PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Friday, October 7, 2011

Cerpen : Kau Ku Nanti (3)


            “ That bouquet is for me…?” Zara kalih memandang sejambak bunga dalam tangannya yang ditunjuk Rafiq.
            “ No… ini untuk klinik lah….” Zara mencebik
            “ Kira untuk Fiq lah tu….” Rafiq tanpa segan silu terus menarik jambangan bunga itu.
            “ Thanks by the way….” dan senyuman menghiasi bibirnya. Tak dapat digambarkan bagaimana gembiranya perasaan Rafiq apabila Zara sudi hadir. Sangkanya wanita itu tidak kisah akan perkara penting yang terjadi dalam hidupnya. Lenyap terus rasa tidak sedap Rafiq sejak pagi tadi.
            “ Fiq ingat Zara tak datang….” Zara tidak menjawab dan hanya membalas dengan secebis senyuman. Zara tidak tahu ingin berkata apa. Zara rasa semenjak dekat dengan Rafiq dia sudah terjangkit dengan perangai lelaki itu yang kurang bicara tapi terlebih-lebih senyumannya. Dan Zara rasa kehadirannya sudah cukup membuktikan bahawa lelaki itu kini telah menjadi antara yang terpenting di dalam hidupnya.
            “ Datang dengan…?”
            “ Hai Abang Fiq!” belum sempat Rafiq bertanya muncul Zati secara tiba-tiba entah daripada mana.
            “ Eh Zati pun ada…?”
            “ Haruslah ada! Selagi Abang Fiq ni masih tunang Kak Ngah. Kalau dah jadi suami baru lain cerita….” Rafiq terhibur dengan telatah manja Izzati. Senang hati Rafiq bakal mempunyai adik yang ceria dan comel seperti ini….eh jauhnya fikir!
            “ Zati datang dari mana tadi...?” Rafiq sengaja bertanya soalan itu berniat untuk mengorek adakah sebenarnya Zara datang ke mari setelah melawat Firul terlebih dahulu.
            “ Daripada jumpa florist….” ahh namun jawapan itu jauh daripada yang diharapkan! Rafiq kerling Zara sebentar yang hanya menjadi pemerhati.
            “ Sebelum tu…?” Rafiq masih tak putus asa. Izzati tarik kening.
            “ Dari rumahlah, Abang Fiq ni kenapa…?” bingo! Jawapan ini yang dinanti Rafiq.
            “ Pagi-pagi Kak Ngah dah gegar Zati suruh cepat-cepat teman dia…” Izzara tersenyum sumbing. Isy…budak kecik ni memang tak boleh simpan rahsia!
            “ Zara tak pergi hospitallah. Kan Zara orang penting untuk opening ni….” nahh tanpa perlu mengorek lagi Zara dengan terus-terang memberitahu. Menyebabkan hati Rafiq semakin senang dan yang pasti tenang! Zara kemudian dengan selamba terus menarik adiknya berlalu pergi…
            “ Fiq, jom makan….!” sebelum memanggil Rafiq sedikit kuat apabila tunangnya itu masih tidak berganjak daripada tempatnya berdiri tadi. Rafiq yang masih cuba untuk mentafsir bicara Zara pantas mengikut jejak gadis itu.
______________________________________________________________________________
            “ Firul dah okay….?” Zara memerhati dalam-dalam wajah temannya itu sambil menggoyang-goyangkan tangan. Dah boleh nampak aku ke tak ni?
            “ Alhamdulillah semuanya selamat…” hehe…Zara cepat-cepat menjatuhkan tangannya.
            “ Fuhhh baguslah lega Zara dengar. Alhamdulillah. Kak Fida mana…?” Zara menoleh ke arah sekeliling.
            “ Bawak Aqir pergi makan….” owh…Zara mengangguk.
            “ Awak tu dah makan ke…?”
            “ Dah….” Firul mengangguk juga. Ditenung wajah Zara lama. Sudah semakin matang wajah itu. Berbeza berbanding kali terakhir mereka bersua bertahun-tahun yang lalu.
            “ Zara makin cantik…” ayat yang terluah di bibir Firul membuat Zara terdiam. Terhenti sebentar tangannya daripada terus mengupas buah untuk Firul.
