Durra serba salah. Walaupun Iz kata mahu menjaganya hingga ke akhir hayat, kata-kata itu masih belum mampu meredakan keresahan Durra.
“ Simpan semuanya. Tak perlu cerita pada siapa-siapa….” Anisa menelan air liur. Bicara yang sama diutara Baim dulu.
“ Ibu dengan abah…..?” Durra melihat suaminya yang tenang memandu dalam perjalanan pulang ke rumah orang tua mereka. Malam tadi setelah Durra menceritakan perkara yang sebenar mereka terus bermalam di apartment milik Iz.
“ Tak payah. Dengar cakap Iz…..!” tegasnya bicara itu sedikit mengusik hati Durra. Benar. Kini dia tidak berhak untuk bersuara banyak dan meminta itu ini. Iz masih sudi untuk menerimanya yang kotor ini sudah satu rahmat besar daripada ALLAH. Durra memandang ke luar tingkap. Nafas yang dalam ditarik.
“ Durra isteri Iz. Iz tak nak aib Durra dijaja orang lain. Biar kita simpan sendiri ye…? InsyaALLAH cerita ni takkan sampai pada siapa-siapa pun…..” elusan lembut Iz pada jemari Durra yang dilihat sedikit keruh wajahnya itu menenangkan sedikit hati Durra.
“ Terima kasih…..”
“ No more thanks, please…..?” anggukan Durra mengundang senyum di bibir Iz.
“ Baby ni…..?” pertanyaan senada ini menyesakkan sedikit hati Iz. Dia sebenarnya masih tidak rela menerima hakikat isterinya sedang mengandungkan benih orang lain! Tapi apa daya yang dia punya…? Meski pahit dia harus belajar untuk menelan mentah-mentah semuanya itu!
“ Tak perlu cakap dulu. Nanti diorang syak….tak sampai seminggu kita kahwin, takkanlah….”
“ Habis takkan nak tipu…?” cepat Durra memotong.
“ Bukan tipu sayang. Kita hold dulu. When the right time comes, we’ll tell everyone, okay…..?” penyudahnya Durra hanya mengangguk. Betul juga kata Iz. Kalau diberitahu sekarang sah-sahlah semua orang akan tahu dia sedang mengandungkan anak haram.
Tanpa sedar mereka sudah ada di depan rumah orang tua mereka. Langkah yang tenang cuba diatur keduanya.
“ Buat macam biasa tau…..” sekilas pesanan itu menampar gegendang telinga Durra.
“ Mak Cu………..!” semua yang ada di situ berpaling sebaik mendengar Apit menjerit kecil.
“ Hoi pengantin baru! Pergi mana ni sampai tak balik …? Lepas tu tak pandai pulak nak call rumah kan…..” tanpa menanti Sha terus menerjah abang dan kakak iparnya itu. Sudahlah keluar tadi malam kelam-kabut dengan Durra yang tiba-tiba pengsan. Tapi setelah keluar satu berita pun tidak diterima oleh sesiapa pun di rumah ini yang kalut menanti orang-orang yang tidak kunjung pulang.
“ Durra okay ke sayang…..?” kali ini Puan Nurzah pula bertanya.
Durra sesak sekejap dengan pertanyaan demi pertanyaan yang diberikan. Tak sempat dia nak jawab. Duduk pun belum lagi. Genggaman erat Iz bagai menyalurkan kekuatan buat Durra agar terus berkelakuan seperti biasa.
“ Please everybody…. kot ye pun bagilah we all duduk dulu, boleh…..?” tenangnya Iz ingin menceriakan suasana.
“ Mak Cu pergi mana….?” Apit merapati ibu saudaranya yang kelihatan lemah itu. Duduk di riba Durra dengan kepala yang dipalingkan ke atas.
“ Tak pergi manalah sayang. Apit nakal tak Mak Cu takde…..?”
“ Mana ada nakal. Apit budak baiklah…..” Durra tersenyum kecil. Dia tahu itu.
