PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Friday, June 4, 2010

Kisah Kasih Kita (5)

Zaim Aimanuddin menarik kotak empat segi kecil itu dari dalam laci. Habuk di atasnya dilap-lap tanda sudah lama kotak itu dibiarkan sepi. Senyuman menghiasi bibir jejaka itu. Kakinya melangkah ke arah katil. Rambut yang masih basah dilap dengan tuala kecil sambil tubuhnya disandarkan ke kepala katil. Jam di meja sisi dipandang sekilas. Urm…..masih awal….
Kotak itu dibuka dan isinya dikeluarkan satu-persatu. Ada macam-macam di situ termasulah gambar, surat, kulit kerang berserta rantai dari manik-manik yang telah pudar warnanya. Aiman merenung barang-barang itu satu persatu. Seklias renungannya jatuh pada sekeping gambar. Seraut wajah comel kanak-kanak perempuan yang bertocang dua dengan senyuman melebar didiamati. Rindu dirinya pada budak itu. Sungguh! Apalah cerita dia sekarang? Aiman berjeda sendirian.
Adik angkat sewaktu zaman kanak-kanaknya ketika tinggal di kampung diingati. Dahulu, raut wajah budak perempuan itu yang comel menyebabkan Aiman kerap mengendengnya ke sana ke mari. Hai…kecik-kecik dah gatal! Aiman tersenyum sendirian.
Sejak kecil malahan sehingga sekarang pun, hubungan Aiman dengan budak perempuan itu masih terjalin. Meski sudah terlalu jarang dan jika diamati hanya setahun sekali bersua, namun perkembangan budak perempuan itu sentiasa berada di dalam poketnya. Dari budak itu berwajah comot sehinggalah tumbuh besar menjadi seorang gadis yang cantik, Aiman merasa sangat selesa dengan keperibadian gadis itu.
Entah apa yang ada di dalam hatinya. Entah apa yang ada di dalam mindanya. Entah apa perasaan sebenar dia pada gadis yang dikenali sejak zaman kanak-kanak itu, Zaim Aimanuddin sendiri tidak mengerti! Namun dia senang begini. Senang mengikuti perjalanan gadis itu dari jauh.
Nak kata rindu…kadang-kadang ada jugak. Nak kata sayang…memang pun maklumlah dari kecik main sama-sama. Nak kata cinta? Aje gila! Takkan dari kecik-kecik dia dah jatuh cinta sampai sekarang kot. Mana ada benda-benda karut macam ni dalam dunia realiti? Ada? Ada? Mustahil lah! Aiman mengeleng-geleng sendirian.
Dalam kerinduan mengenang gadis di kampung itu, Aiman sering mengalami satu perkara. Dia sangat susah untuk membuka pintu hati menerima cinta seorang wanita. Dan Aiman sendiri tak paham apa penyebabnya.
 Aku ni gay ke? Huisyyyy…mintak simpang! Saja nak makan penampar abah kalau macam tu. Then aku ni tak cukup sifat ke? Eh tapi mana ada! Aku ni handsome lagi adalah….
Bukk! Aiman terkejut kerana pintu biliknya tiba-tiba dibuka dari luar. Menggelabah cicak dia menarik barang-barang yang berselerak di atas katil. Dia tutup semuanya dengan bantal. Rahsia beb! Wajah yang membuka pintu Aiman cari sekilas. Isyy…kalau dah namanya Encik Mahmud memang tak reti nak ketuk pintu bilik! Main redah je.
“ Ha…anak bujang abah buat apa pagi-pagi hari duduk menyorok dalam bilik ni? “ Encik Mahmud menyergah anaknya dengan sebuah pertanyaan. Aiman menjeling geram.
“ Abah ni, kalau masuk bilik orang memang tak reti nak ketuk pintu dulu kan. Im dah tulis no entry pun abah bolayan jugak. Cuba kalau Im tengah bogel ke apa ke? Tak ke naya namanya?” Aiman yang sememangnya rapat bagaikan member dengan abahnya itu bersuara tak puas hati. Encik Mahmud pulak buat muka dek je…ada aku kisah? Hoi..tragik punya ayah!
