PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Tuesday, November 16, 2010

Kisah Kasih Kita (12)

Sudah sebulan berlalu…
“ Kerja ok…..?” Puan Nurzah bertanya sepatah pada anak bujangnya yang baru pulang. Jam dipandang sekilas. Pukul 8.30 malam…lewat sedikit daripada biasa..
“ Fun…interesting…mencabar…what else? Need some kind of creativity from a different perspective. Pendek kata Iz enjoy dengan job ni…..” Iz menjawab panjang pertanyaan ibunya. Dia memang suka bergelar seorang interior designer. Titik! Dan apa yang diangankan adalah untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri di dalam bidang ini. Fuhhhhh…amin!
“ Dah makan…..?” Puan Nurzah bertanya lagi. Soalan standard yang akan diajukan pada setiap orang anaknya yang baru menjejakkan kaki ke dalam rumah setelah seharian bergelumang dengan dunia luar.
“ Belum! Iz kan suka makan free jadi Iz balik dengan perut kosong untuk melicinkan semua periuk belanga ibu. Ibu masak apa….?” Iz bertanya ceria. Kakinya sudah dihalakan ke arah dapur…
“ Pergilah tengok sendiri atas meja tu. Iz makan dulu kalau lapar….ibu tunggu abah kamu balik dari surau…..”
Ohhh..patut senyap sunyi. Iz menebak sendiri.
“ Baim…….?” Iz bertanya sepatah pada ibunya tentang keberadaan abang sulungnya. Sejak-sejak sibuk bekerja ni hanya waktu malam mampu diluangkan bersama keluarganya yang tersayang.
“ Ikut abah kamu la….”
“ Dikya…..?”
“ Study dalam bilik dia kot….”
“ Sha…….?” apabila nama ini disebut Puan Nurzah menarik nafas panjang. Iz tertoleh setelah ibunya diam tanpa sebarang jawapan.
“ Tak balik lagi…..” ohh ok…patut muka ibu kelat semacam..
“ Tolong ibu boleh Iz…..?”
“ What…….?” Iz berkerutan menanti butir bicara ibunya..
“ Tolong jaga sikit pergaulan Sha tu. Dulu ibu tak risau pasal Iz selalu ada dengan dia. Tapi ni sejak Iz busy ibu tengok dia pun makin galak. Entah dengan siapa dia keluar pun ibu taktau. Bila ibu tanya katanya jumpa kawan la apa la. Jangan dia sibuk merambu dengan kawan-kawan Iz yang tak betul tu dahla…..” erk…! Iz menelan air liur. Aku pulak yang kena..? Isy…budak Sha ni memang nak kena ni…
“ Haaa….yelaa nanti Iz tanya dia. Iz naik mandi dulu bu…..”
“ Urm…..”
Sebaris nama di telefon bimbitnya ditenung lama. Nak bagi mesej ke..? Nak call ke…? Ke nak biar je….? Iz berjeda sendirian malam itu di biliknya..
Nafasnya ditarik dalam. Betul ke apa aku nak buat ni….? Baim kan sayang Durra….takkan aku…? Arghhhhh….kusut-kusut..
Tiba-tiba Iz mendengar bunyi sebuah kenderaan memasuki perkarangan rumah. Langsir diselak kasar dari biliknya kerana dia tahu siapa yang baru pulang. Jam di telefon bimbitnya menunjukkan pukul 10.45 malam. Dan dengan lajunya Iz melangkah ke tingkat bawah rumah. Dia tahu saat-saat sebegini penghuni rumah ini suka berkumpul di ruang rehat jadi lebih baik dia terjah dahulu adiknya sebelum orang lain berbuat demikian..
Di muka pintu….
“ Eh Baiz….buat apa terpacak kat sini sorang-sorang…..?”
“ Tunggu Sha…..”
“ Buat apa tunggu Sha….?” buang tebiat ke abang aku ni? Sha tersenyum sebaris dan terus melangkah ke dapur. Tekak haus oh..dan Iz terus menuruti adiknya itu..
“ Pergi mana….?” Iz bertanya sepatah menyebabkan Sha terhenti meneguk air kosongnya. Matanya menikam wajah Iz yang kelihatan sedikit berbeza malam ini..
“ What kind of questions is that…? Hang out dengan kawan-kawan Sha la…” Sha membalas sedikit keras. Dah mula la ni…
“ Sampai tengah-tengah malam…? Tak pandai nak balik cepat sikit ke..? Tau tak ibu risau…?” kali ini Iz turut keras. Dia rasa adakalanya dia perlu bertegas dengan adik sedegil ini..