“ Tidur mana Iz….?” Iz berpaling ke arah ibunya.
“ Apartment Iz bu…”
“ Yang korang nak masuk hujung minggu ni….?” Iz mengangguk.
“ Kenapa tak balik…? Risau tau ibu pasal Durra….” Puan Nurzah berkerutan dahinya. Iz tersenyum sumbing.
“ Alaaa ibu ni, nak risau buat apa. Durra dengan Iz kan….kot lah Iz nak buat apa-apa pun, apa salahnya…..” panas muka Durra mendengarnya. Pandai Iz mencari alasan. Durra mengeluh dalam hati. Sha pula senyum mengejek.
“ Isy….tak senonoh!” Iz menjelirkan lidah ke arah Sha.
“ Jealous…..!”
“ What for…..?”
“ Baiz pinangkan Ayie untuk Sha nak…? Nanti takdelah Sha jealous dengan Baiz….”
“ Hei….mengarut betul!” Sha kemudian terus naik ke biliknya. Sebenarnya dia mahu menutup merah wajahnya. Memanglah dulu dia sendiri mengaku pada Baiznya yang dia gilakan Ayie. Tapi semenjak dia mengambil langkah untuk berubah sedikit demi sedikit ni, takkanlah dia masih nak jadi perempuan tak tahu malu mengejar cinta lelaki. Hei…ada abang kalau mereng memang susah!
Iz hanya memandang Sha yang kalut menaiki tangga. Nafasnya ditarik dalam. Kalau dulu Sha tempat dia bercerita segalanya, berkongsi semuanya, susah atau senang, baik atau buruk, Sha selalu ada untuknya. Tapi untuk hal Durra ini, meski dia perlukan sokongan tak mungkinlah akan diceritakan pada adiknya itu. Dia tahu Sha penyimpan rahsia yang baik tapi Durra isteri yang perlu dijaga aib dan segala kekurangannya.
“ Iz…..ibu tanya ni dengar ke tidak….?” Iz tersentak seketika. Dipaling ke sisi, Durra sudah tidak ada. Mungkin sudah ditarik Apit ke mana-mana.
“ Apa bu….?” Iz mengembalikan pertanyaan kepada ibunya.
“ Ibu tanya kenapa Durra tu pengsan tadi malam? Ibu belum sempat tanya Apit dah ajak dia pergi dapur….”
“ Owh….takde apa bu. Tak cukup rehat je….nothing serious. Don’t worry eh……”
“ Ibu tak percaya dengan Iz ni tau, sebab tu ibu risau…..”
“ Isy…. janganlah macam tu sangat risaunya ibu oii…”
“ Dah makan belum ni….?”
“ Dah…..” Iz tersenyum manis.
“ Iz betul ke nak pindah ni…?”
“ Betullah ibu….kenapa…?”
“ Cepat sangat nak pindahnya. Dah stabil betul ke ni…? Duduklah sini dulu tiga empat bulan. Stabilkan kewangan kamu tu dulu, biasakan hidup dengan Durra, lepas tu baru pindah….” eh ibu aku ni! Kalau dah namanya kerja dok mengadap akaun, memang tak lepas daripada fikirkan hal kewangan anak-anaknya.
“ Bestlah jugak dengar kalau ibu kata nak bagi duit if Iz tak cukup duit. Ini setakat suruh stay sini je bukan boleh bertambah simpanan Iz pun……”
“ Amboi mulut….selama ni bukan ibu ke yang tanggung makan pakai awak wahai Zaim Izzduddin……?” Puan Nurzah geram.
“ Tak! Abah yang tanggung……”
“ Hei, budak ni kan………..!!” kemudian Iz cepat-cepat lari menjauh sebelum ibunya berbuat sesuatu yang tidak terduga.
“ Ibu lapar ni…….” Puan Nurzah mendengar jeritan Iz dari jauh.
“ Tadi kata dah makan…..?” Puan Nurzah geram.
