PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Sunday, May 8, 2011

Kisah Kasih Kita (19)

            “ Durra…kenapa…?” Iz bertanya risau sambil menepuk-nepuk perlahan belakang badan isterinya di dalam bilik air. Iz berkerutan…

            “ Uwekk…” segala isi perut dimuntahkan. Durra diam tanpa jawapan..

            “ Perut masuk angin ke….?” Iz pantas meneka sendiri.

            “ Tak……” Durra menggeleng laju. Dadanya digosok-gosok perlahan.

          “ Habis tu…? Durra sakit kat mana..? Cakaplah dengan Iz….” Iz menekan suaranya risau. Durra hanya memandang sebak suaminya di sisi. Mata Durra sudah merah…air mata perlahan-lahan mengalir tanpa henti..

            “ Hei….kenapa ni…..?” Iz bertanya lembut. Pipi Durra dilap perlahan. Mata Durra semakin kabur. Kepalanya semakin berpinar-pinar…

            “ Durra……..!” Iz semakin panik bila Durra jatuh terkulai di dalam pelukannya.

            “ Durra……” Iz menepuk-nepuk pipi Durra. Setelah seketika Iz rasa dia perlu membawa Durra ke klinik. Iz tidak tahu kenapa tapi dia yakin ada sesuatu yang menimpa Durra hingga membuatkan isterinya itu kelihatan terlalu lemah..

            Iz pantas mencempung tubuh Durra…

            “ Kenapa ni Baiz……?” Dikya adik bongsu Iz bertanya cemas apabila terserempak dengan abangnya yang kekalutan di tangga.

            “ Kak Durra pengsan….tolong Baiz! Ambilkan kunci kereta dengan tudung Kak Durra kat bilik Baiz. Baiz nak bawa dia pergi klinik….” Dikya mengangguk pantas dan terus berlari ke tingkat atas…

            “ Ahh baju……” Iz kalut lagi bila dilihat Durra hanya memakai baju lengan pendek.

            “ Dikya……sweater Baiz sekali…….!” Iz menjerit daripada bawah.

“ Okay……..!” Iz dengar adiknya menjerit daripada atas. Iz meletakkan Durra di atas sofa sementara menunggu adiknya turun. Suara Iz yang terjerit-jerit menarik perhatian semua penghuni di rumah Encik Mahmud. Semuanya bergerak ke ruang tamu dengan cemas..

“ Kenapa Iz…….?” Puan Nurzah pula bertanya risau. Sedari tadi dia ralit membasuh pinggan mangkuk di dapur…..

“ Durra pengsan bu…Iz pun tak tahu kenapa. Iz nak bawa dia pergi klinik…..”

“ Nah Baiz…..” sekejap sahaja Dikya sudah kembali membawa semua yang diminta abangnya. Iz dengan pantas menyarungkan sweater dan memakaikan isterinya tudung. Semenjak berkahwin Durra lebih memilih untuk bertudung walaupun tanpa diminta oleh Iz.

“ Mak Cu……..” Apit yang entah daripada mana muncul mendekati ibu saudaranya yang masih tidak sedarkan diri itu…

“ Apit…..duduk rumah dengan nenek ya. Pak Cu nak hantar Mak Cu pergi klinik sekejap….” Apit hanya mengangguk menurut tanpa banyak kerenah…

“ Baiz nak Sha teman…..?” kali ini Sha pula yang cuba menghulurkan bantuan.

Never mind  I can handle this….” Iz pantas menolak…

“ Iz pergi bu……” dan kembali mencempung tubuh isterinya.

**********************************************************************************

            Di klinik, Iz tak senang duduk menanti Durra yang sedang diperiksa oleh dokter. Iz meraup mukanya perlahan-lahan. Tirai yang menghalang pandangannya hanya ditenung penuh berdebar. Tadi sewaktu baru tiba Durra seakan sudah tersedar daripada pengsan namun keadaannya bagaikan orang mamai yang baru bangun tidur….

            Iz pantas berpaling apabila tirai tersebut dibuka. Matanya memandang seraut wajah Durra yang masih tetap begitu. Begitu yang masih tidak mampu untuk Iz huraikan. Dokter wanita yang memeriksa membantu Durra untuk bangun. Iz seakan tersedar dan terus bangun daripada duduknya. Iz kemudian membantu Durra untuk bangun dan duduk di kerusi satu lagi yang terlentang bertentangan dengan dokter yang memakai tanda nama Husna itu.

