya tolong awak, cepat sikit siap…” Zaki menarik sehelai daripada timbunan baju di atas katil itu.

            “ Eh….” Yasmin menahan pergerakan tangan Zaki

            “ Takpe, saya boleh buat. Sikit je ni. Seharian awak dah letih dengan kerja office, bila balik rumah ni awak berehat je la…”

            Zaki kembali menarik tangannya dan disandarkan tubuhnya yang keletihan ke kepala katil.

            “ Untung saya dapat isteri macam awak….” Zaki cuba menarik perhatian Yasmin untuk berbicara dengannya.

            “ Awak rasa macam tu ke?” Yasmin memandang Zaki lama. Dibalas soalan isterinya itu dengan anggukan berulang-kali.

            “ Min….”

            “ Urm…?” Yasmin masih ralit bersama timbunan kain tersebut.

            “ Kalau saya tanya sikit, boleh awak jawab jujur tak?” Yasmin berkerutan.

            “ Kalau soalan awak tak susah, bolehlah kot….” Yasmin tergelak kecil.

           “ Siapa Iqram?” terhenti pergerakan Yasmin sebaik Zaki menuturkan sebaris nama itu di hadapannya.

            “ Kenapa awak tanya?”

            “ Takde lah, dia kata dia kawan lama awak. Tapi entah kenapa, saya tak rasa apa yang dia cakap tu betul…” 

            Lama Yasmin mendiamkan diri tanpa bicara. Matanya jauh merenung ke hadapan dengan wajah suram yang pastinya menyapa penglihatan Zaki.

            “ Zaki….”

            “ Urm….?”

            “ Awak….sayang saya tak?”

            Zaki berkerutan mendengar soalan itu. Tiba-tiba sahaja Yasmin menukar topik dan membicarakan soal hati dan perasaan. Dapat Zaki lihat wajah Yasmin mula mendung bagaikan sedang menyimpan suatu beban yang berat.

            “ Kenapa tanya macam ni? Mestilah saya sayangkan awak…” Zaki menarik pergelangan tangan Yasmin ke dalam genggamannya.

            “ Sepanjang kita kahwin, saya tak pernah mintak apa-apa dengan awak kan?” Zaki berkerutan namun dia tetap mengangguk.

            Yasmin menarik kedua telapak tangan Zaki. Digenggam erat jemari kasar suaminya itu.

            “ Boleh tak saya nak mintak satu benda je dekat awak?” Yasmin memandang anak mata Zaki dalam.

            “ Awak nak apa?”

            “ Jangan tinggalkan saya?” kedengaran tulus permintaan Yasmin dengan genangan air mata yang semakin jelas kelihatan.

            “ Apa awak merepek ni?”

            “ Tolong…?” Zaki terdiam apabila pipi mulus Yasmin mula dicemari linangan air mata

            “ Saya cuma nak kekal jadi isteri awak sampai bila-bila….”

            Tanpa menanti Zaki menarik Yasmin kejap ke dalam pelukannya. Esak tangis yang kedengaran membuat Zaki berusaha untuk mempererat pelukan bagi menenangkan hati si isteri yang secara tiba-tiba mengundang resah di hatinya sendiri.

Monday, July 9, 2012

Update NTDH ^^_

Assalamualaikum readers!

Urmmm...Namamu Terpahat Dihati. Yess shoot! Ada yang bertanya bila nak sambung. Apa jadi dengan Ary dan Nisa. Rindu kat Ary dan Nisa. Dah bertahun ni cik writer. Aduii tau tak u olls ni sweet and caring? Hee seriouss!

Oke kau jangan nak cakap belok-belok! Straight to the point ikut tajuk n3 nak update pasal cerita ni la. Bagi teman-teman pembaca cerita mengarut CB sejak dulu mesti tau cerita ni actually dah lama habis di blog. Kan? Remember? Dah lama tau. 

