PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Thursday, October 6, 2011

Cerpen : Kau Ku Nanti (2)


Ini pertemuan pertama Zara dengan lelaki yang telah sah menjadi tunangannya. Semasa majlis dahulu lelaki ini tidak hadir.
            “ Rafiq…..?” lelaki itu tersenyum manis. Wajahya tidaklah setampan hero drama atau hero  yang sering digambarkan dalam novel, tapi wajah lelaki yang bernama Ahmad Rafiq itu Zara akui cukup tenang.
            “ Boleh panggil Fiq je…..” owh…Zara mengangguk.
            “ Ini adik Zara ke…?” Rafiq memandang seraut wajah comel gadis belasan tahun yang dibawa Zara sebagai peneman untuk menemuinya.
            “ A’ah Abang Fiq….Izzati. Panggil Zati je….” Zara masih diam.
            “ Zati, tolong belikan Kak Ngah aiskrim kat situ….” tiba-tiba Zara menyuruh.
            “ Takpelah biar Fiq beli….” namun Rafiq mencelah.
            “ It’s okay….we need to talk. Biar Zati pergi. Jangan risau, tak jauh tu. Kita boleh nampak dia dari sini…” Zara bagai dapat mengesan ketidakmahuan Rafiq untuk duduk berdua saja dengannya. Tapi Zara inginkan ruang untuk berbicara.
            “ Kalau macam tu, nah Zati ambil duit ni. Pergilah beli….”
            “ Terima kasih. Abang Fiq nak…?”
            “ Takpe. Belikan untuk Kak Zara je, dengan Zati punya….” Izzati tersenyum pantas berlalu pergi.
            “ Fiq rasa kita dah sama-sama dewasa dan cukup matang untuk berbicara secara jujur. Fiq tahu ada banyak benda yang Zara tak puas hati dan nak tahu pasal Fiq kan…?” Zara kelu bila Rafiq yang memulakan bicara.
            “ Awak ni siapa…?”
            “ Fiq tunang Zara lah….” Zara gigit lidah.
            “ Zara tak mintak kita jumpa hanya untuk dengar jawapan bodoh macam tu….” Rafiq tarik nafas dalam.
            “ Itu bukan jawapan bodoh namanya. Itu kenyataan yang jelas…” Zara terdiam.
            “ Kalau Zara nak kenal Fiq, semuanya boleh lepas kita nikah nanti…”
            “ Soal nikah kahwin ni bukan soal main-main Fiq. Kita tak pernah bercinta…”
            “ Untuk apa cinta tanpa tujuan…? Kita boleh bercinta sakan lepas nikah nanti. Masa tu barulah kita dapat cinta yang berkat….” senyuman manis Fiq mengakhiri bicaranya.
            Zara gigit bibir. Siapa lelaki ini? Yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya dan tiba-tiba datang untuk melakar kenangan indah bersama? Apa sebenarnya rahsia ALLAH untuknya? Zara kaku.
______________________________________________________________________________
            “ Teacher Zara!” Zara berpaling apabila ada yang memanggilnya.
            “ Yes?”
            “ Budak yang baru masuk tu menangis lagi. Tak berhenti daripada tadi..” Zara kerut dahi. Dia bergegas ke kelas yang menempatkan lebih kurang 20 orang anak kecil. Tadika yang dibangun dan dikelolakan sepenuhnya lebih 3 tahun lalu menjadi nyawa bagi Zara. Di sinilah tempat dia menumpah kasih dan mendidik anak-anak kecil berusia 4 hingga 6 tahun bersama beberapa orang guru lain yang digajinya.
            “ Mana dia..?” Zara mencari kelibat anak kecil itu.
            “ Kat situ…” Zara memandang ke arah sudut bilik. Kelihatan seorang anak kecil lelaki yang berusia 4 tahun duduk memeluk lutut bersama wajah yang masih basah dengan air mata.
            “ Aqif…?” Zara cuba mendekat.
            “ Papa….” Zara kerut kening. Dipandang guru lain yang juga ada di situ.
            “ Aqif nak papa? Papa Aqif kan kerja…”