“ Ala mana sama lauk kedai dengan lauk ibu. Cepatlah bu……” Puan Nurzah akhirnya bangun juga untuk melayani anak jantan yang sudah tua tapi perangainya masih kebudak-budakkan.
“ Hei….harap-haraplah Durra tu tak pening nak melayan Iz yang mengada-ngada ni….” Puan Nurzah membebel-bebel
.
“ Ala nak manja sikit pun tak boleh. Nanti ibu rindu Iz….tengoklah!”
“ Isy…..tak kuasa….!” Iz tergelak besar mendengar bicara ibunya. Langkah wanita tua itu dituruti daripada belakang.
******************************************************************************
“ Abang….. janganlah…..” Durra merayu Iz yang hanya diam tidak berkutik sambil ralit membetulkan tali gitarnya. Di sisinya ada drawing scale yang sedang berselerak.
“ Abang…. Durra cakap dengan abang ni…..” suara Durra naik sedikit. Iz menarik nafas dalam.
“ Apa masalahnya….? Kita bukan nak tinggalkan dia terus kat sini….” Iz menjawab dengan sangat lembut. Dia tahu Durra sedang marah ketika ini.
“ Tapi abang buat keputusan sendiri…..”
“ Kalau Iz cakap Durra takkan setuju, Iz tahu sangat dah…..”
“ Tapi Durra tak biasa berpisah dengan Apit. Kenapa abang setuju bila ibu suruh letak Apit kat sini….?” sungguh Durra berkecil hati dengan keputusan Iz itu. Tanpa berbincang dahulu pulak tu!
“ Durra……” Iz perlahan menyebut nama isterinya. Gitar di tangan diletakkan di sisi.
“ Iz bukan nak pisahkan Apit daripada Durra. Rumah kita tak jauh mana, nanti every weekend Iz janji Iz bawak Durra balik sini ye……?”
“ Tapi Apit anak saudara Durra. Kenapa nak serahkan tanggungjawab menjaga dia pada keluarga abang pulak…..?” Durra masih tak puas hati. Iz tidak suka mendengarnya.
“ Keluarga Iz…? Keluarga kita sayang…..” Iz membetulkan bicara isterinya. Arghhh…apa-apa ajela! Durra membuku. Hatinya sakit ketika ini.
“ Abang tahu kan even Kak Min mintak pun Durra tak bagi Apit pada dia….inikan pulak nak tinggalkan Apit kat sini…..”
“ Hei….teruk sangat ke family Iz ni…..?” tiba-tiba Iz pulak merasa panas. Nak disamakan Jasmin yang hanya sekali dilihat dan tidak tahu adab sopan itu dengan keluarganya..? Isy….janganlah nak menyakitkan hati aku pulak wahai isteri….
“ Tak….bukan macam tu…..” turun terus nada suara Durra. Sedar bicaranya sedikit kalut. Tanpa sedar matanya sudah panas bergenangan dengan air mata.
“ Dari kecik tangan Durra ni yang besarkan dia….abang tolonglah faham…..” setitis demi setitis air matanya jatuh. Iz terdiam sebentar.
“ Iz buat ni untuk Apit jugak. Iz pun sayang dia……” perlahan Iz mendekati Durra yang duduk di atas lantai. Tadi hanya dia yang duduk seorang di situ. Mahu menyelesaikan sedikit tugasannya. Tapi melihatkan Durra yang sedang mengandung duduk di atas lantai, tidak sampai hati pula dia.
“ Jom duduk atas…. sejuk ni. Tak elok…..” Iz menarik lengan Durra tapi Durra mengeraskan tangannya. Tidak mahu menurut. Tidak mahu bangun desakan hatinya yang sakit!
“ Durratul Suraya…..!” suara Iz yang menekan nadanya keras menyebabkan Durra bangun juga. Dengan rembesan air matanya yang semakin laju. Iz dudukkan Durra di atas kerusi di meja kerjanya. Kerusi di meja solek isterinya pula ditarik untuk dia duduki.
