PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Wednesday, September 15, 2010

Kisah Kasih Kita (10)

“ Opah kamu mana…..??” Puan Nurzah bertanya kerisauan pada Iz dan Sha yang berada di luar bilik menunggu. Malam itu sebaik menerima panggilan daripada Sha, Puan Nurzah sekeluarga terus bergegas pulang ke Kuala Kangsar..
“ Ibu…..” Iz dan Sha berselang-seli menyalami ibu mereka diikuti ahli keluarga yang lain..
“ Ibu tanya Opah kamu mana….?” Puan Nurzah yang sudah tidak sabar sekali lagi bertanya pada kedua orang anaknya..
“ Ibu…sabarlah sikit. Opah tak pape kan…..” Im tenang menyabarkan Puan Nurzah yang sejak dari Kuala Lumpur lagi kerisauan memikirkan tentang ibunya yang telah dikejarkan ke hospital..
“ Entahnya awak ni Zah. Kan ke Iz call kita sebelum sampai tadi cakap mak tak kritikal pun. Cubalah jangan menggelabah sangat….” kali ini Encik Mahmud pula bersuara setelah sejak awal hanya memerhati kekalutan isterinya itu. Puan Nurzah yang mendengar teguran suaminya terus terdiam dan hanya menjeling anak-anaknya sambil duduk di kerusi yang ada di situ..
“ Dia mak saya bang…macam mana saya tak risau….” Puan Nurzah sudah mula bersuara diselangi tangisan. Tercengang keempat-empat beradik itu melihat ibu mereka yang terlebih sentimental malam-malam begini.
Iz memandang abangnya sambil berkerutan dan Im pula hanya menggeleng. Sudahnya Iz yang duduk di sisi ibunya dan bahu wanita itu dipeluk erat dari sisi…
“ Opah oklah bu..dia cuma pitam lepas tu terjatuh depan bilik air. Bukannya ada penyakit kritikal yang boleh membawa maut pun...hidup je lagi Opah tu….” Iz berkata selamba dan Puan Nurzah yang mendengar hanya menjeling anak bujangnya di sisi. Gaya bercakap bukan nak tenangkan orang…menyakitkan hati lagi ada…! Isy..bertuah punya anak..
“ Tula Sha kata tak payah call ibu nanti dia risau…Baiz degil……” Sha berkata perlahan menolak bahu abangnya dan Iz hanya mencebik. Takkan nak diam aje….kang jadi apa-apa diorang pulak yang disalahkan kalau tak bagitau…
“ Kita tak boleh tengok Opah ke ni…..?” kali ini adik bongsu mereka pula yang bertanya setelah dia pelik mereka semua hanya diluar dan bukan ke dalam bilik rawatan. Bukan datang ni sebab nak tengok Opah ke..?
“ Opah masih tak sedar lagilah…doktor tak bagi kita ganggu opah dulu sebab tu Kak Sha dengan Baiz duduk kat luar ni. Tunggu koranglah……”
“ Owhhhh……..” Dikya menjawab tanda memahami..
“ Dah kalau Opah ok…tapi kita belum boleh ganggu dia…kita tunggu apa lagi kat sini….” Im pula bertanya perlahan..
“ Kita balik rumah Opah dululah. Esok pagi-pagi kita datang lagi. Ok kan….?” akhirnya Encik Mahmud mencadangkan sambil memandang wajah anak-anaknya satu persatu..
“ Urm…ok jugaklah macam tu. Balik dululah jom bah. Iz ngantuk dah pun…….”
“ Heiiii!! Bertuah punya cucu! Nenek kamu masih tak sedar lagi kat dalam tu tido yang kamu sibuk-sibukkan ye…..?” Puan Nurzah sudah mula rasa marah dengan perangai anaknya yang satu itu. Telinga Iz dipiat kuat menyebabkan Iz merasa kesakitan…
“ Aduhhh…aduhhhhh……” Iz menjerit kesakitan dan adik-beradiknya yang lain hanya memandang sambil tersenyum mengejek..
“ Dahlah bu. Ibu kalau nak belasah Iz sambung kat rumah Opah lah…..” Im pantas terus menarik lengan ibunya untuk bangun dan bergerak pulang..
“ Adik kamu ni menyakitkan hati ibu aje…….!” Puan Nurzah hanya menurut namun tangannya sempat menolak kuat pipi Iz menyebabkan Iz sekali lagi merasa kesakitan..
