PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Sunday, May 9, 2010

Kisah Kasih Kita (2)

Pintu bilik ditutup rapat sambil dia membetulkan jam di pergelangan tangan.
“ Iz….” Izzuddin menoleh apabila namanya dipanggil seseorang.
“ Eh…Baim. Nak pergi mana smart-smart ni…?” Izzuddin bertanya pada abangnya yang kelihatan segak dengan t-shirt berkolar warna biru gelap pagi itu. Sedangkan dia hanya berseluar pendek.
Eh memanglah! Kata main tenis takkan nak pakai slack…? Dol! Raket tenis dibahu diperbetulkan kedudukannya.
“ Teman ibu jumpa Aunty Mila…” Zaim Aimanuddin menjawab senada.
“ Ceh…anak mak betul! Hujung minggu macam ni pun mengendeng ibu je kerjanya…” Izzuddin menyakat abangnya sambil sama-sama menuruni anak tangga ke ruang tamu di bawah.  Zaim Aimanuddin yang kerap disapa Im oleh keluarga dan Aiman oleh sahabat-handainya hanya tersengih mendengar.
“ Kalau tak Baim, siapa lagi yang nak teman ibu? Harapkan Iz? Hai…alamat sampai ke subuh ibu membebel pun Iz buat dek je…” Aiman kembali menjawab.
“ Ni nak pergi main tenis pulak ha. Kaki Iz tu dah okay ke…?”
“ Dahla… dah berjanggut kan duduk hospital tu. Kalau tak apa guna Iz duduk sana lama-lama…”
“ Sha………!!!” tiba-tiba Izzuddin menjerit kuat memanggil adiknya yang dia yakin masih bersiap di atas. Inilah payah kalau keluar mengangkut adik perempuan. Touch-up bukan main lama. Nak pergi makan ke…nak beli barang ke…even nak pergi kedai burger simpang depan tu pun…lamanya adui mintak ampun!
“ Kan Baim dah pesan...dua jam before nak keluar dengan Sha suruh dia start pakai foundation ke segala bagai tu. Kalau tak sakit hati je tercongok depan pintu ni lama-lama…” Aiman berkata selambak.
“ Haa Im…siap dah?” tiba-tiba kedua beradik itu dikejutkan dengan suara ibu mereka yang baru keluar daripada dapur. Puan Nurzah kelihatan manis bertudung hijau muda.
“ Dah bu. Jom….eh abah mana?” Aiman bertanya sambil melilau-lilau mencari kelibat ayahnya.
“ Ada kat dapur tu. Breakfast dengan Dikya...”
“ Abah memang tak ikut ye bu?”
“ Taknak lah abah...” tiba-tiba kedengaran suara Encik Mahmud menyahut ketika baru keluar dari dapur dengan anak bongsunya, Zaira Nadira.
“ Im temanlah ibu Im ni. Tak kuasa abah nak dengar gosip Puan Nurzah ni dengan kawan-kawan dia tu. Buat sakit telinga je…” dan seisi keluarga itu hanya tergelak besar mendengar suara di ayah. Si ayah yang memang tersangatlah sporting selalu menjadi tempat anak-anaknya mencurah rasa. Kerana apa yang pasti Puan Nurzah lebih tegas dengan anak-anaknya berbanding Encik Mahmud.
“ Ibu kan memang pilih kasih abah. Baim je yang ibu sayang. Iz ni mana ibu sayang. Iz kat hospital pun berapa kali je ibu datang tengok….” Izzuddin bersuara menyahut sambil menzahirkan rasa hatinya. Saja dia berbasa-basi sambil menunggu Sha yang tak kunjung turun.
“ Haaa..kiranya Iz sedarlah….? Bagus! Ibu memang nak Iz tau ibu lagi sayang Baim dari Iz. Ibu letih tau dengan perangai Iz ni. Dah habis belajar berapa bulan dah, ibu dah berbuih suruh carik kerja…carik kerja Zaim Izzuddin! Jangan nak simpan awak punya degree tu dalam laci je…” Puan Nurzah suda mula bertindak menjadi radio buruk di pagi hari.
Urghhhhhhhh! Izzuddin mula menggosok rambut. Kebal lama-lama taik telinga aku kalau macam ni. Ibu memang selalu bertenaga kalau bab membebel. Tak kira awal pagi ke tengah malam ke…memang cukup bertenaga!
