Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku. Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.
Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.
Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)
‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160)
Bukti Pertama : Portal Rasmi Halal Malaysia
Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini. Bertarikh 19 Ogos 2010.
Klik image untuk saiz lebih besar dan jelasBagi sesapa yang tak percaya Mac Food Services adalah supplier McDonald boleh rujuk kat sini
(direct daripada laman web McDonald Malaysia): CLICK HERE
Info lanjut:
Address :
7 Jalan SS 13/5
45700 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel : 603-5633 0222
Fax : 603-5634 0189
Contact for Sales/Export :
Mr Bob Chan
(Managing Director)
Present Market :
Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam
Product Manufactured :
Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,
Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets
Brand Names :
FIRST PRIDE, MCDONALD’S
Papepon, aku harap pada sesiapa yang dah baca sama ada terbaca atau membaca dengan sengaja, tolonglah sebarkan. tak kisah lah korang nak copy paste ker, share link ker, ape ker, I don't care okay? yang penting sebarkan. Semua ni demi saudara kita semua. Ingat yer sedara sedari, insan yang cemerlang datangnya dari akal, yer? dengan hati yang bersih, dengan jiwa yang tenang. yer? Kalau kita makan makanan yang kotor seperti makan makanan yang tidak halal, hati kita akan jadi kotor, jiwa kita akan jadi kotor. Jadi, macam mana kita nak jadi insan yang cemerlang? So, simpan dalam akal kita, tanam dalam jiwa kita, makan makanan yang sihat. Sebarkanlah artikel ini. Sekali lagi diingatkan (pakai loudspeaker) TOLONG SEBARKAN!! Assalamualaikum. :)
3 comments:
hmmm mcdonalds blh dimakan la..check this out:http://ignorantbrat.blogspot.com/2010/08/jawapan-jakim-terhadap-isu-mc-donald.html
thanks utk info ni. huhu. boikot McD!
ISU : Tiada Keraguan Pada McDonald
Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDonald / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.
Sekian, terima kasih
- Pegawai Perhubungan Awam JAKIM
Tarikh : 24 Ogos 2010
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 63
(web jakim)
Post a Comment