PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Friday, July 22, 2011

Kisah Kasih Kita (21)

            “ Nak susu……?” Iz meraup perlahan dahi Durra yang sedang baring di sisinya. Durra menggeleng perlahan.

            “ Minumlah….baik untuk ibu mengandung. Iz buat eh….?” Durra mendongak ke atas. Mencari anak mata Iz. Durra mengangguk kemudiannya. Dilihat Iz beredar keluar daripada bilik mereka. Durra menarik nafas dalam.

Sebenarnya Durra tidak faham dengan tingkah laku suaminya. Iz sangat prihatin dengan kandungannya namun dalam masa yang sama Iz tak pernah bersuara atau bertanya tentang keadaan bayi yang sedang dikandungnya itu.

Laki aku ni ada split personality ke…? Arghh…Durra menggeleng perlahan berkali-kali.

“ Kenapa tu…..?”

“ Ha…..?” Durra terkejut bila Iz menegurnya. Cepatnya buat susu? Ini mesti dia pakai tuang je susu UHT dalam fridge tu!

“ Owh…takde apa…..” Durra hanya tersengih-sengih. Dia bangun dan duduk bersandar di kepala katil. Selimutnya ditarik hingga ke atas.

“ Nah…..” Durra menelan air liur bila Iz menghulur gelas tinggi yang penuh dengan susu. Hai….

“ Nak kena minum ke….?” Durra lihat Iz mengangguk.

“ Tak sedap…..” Durra mengadu.

“ Tapi berkhasiat……” Iz mencelah.

“ Minum ajelah. Tutup mata….imagine tengah minum fresh orange….” heii…Durra menjeling. Susu dengan fresh orange? Bagai langit dengan bumi la!

“ Uwekk…..” Durra cepat-cepat menghabiskan susu tersebut dan gelas tadi diserahkan kembali kepada suaminya. Iz menggosok perlahan kepala isterinya.

“ Good…….!” Iz kemudian kembali berbaring di sebelah isterinya sambil menyambung pembacaannya yang tergendala tadi.

“ Esok ada check up kan…..?” Durra mengangguk bila Iz bertanya.

“ Pukul berapa…..?”

“ Urm….. 2 petang…..”

“ Okay….lunch time Iz fetch Durra kat butik. Kita lunch sama then Iz hantar Durra pergi klinik eh……?” Durra terdiam.

“ Abang tak nak ikut sekali…..?” perlahan Durra bertanya.

“ Iz sibuklah sayang. Esok pukul 3 ada meeting dengan client. Takut tak sempat. Pergi sorang eh…..?” Iz menoleh ke sisi.

Sambil menggigit bibir Durra mengangguk juga. Durra tidak mahu bertanya lebih kenapa setiap kali dia ada check up setiap kali itu juga Iz mengaku ada meeting. Durra dapat rasa Iz bagaikan tidak mahu mengambil tahu tentang bayi ini.

“ Balik klinik abang tak payahlah ambil….nanti Durra naik teksi balik butik…..”

“ Janganlah……” Iz belum apa-apa sudah menghalang.

“ Abang kan sibuk……?” Durra serba-salah.

“ Nanti Iz suruh Sha ambil Durra. Janganlah balik sorang….nanti Iz risau….”

“ Tak susahkan Sha ke..? Dia takde class….?”

“ Tak….Iz dah tanya semalam….” Durra terdiam terus. Kadangkala tingkah Iz susah untuk Durra teka. Semuanya diurus sendiri. Jarang untuk dibincangkan dengannya terlebih dahulu.

“ Abang……” Durra menggigit bibir. Dia tidak tahu sama ada ini cara yang tepat untuk meneka hati Iz. Tapi setidaknya melalui cara ini Durra boleh mendapat gambarannya.

“ Urm……? ” Iz menoleh apabila Durra memanggilnya.

“ Durra ada baca satu buku ni, dalam tu ada cakap bagus untuk seorang suami bacakan surah-surah terpilih untuk bayi dalam kandungan isterinya setiap malam…..” Iz menelan air liur mendengarnya. Durra mencari anak mata suaminya.

