PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Saturday, November 27, 2010

Kisah Kasih Kita (16)

            Iz merenung sebak sekujur tubuh yang sedang dimandikan itu. Bergenangan air matanya melihat wajah abang kandung yang kini tidak lagi mampu membalas senyumannya..

            “ Sabarlah nak…sudah..mari cepat kita mandikan jenazah ni. Jenazah pun tahu malu juga….” teguran seorang pakcik menyedarkan Iz dan dia lantas terus membantu yang lainnya memandikan jenazah Zaim Aimanuddin. Iz menahan rasa sebaknya dalam-dalam…dia ingin berbakti untuk kali yang terakhir pada abangnya ini. Iz dengan penuh rasa tanggungjawab menguruskan segala hal tatkala Encik Mahmud, ayah mereka kelihatan sedikit terpukul dengan pemergian anak kesayangannya secara tiba-tiba..dengan umur muda yang belum pun mencecah usia 25 tahun..

            Jika sudah ajal, ia tidak akan terlewat barang sesaat pun dan tidak akan dipercepatkan barang sesaat pun. Janji ALLAH S.W.T itu benar! Zaim Aimanuddin meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital saat lelaki itu jatuh tidak sedarkan diri. Doktor mengesahkan Aiman meninggal kerana serangan jantung.

Entah sejak bila Aiman mengalami penyakit ini Iz sendiri tidak tahu. Setahunya abangnya tidak pernah sakit. Tidak pernah mengadu sakit. Dan tidak pernah ditahan atau dikejarkan ke hospital akibat sebarang penyakit. Benarlah kata orang serangan jantung ini boleh berlaku pada bila-bila masa malahan secara senyap sehingga si empunya diri pun mungkin tidak tahu yang jantungnya bermasalah..

Iz menarik nafas dalam. Kini jenazah Aiman sudah siap dikapankan namun wajahnya masih terbuka untuk tatapan ahli keluarga buat yang terakhir kali. Iz memandang sekeliling…ibu dan adik-adiknya duduk di suatu sudut dengan linangan air mata tanpa henti. Hati Iz bagaikan dicarik melihat keadaan ini. Dia tidak pernah menyangka bakal berdepan dengan semua ini. Iz mengelap perlahan air matanya yang sudah jatuh. Iz perlu kuat…dia perlu kuat untuk seluruh ahli keluarganya..

Iz berjalan mendapatkan ibu, nenek dan adik-adiknya…

“ Ibu……..” Iz memegang kejap kedua belah tangan ibunya. Puan Nurzah hanya memandang kosong wajah satu-satunya anak lelaki yang masih dia punya..

“ Mari bu..ibu taknak cium Baim…..?” Iz bertanya lirih. Kedua orang adik perempuannya turut diajak melalui pandangan mata..

“ Ibu tak kuat Iz……” Puan Nurzah menjawab sebak. Lantas Iz terus memeluk kejap Puan Nurzah. Belakang badan ibunya diusap penuh kasih sayang. Mengalirkan sisa kekuatan yang masih dia punya..

“ Kesian Baim bu…Iz tahu ibu kuat. Baim tak pergi mana-mana…dia ada dengan kita cuma ALLAH dah panggil dia dulu. Kita kena ucapkan selamat tinggal pada Baim..doakan dia….” Iz menokok lagi. Sekejapan pelukannya dilepaskan dan Iz mengelap pipi Puan Nurzah yang tidak pernah lekang dengan air mata..

Tiba-tiba Encik Mahmud muncul dan menghulurkan tangan pada isterinya. Iz memandang ke atas. Raut wajah abahnya kini tampak lebih tenang. Iz merasa sedikit lega. Setidaknya dia tahu abahnya masih punya kekuatan yang tersisa untuk disalurkan kepada mereka yang lain. Puan Nurzah dengan lemahnya bangun sambil dipimpin Encik Mahmud mendekati jenazah anaknya yang bakal dikebumikan sebentar lagi..

“ Opah……” kini Iz membantu neneknya pula untuk bangun. Opah Siah juga sama…bayangkanlah dari kecil Baimnya adalah cucu yang paling rapat dengan Opah. Pasti wanita tua itu sebak kerana ternyata umur cucunya tidak panjang. Opah Siah hanya menurut…bangun dan perlahan-lahan dipapah oleh jiran tetangga mereka mendekati jenazah Aiman..