Tapi tatkala duduk melepak terkelepet di rumah masa cari-cari kerja dulu CB dengan gagah bergaya pergi sambung cerita sampai siap satu full manuksrip baru! Bila dah siap gedik pi hantaq kat pihak penerbitan. So mereka minta sebahagian bab di remove dari blog. Sebab tu teman-teman pembaca yang baru jumpa blog ni akan anggap cerita ni tergantunggg je dengan cik writer yang pemalas nak update ni kan. Erkk even kenyataan itu sedikit tepat.

So untuk pengetahuan semuaa kawan-kawan kat sini, cerita NTDH tak kan lagi disambung di dalam blog ni. Cuma tolong doaaa banyak2 eh supaya cerita ni cepat ke versi cetak! Setakat Mei 2012 CB update dengan company penerbitan tu, manuskrip NTDH ni dah lulus penerbitan and dah masuk waiting list untuk diterbitkan. Tapi mereka masih menunggu pihak editorial memberikan bulan terbitan..same goes to me! Menunggu dan terus menunggu. Takpe! Kalau rezeki tak ke mana kan? Phew..~~

Nanti kalau cerita ni dah jual bersepah-sepah jangan lah tak beli pulak ye? Peace!

Jadi kepada yang bertanya, jelas tak penerangan saya? CB ada bagitau jugak kat n3 ni dulu. Ce try bace kalau tak ingat. Oraitooo sekian saja update untuk malam ni.

Salam.
Gudnite
Sweet dream.
:)
Take care!


Sunday, July 8, 2012

Mini Novel : Setia Ku Di Sini (4)

        “ Awak buat apa tu?” 

       Yasmin menoleh dan kelihatan wajah Zaki yang masih keletihan sedang berjalan perlahan mendekatinya. Jam di dinding Yasmin kerling sekilas. Tepat 9.35 malam. Pasti banyak kerja lelaki itu di pejabat sehingga dia terpaksa pulang malam.

            “ Awak dah makan?” Yasmin mencari jemari Zaki dan dicium lembut seperti selalu.

            “ Dah. Tadi dengan officemate. Awak?”

            “ I’m on diet…” Zaki tersenyum melihat kenyitan mata Yasmin.

            “ Dah keding macam ni nak diet apa nya lagi?”

            “ Saya dah gemuk lah…” Yasmin memuncungkan bibirnya.

            “ Awak ni sebenarnya ada distortion body image tau tak? Orang macam ni biasanya bila kurus pun dia rasa diri dia gemuk. Awak lah tu…”

            “ Isy!” Yasmin menjeling manja. Sejak Zaki semakin baik padanya, lelaki ini kerap menyakitkan hatinya dengan usikan-usikan sebegitu. Makin hari, Yasmin makin lali. Malahan kalau sehari dia tak dengar giat Zaki, dia jadi rindu. Aduh..ini masalah besar!

            “ Tapi saya tak suka lah awak kurus sangat. Saya nak peluk isteri bukan tiang berdiri..”

            “ Amboii!” 

            Zaki tersengih dengan usikan nakalnya sendiri.

            “ Na…kidding la. Iya mana?”

            “ Dah tidur…”

            “ Okay…that’s sounds good!

            “ Pardon?

            “ Nope…nothing…

            Lama Zaki di dalam bilik air sebelum dia kembali dan mengesan raut wajah isterinya yang sedang termenung di hadapan cermin.

            “ Fikir apa pulak tu?”

            “ Takde apa…” Yasmin menggeleng dengan senyuman dan kembali menghadap cermin di meja soleknya. Zaki merenung isterinya yang ralit bersama selendang di tangan. Dia nampak Yasmin bersungguh melilit selendang itu. Berulang-kali tanpa henti.

            “ Awak nak pergi mana dengan shawl macam ni?” terhenti pergerakan Yasmin seketika.

            “ Takde mana pun…” Zaki yang tidak berpuas hati semakin mendekat. Tuala yang digunakan untuk mengesat rambutnya yang masih basah sempat dicampak ke atas katil.

