PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Tuesday, October 11, 2011

Cerpen : Kau Ku Nanti (End)


            “ Eh sayang…..” Rafiq menggelebah tak tentu hala bila Zara muncul secara tiba-tiba.
            “ Abang cakap dengan siapa…?” Zara pelik dan mendekat namun terlopong sebaik melihat raut wajah seorang wanita yang bersama suaminya itu memang cukup dikenali.
            “ Syifa….??” Zara sungguh terkejut. Syifa pula sudah mula menggaru-garu kepalanya yang dilitupi tudung. Tersengih-sengih wajahnya bagaikan kerang busuk. Hei..sudahh, ada yang meletup kejap lagi ni kang…Syifa cuba menenangkan dirinya.
            “ Hai babe…..” Syifa menegur sahabat baiknya sepatah. Serba salah dia dibuatnya. Dikerling lelaki di sebelah tajam.
            “ Wait…kau cakap husband kau tak dapat cuti…? Kau cakap kau tak balik…?” Zara memang betul-betul keliru. Bertahun Syifa tidak bersamanya setelah mengikut suaminya yang bekerja sebagai jurutera ke Jepun. Dan sudah penat juga dia merayu Syifa untuk pulang daripada Jepun bagi menghadiri majlis perkahwinan, namun jawapan yang diterima selalau menyedihkan. Suami aku tak dapat cuti lah. Suami aku banyak kerja lah. Kelas aku pack lah…anak aku kecil lagi nak bawak balik naik flight lah…but what is she doing here…right now…?!
            “ Zara….”
            “ Tell me the truth…..!” Zara bersuara tegas.
Syifa menarik nafas dalam. Dia tahu Zara marah daripada raut wajahnya yang keliru itu. Syifa merasa bersalah tapi heii…kenapa nampak macam aku pulak yang kena…??
            “ Aku bohong je yang suami aku sibuk tu….” Syifa bersuara perlahan.
Hoiii…kau tu bersuara lah sikit. Syifa menyampaikan rasa serba-salahnya melalui gerak mulut kepada lelaki yang berpakaian pengantin di sisinya. Rafiq hanya mampu menjungkitkan bahu perlahan.
“ Bohong…? Kenapa nak kena bohong…? Aku harap sangat kau datang tau. Aku dah sedih gila bila kau cakap tak balik. Ni tiba-tiba ada kat sini, macam nak tercabut jantung aku tengok kau…” panjang lebar pulak Si Zara membebel.
“ Alaaa…aku tipu sunat je…..” Syifa menyenggol Rafiq yang masih diam di sebelahnya. Hoii lah mamat ni bila nak bukak mulut.
“ Yelaa point dia kat sini kenapa nak kena tipu ke bohong segala…?” Zara masih geram. Syifa menggigit bibir. Fine…kau tak nak reveal biar aku je yang reveal.
“ Pakcik ni lah…dia yang suruh aku bohong kau….” Syifa geram sehingga tanpa segan silu terus menendang kuat kaki Rafiq.
“ Aduhhh….! Heii kau ni kenapa nak tendang aku pulak….?” Rafiq perlahan menggosok-gosok kakinya. Isy…perangai tak berubah minah ni!
“ Yela…sebab kau lah semua ni jadi. Tengok Zara dah marah aku….” Syifa masih geram dengan Rafiq.
“ Aku ni pengantin, kau mana boleh marah aku…!”
“ Hello…….? Kau ingat jadi pengantin tu besar sangatlah sampai semua nak kena ikut kata kau…?”
“ Sekejap…!!” Zara mencantas bicara kedua manusia di depannya itu. Rafiq dan Syifa sama-sama memandang Zara dengan wajah cuak.
“ Pakcik maksud kau, suami aku…?” Zara memandang Syifa lama. Syifa akhirnya mengangguk perlahan.
“ Kau kenal suami aku….?” Syifa memandang Rafiq sekilas sebelum dia menganggukkan kepalanya lagi. Zara terlopong. Setahu dia, Syifa tak pernah tahu siapa Rafiq. Sedangkan dia pun tak tahu siapa Rafiq yang sebenarnya, takkan Syifa tau…?”
“ Sayang…..sekejap abang boleh explain…..” Rafiq sudah menggelabah bila Zara merenungnya lama.
“ Zara nak dengar dari mulut Syifa….” Zara bagaikan berjauh hati dan tidak langsung mahu mendengarkan Rafiq yang ingin membuka mulut berbicara dengannya.
“ Rafiq ni sebenarnya….”
“ Hoii….biarlah aku yang cakap. Kau tepi..!” Rafiq dengan kasar menarik lengan Syifa ke tepi agar dia boleh bersemuka dengan Zara.
Rafiq kemudian menggenggam erat kedua belah jemari isterinya.
“ Sayang….sebenarnya Syifa ni sepupu abang….”
“ Pardon….?” Zara bagaikan terpinga-pinga mendengar perkhabaran itu sehingga dia meminta Rafiq untuk mengulang semula. Rafiq menelan air liur kelat.
“ Syifa ni sepupu abang. SE-PU-PU….”
“ What….??!”
