PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Friday, November 19, 2010

Kisah Kasih Kita (13)

Tergamam. Tersentak. Terkejut. Sungguh tak disangka…
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba semua orang dikejutkan dengan berita kepulangan Pak Win ke rahmatullah..
“ Opah……Pak Win sakit apa…?” Sha bertanya lembut pada neneknya saat mereka semua pulang bagi melawat jenazah Pak Win yang bakal dikebumikan. Disebabkan Pak Win adalah jiran Opah mereka sejak dahulu, maka Puan Nurzah sekeluarga bergegas pulang ke Kuala Kangsar sebaik menerima panggilan daripada Opah Siah..
“ Entohle, aku idok le tau ngape sebenornye, tapi……..”
“ Tapi kenapa mak…..?” Puan Nurzah mencelah sebelum sempat ibunya habis bercerita..
“ Pak Win meninggal sebab kena tikam….”
“ Kena tikam…….?” Iz terkejut mendengarnya..
“ Jom semua kita pergi melawat dulu, nampak orang dah ramai dekat perkarangan rumah Pak Win tu….” Encik Mahmud yang sedari tadi berada di luar rumah mengajak mereka sekeluarga ke rumah arwah Pak Win. Iz memandang sekeliling...
“ Cari apa Iz…? Baim kamu dah ke sana dulu….”
Ohhh…Iz mengangguk perlahan-lahan..abah ni macam tau-tau je..
Suasana cukup hening pagi itu. Cuaca redup. Dan seluruh penduduk kampung masih nampak terkejut. Iz mendapatkan abangnya yang kelihatan sedang berbual dengan penduduk kampung yang lain sementara Opah, ibu dan adik-adiknya sudah masuk ke dalam rumah..
“ Kami pun tak tahulah siapa punya kerja. Polis dah lakukan bedah siasat dan periksa seluruh isi rumah ni. Jenazah arwah pun dah siap dimandikan dan dikapankan di hospital…tinggal disolatkan je….” Iz berkerutan mendengar bicara seorang pakcik. Pantas lengan abangnya ditarik menjauh dari kumpulan itu..
“ Siapa punya kerja…..? Bedah siasat….? Apa ni Baim…?” Iz berbisik perlahan di sisi abangnya. Im hanya mengangguk..
“ Rumah diorang kena pecah masuk tadi malam, ada barang berharga yang hilang dan polis syaki Pak Win ditikam oleh perompak masa arwah bergelut dengan perompak-perompak tu….”
“ What...?” Iz terkejut besar namun suaranya masih mampu dikawal
“ Durra dengan Apit…..?” pantas dua nama itu meniti di bibir Iz..
“ Diorang masih trauma…Durra tak bercakap sampai sekarang sampai polis nak ambil keterangan pun susah. Apit pulak tak berhenti menangis dan dia cuma meraung-raung beritahu yang dia takut…..” Im menerangkan ringkas apa yang diketahuinya…
Astaghfirullah….Iz meraup mukanya perlahan dan sejurus selepas itu semua mata tertumpu ke arah pintu rumah di mana jenazah sudah sedia untuk dibawa ke tanah perkuburan. Mata Iz tertancap pada sekujur tubuh yang dipapah keluar oleh beberapa orang wanita. Durra! Hati Iz tiba-tiba menjadi sayu…
Di tanah perkuburan, semua orang sayu melihat air mata yang tidak berhenti membasahi pipi satu-satunya anak arwah Pak Win yang masih hidup meskipun tiada esak tangis yang kedengaran. Tangan Durra tidak pernah lepas dari menggenggam jemari anak buahnya. Setelah semua urusan selesai, secara beransur-ansur penduduk kampung meninggalkan tanah perkuburan. Durra dilihat masih bersimpuh di tepi kubur namun ada beberapa orang wanita yang memapahnya untuk bangun. Sekali papah Durra dilihat hampir terduduk semula namun dia dipapah sekali lagi kerana matahari juga sudah tampak memancarkan sinarnya..