“ Cantik tak?” Yasmin pantas berpaling menghadap ke arah Zaki setelah selendang tersebut siap dililit. Zaki tersenyum manis melihat gelagat Yasmin itu.

“ Siapa ajar lilit-lilit ni?”

“ Youtube….”

“ Youtube…??” Zaki tergelak lagi. 

“ Kenapa…??” Yasmin blur.

“ Terpengaruh sangat kan…” Zaki memerli Yasmin. Dan muncung Yasmin apa lagi. Panjang sedepa kerana terasa dengan bicara Zaki.

“ Saya cuma nak belajar pakai tudung je. Nak belajar tutup aurat untuk awak….bukan terpengaruh dengan orang-orang kat luar sana tu….” perlahan Yasmin cuba meleraikan lilitan tersebut. Tawar hatinya kerana Zaki langsung tak menunjukkan reaksi yang positif.

“ Hei…merajuk pulak dia….” Zaki mencapai jemari Yasmin yang masih kejap memegang selendang. Tak jadi Yasmin melerai lilitan tersebut.

“ Mana ada saya merajuk. Kalau merajuk pun tak guna kan. Bukan ada orang nak pujuk saya…”
“ Min…” Zaki memegang kejap kedua belah lengan Yasmin.

“ Suami mana tak gembira kalau isteri yang dia sayang mula belajar nak tutup aurat. Suami gila je yang suka tayang isteri dia kat orang ramai tau….” Yasmin masih diam.

“ Tapi niat awak kena betul. Jangan pakai tudung sebab saya….jangan berubah tentang hal-hal agama ni sebab saya. Saya ni siapa? Saya bukan siapa-siapa. Esok lusa kalau saya takde macam mana? Tudung awak pun terbang sekali, macam tu?” Yasmin menjeling Zaki sekilas.

“ Berubah lah kerana ALLAH. Buat semua ni untuk DIA bukan untuk saya…urm..??”

Yasmin menelan air liurnya kelat. Nafas yang panjang cuba ditarik.

“ Min…..”

“ Ye….saya faham….” Zaki tersenyum lebar. Kemudian bibirnya didaratkan lama pada dahi Yasmin.

“ Kesian awak dapat isteri macam saya kan? Saya tak baik macam Thia. Thia isteri yang cukup sempurna untuk awak.….” sayu bicara Yasmin seketika, menahan matanya yang tiba-tiba sahaja panas mengenangkan kekurangan diri.

“ Min...kenapa cakap macam ni?” perlahan Zaki menarik Yasmin kejap ke dalam pelukannya. Rapat dan dia mengelus batang tubuh Yasmin yang sudah mula tersedu-sedan tanpa diduga. 