Kini Iz beralih pula ke arah dua orang adiknya. Ke arah dua orang saudara sedarah sedaging yang masih dia punya. Sha nampak sedikit tegar berbanding adik bongsu mereka. Mungkin kerana hati Sha sedikit keras maka dia sengaja menyembunyikan rasa sedihnya itu. Iz tahu dan Iz faham benar. Pantas Iz memeluk kedua-dua orang adiknya itu. Sha dan Dikya menangis di bahu Iz. Iz dapat merasakan hangatnya air mata adik-adiknya terutamanya Sha yang hanya diam tidak berkutik sedari tadi. Iz menggosok kepala keduanya dan dicium dahi mereka satu-persatu..

“ Dah…..jom….” Iz memeluk erat bahu keduanya dan mereka bertiga sama-sama melangkah ke arah ruang tengah rumah Opah Siah ini. Mereka sekeluarga secara bergilir-gilir menyium lembut dahi arwah Aiman yang tampak tenang di pembaringannya itu..

Setiap hati berbisik hiba….

“ Selamat jalan anak abah. Baik-baik di sana nak…tunggu abah…”

“ Ibu sayang Im….ibu sayang Im sampai ke hujung nyawa ibu…..”

“ Opah doakan kamu cu…Opah akan ingat sampai bila-bila keluhuran hati kamu….”

“ Sha akan rindukan Baim….”

“ Dikya doakan Baim tenang kat sana……”

“ How could you leave me…..? I want you to be with me bro….Iz sayang Baim…..”

Dan akhinya mereka duduk mengelilingi arwah sambil kedengaran bunyi aluan tahlil yang dibacakan oleh penduduk kampung yang tidak henti-henti menziarahi rumah Opah Siah ini..

“ Baim……….” Iz menoleh drastik saat mendengar suara seseorang yang sedang berjuraian air mata. Iz melihat Durra melangkah masuk perlahan-lahan…tidak menghiraukan yang lain dan hanya merenung jenazah seorang lelaki yang hampir sah menjadi suaminya itu. Iz menahan sebak di dada..yang lain turut begitu…

“ Baim jangan tinggalkan Durra……” hanya itu yang kedengaran dari bibir Durra sebelum dia rebah tidak sedarkan diri di tengah-tengah rumah itu…

******************************************************************************

            “ Abang Ray balik dulu. Bawak-bawak bersabar Iz….Aiman orang baik…ALLAH lebih sayangkan dia. Jangan bersedih….kesian dia kat sana nanti….” Iz hanya mengangguk tenang saat mendengar pesanan sahabat baik arwah abangnya ini, Rehan Hazriq. Sahabat yang banyak menuntun abangnya untuk dekat dengan jalan ALLAH…Iz tahu itu kerana Aiman selalu bercerita..

            “ Abang Ril pun pernah merasa kehilangan macam ni. Sabarlah dan masa akan menjadi penyembuhnya….” kali ini abang kepada Rehan iaitu Azril Hakimi pula berkata. Sekali lagi Iz mengangguk. Kerana Iz tahu lelaki ini pernah kehilangan isteri yang dicintai…yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat mereka. Iz tahu pasti rasa itu juga sakit…

            “ Terima kasih sebab datang menziarah ni. Abang berdua jangan lupa datang kenduri malam ni….”

            “ InsyaALLAH….kami balik dulu….” Rehan dan Azril pun meminta diri untuk pulang ke hotel sementara menanti kenduri malam ini dan selepas itu pulang terus ke Kuala Lumpur. Mereka dua beradik jauh datang dari Kuala Lumpur kerana mereka kenal baik dengan Aiman..tidak sampai hati rasanya tidak dapat menatap wajah sahabat mereka ini buat kali yang terakhir…

            “ Kesian dengan bakal isteri dia ya…..” Azril sepatah berbicara dan Rehan hanya menjungkitkan bahu. Tidak tahu ingin berkata apa lagi. Lipatan takdir ALLAH itu pasti yang terbaik. Setelah agak jauh dari kawasan kubur langkah Rehan terhenti…dia menarik nafas dalam..

            Dia kenal susuk itu. Dia tahu siapa gerangan seorang wanita yang lengkap berbaju kurung putih berbunga hitam, berselendang hitam dan bercermin mata hitam di sebalik pokok besar itu. Wanita itu hanya memandang dari jauh kubur arwah Zaim Aimanuddin yang semakin sepi ditinggalkan ahli keluarganya…

            Mya…….sebaris nama ini meniti di bibir Rehan…

******************************************************************************
            “ Saya ucapkan takziah pada awak dan keluarga awak……” Sha cepat menyeka air matanya saat seseorang menegur. Sha pandang ke sisi sambil membetulkan selendangnya yang mula jatuh.