            “ Mana ada makin cantik. Biasa ajelah. Dari dulu memang macam ni…” Zara cuba menafi. Firul masih tak henti merenung.
Sebenarnya hati Firul cukup terharu melihat keikhlasan Zara membantunya. Jujur dia akui semenjak kecil dahulu Zara memang cukup ikhlas berkawan dengannya. Dan jauh di sudut hati Firul merasa bersalah kerana dia pernah berfikir dan meinginkan Zara kembali kepadanya hanya kerana dia memerlukan seseorang untuk menjaga dan mengurus hidupnya. Zara terlalu istimewa dan Firul sendiri yang bagaikan sudah jatuh kasih kepada Zara.
Firul rasa kata-kata kakaknya memang benar. Zara berhak untuk mendapatkan lelaki yang tulus menyayangi dan mencintainya. Oleh kerana itulah, Firul rasa dia benar-benar menginginkan Zara menjadi suri hidupnya dan ibu buat anaknya.
“ Zara…..”
“ Urm….?” Zara kalih ke arah Firul.
“ Semalam Zara tak datang masa Firul bukak balutan mata ni, Zara pergi mana..?” Zara gigit lidah.
“ Zara ada hal…” sebaris jawapan Zara beri berserta sekilas senyuman.
“ Hal apa yang lebih penting daripada Firul tu…?” Zara sedikit tidak senang dengan bicara itu.
“ Zara ada hal dengan tunang Zara….” Firul kelu.
“ Owh…tunang…” tunang? Firul hampir lupa dengan status Zara yang sudah menjadi tunangan orang. Siapa agaknya tunang Zara tu? Beruntung sungguh dia. Tapi betul ke Zara sudah memadam namanya dari terus bermukim di dalam hati gadis itu? Firul agak tidak yakin melihatkan kepada kebaikan yang Zara pamerkan padanya.
“ Firul boleh keluar bila…?”
“ Lusa…”
“ Owh…kalau macam tu nanti Zara kenalkan Firul dengan tunang Zara…”
“ Siapa tunang Zara…?”
“ Dia kerja kat sini-sini jugak…”
“ Sini tu hospital lah…?” Zara angguk sekilas.
“ Firul, ni Zara dah kupaskan buah, makan tau. Tapi Zara tinggal dulu eh. Takde siapa pun kat sini, kita berdua je. Nanti bila ada Kak Fida, Zara datang balik….” Zara pantas mengambil beg tangannya dan berlalu pergi. Firul hanya memandang sayu lenggok gadis itu. Masih tetap seperti dulu. Cukup menjaga apa yang sepatutnya dijaga.
______________________________________________________________________________
            Rafiq memandang nama yang muncul di skrin telefon bimbitnya. Sedikit pelik namun hatinya berbunga ceria.
            “ Assalamua’laikum Fiq…..”
            “ Wa’alaikumussalam….yes anything?” Zara menggigit bibir.
            “ Zara kacau tak…?” sepatah je dia bertanya.
            “ Takde lah…” Rafiq menafi.
            “ Fiq busy..?”
            “ Sekarang lunch hour la…” Rafiq menarik senyum.
            “ Zara kat hospital jugak ni…” eh..? Rafiq kalih sekeliling. Kot-kot lah dia akan ternampak bayang gadis itu. Tapi langsung tak kelihatan. Choiiii hospital ni kan besar!
            “ Tengok Firul ke…?”
            “ Urm….” Fiq tidak senang mendengar pengakuan jujur tunangnya itu.
            “ Zara nak ajak Fiq jumpa Firul lepas Zohor karang boleh…? Sekejap je…” Rafiq berkerutan.
            “ Nak buat apa..?” Zara menggigit bibir. Nak cakap apa ni..?
            “ Zara nak kenalkan Fiq dengan Firul…”
            “ Perlu ke nak kenal…?” Fiq seakan cuba mengelak. Malas sungguh dia mahu bertemu dengan lelaki yang sering mencuri perhatian tunangnya itu.
            “ Perlu lah. Fiq kan orang penting untuk Zara…” perlahan Zara membalas namun cukup jelas di pendengaran Firul. Cair hatinya serta merta. Walau tidak diakui secara jelas, namun Zara tidak pernah melupakannya…itu yang paling Rafiq suka.
            “ Okey then….” Rafiq cepat je bersetuju.
            “ Betul boleh ni…?”
            “ Betul…” Rafiq meyakinkan Zara lagi.
            “ Okay…” Zara pula yang tiba-tiba terlebih gembira. Entah atas sebab apa, Zara sendiri tak pasti.
