“ Hidup dengan Iz. Iz nak jaga Durra……”
Terngiang-ngiang patah bicara lelaki yang hampir menjadi adik iparnya. Belum seminggu dia kehilangan bakal suami kini ada yang menawarkan diri mahu menjadi suaminya pula. Kalut fikirannya. Entah kenapa Iz yang baru saja dikenali itu cukup yakin. Yakin…?
Dapat ke dia terima aku macam mana ikhlasnya Baim terima aku..? Durra takut.
“ Mak Cu……” Durra tersedar bila Apit memanggilnya.
“ Ye sayang….?” Durra menghulurkan tangan menarik Apit ke ribanya.
“ Betul ke Mak Cu nak kahwin dengan Pakcik Jambu….?” kening Durra bercantum menjadi satu mendengar pertanyaan itu.
“ Mana Apit tahu…..?”
“ Opah Siah cakap masa Apit pergi rumah dia petang tadi…” ooo…Durra mengangguk perlahan. Maksudnya semua orang dah tahu tentang hasrat lelaki yang baru siang tadi melamarnya.
“ Apit suka kalau Mak Cu kahwin dengan Pakcik Iz…?”
“ Suka……!”
“ Kenapa suka……?”
“ Pakcik Iz baik. Dia selalu main dengan Apit. Best kalau Pakcik Iz boleh jadi ayah Apit….” sayu Apit bersuara menjentik tangkai hati Durra. Tiba-tiba Durra rasa tekaknya loya….dia merasa ingin muntah..cepat-cepat Apit dialihkan daripada atas ribanya..
“ Mak Cu kenapa….?” Apit bertanya risau pada Mak Cunya yang dilihat berlari-lari menuju ke bilik air……
Apit diluar mengetuk-ngetuk pintu bilik air risau..
“ Mak Cu….Mak Cu demam ke…?”
“ Tak sayang………” Durra menjerit dari dalam bilik air.
Uwekkkk……uwekkk…. Durra mengurut dadanya perlahan. Tiba-tiba dunianya dirasakan hitam. Kelam. Durra terduduk di tepi singki. Air matanya mengalir laju ke pipi. Dia tidak sanggup. Sungguh Durra tidak sanggup. Perutnya dipegang perlahan…
Durra menangis semahunya di dalam bilik air itu ditutupi oleh bunyi air yang tidak mungkin dapat dikesan oleh Apit di luar.
Aku takde pilihan lain……
******************************************************************************
“ Iz betul nak kahwin dengan Durra….?” Puan Nurzah bertanya lagi dan lagi..
“ Betullah bu. Ibu ingat Iz main-main ke….?” Iz menjawab malas. Dah berbuih mulut asyik menjawab soalan yang sama.
“ Iz….jangan sebab arwah Baim pesan dan amanahkan Durra untuk Iz, Iz buat keputusan secepat ni. Soal kahwin ni soal dunia dan akhirat Iz….” Encik Mahmud pula bersuara. Adehhh…Iz letih…
“ Bukan sebab Baim. Bukan sebab amanah Baim. Dan bukan sebab sesiapa. Ni sebab Iz sendiri. Iz yang nak Durra jadi isteri Iz….” Izzuddin tegas menyuarakan rasa hatinya. Sha dan Dikya sedari tadi hanya menjadi pendengar perbualan orang-orang yang lebih dewasa ini.
Sha tersenyum sendirian. Dia merasakan langkah abangnya kali ini cukup tepat. Kerana Sha sendiri maklum tentang Iz yang sudah lama menyayangi Durra.
“ Mungkin abah dengan ibu tengok Iz tak macam Baim. Iz tahu Baim serba serbi lebih matang dari Iz. Baim lebih tahu soal tanggungjawab, Baim lebih baik dari Iz. Segalanya tentang Baim adalah lebih baik tapi Iz nak abah dengan ibu tahu Iz tak main-main. Iz tahu apa yang Iz nak. Iz akan belajar tentang tanggungjawab, Iz akan belajar berfikir untuk orang lain. Iz takkan sambil lewa lagi dan Iz takkan main-main…..” panjang bicara Iz di hadapan kedua orang tuanya.