“ Jangan over boleh…? Tak pukul 11 pun lagi…..” Sha menjeling keras. Entah kenapa dia rasakan semakin hari orang di dalam rumah ini semakin mahu mengongkong hidupnya. Sha rimas kerana dia sudah besar. Dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk dirinya sendiri..
“ Duduk dulu Baiz nak cakap….” Iz drastik menahan lengan Sha yang mahu meninggalkan dapur serta merta. Sha malas namun dia turutkan saja…malas nak cakap banyak..
“ Sha keluar dengan siapa…?” Iz mengasak Sha dengan pertanyaan lain…
“ Kenapa Baiz ni…? Sejak-sejak ni dah lain betul. Fine, sekarang Baiz dah busy tak boleh hang out malam-malam lagi….tapi itu tak bermakna Sha pun kena dok terkurung kat rumah je. Biasalah keluar malam macam ni. Bezanya sekarang Sha sorang tu yang Baiz risau sangat…?” Sha bertanya panjang..
“ Look…bukan macam tu maksud Baiz tapi Baiz kenal siapa budak-budak kita. Baiz tak suka Sha baik sangat dengan diorang. Diorang tu kaki clubbing…dah tak ingat family…pelajaran entah kemana. Mungkinlah Sha tak sama macam diorang tapi kalau dah hari-hari pun dok bergaul dengan diorang, Baiz takut Sha terpengaruh dengan diorang….” Iz menjelaskan panjang namun penjelasannya hanya menimbulkan marah di hati Zaira Shariza.
“ Baiz ingat Sha ni apa….? Baiz ingat Sha ni tak pandai nak jaga diri sendiri ke…..?” suara Sha naik sehasta..
“ Bukan…..”
“ Habis tu…..?”
“ Baiz risau sebab Baiz sayang Sha….”
“ Kalau sayang sepatutnya Baiz kenal siapa Sha. Patutnya Baiz tahu perangai Sha macam mana. Sha tak mungkin akan buat something yang boleh memalukan ibu dengan abah….” Sha rimas. Iz sudah terdiam…aku salah ke sebab tanya macam ni…?
“ Sha masih tahu jaga harga diri Sha. Sha takkan clubbing balik pagi. Sha takkan minum benda-benda mabuk tu semua. Even kawan lelaki Sha ni ramai Sha takkan buat benda-benda tak senonoh dengan diorang….”
“ Sha………..!!” kali ini kesabaran Iz pula tercabar. Iz merasakan mulut adiknya sudah semakin lancang sekarang ini. Iz memandang Sha tajam…
“ Boleh tak jangan ingat Sha ni jahat sangat……?” akhirnya Sha memuntahkan rasa marahnya dan terus bergerak meninggalkan abangnya di situ. Namun setiba di muka pintu dapur, Sha terhenti. Rupanya abang sulungnya menjadi pemerhati. Dengan perasaan yang masih membuku Sha terus melangkah dan bahunya sengaja dilanggarkan ke lengan abang sulungnya. Tanda protes!
Iz yang masih duduk di meja makan hanya memerhati. Dan akhirnya Iz hanya terdiam berpandangan sesama sendiri dengan abang sulungnya tanpa sepatah kata pun…
______________________________________________________________________________
“ Ayah jangan nak buat lawak pulak…….” Durra tergelak kecil
“ Ayah tak main-main Durra…baru tadi siang Khairi datang sini masa kamu pergi kerja…” Durra menelan air liur. Dia terdiam. Cuma tangannya yang masih pantas bergerak melipat kain. Apit sedari tadi hanya baring membaca buku cerita. Takut ingin menyampuk perbualan atuknya.
“ Tolonglah ayah…janganlah ayah ambil serius cakap orang macam Khairi tu….” Durra menjawab tenang. Untuk meluahkan rasa geram secara terang-terangan itu bukan cara dia..
“ Dah orang datang cara baik…ayah sambut cara baik. Takkanlah tiba-tiba ayah nak halau pakai parang….” Pak Win menjawab senada. Durra mengeluh perlahan..
“ Ayah bukan suruh kamu terima pun. Dah orang bertanya…ayah sampaikanlah. Keputusan tetap di tangan kamu…kamu fikirlah masak-masak dulu…..” Pak Win menokok dan terus bangun perlahan-lahan menuju ke biliknya. Dia ingin berehat sementelah kakinya pun sudah semakin membaik..
Durra berhenti melipat kain. Apit di sisi dipandang sekilas. Khairi…..seraut wajah diingati. Sudah berbakul rasanya dia menolak setiap kali Khairi cuba mendekatinya. Khairi memang telah lama dikenali. Sejak kecil namun lelaki itu tidak membesar di sini. Tapi tidak membesar di sini bukan menjadi penyebab untuk Khairi berhenti menganggunya. Setiap kali anak muda itu pulang ke kampung pasti hidupnya yang selalu terganggu. Mujur lelaki itu belum pernah berbuat yang tidak-tidak…