“ Ala…kamu toksah le nak buat story. Kamu sunat dulu pun siang malam siapa jaga kamu? Abah juga kan? Abah dah nampak semua dah…..” Encik Mahmud menjawab selamba. Aiman pulak yang memerah mukanya…..cesss!
“ Urm….abah nak apa pagi-pagi dah terjah bilik Im? Bagilah Im tenang sikit di hujung minggu begini wahai abah sayang…” Aiman sudahnya terus memendekkan cerita sambil bangun dan menyidai tuala. Encik Mahmud pula perlahan landing di atas katil anaknya yang masih belum dikemas itu. Jam dikerling sekilas…baru 8.30 pagi.
“ Kamu tak keluar?” Encik Mahmud melirik-lirik katil anaknya. Awatlah kembung semacam bantal ni?
“ Malaslah……”
“ Baguslah anak abah ni. Family man betul. Kita sama kan?” Encik Mahmud bersuara ceria menyebabkan Aiman tergelak sendirian. Abah….abah…
“ Ceh! Ada orang masuk bakul angkat sendiri…” Aiman memerli abahnya. Encik Mahmud hanya tersenyum.
“ Ibu kamu yang cantik bergaya tu dah bising kamu tak turun breakfast lagi. Dia suruh abah kejut kalau belum bangun. Dia dah memuncung je kat meja makan tu. Kamu macam tak tahu dia…….” Encik Mahmud akhirnya menerangkan sebab terjahannya di pagi hari. Aiman mengerti sudah.
Patut pun! Maklumlah ibu…nak makan mesti sama-sama. Tak kisahlah sarapan ke…lunch ke….even supper pun kadang-kadang sefamily jugak. Sebab itulah hidup mereka sekeluarga rukun je selalu.
“ Ohhhh…isy ibu ni. Sabarlah sikit. Im baru mandi ni ha…’ Aiman tika itu sedang menyikat rambut sambil memandang cermin.
“ Gambar siapa ni?” Aiman menoleh drastik mendengar sebaris pertanyaan itu. Cepat-cepat dia bergerak ke arah katil….
“ Isy abah….ni gambar Im lah!” Aiman tanpa menanti merampas gambar tersebut.
“ Ada pulak abah kata ni gambar abah? Memanglah gambar kamu….” Encik Mahmud tak puas hati. Gambar itu dirampas semula…
“ Isy abah ni…….” Aiman menarik semula gambar tersebut dan diselit di bawah bantal. Encik Mahmud terdiam seketika.
“ Kenapa nak simpan bawah bantal? Simpanlah dalam kotak yang selalu tu...” erk?  Aiman terkesima mendengar pertanyaan itu. Mana abah tahu? Sah!
“ Abah curik tengok barang Im eh?” Aiman bertanya tak puas hati. Isy abah aku ni……memang tak boleh percaya betul!
“ Eh…mana ada…..” Encik Mahmud menafi.
“ Tipu……”
“ Mana ada tipu…..”
“ Ye tipu kan?”
“ Abah bukan setakat tengok je…abah dah baca habis semua surat cinta monyet kamu tu. Apa benda lagi eh. Ha ada kulit kerang la…apa la…….” Encik Mahmud memerli anak bujangnya.
“ Abah…!!” Aiman tenjerit kecil mendengar pengakuan terbuka bapaknya di pagi hari itu. Dia terdiam.
Isy…..malunya! Nampak tak macho dan tak matang langsung simpan benda-benda macam ni. Jatuhlah saham aku depan bapak sendiri ni oii! Aiman terkumat-kamit dalam hati…mukanya dah berkerut seribu.
“ Abah ni suka betul ceroboh hak privasi anak-anak sendiri. Patutlah Sha slalu membebel abah suka baca inbox phone dia. Semua abah tahu. Barang Im pun abah nak stalker jugak ke?” Aiman tak puas hati.