“ Iz yakin Durra pilihan yang tepat untuk Iz…..” Encik Mahmud hanya mampu mengangguk dan Puan Nurzah sudah tidak bersuara lagi. Mungkin pemergian anak sulungnya mampu merubah anak di depannya ini menjadi lebih matang soal masa depan…? Siapa tahu..
“ Nanti abah akan uruskan soal majlis Iz dengan Opah…..” Iz tersenyum lebar mendengar bicara penutup dari Encik Mahmud itu.
******************************************************************************
“ Gembira….?” Sha bertanya ringkas abangnya di sisi. Tika ini hanya dia dan Iz yang ada di ruang tamu. Yang lain sudah lama naik ke atas kerana malam pun sudah beransur pagi.
“ Nothing much I can say…..” Iz masih tersenyum lebar. Hot chocolate buatan Sha dihirup perlahan.
“ Sha tahu Baiz sayang Kak Durra. Tapi Baiz tak kejam kan…?” Sha bertanya perlahan. Takut apa yang ditanyakan menyinggung perasaan abangnya.
“ Tak kejam….maksud Sha….?” Iz bertanya pelik.
“ Baiz tak gembira dengan pemergian Baim kan..? Yelaaa sebab Baim dah takdelah Baiz boleh kahwin dengan Kak Durra…..” Iz menelan air liur mendengar pertanyaan yang tidak disangka-sangka itu.
“ Sha………” Iz membuat muka tidak percaya. Sampainya hati dia….?
“ Tak…Sha bukan nak menuduh macam-macam. Sha cuma tanya... Baiz jangan salah faham….” Sha bersuara serba salah. Keruh sungguh wajah abangnya dengan pertanyaan bodoh itu. Iz menelan air liur kelat…
“ Baim is my everything. He is my soulmate. Dia abang yang paling baik pernah kita ada. Takkan sampai hati Baiz nak rasa macam tu….” Iz bersuara lirih. Kali ini Sha terdiam.
“ Baiz mengaku Baiz happy sebab dapat kahwin dengan Durra but it doesn’t mean that I’m…..”
“ I’m sorry……” Sha memotong cakap Iz sebelum sempat lelaki itu berkata lanjut.
“ Sha minta maaf sebab fikir bukan-bukan….Sha cuma…….” Sha menelan air liur.
“ Sha cuma takut bila Baiz dah dapat Kak Durra, Baiz lupa kat Baim…..” Sha hampir menangis di situ. Menangis kerana pertanyaan bodohnya sendiri dan menangis kerana merindui abang sulungnya Aiman.
“ Takkan pernah jadi macam tu Sha….takkan pernah...” Iz bersuara keras sambil menarik adiknya rapat ke sisi. Dielus perlahan bahu adiknya sambil hilang terus rasa marahnya sebentar tadi. Iz tahu Sha bagaimana. Iz tahu Sha tak bermaksud apa-apa…
******************************************************************************
“ Betul Durra boleh terima Iz…….?”
Durra hanya mengangguk perlahan. Tak sanggup rasanya menatap mata jernih lelaki itu. Durra takut tentang segalanya. Durra berkecamuk sendirian.
“Iz taknak paksa Durra tapi kalau betul Durra ikhlas terima Iz…..Iz bersyukur. Iz akan berusaha jaga Durra sebaik mungkin….” Iz tersenyum melebar.
Entah dari mana datangnya keberanian itu Iz taktahu. Apa yang penting segala hasratnya telah diluahkan pada Durra dan apabila Durra menerimanya tanpa banyak bicara Iz hanya mampu bersyukur. Setidaknya dia tahu Durra juga ada menyimpan rasa padanya. Setidaknya dia boleh hidup dengan perempuan yang dia sayang. Dan setidaknya amanah arwah Baimnya mampu disempurnakan dengan baik. Iz memanjat rasa syukur kehadrat ILAHI. Terasa ALLAH menyayanginya dengan mempermudahkan segala urusan.