“ Min…saya akui Thia memang isteri yang baik. Tiada pengganti untuk dia dalam hidup saya. Perginya dia merentap seluruh kekuatan saya tapi kehadiran awak satu anugerah buat saya. Awak pelengkap hidup saya Yasmin. Awak tak kurang apa-apa malah kehadiran awak mengajar saya supaya jangan terlalu mencari kesempurnaan…”
“ Apa maksud awak…?”
“ Saya mengaku, awal dulu saya tak dapat terima awak sebab saya rasa Thia sajalah wanita yang sesuai sebagai isteri saya. Saya rasa dia dah cukup sempurna…baik dari segi agamanya..tingkah-lakunya…tutur-katanya. Sejak kecil saya dibesarkan dalam environment Islam yang masih kuat macam kat Makkah tu…for sure saya mengimpikan seorang isteri seperti srikandi-srikandi Islam yang selalu diceritakan pada saya…”
“ Tapi akhirnya awak dengan saya. Mesti masa kita kenal mula-mula dulu awak tak pernah terlintas akan berkahwin dengan saya…kan?”
“ Hei….” Zaki pandang anak mata Yasmin lama. Dalam dan penuh dengan rasa kasih yang kian menggebu.
“ Saya tak nak dengar lagi awak ungkit cerita dulu. Saya mengaku salah saya, silap saya dan saya nak kita bina hidup baru. Min…awak dah buat saya jatuh kasih, mula sayang pada awak. Jadi, awak jangan harap dapat lepas dari saya kali ni!” Yasmin memalingkan wajahnya ke sisi.
“ Tutup cerita-cerita melankolik awak tu. Saya tak pernah ada rasa nak banding-bandingkan awak dengan arwah Thia …” 
“ Ye ke?” Yasmin tatap anak mata Zaki lama.
To be frank, yes I am. Tapi itu dulu…sekarang tak lagi, sayang…”
Yasmin mengukir senyum segaris. Entah ikhlas entahkan tidak. Namun dia cuba menerima realiti yang sedang terbentang di matanya kini. 
“ Awak masih ingat kata-kata saya hari tu kan?”
Zaki mengangguk perlahan.
“ Saya tahu. Tapi saya akan pastikan awak tarik balik kata-kata awak..”
“ Jangan terlalu yakin…” Yasmin buat muka sinis.
“ Saya tak yakin dengan diri saya tapi saya yakin dengan awak…”
“ Maksudnya…?” Yasmin pelik.
“ Jauh di dalam lubuk hati awak, sebenarnya awak sayangkan saya, kan?” Yasmin menelan air liur kelat. Mamat ni ada guna bomoh ke apa?!
“ Mana ada!”
“ Jangan bohong Min…”
“ Perasan!”
“ Cuba awak bersikap jujur, terbuka…takpe saya terima kalau awak cakap awak sebenarnya sayang dekat saya…” Zaki menjungkitkan keningnya beberapa kali.
“ Ei…susah lah cakap dengan awak ni…” Yasmin menolak tubuh tegap Zaki menjauh.
“ Ha nak pergi mana?” cepat-cepat Zaki menarik pergelangan tangan Yasmin.
“ Urm...te…ngok Iya…” tergagap-gagap Yasmin menjawab. Sengihan sinis menghiasi bibir Zaki.