Durra tidak sangka Khairi senekad itu menemui bapanya untuk merisik secara tak rasmi. Sangkanya lelaki itu tidak bersungguh…tapi walau apa pun Durra tidak akan menerimanya. Khairi bukan lelaki pilihannya. Jauh di sudut hati dia tidak suka dengan perangai Khairi..
Ya! Esok aku kena pergi jumpa dia..benda macam ni tak boleh dibiarkan berlarutan….
Sha mencapai telefon bimbitnya yang menjerit minta diangkat di atas katil. Nombor yang tidak dikenali terpapar. Namun tanpa berfikir panjang Sha terus mengangkat panggilan tersebut..
“ Yes……..?” dengan malas Sha bersuara dahulu. Senyap….Sha berkerutan…
“ Hello……?” kali ini suara Sha lebih kasar. Ni nak cakap ke taknak ni…?
“ Sha……?” tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki di hujung sana. Ek…? Dia kenal aku pulak….
“ Yes…..may I know you…….?”
“ Assalamualaikum Sha….Ayie ni….” Sha terlopong sekejap. Ayie…? Ayie budak kat kampung Opah tu ke….?
“ Ayie……?” Sha menyebut sebaris nama itu..
“ A’ah….sorry Sha. Saya dapat nombor Sha dari Opah Siah……” ok….tepat!
“ Saya menganggu ke…..?” Ayie bertanya naïf di hujung talian…
“ Eh…tak…takdelah. Sha takde buat apa pun…..” Sha membalas dengan senyuman. Budget macam Ayie nampak kan! Dah lebih sebulan kot dia tak jumpa mamat ni…oii rindu pulak dah…
“ Ada hal apa ye awak call saya…..?” Sha bertanya pelik. Mesti ada benda penting ni..
“ Urmm macam ni Sha…adik saya Mimie baru dapat offer dari satu kolej ni. Dan saya dapat tahu dari Opah Siah yang awak belajar di kolej yang sama dengan Mimie……”
“ Ohh….really…..?” Sha bertanya ceria..
“ Then…saya nak mintak tolong awak sebenarnya ni. Takpe tak…..?” Ayie bertanya lagi. Serba salah dia sebenarnya tapi dia takde pilihan….
“ Eh takpe…nak mintak tolong apa….?”
“ Macam ni…Mimie akan daftar kolej next week tapi saya tak dapat hantar dia. On the same date ayah kami ada minor operation sikit. Saya kena temankan ayah…”
“ Ohh……”
“ Jadi saya nak mintak tolong Sha temankan Mimie daftar kolej boleh…..? Kami takde saudara mara kat sana. Lagipun Sha mesti dah faham selok belok kolej tu…”
“ Oh…no problem. Boleh je…..” Sha menjawab ceria. Rasa berbesar hati pulak dapat membantu orang lebih-lebih yang dikenali..
“ Serius ke takpe ni…..?”
“ Takpe lah…by the way, Mimie duduk kat mana before daftar kolej…?”
“ Oh dia tumpang rumah member dia masa MRSM dulu..nanti I give her your phone number. Senang dia nak contact Sha direct…takpe kan…?” isy mamat ni…brape banyak kali takpe dia?
“ Encik Shafrie….takpe..Sha boleh tolong. Don’t worry…your sis will gonna be fine. Sha akan tunjuk kolej dan teman dia daftar…ok kan….?” Sha tersenyum sendiri..
“ Thank a lot Sha!......”
Khairi memberhentikan motornya apabila kelibat Durra, gadis yang sangat digilainya ada di hujung simpang. Memang gadis itu menahan motornya pun. Hatinya gembira…tidak pernah-pernah gadis ini bertindak sebegitu. Adakah risikannya semalam diterima baik….?
“ Durra…lama abang tak nampak Durra……” Khairi yang terlebih dahulu mula berbasa-basi sebaik enjin motornya dimatikan. Ini yang lagi satu Durra tak paham…entah sejak bila maknya dahulu mengandungkan Khairi pun dia tak tahu…dari dulu Khairi gemar membahasakan diri sebagai abang! Mujurlah dia masih tahu hormatkan orang…kalau tak dah lama dibambunya Khairi yang pipinya tebal berlapi-lapis itu…huh!
“ Saya nak cakap sikit dengan awak ni…..” Durra terus ke matlamat dan isi penting percakapannya hari ini. Dia tidak mahu belok-belok dan memberikan harapan palsu..