Pagi itu mencatat sejarah baru. Zaim Izzuddin kini selamat menjadi suami Durratul Suraya dengan sekali lafaz. Sanak saudara terdekat tumpang bergembira dengan penyatuan mereka berdua. Ada yang merasa tenang. Ada yang merasa gembira. Ada yang tidak puas hati. Dan ada yang merasa pelik. Semua perasaan menjadi satu namun yang pasti ahli keluarga Encik Mahmud bergembira menerima kedatangan ahli keluarga baru.
Majlis kecil-kecilan dan serba sederhana ini tidak dilakukan di Kuala Kangsar sebaliknya ia dijalankan di rumah keluarga Encik Mahmud di Kuala Lumpur. Semua ahli keluarga bersepakat tidak mahu melakukannya di kampung kerana mereka masih sedih terkenangkan majlis arwah Aiman yang tidak menjadi. Setidaknya di sini lain sedikit suasana dan persekitarannya. Opah Siah juga menjadi orang pertama yang mencadangkan perkara ini. Durra pun tidak mempunyai ahli keluarga yang ramai jadi urusannya menjadi lebih mudah dengan kata sepakat yang diberikan.
Majlis resepsi hanya dijalankan sekali sahaja iaitu di rumah Encik Mahmud. Tidak ada yang namanya kenduri sebelah pengantin perempuan atau sebelah pengantin lelaki kerana kedua-dua keluarga bersepakat menyatukan majlis tersebut. Setelah majlis akad nikah pagi itu, persandingan diteruskan pada sebelah petangnya. Seharian Iz dan Durra sibuk melayan tetamu. Namun dalam kesibukan itu, Iz perasan tentang air muka Durra yang tidak begitu gembira. Iz ingin bertanya lebih lanjut tapi tiada masa yang bersesuaian….akhirnya Iz hanya mendiamkan sahaja dan bercadang untuk bertanya pada masa yang lebih sesuai.
Durra tersenyum manis menyalami para tetamu dengan sebelah tangannya kejap digenggam Iz. Durra menangis di dalam hati. Dia tidak tahu apa yang perlu dirasakan sekarang ini. Bergembira atau bersedih…? Kalau bergembira untuk apa? Kerana telah selamat menjadi isteri Iz atau gembira kerana masalahnya hampir selesai? Dan kalau bersedih pula untuk apa? Bersedih kerana sudah menipu atau bersedih memikirkan nasibnya selepas ini? Durra memejamkan matanya lama…
“ Durra…..?” Durra terasa pipinya disentuh lembut. Dia sedikit terkejut.
“ Kenapa…..?” Iz bertanya perlahan sambil terus tersenyum di hadapan para tetamu.
“ Takde apa……” Durra hanya menjawab ringkas.
“ Penat ke…?”
“ Tak…..” Durra menjawab lagi.
“ Dah tu….? Senyumlah sikit. Muka ni dari tadi masam je Iz tengok…..” Iz mengelus lembut pipi isterinya itu sambil Durra cuba mengelak. Malu diperlakukan seperti itu di khalayak ramai. Durra bagaikan tidak percaya Iz kini telah sah menjadi suaminya. Padahal ketika mula-mula berjumpa dulu hanya dia yang sukakan Iz walaupun dia tahu Iz tak suka. Namun sekelip mata segalanya menjadi terbalik. Durra tidak tahu sejak bila segalanya bermula namun Durra hanya percaya bila Iz katakan bahawa dirinya menyayangi Durra sejak dahulu. Durra sudah tidak mampu berfikir panjang dan hanya mampu menerima apa sahaja yang diberitahu kepadanya. Sekarang semua ini tidak penting lagi…
“ Mya…….?” Durra berpaling ke depan sebaik Iz menyebut sebaris nama. Kelihatan seorang wanita yang ayu bertudung tersenyum manis ke arah mereka berdua. Siapa ni…..? Durra berkerutan sendiri.