            “ Tak. Papa tak kerja. Papa sakit….” Zara tarik kening.
            “ Nanti petang, papa Aqif akan datang ambil. Aqif duduklah sini dulu ye sayang? Sini Aqif ada banyak kawan. Tu…tengok sana. Semua tu nak kawan dengan Aqif. Belajar kat sini best tau…” Zara cuba memancing minat anak kecil itu.
            “ Aqif tak nak! Aqif nak papa. Nak papa!” Zara sedikit celaru. Dia cuba memeluk anak kecil itu. Tapi Aqif terus meronta-ronta ingin melepaskan diri sehinggalah anak kecil itu terkulai sendiri di dalam pelukan Zara.
            “ Aqif!” Zara menepuk-nepuk perlahan pipi Aqif.
            “ Aqif….! Bangun Aqif….” Zara kalut. Didukung anak kecil itu. Zara ingin membawanya ke klinik. Takut ada apa-apa perkara serius terjadi yang nantinya dia pula akan dipersalahkan oleh keluarga anak itu.
            “ Cikgu Min…saya nak bawa Aqif ke klinik. Cikgu tolong jaga budak-budak dulu ye…?”
            “ Baik Teacher Zara….”
            “ Then tolong cari dan text kan alamat rumah Aqif pada saya dari fail pelajar. Saya akan terus hantar dia pulang ke rumah….” kemudian Zara terus terkocoh-kacah keluar meninggalkan tadika tersebut.
______________________________________________________________________________
            “ Aqif pengsan kat tadika…??”
            “ Ye puan. Saya Teacher Zara, cikgu dia kat tadika. Tadi saya dah hantar dia ke klinik…”
            “ So… mana dia sekarang…?”
            “ Ada dalam kereta saya. Dia masih tidur lagi…” wanita yang Zara rasa lebih tua daripadanya itu menghampiri keretanya dengan perut yang sedang memboyot.
            “ Aqif…sayang kenapa ni…?” wanita itu mengusap perlahan rambut Aqif.
            “ Puan..doktor kata anak puan takde apa-apa masalah. Cuma dia demam panas dan suhu badan dia tinggi….”
            “ Owh…actually he’s not my son. He is my nephew…..”
            “ Owh maaf puan. Saya tak kenal ibu Aqif sebab Aqif pelajar baru di tadika saya….”
            “ It’s okay. Panggil Kak Fida je. Teacher apa tadi….?”
            “ Zara….” Zara tersenyum manis.
            “ Owh.. Zara boleh tolong Kak Fida? Dukungkan Aqif masuk rumah..? Kak Fida tak laratlah….” Zara mengerti apabila wanita yang mengaku ibu saudara Aqif itu memegang perutnya kejap.
            “ Sekejap Kak Fida, Zara matikan enjin kereta…” selepas itu Zara terus mendukung masuk Aqif ke dalam rumahnya dan dibaringkan di atas sofa empuk di ruang tamu.
            “ Thanks Zara…”
            “ It’s okay. Kak Fida jaga Aqif sementara ibu dia kerja ke…?”
            “ No…Aqif anak yatim. Ibu dia baru meninggal…” ha? Zara sedikit terkejut mendengar kenyataan itu. Dia menggigit bibir. Menelan air liur kelat.
            “ Maaf Kak Fida…saya tak…”
            “ Zara tak tahu sebab dia budak baru kat tadika kan..? Zara dah cakap tadi….” Zara tersenyum melihat keramahan wanita di depannya ini.
            “ Sorry kak…”
            “ It’s okay. By the way terima kasih ye sebab hantar Aqif sampai rumah…”
            “ Tadika kami memang akan hantar sendiri pelajar yang sakit pulang ke rumah mereka. Jadi, ini memang dah jadi tanggungjawab saya….”
            “ Kakak…..tolong….” tiba-tiba Zara dikejutkan dengan suara seseorang daripada bilik yang paling hampir dengan ruang tamu itu.
            “ Sekejap dik….” Zara memerhati wanita yang bernama Fida itu kalut menuju ke pintu bilik itu. Zara hanya diam menanti, sehinggalah wajah seseorang muncul daripada bilik tersebut.