            “ Durra okay…..?” Iz bertanya perlahan dan kelihatan Durra tidak beriak langsung. Iz semakin tak mengerti. Durra hanya mampu berdoa tanpa henti di dalam hati. Tiada lagi sebab untuk dia merahsiakan perkara yang sebenar..

            “ Isteri saya kenapa dokter….?” Iz bertanya tidak sabar…

            “ Encik Zaim dan Puan Durra baru berkahwin ke….?” tanya dokter itu ramah. Iz hanya mengangguk sambil tersenyum. Tangannya kejap menggenggam tangan Durra di bawah meja tanpa dapat dilihat oleh dokter tersebut.

            “ Owh…..bunting pelamin lah ni…..?” sebaris ayat ceria dokter itu menyentap hati Zaim Izzuddin! Iz berpaling ke sisi….mencari anak mata isterinya yang sedari tadi dirasakan tidak pernah mahu melihatnya….

            “ Maksud dokter……?” Iz tanya tenang. Bergetar suaranya menahan perasaan yang berkecamuk.

            “ Encik Zaim jangan risau. Puan Durra bukan sakit. Alhamdulillah…semua tanda-tanda yang dialami isteri Encik dan hasil pemeriksaan tadi menunjukkan yang isteri Encik sedang mengandung selama tiga minggu…….” Iz terkesima! Terlepas genggaman tangannya pada Durra. Durra memejamkan matanya rapat. Hatinya menangis dalam diam..

            “ Tahniah Puan Durra…..” dokter itu mengulurkan tangan untuk bersalaman dengan Durra dan Durra dengan perlahan menyambut huluran tersebut. Iz hanya diam….matanya hanya dikelipkan berulang kali…dunianya gelap tiba-tiba…betul ke apa yang aku dengar…..??

**********************************************************************************

            Durra hanya memandang ke luar cermin. Titis-titis air hujan yang jatuh ke cermin kereta itu seakan seirama dengan lagu hatinya. Suasana terlalu sunyi menyebabkan air matanya tak henti mengalir sejak keluar daripada klinik tadi. Sejak tadi tiada sepatah kata pun keluar dari bibir suaminya. Durra takut….sungguh dia takut untuk bersuara..

            Durra memandang ke sisi dengan ekor matanya. Durra nampak wajah Iz yang keliru…wajah Iz yang bagaikan tak percaya…wajah Iz yang seakan tidak boleh terima. Durra menarik nafas dalam…

            “ Abang……” Durra memanggil Iz perlahan. Durra ingin mendengar suara itu. Durra lebih rela Iz mengamuk dan marahkannya daripada suaminya itu terus diam tanpa kata..

            Durra lihat Iz hanya diam. Tidak langsung menyahut panggilannya. Tidak langsung menoleh. Dan tidak langsung bereaksi menyebabkan Durra merasa sakit. Perlahan perutnya disentuh….semakin laju air matanya jatuh…

          “ Abang…..” Durra memanggil sekali lagi dan Iz secara tiba-tiba menekan minyak kereta menyebabkan kereta itu semakin laju membelah malam walaupun jalan licin kerana hari hujan. Durra menelan air liur…dia takut. Simpang ke rumah ayah dan ibu mertuanya sudah semakin hampir namun Durra lihat Iz semakin laju membawa kereta. Durra hanya mampu memerhati tanpa banyak bicara….

            Iz membawa kereta tanpa hala tuju. Dia tidak tahu musibah apa yang menimpanya kini. Adakah dia sengaja diperbodohkan atau memang dia yang terlalu bodoh untuk melihat semua yang tersirat? Iz menelan air liur….kereta terus dipandu…

            Iz memberhentikan kereta di sebuah kawasan bukit yang diterangi oleh lampu jalan. Dulu Iz kerap melihat matahari terbit dan terbenam di sini bersama abang dan adik-adiknya. Kadangkala mereka akan datang ketika senja dan kadangkala mereka akan ke sini selepas subuh….Iz menelan air liurnya kelat. Hujan diluar masih renyai-renyai….

            “ Kenapa Iz…..?” sebaris pertanyaan yang terluah daripada bibir Iz ini menyentap Durra. Durra berpaling ke sisi…

            “ Apa salah Iz……?” tenang Iz bertanya walaupun Durra dapat lihat mata Iz yang semakin merah.

            “ Durra minta maaf……” Durra cuba mencapai jemari Iz namun Iz dengan pantas mengelak.

            “ Siapa kau….? Apa yang aku tak tahu pasal kau…..?”

            “ Abang……”

           “ Tolonglah…..! Aku minta tolong sangat…jangan permainkan perasaan aku……” Iz meminta dengan bersungguh. Durra mengesat air matanya perlahan..

            “ Durra tak berniat…..”

            “ Kenapa tipu…..?” Iz mengasak lagi tanpa sekilas pun mahu menoleh ke sisi..

            “ Durra minta maaf. Durra tak berniat nak menipu. Durra tak tipu…..” Durra menerangkan ringkas…

            “ Jangan nak kata ini bukan menipu! Kau tahu aku benci orang tak jujur….” Iz menjawab kasar..

            “ Durra takde pilihan. Durra nak cari masa yang sesuai untuk terangkan segalanya. Durra tak tahu nak 
mula dari mana…..Durra tak tahu nak cakap macam mana…Durra tak tahu……”

            “ Yang kau tahu macam mana nak tipu aku…..?”

            “ Tak…………!” Durra menggeleng laju.

            Iz meraup mukanya perlahan. Sungguh dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan…Iz mengucap dalam hati…air matanya seakan mahu tumpah ketika ini juga. Dugaan apa yang mahu melanda rumah tangga yang baru seminggu dijalani ini….? Apa yang harus diperkatakan pada semua…..? Yang lebih penting bagaimana dia harus meneruskan hidup dengan perempuan yang mentah-mentah telah menipunya….?

            “ Apa yang kau dah buat….? Sampai kau heret aku sekali dalam masalah kau….?” Iz bertanya sebak. Walau dia lelaki dia masih tahu apa ertinya kecewa. Walau dia lelaki dia masih tahu apa rasanya ditipu mentah-mentah terutamanya oleh orang yang terlalu disayang..sakit yang tak boleh nak dijelaskan….!

            “ Durra tak salah…….” hanya sebaris ayat itu yang sayup-sayup diucapkan. Tangisan yang lebih kuat kedengaran membuatkan Iz semakin bercelaru…

            “ Aku ingat aku dah cukup kenal kau. Dari pertama kali kita jumpa aku nampak kau perempuan baik-baik. Tak pernah terlintas sekali pun dalam fikiran aku yang kau boleh buat benda-benda macam ni……” Durra memejamkan matanya perlahan mendengar luahan hati Iz. Durra tak sejahat tu……

            “ Ini ke benda yang kau nak cakap tadi…….?” Iz bertanya dingin. Durra hanya mengangguk perlahan. Iz memandang jauh ke luar cermin keretanya. Iz tak tahu bagaimana ingin diekspresikan rasa hatinya. Ingin marah dia tak punya tenaga. Rasa kecewa yang Iz rasakan adalah lebih sakit. Untuk apa dia bertindak kasar…? Nasi sudah menjadi bubur….segalanya kini sudah tidak menjadi rahsia lagi…

            “ Abang marahlah Durra. Abang nak marah macam mana pun Durra terima….Durra minta maaf…..”

            “ Kau ingat marah aku boleh pusingkan semula masa….? Boleh ubah semua benda yang dah jadi…? Kau ingat marah boleh ubat rasa kecewa aku….?” Iz betul-betul sedih..

            “ Abang tak tahu apa yang jadi……” Durra meluahkan rasa hatinya…

            “ Kau tahu aku tak tahu….! Dah tu tak boleh ke bagi tahu aku….?! Terus terang….? Kau buat muka biasa depan aku….kau sengaja ke apa….?” Iz memicit dahinya perlahan…kepalanya sakit…….!

            “ Jangan kata arwah Baim tahu semua ni……….!” Iz menyerkap jarang. Dia memandang tajam Durra di sebelah dengan tangan yang kejap memegang stereng..

            Durra  terkejut dan semakin laju mengalirkan air mata…

            “ Jawablah………!” Iz menekan

            “ Tahu………” dan Durra pantas menjawab

            Pardon……?!” Iz semakin tak percaya

            “ Baim tahu semua dan cuma dia seorang yang tahu……” Durra menambah…

            “ Arghhhhhhh…………!!!!” Iz menjerit kuat. Stereng kereta dihentak kuat. Durra terkejut. Pantas Iz terus menghidupkan enjin kereta. Entah ke mana lagi destinasi seterusnya Durra tak pasti..

            Jauh perjalanan malam ini. Durra pandang sekilas jam….sudah menginjak ke 1.00 pagi. Sejak tadi Iz hanya memandu tanpa suara. Setiap jalan Durra perhati namun kadangkala mereka hanya melalui jalan yang sama. Durra tak berani mahu membuka mulut…

            Akhirnya Durra lihat Iz membelokkan kereta ke arah kawasan beberapa bangunan apartment. Iz meletakkan kereta di kawasan parking dan terus keluar tanpa suara. Durra teragak-agak untuk keluar. Durra hanya memerhatikan Iz yang kemudiannya mengetuk cermin di bahagian tempat duduknya…

            Durra hanya mengikut Iz senyap. Mindanya tak mampu berfikir ketika ini. Entah ke apartment siapa Iz membawanya dia sudah tidak kisah….

            Iz duduk perlahan di tepi katil. Entah kenapa apabila Durra mengatakan bahawa arwah abangnya mengetahui tentang semua ini Iz jadi semakin keliru. Apa sebenarnya yang berlaku ni…? Anak siapa yang dikandung Durra…..? Takkan…….

            Astaghfirullah….! Iz menggeleng perlahan sambil beristighfar di dalam hati. Tak mungkin benih yang mula membesar itu anak abang kandungnya sendiri! Air liur ditelan kelat. 

             Durra sedari tadi hanya berdiri di muka pintu….dia tidak berani untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Dia merasa terlalu jauh. Iz akan faham ke kalau diceritakan semuanya…? Durra akhirnya bergerak duduk di ruang tamu apartment yang sudah lengkap berperabot itu..

            Apartment yang hanya bersaiz sederhana besar itu menyebabkan Iz mampu melihat Durra dari dalam biliknya. Iz hanya memerhati gerak tubuh isterinya itu. Iz lihat Durra duduk di atas karpet memeluk lutut. Tanpa membuka sweater mahupun tudung yang dipakai. Iz hanya membiarkan. Dia sendiri perlu mencari kekuatan….

            “ Durra minta maaf…….” sayup-sayup bicara itu namun masih jelas di telinga Iz. Durra teresak-esak di ruang tamu. Durra tahu dia perlu menceritakan setiap kejadian yang berlaku. Suasanya sangat hening ketika ini….

            “ Maaf kalau abang rasa tertipu dengan Durra….” lagi-lagi maaf! Hati Iz membuku mendengar ungkapan maaf itu. Seolah Durra bagaikan tidak memahami apa itu maaf dan hanya tahu menuturkannya sahaja.

            “ Durra diperkosa……..” sebaris ayat ini sangat mengejutkan dan mencengkam jiwa Zaim Izzuddin. Air matanya bergenangan hanya menunggu masa untuk jatuh. Iz di dalam bilik meraup mukanya perlahan-lahan beberapa kali..hatinya beristighfar dan menucap berulang kali...

            “ Malam arwah ayah dibunuh…….” Durra berhenti berbicara seketika. Terimbau malam hitam yang memusnahkan masa depannya itu! Yang menyebabkan hidupnya bagai tiada erti lagi..!

            “ Malam tu gelap….rumah gelap tiba-tiba. Durra menjerit panggil ayah…..”

            “ Ayah…….ayah…..” Durra menceritakan dengan penuh perasaan sehingga dia bagaikan mengulang tayang kejadian yang berlaku…

            “ Durra panggil banyak kali…ayah tak dengar. Bilik ayah kat atas….” bicara Durra dengan tersedu-sedan.

          “ Mak Cu….. Durra dengar Apit jerit panggil Durra. Apit takut gelap. Durra risau….Durra bangun…..”

“ Sekejap sayang…..Durra menjerit pada Apit. Durra dengar Apit dah menangis…”

“ Durra cuba cari lilin dengan mancis. Lilin dengan mancis ada dekat kabinet dapur….Durra teraba-raba jalan…..tiba-tiba……” Iz hanya diam mendengar. Sepatah pun dia tidak bersuara..

“ Tiba-tiba ada tangan peluk pinggang Durra….Durra terkejut. Durra nak menjerit tapi dia tutup mulut Durra. Tangan dia besar……” Durra berkerutan dan tangannya bergerak membayangkan seberapa besar tangan yang menekup mulutnya itu..

“ Dia tolak Durra masuk bilik. Durra meronta-ronta mintak lepas tapi dia taknak dengar. ‘Binatang’ tu kuat….dia kejam….”

“ Dia……..” dia terhenti sekali lagi…

“ Dia koyakkan baju Durra….Durra takut. Durra cuba menjerit kuat-kuat……”

“ Ayah sakit tak boleh bangun. Tapi ayah datang….ayah datang bila dengar Durra jerit. Ayah gerak perlahan-lahan sampai bilik Durra. Ayah nampak…ayah nak tolong Durra tapi ‘binatang’ tu ada pisau….”

“ Ayah menjerit tanya siapa dia. Ayah guna tenaga dia yang ada untuk tarik ‘binatang’ tu. Durra nampak ayah jatuh…’binatang’ tu pijak ayah…” tangisan Durra semakin kuat..

“ Ayah bergelut dengan ‘binatang’ tu….tapi….”

“ Tapi ayah kena tikam. Durra nampak…..Durra nampak ayah kena tikam…banyak kali….kat sini….kat sini…..” Durra menunjukkan kawasan tersebut di tubuh badannya. Iz hanya memandang dari jauh. Air mata Iz sudah tumpah perlahan-lahan…

“ Ayah………!! Durra jerit…..Durra jerit kuat-kuat. Durra nak tolong ayah tapi ‘binatang’ tu tarik Durra jauh dari ayah….”

“ ‘Binatang’ tu buat ‘macam-macam’…..Durra mintak tolong menjerit tapi takde siapa yang dengar…Durra cuma dengar Apit menangis kuat dari dalam bilik dia. Apit tak berani nak keluar dari bilik kalau gelap….Durra tak boleh buat apa…..” Durra mengesat kasar air matanya di pipi.

“ Ayah meninggal…dia tinggalkan Durra. Ayah pergi….Durra tak sempat nak cium tangan ayah. Ayah tak sempat nak pesan apa-apa. Durra terkilan…..”

“ Ayah………” Durra memanggil sayu ayahnya menyebabkan Iz yang mendengar semakin sebak.

“ Esoknya rumah Durra penuh dengan orang. Semua orang kampung datang…..tapi pada siapa Durra nak cerita tentang apa yang sebenarnya jadi….? Durra takut…..Durra malu……”

“ Durra diam bila polis tanya…..Durra takut. Durra cuma pandang muka Apit. Durra pegang tangan Apit selalu…..Durra pegang kuat-kuat. Durra tak kuat nak tangung semua sorang-sorang…….”

“ Durra makin tertekan bila Durra mula muntah-muntah…..Durra tak bodoh! Durra tahu kenapa Durra muntah…pening….loya…Durra dah terlepas haid. Durra tahu…..!”

“ Tapi Durra boleh buat apa…? Apa boleh Durra buat…? Kaki Durra tak mampu lagi berdiri. Macam mana Durra nak teruskan hidup? Durra marah! Kenapa semua benda ni jadi pada Durra? Kenapa ALLAH duga Durra macam ni sekali….?”

“ Sampailah Baim datang…..Baim datang cakap dia nak kahwin dengan Durra. Dia nak ambil Durra jadi isteri….Durra terkejut…..!”

“ Apa yang Durra nak cakap pada Baim…..? Durra nak terangkan macam mana….?”

“ Baim beria-ia….setiap hari Baim datang dan pujuk Durra. Hati Durra dah hancur tapi bila Baim datang dan cuba pulihkan hati Durra yang hancur…Durra rasa selamat….”

