Malu! Malu! Dan malu!
Tidak ada perkataan lain yang lebih tepat untuk menggambarkan perasaan mereka dua beradik. Tebal muka memang tak ingat. Ditambah senyuman sumbing orang-orang yang berkenaan menjadikan pagi tadi pagi malang buat Zaim Izzuddin dan Zaira Shazira. Sekarang mereka sedang mengambil angin petang diluar rumah. Shazira sepak daun kering. Izzuddin duduk atas pangkin sambil mematahkan ranting-ranting.
“ Isy…lepas ni memang Sha nak bakar je kain batik opah tu. Malu tau tak!” Shazira membebel geram sambil menghenyakkan punggungnya di sebelah Izzuddin.
“ Agak-agak kalau Baiz macam nak campak basikal tua opah dalam sungai hujung kampung sana berdosa tak?” tanpa menjawab Izzuddin mengembalikan sebuah pertanyaan kepada adiknya. Akhirnya kedua beradik itu hanya memandang sesama sendiri.
Izzuddin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal…
“ Serius pertanyaan Baiz ni. Kain Sha memang betul-betul terlucut depan budak tu ke?” Izzuddin tersengih memerli. Shazira menjeling geram.
“ Rasa macam nak kena penampar ke terajang?” Shazira bertanya kasar. Izzuddin dah tergelak besar.
“ Daulat!” Iz menjawab sepatah.
“ What?” Sha berkerutan pelik.
“ Asal ibu belikan kain batik je Sha buat kain lap kaki. Asal ibu siap jahitkan kain batik lepas je Sha bagi kat abah suruh buat lap kereta. Ha… ambik situ…” Izzuddin galak memerli membuat Shazira rasa terbakar.
“ Baiz jangan nak naikkan darah Sha boleh tak?!” serius Shazira sakit hati. Matanya merah menahan marah. Campur malu. Campur geram. Macam-macam ada!
Opssss! Izzuddin kembali terdiam. Dia nampak asap berkepul-kepul keluar dari kepala adiknya. Sumpah Shazira kalau dah marah memang sampai mati Izzuddin tak akan lupa!
“ Ala….relaks lah sis…..” Izzuddin menyabarkan adiknya. Bahu gadis itu dielus-elus perlahan. Namun Shazira menepis kasar. Whoa! Izzuddin menarik semula tangannya.
“ Baiz tahu apa budak macam bagus tu buat?” Izzuddin naif menggeleng.
“ Sha rasa air muka Sha ni macam kena pijak-pijak tau tak! Even kain tu Sha sempat tahan dari terlucut terus….”
“ La…..tak terlucut pun?” belum Shazira habis berkata Izzuddin sudah menyampuk. Bahu adiknya ditolak kasar.
“ Kecoh gila tak nak macam terbalik pulak rumah opah ni konon malu lah sakit hati semua. Kain tak tanggal pun sebenarnya? Apa Sha ni? Bising betul!” Izzuddin pulak yang naik geram. Yela, dah dari tadi telinga dia yang dok kena tadah dengar minah ni membebel. Mana tak geram!
“ Baiz dengarlah dulu….” Shazira sekilas menjeling abangnya.
“ Fine! Kain yang Sha pakai tu memang lah tak tanggal depan budak macam bagus tu. Tapi dia elok je masuk dapur opah siap ajar Sha pakai kain tu pulak….malu lah Sha!” Shazira merengus geram.
“ Lepas tu dia siap bagi ceramah berbisa free kat Sha…..”
“ Dia kata orang perempuan ni kalau setakat kain batik pun tak tahu nak pakai rentikanlah jadi orang perempuan…..pakai seluar je merempit atas jalan…..”
“ Orang perempuan ni tak elok kalau dok menyanyi je dekat dapur…nanti dapat jodoh orang-orang tua…..”
“ Orang perempuan ni kena jaga adab, sopan santun….kena lemah lembut bukan menggedik tak pasal-pasal…..”
“ Orang perempuan ni kena pandai, teratur buat kerja rumah…bukan kerjanya seminit…melalaknya berjam-jam…kalau macam tu bila kerja nak siap……”
“ Lagi dia kata orang perempuan ni kena itu…kena ini…..bla bla bla……” Shazira menceritakan sepatah demi sepatah apa yang diucapkan oleh budak entah apa nama yang dikenalnya tadi pagi. Izzuddin menelan sedikit demi sedikit air liurnya. Nak gelak takut adik tersayang lancarkan perang dingin pulak…
“ Berbulu telinga Sha dengar tau tak!” Shazira berkata keras sambil bersila di atas pangkin. Terasa letih pulak penat menghamburkan marah dan bercerita itu ini pada abangnya.