______________________________________________________________________________
            Cuaca petang itu mendung saja. Langit sedikit gelap namun tidak pula kelihatan hujan turun membasahi bumi. Hanya angin yang kuat bertiup menampar wajahnya. Membuat Zara bertambah gementar. Apatah lagi bila harus berada sebegini rapat dengan suaminya sendiri.
            “ Encik Rafiq….rapat sikit lagi….” Zara menoleh ke arah mamat photographer yang dok lah membebel daripada tadi. Setiap pose dikritiknya Zara kaku. Tidak seperti Rafiq yang dipuji kerana pandai bermain dengan kamera. Fotogedik konon!
            “ Zara nak kita stay sini sampai malam ke…? Hari dah nak hujan ni, baik Zara bagi co-operation pada kitorang….” walau hanya bahasa biasa yang ditutur Rafiq namun cukup romantic di pendengaran Zara. Heiii ni yang malas ni… Zara membuat muka lagi.
            Petang hari itu, Zara dan Rafiq menjalani outdoor photoshoot untuk album perkahwinan mereka. Memang ini merupakan perancangan mereka bersama dan jurugambar juga mereka pilih atas kesepakatan bersama. Namun sejak awal photoshoot ini Zara tidak betah dengan liuk lentok Rafiq padanya. Sudahlah hatinya masih sakit kerana ditipu mentah-mentah oleh lelaki itu! Jadi, bagaimana dia mampu memberikan kerjasama yang baik? Cuba cakap? Dan entah kenapa Zara rasa hatinya berdebar sedari tadi.
            “ Encik Rafiq…..!” Zara lihat photographer itu sudah hentak kaki.
            “ Ye……..” Rafiq menyahut.
            “ Rapat laaaaaaaaagiiii!”
            “ Fine……” Rafiq kemudian memeluk Zara lebih erat hinggakan wajahnya hanya seinci jauh daripada wajah Zara. Tapi Zara cepat-cepat memandang ke arah lain. Rafiq tersengih-sengih. Tahu malu! Ambik, siapa suruh marah aku lama-lama….Rafiq memang berniat mengacaubilaukan perasaan isterinya itu. Rafiq tahu Zara akan kalah padanya.
            “ Puan Zara…tangan tu letaklah kat bahu Encik Rafiq. Ini macam nak nyanyi lagu Negaraku aje….” Zara menjeling geram. Sudahnya photographer itu yang mendekat dan menyusun pose yang cantik. Nasib lengan aku ni berlapis…sukati je kau! Zara membebel dalam hati.
            “ Okey….nice! Macam ni eh. Tunggu…tunggu…..” Zara sangat tidak selesa dengan kedudukannya saat ini. Dikalih anak matanya memandang Rafiq sebentar.
            “ Okey rapat lagi….” namun secara tiba-tiba mamat photographer itu menolak tubuh Rafiq menyebabkan bibir Rafiq serta-merta menyentuh pipinya.
            “ Fuuhhhh…yang ni lagi nice! Hold dulu….hold….” Zara tergamam. Dan mukanya merah tiba-tiba. Mamat photographer itu pula tersengih mentertawakan Zara.
            “ Chill lah Puan Zara…kan dah halal….” usikan mamat photographer itu menyebabkan Zara semakin malu. Mamat ni dibayar untuk berkomplot dengan laki aku ke apa….??
            Zara cuba menjarakkan sedikit pelukan Rafiq namun tidak berjaya.
            “ Zara nak pergi mana…? Zara takkan boleh lari dari abang….” suara perlahan itu bagaikan menari-nari di telinganya. Zara jadi geli-geleman pula.
            “ Okey eh….” dari kejauhan mamat photographer itu menjerit membuat Rafiq lembut menyium pipi isterinya kembali. Digunakan kesempatan ini sehabis baik. Biarlah dikatakan dia cuba mengambil kesempatan. Ada aku peduli…?
            Zara pula walau tingkahnya cuba menolak namun dia tak mampu. Hanya dibiarkan sahaja perilaku suaminya itu.
            Lama mereka berkeadaan sebegitu sebelum secara tiba-tiba mereka rasa mamat photographer itu sudah dekat ditepi mereka.
            “ Sudahlah tu Encik Rafiq….kalau asyik pose macam ni bila kerja saya nak habis….?” poyo je muka mamat tu menyebabkan Rafiq terbatuk-batuk kecil. Cuba untuk melindungi dirinya sendiri.
            “ Urm….bro tangkap gambar kiss pipi je ke…?” Rafiq memandang photographer selamba.
            “ Gambar kiss kat tempat lain taknak tangkap…?” seselamba itu juga soalannya menyebabkan dia menerima satu tolakan kuat daripada Zara.
            “ Hei….gatal…!”
            “ Hehehe…saya on je Encik Rafiq, saya kan tukang petik je….”
            “ Eh…..tak payah. Tak payah….” namun cepat Zara mencelah.