“ Listen here carefully dear…..” Iz mencari telapak tangan Durra. Digenggam jemari isterinya itu.
“ Durra dengan Apit baru aje datang duduk kl ni. Tak biasa lagi. Nanti bila pindah rumah baru tu pulak kita berdua kerja…Apit siapa yang nak jaga….? Takkan nak tinggalkan dia sorang kat rumah….? Memanglah pagi dia sekolah…petang….?” Iz cuba menggunakan pendekatan berdiplomasi.
“ Durra boleh bawak dia pergi tempat kerja lepas balik sekolah. Durra tak rasa pun benda tu susah….” Durra menggenggam erat jemari Iz. Berharap suaminya itu memahami apa yang ada di dalam hatinya. Dia hanya tidak mahu berpisah dengan Apit….titik!
“ Durra cuba bukak sikit fikiran tu…pandang yang elok. Ibu nak Apit stay sini sebab kat sini ada orang boleh tengok dia setiap masa. Abah start kerja petang, Dikya ada kat rumah lepas balik sekolah, even Sha pun selalunya tak ada kelas petang. They all together will take a good care of our beloved Apit. Belive me….eh….?” Iz mencari anak mata Durra.
“ Abang tak suka ke dengan Durra…? Sampaikan abang tak fikir perasaan Durra….tak bagi peluang pada Durra untuk buat keputusan. Abang kalau dah benci Durra lepas tahu cerita sebenar, tak payah nak lepaskan semua pada Apit pulak….” tegak duduk Iz mendengar bicara yang tidak disangka-sangka itu. Kenapa jauh sangat melencongnya ni….?
“ Apa yang Durra merepek ni…..?” berkerutan dahi Iz cuba menafi sangkaan isterinya itu yang jelas lagi nyata memang jauh meleset! Tapi belum sempat dia bercakap Durra bergerak pantas ke bilik air. Iz mahu mengikut tapi kakinya bagaikan kaku.
Iz dengar daripada luar Durra muntah-muntah di dalam. Tapi Iz tahu Durra sedang berkecil hati dengannya. Tak mungkin diizinkan jika dia nak membantu. Sudahnya Iz hanya menanti di luar, memerhati Durra yang perlahan keluar daripada bilik air, naik ke atas katil dan menyelimuti badannya. Iz menarik nafas dalam. Tiada sepatah kata keluar daripada mulut Durra
.
Iz pandang jam sekilas. Kemudian dia kembali duduk di bawah, mengemas drawing scalenya dan diletakkan di atas meja. Begitu juga dengan gitar yang diletak dan disimpan di tempat biasa. Iz akhirnya menutup suis lampu dan bergerak juga ke katil. Dia tahu hati itu perlu dipujuk.
Durra yang merasa Iz berbaring di sisinya hanya kaku. Diam. Dia bukannya mahu tidur tapi kepalanya sakit memikirkan bagaimana lagi Iz harus dipujuk untuk tidak membiarkan Apit di rumah ini tanpa mengikut mereka. Durra menyeka perlahan air mata yang jatuh ke pipinya. Durra tidak pasti sama ada dia yang terlebih sensitif atau perkara begitu sememangnya perlu ditangisi.
Iz berbaring menghadap Durra yang membelakanginya. Iz tahu dia yang perlu mengalah. Dia menarik perlahan Durra menghampirinya. Tubuh itu walau tetap kaku tanda protes tidak pula membantah. Hanya mengikut apabila ditarik. Dan dia memeluk tubuh itu kejap daripada belakang.
Durra hanya membiarkan. Dia sudah tidak kisah. Fikirannya perlukan ketenangan ketika ini. Durra merasa tangan kasar Iz memeluknya daripada belakang sehingga jemari suaminya itu terhenti pada perutnya yang sudah berisi itu. Semakin pecah tangis Durra yang cuba ditahan.
Iz rasa gegaran tubuh Durra yang sedang teresak-esak menangis itu. Hatinya semakin sayu. Perut Durra diusap perlahan..