“ Memang lah betul pun semua tu….” Izzuddin berkata perlahan.
“ Sha dengar!” Shazira menekan kuat suaranya menyebabkan Izzuddin tersengih sumbing.
“ Ala….relaks lah Sha. Ignore je budak tu. Entah dari mana-mana je dia datang. Esok-esok, bukan jumpa lagi pun….” Izzuddin berkata tenang. Shazira menoleh ke sisi.
“ Yela relaks! Yang jatuh ni air muka Sha bukan air muka Baiz. Yang merah tahan malu dengar lecture macam bagus dia tu pun muka Sha bukan Baiz!”
“ Isy...Sha tak sukalah!” akhirnya setelah penat menjerit-jerit Shazira merengek geram sampai bergenang anak matanya. Cuma dia tak nangis je. Yela apa kes nak nangis pasal budak budget bagus tu? Membazir jek!
“ Sha…….” belum sempat Izzuddin nak memujuk adiknya, kelihatan dari jauh wajah seorang budak lelaki yang macam dia kenal sedang menunggang basikal baik punya ke arah mereka berdua. Tiba-tiba duduk Izzuddin jadi tak menentu. Shazira pelik lantas dia menoleh ke belakang. Sempat juga rambutnya yang ikal disisir dengan jari ke bawah.
“ Assalamualaikum……” Apit memberi salam ceria penuh manis dengan senyuman di bibir. Basikalnya betul-betul diberhentikan di tepi pangkin. Di dalam bakul basikalnya kelihatan dua ikat rambutan yang memerah. Besar-besar pulak tu buahnya.
“ Wa’alaikumussalam…..” serentak Izzuddin dan Shazira menjawab salam anak kecil itu. Izzuddin tersenyum lebar melihat Apit.
“ Apit dari rumah ke?” Shazira bertanya ramah. Hilang segala rasa marahnya sekejap dengan kehadiran Apit di petang hari itu.
“ Aah makcik……” Apit menjawab tenang.
Makcik? Erk! Shazira macam nak tersedak dah! Budak ni pun nak bikin gaduh dengan aku jugak ke? Izzuddin yang memahami perubahan riak adiknya itu pantas turun dari pangkin mendekati Apit. Bibirnya tersenyum sumbing…
Tiba-tiba tanpa bicara Apit terus menghulurkan tangan kepada Izzuddin. Izzuddin terdiam sekejap. Berbudi bahasanya budak ni….hatinya berbisik. Apit mencium lembut tangan kasar Izzuddin dan kemudian salamnya beralih kepada Shazira. Shazira tetap menyambut meskipun hatinya membuku.
“ Rumah Apit jauh ye dari sini?” Izzuddin bertanya ringkas. Entah kenapa sejak pertama kali bersua, Izzuddin macam dah jatuh sayang pada budak lelaki ini. Mungkin sebab dia takde adik lelaki. Atau mungkin sebab dia takde anak buah lelaki. Tambahan pulak kat kampung ni pun, dia tak kenal siapa-siapa lagi kot. Sebab tu Izzuddin begitu menyenangi kehadiran Apit.
“ Taklah…dekat je. Jalan kaki pun boleh…..” Apit menjawab perlahan. Pantas dia turun dari basikal dan mengambil tempat duduk Izzuddin tadi.
“ Pakcik dengan makcik buat apa petang-petang ni? Tak pergi main bola?” Apit bertanya kudus. Izzuddin menggosok kepala Apit lembut.
“ Taklah… pakcik mana kenal siapa-siapa pun kat sini. Nak main dengan siapa…” Apit terdiam mendengar jawapan Izzuddin itu.
“ Main dengan Apitlah…dengan kawan-kawan Apit sekali. Kawan Apit semua baik-baik tau. Baik macam Apit jugak…..” Shazira sudah tergelak kecil. Perasan betul budak kecik ni!
“ Urm takpelah Apit. Pakcik takde mood la petang ni. Jiwa kacau…” Apit berkerutan.
“ Eh taklah! Pakcik tak kacau. Kita main sama-samalah…..” Izzuddin menekan dada mendengar jawapan Apit. Adeh…!