Mana ada aku baca buku macam tu tapi saja aku nak test laki aku ni!

“ So……?” Iz mengembalikan sebuah pertanyaan kosong. Durra menjeling geram. Sahlah Iz memang tak mahu ambil tahu pasal bayinya. Pecah hatinya tika itu, rupanya Iz hanya terpaksa menerima dia.

“ Takpelah…..” sepatah Durra menjawab. Lantas dia terus berbaring. Ingin merawat hatinya sendiri.

Iz tersenyum. Perlahan dia bangun bergerak mengambil Tafsir Al-Quran pemberian arwah Baimnya. Durra terus menutup mata, tidak mahu lagi melihat apa yang dilakukan suaminya.

“ Surah apa….?”

“ Ha….?” Durra membuka matanya pantas.

“ Surah mana yang sayang baca bagus tu…? Iz mana tahu….”

“ Owhh….haaaa……..” Durra menggigit bibir. Padan muka aku!

******************************************************************************

“ Betul sayang…..?” Puan Nurzah bertanya ceria pada menantunya itu. Tidak berkelip dipandang wajah Durra.

“ Betul bu….” Durra menjawab dengan senyuman. Senyuman yang terukir di bibir namun terasa perit menghiris hatinya. Dia terpaksa berbohong kepada kedua orang tuanya ini. Durra merasa sangat bersalah.

“ Alhamdulillah….syukur! Murahnya rezeki anak-anak ibu ni baru kahwin dah nak dapat baby. Seronoknya bang……….” Puan Nurzah memandang suaminya di sisi yang turut terkejut namun bersyukur mendengar perkhabaran itu.

“ Seronok ke bu…? Dapat cucu means ibu dah tua la…..” Iz selamba menyakat ibunya.

“ Isy budak bertuah ni…….! Ibu nenek yang muda belia lagi tau. Anak ni punca rezeki mestilah kita kena bersyukur….rasa gembira…rasa happy……” Puan Nurzah cepat-cepat beralih duduknya ke sisi Durra. Ditepis perlahan Iz yang sentiasa ada di sisi Durra itu. Eh ibu ni!

“ Dah berapa bulan ni sayang…..?” Puan Nurzah meraba perut menantunya.

“ Urm……” Durra menelan air liurnya yang terasa pahit.

“ Baru empat minggu bu…..” Iz pantas mencelah. Kemudian Iz lihat betapa dalamnya anak mata Durra memandangnya. Dengan pandangan penuh makna. Yang hanya mampu difahami oleh mereka berdua sahaja.

“ Owh….lambat lagi tu. Takpe nanti ibu teman Durra pergi shopping barang-barang baby eh….?” Iz hanya memerhati ibunya itu. Rasa sungguh bersalah namun dia tidak mahu berterus terang. Kerana baginya berterus-terang juga akan melukakan hati tua itu. Jadi lebih baiklah dia menjaga hati itu juga berusaha untuk menutup aib isterinya.

“ Tak payah susah-susah la bu…..Iz kan ada…..” Iz tidak mahu menambah rasa bersalahnya
.
“ Eh biarlah….ini cucu pertama ibu tau! Ibu nak buat semua untuk dia….”

“ Isy awak ni, kalut semacam. Baru berapa minggu je Durra ni pregnant. Kot ye pun sabar-sabarlah dulu…..” sudahnya Encik Mahmud yang menegur isterinya itu. Mematikan terus bicara wanita kesayangannya.

“ Dalam perut Mak Cu ada baby……?” Apit yang sedari tadi menjadi pemerhati mencelah.

“ A’ah sayang. Mari dekat Mak Cu….” Durra menarik Apit dan diletakkan tangan kecil itu pada perutnya.

“ Dalam ni….?” Apit mengulangi pertanyaannya.

“ Ya……” Durra sekali lagi mengiakan.

“ Ni adik Apit tau…..” Puan Nurzah pula mencelah. Durra kemudian perlahan memandang Iz. Berharap Iz mengotakan janjinya dulu. Iz yang melihat Durra bersilih ganti memandangnya dan Apit memahami apa yang diinginkan isterinya itu.