            “ Kita proceed je terus….” dan cepat juga dia meminta photoshoot ini diteruskan. Mereng agaknya laki aku ni?
            “ Okay then…kita buat pose lain pulak…” photographer tersebut kemudiannya mengarahkan mereka melakukan pelbagai jenis pose yang kesemuanya adegan peluk semata!
            Zara rimas. Kejap peluk kat pinggang lah. Kejap peluk kat sini lah. Kejap kat situ lah. Hai Zara rasa bengang kerana Rafiq bagaikan sedia untuk melakukan semuanya sedangkan hatinya ni yang macam dah nak tercicir keluar, siapa nak tanggung?
            “ Abang photographer….!!” tiba-tiba Zara menjerit kuat.
            “ En…..cikkk photographer….” namun sempat dibetulkan panggilan Zara itu oleh Rafiq. Zara menjeling geram. Jealouslah tu aku panggil orang lain abang! Isy.
            “ Haaaa….encik photographer. Takde ke pose-pose lain yang tak menggunakan body contact dan adegan peluk-memeluk macam ni..?” Zara buat muka blur. Rafiq pula sudah lebar senyumnya.
            “ Owhh….ada! Puan Zara tak nak yang ada body contact ke…tak cakap dari tadi. Okay Puan Zara pergi sana sikit, tapi pandang belakang macam ni. Haa Encik Rafiq stay sini. Good!...” photographer itu masih tidak hilang semangatnya.
            “ Okey saya nak Puan Zara pandang mata Encik Rafiq dalam-dalam. Pandang….pandang….” Zara blur dengan arahan tersebut.
            “ Pandang sekarang lah Puan Zara…!” dan sergahan itu membuat Zara terkejut. Terus dihalakan pandangannya pada sepasang mata redup suaminya itu.
            “ Saya nak Puan Zara pandang dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang….” photographer itu bagaikan pengarah drama cerita cinta pula.
            “ Ingat ye Puan Zara… dengan cinta dan kasih sayang. Pandang lagi! Haaa…tambah lagi rasa kasih sayang tu, saya tak boleh rasa ni! Kalau saya tak boleh rasa, maksudnya gambar tak cantik nanti….” hati Zara membuku je mendengar omelan tersebut.
            “ Cuba buat macam Encik Rafiq tu, saya dapat rasa tau kasih sayang dan cinta hanya dengan pandangan mata dia tu….” Zara menyampah. Ini mesti dah kena sogok!
            “ Tadi kan Puan Zara taknak yang body contact….so kene lah buat pose eye contact ni betul-betul. Okay eh…pandang lama-lama…dalam-dalam. Bayangkan Encik Rafiq ni lah lelaki yang paling Puan Zara cinta….sampai akhir hayat Puan Zara. Dah takde lagi lelaki lain dah….” dan omelan mamat photographer itu bagaikan berjaya membuat Zara terbuai dengan perasaannya sendiri. Apatah lagi bila Rafiq di hujung sana begitu redup memandang matanya. Hanya dengan pandangan itu, Rafiq seolah menceritakan betapa dalamnya cinta dia pada Zara. Menyebakan Zara hanyut dengan pandangan itu.
            Selepas itu Zara bagaikan tidak sedar apa yang terjadi. Dia bagaikan dipukau. Setiap kata-kata photographer tersebut diikuti tanpa sekalipun pandangannya lepas daripada pandangan redup Rafiq. Sudah banyak sebenarnya pose yang mereka lakukan sehinggalah akhirnya Zara tersedar Rafiq memaut erat jemarinya.
            “ Sayang….jom, photoshoot dah habis….”
            “ Ha….??” Zara blur.
            “ Hujan renyai dah turun ni. Jom kita berteduh kat sana….” selepas itu Zara sudah tidak sedar. Dia hanya memerhati eratnya genggaman Rafiq. Zara terbuai sekali lagi apabila Rafiq menarik dia erat ke dalam pelukan untuk sama-sama menutup kepala dengan kot yang dipakai Rafiq tadi. Wajah mulus suaminya di sisi Zara tenung dengan penuh kasih. Dan tanpa sedar Zara bertindak menyium pipi suaminya. Namun entah rezeki atau apa, di saat yang sama Rafiq menoleh ke sisi menyebabkan bibirnya yang disapa Zara. Kaku terus keduanya di bawah hujan renyai itu sebelum Rafiq bertindak memeceah suasana.
            “ E’ehem….”
“ Kalau ye pun tunggu lah sampai rumah sayang. Ni kan tempat public….” usikan dan giat Rafiq memerahkan terus wajah Zara. Digigit bibirnya mengutuk diri yang lepas laku. Dicaci maki rasa hatinya yang tidak mampu dikawal. Dipalingkan wajahnya ke arah lain sebelum dia rasa Rafiq semakin erat memeluk bahunya.