“ Sampai hati tak jemput….Mya tahu majlis ni dari Rehan tau…..” wanita bernama Mya itu tenang berbicara.
“ Maaf…arwah Baim pernah kata yang Mya dah fly… so Iz ingat Mya takde kat sini……” Mya hanya tersenyum mendengarnya.
“ Mya cuti 3 minggu tapi Mya tak sangka dalam masa cuti ni Mya hilang orang yang Mya sayang. Patutlah Mya rasa nak sangat balik ke Malaysia……” Mya sebak dalam bicaranya. Iz faham apa yang cuba disampaikan wanita yang terlalu setia menanti abangnya itu.
“ Maaf……..” Iz menuturkan kata maaf sekali lagi.
“ Mya ada ke Kuala Kangsar…..?” pertanyaan Iz hanya dibalas anggukan oleh Myasara. Tahulah Iz yang Mya ada pada hari pengebumian abangnya. Iz tahu mungkin Mya tak kuat untuk berada lebih dekat dengan jenazah. Iz tidak mahu bertanya lebih lanjut kerana dia tidak mahu menimbulkan suasana sedih.
“ Mya dah makan belum ni….?” Iz pantas mengalih topik perbualan.
“ Dah….with Rehan and his fiancée there….” Mya menunjukkan ke suatu arah.
“ Taknak kenalkan Mya dengan…….?”
“ Opsss sorry…..serius terlupa. Okay Mya meet my wife Durra. Durra ni Myasara kawan baik arwah Baim……”
“ Owh…..Durra….” Durra terlebih dahulu menghulurkan salam dengan senyuman manis namun lambat disambut oleh perempuan bernama Myasara itu. Durra bagaikan dapat mengesan sesuatu yang asing di antara dirinya dan Myasara…
“ Awak ni yang hampir berkahwin dengan arwah Aiman kan……?” Mya bertanya selamba dan Durra hanya mengangguk perlahan..
“ Selamat pengantin baru…….” Mya akhirnya menyambut huluran Durra dan menarik rapat gadis itu ke dalam pelukannya
“ Untunglah awak…abang takde….adik boleh ganti….” Mya membisikkan ucapan itu di telinga Durra menyebabkan Durra sedikit tersentak. Apa maknyanya ucapan perempuan itu..?
“ Maaf Durra…..Mya tak bermaksud apa-apa…..” Mya menggigit bibir memohon maaf di atas bicaranya yang sedikit lepas tadi.
“ Takpe……” Durra menjawab tenang. Mungkin dia tak sengaja kan?
“ Iz….Mya minta diri dulu. Panjang umur kita jumpa lagi……”
“ Mya stay dekat Malaysia ke….?” Iz bertanya ramah.
“ Tak….lusa Mya akan balik ke Brisbane. Semoga berbahagia selalu….” Mya pantas berpaling ingin bergerak pulang membawa hati yang masih kosong
“ Mya…….” namun langkahnya terhenti apabila Iz memanggil
“ Baim sayang Mya. Mya kawan baik dia. Jadi, jangan terlalu bersedih dan doakan arwah di sana….” tulus Iz meminta dan Mya hanya mengangguk dengan senyuman manis. Tanpa banyak bicara dia terus melangkah pergi…
******************************************************************************
“ Cantiknya Kak Sha bila bertudung kan along….?” Mimie bersuara ceria di sisi Ayie. Mereka sekeluarga turut menghadiri majlis kenduri kahwin keluarga Encik Mahmud. Ayie memandang sekilas ke arah yang ditunjuk adiknya..
“ Cantiklah kot. Perempuan kalau dah bertutup semua yang perlu ditutup memanglah lagi cantik….” Ayie bersuara senada. Mimie tersenyum sumbing. Pantas tangan abangnya ditarik mengikut langkahnya menemui Sha.