“ Takpe-takpe! Lain kali jela eh…..” Izzuddin menjawab malas. Lurus betullah budak ni!
“ Oh ye….tadi Mak Cu balik kerja dia bawak ni. Dia suruh Apit datang hantar kat sini sikit…..” Apit pantas mengambil ikat rambutan dari dalam bakul basikalnya dan diserahkan kepada Shazira.
“ Untuk Kak Sha?” Shazira bertanya ceria.
“ Baiknya Mak Cu Apit!” Shazira pantas juga menyambung. Pipi Apit dicubit perlahan. Apit terdiam. Namun secara tiba-tiba dia menarik semula dua ikat rambutan itu dari tangan Shazira. Shazira tergamam. Izzuddin pulak pelik.
“ Bukan!” Apit menjawab sepatah.
“ Mak Cu kata untuk Pakcik Jambu….” lantas Apit menghenyakkan dua ikat rambutan itu ke tangan Izzuddin. Wajah Izzuddin berubah seketika…what the? Pakcik Jambu?!
“ Pakcik Jambu?” Izzuddin menyebut kembali nama yang dituturkan Apit tadi.
“ Aah……” Apit mengangguk.
“ Hari ni pakcik tak kerja ke?” Apit bertanya senada.
“ Kerja?” bila masa pulak aku bekerjaya? Kalau tanam anggur pun belum tentu hidup.
“ Aah…Mak Cu kata pakcik jual jambu?” Apit menerangkan jelas lagi padu. Shazira dah macam nak berguling je atas pangkin tu! Apekehal pulak abang aku yang kacak bergaya ni nak pergi jual jambu? Putus fius betul la minah tu…..hahahaha!
“ Kenapa?” Apit bertanya pelik.
“ Jambu pakcik tak laku ke?”
Arghhhh…….!!! Zaim Izzuddin tertekan!
______________________________________________________________________________
“ Bu….” Izzuddin merengek di hujung talian.
“ Hmmmm…..” Pun Nurzah menjawab endah tak endah.
“ Ibu……”
“ Ye……”
“ Ibu tak rindu Iz ke?” Izzuddin bertanya sayu.
“ Tak berapa lah sangat……” jawapan Puan Nurzah membukukan hati Izzuddin. Isy!
“ Sampai hati ibu…..” Iz menjawab perlahan.
“ Sampai jugaklah…….” Puan Nurzah menjawab dengan senyuman yang tak mungkin boleh dilihat anak bujangnya itu.
“ Bu…..Iz nak balik! Serius tak best duduk sini…..” Iz menyuarakan hasrat hatinya. Bintang dilangit dipandang sepi. Kat kampung kalau malam-malam macam ni, angin memang sejuk. Izzuddin leka duduk bertenggek di atas tangga rumah opahnya sambil berkain pelikat. Telefon bimbitnya masih dilekapkan ke telinga lama.
“ Jangan nak mengada Zaim Izzuddin!” hanya sebaris itu jawapan Puan Nurzah menyebabkan Izzuddin mengeluh. Tak diturut kang kata aku anak derhaka. Tapi lagi diturut jiwa aku ni ha yang merana. How come?
“ Ibu sayang…opah sihat walafiat je kat sini ibu tau tak? Iz rasa kalau Iz dengan adik tak payah tengok-tengokkan opah kat sini pun okay je. Takde bezanya kitorang ni ada ke tak…..” Izzuddin lemah menuturkan. Puan Nurzah menarik nafas dalam.
“ Iz… Iz tau kan ibu ni je lah satu-satunya anak yang opah ada. Ini bukan soal opah sakit atau opah sihat ke. Ibu tahu opah sunyi sorang-sorang duduk kat kampung tu. Sebab tu la ibu mintak Iz dengan Sha balik temankan opah sekejap. Bukan ibu nak suruh Iz terus menetap kat kampung tu…..” kali ni giliran Puan Nurzah pula lembut memujuk
“ Kadang-kadang ibu rasa opah tu kecik hati tau. Cucu dah besar panjang, tapi sorang pun takde yang nak datang jenguk dia kat kampung. Cuma Baim je yang selalu jenguk opah itu pun kalau dia tak sibuk. Cuba Iz bayangkan anak Iz sendiri nanti, yang tak pernah langsung nak jenguk ibu masa ibu tua. Iz tak sayang kat ibu ke?” Puan Nurzah mengasak lagi menggunakan pendekatan psikologi yang melumpuhkan terus senjata ampuh yang telah disediakan Izzuddin sebelum menelefon ibunya tadi.