“ Bluwekkkkkkk….padan muka….” Sha mengejek abangnya dan terus mengikuti langkah abang, abah dan ibunya..
Iz kemudian ditarik pulang oleh adik bongsunya dengan ketidakpuasan di hati….isy!
Keesoka harinya Opah Siah sudah boleh keluar daripada hospital dan insiden ini seakan hanya menjadi satu penyebab untuk mengumpulkan dia dengan anak tunggal serta cucu-cucnya yang lain…
“ Tak usohle kome risokan aku…aku ni sihat lagi….bertenaga lagi….belum nak mati lagi pun….” Opah Siah menjawab tidak selesa dengan kerisauan melampau anak tunggalnya Nurzah sehingga mahu membawanya untuk tinggal bersama di bandar..
“ Tapi Zah risau tinggalkan mak sorang-sorang kat kampung ni haa. Takde orang nak jaga mak kan….” Puan nurzah memujuk lembut lagi…
“ Anok mike tu haa kan ada nak jaga aku….” Opah Siah menjawab sambil memuncungkan bibirnya ke arah Iz dan Sha. Kedua beradik itu hanya berpandangan sesama sendiri…
“ Mak…minggu depan Sha dah kene masuk kolej semula….Iz pn bila da dapat offer kerja dia akan balik KL semula. Dah tu siapa yang nak jaga mak kat sini nanti…? Cubalah sesekali mak dengar cakap Zah ni…..” Puan Nurzah mendesak lagi. Suami dan anak-anaknya hanya diam menjadi pemerhati. Malas nak campur tangan. Opah Siah hanya diam tanpa sebarang jawapan..
“ Selama ni pun aku hidup sorang jugok. Idok pun aku mati kering kat sini….” akhirnya Opah Siah yang merasa berkecil hati terus bergerak perlahan-lahan masuk ke biliknya. Dan suasana menjadi senyap seketika. Puan Nurzah hanya memandang kelibat ibunya dengan gelengan dan kekecewaan di dalam hati.
“ Ibu…janganlah paksa kalau opah taknak. Mungkin dia sayang nak tinggalkan rumah ni…kampung ni.. Kalau dia duduk dengan kita sekalipun tapi hati dia tak gembira nak buat apa….” Im perlahan berkata-kata dari kejauhan pada ibunya. Puan Nurzah hanya menyandar di kerusi. Dah tak tahu nak buat apa...sukatilah….
“ Owhhh ye Iz…a few days ago Iz received an offer letter from one private company….” akhirnya Puan Nurzah mengubah tajuk perbualan dan kali ini fokusnya menjurus kepada Zaim Izzuddin pula…
“ Really….? Then……?”
“ Ibu terlupa nak bawak tapi Iz ada interview Isnin depan…Iz nak pergi tak……..?”
“ Apa jenis soalan ibu ni..for sure la nak. Ibu jugak yang suruh Iz carik kerja kan. Before ni dah banyak yang Iz pergi tapi kan belum ada rezeki lagi. What post that has been offered to me….?”
“ Isy….dah tentu-tentu semua pun Baiz apply untuk interior designer punya post kan…?” Sha pulak tiba-tiba menyampuk..
“ Entahnya…ambil architecture tapi minat susun-susun barang dalam rumah pulak….” Dikya menyampuk juga..
“ Isy…korang jangan sibuklah! Sukati Baiz lah nak kerja apa pun. Same what architecture ke interior designer ke…kena ada seni jugak dua-dua tu…..” Iz tetap mempertahankan minatnya. Kenapa dia ambil architecture masa kat campus dulu janganlah dipertikaikan. Dan kenapa semakin lama dia minat to be an interior designer pun jangan dipersoalkan. Dia hanya mengikut gerak hati dan apa yang dirasakan mampu untuk dia lakukan sebaik mungkin…apa yang dia tahu dia memang berbakat dalam hal lukis melukis ni…titik!
“ Biarlah abang kamu ni lingkupkan hidup dia pun. Janji dia dah ada kesedaran nak pergi carik makan sendiri. Takkan sampai ke tua nak bergantung hidup dengan abah dengan ibu kot…” Encik Mahmud tiba-tiba bersuara. Amboiiii sentap betul ayat…Iz dah terdiam. Im hanya tersenyum…
“ Baim jom……..!” Iz tiba-tiba bangun dan mengajak abangnya untuk ikut. Im pelik…
“ Nak pergi mana……?”
“ Pergilah mana-mana pun…jomlah…..”