            “ Dah Zara ada kat sini, jom lunch dengan Fiq….” Rafiq mempelawa.
            “ Haaa lunch….?” Zara tidak tahu bagaimana ingin menolak.
            “ Dengan Fiq…..dan Amer sekali. Fiq tunggu kat café tau….” Klik! Belum sempat Zara menyambut, Fiq terlebih dahulu meletakkan talian. Ada Amer sekali….Zara melangkah dengan senyuman.
______________________________________________________________________________
            “ Zara, Firul sungguh-sungguh nak Zara hidup dengan Firul….”
            “ Apa ni Firul….?” Zara sungguh tidak menyangka ini yang bakal didengarnya daripada mulut lelaki itu.
            “ Firul taknak kehilangan Zara lagi….”
            “ Firul ni dah hilang akal ke…? Zara ni dah jadi tunang orang lah….” Zara kalih ke arah rumahnya. Takut umi dan ayahnya mendengar. Zara tidak pasti atas sebab apa Firul datang ke rumahnya malam-malam begini, namun sebaik mendengarkan bicara telus lelaki itu, Zara rasa tidak senang.
            “ Firul yakin Zara masih sayangkan Firul. Sebab tu selama ni Zara setia tungu Firul kan..?” Zara telan air liur.
            “ Mana ada Zara tunggu Firul…” Zara keras menafi.
            “ Kalu bukan tunggu Firul, kenapa sampai bertahun lamanya Zara masih belum berkahwin…? Zara terasa hati ke sebab dulu…..”
            “ Zara taknak dengar apa-apa lagi pasal dulu. Semua benda tu dah jadi sejarah…” Zara cepat-cepat memotong bicara Firul dan dia menutup telinganya rapat.
            “ Tapi Zara…..”
            “ Jangan dekat!” Zara menjauh bila dilihat Firul semakin mendekatinya.
            “ Zara jerit nanti….” Zara mengugut dan akhirnya Firul melangkah beberapa tapak ke balakang
            “ Firul sayangkan Zara….” lembut suara Firul menyuarakan rasa hatinya. Zara tiba-tiba merasa sebak mendengar pengakuan itu.
            “ Kenapa baru sekarang…?” Zara merenung Firul dalam.
            “ Dulu…lama Zara harapkan Firul cakap macam ni, tapi kenapa baru sekarang…?” Zara mengulang pertanyaannya.
            “ Zara….Firul ingatkan Zara tak pernah suka dan sudi nak terima Firul. Sebab tu Firul mencari yang lain….”
            “ Alasan! Pernah ke Firul jujur dan tanya Zara terus terang…?” Firul diam.
            “ Tapi dah banyak kali Firul bagi hint….”
            “ Hint je tak cukup….Zara perlukan kejujuran. Zara tak suka buat andaian sendiri….”
            “ Tapi Zara tahu yang sebenarnya Firul memang sukakan Zara kan..? Semua kawan kita tahu, takkan Zara tak sedar….?” Zara menelan air liur.
            “ Zara tahu dan sedar…tapi masa tu umur kita masih muda. Zara tak boleh nak terima Firul dalam keadaan macam tu. Zara ingatkan Firul faham dengan Zara, dengan cara hidup dan prinsip Zara. Zara ingat Firul akan tunggu Zara. Tapi rupanya tak….”
            “ Zara….Firul mengaku dulu tu memang salah Firul. Firul bagi harapan dan kemudian tinggalkan Zara macam tu je. Tapi sekarang Firul dah kembali. Kita boleh sambung kisah kita. Mungkin jodoh kita memang kuat sebab tu ALLAH temukan kita balik…”
            “ Jangan cepat buat andaian Firul. Zara yakin ALLAH temukan kita berhikmah dan yang pasti bukan sebab jodoh kita kuat….”
“ Maksud Zara….?”
“ ALLAH nak Zara sedar tentang hati dan perasaan Zara sendiri. ALLAH nak Zara berhenti hidup dalam bayang-bayang Firul….”
“ Zara…..” Firul bagaikan hilang semangat mendengar suara sebak Zara dalam kegelapan malam itu.
“ Baliklah Firul….”
“ Zara….Firul sanggup bersemuka dengan umi dan ayah Zara. Bersemuka dengan tunang Zara kalau Zara sudi terima Firul balik….”
