“ Morning Nisa! ” Anisa yang mendengar namanya tiba-tiba disebut dari belakang oleh seseorang sebaik dia keluar dari apartmentnya pantas terkejut. YA ALLAH! Kus semangat..Anisa menggosok-gosok dadanya..dia pantas menoleh..Anisa terkejut kerana pagi-pagi lagi Ary sudah terpacak di depan matanya. Buat apa dia kat sini?
“ Assalamualaikum..” Anisa pantas memberi salam atau lebih tepat dia sengaja mengenakan Ary! Pagi-pagi dah buat aku serabut! Anisa berkata di dalam hati..
Ary yang mendengar hanya tersenyum sumbing mengakui kealpaannya untuk memberi salam dan pantas menggosok-gosok belakang tengkuknya sambil menjawab..
“ Wa’alaikumsalam..” Ary berkata
“ You pagi-pagi dah terpacak kat sini ada apa? Nak kutip hutang ke?” Anisa bertanya selamba sambil meneruskan langkahannya. Ary kemudian pantas menuruti langkah Anisa.
“ Memang pun..tak ingat ke hutang you pada I? “ Anisa yang mendengar lantas berpaling dan membuat muka terkejut..bila masa? Ary yang melihat wajah comel itu semakin tertawan
“ Ada ke? “ Anisa bertanya jujur. Aduh, lurus betul! Jerit Ary di dalam hati..
“ You rasa?” Ary sengaja bertanya semula sekadar ingin mempermainkan Anisa..Anisa yang mendengar pantas menekan kotak ingatannya..Isy, mana ada! Kau saja nak buat aku pening pagi-pagi buta ni kan? Anisa pula menjerit di dalam hati..
“ Sungguhpun kepala otak I ni susah nak ingat semua yang I belajar..tapi otak I ni masih boleh mengesan niat jahat orang! Especially bab-bab menipu ni..“ Anisa menjawab tegas. Ary yang mendengar hanya menunjukkan riak tidak bersalah..
“ Ala sayang..tak boleh ke? Tadi malam I asyik mimpikan you je. Tu yang pagi-pagi I datang sini..I terasa macam ada orang rindukan I je..” Ary pantas memulakan bicara dan Anisa yang mendengarnya seakan ingin muntah. Aduh! Dah kenapa pulak ni? Demam kepialu ke? Getus Anisa di dalam hati dan dia pantas menunjukkan riak tidak puas hati sambil mematikan langkahnya..Anisa perasan yang semakin lama Ary semakin kerap memanggilnya sayang..menyesal pula selama ini dia turut melayan kerenah Ary ini..
“ Pardon? You terasa ada orang rindukan you? Siapa? You mean I? Huh..sory sikit..“ Anisa berkata sinis sambil meneruskan langkahannya. Ary yang mendengar terdiam. Sekarang memang la tak! Esok lusa siapa tahu? Hehe..Ary tertawa di dalam hati..
“ Alah..tak mengaku konon..” Ary berkata perlahan namun masih terdengar jelas di pendengaran Anisa. Anisa malas mahu berkata panjang dan hanya membiarkan suasana sepi namun dia masih berjalan seiringan dengan Ary..
“ Yang you ikut I ni kenapa? Dah tak ada kerja lain lagi ke? ” Anisa pantas bersuara apabila sedari tadi Ary masih berjalan di sisinya..
“ Hello cik kak..you ingat you sorang je ke nak pergi kelas? I pun ada kelas jugak. Ada jalan lain ke nak pergi kampus kita selain jalan ni? “ Ary pantas menjawab sinis. Anisa yang sedar dirinya terkena hanya mampu menjeling geram melihat Ary di sisinya. Wajah lelaki itu tampak selamba saja seperti tiada perasaan. Hai..menjengkelkan..Anisa menjerit di dalam hati. Akhirnya Anisa hanya membiarkan Ary beriringan dengannya..modalnya sudah habis untuk menjawab! Letih!
Setelah berjalan hampir 20 minit akhirnya Ary dan Anisa tiba di kampus mereka. Sebenarnya kelas Anisa masih lambat. Dia sengaja datang awal..mahu menghirup udara segar di bawah rimbunan pokok sambil membaca nota-notanya. Tak pun baca novel! Banyak koleksi novel yang belum dibacanya di bawa ke sini. Jadi di waktu lapang memang itulah yang selalu dilakukan. Ary yang melihat Anisa semakin menuju ke arah bangku di bawah rimbunan pokok lantas berfikir..
“ Hai? Boleh nak duduk-duduk pulak? Tak de kelas ke?” Ary bertanya di dalam hati namun kakinya masih mengikut langkah Anisa. Dia sendiri tidak sedar sebenarnya. Anisa yang perasan Ary masih mengikutnya lantas menoleh dan membuat Ary terpaksa berhenti secara mendadak.