“ Sayang….” hanya sepatah Izzuddin menjawab.
“ Ibu akan bank in duit selalu…Iz don’t worry okay? Dan kalau Iz ada dapat sebarang tawaran kerja or maybe kind of job interview, ibu akan inform…..” Izzuddin dah tak mampu nak berdalih lagi…yela ibu!
“ Okay……” Iz menjawab lemah. Langit dipandang lagi namun secara tiba-tiba wajah Durra menghiasi layar ingatannya. Isy! Cepat-cepat Izzuddin usir bayangan itu.
“ Ibu ni mentang-mentang akauntan bertauliah. Macam tau-tau je kan kalau anak ibu ni tengah pokai dah sekarang…..” Puan Nurzah tersenyum di hujung talian.
“ Bukan sebab ibu ni akauntan. Tapi sebab ibu ni dah lama jadi mak kamu. Dah faham sangat dah……”
“ Adik Iz buat apa?” Puan Nurzah bertanya sekilas.
“ Tengah memuncung kat dalam rumah tu. Sakit hati line internet yang macam siput sedut. Ibu taulah kampung ni kan. Dia dah tak boleh nak berblogging, tak boleh berfacebook, tak boleh ber ym dengan jejaka-jejaka simpanan…..” Izzuddin menjawab dengan gelak di bibir.
Masalahnya bukan dia je. Aku pun sama tengah sakit hati! Sebab tu lah call ibu nak mintak balik ni…tapi tak dapat jugak!
“ Sudah-sudahlah tu. Cakap kat Sha ibu miss dia a lot okay. Ibu nak tidur dulu dah ni. Esok pagi ibu ada meeting. Iz take care tau. Jaga opah. Berbaik-baik sikit dengan dia jangan asyik nak melawan aje…” Puan Nurzah sempat berpesan sebelum meminta diri.
“ Yela…ibu pun sama. Take care. Kirim salam kat abah, abang besar and Dikya. Night ibu. Assalamualaikum……” Izzuddin mengakhiri perbualan sebaik mendengar ibunya meletakkan talian di hujung sana.
Izzuddin kembali melihat bintang di langit. Hisy…macam orang baru putus kasih je gayanya…tak cool langsung! Dia membebel di dalam hati. Tapi apa sangat yang boleh dibuat malam hari sebegini di ceruk Kuala Kangsar ni? Kalau kat KL koman-koman boleh jugak dia ajak Sherry dinner ke. Ajak Nelly tengok midnight movie ke. Ajak Iffa hangout sama ke. Takpun ajak Sha ukur jalan satu KL! Ini kat kampung, apa nak buat?
Lantas Izzuddin menarik gitarnya yang turut dibawa bersama ke kampung. Ini satu lagi kegemaran Izzuddin yang hanya diketahui oleh ahli keluarganya sahaja.
Seorang Zaim Izzuddin memang tak boleh lepas dari gitar. Meskipun gitarnya cuma gitar kapak biasa yang murahan, namun Izzuddin sangat menyayangi gitar itu. Sebabnya itu gitar pertama yang dibelikan abahnya ketika dia berumur 15 tahun lagi. Dan gitar itu hanya dia mainkan di rumah sahaja. Tidak pernah lebih dari itu, kerana Izzuddin tidak suka orang luar tahu kesukaan dan kelebihannya ini. Pada dia, it’s something special that will be dedicated for special person only. Dan yang pasti, istimewa bagi Izzuddin sudah tentulah keluarga yang terlalu berharga di matanya itu.
Izzuddin membetulkan duduk dan dia mula berkira lagu apa yang mahu dinyanyikan.
Urm…..okay dah dapat! Disebabkan kau menjadi tumpuan aku malam ni wahai bintang. Maka lagu ni aku dedikasikan teristimewa untukmu wahai cik bintang….pergh! Izzuddin tersenyum senang.
Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...
“ Din oii….!!” zeeettt! Tiba-tiba feeling terlebih Izzuddin diganggu jeritan kuat opahnya dari dalam rumah.
“ Ye…….” Iz menyahut dari kejauhan.
“ Apa lagi tu? Tido le Din oiii udoh malam bebenor ni. Esok lepas suboh je le mike sambung main gitar tu. Ate teman nak tidor, ngantuk bebenor dah ni…” Izzuddin mendengar malas jeritan neneknya itu.