Malamnya, kenduri arwah menjadikan rumah arwah Pak Win kembali penuh. Namun kenduri itu hanya diuruskan oleh beberapa orang jiran terdekat dan saudara mara Durra kerna gadis itu masih tetap kaku dalam dunianya sendiri..
“ Ibu……” Sha menyapa ibunya perlahan yang dilihat sedang sibuk mengemas. Kenduri arwah ini diputuskan untuk dilakukan selama 3 malam berturut-turut..
“ Ya…..” Puan Nurzah menjawab sepatah..
“ Kesian Kak Durra bu…” Sha berkata perlahan. Sungguh hatinya kasihan melihat takdir yang menimpa Durra. Puan Nurzah menoleh sekilas ke arah yang ditunjukkan Zaira Shariza. Durra kelihatan duduk di tepi tingkap…berbaju kurung, berkain batik dan berselendang. Apit sentiasa di sisinya dan tangan gadis itu kejap memegang baju arwah ayahnya..
“ Ibu pun kesian sayang. Durra tu nampak terkejut betul….” Puan Nurzah berhenti seketika daripada kerjanya…
“ Malam ni Sha dengan Dikya nak teman Kak Durra ye bu….” Sha meminta perlahan. Dari petang tadi dia memang sudah berkira-kira mahu menemani jirannya itu dan dia sudah meminta adiknya turut serta. Memang ada saudara mara gadis itu di sini namun entah kenapa Sha rasa yang dia perlu berada di sini..
“ Urm…sukati Sha lah. Ibu tak kisah…..” Sha tersenyum sebentar mendengar keizinan ibunya..
Iz hanya memerhati Durra sejak seawal kenduri arwah tadi. Hatinya diterjah pelbagai persoalan yang ingin ditanya namun semuanya hanya berlegar di dalam hati. Tak mungkin dia sampai hati ingin bertanya yang bukan-bukan pada gadis itu..
Dipandang sekeliling…semua orang sedang larut dan Iz mengambil keputusan untuk mendekati Durra perlahan-lahan. Lantas dia bangun dari duduknya…selain risaukan Durra, Iz juga risaukan keadaan Apit. Iz tahu yang sejak siang lagi anak kecil itu belum menjamah sebarang makanan..
“ Apit……” Iz duduk perlahan di sisi anak kecil itu. Rambut Apit digosok perlahan. Anak mata Iz memandang Durra sekilas namun Durra langsung tidak berpaling. Bagaikan tidak menyedari kehadirannya..
“ Pakcik….” hampir tidak kedengaran suara Apit memanggilnya. Serak juga kerana seharian asyik menangis..
“ Sini….” Iz menarik lembut tangan Apit untuk bangun dan duduk di ribanya. Apit hanya menurut namun sekejapan gerakannya terhenti sebaik Durra kelihatan tidak mahu melepaskan genggaman Apit. Durra memandang Iz dengan kerutan di dahi tanpa sepatah bicara. Pergerakan yang menggambarkan dia tidak mahu Apit jauh darinya..
“ Saya tak bawak dia pergi mana-mana…kat sini je…” Iz berkata perlahan dan akhirnya Durra melepaskan genggaman tangan Apit secara perlahan-lahan. Apit kini duduk di riba Iz dengan wajah yang suram. Iz memeluk Apit kejap…dia begitu kasihkan anak kecil ini..
“ Apit dah makan belum….?” Iz bertanya sambil mengelap pipi Apit yang sentiasa basah. Apit hanya menggeleng..
“ Tak lapar….?” Apit menggelang lagi..
“ Mak Cu pun belum makan…” Apit tiba-tiba bersuara perlahan. Iz menarik nafas dalam. Sakit hatinya melihat Durra sebegitu..