“ Durra nak bagitahu bila abang boleh hantar rombongan merisik yang rasmi ke…?” Khairi menebak sendiri. Belum apa-apa hatinya sudah melonjak kegembiraan. Durra menarik nafas dalam. Terkadang dia keliru sendiri…selama ni ada ke dia menunjukkan tanda-tanda bahawa dia menyukai Khairi….? Apa yang tidak kena dengan lelaki ini…? Tidak boleh melihat dari sisi tersirat ke sengaja buat-buat tak faham….? Durra jadi geram…
“ Khairi…saya rasa dah banyak kali saya cakap. Saya rasa awak dah jelas tentang pendirian saya. Saya tak boleh terima awak…awak faham tak….?” kali ini nada Durra sedikit keras. Termati terus senyuman di bibir Khairi. Sangkanya peluang untuk memliki Durra sudah terbuka luas..
“ Tapi kenapa Durra…? Dah banyak kali Durra tolak abang. Untuk tunjukkan yang abang betul-betul sukakan Durra abang sanggup pergi jumpa Pak Win terus. Apa yang tak kena lagi….?” kali ini Khairi menekan bertanya. Semakin lama hatinya semakin parah dikerjakan gadis ini..
“ Soal hati tak boleh dipaksa. Takde alasan kukuh boleh saya berikan kenapa saya tak boleh terima awak. Yang pasti saya tak cintakan awak, saya tak boleh terima awak….” Durra sudah merendahkan nadanya. Tapi Khairi masih tak puas hati. Entah kenapa disebalik keinginannya yang suci untuk memperisterikan Durra, dia merasakan maruahnya diinjak-injak begitu sahaja. Bukan hanya sekali, malahan sudah berkali-kali!
“ Durra ingat abang tak mampu nak tanggung hidup Durra ke….?”
“ Bukan macam tu…..”
“ Durra selalu buat abang rasa terhegeh-hegeh pada Durra. Durra memang sengaja kan…..!” kali ini Khairi sudah berubah perwatakannya. Dia menjeling Durra geram.
“ Khairi….tolong faham situasi saya. Saya tak pernah berniat nak buat awak rasa macam tu…..”
“ Sudahlah!!!” tiba-tiba Khairi menjerit kuat menyebabkan Durra terkejut. Kakinya secara spontan melangkah setapak ke belakang..
“ Eh….engkau ingat engkau siapa? Dah berkali-kali maruah aku, kau pijak-pijak kan….??!”
“ Khairi……” Durra memanggil lelaki itu lebih perlahan. Kenapa begini jadinya…? Dia langsung tak bermaksud nak menyakitkan hati lelaki ini apatah lagi nak melambung ego dan maruahnya sebagai seorang lelaki…
“ Saya mintak maaf…….” Durra menokok perlahan
“ Eh boleh pergi jahanam dengan engkau punya maaf…….!!” Durra terkesima
“ Engkau jangan ingat engkau bagus sangat! Engkau jangan sombong dengan aku Durra!....”
“ Kenapa dengan awak ni…? Saya bukan nak carik gaduh dengan awak Khairi…..” Durra dah mula tak sedap hati. Dan secara tiba-tiba Khairi mula mendekati Durra. Durra jadi cuak. Dia memandang sekeliling. Dia mengutuk kebodohannya sendiri yang mengajak Khairi berbincang di simpang jalan yang senyap sunyi begini…!
“ Khairi………” Durra mula keresahan…
“ Kenapa….? Engkau takut aku apa-apakan engkau….?” Khairi tersenyum sinis melihat ketakutan di wajah gadis itu. Durra menelan air liur…
“ Eh perempuan……” tiba-tiba Khairi menarik kejap lengan Durra menyebabkan Durra sudah terfikirkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku…
“ Aku nak engkau ingat baik-baik nama aku! Muka aku! Engkau jangan pernah menyesal dengan apa yang pernah engkau buat pada aku ni……!” dengan kasar Khairi melepaskan lengan Durra kasar menyebabkan dirinya terdorong ke belakang…
Selepas itu Khairi terus bergerak ke motornya, menghidupkan enjin dan meninggalkan Durra yang masih ketakutan. Durra menggosok perlahan dadanya….dia bersyukur kerana dirinya tidak diapa-apakan…namun dia takut…dia cuak mengingati amaran lelaki itu. Biar pun hanya asap motor yang kelihatan, namun ia sudah cukup membuatkan Durra berpeluh sendirian…..

2 comments:

~ZYX~ said...

nasib baik khairi tu x wat pape pd durra...

MaY_LiN said...

sape pilihan durra ni..
baim ke baiz..
uuurrmmm

Post a Comment