            Zara mengelipkan matanya berulang kali. Semuanya ini bagaikan mimpi…
            “ Syahfirul…..?”
______________________________________________________________________________
            “ Jadi semenjak accident tu Firul jadi macam ni…?” Firul mengangguk perlahan.
            “ Accident tu mengorbankan isteri Firul dan dunia Firul jadi gelap lepas tu…” Zara memandang bening mata itu lama.
            “ Zara tak tahu pun. Zara mintak maaf….” sungguh Zara sebak melihat Firul menjadi tak berupaya apabila dia disahkan sudah tidak boleh melihat dunia lagi. Zara tak sangka berat sungguh dugaan hidup lelaki yang pernah menempati hatinya itu.
            “ Kita dah lama lost contact Zara. Memang patut Zara tak tahu apa-apa pasal Firul….”
            Lama Firul menanti suara Zara namun suasana tiba-tiba sepi…
            “ Zara….?”
            “ Urm….?’
            “ Are you crying….?”
            “ No….i’m not…” Zara mengelap perlahan air matanya yang jatuh ke pipi.
            “ Jangan bohong Zara. Kita dah kenal lama. Daripada budak hingusan tak tahu apa-apa, we grown up together. Semua benda kita lalu sama-sama. I know you well…”
            “ No…you are not…”
            “ Meaning….?” Kalau betul kau kenal aku mesti kau faham apa perasaan aku pada kau. Mesti kau akan tunggu aku dan bukannya secara tiba-tiba bertunang dan berkahwin dengan orang lain…Zara hanya berbisik sendiri di dalam hati.
            “ Takde apa lah….”
            “ Zara dah kahwin….?” Zara tersenyum sendiri mendengar pertanyaan telus itu.
            “ Soon…..” owhh…Zara nampak juga ada senyuman di wajah Firul. Namun Zara tak mengerti maksud senyuman itu.
______________________________________________________________________________
            Zara menundukkan pandangannya lama. Tidak ada angin tidak ada ribut tiba-tiba Fiq mengajaknya keluar. Lantas tanpa ditemani sesiapa selepas pulang daripada tadika Zara terus ke tempat yang dijanjikan. Dan kini dia terdiam di depan Rafiq, tidak tahu apa yang harus diperkatakan..
            “ Fiq cuma tanya siapa yang Fiq nampak dengan Zara kat hospital hari tu. Zara janganlah tegang macam ni….” tenangnya suara si tunang membuatkan Zara sedikit lega. Setidaknya dia tahu lelaki itu bukanlah jenis yang cepat melenting.
            “ Zara teman kawan pergi buat check up. Tapi kami tak pergi berdua…anak dia pun ikut jugak…..” Rafiq tarik kening.
            “ Zara….keluar dengan suami orang…?” sepatah-sepatah dia bertanya.
            “ No!”
            “ Then…?”
            “ Dia duda beranak satu. Isteri dia dah meninggal…” owh….Fiq mengangguk perlahan.
            “ Maaf. Zara minta maaf sebab tak bagitau….”
            “ It’s okay. Fiq belum berhak untuk tahu semua hal Zara. Fiq cuma tunang….bukan suami Zara lagi kan…?” entah kenapa hati Zara sedikit terusik mendengarnya. Sudahnya dia hanya diam tanpa jawapan.
            “ Fiq ada kat hospital juga hari tu…?” Rafiq mengangguk dengan senyuman.
            “ Kenapa pergi hospital…? Fiq sakit ke…?” namun senyumannya mati tiba-tiba.
            “ Zara tak tahu Fiq kerja apa…?” Zara menggeleng perlahan.
            “ Umi tak cerita…?” Zara geleng lagi.
            “ Zara tak pernah tanya umi….?” geleng lagi.
            “ Zara memang tak pernah sikit pun ada rasa nak ambil tahu pasal Fiq ke…?” Zara geleng….eh…
            Zara lihat raut wajah Fiq berubah.
            “ Eh…bukan tak nak ambil tahu. Cuma….” Zara gigit bibir.