“ Durra….” Iz memanggil gadis itu perlahan..
“ Awak tak boleh macam ni Durra. Awak tak kesian ke dekat Apit ni…?” Iz menokok lagi dan seperti yang dikira…Durra menoleh sebaik nama Apit digunakan..
“ Saya taknak makan…bawaklah dia pergi makan….” sebaik berkata begitu Durra terus bangun dan menuju ke biliknya. Iz terdiam melihat perlakuan gadis itu..
“ Pakcik......” Apit mendongak ke atas memanggil Iz. Iz tersenyum sambil merapatkan lagi pelukannya..
“ Apit takut….” anak kecil itu menangis lagi..
“ Syuhhhhh…..” Iz menggosok lengan anak kecil itu perlahan..
“ Pakcik kan ada...nak takut apa….”
“ Dahlah tu….jangan menangis lagi. Jom…pakcik suapkan Apit makan ye….” Apit mengangguk perlahan di dalam pelukan Iz…
“ Kak Durra meracau-racau masa tidur tadi malam....sampai terkejut satu rumah dibuatnya…..” Sha galak bercerita saat dia pulang untuk makan tengahari di rumah Opahnya sebelum pergi ke rumah Durra lagi petang nanti..
Aiman meraup mukanya perlahan mendengar perkabaran itu..
“ Macam manalah dua beranak tu nanti nak hidup tanpa Pak Win….dahlah arwah Pak Win je satu-satunya yang masih ada…kesian ibu kat diorang tu…..” Puan Nurzah melahirkan rasa simpatinya untuk yang kesekian kalinya..
“ Ibu…abah mana….?” Aiman tiba-tiba mencelah mencari kelibat ayahnya yang sedari tadi tidak kelihatan…
“ Ada kot kat luar tu….tadi dia tolong Pak Long Durra beli barang untuk kenduri malam ni…..”
“ Ohhh…Im carik abah dulu bu……”
“ Yelah……..”
Encik Mahmud menghirup kopi panas di atas pangkin bersama anak sulungnya…
“ Janganlah buat muka macam tu Im oii…dah macam ayam berak kapur je abah tengok…” Encik Mahmud cuba menceriakan suasana..
“ Bah…Im tak main-main..Im serius ni……”
“ Ada abah kata kamu main-main…..?” Encik Mahmud sambung menghirup kopi buatan isterinya…
“ Abah tau kan Im sayang dia….tak sampai hati bah Im tengok dia macam terkapai-kapai. Dah takde tempat nak bergantung hidup…..”
“ Abah tau…tapi kamu fikir dalam-dalam dulu Im. Takkan waktu macam ni kamu rasa sesuai..? Setidaknya ambil masa sikit Im…..” Encik Mahmud menyuarakan pendapatnya..
“ Im malas nak fikir ini masa yang tepat atau tak…apa yang Im tahu niat Im ikhlas abah….”
“ Sukati Im lah…jangan nanti dia tolak Im, Im sentap pulak. Ni abah dah ingatkan tau…..”
“ Abah ni cubalah doakan yang baik-baik untuk Im…..”
“ Abah tahu lah…”
Zaim Aimanuddin menarik nafas dalam….
Dia melihat sekujur tubuh yang sedari tadi duduk berteleku di tepi kubur yang masih merah tanahnya…
“ Durra……” Im memanggil sekilas…
“ Baim…..” Durra menyapa dan mendongak ke atas melihat wajah Aiman. Aiman duduk di sisi Durra dan senyap sebentar. Al-fatihah dibacakan buat si arwah yang mungkin akan menjadi saksi terhadap apa yang ingin diperkatakan. Durra hanya melihat Aiman diam-diam…
“ Durra sihat…..?”
“ Alhamdulillah…..”
“ Jom Baim kita balik dulu…..” segera Durra ingin bangun saat mengingati yang anak buahnya sedang dijaga oleh salah seorang jirannya. Pintanya tadi hanya seketika dia mahu ke mari…
“ Sekejap Durra…..” Aiman menahan Durra dari bangun. Durra berkerutan namun dia duduk semula di atas tikar mengkuang yang memang dijadikan alas itu..