“ I love you….” dan kata-kata itu menyapa telinganya diselangi bunyi rintik air yang membasahi bumi.
______________________________________________________________________________
            “ Jom lah sayang…..eh eh….” Rafiq tak henti memujuk.
            “ Tak nak lah….”
            “ Ala…pergi sekejap je dengan abang, takkan tak nak…?”
            “ Abang memanglah boleh cuti lama-lama. Tapi tadika Zara tu macam mana..? Zara nak kena jaga tau….”
            “ Hei….Zara ni kan susah sangat nak tinggalkan tadika dia tu….” Rafiq memuncung.
            “ Lain kali la honeymoon nya eh….” Zara berusaha membuat muka comel.
            “ Lain kali nanti abang pulak yang susah nak cuti….” Rafiq membantah.
            “ Then…tak payahlah pergi…” Zara masih bertegas. Rafiq menjeling. Hei…degil betul.
            “ Fine kalau Zara taknak pergi….tapi malam ni Zara kena ikut abang…”
            “ Nak pergi mana…?”
            “ Pergi rumah mak sedara pak sedara abang semua. Diorang semua nak kenal Zara….”
            “ Malam ni ke…?”
            “ Yelah malam ni…..”
            “ Malam lain tak boleh…?”
            “ Tak boleh! Malam ni. No kompromi!” Zara memuncungkan bibirnya sebelum melihat Rafiq berlalu pergi begitu sahaja.
______________________________________________________________________________
            Zara memisat matanya perlahan-lahan. Dia berusaha untuk bangun. Dipandang keadaan sekeliling. Kenapa gelap…?
            “ Abang…?” Zara yang masih mamai berusaha memanggil Rafiq. Namun Zara pelik melihat keadaannya yang tadi tidur di tempat duduk kereta Rafiq dengan pintu kereta bahagiannya yang terbuka besar.
            Zara dapat rasakan angin begitu sejuk membuatnya berusaha mengenalpasti keberadaannya ketika ini. Zara keluar daripada kereta. Zara tergamam kerana di depan matanya kini terdampar luas laut dengan pukulan ombaknya yang senada menghempas pantai. Zara semakin keliru. Dan dia cuak. Di mana Rafiq…?
            “ Abang….?” Zara semakin kuat memanggil. Dia kalih pada sweater yang menyelimuti tubuhnya semasa dia tidur tadi.
            Kata nak pergi rumah mak saudara, bapak saudara, tapi ni kat mana…?
            “ Abang…abang kat mana…? Janganlah main-main dengan Zara. Zara takut….abang…?” Zara kuat melaung. Dia rasa ingin menangis kerana dia langsung tidak melihat sesiapa ada di situ. Adakah kejadian buruk telah menimpa mereka tadi? Pantas Zara mengelilingi kereta suaminya, namun keadaan semua baik dan elok. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi…
            “ Abang, abang kat mana..? Kenapa tinggalkan Zara….?” Zara menerjah dalam sendunya.
            “ Hei…janganlah menangis. Abang ada kat sini…” Zara kalih sekeliling sekali lagi. Namun dia hanya dapat melihat ada cahaya yang teratur di sepanjang pantai. Kelibat Rafiq langsung dia tak nampak.
            “ Kat sini tu kat mana..? Abang jangan takutkan Zara….” Zara berusaha meraih simpati suaminya.
            “ Zara, abang ada tampal sticky note kat cermin kereta, pergi baca and follow the direction okay…..” klik! Tanpa pamit terus Zara dibiarkan terpinga sendirian. Zara pun tanpa menanti terus mencari sticky note yang dimaksud suaminya. Zara nampak dan dia tarik rakus pesanan itu.
            Dear My Love! There are 10 check points that will bring you to me. Every single check point will reveal everything about me that you don’t know. So, try to find and catch me dear.
            Zara berkerutan. Hanya itu pesannya..? Zara pantas terbalikkan sticky notes tersebut.
            Pergi ke pelita yang paling dekat dengan kereta abang. Jalan sikit please! =)
            Zara lihat keadaan sekeliling. Dalam kegelapan malam itu mudah untuk dia mengesan sebarang cahaya. Dan dengan pantas Zara dapat mencari pelita yang dimaksud Rafiq. Di sisi pelita itu dipacak satu kayu kecil dengan tanda Check Point 1. Dibelakang kertas check point itu Zara nampak ada pesanan yang tertulis. Dengan bantuan cahaya daripada pelita tersebut, Zara dapat membaca apa yang tertera.