“ Ate….kalau dah bertahun pun gambar tu jugak yang kamu dok tenung sampai nak lunyai, kamu ingat abah tak tahu?” Encik Mahmud menjawab selamba dan langsung tiada riak bersalah.
“ Mana ada!” Aiman cuba menafikan sekerasnya.
“ Mana ada apanya……” Encik Mahmud pulak yang tak puas hati.
“ Macam ni lah Im. Kita short kan cerita lah ye……” tiba-tiba Encik Mahmud bersuara perlahan seperti mahu bergosip gamaknya. Aiman berkerutan…apa hal pulak ni ha?
“ Kamu suka betul dengan budak dalam gambar tu eh. Kamu rasa cinta jenis apa namanya ni? Cinta mati? Cinta gila? Cinta kosmik?” Encik Mahmud bertalu-talu memberikan pertanyaan. Aiman hanya mampu mengelip-ngelipkan matanya blur!
“ Senang cerita abah pergi pinangkan je budak tu untuk kamu, okay tak?”
Erk….?
______________________________________________________________________________
“ Opah….tak bolehlah….” Zaira Shariza yang masih mamai dikejut seawal pagi  merengek tak setuju di ruang tamu rumah neneknya itu.
“ Pakei….pakei jugok……” Opah Siah membebel panjang.
“ Sha tak pandai lah opah……” Shazira memprotes kembali.
“ Grrrr…..grr…..” tiba-tiba perbualan Opah Siah dengan cucu perempuannya diganggu kedatangan cucu lelaki pula. Ha ni lagi satu!
“ Ha…mike Din! Tak berbaju lagi pulak……”
“ Sejuk opah…sejuk…” Zaim Izzuddin yang tika itu baru selesai mandi dan hanya bertuala terus naik ke atas rumah.
“ Ate….namanya pun ayor kampung. Nyarighle bukan ayor perigi ke apa ke. Kalau tak mau beku mike mandi Din oi….” Opah Siah mengembalikan lirikannya pada Shazira.
“ Ate….cepatle ler Jah…….”
“ Sha tak pandai pakai kain batik lah opah….tak pandai!” Shazira menjawab geram. Bantal kusyen dipeluk geram. Sengihan memerli abangnya dipandang membuku.
“ Padan muka!” dapat dibaca oleh Shazira gerak bibir abangnya yang mengejek. Urghhhh…..!
“ Sha tarik towel Baiz kang!” Shazira menjerit geram sambil mula berdiri mendekati abangnya.
“ Tak dapat……” tanpa berlengah Izzuddin terus masuk ke dalam bilik.
“ Sha ada bawak banyak seluar lainlah opah……”
“ Kalau dah semue pun ketat…nak napas pun aku tengok dah semput. Naik terjojol biji mata aku ni nak buat apa?” Opah Siah masih tak mahu kalah. Isy…..tekanannya!
“ Aku tak kire mike pakei jugok! Aku nak ke kedai dengan abang mike. Jerang ayor kat dapor nu. Aku balik kang mike terbongkang lagi ataih katil ni siap le mike. Aku tak masakkan sarapan kome….” Opah Siah mengugut. Shazira menjeling geram.
“ Din oii…..cepatle! Idok payah le nak bebedok sakan. Pergi kedai je pun ha……” Opah Siah menjerit lantang.
“ Kejap opah……..” Izzuddin menjawab dari dalam bilik. Dia yang telah siap berpakaian keluar dari bilik. Izzuddin ringkas dengan t-shirt berwarna hitam dan short berwarna coklat. Di dadanya pula tergantung-gantung cermin mata hitam. Cukup bergaya dan Opah Siah dah terbeliak.
Tak kena gaya betoi padahal nak ke gerei je pun. Huh…gasok mike la cucu oii.
“ Mohle kita...habis kang sarapan kat warung peberet aku tu…….” Opah Siah terus bangun bergerak ke pintu. Hari-hari sebelumnya dia hanya bersendirian ke warung tersebut. Maklumlah hidup tua berseorangan. Tapi apabila cucu pun dah ada depan mata ni, lebih baiklah kiranya diajak meneman ke hulu ke hilir kan.