“ Awak ni manjakan Iya sangat lah. Sikit-sikit Iya. Iya itu, Iya ini. Cuba awak try manjakan saya pulak…” tersentak Yasmin tiba-tiba. Ouhh serius dia dah tak sanggup nak berlama-lama dengan lelaki ini. Dia takut rasa cintanya semakin melimpah-ruah terhadap Zaki. Sedangkan saat lelaki itu beku hidup dengannya dulu dia sudah jatuh sayang, apatah lagi kini saat lelaki itu mula menumpahkan sepenuh perhatian terhadap dirinya. Aduii…masak!
“ Awak ni dah tua ganyut, buat apa saya nak manjakan awak…takde apa-apa faedah tau tak?”
Are you sure?”
“ Urm…sure..” Zaki tergelak lagi.
“ Jom…sambung belajar lilit shawl. Tak payah youtube sayang oii. Biar saya je yang ajar awak. Come..”
“ Awak pandai ke?” Yasmin membuat muka meski dia hanya membiar Zaki menariknya mendekat.
Expert gile! I’ll prove it...wait a minute ha...” Yasmin tersengih lebar.
Dia hanya memerhati Zaki membelek-belek beberapa helaian selendang di atas katil. Banyak yang Zaki campakkan ke tepi sebelum akhirnya tangan kasar itu membawa sehelai Pashmina mendekatinya.
“ Yang lain tu semua awak boleh buang tak pun buat ikat sampah je ye..?”
But why?” Yasmin terkejut. Ni nak bantu ke nak condemn? Kalau tak cantik pun tak payah lah kutuk. Hati Yasmin membentak dalam diam.
“ Yang tu semua J-A-R-A-N-G. Jarang!” kelu bicara Yasmin tiba-tiba mendengar Zaki mengeja satu huruf demi satu huruf. Matanya melirik selendang-selendang yang dibiarkan Zaki tadi. Yasmin akui selendang itu semuanya nipis-nipis belaka.
“ Selendang macam tu kalau awak pakai pun still nampak leher. Saya tak suka macam tu. Nak buat apa? Baik tak payah pakai langsung...auchh!”
Zaki menggosok-gosok lengannya yang ditampar Yasmin.
“ Awak peril saya ek? Saya baru beli semua tu tau! Membazir je…”
“ Eleh..takde mana membazirnya. Saya belikan awak lagi selori. Tapi bukan awak yang pilih, biar saya pilih…” Yasmin menjeling Zaki yang sedang lancar melilit selendang di kepalanya.
“ Ha buat muka. Saya ni nasihat. Nasihat. Faham tak? Kalau awak rasa nak ikut awak ikutlah…”
“ Ei, guna kuasa veto pulak. Memanglah kita ikut dah kita sayang kat dia…”
See?!” Yasmin terkejut apabila Zaki tiba-tiba menyergahnya.
“ Kan saya suruh mengaku kalau awak sayang saya tadi kan?” erk?? Bukan aku cakap sendiri ke tadi? Macam mana dia boleh…
“ Jom pergi cermin…” tanpa sempat Yasmin berfikir, Zaki menolaknya mendekati cermin. Lelaki itu kini sedang berdiri betul-betul di belakangnya.
“ Cantik isteri saya ni…” kedengaran luhur bicara Zaki menampar gegendang telinga Yasmin. 
Yasmin sendiri cukup terkejut melihat penampilan dirinya di hadapan cermin. Dengan hijab labuh yang menutupi hampir separuh tubuhnya. Tiba-tiba rasa tenang mengalir di dalam hatinya. Dia dapat melihat jernih wajah seorang Yasmin yang sedang dipantulkan di hadapan matanya kini. Cukup berbeza dengan penampilan Yasmin yang dulu.
 