“ Eh apa ni…..?” Ayie bertanya tak puas hati.
“ Jomlah….jumpa Kak Sha. Dari tadi pagi kita sampai kita tak jumpa dia lagi kan….” Mimie terus menarik walau dia tahu Ayie tak puas hati.
“ Mimie nak jumpa pergilah sendiri…..” Ayie memprotes namun cakap banyak pun tak guna kerana adiknya sudah pun menegur Sha yang sedari tadi ralit membantu Makcik Zah.
“ Hai Kak Sha…..” Mimie ramah menegur Sha yang selama ini telah banyak membantunya tentang hal kolej. Semenjak daripada hari pendaftaran lagi, sebab tu dia sayang dekat Kak Sha nya itu.
“ Eh Mimie….dah lama sampai..?” Sha pantas memeluk erat bahu Mimie yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri itu.
“ Dah lama….kami duduk dekat sana tu…..” Mimie menunjuk ke arah yang lain-lain. Ayie hanya diam…terasa canggung untuk menegur Sha yang sudah lama tidak ditemuinya itu.
“ Cantiknya Kak Sha pakai tudung….” Mimie memuji ikhlas Sha di depannya. Sha hanya tersenyum manis.
“ Takde cantiknya Mimie. Biasa aje…..” Sha merasa malu. Dia bertudung dengan niat mahu berubah. Dia mahu menjadi orang yang lebih baik…dan tak salah jika dia katakan semuanya kerana arwah Baim. Namun Sha tahu tak ikhlas andai dia bertudung kerana arwah abangnya dulu pernah meminta begitu namun setidaknya dia boleh belajar perlahan-lahan mengikhlaskannya kerana ALLAH.
“ Urm…..Mimie nak jumpa Cik Zah sekejap. Along berbuallah dengan Kak Sha…..”
“ Ei………” Ayie menjerit memanggil Mimie namun adiknya itu terus sahaja berjalan. Memang sengaja la tu kan! Isy…
Lama mereka berdua diam tanpa kata…
“ Kenapa rasa macam pelik gila ek.?” Ayie memula bicara..
“ Pelik……?”
“ Tak….kita berdua ni kenapa rasa macam malu-malu pulak…?” Ayie tersenyum manis seketika menyebabkan dada Sha berdebar-debar.
“ Sorry….takde maknanya nak malu-malu. Ingat saya nak mengurat awak ke apa….?” Ayie tersenyum mendengarnya…
“ By the way….betul cakap Mimie. Sha makin cantik bila bertudung…..” Ayie ikhlas bersuara..
“ Ni nak sembang ke apa…..?” Sha bertanya sinis
“ Tak sembanglah…ni cakap betul…..”
“ Dah tu senyum sinis aje nampak….?”
“ Mana ada…?”
“ Tak payah nak tipu lah….”
“ Sungguh lah…takde tipunya…..”
“ Jangan jatuh hati kat Sha tau……” Sha berkata selamba
“ Ha? Apa yang membuatkan awak fikir saya boleh jatuh hati kat awak pulak…..?” Sha menelan air liur mendengarnya. Ni aku yang salah ayat ke apa?
“ Urm….jom pergi jumpa pengantin….” Sha terus kalut bergerak pergi menyebabkan Ayie hanya mampu tergelak. Gelabah…..!
******************************************************************************
“ Maaf……” Iz hanya diam mendengar bicara perempuan yang sudah sah bergelar isterinya malam itu. Bicara dari hati ke hati menyebabkan Iz sedikit terkilan. Kenapa terima kalau masih tak bersedia menjadi isterinya…?
“ Durra rasa terpaksa…..?” Durra menggeleng pantas
“ Ada jawapan lain selain geleng kepala…? Dari tadi Durra cuma jawab ya, tak…geleng angguk…..” Durra menelan air liur kelat. Dia menggeleng lagi. Iz menarik nafas dalam. Entah kenapa Iz rasa macam dia tak kenal Durra yang di depan matanya ini..