            “ Zara ingat umi pernah cakap Fiq dokter tapi Zara tak tahu kat hospital mana. Fiq jangan salah sangka…..” Rafiq kembali tersenyum.
            “ Don’t worry. InsyaALLAH Fiq takkan salah sangka pada tunang sendiri. Kalau pun rasa tu timbul, Fiq akan cuba buang cepat-cepat….” sebaik mendengarkan itu, Zara memberikan senyuman ikhlas yang lahir dari hati untuk Fiq buat pertama kalinya.
______________________________________________________________________________
            Semenjak pertemuan semula Zara dan Firul, mereka kembali akrab. Kisah persahabatan dahulu kala bagaikan terulang kembali. Zara kerap menjenguk Firul yang memang sudah tinggal sekali dengan kakaknya. Aqir juga semakin lama semakin mesra dengan Zara sehinggakan kadangkala dia tidak membenarkan Zara pulang. Ada juga masa-masanya Aqir terlepas memanggil Zara dengan panggilan mama. Namun di sebalik keceriaan itu, Fida adalah orang yang paling tidak senang dengan situasi tersebut. Kerana dia maklum dan sangat mengerti apa yang sedang direncana adik kandungnya itu.
“ Firul….tak baik tau adik buat Zara macam tu….”
            “ Firul buat apa….?” Firul menarik nafas dalam.
            “ Kakak tahu siapa Zara. Siapa dia sebelum ni dalam hidup Firul. Tapi tolonglah jangan permainkan perasaan dia lagi…..”
            “ Firul tak main-main kakak. Firul memang nak dia kembali dalam hidup Firul. Firul tahu dia masih sayangkan Firul….”
            “ Dia dah nak kahwin dik….”
            “ Belum lagi. Zara tak kan berkahwin dengan orang yang dia tak sayang. Kakak percayalah cakap Firul…”
            “ Firul….Zara berhak dapat orang yang betul-betul sayangkan dia, cintakan dia…”
            “ Firul memang sayangkan dia….”
            “ Tapi Firul sayang dia cuma sebagai kawan kan…?” Firul terdiam. Dia meraup wajahnya perlahan.
            “ Firul perlukan seseorang kakak. Seseorang yang boleh jaga Firul yang dah tak berdaya ni. Seseorang yang boleh jaga makan pakai Firul. Seseorang yang boleh jagakan Aqir untuk Firul. Dan Zara adalah orang yang paling sesuai…” Fida menahan rasa marah.
            “ Tapi cara Firul cakap ni macam Firul nak carik orang gaji dan baby sitter untuk Aqir. Bukan nak carik isteri atau ibu untuk anak Firul..!!” Fida betul-betul marah. Marah dengan jalan fikiran Firul yang bagitu licik memanfaat kebaikan Zara padanya.
            “ Tapi Firul tak pernah paksa Zara. Dia yang sudi untuk selalu jenguk Firul dan jaga Aqir….”
            “ Itu sebab dia memang ikhlas dan dia tak tahu apa yang Firul rancang. Tolonglah dik….”
            “ Kakak rasa hidup Zara takkan bahagia dengan orang yang buta macam Firul ni ke…?” Fida telan air liur.
            “ Tak….bukan macam tu. Kakak tak pernah cakap macam tu….”
            “ Dahlah kakak. Biar Zara sendiri tentukan apa dan siapa yang dia nak dalam hidup dia….”
            “ Fine…tapi kakak harap Firul biarkan dia buat keputusan sendiri. Jangan cuba raih simpati dia tak bertempat. Firul jangan pancing emosi dia. Jangan biar dia jatuh kasih semula pada Firul. Ini tak adil untuk dia. Kalau setakat Firul dan Aqir…kakak sendiri masih mampu nak jaga!” dan Firul hanya membiarkan kakaknya berlalu pergi melalui derap langkah yang dia dengar.
______________________________________________________________________________
            Rafiq mendekati Zara yang sedang ralit memerhati Firul dari kejauhan.