“ Apit tak boleh tahu Durra pregnant……” perlahan Iz memecahkan kesunyian. Durra hanya menadah telinga mendengar.
“ Perempuan waktu awal preganancy macam Durra ni selalu akan muntah-muntah. Kalau Apit duduk dengan kita dan dia tengok keadaan Durra macam ni, kita nak cakap apa kalau dia tanya…..?”
“ Kalau dia bukak cerita pada ibu dengan abah macam mana….?”
“ Kan kita nak rahsiakan dulu daripada semua orang….” Iz terhenti seketika. Menjelas apa yang berlegar dimindanya.
“ Iz buat ni untuk kita….untuk Durra sayang. Durra kena percaya Iz takde niat nak pisahkan Durra dengan Apit. Tak terlintas pun sayang…..” Iz menarik nafas dalam.
“ Dan Iz tak pernah bencikan Durra……”
“ Nanti bila kita dah beritahu pada semua pasal kandungan Durra, kita akan bawak Apit tinggal dengan kita ye…?” Iz perlahan memujuk.
“ Abang janji….?” Iz dengar perlahan suara Durra bertanya. Senang dia mendengarnya.
“ Ye…. Iz janji! Jangan nangis lagi ye…..?” Iz merasa anggukan di kepala Durra yang dipeluk. Dan perlahan kepala itu dicium daripada belakang
******************************************************************************
“ Huiiiiiiii….cantiknya rumah Baiz…!” Sha memandang sekeliling. Susun atur dah macam kondo padahal apartment biasa je pun. Sha memandang abangnya sekilas yang sibuk mengangkat kotak. Terlahir senuym di bibir melihat hidup abangnya yang dahulu kelam kabut kini sudah berisi dan terarah.
“ Hello Cik Sha yang cantik, gebu dan menawan. Speaking of an interior designer punya rumah, for sure decoration nya superb….!” Iz melangkah dengan muka berlagak. Sha mencebikkan bibir.
“ Dikya tak percaya la. Baiz ke yang deco rumah ni….?” adik bongsu mereka pula menyampuk. Encik Ahmad dan Puan Nurzah tergelak.
“ Eh…Dikya ingat Baiz pandai buat apa je….?”
“ Urm….pandai clubbing, keluar pagi balik malam, habiskan lauk kat rumah, melalak tengah-tengah pagi dengan gitar kapak Baiz. Haaa yang tu Dikya tau la…” amboi amboi amboi sedapnya berbahasa! Iz menjeling geram.
“ Hesy….mulut tu kalau jangan jujur sangat tak boleh ke…..?” Durra hanya tersenyum manis melihat telatah suami dan adik-adik iparnya itu.
“ Kalau Baiz ni tak pandai nak decorate rumah sendiri, buat malu je company dia ambik dia kerja…. kan Iz…?” kali ini celahan Puan Nurzah mengukir senyum di semua bibir.
“ Mak Cu tinggal sini….?” Apit yang diam sedari tadi tiba-tiba bersuara.
“ A’ah sayang…..sini duduk dengan Nek Zah…” Puan Nurzah pantas menjawab. Ditarik Apit duduk dengannya. Tidak mahu anak kecil itu terasa hati meskipun dia terima setelah diberitahu dia tidak akan ikut tinggal di sini.
“ Apit duduk dengan Nek Zah ye. Apit baik kan…? Kesian Mak Cu nanti dia kerja macam mana nak jaga Apit……”
“ Takpelah Apit tak kisah. Tapi tiap-tiap minggu Mak Cu janji datang jumpa Apit kan….?” kedengaran ceria saja suara anak kecil itu melegakan sedikit hati Durra yang gundah gulana.
“ A’ah. Nanti Pak Cu balik dengan Mak Cu…Apit jangan nakal tau…?” Iz pula mencelah. Membiarkan dia sahaja yang berjanji pada anak kecil itu kerana dia juga yang menginginkan semua ini.