“ Suka tak?” Zaki kembali membetulkan selendang di tubuh Yasmin. Dia lihat lama Yasmin terdiam tanpa bicara.
“ Hei…” Zaki mengusap lembut pipi Yasmin.
“ Ha…?”
“ Saya tanya awak suka tak. Senyap je ni? Nak protes tapi tak sampai hati ke?”
“ Isy…!” Yasmin menolak tubuh Zaki kasar.
“ Saya suka…cantik….” Zaki tersenyum lebar mendengar Yasmin memuji kecantikan diri sendiri. Cehh!
“ Kalau nak pakai tudung, awak kena labuhkan tudung awak menutupi apa yang sepatutnya ditutup. Faham?” Yasmin tersenyum kecil.
“ Apa yang sepatutnya…maksud awak?” 
“ Awak tak faham ke?” gelengan Yasmin membuat Zaki terpinga-pinga.
“ Apa yang sepatutnya menjadi hak seorang suami…” Zaki tatap anak mata Yasmin dalam. Kononnya mahu Yasmin memahami kiasan bicaranya.
“ Ohh..hak seorang suami…” Yasmin mengangguk berkali-kali. Dia faham benar apa yang dimaksud Zaki namun sengaja dia ingin menduga hati lelaki itu. 
 
“ Tapi selama ni, awak tak pernah tunjuk pun yang awak ni sebenarnya ada hak ke atas saya…” kali ini butir bicara Yasmin membuat Zaki betul-betul terdiam. Kelu lidahnya untuk berkata-kata. Terpukul dan rasa tersindir. Benar…selama ini dia memang tidak pernah memperlakukan Yasmin selayaknya sebagai seorang isteri. Zaki mengaku!
“ Takpelah…thanks for the tutorial by the way. Saya nak pergi tengok Iya…” perlahan Yasmin melerai selendang dikepalanya dan berlalu meninggalkan Zaki yang masih kaku di situ.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            Zaki pandang sekujur tubuh itu lama. Yasmin tertidur dalam keadaan duduk di tepi katil. Anak kecillnya yang sedang pulas tidur di atas katil kecil pula diperhati. Sejak bilik itu diubahsuai, tiada lagi ruang untuk Yasmin menumpang tidur di situ. Katilnya sudah ditukar, ruang juga semakin sempit dipenuhi rak-rak buku milik Dalya. Memang sengaja Zaki bertindak sebegitu agar Yasmin tidak mempunyai pilihan lain. 
            Jauh di sudut hati Zaki dapat merasakan kesukaran untuk dia memilik hati Yasmin. Meski isterinya itu sentiasa setia di sisi, namun seakan ada parut yang bernanah di hati Yasmin. Zaki yakin parut itu meninggalkan kesan luka yang dalam sehingga sukar untuk dia merawat luka itu. 
Zaki menarik nafas berat, dia tahu dia tidak boleh berputus asa. Dia sudah menyia-nyiakan hidup isterinya itu selama beberapa tahun. Dia tidak mahu Yasmin terus jauh darinya.
“ Min….” Zaki mengelus bahu Yasmin perlahan. Takut nada suaranya mengejutkan tidur si anak.
“ Min….” kali ini Zaki menarik juntaian rambut yang menutupi dahi Yasmin. Isterinya itu kemudian tersedar perlahan menggosok mata dan lehernya yang sakit kerana tidur dalam keadaan duduk.
“ Kenapa tidur sini? Sakit badan ni nanti. Jom…tidur kat bilik kita….” Zaki menarik lengan Yasmin namun ditahan isterinya itu seketika.
“ Saya tak biasa lah tidur bilik awak. Tak selesa. Saya dah biasa tidur sini. Biarlah saya temankan Iya ye?” dalam keadaan mamai masih juga Yasmin berusaha menjawab.
“ Sempit katil Iya ni, awak nak tidur kat mana?” Zaki sedikit bengang dengan tindakan-tindakan pelik Yasmin semata-mata untuk menjauhkan diri darinya.
“ Takpe...saya boleh tidur macam ni je…” perlahan Yasmin ingin menjatuhkan semula kepalanya namun ditahan oleh cengkaman kuat Zaki pada lengannya.
“ Awak ni kenapa mengada sangat?” nada suara Zaki yang tegas membuat anak mata Yasmin tiba-tiba menjadi cerah.
“ Saya bukan….”
“ Saya cakap masuk bilik kita sekarang, apa yang susah sangat? Awak nak saya merayu-rayu dulu, baru awak nak tidur sebilik dengan saya?”
“ Tak…bukan macam tu…” Yasmin menggeleng kepalanya perlahan. Sungguh bukan itu maksudnya.
“ Dah tu? Jangan nak buat perangai boleh tak? Awak jangan buat saya hilang sabar. Saya dah cukup berlembut dengan awak Min…”
“ Zaki…kenapa tiba-tiba awak nak ma…”
Tiba-tiba Zaki dan Yasmin dikejutkan dengan tangisan Dalya. 