“ Ayie…..” Sha memanggil pemuda di sebelahnya dan Ayie melemparkan senyuman manis buat gadis itu..

“ Nah…….” Ayie menghulurkan sepaket tisu kepada Sha. Sha hanya memandangnya tanpa kata..

“ Ambillah…..” Ayie menghulurkan lebih dekat. Sha mengambilnya dengan tenang…

“ Thank you……”

“ Sama-sama…...”

Sha mengelap air matanya yang kian jatuh. Masih sebak hatinya mengingati abangnya yang baru sekejap tadi dikebumikan. Sha masih ralit dalam kesedihannya dan dia menoleh ke sisi..Ayie masih di situ. Sha memandang lelaki itu berkerutan…kenapa masih kat sini..? Tak nampak ke aku tengah sedih ni…? Lain-lain kali jelah kalau nak ajak borak…Sha merasa sedikit tidak selesa di dalam hati..

“ Menangislah kalau itu boleh kurangkan rasa sedih Sha. Saya teman duduk dekat sini je…..” Ayie berbicara tenang. Sha tidak menjawab apa…dia hanya diam duduk di situ sambil menangis dan Ayie turut diam menjadi peneman setianya…

******************************************************************************

Encik Mahmud sekeluarga telah pulang ke Kuala Lumpur sewaktu majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan telah berganti dengan kenduri arwah. Segalanya sudah selesai kini….

“ Tolong sempurnakan impian Baim…tolong jaga dia untuk Baim…….” suara Aiman tengiang-ngiang di cuping telinga Iz. Pesanan terakhir yang dititipkan lelaki itu dalam perjalanan ke hospital tempoh hari. Tiada siapa pun tahu akan perkara ini…Iz resah sendiri.. 

            Pesanan seperti itu adalah satu amanah dan berat untuk dia tanggung sendiri. Maka segalanya diceritakan pada Puan Nurzah…

            “ Terpulanglah pada Iz…Iz fikirlah baik buruknya sendiri…..” Puan Nurzah menyerahkan segala keputusan di tangan anaknya. Memang bukan dirinya untuk memaksa apatah lagi untuk perkara sepenting ini...

            “ Iz tak tahu bu…..” Iz meluahkan lagi. Bukan dia tidak sayangkan Durra tapi hal ini lebih kepada kesediaan dirinya sendiri untuk berumah tangga secepat ini. Dengan orang yang bakal menjadi kakak iparnya pulak tu…bolehkah Durra terima semua ini..?

            “ Iz tenangkan dulu fikiran Iz…mintak petunjuk pada ALLAH. DIA MAHA TAHU…..” sekelipan Puan Nurzah menasihati anaknya dan dia terus bangun meninggalkan Iz keseorangan di dalam biliknya. Iz merebahkan badan di atas katil. Letih untuk berfikir benda-benda serius macam ni…

            Iz hampir terlelap sebelum dia disedarkan dengan ketukan di pintunya. Kalau ketuk ala-ala sopan macam ni dia dah kenal sangat siapa orangnya..

            “ Masuk…….” Iz menjawab malas. Masih baring memeluk bantal di atas katil..

            “ Baiz tidur…..?” sepatah adik bongsunya bertanya di muka pintu dengan senyuman manis..

            “ Taklah....masuklah…” Iz menggeleng perlahan sambil memanggil adiknya masuk..

            Dikya pantas masuk, menutup pintu dan mendekati abangnya di atas katil. Iz perasan adiknya ada memegang sesuatu tapi hanya dibiarkan sahaja..

            “ Dikya tak tidur lagi…..?” Iz bertanya lembut..

            “ Tak mengantuk lagi. Selalu kalau Dikya tak boleh tidur Dikya kacau Baim……” Dikya berbicara namun Iz dapat melihat ketenangan di wajah adik bongsunya itu. Iz bangun dan duduk menyandar di kepala katil. Bantalnya tadi masih dipeluk kejap..

            “ You miss him…..?”

            “ Of course…..! A lot…….” Dikya menjawab dan menyandar di sisi abangnya..

            “ Me too……” Iz menokok lagi..

            “ Okay…cakap pasal Baim…nah ambil ni……” Dikya menghulurkan barang yang dipegang tadi kepada abangnya. Iz berkerutan. Tafsir Al-Quran…? Iz memandang wajah adiknya meminta penjelasan..