“ Ala bu…..”
Morning everybody……” belum sempat Izzuddin menjawab, semua orang dikejutkan dengan suara Zaira Shazira yang baru turun daripada tingkat atas. Gadis itu kelihatan comel dengan rambut yang diikat ekor kuda berserta…o’ooo…kena lah kejap lagi ni! Hampir setiap mulut melopong melihat pakaian gadis tersebut. Sudah dapat meneka apa yang bakal berlaku. Dah biasa dah!
“ Zaira Shazira….! Turun cepat!” ooopss..habis! Shazira menggigit bibir.
Ingat ibu dah pergi tadi….adehhh masalah!
Shazira bergerak turun namun kemudian hanya berselindung disebalik Izzuddin.
“ Dekat sini sikit…!” Puan Nurzah bersuara keras lagi apabila melihat anak daranya itu hanya berdiri jauh. Nak kena betul ni. Dengan muncung sedepa Shazira menghampiri ibunya.
“ Dah tak cukup lagi duit abah bagi?”
“ Cukup….” Shazira menjawab perlahan sambil melihat senyuman mengejek menghiasi bibir abang sulungnya, Aiman. Isy….Shazira menjeling geram!
“ Dah tu? Tak boleh pakai baju yang cukup kain? YA ALLAH Sha oiii. Kenapa lah suka sangat pakai baju tak cukup kain macam ni? Berpinar ibu tengok tau tak!” not suara Puan Nurzah dah naik sehasta. Yang lain pun apa lagi macam biasalah…hanya mampu diam.
“ Lepaklah bu. Kata nak main tenis. Okay lah macam ni….” Shazira bersuara perlahan. Nak jugak menjawab tu! Derhaka betul…
“ Sha naik atas sekarang! Jangan banyak cakap. Tukar t-shirt sendat Sha yang tak berlengan ni dengan t-shirt lain. Skirt ni skali…pergi tukar tracksuit panjang!” Puan Nurzah tanpa berlangah terus menyuruh anak daranya menukar baju.
“ Ibu……”
“ Sekarang! Tukar atau tak payah ikut Baiz terus…duduk rumah je dengan abah dengan Dikya. You choose!” Pun Nurzah menggertak. Shazira tidak punya pilihan.
“ Bu…okay jela baju Sha ni. Iz dah lambat nak tunggu Sha tukar baju lagi. Kawan-kawan Iz tunggu nanti….” Izzuddin bersuara mencelah. Memang selama ni kerja menyokong Shazira menjadi tugas tetapnya tanpa gaji.
“ Iz……” dengan suara menekan Aiman menegur satu-satunya adik lelakinya itu untuk tidak terus membantah.
Bukan boleh percaya sangat adik dua ekor ni, selalu bikin haru. Ikut jela kata ibu apa salahnya.
Izzuddin yang mendengar terus senyap. Tanda dirinya hanya perlu menurut perintah dan jangan banyak songeh!
“ Dah Sha….pergi naik. Nanti kawan Baiz tunggu lama pulak….” Aiman bersuara ke arah adik perempuannya pulak. Menghentikan terus suasana tak best di pagi hari itu.
“ Yela….” Shazira dengan malasnya terus naik semula ke atas untuk menukar baju.
“ Iz….tolonglah jaga sikit adik Iz tu. Adik Iz tu perempuan tau tak? Tolong jangan sosial sangat lah Iz. Jangan ajar adik kamu tu bukan-bukan boleh tak Iz?” Puan Nurzah terus menyambung bebelannya dan suasana macam dah makin tegang pulak pagi-pagi buta ni.
“ Ibu ni…takkan lah Iz tak tau nak jaga Sha. Ada Iz lagi Sha selamat bu. At least ke mana Sha pergi pun dengan Iz kan….” Aiman yang mula menghidu suasana tidak menyenangkan sebegitu pantas menjawab dan lengan ibunya ditarik perlahan.
“ Dah la bu. Jom…nanti lambat Aunty Mila tertunggu-tunggu kita pulak…..” tanpa banyak bersuara Aiman terus mengajak ibunya pergi. Puan Nurzah pun tanpa banyak berfikir pantas mengikut.
“ Haaa…ibu pergi dulu. Balik cepat Zaim Izzuddin! Ibu balik nanti kamu dengan Zaira Shazira tak balik lagi siap kamu ye!” Puan Nurzah sempat berpesan keras dengan menyebut nama penuh kedua anaknya tanda dia serius dengan ugutannya itu.
“ Ye bu…..” Izzuddin menjawab malas.
“ Zah tu pun jangan balik lambat sangat….” namun dengan tidak semena-mena kedengaran suara Encik Mahmud pula menegur dan Izzuddin hanya tersengih seperti kerang busuk mendengarnya…
Cayalah abah!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            “ Adik kau tu kosong lagi ke…?” Raziq bertanya sambil menonggak air botol yang dibawanya. Izzuddin tersenyum sumbing mendengar pertanyaan kawannya itu. Buaya betul!
            “ Agak-agak la beb. Adik aku pun kau nak sapu ke?” Izzuddin bertanya ringkas. Tak berniat ingin menjawab soalan pun. Bukan boleh dilayan sangat Raziq ni. Kawan memanglah kawan. Tapi kawan inilah yang paling buaya di antara kawan-kawannya yang memang sedia buaya. Eh, kawan dengan buaya kira aku pun buaya jugak ke? Tak kot!
            “ Adik kau cun sangat lah...tak rela aku tengok lama-lama….” Raziq selamba bersuara menyebabkan Izzuddin secara drastik terus memandang Raziq tajam.
            “ Cakap biar berlapik sikit Ziq. Dengan adik aku, kau jangan berani nak macam-macam!” Raziq tertoleh mendengar kata-kata tegas daripada kawannya itu. Dia hanya tergelak kecil.
            Chill bro…siapa berani kan? Adik Zaim Izzuddin tu beb…” Raziq berkata dengan cebikan di bibir. Jelas kata-katanya bukan terlahir dari hati. Izzuddin nyata tak berkenan sungguh dengan reaksi kawannya itu…bukan boleh percaya sangat!
            Peluh di dahi di lap dengan tuala kecil yang dibawa. Terasa segar beraktiviti hujung minggu begitu. Setelah lebih dua bulan dia menamatkan pengajiannya begitulah rutin hidup seorang Zaim Izzuddin. Bukan malas nak mencari kerja, ada je dia pergi interview ke sana ke mari. Cuma hatinya belum betul-betul bersungguh ingin berkomitmen terhadap kerjaya. Biarlah saat dia betul-betul bersedia barulah dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kerja.
            20 minit selepas berbual kosong bersama Raziq, barulah kelihatan tiga orang lagi kawannya iaitu Zila, Amer dan Johan bersama adiknya Shazira berhenti bermain dan menyertai dia dan Raziq. Mereka sudah selalu keluar bersama kerana siapa kawan Zaim Izzuddin, itulah juga kawan Zaira Shazira. Dalam sibuk bergurau senda Izzuddin sentiasa melirik renungan tajam Raziq kepada adiknya sehingga membuatkan dia tak senang duduk. Dan hanya selepas beberapa teguk Shazira meminum air, Izzuddin sudah berdiri mengemas barangnya.
            “ Sha…jom!” Shazira yang merasa pelik terhenti meneguk air. Cepat gila nak blah dah?
            “ Oit! Awal dah nak gerak? Tak panas lagi aku duduk Iz…lepaklah dulu kau ni pun….” Johan bertanya kerana dia juga merasa pelik sama seperti Sha.
            “ Aku penatlah hari ni. Cepatlah Sha! Terhegeh-hegeh…ibu pesan balik cepat tadi….” Izzuddin bersuara menekan setelah melihat Shazira masih tidak bergerak dari tempat duduknya.
Isy…degil pulak budak ni! Aku tinggal kang….eh lagi tak boleh…bahaya!
            “ Hei…sejak bila jadi anak penurut dengar cakap ibu kau? Selalu lagi cepat dia suruh balik, selambat yang boleh baru kau balik…..” Zila mencebik mengejek Izzuddin yang dirasakan agak berbeza hari itu.
            “ Isy…jangan sibuklah! Aku nak dengar cakap ibu aku ke tak, apa kau susah. Dah Sha, jom…” tanpa berlengah Izzuddin terus menarik tangan adiknya yang pada ketika itu sedang membetulkan ikatan rambutnya. Shazira yang masih tidak bersedia hanya terdorong tanpa mampu menjawab lagi.
            “ Chow dulu guys…next port inform kitorang tau….” Shazira akhirnya bersuara meminta diri dengan lengannya ditarik Izzuddin menjauh.
            “ Kenapa Iz tu?” Johan bertanya saat kelibat dua beradik itu semakin hilang dari pandangan.
            “ Entah….arghh biarlah. Tak payah nak sesakkan kepala otak fikir kenapa dia balik awal. Huh..buang masa je….” akhirnya Raziq bersuara senada menyebabkan yang lain hanya terdiam.
            Di dalam kereta Perdana V6 pula…
            “ Kenapa?” Shazira bertanya pada abangnya. Bertanya atas alasan apa Izzuddin menyuruh dia untuk menjauhkan diri daripada rakan abangnya yang bernama Raziq itu. Nampak okay je….easy-going, bukan nampak gatal pun.
            “ Sha jangan suka nak membantah apa Baiz cakap boleh?” Izzuddin menjawab tegas dan Shazira terdiam. Jika sudah begitu dia maklum yang Zaim Izzuddin memang tengah serius. Orang macam abang dia ni yang tak pernah serius kalau dah sekali bersuara sebegitu rupa, hai..paham-paham jela.
            “ Sha ingat eh. Kalau takde Baiz jangan keluar dengan Raziq. No matter what and how! No excuses…” Izzuddin menokok lagi. Shazira terdiam tanpa suara.
            “ Ada mulut tu jawablah! Paham ke tidak?” Izzuddin seakan menjerit sedikit setelah melihat adiknya di sisi hanya diam tanpa sepatah pun menjawab.
            “ Yelaaa…Sha dengar! Sha tau...Sha paham!” Shazira menjawab kasar juga.
            “ Jangan overprotective sangat boleh tak? Sha bukan budak-budaklah. Sha tahu nak jaga diri sendiri….” Shazira menambah lagi namun dengan intonasi yang lebih tenang. Izzuddin tertoleh mendengar ayat itu dari bibir adiknya namun dia tidak marah. Lantaklah dia nak dikata abang yang overprotective ke…apa ke…ada aku kisah…?
            “ Sha bawah tanggungjawab Baiz lagi. Jangan nak berlagak sangat dah mampu nak jaga diri sendiri. Awak tu perempuan. Maruah kena jaga. Selagi Baiz mampu I’ll always become an overprotective brother for you...” Izzuddin menjawab tenang dan selepas itu suasana kembali sepi. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
            “ Malam ni punya function pun macam tu jugak. Jangan dekat sangat dengan mamat buaya tu!” keadaan sunyi sepi dipecahkan dengan satu lagi peringatan daripada Izzuddin kepada adiknya. Shazira kemudian melepaskan nafas kasar.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            Zaim Aimanuddin menyelusuri kaki lima jalan raya itu di tengah kegelapan malam. Wanita yang sugul disisinya dipandang sekilas. Sudah puas dia cuba menerangkan duduk perkara yang sebenar. Memang tiada cinta dalam hatinya buat wanita itu, apa lagi yang harus diperkatakan.
            You deserve someone better than me Mya……” Aiman bersuara lagi. Biarlah beribu kali dia ulang jika itu mampu membuat wanita yang penuh pekerti itu mengerti. Wanita yang dipanggil Mya itu hanya tersenyum sumbing.