            “ Don’t worry too much. Esok kita akan buka balutan di mata dia tu. InsyaALLAH operation tu akan berjaya….” Zara kalih memandang ke sisi sebaik mendengar tenang suara itu menyapa.
            “ Thanks Fiq….” Zara tersenyum manis.
            “ What for…?” Rafiq menyeluk saku coat putihnya perlahan.
            “ Sebab Fiq tolong Zara. Tolong carikkan penderma mata yang sesuai untuk Firul. Tolong Zara uruskan segala urusan pembedahan Firul. Tolong advisekan doktor pakar yang bagus untuk Firul….” Fiq membalasnya dengan senyuman.
            “ Thanks for every single thing that you did for Firul. It’s mean a lot to me….” Fiq tarik nafas sesaat.
            “ Itu memang dah jadi tanggungjawab Fiq. Fiq akan buat benda yang sama pada semua patient Fiq…..”
            “ But…..” Zara tarik kening mendengar bicara Rafiq yang tergantung itu.
            “ Seems that, he’s mean a lot to you too eh…?” Zara menggigit bibir perlahan.
            “ Maksud Fiq….?”
            “ Zara faham kan maksud Fiq…” sungging senyum di bibir Fiq melihat telatah Zara yang buat-buat tak faham.
            “ Ada ke apa-apa benda yang Zara buat, Fiq rasa tak berkenan…?” tiba-tiba lembut Zara bertanya. Fiq hanya menjungkitkan bahu.
            “ Fiq rasa Zara dah besar kan. Dah boleh menilai baik buruknya tingkah diri sendiri. Zara tu tunang Fiq dan tak lama lagi akan jadi isteri Fiq….”
            “ Zara ingat lagi…” Zara tersenyum manis. Entah kenapa semakin lama mengenali Rafiq, Zara semakin selesa dengan sikap tenang lelaki itu. Meski boleh dibilang dengan jari hanya berapa kali mereka bersua empat mata dan hanya kepada umi lelaki itu sering menitipkan pesan, Zara merasa cukup selesa.
            “ Maaf kalau Fiq menyinggung…tapi mata hati Fiq tak bodoh untuk menilai betapa Zara care sangat pasal Firul. Dia nampak terlalu istimewa untuk Zara. Ada apa-apa yang Zara rasa Fiq perlu tahu…?” Rafiq perlahan menoleh ke sisi. Mencari anak mata Zara. Namun Zara cepat-cepat melarikan pandangannya.
            “ Betul lah tu. Mata hati takkan pernah berbohong….” Rafiq terkelu.
            “ Maksudnya….?”
            “ Syahfirul….” perlahan Zara menutur. Dengan Rafiq yang berdebar-debar menanti.
            “ Zara tak nak tipu Fiq. Yes, dia memang istimewa untuk Zara. Sejak lama dulu….” lemah longlai lutut Rafiq mendengarnya. Salah dia ke yang terlalu jujur bertanya? Kan sudahnya dia sendiri yang patah hati mendengar jawapan telus dari tunangan sendiri.
            “ Tak salah untuk Zara berterus terang. Tapi tak boleh ke Zara jaga sikit hati Fiq…? Fiq tak mintak banyak...” berubah sedikit nada suara Rafiq. Cuba disabarkan hatinya.
            “ Sebab nak jaga hati Fiq lah Zara beritahu yang sejujurnya. Sebelum kita melangkah lebih jauh. Kan tak elok kalau Fiq dengar daripada mulut orang lain…” Rafiq menggigit bibir.
            “ Zara…tak sayang Fiq ke…?” entah kenapa soalan itu yang keluar daripada mulut Rafiq. Rafiq terlalu ingin mengetahui tentang perasaan Zara padanya. Namun kemudian cepat-cepat dia menggigit bibir. Menyedari kekhilafan diri sendiri.
            Zara merenung wajah Fiq lama dari sisi. Berkira-kira apa yang mahu dijawab.
            “ Takpelah Zara. Tak perlu jawab soalan Fiq. Dah lama sangat pulak kita berdua kat sini. Tak manis. Fiq beransur dulu….” namun sepantas itu juga Rafiq ingin cepat berlalu.
            “ Fiq…wait a minute!” Rafiq paling seketika apabila Zara memanggilnya.