            “ Ambil…..” Dikya menarik tangan abangnya dan meletakkan Tafsir Al-Quran itu di telapak tangan Iz..

            “ Tafsir ni Baim bagi kat Dikya ….Baim suruh bagi kat Baiz…….” Dikya menerangkan ringkas sebelum Iz sempat bertanya apa-apa..

            “ Baim bagi……?” Iz meminta kepastian dan hanya anggukan yang diterima daripada adiknya itu..

            “ Bila….? Kenapa tak bagi kat Baiz sendiri……..?” Iz bertanya pelik…

            “ Ingat masa Baim balik KL sekejap malam tu…?” Iz mengangguk..

            “ Yang esok paginya dia accident bawak kereta Kak Durra….?”

            “ Urm…ingat…..”

            “ Malam yang Baim balik tu kan Dikya dengan abah ada dekat rumah sebab Dikya sekolah. Baim masa malam tu bagi Tafsir ni kat Dikya. Dia tak cakap banyak..dia cuma pesan bagi dekat Baiz…….” Ooohh….Iz menjawab di dalam hati. Tafsir itu dipandang seketika dan diletakkan di almari kecil bersebelahan katilnya..

            “ Dikya tak ingat sebenarnya..tapi tadi Dikya golek-golek atas katil terpandang Tafsir ni baru teringat….”

            “ Baca tau….jangan letak buat perhiasan je……” Dikya sempat memerli abangnya..

            “ Isy…tahulah……” Iz menggosok lembut kepala adiknya…

            “ Dikya tidur dululah. Gudnite…..” Dikya meminta diri sambil menyium tangan abangnya..

            “ Nite dear…..” Iz tersenyum melihat perilaku adiknya yang satu ini. Yang pasti akan menyalami setiap orang sebelum masuk tidur…Iz tersenyum sendiri…

******************************************************************************

            “ Iz kacau ke…?” Iz bertanya perlahan saat Durra di hujung talian seakan senyap mendiamkan diri..

            “ Tak…Durra belum tidur lagi…” Durra menjawab tenang..

            “ Durra…sebenarnya Iz risaukan Durra…..” Iz berkata lambat-lambat. Dia menggigit bibir selepas itu, takut mendengar penerimaan Durra..

            “ Kenapa pulak…..?” Durra pelik di hujung talian..

“ Durra okay ke…? Yela…sekejap je macam-macam benda berlaku dalam hidup awak. Ayah awak meninggal…sekarang bakal suami awak pulak meninggal. Saya tahu awak orang yang paling sakit sekali. Hilang dua orang yang awak sayang sekelip mata….” Iz berkata panjang tanpa dia sedari yang Durra sudah bergenangan air mata di hujung talian..

“ Durra okay…Iz tak payah risau….” Durra menjawab pendek. Apit yang lena tidur di sisinya dipandang sepi. Sejak macam-macam kejadian berlaku…Apit tidak berani untuk tidur sendirian..

“ Durra…awak menangis….?” Iz menyerkap jarang padahal dia sendiri mendengar Durra sedang teresak di hujung sana..

“ Tak….” hanya sepatah Durra menjawab..

“ ALLAH dah tentukan yang terbaik buat Durra. Durra masih ada pegangan agama…Durra percaya qada’ dan qadar. InsyaALLAH sakit sekarang mungkin ALLAH nak bagi Durra sesuatu yang lebih baik…” Durra menokok dan lebih kepada cubaan untuk menenangkan dirinya sendiri. Iz tersenyum seketika mendengar bicara gadis ini..

“ Apa perancangan Durra lepas….?” Iz menyambung bicara..

“ Macam biasa. Pergi kerja balik kerja….Durra akan tetap kuat demi Apit. Dia saje yang saya ada sekarang….”

“ Jaga diri Durra…ingat Iz kalau perlu apa-apa….” Iz melontarkan lagi perasaan risaunya…

“ Takpe Iz. Selagi Durra mampu berdiri di atas kaki sendiri, Durra taknak menyusahkan orang lain….” Iz terdiam saat Durra menyebut perkataan ‘orang lain’…

Hanya selepas seketika mereka berbual akhirnya Durra meminta diri…

Iz merenung dalam telefon bimbitnya di sini. Jiwanya penat tika ini. Namun seketika Iz baru teringat yang dia belum solat Isya’. Jam dikerling…10.45 malam…aduhhh aku ni selalu lalai…Iz beristighfar sendiri di dalam hati…