            “ Seorang Aiman itu yang tak pernah cuba untuk membuka hatinya menerima kasih seorang Mya….” Myasara bersuara tenang. Sudah acap kali rasa hatinya cuba diluahkan. Dia bagaikan perempuan tak tahu malu. Terbang pergi egonya dengan kasih yang kerap kali cuba untuk dilabuhkan di hati lelaki itu. Namun kasihnya tak pernah bersambut. Myasara sedar akan hal itu.
            “ Man bukan tak suka Mya. Man sayang Mya…Man tahu Mya perempuan baik-baik. Tapi tolonglah…cuba faham. Man tak nak menipu Mya berterusan. Carilah lelaki lain yang lebih baik…yang mampu mencintai dan menerima diri Mya sepenuh hati dia. Man tak nak Mya yang makan hati hidup dengan Man nanti…
            “ Kahwin bukan perkara main-main…..” belum sempat Aiman menghabiskan patah bicaranya Myasara sudah mencelah. Setiap bait ayat itu sudah mampu dihafalnya. Sudah lali didengarnya. Myasara menarik nafas dalam. Kereta yang lalu-lalang dipandang sepi. Dia bertekad…dia harus redha menerima percaturan ini.
            Okay…Mya hormati keputusan Man. Mya dah berusaha meluahkan apa yang ada dalam hati Mya. Tapi Man masih tak terima…fine, itu hak Man…” Myasara akhirnya mengalah. Cukuplah sampai di sini. Dia perlu mencari arah baru dalam laluan hidupnya daripada terus mengharap pada sesuatu yang tak pasti.
            I’m so sorry…” hanya itu yang mampu diluahkan Aiman. Dan Myasara tersenyum lagi.
            “ Jangan rasa bersalah. Soal hati memang realitinya tak boleh dipaksa-paksa….” Myasara menjawab luhur dan Aiman merasa bersalah untuk yang kesekian kalinya. Namun dia sendiri tak mampu memaksa hatinya menerima wanita itu. Satu pintanya moga Myasara akan dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik darinya.
            Pray for me for the last time please?” Myasara menyambung bicara dengan satu permintaan. Aiman merasa pelik.
            What for?”
            “ Mya akan ke Brisbane end of this month….” dan ungkapan itu mengakhiri pertemuan dirinya dengan Myasara. Aiman menarik nafas dalam. Langka wanita itu perlahan-lahan direnunginya sehingga bayang-bayangnya hilang terus dari pandangan. Dan Aiman masih di situ…sebelum dirinya dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbitnya.
            “ Man……..” tanpa salam kedengaran suara pemanggil menerjah menyebut namanya.
            “ Kau ni malam-malam make a sudden call. Kot ye pun bagilah salam dulu….” Aiman menjawab perlahan. Dia merasa terlalu letih ketika itu dan dia pun tak tahu kenapa. Pemanggil di hujung talian terus memberikan salam namun nada suaranya masih kedengaran serius menyebabkan Aiman berkerutan sendiri.
            “ Kau ni kenapa Ray?” Aiman bertanya rakus pada sahabat baiknya itu..Rehan Haziq.
            “ Sha…your sister is it?” Rehan bertanya perlahan.
            Yes….why?” Aiman bertanya pelik lagi. Banyak kali betul otaknya perlu dikerah untuk menafsir sesuatu yang pelik. Memang letih.
            “ Dia ada kat mana sekarang….?” Rehan bertanya terus dan Aiman berkerutan lagi.
            “ Kau ni buat aku sesak jela. Call tiba-tiba tanya pasal adik aku kenapa?” Aiman sudah malas menjawab. Rehan menarik nafas tak puas hati. Susuk perempuan itu dari kejauhan diperhatikan sedari tadi. Macam kenal!
            “ Kau jawab je soalan aku boleh? Bukan susah sangat…” Rehan semakin tak puas hati.
            “ Dia ikut Iz…adik lelaki aku tu. Pergi mana entah…dua orang belangkas tu, biasalah…” Aiman menjawab perlahan.