            Korek sikit pasir bawah kayu ni. Then you’ll get the first story about me
            Zara menarik nafas panjang. Dia sebenarnya takut berada sendirian di situ, namun digagahkan juga hatinya itu. Dia melalukan seperti arahan yang tertera dan setelah mengorek sedikit pasir tersebut, Zara menjumpai sekeping kertas yang telah dilipat-lipat. Zara ambil dan isi kertas itu dibaca perlahan.
            The first thing ever yang Zara perlu tahu, abang dah kenal Zara lama. Bertahun lamanya dulu masa Zara masih jadi kawan seuniversiti yang rapat dengan Syifa. Syifa my cousin, remember…? Heee sorry sebab abang tak pernah cerita sepanjang kita tunang. Tak tahu nak cakap macam mana lah sayang. Abang tak boleh nak predict perasaan Zara masa tu jadi lebih baik abang simpan. Alah…bukan benda teruk pun yang abang buat…kan? Kan…? Love you.
            Ayat yang tergantung itu menyebabkan Zara berusaha mencari sambungannya dengan menterbalikkan kertas tersebut.
            Untuk sambungan sila ke next C.P. Cari next pelita tapi matikan dulu pelita abang yang kat sini ni. Buat habis minyak je nanti. Much love!
            Zara tergelak sendirian. Zara berusaha mematikan pelita yang ada. Sebenarnya ini bukanlah pelita biasa yang orang pasang masa hari raya tu. Tapi sejenis lampu pelita yang orang dulu-dulu selalu guna untuk rumah mereka. Yang siap bertutup dan Zara sendiri tak pasti apa namanya. Kalau tak bertutup takde maknanya lampu ni akan tahan lama lebih-lebih lagi kat tepi pantai macam ni.          
            Setelah itu Zara ke check point ke dua. Sebenarnya setiap pelita tersebut hanya diletakkan tidak berapa jauh dan disusun sepanjang pantai itu. Tahulah Zara kini, konsep game yang direka suaminya. Tidak susah untuk dia terus menjejaki rahsia suaminya. Setiap kertas yang dijumpai pada setiap check point dibaca perlahan.
            Check point kedua
            Masa ni abang kenal Zara hanya melalui cerita-cerita Syifa. Abang tak tahu siapa Zara, dan tak pernah tengok Zara. Owhh for your information, abang memang rapat dengan sepupu abang Si Syifa tu. Kami membesar bersama daripada kecil. Jadi certain thing pasal kawan abang, abang akan cerita pada dia, macam tu jugak dengan Syifa. Dan cerita kawan dia yang selalu dia gosipkan bila jumpa abang adalah kisah Zara. Cerita gadis biasa je, tapi dengan hidupnya yang berprinsip. Cerita gadis biasa je, tapi dengan pegangan hidupnya yang luar biasa. Cerita gadis biasa je, tapi yang tak pernah rela dirinya hidup terpengaruh dengan cinta usia muda. Cerita-cerita biasa ni lah yang seterusnya mengganggu hidup abang.
            Check point ketiga
            Daripada cerita-cerita ni, abang cakap pada Syifa yang abang nak kenal Zara. Tapi belum-belum dia dah suruh abang lupakan hasrat tu. Dia kata hentikanlah angan-angan tu, Zara tak kan terima sesiapa selagi Zara tak habis belajar dan belum tiba masa yang tepat. Betul ke sayang? Ke Si Syifa tu bohongkan abang je? Haha fine at last abang ikut lah jugak cakap makcik tu pasal dia rapat dengan Zara kan. Nak tak nak abang kenalah follow! =)
            Check point keempat
            Abang berusaha yakinkan Syifa yang abang memang berniat baik pada Zara. Tapi dia tak pernah sokong abang. Dia kata Zara ni perempuan baik-baik. Dia suruh abang betul-betul tanya hati abang. Dia suruh abang buat Solat Sunat Taubat lah…Solat Sunat Istikharah…Solat Hajat. Pendek kata completelah pesan si nenek tu. Dia kata kalau betul abang berniat baik, satu masa nanti akan ada ruang dan jalan ALLAH bagi pada abang. Sayang tau lah kan si nenek tu kan ke macam ustazah. Tapi abang bersyukur ada Syifa sebagai sepupu. Dia selalu guide abang benda-benda agama ni. Dia dah jadi macam adik abang. Eh..apa cerita pasal si nenek tu pulak? Tukar-tukar!
            Check point kelima