Seusai solat lama Iz berteleku di atas sejadah. Hatinya digamit kerinduan yang teramat. Malamnya dirasakan cukup sunyi. Dulu jika tidak berbual kosong di bilik abangnya, mereka berdua pasti akan bermain gitar dan menyanyi bersama-sama. Iz meraup mukanya perlahan…pantas Tafsir Al-Quran di sebelah katilnya dicapai. Lampu bilik dimatikan dan hanya lampu tidur yang terbuka. Iz benar-benar ingin berseorangan sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran bagi menghilangkan rasa rindunya…

Menitik air matanya tika itu. Bagaikan sudah lama dia tidak mengaji seperti ini. Jika ada pun hanya bacaan Yasin setiap malam Jumaat bersama ahli keluarganya….selain itu dia jarang duduk membaca Al-Quran seperti ini. Dirasakan cukup cetek dan jahil sungguh ilmu agamanya..benarlah kata abangnya yang dia sudah semakin lalai dengan dunia…

Setelah beberapa muka surat dibaca, Iz memberhentikan bacaan dan ditanda muka surat tersebut. Iz berdiri untuk meletakkan Tafsir itu ditempat yang lebih tinggi namun sekeping kertas berlipat secara tiba-tiba jatuh terkeluar daripada celah helaian Tafsir itu. Iz berkerutan…

Surat yang tertulis Untuk Iz, adik yang Baim sayang itu menggamit hatinya. Pantas Tafsir diletakkan, songkok ditanggalkan dan dia duduk menyandar di kepala katil. Lipatan surat itu dibuka..

Assalamualaikum,

First of all, Iz jangan pelik atau terkejut. Baim sendiri tak tahu kenapa Baim tulis surat ni untuk Iz. Dah macam zaman lapuk kan, bukan takde emel ke phone ke..isy takpelah. Nampak ada sentimental value macam ni kan…?

Iz tersenyum sendiri dan meneruskan pembacaannya…

            Iz tahu Baim sayang Iz…? Iz tahu kan….? Tapi Baim tulis surat ni sebenarnya sebab Baim nak mintak maaf sangat-sangat pada Iz..

            Iz tertanya-tanya sendiri dan menyambung pembacaanya lagi..

            Iz…mungkin di mata kasar Iz, Baim nampak baik tapi sebenarnya Baim abang yang paling ego dalam dunia ni. Baim abang yang pentingkan diri sendiri. Baim abang yang sanggup lukakan hati adik sendiri..

            Iz…Baim tahu Iz sayang Durra. Baim tahu Iz suka dia…Baim boleh baca sejak Iz bertalu-talu tanya kenapa capat sangat Baim nak meminang Durra. Tapi Baim buat saja je…Baim buat tak tahu. Baim sukakan Durra sejak kecil…Baim tak mahu Iz rampas dia dari Baim. Even Iz adik Baim sendiri Baim tak boleh terima.

            Baim tahu Iz makan hati. Baim tahu Iz pujuk diri sendiri. Baim tahu Iz pura-pura buat macam takde apa. Tapi Baim tetap tak ambil peduli. Baim tetap bertekad yang Durra hanya boleh jadi isteri Baim…bukan isteri Iz. Baim mintak maaf…

            Bila Pak Win meninggal…Iz nampak risau pasal Durra. Iz selalu ada di belakang dia. Masa tu Baim dah takut…Baim takut Iz akan bertindak mendekati gadis kesayangan Baim. Sebab tu tanpa fikir panjang Baim terus melamar Durra, Baim tak kira dia nak terima Baim atau tak…apa yang Baim fikir Baim perlu bertindak sebelum Iz. Baim mintak maaf…

            Tapi sekarang entah kenapa semakin dekat Baim nak menikah dengan Durra, Baim rasa semakin bersalah. Baim tak boleh macam ni…ketepikan perasaan adik sendiri. Baim jadi keliru tiba-tiba. Baim rasa Iz lebih layak dengan Durra sebab Iz sanggup korbankan perasaan Iz sendiri untuk orang-orang yang Iz sayang. Hati Iz lebih mulia berbanding Baim..

            Iz menitiskan air matanya tanpa diduga..

            Iz….andai kata masih ada sisa kemaafan Iz untuk Baim, tolonglah…

            Tolong jaga Durra untuk Baim….kahwin dengan dia. Bahagiakan hidup dia. Baim tak mampu nak jaga dia sebaik Iz. Tolong hilangkan rasa bersalah yang ada dalam diri Baim sekarang ni. Hati Baim tak tenang. Kesian Durra…dia dah takde siapa-siapa. Sanggup Iz tengok hidup dia sebatang kara membesarkan Apit..? Tolonglah Iz….maafkan Baim dan penuhi hajat Baim…boleh kan…?