            “ Zara tak mahu jawapan Zara boleh melukakan hati Fiq. Tapi Zara nak Fiq tahu istimewa sejak lama dulu tak semestinya akan kekal istimewa sampai bila-bila….” Rafiq lama terpaku di situ sebelum perlahan-lahan bergerak meninggalkan Zara sendirian di situ.
______________________________________________________________________________
            “ Siapa umi?”
            “ Fiq…” Zara mengangkat kening.
            “ Nak cakap dengan Zara ke?”
            “ Dah tu…takkan dengan Kak Long..?” Zara mencebik. Pantas dia bergerak perlahan menghampiri ibunya itu.
            “ Selalu tu kan dia call bergosip panjang dengan umi. Bukan dengan Zara. Ni apa mimpi…?”
            “ Manalah umi tahu! Nak ambik ni…” Zara pantas mengambil ganggang telefon yang disua ibunya. Selepas salam diberi dan dijawab Zara hanya menanti Fiq berbicara terlebih dahulu. Zara tidak tahu mahu berkata apa setelah Rafiq meninggalkan dia begitu sahaja di hospital siang tadi.
            “ Fiq cuma nak cakap something je ni. Lupa nak inform kat hospital tadi…”
            “ Nak cakap apa…?” Zara mengalihkan duduknya.
            “ Esok ada majlis pembukaan klinik Fiq. Boleh Zara datang…?” Zara sedikit terkejut. Takkan dengan umur yang masih muda Fiq sudah ada klinik sendiri?
            “ Don’t get me wrong. Ini klinik Fiq dengan beberapa doktor senior yang lain. I’m one of the junior yang involved. So kira klinik Fiq jugalah…” Zara gembira mendengar perkhabaran baik daripada tunangnya itu.
            “ Zara boleh datang…?”
“ Urm…..” esok? Tiba-tiba Zara teringat pada Firul yang akan dibuka balutan matanya esok. Zara serba-salah. Dia ingin melihat dengan mata kepalanya sendiri saat Firul boleh melihat semula. Zara menggigit bibir. Lama dia diam.
“ Fiq tau Zara nak tengok Firul esok. But plan opening day ni pun dah lama diorang arrange. So takpelah….Fiq just text alamat nanti. Ikut Zara lah nak datang ke tak, Fiq tak paksa…”
“ Fiq….congratulations eh….” Zara mengubah topic tiba-tiba. Mahu mengelak daripada Fiq terasa hati.
“ In advance… Memang tak nak datang ke…?”
“ Tengok dulu eh Fiq. Zara tak boleh nak janji…”
“ It’s okay. Fiq kalau boleh just nak share hari gembira ni dengan orang yang penting bagi Fiq….” Zara diam.
“ Fiq text Zara the details sekali ye. Zara cuba kalau Zara sempat…”
______________________________________________________________________________
            Acara perasmian dan pembukaan klinik tersebut hampir bermula namun Rafiq langsung tidak nampak kelibat Zara. Dia ke hulu ke hilir bersalaman dengan orang ramai yang hadir namun hatinya tidak tenang. Rafiq berharap sangat yang Zara akan datang hari ini. Rafiq tidak mahu merasa kecewa apabila tahu yang Zara lebih memilih untuk berada dengan Firul berbanding meraikan kejayaan bersamanya.
            “ Dokter Fiq….?” Rafiq menoleh.
            “ Kenapa nampak kalut daripada tadi ni..? Tu acara dah nak mula. Ustaz tu pun dah nak baca doa selamat. Dokter tunggu orang ke…? ” seorang wanita yang memang telah lama Rafiq kenali menegurnya.
            “ Takde apalah Kak Siti. Takde tunggu siapa-siapa….” Rafiq menafi.
            “ Kalau takde siapa-siapa jom kita masuk….” wanita yang digelar Kak Siti itu mengajak.
            “ Jom lah…” dengan langkah longlai Rafiq menuju ke arah sekumpulan orang yang sudah berkumpul. Rafiq menggigit bibir lama. Ditahan rasa hatinya yang kecewa dengan Zara. Tunang yang diharapkan ada di sisi memberikan kata-kata semangat dan ucapan tahniah untuknya. Rafiq memejamkan matanya lama. Adakah ini petanda Zara buatnya yang pertunangan ini harus dihentikan setakat ini sahaja…?