“ Tolonglah Firul….” Zara menekan bicaranya.
“ Zara…takkan Zara nak hidup dengan orang yang Zara tak cinta dan tak sayang….?”
“ Siapa cakap Zara tak sayang dan cintakan bakal suami Zara…?” Zara geram dengan tekaan melulu temannya itu.
“ Zara…”
“ Baliklah Firul. Kalau betul Firul sayangkan Zara, biarkan Zara bahagia dengan pilihan hidup Zara macam mana Zara biarkan Firul bahagia dengan pilihan hidup Firul dulu….” kemudian dengan linangan air mata Zara terus meninggalkan Firul berseorangan di situ.
“ Zara…..” dan panggilan Firul kali ini langsung tidak dibalas Zara menyebabkan lelaki itu betul-betul kecewa.
______________________________________________________________________________
            “ Zara….?” Puan Zahira masuk ke kamar anaknya itu bila dia melihat Zara berkejaran naik ke tingkat atas.
            “ Umi….” Zara memandang ibunya sayu.
            “ Kenapa nangis ni…?” Zara menggeleng perlahan. Namun juraian air matanya masih tidak berhenti.
            “ Hei…anak umi. Umi tanya kenapa nangis ni…?” Zara pantas berbaring di riba ibunya. Dipeluk erat wanita tua itu.
            “ Takde apalah umi….” Zara masih cuba menyembunyikan kisah pertengkarannya dengan Firul tadi.
            “ Siapa yang datang tadi….?” Zara pantas menggeleng. Tidak mahu ibunya risau.
            “ Zara….Zara lah anak umi yang paling susah nak menangis. Zara takkan menangis kalau pasal benda kecik. Cuba cakap dengan umi kenapa….”
            “ Umi….umi sayang Zara tak….?” Puan Zahira tarik kening.
            “ Mestilah umi sayang. Kenapa tanya macam ni…?” Puan Zahira paut bahu anaknya lembut.
            “ Kalau umi sayang Zara…mesti umi tak silap pilihkan Fiq untuk Zara kan..?”
            “ Fiq….?” Zara mengangguk laju.
            “ Kenapa dengan Fiq…?”
            “ Umi…macam mana Zara nak tahu kalau Fiq lelaki yang tepat untuk Zara…?” Puan Zahira menarik nafas panjang.
            “ Zara tak boleh terima Fiq ke? Tak berkenan dengan pilihan umi…?”
            “ Bukan…” Zara menggeleng lagi dan lagi.
            “ Jadi, apa sebenarnya masalah Zara ni? Cuba cakap dengan umi…?” Zara hanya diam.
            “ Zara…pada pandangan mata umi Fiq tu anak yang baik. Kalau Zara nak tahu, Fiq selalu datang jumpa umi. Masa awal dulu, dia sendiri datang untuk minta izin pada umi. Dia berkenan sangat dengan Zara. Dia kata dia nak kenal Zara, nak dekat dengan Zara tapi semuanya dia nak atas izin umi dan ayah. Ketelusan dan kejujuran bicara dan tindakan dia tu dah cukup meyakinkan umi yang dia memang ikhlas dengan Zara….”
            “ Zara tahu…” Zara menundukkan kepalanya.
            “ Jadi apa lagi masalahnya…?” Zara diam seketika sebelum dia kembali menarik nafas dalam.
            “ Umi…boleh Zara mintak tolong umi satu benda…?” Puan Zahira tarik kening lagi.
            “ Minta tolong pasal apa…?” Zara kemudian menarik uminya rapat. Dibisikkan sesuatu ke telinga uminya. Dan Puan Zahira sedikit terkejut mendengar permintaan anaknya itu.
            “ Betul ni….?” Zara angguk laju.
            “ Umi boleh tolong cakap dengan dia…?”
            “ Zara taknak fikir panjang dulu ke..? Kenapa tiba-tiba buat keputusan macam ni…?”
            “ Zara kena cepat buat keputusan sebelum hati Zara berubah…” Puan Zahira tarik nafas dalam.
            “ Zara nak umi cakap dengan Fiq bila…?”
            “ Sekarang…?” Puan Zahira terkejut lagi.
            “ Tapi dah malam ni….”
            “ Bolehlah umi….” Zara memujuk uminya lagi. Pantas terus didail nombor telefon tunangnya itu dan telefon bimbit tersebut diserahkan kepada uminya.