“ Apit…. jom ikut Mak Cu…” Iz memerhati Durra yang memanggil Apit untuk dekat dengannya. Entah mahu ke mana. Mungkin mahu duduk berdua sahaja memberikan pesanan-pesanan pada anak buahnya itu. Iz membiarkan sahaja sambil terus mengangkat kotak-kotak yang dibawa.
“ Jadi Durra kerja Iz…..?” Iz menoleh apabila ibunya bertanya
“ Jadi bu….”
“ Kat butik tu…?”
“ A’ah…. dekat mall yang dekat dengan office Iz….”
“ Pergi kerja naik apa….?”
“ Iz hantar lah bu. Iz tak berani nak bagi lepas. Dia tak tahu sangat jalan kat sini…”
“ Yela…. ibu pun sebenarnya nak cakap benda yang sama tadi….”
“ Alahai… macam lah Iz ni tak boleh fikir mana yang baik ibu ni pun….”
“ Kamu tu bukan boleh percaya sangat…..” Iz terdiam. Kerap kali juga rasanya ibunya berbicara seperti itu.
“ Kalau Baim yang jadi kahwin dengan Durra, mesti ibu takde pesan macam-macam pada dia macam mana ibu pesan pada Iz kan…..?”
Sha tertoleh ke belakang. Dia memerhati raut wajah abangnya itu. Nadanya kedengaran sedikit berbeza. Air mukanya juga berubah seketika.
******************************************************************************
“ Baiz ada apa-apa yang nak dishare dengan Sha ke…..?” Sha bertanya serius. Iz memandang adiknya lama. Kemudian diperhati kereta yang lalu lalang melintasi café tempat dia dan Sha minum petang. Sudah seminggu dia berpindah dan tiba-tiba petang ini Sha mengajaknya keluar.
“ Kenapa cakap macam tu…..?” Iz bertanya kembali
“ Yela muka Baiz ni macam tak happy je Sha tengok. Kenapa…? Apa masalahnya…?” Sha lembut bertanya. Sungguh dia yang tidak tenang melihat abangnya begini.
“ Tak semua benda Baiz boleh share dengan Sha……” lama baru Iz bersuara.
“ You got a problem la…? Pasal apa..? Pasal kerja…? Sha tak rasa pasal Kak Durra kan….?” Sha masih tidak mahu mengalah.
“ Sha please. Jangan tanya Baiz apa-apa boleh tak…? Baiz dah kusut ni, Sha jangan nak tambah lagi…..” Iz berang tiba-tiba. Sha menarik nafas dalam. Sungguh dia tak faham apa yang menimpa abangnya ini.
“ Baiz….. tolonglah! I know you so very well. Sejak bila Baiz tak boleh share problem dengan Sha…..?”
“ Jom….” tiba-tiba Sha menarik lengan abangnya.
“ Nak pergi mana ni…..?”
“ Ikut jela….”
“ Baiz kena ambil Kak Durra balik kerja nanti…..” Sha terhenti seketika. Jam di pergelangan dipandang sekilas.
“ Kena ambil pukul berapa….?”
“ 8.30……” Sha menjeling
“ Isy….kecohlah! Ni petang lagi okay. Jom lah…..”
“ Isy budak ni……” walau Iz merungut diturutkan sahaja telatah adiknya itu.
Di dalam kereta yang dipandu Sha, Iz hanya diam. Menjadi pemerhati ke mana arah yang ingin dituju adiknya itu. Selepas seketika, Iz memandang sekeliling. Ohh…
“ Jom tengok sunset….” Sha ceria mengajak abangnya.
“ Hei ingatkan nak ajak pergi manalah tadi….”
“ Arghhh bising! Turun cepat…..” Iz lihat Sha keluar terlebih dahulu. Duduk di atas batu besar. Di kawasan bukit tempat di mana mereka adik beradik selalu datang. Dengan langkah yang perlahan Iz keluar daripada kereta mendekati adiknya.