“ Alaaa Iz ni..Baim malaslah…….”
“ Isyyy…jomlah pekena teh tarik ke roti canai ke kat mamak luar sana. Panas lah duduk dalam ni lama-lama…jomlah!!” Iz terus mendesak. Im dengan rasa malas hanya menurut..
“ Dikya nak ikut….!”
“ Arghhhh..mengada! Duduk rumah je…..” Iz terus blah macam tu je sambil Im mengekori adiknya..
“ Ibu…abah…kitorang keluar sekejap…..”
“ Urm…..”
“ Yelaa……”
Malam itu dibawah pangkin depan rumah Opahnya Iz ralit bermain gitar seperti selalu..
Seindah tiada lagi kau kuingatkan….
Sayang kau hilang….
Menanti biar sampai akhir hayatku di dunia ini…
Kau tahu betapa ku sayang padamu…..
Hanya bidadari sebagai ganti…
Hanya takdir menentukan ia…..
Oh belaian jiwa……
Tiba-tiba Iz merasa bahunya ditepuk dari belakang…dan kedengaran suara abangnya menyambung lagu yang dimainkan sambil dia terus memetik gitar kapaknya itu..
Oh angin sampaikan laguku padanya…
Yang sedih pilu…
Terimalah laguku jadi teman hidupmu..
Untuk selamanya…
Dan kedua beradik itu sama-sama menyanyi rangkap terakhir lagu dendangan Innuendo itu..
Kau tahu betapa ku sayang padamu…
Hanya bidadari sebagai ganti….
Hanya takdir menetukan ia…
Oh belaian jiwa…
“ Perghhhhhhhh…….” secara tiba-tiba Im menepuk tangan dengan sangat gembira sambil menepuk bahu adiknya di sisi. Bahu itu diraih rapat…dan Iz hanya tersenyum gembira kerana sudah lama rasanya dia tidak duduk berdua dengan abangnya yang satu itu seperti ini..
“ Baim rasa..kita kalau buat album pun okeh jugak kan….? Iz pandai main gitar..suara Baim tak payah nak cakap laaa..memang lemak merdu..kan…? Muka kita da memang sama-sama hensem tapi Iz kurang sikitlah dari Baim…..” Im menggumam bibirnya perlahan..
“ Iz tak payahlah pergi interview tu. Lepas tu Baim hantar surat berenti kerja 24jam kat office tu…amacam…?” Im mula menyalurkan idea mengarutnya di tengah kegelapan malam itu..
“ Iz rasa kepala otak Baim ni tak berada dalam frekuensi yang betul la….” Iz menjawab serius..
“ Ada baik kiranya Baim pergi hantar otak Baim pergi services baekkk punya kat kedai Ah Chong hujung taman rumah kita tu before terfikir nak buat album dengan Iz…haaaa ni lagi ok kot kan….?” Iz berkata gembira dan Im yang mendengar sudah berbulu semacam..
“ Isyyyy….dahlah malas Baim nak layan Iz. Orang tengah-tengah malam ni eloklah tengok bulan…hirup udara segar…ni tak Iz dokk la memekak sana sini. Sure Opah stress dengan Iz kan sebab tu dia masuk hospital kan….”
“ Whoaa…cakap biar berlapik sikit bro…adik lu ni dah memang pakar goreng-goreng gitar.. nak buat macam mana…..” lantas kedua beradik itu hanya sama-sama tergelak di atas pangkin tersebut..
“ So Baim…sekarang macam mana…?”
“ What…..?”
“ Alaaa..buat-buat tanya pulak…..”
“ Eh haruslah tanya dah Baim tak paham kot….”
“ What I mean by sekarang macam mana is about your Myasara la…macam mana dia sekarang…..?”
“ Mya..? Ingat lagi ek Iz kat dia…..”
“ Haruslah ingat…dia kan ke awek yang setia terkejar-kejarkan Baim…..” Im hanya tergelak mendengar persepsi adiknya tentang teman baiknya itu…
“ Dia dah fly da……”
“ Eh bila…?? Taktau pun…..?” Iz terkejut mendengar cerita abangnya itu. Jauh menyimpang dari apa yang diharapkan…yelaaa manalah tau tetiba ada ura-ura abangnya nak kahwin ke….haaa kan cerita macam tu lagi best….
“ Memanglah taktau….dah Baim tak cerita kat Iz….”
“ Kenapa tak cerita…..?”
“ Kenapa nak kena cerita….?”
Haaaa…? Last-last dua beradik tersebut hanya terdiam kerana bertalu-talu memberikan soalan namun tiada sorang pun yang menjawab..