“ Kejap opah nak ambil kunci kereta…..” Izzuddin ingin bergegas semula masuk ke dalam bilik namun dicegah opahnya.
“ Eh….eh….jangan nak mengelenyor! Toksah nak bawok-bawok keta bagai…..” Izzuddin dah berkerutan.
Ate….nak naik apa? Aiceh…..aku dah beradaptasi dengan bahasa kebangsaan opah nampaknya.
“ Dah tu….takkan nak jalan kaki opah?”
“ Kedei idok jaoh mana pon…sekangkang kera je dari sini……”
“ Yela…naik kereta kan ke senang. Kejap je dah sampai…..”
“ Toksah nak show op la….keta pun bapak mike yang punya. Bukan mike yang punya……” erk? Izzuddin terus terdiam mendengar patah bicara opahnya.
Kecik hati! Tahu lah aku belum mampu beli kereta sendiri. Belum kerja. Belum kaya. Belum bergaya. Tapi janganlah direct sangat mengatanya tu! Sob…sob…sob…
“ Mohle……” Opah Siah terus keluar dan Izzuddin hanya menurut. Kecik je dia rasa bila jalan bersama opahnya ni.
“ Pergi mandi cepat Jah oii…..” Opah Siah sempat lagi menjerit. Shariza dalam diam mencebik.
“ Yela….” pantas kakinya terus melangkah masuk ke bilik.
Di luar rumah, Opah Siah mengajak cucu lelakinya itu ke kawasan belakang.
“ Nak buat apa ni opah? Kata nak pergi warung favourite opah?” Izzuddin pelik.
“ Yela…dah mike kate nok sampei cepat. Kita naik beskal lah….”
“ Ha..?!” Izzuddin ternganga melihat basikal tua yang ditunjuk opahnya. Gaya macam terlalu rapuh dan hampir barai je tu? Isy….haru!
“ Opah…….kita nak sorong ke basikal ni?”
“ Hisy…melalut apa mike ni Din. Ha gitule gamaoknye kalau otok kat kepala lutut. Mike ingat ni keta sorong ke nak sorong-sorong?”
“ Dah tu?”
“ Mike bawok le. Bonceng aku ni. Aku dok ataih belakang ni ye…” Opah Siah dengan selamba teruih mendekati basikal tuanya itu.
“ Tapi opah……..” Izzuddin tergagap-gagap.
“ Tapi mende eh? ”
“ Iz taktau naik basikal!”
Tetttt…………..!!
______________________________________________________________________________
Zaira Shazira tercongok di atas katil setelah siap mandi. Dia duduk bersila. Kain batik di penjuru katil dipandang sepi. Urgh…tak gemor aih!
Opah ni memang Hitler version kampung betullah! Shazira membebel perlahan Argh…gasaklah! Janji aku pakai.
Pantas Shazira yang memang seumur hidup tak pernah memakai kain batik menyarung kain tersebut dengan jayanya. Sampai ke pinggang, hujung kain batik dipandang berkerutan.
Ni macam mana gaya pulak ni? Ah…sudah! Agak-agak nak bonjot pakai getah tempeh okay ke? Ke nak selongkar tali rapia kat dapur opah? Ke nak kebat belt Baiz? Mana lagi cool? Shariza berpikir sendirian….
Argh….selit jela. Tapi….kalau jatuh macam mana?
Agak-agak jatuh selit balik jela apa ada hal. Yeargh…kamu boleh Sha!
Shazira tersengih-sengih sendirian di dalam bilik. Setelah yakin dengan kain batik yang disarung, dia bergerak ke dapur.
Kena masak air pulak da…macamlah kaki aku ni selalu jejak dapur kalau kat KL. Hisy…jangan harap! Tapi takpelah…dari dengar opah dok membebel, ada baik kiranya aku turutkan aje. Masak air je kot..apa nak kecoh? