“ Kan aku dah pesan banyok kali..mandi awei-awei! Tapi idok juga kome dengor…..” Opah Siah dah membebel panjang sambil menarik tangan Sha yang dirasakan berjalan mengalahkan kura-kura cacat…isy!
“ Opah…janganlah laju sangat. Nanti Sha terpijak kain ni jatuh lagi naya…..” Sha bersuara tak puas hati. Iz yang berjalan sekali bersama adik dan neneknya itu hanya diam. Malas nak cakap banyak. Hari ni Opah ajak mereka dua beradik berjemaah solat Maghrib kat surau. Entah apa mimpi Opah padahal dah seminggu dia dan Sha duduk melangut kat rumah Opah tu takde pulak wanita tua itu mengajak mereka ke surau. Apa nak dikata…ikutkan ajelah….
“ Sekejap lagi nak azan dah. Aku nak dudok barih yang depan sekali….” Opah menjawab
“ Opah…solat kat rumah pun bole apa…..” Iz bersuara kecil memprotes. Tak pernah hayat aku ke surau…hooolaa
“ Hari ni ada ceramoh kat suro tu. Ate teman ajakle kome mendengornya. Dari mike dok melalak ataih tangga dengan gitar kapok mike tu. Dari adik mike ni dok tercangok aje depan tv maghrib-maghrib. Idok ade pekdah nye pon……” Opah Siah menjawab selamba mengunci terus bibir Iz dan Sha. Sudahnya kedua beradik itu hanya diam..
Sampai sahaja di depan surau, dari kejauhan Iz melihat Durra, gadis yang menyesakkan hidupnya berjalan seiringan dengan anak saudaranya yang turut senget itu. Engkau memang berjodoh betulla dengan aku! Iz membebel tak best di dalam hati..
“ Assalamualaikum Opah. Opah sihat….?” Durra menyapa lembut Opah Siah yang telah dikenali sejak kecil itu. Opah Siah menyambut huluran gadis itu lembut dan tubuh gadis itu diraih sekejap ke dalam pelukannya…
“ Wa’alaikumsalam,sihat sayang…Durra sihat…? Lama Opah tak nampak Durra…….” Erkk! Iz dan Sha secara dractik berpandangan sesame sendiri. Kenapa..? Kenapa suara dan tutur kata Opah begitu lembut menusuk ke kalbu…? Sumpah mereka tak pernah lagi dengar tone suara Opah yang macam tu!
“ Alhamdulillah Durra pun sihat cuma Durra sibuk sikit Opah. Kat tempat kerja Durra tu banyak tempahan sejak-sejak ni. Kenapa Opah rindu kat Durra eh…..?” lembut Durra menjawab namun tappp! Drastik juga pandangan Iz menjamah wajah gadis itu. Apehal pulak minah ni dah macam perempuan melayu terakhir pulak ni…? Iz menggeleng-geleng kepalanya sejenak. Kot-kot lah dia tengah mimpi je ni……
Paapp! Iz merasa bahunya ditepuk dari sisi. Terlihat gerakan kepala Sha yang bertanya kenapa. Namun Iz hanya menggeleng menandakan tiada apa-apa..
“ Rindu lah…dulu Durra kan selalu datang jenguk Opah….” Opah Siah menjawab. Sha pulak blur! Mana pergi bahasa ibunda Opah…? Ohh kalau dengan kitorang kemain lagi Opah ek….Sha bebel sorang-sorang dalam hati….
Tiba-tiba mereka semua mendengar mikrofon dan speaker di dalam surau itu telah dihidupkan dan kedengaran lunaknya suara seorang hamba ALLAH melagukan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sementara menanti masuknya waktu solat. Kelihatan sudah ramai penduduk kampung berpusu-pusu memasuki surau. Mungkin semua maklum dengan ceramah agama yang bakal diadakan selepas Isya’ nanti kot..
Namun di tengah kesibukan laman surau itu, Sha masih tetap berdiri tegak. Sayup dan sejuk hatinya mendengar bacaan ayat suci itu oleh seseorang yang tidak kelihatan di tubir matanya. Entah kenapa tiba-tiba Sha bagaikan terpesona dengan kemerduan suara itu hinggakan orang-orang di sekelilingnya langsung tidak diendahkan..
“ Eh dah jom…ape lagi tu Jah…….?” tiba-tiba Sha dikejutkan dengan panggilan Opah yang rupanya sudah mahu bergerak masuk. Dipandang sekeliling, Baiz nya juga sudah tidak kelihatan…isy berbual betul aku! Akhirnya tanpa bicara Sha terus menuruti langkah neneknya yang turut ditemani Durra. Mungkin abangnya dah masuk ke bahagian lelaki bersama Apit kot…Sha mengagak..
Sha mengikut apa sahaja yang dilakukan Opahnya. Opah nya salam orang, dia pun salam jugak. Opahnya pakai telekung, dia pun pakai jugak. Opah Siah hanya tersenyum dalam hati melihat telatah cucunya itu.
Sambil-sambil menunggu masuk waktu Sha duduk di sisi neneknya diam-diam. Dipandang sekeliling. Hatinya terusik melihat suasana sebegitu. Keghairahan masyarakat setempat yang masih berkejar ke surau untuk beribadat kepada ALLAH S.W.T. Cukup berbeza dengan kehidupan hiruk-pikuk di bandar. Entah kenapa Sha sukakan suasana sebegitu. Terbit rasa syukur jauh di lubuk hati apabila dia masih berkesempatan merasai suasana begini. Sha menoleh apabila terasa pahanya ditepuk perlahan…
“ Jangan dok berangan. Selawat ke…berzikir ke…..” Opah Siah memesan perlahan kepada cucunya dan Sha hanya tersenyum sambil mengangguk. Kelihatan juga Durra yang duduk di sisi Opahnya turut tersenyum.
“ ALLAHUAKBAR…ALLAHUAKBAR……” tiba-tiba kedengaran suara seseorang melaungkan azan tanda sudah masuk waktu Maghrib…
“ Ayie la ni…….” dan secara tiba-tiba Sha mendengar Opahnya menyebut nama seseorang. Ayie…..??
Masa berlalu begitu sahaja. Ceramah agama ini Iz rasanya cukup menarik dengan penceramah jemputan yang begitu santai bercerita sehingga mampu mencuit hati jemaah yang mendengar. Langsung tidak mengantuk. Bagus jugak Opah ajak aku pergi sini dari aku membuta kat rumah kan….Iz berkira sendirian..
“ Mak Cu belum keluarlah…..” tiba-tiba Iz mendengar Apit bersuara. Lantas dia menunduk memandang ke sisinya. Ohh lupa pulak yang sedari tadi Apit sentiasa bersamanya. Ditoleh juga ke arah pintu yang menghala ke bahagian solat wanita. Adik dan neneknya juga belum kelihatan. Lantas Iz duduk dahulu di tangga surau. Apit diajaknya untuk duduk di situ….
“ Jom Apit, duduk sini dulu…..” Apit hanya mengikut ajakan Pakcik Jambunya itu.
Suasana diam seketika. Iz mahupun Apit tidak tahu ingin berkata apa. Atau mungkin lebih tepat kekenyangan kot selepas dok melantak lepas dengar ceramah tadi….ohooiii…
“ Pakcik ni asal mana…? Macam mana tiba-tiba boleh ada kat rumah Opah Siah…?” Apit bersuara bertanya pada Iz setelah melihat Iz hanya diam melayan perasaan. Iz tersenyum mendengar pertanyaan itu..
“ Pakcik duduk dan menetap kat KL. Pakcik ni cucu Opah Siah….”
“ Owhhh…..”
“ Abis tu pakcik datang ni nak duduk dengan Opah Siah ke sampai bila-bila…?” Apit bertanya lagi..
“ Eh..taklah. Pakcik baru habis belajar. Pakcik cuma datang temankan Opah sekejap aje. Bila tiba masanya nanti, pakcik balik KL semula…”
“ Owhhh…..”
“ Pakcik punya mak ke pakcik punya ayah yang anak Opah……?” Apit bertanya lagi. Iz melayan saja walaupun ayat budak itu dirasakan agak tunggang terbalik…
“ Ibu pakcik anak Opah……” Iz menjawab senada…
“ Owhhh……” Apit mengangguk untuk yang kesekian kalinya..
“ Pakcik anak nombor berapa….? Makcik Sha….?” Apit bertanya lagi. Entah kenapa Iz rasa yang budak ini semakin lama semakin banyak tanya pulak. Lain benar sewaktu pertama kali dia menemui budak ini…sombong ya amat!
“ Kami ada empat beradik. Yang sulung abang. Pakcik anak nombor dua. Makcik Sha nombor tiga. Yang last sekali perempuan…..” panjang Iz menerangkan menimbulkan huruf ‘ooooo’ yang panjang di bibir Apit..
“ Bestkan ada ramai adik-beradik…….” tiba-tiba Apit sayu bersuara menimbulkan tanda tanya di hati Iz.
“ Apit takde abang….?” Iz bertanya. Apit menggeleng.
“ Kakak…..?” Apit geleng lagi
“ Adik…..?” Apit geleng juga
“ Apit sorang-sorang je…….” tiba-tiba Apit bersuara sendu. Iz menggosok-gosok kepala anak kecil itu. Pasti hidupnya sunyi menjadi anak tunggal..
“ Pakcik sayang ayah pakcik tak…..?” Apit bertanya…
“ Mestilah sayang. Abah pakcik baikk sangat. Ibu pakcik pun baik. Semua pakcik sayang……” Iz ramah menjawab.
“ Apit pun mesti sayang ayah Apit kan…..?” Iz bertanya semula dan Apit mengangguk laju.
“ Sayang sangat….sangat-sangat sayang…….” Apit menjawab bersungguh mengukir senyuman di bibir Iz
“ Tapi papa dah pergi jauh tinggalkan Apit. Dia dah taknak balik jumpa Apit……” kali ini bicara anak kecil itu mengusik hati Iz.
“ Mak Apit…..?” Iz bertanya lagi. Namun Apit tanpa menjawab hanya menggeleng…
“ Din………………” tiba-tiba Iz mendengar seseorang memanggilnya dari jauh. Tak lain tak bukan Opah lah tu…
“ Mohle balik……..” Oaph berkata sebaris dan Iz lihat Apit juga sudah bangun sebaik melihat Mak Cu nya ada di sisi Opah Siah…
“ Jom…..” Apit pantas menarik tangan Iz mendekati 3 orang wanita yang masih bertelekung itu…
Sebaik berkumpul Apit terus meraih tangan Mak Cu nya. Iz mengesan selama dia mengenali budak kecil itu hanya nama Mak Cu nya yang terbit di bibir. Di mana ibu dan ayahnya……? Iz merasa ingin tahu tentang budak itu….
“ Apit dah kenyang sayang…..?” Durra bertanya sambil menggosok kepala anak itu.
“ Dah……” sepatah Apit menjawab ceria
“ Assalamualaikum semua……….” tiba-tiba mereka disapa oleh seorang gadis yang mungkin berusia belasan tahun dalam tekaan Iz.
“ Wa’alaikumsalam…..” semua yang ada di situ bersuara menjawab salam si gadis..
“ Mimie tak balik lagi……?” Durra bertanya dan si gadis bernama Mimie tadi menggeleng..
“ Mimie tunggu abang. Abang tengah berbual dengan Lebai Syuib kat atas……” wajah comel itu menjawab.
“ Owhhhhh. Haaa Mimie. Meh Opah keneikan mike dengan cucu Opah dari Kolumpo. Ini Din yang ini pulak Jah. Yang itu abang yang ini adiknya…..” ramah Opah Siah bercerita menimbulkan senyum di bibir Mimie. Pantas tangannya bersalaman dengan Sha tanda perkenalan…
“ Tu abang Mimie dah turun……..” Durra tiba-tiba bersuara dan semua mata menoleh ke arah susuk tubuh seseorang yang baru keluar dari surau menuju ke arah mereka. Sha tergamam…..!! Kenapa aku macam kenal…..?? Sha berkerutan sendirian. Keadaan malam yang sedikit gelap menyukarkan dirinya mengesan siapa lelaki itu. Tambahan pula dengan bersongkok dan kain pelikat sebegitu. Namun sebaik lelaki itu semakin mendekati jantung Sha berdegup kencang…….
“ Haaa Ayie. Terima kasih hantarkan ikan keli kat umah Opah ari tu ye………” pappp! Tiba-tiba dahi Sha berkerutan…ikan keli………?? But cop cop! Ayie....…???
“ How many time should I tell you Kimi………?” Iz bergerak ke luar rumah sebaik mendengar suara Sha kuat memarahi seseorang di hujung talian. Sha mengesan kehadiran abangnya namun dia hanya membiarkan.
“ I tak boleh. You faham tak……?” suara Sha semakin meninggi. Iz hanya menjadi pemerhati. Berkerutan dahi adiknya mungkin sedang mendengar bicara balas pemanggil di hujung sana…
“ Susah cakap dengan orang yang tak faham bahasa macam you kan….? Ego you melangit……..” Sha bersuara sinis pula…..whoaaaa…Iz mencebik di sisi Sha. Sha hanya menjeling abangnya…
“ I can’t be with you anymore Kimi. So please….enough ok! I penat tau dengan you…..” Sha bersuara kasar sebelum dia mematikan terus panggilan dari lelaki itu. Nafasnya mendengus kasar. Iz hanya diam memerhati…..
“ He is so annoying………!!” Sha bersuara kasar melepasnya rasa geramnya. Iz tersenyum mendengar…
“ What’s up….? Kimi you mean Hakimi your ex…..?” Iz bertanya senada dan Sha mengangguk. Dengan abangnya yang satu ini, segala cerita tak boleh disembunyikan. Siapa kekasih hatinya…siapa musuh hidupnya semua Iz tahu. Entah….mungkin dia sendiri yang tak pandai nak berahsia kot….
“ Nak apa lagi dia…….?” Iz bertanya pula…
“ Entah! Sewel betul! Malas Sha nak layan…….” Sha menjawab geram dan Iz hanya tertawa mendengar
“ Dia nak dekat Sha baliklah tu……” Iz meneka dan memang tepat pun tekaannya itu.
“ Dia yang main kayu tiga belakang Sha ada hati lagi dia mintak Sha balik dekat dia. Isy….mengarut betul kepala dia tu…..” Sha membebel lagi..
“ Opah dah tidur…….?” kali ini Sha pula bertanya kerana kelibat neneknya tidak kelihatan sebaik pulang dari surau tadi..
“ Dah. Pukul berapa dah ni. Dah sampai Thailand kot……” seloroh Iz menjawab menimbulkan tawa da bibir Sha…
“ Baiz ni……..” Sha menolak lembut bahu abangnya. Dia tahu Iz memang sengaja ingin menceriakan dirinya.
“ Anything wanna share with me…….?” Iz bertanya tenang. Sha hanya merenung jauh. Duduk berdua dia di beranda itu melihat halaman rumah neneknya yang kemas dan bersih…
“ Sejak secondary school Sha dengan dia. Rasa kena tipu hidup-hidup je tau bila Sha tahu dia dengan minah separuh Cina tu…….” Sha perlahan bercerita. Iz seperti biasa memang akan menjadi pendengar yang baik dan cukup setia memberikan pandangan terhadap apa sahaja permasalahan adiknya itu.
“ Cinta zaman sekolah tu cuma cinta monyet je Sha…..” Iz bersuara menyebabkan Sha tertoleh ke sisi.
“ I know. Tapi tak semua cinta monyet tak boleh berakhir ke alam perkahwinan kan…..” Sha menyuarakan pendapatnya pula.
“ Memanglah. Tapi majoritinya memang taklah……!” Iz tetap tak mahu kalah dan Sha hanya tersenyum. Banyak bersetuju walaupun selebihnya tidak bersetuju.
“ Just forget it. Sha muda lagi la. Panjangggg lagi masa depan Sha sebelum Sha jumpa orang yang betul-betul boleh jadi pendamping hidup Sha………” lambat Iz menasihati adiknya. Sha hanya tersenyum sumbing…
“ Baiz kan kalau bercakap macam Baiz dah ada pengalaman je. Padahal awek pun takde….” Sha menggumam perlahan
“ Hoii…jangan derhaka…..!” Iz menolak perlahan kepala Sha. Sha mencebik sambil menjelirkan bibir.
“ Baiz ni buaya pun buaya jugak. Kawan perempuan dah terlebih dua tangan Sha ni kalau nak kira. Kenapa taknak cari special someone lagi…….?” Sha bertanya dalam nada memerli..
“ Alaaaaa…Baiz muda lagi laaa. Nak kecoh-kecoh buat apa. Esok luse kang ada la tu…..” Iz menjawab endah tak endah. Pendek kata dia memang suka begitu. Nak buat macam mana kan….heh!
“ Baiz…!”
“ What…?”
“ Frankly speaking……”
“ Ya………??”
“ Heart to heart talk……..”
“ Ha………..?”
“ Isy…macam mana gaya nak cakap eh……?
“ Amendenye pun……..?”
“ Do you know love at the first sight….?”
“ Sure! Cinta pandang pertama…….”
“ Ngeng!.........”
“ Dah tu…….?”
“ I mean do you believe love at the first sight……?”
“ Why………..?” Iz bertanya pelik..
“ Saje je tanya…….” Sha membuat muka selamba.
“ Jawablah….!” Sha mendesak abangnya itu..
“ Personally Baiz percaya pada pandangan mata yang turun ke hati!....” Sha tersenyum mendengar pendapat abangnya itu. Serius Iz berkata. Dengan mata yang menusuk memandang anak mata adiknya…
“ But practically…seems like it doesn’t work anymore. Karut……….!!”
“ Erk…………..??”
3 comments:
oho..
kamu minat kat ayie ya..
malu malu cat lak..
sayang..ader typing error..
dractik~drastik
woo... ada org dah tjatuh hati. hehehe...
Ayie n Sha. Durra n Baiz ya writer???
ala macam baim n baiz suka kat durra jerr...tak mo la camni cik penulis...
Post a Comment