“ Abah…. ibu. Iz nak bawak Apit tinggal dengan Iz dan Durra boleh…..?”

“ Eh, kenapa pulak…..?” Encik Mahmud berkerutan.

“ A’ah Iz. Ibu suka Apit tinggal kat sini. Kenapa tiba-tiba nak bawak dia pergi sana..? Nanti siapa nak jaga Apit…..?”

“ Takpe bu…. Durra boleh jaga….” Durra berusaha menyokong kata-kata Iz.

“ Iz bukan apa bu, yela Durra kan pregnant dan sekarang Iz kadang-kadang kena balik lambat sebab banyak projek. Iz tak nak lah Durra tinggal sorang-sorang kat rumah. At least ada Apit, dia boleh teman Durra…..”

“ Apit nak tinggal dengan Pak Cu dan Mak Cu tak…..?”

“ Nak….! Nak……!” si kecil yang tidak tahu apa-apa itu hanya bersetuju ceria dengan soalan bapa saudaranya itu.

“ Takpe bu, nanti van yang selalu ambil Apit dari sekolah, Iz akan suruh hantar Apit terus ke butik Durra. Butik tu memang Durra yang handle jadi takde masalah untuk dia bawak Apit. Selesa je keadaan kat situ. Ibu jangan risau eh……?”

“ Ikut kamu berdualah….lagipun kalau Apit sendiri suka, takkan ibu nak halang….”

“ Assalamu’alaikum……” tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara orang memberi salam. Seketika dilihat Sha baru pulang dengan Dikya daripada membeli barang di kedai.

“ Eh semua ada…….?” Sha menghampiri semua yang ada sementara Dikya membawa barang yang dibeli itu ke dapur.

“ Ceria je semua orang ni….? Ada menang nombor ekor ke….?”

“ Hoi…..kasarnya gurauan anak abah ni…..” Encik Mahmud menggelengkan kepalanya.

“ Alaaa….guraulah bah….” Sha tersenyum manis duduk di sisi ayahnya.

“ Ada apa…..?” Sha bertanya kembali.

“ Ni ha Kak Durra kamu pregnant. Sekejap lagi Sha dah nak jadi makcik tau……” Puan Nurzah tanpa menunggu berkongsi kegembiraan itu dengan anak perempuannya. Namun dia pelik apabila anaknya itu hanya diam.

“ Ha…. ni apesal tiba-tiba diam pulak…..?” Puan Nurzah menunggu.

“ Wait….. apa ibu cakap tadi…..?”

“ Kak Durra kamu pregnant…..!” Puan Nurzah menekan suaranya agar jelas di pendengaran Sha.
“ Owhh really…..?” Sha membuat muka terkejut. Pantas dia mendekati kakak iparnya. Dicium pipi Durra dengan penuh rasa kasih.

“ Tahniah kak………” dipeluk kakak iparnya itu erat.

“ Terima kasih Sha……” Durra pula ceria menyambutnya.

Namun dalam pada memberikan ucapan tahniah dan memeluk Durra, mata Sha jatuh pada wajah abangnya. Sha memandang Iz lama. Dan mereka berdua saling membalas pandangan. Dengan maksud tersirat yang hanya mereka berdua sahaja tahu. Sha menganggukkan sedikit kepalanya. Dibalas Iz dengan senyuman nipis.
Tiba-tiba Sha teringat perbualan dengan abangnya itu tempoh hari. Semasa dia membawa Iz melihat sunset.

******************************************************************************

“ Mengandung…….?!” Sha nyata begitu terkejut dengan cerita abangnya.

“ Baiz ni biar betul……?!” Sha masih tidak percaya.

“ Baiz takde masa nak buat cerita pasal benda mustahak macam ni….” suara Iz lemah menjawab.

“ Tapi macam mana boleh……?” Sha mematikan bicaranya.

“ Korang baru je kahwin……” dan hanya disambung perlahan namun masih mampu didengar Iz. Iz menarik nafas dalam. Kemudian diceritakan satu persatu perihal Durra kepada adiknya. Iz bukan mahu membuka aib isterinya, Tapi sungguh dia memang memerlukan seseorang untuk dikongsi rasa ini dan Iz tahu Sha adalah orang yang paling sesuai.