            Rafiq menarik nafas dalam apabila kedengaran suara seseorang memulakan majlis. Entah suara siapa tidak ingin untuk dia ambil tahu.
            “ Fiq….” tiba-tiba bahunya disenggol perlahan. Fiq kalih ke sisi.
            “ Kau okey ke….?”
            “ Okey….”
            “ Nampak sangat membohongnya tu. Tunang kau mana? Kata nak kenalkan kat aku hari ni. Berbulan aku tunggu opening day klinik kita ni semata-mata nak kenal tunang yang kau sorok sangat tu….” rakan Rafiq bernama Amer yang juga seorang doktor itu berkata selamba.
            “ Bukan sorok lah beb…”
            “ Fine….tunang yang kau simpan elok-elok dan jaga tu. Mana dia…?”
            “ Entah…”
            “ Entah..?” Amer kerut dahi.
            “ Kau dah putus tunang ke..?” naik tinggi kepala Rafiq yang menunduk sedari tadi sebaik mendengar perkataan ‘putus’ itu.
            “ Kau tak payahlah nak buat aku rasa patah hati sangat….”
            “ Dah muka kau monyok macam ni…aku sajalah teka. Manalah tau. Kau tu kalau pasal personal life bukan suka nak share dengan orang lain….”
            “ Jodoh aku panjang lagilah dengan dia…”
            “ Yakin je….” Amer mencebik.
            “ Isy… kau ni kan!”
            “ Okay….okay sorry. Chill lah. Dahlah ustaz tu nak start doa dah….” Amer cepat-cepat menutup cerita sebaik ustaz daripada masjid berhampiran dijemput sama dalam majlis pembukaan tersebut sudah menadah tangan.
            Rafiq perlahan turut menadah tangan. Menghayati dan mengaminkan setiap bait doa dalam bahasa melayu yang dibacakan ustaz tersebut. Dalam pada masa yang sama dia cuba mengusir resah di hati. Setelah doa habis dibaca, Rafiq meraup mukanya lama bagi mencari kekuatan sebelum matanya melilau ke arah sekeliling.
            Namun tiba-tiba mata Rafiq berhenti pada seorang wanita yang juga sedang meraupkan muka setelah mengaminkan doa di sebalik tiang tidak jauh daripada tempatnya berdiri. Wanita yang manis berbaju kurung putih dan bertudung pink itu tidak perasan Rafiq sudah melihatnya.
            Zara tunduk mengambil semula bunga yang dibawa dan kemudian matanya melilau. Belum pun lama dia mencari-cari, akhirnya Zara dapat mengesan seraut wajah yang memang sedang memerhatikannya.
            Dan Zara tersenyum manis, membalas senyuman lebar yang dilemparkan Rafiq buatnya daripada jauh….
           

           


8 comments:

saadiah~~ said...

erm..dh abes ke cerpen ni??
btw, sy lebih suke rafiq dgn zara..hehe..

aien Ayin said...

hee belom. tu ad titik titik titik ujung dy. mksdnye ad lg..tunggu eh =)

| feynaa | said...

wahh ! best2! cepat2 sambung :D

Kak Sue said...

NAK RAFIQ DAN ZARA .....
PILIHLAH ORANG YANG SANGAT MENYAYANGI KITA ....

Anonymous said...

smoga dprcepatkan lah jodoh zara n rafiq!..

nurwaheeda said...

love it! suke rafiq n zara. cpt2 la smbung ek...=)

Anonymous said...

hadoiii,,memg sempoi la,,kena plak gn lagu ni..rafiq: sy pinang awk dgn BISMILLAH zara: sy trima awk dgn ALHAMDULLILAH :))Dengg hangau sudaaa hihi..next plzz :)))

aien Ayin said...

@eynaa : hee smbung dah!

@sue : yupp stuju..:)

@anon : haha amin! bce nxt n3 eh =)

@nurwaheeda : u love it? hee thanx.

@anon : hahaha komen awk sweet gile! sy pn jd hahahaangau! ^_^

Post a Comment