“ Sayang…” perlahan Yasmin mendekati Dalya. Diusap-usap dahi anak kecil itu yang sedang berpeluh. Pasti Dalya sedang bermimpi buruk kerana pantas saja tangan anak kecil itu memeluk lehernya erat dengan esakan kecil meski anak matanya masih terpejam rapat.
“ Syuhh…Acik Min ada sini…” Yasmin menepuk-nepuk paha Dalya perlahan.
“ Tidur ye sayang…” dia masih berusaha mendodoi Dalya meski dia sedar anak mata Zaki masih tidak lepas daripada memandangnya.
“ Awak pergilah tidur dulu. Saya nak tidurkan Iya sekejap. Nanti saya tidur sana…” dalam keadaan cuak, bagaikan mahu tidak mahu saja Yasmin memandang anak mata Zaki. Gerun dia dengan perangai Zaki yang tiba-tiba sahaja bagaikan sedang memarahinya.
Perlahan Zaki mendaratkan ciuman di pipi mulus anaknya sebelum dia berlalu pergi dengan seribu satu rasa yang bercampur baur di dalam hati.
Di dalam biliknya, Zaki masih tidak boleh melelapkan mata. Dia masih menanti Yasmin. Dia ingin melihat sama ada Yasmin akan mengotakan kata-katanya atau tidak. Lama dia menanti sehinggalah dia mendengar bunyi kuakan pintu menandakan Yasmin sudah siap menidurkan Dalya. Cepat-cepat Zaki memejam mata takut Yasmin mengetahui yang dia masuh belum tidur meskipun bilik itu sudah gelap dan hanya diterangi oleh lampu tidur.
Dengan penuh berhati-hati, Yasmin menghampiri Zaki di atas katil. Dia tidak terus baring tetapi duduk bersimpuh memerhati Zaki yang sudah tertidur itu. Yasmin memandang tenang wajah suaminya itu yang sedang tidur menelentang dengan perasaan yang sukar untuk dimengertikan. Apa sebenarnya perasaan Zaki terhadapnya? Baru sekejap lelaki itu mengaku sayang dan inginkan dia membuka ruang untuk perhubungan mereka namun sekelip mata itu juga lelaki itu sesuka hati membentaknya.
Adakah aku nampak terlalu keras seperti menolaknya sehinggakan dia terasa hati?
Yasmin mencapai anak jari Zaki perlahan-lahan. Dia takut lelaki itu terjaga.
“ Awak…saya mintak maaf….” Yasmin tunduk mencium tangan Zaki meski dia sedar Zaki tidak mendengar ucapan maafnya itu.
Tersentuh hati Zaki melihat perilaku Yasmin. Hilang terus rasa marah di dalam hati melihat keluhuran hati Yasmin padanya. 
Apa yang aku dah buat ni? Zaki mengutuk diri atas sikapnya yang terburu-buru. Zaki dapat merasakan Yasmin mula berbaring di sisi. Isterinya itu tidur mengiring mengadapnya sambil lengannya dipeluk erat oleh Yasmin. 
Good night…” ditambah dengan ciuman Yasmin pada pipinya, hati Zaki semakin dihimpit rasa bersalah. Lama Zaki membiarkan Yasmin tertidur sebelum dia berani berpaling dan memeluk erat Yasmin di sisi.
I’m so sorry sayang….Zaki mengucapkannya di dalam hati dan dia dapat merasakan Yasmin membalas pelukannya erat meski isterinya itu kelihatan sudah begitu lena.
Meski pelukannya erat, Zaki masih tidak mampu melelapkan mata. Tengiang-ngiang bicara seorang lelaki yang menelefon isterinya tadi sehingga rasa marahnya membuak secara tiba-tiba.
Ketika Yasmin keluar meminta izin untuk melihat Dalya tadi, telefon bimbit isterinya itu berbunyi dengan pemanggil tanpa nama. Cepat sahaja Zaki mengangkat panggilan dan tanpa salam kedengaran suara garau seorang lelaki di hujung talian.
“Yasmin, is that you Min? Iqram’s here. Iq dah balik Min. Iq dah kembali ke Malaysia untuk Min dan Iq masih sayangkan Min….” 
“ Min…?”
“ Min masih dengan suami arwah Fathia? Sudahlah Min...keluarlah daripada hidup mereka dan kembali pada Iq….


****************************************************************************
am preety sure semua akan dok marahhh oii apesal dah setengahhh tahun berlalu baru nak update ni? puihhh! huuu so sorry my bad! otak jam. takde kesempatan masa. it can't be help! :')
i have changed it from cerpen to mini novel pasal tetiba rasa panjang. sorry once again and i love you! yaa its tou :)