“ YA ALLAH…..kesiannya Kak Durra…” itu ayat pertama yang terluah di bibir Sha sebaik mendengar cerita daripada mulut Iz. Tahulah Sha masalah yang menimpa abangnya ini memang cukup besar dan sangat menguji ketabahan hati.

“ Habis apa yang Baiz rasa sekarang….?” perlahan Sha bertanya.

“ Tak tahulah Sha….Baiz tak tahu nak buat apa. Baiz buntu sangat….”

“ Patutlah arwah Baim beria suruh Baiz jaga Kak Durra kan…..” Iz tetap diam membisu.

“ Kak Durra tak tahu ke siapa yang buat kerja terkutuk ni….?” Iz menggeleng.

“ Dia tak kenal. Dan dia pun takde bagitau kat polis….masa tu kan dia takut sangat…”

“ Owhh yela kan…..”

Lama mereka berdua diam.

“ Baiz sayang sangat dengan Kak Durra tu Sha. Tapi bila teringat yang dia tengah mengandungkan anak orang lain… Baiz rasa macam nak suruh dia gugurkan aje baby tu…..”

“ Astaghfirullah Baiz…..! Mengucap banyak-banyak. Apa Baiz cakap ni…..?!”

“ Sha tak paham apa yang Baiz rasa….!”

“ Tapi Sha perempuan, Sha tahu apa yang Kak Durra rasa…..!” Sha menekan bait bicaranya.

“ Kak Durra tak salah…baby dalam perut dia tu pun tak salah. Yang salah adalah orang yang dah rogol Kak Durra tu. Lelaki tu lah yang salah, yang keji yang tak berperikemanusiaan….bukannya Kak Durra….”

“ Dia tak mintak jadi macam tu Baiz……”

“ Baiz tahu…..”

“ Baiz tahu tapi kenapa Baiz tak boleh terima…..?” perlahan tutur Sha.

“ Baiz tak tahulah Sha…..” Iz geram dengan adiknya yang bertalu-talu bagai menyalahkan dirinya.

“ Baiz kena jadi matang, Baiz kena hadapi semua ni. Baiz tak boleh jadi pengecut, biarkan Kak Durra sendiri…..” Sha meluahkan apa yang dia rasa.

“ Ye Sha tahu pahit! Tapi Kak Durra isteri Baiz. Isteri yang perlu Baiz bela hidupnya bukan dibiarkan terkapai. Sudahlah hidup dia pernah gelap sebelum ni. Takkan lepas kahwin dengan Baiz pun Baiz nak jadikan hidup Kak Durra gelap jugak dengan mendapat suami yang tak boleh dia nak bergantung harap……?”

“ Kak Durra ada siapa sekarang cuba Baiz cakap dengan Durra….?” Iz hanya diam.

“ Kak Durra ada Baiz je! Tolonglah Baiz, Sha merayu tolonglah jangan pernah terfikir nak tinggalkan Kak Durra atau nak suruh dia gugurkan baby dalam perut dia tu. Hancur hati dia nanti……” Iz menarik nafas dalam.

“ ALLAH pilih Baiz, itu maksudnya ALLAH sayang Baiz. Kak Durra yang jadi macam tu lagilah ALLAH sayang……” Iz menangis mendengar bicara Sha yang satu ini.

“ Every single thing happened for a reason Baiz. Please believe me……!” Sha menggosok perlahan bahu abangnya.

“ Ada hikmahnya…Baiz jangan tutup mata hati! Percaya dengan Sha, Baiz dah cukup beruntung dapat isteri sebaik Kak Durra. Takkan nak dibiarkan terlepas perempuan macam tu hanya sebab dia menjadi mangsa penganiayaan orang lain….?”

“ Redhalah Baiz. Redha dengan ALLAH jangan pernah bersangka buruk pada DIA….” terkesan juga bicara adiknya ini di hati Iz.