            Bertahun lamanya abang tak tau pasal Zara. Syifa pun da terbang ke Jepun ikut husband dia. Tinggallah abang kat sini sorang, masih mencari yang kurang pada diri ni. Tapi dari sehari ke sehari, abang rasa gerak hati abang betul. Abang nekad untuk jadi stalker profesional. Melalui facebook Syifa abang cari facebook Zara, dan dari situ abang tau Zara masih available. Hoiii…masih cerah peluang abang. Abang contact Syifa kat Jepun tapi sayang nak tahu apa yang abang dapat…? Dia langsung taknak bagi info pasal Zara. Syifa suruh abang banyak pergi dengar ceramah agama kat masjid lagi adalah. Agaknya dia tak percaya abang mampu jaga kawan baik dia ni kot..?
            Check point keenam
            Entah rahmat apa yang ALLAH bagi pada abang, one day ni Syifa contact abang. Tak pun sebab dia dah boring dengar abang merengek setiap hari pasal Zara, akhirnya dia reveal jugak benda-benda penting pasal Zara. Hehe. Firstly yang dia bagitau, kalau nak Zara abang kena yakinkan umi dan ayah Zara dulu. Sebab Zara bukan jenis yang senang untuk diajak berbincang soal hati melainkan benda tu datang daripada parents Zara…abang rasa benda ni betul kan…?
            Check point ketujuh
            Mulalah abang rangka strategi untuk kenal umi dulu. Setiap hari abang terpaksa pergi pasar dan buat-buat terlanggar umi tau! Takpun abang buat-buat beli sayur atau ikan untuk bayar sekali harga sayur dan ikan yang umi beli. Sweet stalker tak abang…? Sweet kan…? Umi yang ramah dan jujur tu mesti tak tahu rancangan abang kan..? Takpelah nanti abang terus terang tapi tunggu rayalah boleh minta maaf sekali. Hee
            Check point kelapan
            Dari sini abang rasa Zara dah dapat teka kot…? Melalui umi abang suarakan hasrat untuk pinang Zara. Mula-mula umi terkejut, hei tapi ni Rafiq lah! Anak yang berbudi bahasa macam abang kan memang senang nak ambil hati orang tua. No just kidding! =) Abang ikhlas dan abang sebenarnya kagum tengok cara umi dan ayah besarkan Zara tiga beradik yang semuanya perempuan. Caranya cukup berhemah mengunci terus hati abang untuk lebih kenal dekat dengan umi dan abah.
            Check point kesembilan.
            Ni check point terpenting tau sayang. At the end kita pun tunang dan kahwin. And then, here we are now! So is there anything yang sayang nak luahkan pada abang..? Try to find me dear…at the last check point.
            Selepas selesai membaca kesembilan-sembilan cerita luahan hati suaminya itu, Zara kalih sekeliling. Cuba mencari pelita terakhir tapi tak kelihatan.
            “ Abang….?” Zara berusaha memanggil Rafiq. Namun Zara pasti usahanya itu hanya sia-sia. Zara terus berusaha mencari namun secara tiba-tiba Zara dengar sayup-sayup sebuah lagu berkumandang entah dari mana.
            Zara amati lagu itu dan Zara pasti lagu itu darang daripada Rafiq. Lagu nyanyian Ungu dan Rossa itu sering ‘disumbangkan’ Rafiq untuknya semenjak mereka hidup bersama. Zara mencari Rafiq dengan bantuan lagu itu. Sehinggalah Zara melalui satu batu besar yang ada di situ dan akhirnya Zara dapat lihat kelibat suaminya yang sedang elok duduk di atas pasir ditemani pelita terakhir. Zara menarik nafas panjang. Sedikit lega kerana akhirnya Rafiq ditemui. Pantas Zara bergerak mendekati suaminya itu.
            Rafiq yang perasan akan kehadiran Zara perlahan bangun dengan senyuman melebar di bibir. Rafiq tidak tahu sama ada kaedah ini berkesan atau tidak untuk menjernihkan segala kisahnya yang tak pernah Zara tahu. Namun Rafiq tahu dia perlu melakukannya, dia perlu meluluhkan hati Zara untuknya dan dia tahu dia kini sedang berjaya melakukannya apabila Zara menghampirinya dengan senyuman.
            “ Dekat check point ni ada cerita apa pulak…?” ringkas pertanyaan Zara.
            “ Takde cerita apa-apa….” mengundang tawa di bibir Rafiq.
            “ Then….?” Zara tarik kening.
            “ Kat sini ada abang. Maksudnya Zara dah dapat abang…..” Zara mencebik bibir kemudiannya. Walau dalam hati dia menjerit sakan mengenang usaha Rafiq untuk mendekatinya.
            “ Ada apa-apa yang Zara nak cakap pada abang….?” berubah tiba-tiba intonasi suara Rafiq membuat Zara sedikit canggung untuk berbicara.
            “ Frankly speaking Zara rasa ALLAH tu baik sangat…..” Rafiq tarik kening mendengar bicara Zara pada mulanya.