            “ Assalamua’laikum Zara….kenapa call Fiq malam-malam ni…?” Puan Zahira mendengar suara bakal menantunya di hujung sana bagaikan sedikit risau.
            “ Wa’laikumussalam Fiq….umi ni…”
            “ Eh umi….kenapa call Fiq tengah-tengah malam ni umi…?”
            “ Zara….”
            “ Zara…? Kenapa dengan Zara, umi….?” Rafiq betul-betul cuak mendengar nada suara bakal ibu mertuanya itu. Sudahlah tengah malam menelefon, tiba-tiba nama Zara yang disebut. Ada sesuatu yang terjadi ke..?
            “ Umi…? Zara kenapa…?” Rafiq berdebar-debar.
            “ Zara mintak umi sampaikan sesuatu pada Fiq…..”
            “ Ha…?” Rafiq kerut kening.
            “ Zara mintak supaya dipercepatkan majlis pernikahan kamu berdua, boleh…?”
            “ Ha…..??”
______________________________________________________________________________
            Alhamdulillah! Izzara benar-benar bersyukur di atas majlis pernikahannya yang telah selesai petang semalam. Dan awal pagi ini Zara terpaksa pula bersiap untuk majlis persandingan di pihaknya yang akan dilangsungkan di dewan besar pilihan umi dan ayahnya.
            “ Sayang dah siap….?” Zara kalih sekilas ke arah pintu bilik yang menjadi bilik persalinannya sebelum majlis persandingan sebentar nanti. Kelihatan lelaki yang telah sah bergelar suaminya itu sudah rapi. Sudah lengkap berbaju pengantin dan bertanjak. Sungguh manis wajah lelaki itu yang Zara akui sering menggamit ketenangan hatinya.
            “ Belum…..” Zara balas ringkas pertanyaan suaminya.
            “ Lambat lagi ke…?” Rafiq mendekati isterinya yang sedang sibuk dibetulkan pakaiannya oleh mak andam yang telah ditempah. Dan Zara menjungkitkan bahu perlahan, tanda dia juga tidak tahu berapa lama lagi masa perlu diambil.
            “ Sekejap lagi Encik Rafiq…saya nak betulkan tudung dia dulu. Touch up sikit lagi, mungkin dalam 20 minit lagi baru isteri encik akan siap….” Rafiq tergelak mendengar celoteh mulut mak andam yang berbadan besar itu.
            “ Abang tunggu kat luar eh…?” Rafiq berbicara sambil meraih jemari isterinya. Dan Zara membalas pautan itu dengan senyuman dan anggukan.
            “ Tepi sikit Encik Rafiq….” namun mak andam itu pula menyibuk menyebabkan Rafiq terpaksa melepaskan jemari isterinya pantas. Heii…mak andam ni kan!
            “ Abang pergilah tunggu Zara kat luar….” dan Zara menolak suaminya perlahan. Tidak mahu masa yang lebih lama diperlukan. Rafiq kemudiannya mengalah dan terus berlalu pergi.
            20 minit selepas itu Zara sudah bersedia dan pantas dia keluar daripada bilik itu. Mencari jejak suaminya….
            “ Kau tak cakap dengan dia…?!” namun sayup-sayup Zara mendengar perbualan daripada tempatnya berdiri.
            “ Kenapa kau tak cakap lagi dengan dia…?!” Zara berkerutan kerana dia bagaikan mengenali pemilik suara ini.
            “ Isy…kau ni. Nanti aku cakaplah dengan dia…” dan…ini pula suara Rafiq. Zara cukup mengenali suara Rafiq dan Zara yakin dia tak salah. Zara pantas mendekat. Mencari dari mana suara tu berasal.
            “ Nanti tu bila…? Kau dah kahwin dengan dia. Agaknya kalau aku tak balik, kau tak nak berterus-terang dengan dia kan..?”
            “ Eh kau ni pandai je buat cerita. Nanti aku cakaplah dengan dia. Bukannya aku nak tipu dia ke apa….” Zara menelan air liur sebaik kelibat Rafiq yang membelakanginya.
            “ Nak cakap pasal apa ni..? Siapa yang tipu siapa…..?”……………………..
***********************************************************************************
~heee. amacam setakat ni? nantikan last ep ye. tq!~