“ Ada apa......?” Durra bertanya ringkas..dan masih dingin nadanya..
Bismillahirrahmanirrahim….Aiman membaca di dalam hati..
“ Baim taktau apa penerimaan Durra…apa reaksi Durra…..” Aiman memulakan bicara..
“ Baim pun tak sure ni masa yang tepat atau tak….”
“ Tapi Baim rasa Baim dah bersedia untuk beritahu benda ni pada Durra…..” Aiman berkata perlahan. Durra semakin penasaran..
“ Baim nak cakap apa..? Macam serius sangat je ni…..” kali ini panjang sedikit pertanyaan Durra..
“ Depan kubur arwah ayah Durra ni……” Baim berhenti seketika dan menarik nafas dalam..
“ Baim nak melamar Durra untuk jadi isteri Baim…..”
“ Ha………..??” Durra nyata benar-benar terkejut….
“ Baim jangan nak mengarut boleh……?” Durra berkata berani. Entah kenapa dia merasakan permintaan lelaki itu keterlaluan dan tak pernah terlintas langsung di benaknya selama ini..
“ Baim tak buat main-main perkara penting macam ni Durra…..”
“ Sebenarnya dari dulu lagi Baim dah suka pada Durra……” haaa..? Kening Durra bercantum lagi menjadi satu. Sungguh tak masuk dek akal!
“ Baim…tolonglah jangan kusutkan lagi kepala Durra ni…..” Durra merintih seakan merayu agar Aiman berhenti daripada menyesakkan kepala otaknya..
“ Durra nak balik………” Durra pantas merentap tangannya dan ingin terus bangun…
“ Nanti dulu Durra……..!”
“ Baim fikirlah baik-baik apa yang Durra cakap ni……” masih terngiang-ngiang setiap patah bicara gadis kesayangannya yang diselangi esak tangis. Aiman meraup mukanya perlahan. Jiwanya tidak setenang saat dia berani untuk berdepan dengan Durra dan menyatakan isi hatinya…
Dahinya berkerutan saat ini…apa yang perlu dilakukan…
Aiman tidak mahu kehilangan Durra, sudah lama hatinya disimpan buat gadis itu. Banyak wanita lain yang cuba datang untuk mengetuk namun tidak pernah diizinkan. Jam di atas rak kecil ditepi mejanya dipandang sekilas. Sudah jam 2.00 pagi namun matanya masih belum mahu lelap..
Setelah menarik nafas panjang, Aiman masuk ke dalam bilik air dan mengambil wudu’. Sejadah di bentang dan perlahan ketenangan dicari. Dia perlu mencari jawapan. Dia perlu mencari petunjuk dan hanya ALLAH S.W.T yang ada jawapan dan petunjuk tersebut..
Meskipun sudah acap kali Istikharah dilakukan, dan hatinya memang sudah yakin…namun tidak salah andai dirinya berkali-kali memohon pada YANG ESA. Kerana Aiman mahu betul-betul yakin tanpa sebarang keraguan lagi. Lalu tangannya diangkat memulakan takbiratul ihram..
Awal-awal pagi lagi laptop di atas meja kerjanya sudah diganggu oleh sekotak empat segi yang tak berapa sama…YM lah apa lagi..
Buzzz!
Mya_sara! Aiman tersenyum gembira melihat sebaris nama itu..
Aiman_zaim : Salam….
Mya_sara : Wsalam..hi Man, how’s life…?
Aiman tersenyum…Myasara memang seorang sahabat yang baik. Daripada dulu sentiasa ada untuk dirinya…
Aiman_zaim : Getting better dear…urm nope! Getting busy actually…
Mya_sara : U ni kan Man ayik kerja..kerja…kerja! 24 jam kerja tau..
Aiman_zaim : Isy…dusta! Mana ade 24 jam…hehehe..biasalah hidup makan gaji Mya.
How’s yours? Dah 1 week never heard bout ur bubling..=)