            “ Zara tak tahu apa benda baik yang Zara dah buat, sampaikan penantian Zara selama bertahun-tahun untuk mendapatkan seorang suami dengan cara yang baik, ALLAH kabulkan sekelip mata….”
            “ Zara akui selama ni Zara menanti seseorang. Seseorang yang Zara tak tahu siapa dia, kat mana dia, macam mana rupa dia….yang jauh dalam lubuk hati Zara tau ALLAH simpan dia untuk Zara. Dan hati Zara pun Zara memang simpan untuk dia…dia yang Zara nanti untuk jadi suami Zara. Dan muncul sekarang depan mata Zara, orang tu adalah abang……”
            “ Kita tak boleh nak jangka apa yang bakal berlaku dalam hidup kita lepas ni. Zara tak berani nak janji untuk kekal hidup dengan abang. Soal ajal, maut, jodoh….tu semua ALLAH pegang. Tapi Zara nak yakinkan abang, insyaALLAH abang adalah orangnya yang Zara selalu doakan lepas solat. Jodoh yang Zara mintak ALLAH jaga dia untuk Zara….”
            Rafiq tersentuh mendengar bait bicara isterinya. Nyata ucapan telus seperti ini lebih menusuk ke kalbu berbanding caranya meluahkan rasa hati melalui kertas dan pena semata. Ahhh…namun Rafiq tak kisah semua itu. Yang penting hidupnya kini ada Zara. Seseorang yang juga sering dia nanti sejak lama dulu.
            “ Sekejap….!” Zara tiba-tiba memecah kebisuan Rafiq
            “ Mana rumah mak sedara, bapak sedara abang…?” Rafiq tersengih-sengih mendengar soalan itu.
            “ Ada…tapi bukan kat sini….” Zara menjeling Rafiq perlahan.
            “ Ei…kaki kelentong betul…!”
            “ Ala sayang...sekali-sekala je….”
            “ One more….”
            “ Apa abang bagi kat Zara sampai Zara tak sedar langsung abang drive ke pantai mana entah ni. Zara rasa lama Zara tertidur. Cuba abang cakap apa yang abang campur dalam air yang abang bagi Zara minum tadi….? Cakap!” Rafiq menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            “ Ala….tu ubat-ubat biasa je. Abang ambil kat klinik….”
            “ Ubat-ubat biasa…..?!” Zara terlopong. Heiii memang payah kalau ada doktor dalam dunia yang selalu menyalahgunakan ubat macam laki aku ni.
            “ Ubat apa….?!” Zara mendekati Rafiq dan dipukul suaminya itu lembut dengan kertas-kertas yang banyak dipegangnya sedari tadi.
            “ Alah…ubat tidur je pun, bukan apa sangat…”
            “ Ubat tidur je pun……?! Isy…abang ni kan….” Zara pantas mengejar Rafiq yang sudah sedikit menjauh darinya itu.
            “ Ala sayang…..ubat tidur bukan boleh bawak mati….” Rafiq menjerit daripada jauh menyebabkan hati Zara membuku.
            “ Yelah abang tu…kalau Zara kiok tadi…? Abang akan disabitkan bersalah atas cubaan membunuh tau….”
            “ Hesyyyy! Apa melalut sangat tu….” Rafiq pantas berhenti daripada terus berlari.
            “ Dah tak payah nak marah sangat. Daripada sayang dok mengamuk pasal ubat tidur yang tak penting tu baik teman abang jalan-jalan…jom….” Rafiq pantas mendekat dan mencium dahi Zara lama sebelum tubuh isterinya itu dipeluk erat.
            “ Nak pergi mana….?”
            “ Jalan-jalan kat sini….kat tepi pantai ni….”
            “ Tak nak lah….sejuk kat sini. Sweater abang tadi tertinggal kat kereta…” tidak semena-mena Zara bersuara manja meliuk lentok pada suaminya.
            “ Ala….abang kan ada….”
            “ Abang boleh buat apa…? Zara sejuklah….”
            “ Abang boleh hilangkan rasa sejuk. Dah jom…..” perlahan Rafiq memeluk erat bahu Zara dan dielus-elus lengan isterinya yang masih sejuk walaupun sudah memakai baju lengan panjang.
            Zara pantas tersenyum mencuri pandang suaminya di sisi lama. Zara rasa dia tidak silap. Memang Rafiqlah selama ini yang dia nanti dan bukan Syahfirul.
            Zara kemudian terus berjalan beriringan dengan Rafiq, menikmati keindahan malam dan kesejukan air laut di tepi pantai itu.
************************************************************************************
~maaf kalau cerita ni tak seberapa. maaf juga kerana lewat, few days ni busy dengan interview kerja. so what say you about Kau Ku Nanti..?~