            Okaylah Baim dah luahkan apa yang sepatutnya Baim luahkan. Surat ni Baim suruh Dikya simpan. Dengan izin ALLAH, pasti Iz akan baca surat ni nanti dan entah di mana Baim saat Iz baca surat ni…Baim pun tak tahu..

            Akhir kata…maafkan Baim, Iz! Baim sayang Iz sampai bila-bila dan Baim sayang semuanya….

                                                                                                                        Zaim Aimanuddin
            Iz melipat surat tersebut yang sudah basah dengan air matanya…
           

p/s: this song dedicated special 4 this n3..uwekkkss jiwang pulak dah..=)
            

21 comments:

saadiah~~ said...

huwaaaa...sedih2...im mati..huhuhu..

Anonymous said...

cdey sgt read entry ni...why matikan watak baim..huhhuhu...

MaY_LiN said...

cedihnya..

aisyah said...

meleleh air mata bce n3 ni... =(

Nadzipah said...

sama la kita aisyah...meleleh baca entry ni..dengan lagu latar tu lagi..lagi lah sedih...:(

Anonymous said...

yup..me too.papepon dlm kehidupan nie kematian adalh sesuatu yg pasti.yg ada perlu teruskn hiduo & berjuang..:)

papepon entry x nie mmg menyentap hati & melelehkn air mata..:(

aFaiSh said...

sob sob sob sob~~~!!!
uwaaAAAaaa!!~~ :'(

Anonymous said...

sdihnya....
mnitis air mata bc nya...
huhu....

adibah zainal said...

sedeh lahh . rase nak menangis tapi tahan je . menyentuh jiwe betol .

niah said...

adeh.... sedihnya, habis basah bantal peluk ni..
cepatlah sambung...huhu

Che Sue said...

salam writer,
lama sgt tak menjenguk ke mari...
bru dapat kesempatan nk review apa yg ada kt sini...
nice work sis! :)

Izzah Mahirah said...

Akak, knp tak post new n3?
Dah 3 bulan tak post. Nak tahu sambung cerita ni..

Moga-moga akak dapat sambung cerita ni :)

aien Ayin said...

to adek mahora...

owhh akak sgt nk smbg tp akak xde mase..-_-
akak tgh final sem tok final year ni..
dun worry writting is my passion..!
lepas akak da settle sume bende yg perlu akak dulukn akak akn smbg cite ni..

thanxx a lot ya 4 keep supporting me!=)

Izzah Mahirah said...

Good luck for your final year, kak.
Lepas ni cuti then particle pulak kan? Mesti lagi busy. hehe

aien Ayin said...

oh tq...heee, xde la, practical da lepas..
xde cuti da, insyaALLAH habes bulan 4 ni terus jd penganggur terhormat...kene cri kerja..
haaaa...mse ni la mmg lepak gile..heee

Anonymous said...

bila nak sambung?x sabar untuk menanti ep seterusnya...

Niah said...

kalau habes bulan 4, jgnlah lepak gila .... lepak depan pc ... cepat sambung .... tak sabo ni

IVORYGINGER said...

Assalamualaikum... bila nk sambung ni??? xsabar nk ce next entry. huhuhu...

kak ida said...

salam..akak baru terjumpa blog ini...kiranya 1/2 hari la kak melekat macam glu kat sini..
Komen akak cerita ni memang menarik..sifat kekeluargaan yg amat rapat..mengenai takdir dan ujian allah yg menduga umatnya..antara kita kuat dari segi mental untuk menghadapinya..
akak menangis meratapi pemergian baim yg cukup baik wataknya bersama dgn lagu ni..mcm menghiris hiris hati bila membaca surat baim kepada iz..semcm dia sudah tau yg dia nak pergi ke alam fana..tahniah buat adik akak yg pandai memainkan emosi kami..hope cepatla adik sambung cerita ini..rasanya da lama sangat cerita ini tergantung

aien Ayin said...

salam kak ida..welcome 2 my picisan blog...
n banyak2 trima kasih 4 d compliment...sgt2 hargai komen akak tu. lepas ni bolelah akak bg pndpt lg ye..? *peluk akak kuat2..^^_*
n 2 all sy dlm proses menyambung smula krn baru ada kesempatan...teruskn mmbaca..

iyka said...

kan dah agak , menangis giler saye bace ni .. huwarghh !

Post a Comment