Mya_sara : I’m okay…so far so good. I saja taknak kacau u..nanti u jemu, tak pun mengamuk tetiap hari dengar story i. Marah buah hati u nanti…
Aiman hanya tersenyum membaca setiap patah perkataan yang muncul di skrin laptopnya. Dia tahu siapa yang dimaksudkan Myasara kerana gadis itu maklum akan perihal Durra yang menjadi gadis kesayangannya itu. Dipandang keluar officenya sejenak…masih ada yang belum datang…maklumlah jam bekerja belum bermula lagi..Aiman meneruskan perbualannya. Tiba-tiba dia teringat, ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada sahabatnya ini..
Aiman_zaim : Dia tak marah punya. Btw, skng pukul brap kat sana ek..? I ni lemah sikit bab pertukran- pertukaran waktu ni…
Mya_sara : Pukul 8.09 minit!
Eh….? Aiman berkerutan sendiri. Dikerling jam di laptopnya…kenapa sama..?
Aiman_zaim : Mya…jangan main-mainlah…itu waktu kat M’sia. U ni nak kutuk I pun agak2 la….
Mya_sara : Eh..helllooooo. I tak main-mainlah…I’m here!!
Aiman kembali berkerutan..
Aiman_zaim : Here…? Where…?
Jangan kata……..!
Aiman_zaim : U ada kat Msia ke….??
Mya_sara : Tarrraaaaaaaa…yep! I’m back!
Aiman_zaim : Really…?? How could u? Never mentioned to me 1st?
Mya_sara : Hahhaha…ni cakaplah. Alaaa I balik 3 minggu je..
Aiman_zaim : Arghhh..tak kesah lah nak 3 minggu ke 3 hari ke…haruslah bagitau kat I..
Mya_sara : Alaa u ni kecoh macam makcik2! I dah balik ni hepilah patutnya…^0^
Aiman_zaim : Yelaaa nenek!
Mya_sara : Eh…sorry kacau u Man…I kat rumah ni, teringat nak inform u, u keje kan? Takpe lah nanti I call u later…treat me!
Aiman_zaim : No hal dear….but wait! I'm gonna tell u something…
Mya_sara : Apanya? Cakap nanti jelah masa jumpa..
Aiman_zaim : Nope! I wanna tell u know..
Mya_sara : Ohh sukatilah hah…cakap org tua x baek dibantah…hehehe..
Aiman_zaim : Belasah u kang! Tp takpelah pasal I hepi I taknak gaduh dengan u..
Mya_sara : Apehal yang hepi sangat ni? Naik pangkat ek..
Aiman_zaim : Taklah…much more important than just a position..
Mya_sara : Then what…?
Aiman_zaim : Jangan terperanjat pulak…
Mya_sara : Booooo…cpatlah pakcik! Perut dah lapa ni..nak pegi bfast…
Aiman_zaim : U ni makan aje ingat! Hehe..takpelah straight 2 d point.. I’m getting married dear…!!
Aiman menanti balasan daripada Mya namun sahabatnya itu kelihatan senyap saja di hujung sana. Aik….terkejut sangat ke…?
Aiman_zaim : Mya……are u there….?
Buzzzz!! Aiman menanti lagi seketika dan bibirnya tersenyum saat terbaca Mya_sara is typing..
Mya_sara : Are u serious Man…?
Aiman_zaim : Damn serious friend! Tak pernah seyakin ini…
Mya_sara : Dengan siapa…?
Aiman_zaim : U cubalah teka…
Lama Aiman menanti...
Mya_sara : Durratul Suraya…?
Aiman_zaim : Ya….exactly.....!

5 comments:

MaY_LiN said...

oho..
akhirnya..
tapi something missing..
pe syarat c durra ni

YoHana said...

ha tu la...ape syratnye...tp kan suka lagi cdurra dgn Iz=)

Anonymous said...

oh no....kuciwa

~ZYX~ said...

ala...nape baim da wat move...sian baiz...nak baiz ngan durra...huhu...

IVORYGINGER said...

oh no!!! sian Iz nnti.
Plz writer dont cruch our Iz heart.
I still wanted Iz n Durrah not Baim.
Baim dah reserve for Mya Zara.

Post a Comment