“ Sha simpan semua ni eh…..?” Iz memandang adiknya dengan air mata yang berlinangan.

“ Sha pegang rahsia ni. Baiz janganlah risau…..”

“ Even Kak Durra pun tak perlu tahu yang Sha tahu semuanya ye…? Baiz takut dia salah sangka Baiz ceritakan aib dia pada orang sedangkan Baiz dah janji takkan cerita pada siapa-siapa….”

“ I will….dont worry. Just move on with your life. Terimalah Kak Durra seadanya. InsyaALLAH akan ada bahagia untuk korang berdua……” Iz tersenyum mendengarnya.

“ Hei…….” dan Sha tiba-tiba tersedar daripada lamunannya.

“ Berangan ajelah anak dara ibu ni…..” Puan Nurzah merasa pelik.

“ Bukan beranganlah. Cuma terbayang kan best kalau Sha yang dah kahwin dan bakal mendapat baby macam Kak Durra ni. Ohhh bestnye……..!”

“ Amboi….gatalnya anak abah ni…..!” dan mereka sekeluarga akhirnya tertawa bersama. Menikmati saat indah bersama sebegini.

******************************************************************************

“ Buat apa ni…..?” Iz menegur isterinya yang dilihat ralit sendirian di ruang tamu itu. Hari sudah jauh malam dan Apit pun sudah masuk tidur. Durra hanya tersenyum mendengarnya. Tiada jawapan diberikan.

“ Mengait….?” Durra mengangguk.

“ Kait apa ni…..?”

“ Sarung tangan……”

“ Untuk baby….?”

“ Yup…….” Durra kelihatan ceria wajahnya.

“ Kenapa susah-susah? Beli kan boleh. Ni dah tengah malam….tak letih ke….?” Iz mengurut perlahan bahu Durra.

“ Alaa Durra rasa nak kait sendiri. Dapat satu pun bolehlah….” Iz hanya tersenyum melihat telatah isterinya.

“ Abang nak tidur dulu pergilah. Durra tak mengantuk lagi…..”

“ Takpelah…. Iz teman Durra…..” Iz perlahan-lahan mengusap rambut isterinya yang panjang mengurai itu. Semenjak perut Durra semakin membesar, isterinya itu tampak begitu berseri-seri. Bersih saja wajahnya bagaikan tiada masalah.

Perlahan-lahan Iz memeluk isterinya itu daripada belakang. Disandarkan batang tubuh Durra ke badannya.
“ Abang……?” Durra pelik melihat kelakuan suaminya.

“ Just let me give you a hug eh….? Iz tak kacau sayang……” Durra kemudian hanya membiarkan. Iz leka memerhati Durra mengait. Terlintas dibenaknya, adakah apabila mereka mempunyai anak sendiri nanti, Durra akan serajin ini….? Jauh fikiran Iz melayang….

“ Ouchh……” sebelum tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara Durra.

“ Kenapa…..?” Iz cemas bertanya.

“ Auw….baby tendang perut Durra…..” ceria Durra bersuara.

“ Owhh….” hanya sepatah iz menjawab. Iz nampak Durra memegang-megang perutnya. Sekejap kiri sekejap ke kanan.

“ Abang nak rasa…..?”

“ Eh takpelah……” Iz menolak perlahan bila Durra bertanya. Durra tiba-tiba sayu. Tak sudikah Iz….?

“ Abang tak tengok pun gambar scanning baby yang Durra letak atas meja abang tadi kan….?” Durra tiba-tiba membuka cerita. Iz menggigit bibir.

“ Urm…Iz tak perasanlah. Later karang Iz tengok eh…..?” Iz seboleh mungkin tidak mahu mengecilkan hati isterinya meski tanpa sedar banyak tingkahnya yang telah mengguris hati si isteri. Durra menarik nafas dalam. Semakin perlahan kelajuan tangannya mengait.

“ Abang tak boleh terima anak ni ke…..? Abang tak sudi….?” bergenangan air mata Durra bertanya soalan itu pada Iz. Durra rasa sudah tiba masanya dia berbicara dari hati ke hati dengan suaminya itu.