            “ Tapi yang aku nampak ni Sha bukan dengan Iz. Sha dengan lelaki lain. Lelaki tu dari pengamatan aku macam jahat je wei…” Aiman terkejut mendengar perkhabaran dari sahabatnya itu.
            What? Kau nampak kat mana?” Aiman sudah tidak senang mendengar berita itu pantas kakinya melangkah ke arah tempat keretanya diparkir tadi. Dan telefon bimbitnya sudah ditekan untuk mendail nombor seseorang…..Iz!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            Zaira Shazira yang masih teresak-esak menangis dipeluk erat ke dadanya. Dapat dirasakan tubuh adiknya itu menggigil. Mungkin ketakutan. Dan seraut wajah yang masih cemas sedari tadi dipandang tajam…
            “ Iz memang tak boleh harap kan? Jaga adik perempuan sorang pun tak boleh ke?” Aiman menengking kasar Izzuddin yang sudah menyandar di pintu kereta. Yang sedari tadi meraup mukanya berulang kali. Yang sedari tadi penasaran mencari adiknya yang tiba-tiba hilang dari majlis yang sama-sama dihadiri.
            “ Kalau Baim tak cepat sampai apa nak jadi?” Aiman bertanya kasar lagi menyebabkan Izzuddin dirundung seribu penyesalan. Mujur dia sempat bertanya kawan-kawannya dan mengekori ke mana Raziq membawa Shazira. Dan mujur ketika kelibat kereta kawannya itu dijumpai di pinggir jalan kelibat abangnya juga sudah ada….kalau tidak?
            “ Iz…….” Izzuddin tergagap-gagap cuba bersuara namun tidak terluah bait kata-katanya.
            “ Baim ingat Iz ni dah berubah. Dah jadi lebih bertanggungjawab. Boleh jaga adik-adik kalau Baim takde. Ini tak…lain pulak jadinya! Tolonglah Iz….jangan harap Baim sorang je…..” kali ini nada suara Aiman seakan merayu pada adik lelakinya itu menyebabkan Izzuddin betul-betul dirundung penyesalan. Tapi ini bukan salah dia seorang. Bukan hanya dia yang perlu dipertanggungjawabkan. Dah puas dia berpesan pada Shazira agar menjauhi Raziq. Namun…urm….entahlah….
            “ Dahlah Baim….Baiz tak salah…” akhirnya Shazira yang sedari tadi menangis dan terus menangis bersuara dengan suara yang menggigil. Memang bukan salah Izzuddin seorang. Dia yang tidak mendengar kata. Dia yang degil!
            Backup! Backup selalu!” Aiman bagaikan sudah hilang sabar dengan telatah dan kerenah dua orang adiknya itu. Kalau salah, yang satu ada je nak menyokong salah yang lagi satu! Geram dia kadang-kadang!
            “ Baim….jangan marah Sha. Sha takut….” Shazira bersuara perlahan menyebabkan rasa marah Aiman mengendur tiba-tiba. Sudahlah adiknya sedang ketakutan. Lagi ditengking. Hai lah…adik….adik….
            “ Balik sekarang. Iz bawak kereta Iz. Baim bawak Sha……..” akhirnya Aiman memutuskan agar mereka tiga beradik pulang dahulu ke rumah. Kalu hendak ditembak adik-adiknya ini pun, biarlah dirumah. Izzuddin yang hanya mampu memerhatikan adiknya sedari tadi dalam pelukan abangnya terus mengangguk. Dah tak mampu nak bersuara lebih.
            “ Kalau ibu tahu…memang mati Iz!” sebelum beredar Aiman sempat bersuara menyentakkan lagi tangkai hati Izzuddin.

3 comments:

Anonymous said...

salam...
best la cite ni...
bgs btl ada abg mcm baim n baiz tu...
wlupn baiz agk nakal ckit...
thumbs up!!!

Miss Kira said...

suka baiz...
xp cian baiz kena marah..
huhuhuh..

sha pun satu..dgr la ckp baiz tu..
:)

MaY_LiN said...

aish..
kan baiz da cakap tadi..
degil la sha ni

Post a Comment