“ Hai..kelas you pun kat bawah pokok ni jugak ke? I rasa ada banyak lagi jalan lain nak ke kelas you..” Anisa berkata sinis. Alamak! Kantoi! Kenapa tak perasan aku still ikut dia lagi? Ary menjerit di dalam hati.
“ You nak join I punya kelas kat sini ke?” Anisa bertanya sinis sambil tersenyum sumbing. Ary yang tidak tahu ingin menjawab apa pantas bertanya soalan lain. Ubah topik!
“ You tak breakfast dulu ke? Nanti you lapar pulak..” Ary sengaja bertanya begitu dan hanya melihat Anisa yang sudah duduk di bangku itu. Selebihnya dia memang ikhlas bertanya..Anisa keluar awal..takkan dia sempat breakfast kat rumah kot.
Anisa yang mendengar hanya memerhati raut wajah Ary yang sudah duduk di depannya. Apa kene dengan mamat ni sebenarnya? Anisa bertanya di dalam hati. Dah la pagi-pagi dah tercangok depan aku..tapi diam aje sepanjang jalan..sekarang ni sibuk-sibuk pulak nak tunjuk concern pada aku..Betul ke ni Ary yang aku kenal? Isy..musykil sungguh rasanya..Anisa berkira-kira di dalam hati tanpa sedar dia masih tetap merenung wajah Ary di depannya..
“ Ehemm..kalau ye pun jangan la tenung I macam tu sayang. Cover-cover la sikit..tau la I ni kacak bergaya..” Anisa pantas tersedar apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Ary itu. Aduh, tak perasan pulak..Anisa berkata di dalam hati. Anisa menjadi semakin tak kena dan Ary semakin galak merenung Anisa.
“ Tak pe..I malas nak breakfast..” Anisa pantas menjawab ringkas sambil mengeluarkan nota-notanya dari dalam beg. Bukan malas tapi hilang selera tengok muka kau! Anisa berkata di dalam hati tanpa diluah melalui kata-kata. Sebenarnya novel yang ingin dikeluarkan tapi dia ingin menunggu sehingga Ary pergi dahulu. Tak feel la baca kalau ada dia ni! Getus Anisa di dalam hati.
Ary yang mendengar tiba-tiba hanya berlalu meninggalkan Anisa. Eh, pergi macam tu je? Lagi sekali tak paham! Anisa berkata di dalam hati dan dia mengeluarkan novel pula dari dalam begnya..Hehe..acara bermula..
Setelah 10 minit berlalu Anisa perasan ada seseorang yang sudah duduk di bangku di hadapannya itu. Dia pantas mengalihkan novel yang sedari tadi menghalang pandangannya dan berniat ingin melihat siapa gerangan orang di hadapannya itu. Hai, ingat dah masuk kelas? Anisa bertanya di dalam hati..
Ary yang melihat Anisa menanggalkan cermin mata tanpa bingkainya tersenyum melebar. Ceh, aku ingat kau memang spesis rajin pagi-pagi dah bukak buku! Rupanya novel yang kau bukak! Ary berkata di dalam hati sambil menghulurkan sebungkus sandwich dan hot chocolate yang dibelinya tadi. Dia memang sengaja membelikan itu untuk Anisa sebelum kelasnya bermula sebentar lagi..
“ Nak apa lagi?” Anisa bertanya kasar. Hai..memang mengacau!
“ Ni..breakfast..kalau tak you lapar..” Ary berkata ikhlas
“ So what kalau I lapar? Yang you sibuk-sibuk kenapa? “ Anisa membalas kasar juga. Selebihnya dia pelik dengan perangai Ary pagi ini. Mulut Ary tidak terlalu kejam pagi itu..perangainya yang lemah gemalai pagi itu juga membuat Anisa menjadi seram…! Isy..kene sampuk apa dia ni?
“Hai..sekurang-kurangnya berterima kasih la cik Nisa oii..I bukan berniat jahat pun. Takkan you dah terjangkit perangai I pulak..” Anisa yang mendengar lantas tersedar. Selama ini memang dia yang selalu menegur Ary kerana tidak tahu mengucapkan terima kasih..kini terbalik pula..pantas nafasnya dilepaskan..
“ Ok..fine..thank you so much sayang..” Anisa pantas menjawab lembut dan gedik. Selepas itu satu jelingan dihadiahkan buat Ary dan tangannya membuka bungkusan yang diberikan Ary itu. Hehe..best jugak breakfast free..kata Anisa di dalam hati. Ary yang melihat menjeling juga! Huh..nampak tak ikhlas tu..tak pe2..kata Ary di dalam hati..