“ Dah lama kita tak datang sini kan…? Sejak Baim takde….” Iz diam. Tidak mengiakan. Baru minggu lepas dibawa Durra ke sini. Tengah malam setelah dia tahu Durra mengandung.
Iz lihat Sha tiba-tiba mengeluarkan telefon bimbitnya. Seketika kemudian Iz dengar alunan sebuah lagi. Baru intro saja Iz sudah kenal! Ini lagu kegemaran arwah Baim mereka. Iz tidak tahu apa motif Sha. Mungkin Sha rindukan abang mereka itu yang telah terlebih dahulu dijemput pergi.
“ Perpisahan ini…..” Iz dengar Sha perlahan menyebut tajuk lagu tersebut. Iz hanya diam sambil memandang kaki langit.
“ Lagu favourite Baim ni dah jadi lagi favourite Sha tau…..” Iz tersenyum mendengarnya. Sha yang kini sudah bertudung tampak lebih tenang raut wajahnya
.
“ All of us grown up together by sharing everything….remember….?” Iz mengangguk perlahan. Terbayang wajah Zaim Aimanuddin. Yang acap kali menjadi pendengar, menasihat, tidak pernah jemu, tidak tahu erti penat.
Iz sangat merindui susuk abangnya itu. Iz tiba-tiba terfikir, kalau Baim yang kini perlu berdepan dengan segalanya, adakah Baim akan lebih tegar dan tabah berbanding dirinya yang rapuh ini….? Ahhhh Iz tahu Baimnya pasti lebih sabar. Iz kalah dengan perasaannya sendiri
.
“ Hanya lagu yang menjadi ingatan…..hanya lagu yang menjadi kenangan….seandainya masa itu kembali semula….ingin ku memiliki lebih dari itu…..” Iz sebak mendengar Sha menyanyikan bait-bait lagu itu.
“ Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir. Ku terima perpisahan ini…..” bait seterusnya terus menyebabkan air mata Iz tumpah di situ. Sha menoleh. Dia agak terkesima melihat Baiznya menangis. Zaim Izzuddin bukan seorang yang mudah menitiskan air mata. Pasti berat masalah yang sedang dialami ini.
“ Pretending like Baim is still here with us…..dia dengar apa Baiz nak cakap. So go on….” Sha seakan memberi ruang buat abangnya itu.
“ Baim……..” Sha mendengar Baiznya menyebut perlahan. Sha lihat abangnya itu kejap memeluk lutut. Sha hanya membiarkan
.
“ Iz tak tahu nak buat apa. Iz berusaha terima keadaan Durra tapi Iz tak ikhlas macam Baim…..” Sha menoleh drastik saat nama kakak iparnya timbul. Berkerutan terus dahinya yang tadi tenang.
“ Iz tahu ini bukan salah dia…. Tapi…..” Iz terdiam seketika.
“ Sha…….” kali ini Sha dengar Iz memanggilnya pula. Perlahan Sha menoleh.
“ Baiz nak jadi suami yang baik. Suami yang baik pada orang yang paling Baiz sayang. Tapi……….
** Alhamdulillah....sekarang Ayuni semakin pulih sedikit demi sedikit. Semoga dia akan cepat pulih**
4 comments:
aloh aloh alohhhh...
complicated ni. hhuhu
nape iz kawen dgn durra gk tp x leh nk trime keadaan durra spenuhnye?? haih. rumit.
aloohh..ingatkan iz bole trime durra sepenuhnya..huhu.
tapi xbole nk salahkan iz gak, bkan senang nk trime kenyataan isteri sendiri ngandung anak org len kan..
sukarnya kehidupan...
terfikir sejenak...
andai ini menjadi realiti...
tabahkah hati setiap kita menghadapi ujian ini?
tapi apa yang penting dan mesti diyakini...
ujian Allah tidak akan datang buat hambaNya yang tidak mampu...
Ya Allah..tabahkanlah hati hambamu yang lemah ini...semoga dapat aku betemu RamadhanMu..amin..
Post a Comment