“ Isy…apa Baim bagi lepas perempuan baik macam tu…? Dah sah-sah dia cinta mati kat Baim kan..terima jela….” Iz menyuarakan rasa tak puas hatinya. Dia pernah berjumpa teman baik abangnya itu dan dia amat berkenan kalau wanita itu menjadi kakak iparnya..
“ Baim tak pernah ada rasa sayang pada dia. Tak baik mainkan hati dan perasaan orang. Dah Baim tak suka Baim cakap lah terus terang…” Im menerangkan perlahan..
“ Jadi bujang tua la Baim tak kawin-kawin tau tak……?”
“ Chill bro…Baim muda lagilah!......”
“ Assalamualaikum………….” tiba-tiba kedua adik beradik itu dikejutkan dengan salam daripada seorang perempuan. Secara drastik kepala mereka terus fokus ke arah pintu rumah Opah mereka..
“ Siapa lagi yang datang malam-malam macam ni…..?” Im bertanya pelik…
“ Entah…..” Iz menjawab perlahan…
“ Wait! Jap! Urm…..orang kan tu…….?” Iz bertanya jujur dan Im yang mendengar terus menolak keras kepala adiknya..
“ Aduhhhhh………”
“ Jangan nak mengarut boleh….? Apesal kalau bukan orang….? Takut….?” Im bertanya mencebik…
“ Kalau takut pergi potong lagi sekalilah….lepas tu duduk je bawah ketiak ibu…” Im berkata mengejek sambil terus melompat turun dari pangkin dan bergerak ke arah pintu rumah..
“ Wa’alaikumsalam……..” Im menjawab tenang daripada belakang dan perempuan yang datang tadi pantas menoleh ke belakang…
Im berkerutan. Perempuan tersebut pun mempamer reaksi yang sama. Iz sudah mula menghampiri abangnya dan dia mencebik sebaik melihat seraut wajah yang dah naik jemu dipandang…kenal sangat!
“ Baimmmmmmmm…………..!!”
“ Durra…………………..!!”
Haaaa…..? Iz tercengang sendirian. Abang aku kenal dengan minah ni ke?
“ Durra sihat……?” Im bertanya ramah gadis yang sedang duduk di hadapannya itu..
“ Alhamdulillah sihat…..” Durra menjawab dengan senyuman
“ Durra dengar yang opah masuk hospital sebab tu Durra terus datang sini nak jenguk Opah..Opah mana? Dia ok ke….?” Im hanya tersenyum mendengar pertanyaan itu..
“ Alhamdulillah opah sihat je Durra, dia ada kat bilik tu berehat. Dah besar kamu ye..? Lama Cik Zah tak jumpa….” Puan Nurzah yang menatang air dari dapur menjawab tenang pertanyaan Durra itu. Durra tersenyum simpul melihat wanita peramah yang telah dikenali sejak kecil itu..
“ Cik Zah makin cantik je Durra tengok…rindu kat Cik Zah….” Durra menyapa mesra wanita itu di tengah-tengah keluarga besar Encik Mahmud itu. Iz dari tadi hanya diam tidak berkutik di depan tv..
Lama Durra di situ beramah mesra dengan keluarga yang sudah lama tidak ditemui itu sehinggalah Puan Nurzah menanyakan sesuatu kepada gadis itu…
“ Durra dah kahwin ke…….?” Iz menoleh drastik ke belakang mendengar soalan itu. Wajah Durra dipandang dari kejauhan kerana dia ingin melihat reaksi gadis itu. Dan apa yang dilihat hanyalah gelengan manis gadis itu dengan senyuman di bibir. Iz menoleh semula menghadap tv dengan sengihan lebar dalam hati…
“ Tunang pun belom………??” Iz menoleh semula ke belakang sebaik mendengar abangnya pula bertanya dan Durra masih menggeleng. Iz lega lagi..
“ So…..bolelah Baim masuk meminang lepas ni kan…….?” Iz tertoleh lagi kebelakang dengan degupan pantas jantungnya…..!!
Serius…………..???

4 comments:

Miss Kira said...

hahahaha.. cian iz..

MaY_LiN said...

tula kamu..
apit kenen kan tamau..
kan baim nak potong line..
hikhikhik..
patahla hati...

~ZYX~ said...

ahhhhh...nk durra n iz...xnk la baim...

IVORYGINGER said...

setuju ngan zyx.
nak Iz n Durra gak.
Baim shuuuu jauh2 ya. hehehe...

Post a Comment