“ Baim lelaki baik…..Durra tak sampai hati. Durra taknak menipu dia. Durra nekad ceritakan semua pada Baim. Durra suruh Baim lupakan Durra…Durra bukan perempuan baik-baik lagi dah. Durra tak padan dengan dia….”

“ Durra ingat dengan Durra ceritakan semuanya Baim akan ubah fikiran….rupanya tak! Hati Baim baik sangat….dia cakap dia sudi terima Durra seadanya….dia cakap dia ikhlas sayang Durra. Baim cakap semua ni bukan salah Durra. Dia nak jaga Durra baik-baik. Baim kata anak ni akan jadi anak dia…..” perlahan Durra memandang perutnya yang masih kempis sambil tingkah lakunya itu diperhatikan oleh Iz dari dalam bilik…

“ Durra boleh nampak kesungguhan Baim….Durra rasa terharu bila dia masih sudi teruskan niat dia. Baim cakap jangan cerita tentang hal ni pada siapa-siapa. Biar cerita ni jadi rahsia Durra dengan dia je. Baim cakap dia taknak orang lain pandang serong pada Durra….”

“ Hati Baim bersih….Durra rasa beruntung tapi tiba-tiba ALLAH tarik pula Baim dari Durra. Durra hilang tempat bergantung lagi. Belum sempat Baim berusaha untuk tutup aib Durra ALLAH dah panggil Baim balik. ALLAH lebih sayang Baim…..”

“ Lepas tu Durra dah putus asa….Durra tak tahu nak teruskan hidup macam mana. Apa nak jadi dengan anak dalam perut Durra? Macam mana Durra nak hadapi sendiri…? Durra tak kuat….”

“ Sampai abang datang. Abang cakap nak kahwin dengan Durra. Lagi sekali Durra keliru. Dulu Durra hampir susahkan Baim takkan sekarang Durra nak susuahkan abang jugak…..? Durra buntu….”

“ Durra tanya ALLAH….ini ke jalan yang terbaik…? Abang ke orangnya yang boleh berkongsi kisah duka Durra….? Tapi Durra masih tak pasti. Tiap-tiap hari Durra rasa loya….Durra makin pening….” Iz menarik nafas dalam. Dia merenung lantai biliknya tenang..

“ Durra risau…macam mana Durra nak berdepan dengan dunia..? Pada siapa Durra nak berkongsi cerita sedih ni..? Durra takut hadapi sendiri.."

“ Satu malam Durra mimpi…..” Iz menangkat kepala mendengar cerita yang selanjutnya..

“ Baim datang dalam mimpi Durra. Muka Baim bersih….putih…suci…. Baim nampak tenang. Dia pakai jubah putih. Durra tanya macam-macam tapi Baim tak nak jawab….dia diam aje. Baim senyum kat Durra. Lepas tu Baim tarik tangan Durra perlahan-lahan. Durra tanya nak pergi mana tapi dia masih diam. Jauh dia bawak Durra jalan sampai satu simpang…yang ada dua lorong. Lorong yang pertama gelap sangat! Durra tak nampak apa-apa….tapi lorong yang lagi satu terang sangat….bercahaya. Durra nampak ada seorang lelaki kat situ yang tersenyum manis pada Durra tapi Durra tak kenal siapa. Durra tak nampak muka dia. Baim tarik tangan Durra dekat dengan lelaki tu….Baim letak tangan Durra atas tangan lelaki tu. Lepas tu Baim terus pergi macam tu aje…..”

“ Durra tak tahu apa makna mimpi tu….tapi Durra redha dan yakin. Mungkin ini petunjuk daripada ALLAH untuk Durra. Durra dah tak fikir panjang. Durra terima pinangan abang. Tapi Durra tak tahu macam mana nak terangkan semuanya. Abang nampak terlalu happy dengan perkahwinan ni….Durra tak sampai hati nak lukakan hati abang….hancurkan harapan abang…..”

“ Durra minta maaf……” sekali lagi perkataan maaf terkeluar daripada bibir Durra entah untuk kali yang keberapa..

“ Durra minta maaf kalau abang rasa tertipu….kalau abang rasa diperbodohkan…kalau abang rasa perkahwinan ni sesuatu yang tak patut terjadi. Durra minta maaf sangat-sangat dari hujung rambut sampai hujung kaki. Durra tahu hati abang sebaik Baim. Abang dan Baim memang tak sesuai dengan orang yang dah tercemar macam Durra ni….”