15 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

alohhh.
rafiq ni tersangatlah sweet.
haisssyhh.

waniey said...

cerpen ni sgt lh best t'utama last part ni!!! thniah 4 really great effort...love it!!! rafiq t'sangat lh sweet...

Kak Sue said...

Terbaik... x memeningkan orang yang membaca nya..
mudah difahami..... terpenting sweet sangat Zara dan Rafiq....
TQ

~ZYX~ said...

sangat awesome!!!!! at last tahu gak cerita disebalik kemunculan rafiq ni.....suke2...

Anonymous said...

best.sweet je cerpen ni.

iman said...

best sgt2!! x nk bt SE ke hehe

garlic said...

hohoho..sweet bak gegula kapas>>sempoi sgt..moga sukses dlm interview akn dtg :))<< nak crita KKK bley?:)

Siti Nurazimah said...

best cerpen ni..tahniah..

gadis jiwang said...

cute,sweet dan romntiknya rafiq.....
suka3...
pls buat special n3 utk cerpan nie.....

aien Ayin said...

@kesengalan terserlah: kan zatie! haisyy

@waniey: hee tq tq! C.B pn love it bila waniey suke!..:)

@sue : welcome n tq too sbb spend time bce:)

@~ZYX~ : awk pn awesome!! me loike..:)

@anon : hee thanx! :)

@iman : hehe tq! btw SE tu ap eh? siyes taktau..=)

@garlic : oh how sweet perumpamaan itu! hee iv da lepas, sume C.B taram. nyiahaha tq eh! oh dear nnt ad idea C.B smbg KKK eh..:)

@aizawa : hee tq. truskn mmbce:)

@gadis jiwang : me pn loike rafiq! ohoohoii. oh special n3? ayakk kene rebus idea dlu. i will klw idea ad k..XOXO :)

Anonymous said...

suke sangattttttttt...citer ne best!!!!!thumbs up to writer...klu bley sye pon nak macam ne >_<

gadis jiwang said...

x tahu knp saya dh suka sgt kat citer nie sampai dh byk kali baca citer nie.....cute sgt...

Anonymous said...

part akhir ni sy ska sgt..romantik...mcm main cri hrta karun pl..hehe..btapa sweetnya bla sdh ada yg halal utk kta..trus rsa nk lelaki romantik dn mnjga adab sopan macam rafiq ni..hehe..

Anonymous said...

gileee best!!!!!!!!!!!!!!!!sweet sesangat la

Anis said...

best!!! awesome!!! inspired me to be like her :)

Post a Comment