Dah tu? Tahu mengantuk tidur je lah. Nak suruh aku nyanyikan lullaby song ke apa?
“ Kalau dah mike memekok, aku nak tidor macam mane?!” belum sempat Izzuddin menjawab opahnya terus mencantas bagaikan tahu je apa yang berlegar di minda cucunya ini.
“ Ye opah…..nak masuk da ni……” akhirnya Izzuddin mengalah. Malas pulak mahu bertegang urat malam-malam buta ni. Lagipun dia sendiri sudah letih. Perlahan kakinya terus dihayun masuk ke dalam rumah dan setelah itu semua pintu dikunci rapat.
______________________________________________________________________________
Shafrie memandang sepi surat tawaran untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Uitm Shah Alam itu. Sudah berulang kali surat itu dibaca namun hatinya kuat ingin menolak tawaran tersebut. Pantas perbualan telefon dengan rakan baiknya tadi terngiang-ngiang di telinga.
“ Kau sure ke ni?” Thaqif bertanya serius.
“ Entahlah Qif…aku macam tak tahu nak buat keputusan. Blur pun ada jugak…” Shafrie jujur. Memang itu perasaannya sekarang.
“ Kau kena jugak fikirkan pasal masa depan kau. Ni hidup kau Ayie. Nak taknak kau kena buat keputusan…..” Thaqif menasihati Shafrie di tengah malam itu.
“ Aku tau. Tapi kau pun tau keadaan aku sekarang kan. Bukan duit masalahnya tapi soal tanggungjawab. Semenjak ayah aku selalu sakit-sakit, takde orang yang nak uruskan kolam ikan ternakan dia tu. Itu belum dengan ladang buah dia lagi…..” Shafrie manyandar di kepala katil.
“ Semenjak aku habis diploma ni, aku lah yang urus semua. Tambah dengan tiga orang adik perempuan aku tu. Diorang semua berpaut pada aku Qif. Aku anak sulung…takkan aku nak pentingkan diri…..” dengan Thaqif sahabat lamanya dari sekolah berasrama penuh itu, Shafrie tidak kekok untuk bercerita tentang segalanya.
“ Yela kan. Kalau difikir-fikir memang nampak macam tak baik kalau kau lepas tangan macam tu je….” lama Thaqif terdiam di hujung sana.
“ So, terpulanglah pada kau Ayie. Lagipun tak semestinya bila kau tak sambung belajar kau tak boleh berjaya. Pokok pangkalnya usaha. Ilmu bukan sekadar ada kat universiti je. Ilmu kita boleh kutip dekat mana-mana je kan…” Thaqif lembut menasihati dan memujuk kerana dia tahu persis hati sahabatnya itu. Shafrie memang dah lama menyimpan niat untuk menyambung pengajiannya.
“ Thanks Qif….you are the best bro! Kalau Mimie bagi green light for sure kau orang pertama yang aku pergi pinang untuk jadi adik ipar aku bro…..” Shafrie seloroh menyatakan impiannya untuk kali yang ke berapa entah, Thaqif pun dah tak ingat.
“ Kau jangan nak melalut boleh? Mula la tu. Kau ingat adik kau yang cun melecun tu nak ke kat aku? ” Thaqif merendah diri di hujung talian menyimpulkan senyum di bibir Shafrie.
“ Apa ada pada rupa bro? Rupa tak menjanjikan sebuah kebahagiaan dalam hidup kita. Ye tak? Ke macam mana?” Thaqif tergelak sama mendengar tawa Shafrie hujung sana. Shafrie masih tetap begitu. Di mata kasar orang lain, tawa Shafrie selalu mampu untuk menutup permasalahan dalam hidupnya. Tapi bagaimana Muhammad Shafrie itu yang sebenarnya, hanya orang-orang terdekat sahaja yang tahu.
“ Takpelah Qif. Kalau Mimie taknak aku nak!” belum sempat Thaqif menjawab Shafrie sudah menyambung menerbitkan rasa mual di tekak Thaqif
“ Gila! Tapi aku taknak kawin dengan kau! Gay!”
“ Hahahahahahaha……….”
1 comments:
amboi..
kemain lagi..
kan da dapat pangkat acik..
hihihi..
da tambah watak nampak..
suke suke
sis..ader typing error..
Pun~Puan
Post a Comment