“ You punya mana?” Anisa pantas bertanya apabila melihat tiada bungkusan makanan untuk Ary.
“ Urm..takpelah I ada kelas dah ni..takut tak sempat pulak. I chow dulu ye. Makan jangan dok baca novel je..kalau jadi kenyang lepas baca tak pe jugak..” Ary sempat mengata Anisa dan terus memulakan langkah..Namun dia menoleh semula apabila Anisa memanggil namanya..
“ What? I dah lambat ni..” Ary pantas berkata sebaik sedar yang dia memang sudah agak lambat untuk ke kelas kerana membelikan sarapan buat Anisa..
“ Sekejap..” Anisa berkata ringkas dan membuka plastic sandwich yang dibeli oleh Ary tadi..Ary hanya melihat perilaku Anisa itu. Dahinya berkerut..apa lagi ni? Sambung lepas kelas nanti tak boleh ke? Ary membebel di dalam hati. Prof James suka mengamuk kalau melihat pelajarnya datang lambat ke kelas..Ary lantas teringatt seraut wajah bengis pensyarahnya itu..
Anisa pantas membahagi dua sandwich yang agak tebal itu dan sebahagian sandwich itu dihulurkan kepada Ary. Ary yang terkejut hanya memandang Anisa pula..
“ Nah..buat alas perut. Nanti you lapar, you tidur pulak dalam lecture..” Anisa menghulur ikhlas dan hanya menanti Ary mengambil hulurannya. Anisa memang sedar akan satu fakta itu bahawa pelajar yang mengambil sarapan di waktu pagi lebih senang memberikan tumpuan di dalam kelas berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan..Ary di dalam hati bukan main gembiranya! Setidak-tidaknya Anisa juga mengambil berat akan dirinya walaupun sedikit!
“ Apa tengok lagi? Kata dah lambat tadi?..” Anisa berkata kuat apabila melihat Ary masih diam. Ary yang baru tersedar lantas menerima sebahagian sandwich itu..
“ Sory ye..ni je boleh share..air tak boleh! Siapa suruh you beli satu je..” Anisa pantas berkata. Ary yang mendengar tersenyum manis..
“ Tak pe2..its okey..thanks Nisa. Ni yang I makin sayang dengan you..I pergi dulu..” Ary hanya sempat membalas ringkas dan terus berlari ke arah bangunan utama di universitinya itu sambil tangannya masih memegang sebahagian sandwich tadi. Tanpa sedar kasihnya semakin mekar buat seorang gadis bernama Anisa.
Anisa hanya melihat larian kecil Ary yang semakin jauh. Isy..pergi la sana! Anisa berkata di dalam hati. Sebenarnya jauh di sudut hati dia senang melihat perubahan pada diri Ary itu. Cuma satu pintanya moga perubahan itu tidak mempunyai apa-apa makna yang tersirat! Susah kalau macam tu..
Anisa meneruskan pembacaannya sambil mengunyah sebahagian lagi sandwich yang tinggal sementara menunggu kelasnya yang akan bermula setengah jam dari sekarang..
Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37
2 years ago
10 comments:
hohoho..go go ary..
nisa, bukak la pntu hati tu utk terima cinta dr laki lain plak.. azril da ade dania.. nisa pon kne la ade ary..ehehe..
-cheesecake-
hahaha
mmg perubahan ary tu bwk makna pon
nisa garang sgt la
jgnla jual mahal sgt
nnti ary give up xpsl2 je
he3...garang2 pun org masih suka kan...
x salah jual mahal...lg b'tambah kuat perassaan cinta tu...hope la... tak lari gunung di kejar kan3...
haha..
ske2..
sweet bangat si ary nieh..
yup2..nisa garang sagt..
hope ary xputus asa mengejar disebabkan kegarangan nisa nieh..
hehe..
nisa,,bukak buku baru kayh..
simpan azril dalam buku sejarah..
muehhe..smbung2..
sokongsokong
nisa buka buku baru.
lupa si azril tu.ngeee
comelcomel
-na'dz
mane smbngan cite ne
ar2 lah..mna smbungan crta ni?smbunglah..nak tau jg apa ksdhn ksh anisa dgn ary ni..
sorry ye buat cik anon..
cerita ni sdg dlm penilaian utk diterbitkn..
so C.B takbole smbg kat cni lg dah..:)
salam...
wlupun sy dh prnh bc nvl ni smpai abis tp klu diterbitkan sdh pasti sy akan membelinya sbg koleksi...
ble nk terbit?
bila nk diterbitkan?.. mmg x sabar walaupun dah byk kali baca... tup2 bukak skg ni sampai ep20 jer..
nnt bagitau bila dh diterbitkan...
Post a Comment