9 comments:

iffahnazifa said...

Yeay, dh kawen pn.
Tp apa la rhsia fiq tu ye?
Waiting 4 da last ep.

Nadzipah said...

tak sabarnya nak tunggu last episode!
apa rahsia rafiq?
jangan la yang buruk2 ye cik bintang...
nak zara dengan rafiq bahagia....

btw, thanks for this cerpen..
keep up writing ey^^

nurwaheeda said...

SUSPEN! u're killing me. huhuuu...

Anonymous said...

ohh dear,pekehal plak ni?...bikin org dug dag dug dag jer,adeh2..

~ZYX~ said...

ape yg rafiq rahsiakan.....?arghhhhh....jgn la buat suspen sgt...

Anonymous said...

cepatla post sambungan ceta ni :)

Kak Sue said...

kenapa nak asa rahsia lagi ni...
cepat sambung kkk...

Anor said...

eee tak sabar nak tungg ep akhir... suspen betullh
ape rahsia si Rafiq pula ye... jgnlah rahsia ni
akan mengecewakan Zara kesian dgnnya setelah
percaya dgn Rafiq.

aien Ayin said...

@iffahnazifa : yeayyy!:)

@nadzipah : hee xdela buruk mne, welcome! i will as long as u keep bce my story eh:)

@nurwaheeda : am killing u? ouh tak berniat >_<

@anon : oh dear, C.B xkait dgn prob jantung awk. hoho =)

@~ZYX~ : hee mne sgt..cikit je..:)

@anon : i did it! =)

@sue : done :)

@anor : hee x. rahsia buat Zara makin syg kot. lalala

Post a Comment