“ Iz faham mungkin terlalu mendadak. Kita sendiri pun tak pernah bercakap dengan sejujurnya soal hati dan perasaan…..” Iz berbicara lemah.
“ Maaf kalau Iz terlalu jujur. Tapi bila Iz cakap Iz suka Durra, Iz tak tipu….” Iz berusaha meyakinkan isterinya. Durra memandang wajah Iz sayu. Terasa dirinya begitu kejam menjadikan perkahwinan ini bagaikan satu permainan. Durra minta maaf……hanya dalam hati dia berbicara.
Iz perasan pada air muka Durra yang sebak. Iz merasakan mungkin Durra masih belum mampu melupakan arwah abangnya. Iz meraup mukanya perlahan..
“ Sini……” Iz memanggil Durra dekat dengannya. Durra hanya menurut tanpa banyak bicara. Durra duduk di sisi Iz di atas sofa yang ada di dalam bilik pengantin itu.
“ Belajarlah terima ikatan ni perlahan-lahan. Ambil sebanyak mana masa yang Durra nak. Iz tak nak semuanya terlalu tergesa-gesa….”
“ Iz tak marah….?” Durra bertanya takut-takut. Iz tersenyum manis.
“ Bila Iz terima Durra jadi isteri Iz, itu bermaksud Iz sudi menerima segalanya tentang Durra. Walau apa yang Durra minta kalau itu masih logik pada pandangan Iz…Iz takkan marah……” Durra sedikit lega mendengar bicara itu. Setidaknya untuk malam ini segalanya masih mampu dia rahsiakan….tapi esok lusa? Ceritanya masih belum mampu Durra corakkan sendirian…
“ Sini…….” Iz menarik rapat Durra ke dalam pelukannya. Durra terkejut dan hanya kaku tanpa terasa ingin membalas pelukan tersebut. Iz memeluk erat bahu itu. Selepas sekejap pelukan dilepaskan dan kepala isterinya digosok perlahan.
“ Dahlah….Durra pergi tidur dulu. Iz tahu Durra letih. Jangan banyak fikir…..” Iz menyium lembut dahi Durra sebelum bangun dan bergerak ke arah pintu bilik. Durra berkerutan..
“ Iz nak tidur mana….?” Durra merasa serba salah. Iz tersenyum manis.
“ Iz tidur sinilah sayang. Iz keluar sekejap nak tengok Apit….”
“ Iz tutup lampu sini ya….? Durra pergi bukak lampu tidur tu…..” Durra hanya mengangguk perlahan.
“ Good night sayang…..” Durra hanya memandang Iz yang keluar dari bilik dengan linangan air mata. Baiknya hati dia……
4 comments:
wwaaaaa..
durra pregnant?
dia kena rogol eh time rumah kena pecah masuk?
n hal ni hanya aiman je yang tahuu?
alalaa, terus terang jelah ngn iz, durra.
nak lagi..
ala..
kite pun rase die peggy gak..
Huhu..something wrong dgn Durra, kan? dia pregnant? sbb tu dia terpaksa terima lamaran Izz.. may b sbb tu arwah mintak Izz ambil Durra as wife, kan? Sian Durra... :-(
Alahai sian Durrah... dah agak dah durrah kena rap hrtu. sbb tu Durrah terima Baim wlaupun dia suka IZ. Skrg dia terima Iz sbb terpaksa sbb dia takut apa yg org fikir bila dia pregnant. Dia dah lupa perasaan dia pd IZ. Hope Durrah terus terang ngan Iz kondisi dia. Takut Iz salahfaham. Biar jelas keadaan sbenar kat Iz. Hope Iz akan terima dgn tenang hal ni sbb bukan salah Durrah dlm hal ni. umah dah lah kena pecah masuk then kena rap lg. Ak harap laki jahanam tu kena hukuman setimpal la, skrg dia tlepas. Napa la Durrah tak gtau kat polis skali apa yg terjadi sebeanrnya.
Post a Comment