“ Durra minta maaf……” Iz bangun perlahan-lahan daripada duduknya. Hatinya cukup sebak mendengar setiap bait bicara isterinya. Iz tahu dia bukan mangsa di sini…Iz sedar semua yang terjadi bukan di atas kerelaan wanita itu. Iz menarik nafas dalam..

“ Maaf……” suara Durra yang semakin lemah sayup-sayup kedengaran. Mata Durra sudah mula membengkak kerana dari tadi menangis. Durra tidak berani mengangkat kepala. Daripada tadi dia duduk memeluk lutut dan memandang ke bawah. Durra tak pasti sama ada Iz masih mendengar setiap ceritanya tadi atau tidak. Durra tidak mahu berharap lebih….jika Iz dengar dan suaminya itu ingin melepaskan dirinya secara baik Durra redha. Mungkin ini memang nasib dirinya…

“ Maafkan Durra….” lemah lagi suaranya..

“ Durra….” tiba-tiba Durra perasan yang Iz sudah ada di sisinya. Entah sejak bila Iz keluar daripada biliknya Durra tak perasan...

“ Durra….pandang abang……” sebaris ayat ini menyebabkan air mata Durra semakin deras.

Iz mengangkat muka Durra untuk dibawa memandangnya. Pipi Durra yang basah dilap perlahan. Sungguh hati Iz tersentuh dengan keadaan isterinya tika itu. Besar betul dugaan hidup gadis yang dahulunya ceria menjalani hidup…

Iz menarik Durra kejap ke dalam pelukannya. Erat! Dan Durra terkaku…

“ Durra tak perlu minta kemaafan abang. Durra tak salah….abang minta maaf kerana berkasar dengan Durra….” Durra seakan tersedar…Iz mengeratkan pelukan. Durra perlahan membalas pelukan Iz….

“ Abang akan jaga Durra sampai akhir hayat abang……” Durra yang mendengar menangis teresak-esak di dada suaminya…. 

9 comments:

saadiah~~ said...

huhuhu...menangis ok bace en3 ni..sedih sgt time iz xbole trime apa yg terjadi..

kak ida said...

salam..membaca cerita ini..tersentuh hati akak bila membacanya..manusia diduga mmcm mcm dalam kehidupan ini..antara kuat dan tidak saja ..untuk Durra..dia hanya mangsa keadaan..wajarkah dia ditinggalkan..dari segi hukum..wajarkah dia gugurkan kandungannya..agar anak itu tidak diperkotak katikan bila besar nanti krn tak sah tarafnya..
Adakah Iz sanggup melupakan begitu sahaja walaupun dia dapat menerima Durra..adakah ngan sepenuh hati..tak akan ke di satu masa nanti dia akan meninggalkan Durra sendiri krn merasa terkilan dgn Durra..suratan takdir tak pernah terdugakan..harap harap..anak yg dikandung itu gugur...
by d way..lagu background menambahkan sedih dan rawan dihati..good job writer..hopefully ada entri yg selanjutnya utk akak menyelami perasaan mrk..

~ZYX~ said...

sian nye durra...nasib baik baiz terima durra blk..da tak marah2....jaga durra baik2 tau baiz...hehehe...

keSENGALan teserlah.. said...

sedih.
rasanya yang rogol durra ni laki yang kena tolak dgn durra tu. sape tah nama dye. lupaaa.

iz boleh terima, harap2, family iz pun boleh terima.
hhuh.

MaY_LiN said...

cedih tau..
jahatnya kamu..
wat kite nanges..
kite cakap ngan mak kite..

Sparkles said...

sedih sngt part ni...sob3x...
mcm realiti kehidupan..bkn salah durra semua ni tjdi n alhamdulillah iz bleh trima kenyataan ni..

niah said...

sedihnya..... hebat betul dugaan yg Durra harus tempohi, tapi alhamdulillah Allah hantar juga peneman yang hebat dan mulia juga kpdnya. Terharu dgn pujukan Iz ......

alreinsy said...

best n3 kali ni.. sedih

iyka said...

menanggis lagi ! kalau saye jadi durra , sye tak kuat lagi nak harunggi idup ..

Post a Comment