“ Kenapa cakap macam tu…? Takdelah……” Iz cube menafi.

“ Abang…. Durra bukan budak yang boleh abang tipu sesuka hati……” Iz terdiam. Durra pantas mengalihkan duduknya. Kini dia tenang duduk berhadapan dengan suaminya itu.

“ Abang…anak ni tengah membesar dalam rahim Durra. Ini anak abang jugak…..” perlahan Durra membawa tangan Iz dan diletakkan di atas perutnya. Iz dapat rasakan gerakan-gerakan kecil di perut itu. Tiba-tiba hatinya berdetak kencang.

“ Dia tengah dengar apa yang kita cakap. Dia tahu siapa yang bacakan ayat Al-Quran untuk dia setiap malam……” tercuit hati Iz mendengar bicara itu.

“ Durra cuma nak abang yang jadi ayah pada anak ni. Bukan orang lain…..”

“ Sayang…..kenapa cakap macam ni…?” Iz memegang kejap kedua belah pipi Durra.

“ Selama hari ni, abang tak pernah nak ambil tahu pasal keadaan dia…..” Durra memaksudkan ‘dia’ adalah bayi di dalam kandungannya itu.

“ Tapi Iz jaga keperluan Durra kan…? Semua yang sayang minta Iz sediakan…..” Durra tersenyum sumbing.

“ Sejak pertama kali Durra kenal abang kat kampung, Durra dah sukakan abang….” Iz terkejut kerana tiba-tiba Durra mengungkit kisah lalu semasa di kampung pula.

“ Waktu tu Durra sukaa sangat kat abang. Kalau boleh hari-hari Durra nak datang rumah Opah Siah hantar makanan semata-mata untuk tengok abang…..” Durra tertawa kecil sedangkan Iz terkesima mendengar pengakuan itu.

“ Tapi masa tu abang tak suka Durra kan…? Rasa menyampah lagi ada lah tengok Durra hari-hari tercongok dengan pintu rumah nenek abang…..” kali ini Iz pula tertawa.

“ Masa tu Durra berharap sangat abang akan cakap yang abang suka kat Durra. Tapi takde pun kan…..?” Iz menggigit bibir. Itu kerana dia tahu Baim juga sukakan Durra.

“ Abang perlu tahu yang Durra terima pinangan abang bukan kerana terpaksa untuk menutup malu mengandungkan anak ni. Memang anak ni menjadi salah satu sebab tapi Durra terima dengan hati terbuka dan yakin kerana lelaki itu adalah abang…..”

“ Dan abang perlu tahu, hati Durra tak pernah ada untuk arwah Baim…..” Iz menelan air liur kelat.

“ Sebab tu Durra berharap sangat abang dapat terima anak ni. Ni anak abang jugak. Tolonglah jangan sisihkan dia. Sebab dia jugak Durra dapat hidup dengan abang sekarang….” Iz menunduk lama.

“ Bila dia lahir nanti, abang bentuklah dia….didik dia jadi manusia berpekerti baik dan mulia macam abang. Takde orang lain yang boleh buat semua tu, abang je yang boleh…..” sungguh kali ini hati Iz benar-benar tersentuh.

“ Abang sayanglah dia macam mana sayangnya Durra pada abang ye…..?” tanpa menunggu Iz perlahan memeluk rapat Durra dihadapannya

“ Iz minta maaf sayang…..” perlahan mengalir air mata Durra mendengarnya.

“ Papa minta maaf sayang…..” dan dengan perlahan juga Durra merasa Iz memegang dan mencium perutnya yang sedang membesar itu.

5 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

aaaaaaaaa...
terharu kejap.
=')

hana_aniz said...

hukhuk. bagus btol durra ni. harap bertahan la kasih sayang baiz tu.

Anonymous said...

harap mereka bahagia hingga ke akhir.kesian baiz,durra n baby. :(

MaY_LiN said...

cian baby..
nape iz tamo bahasakan diri abang..

Anonymous said...

suwet!!!!!!!!!!!! terharu smpai rasa nk nangis je. kene plak dgn background music ni.

Post a Comment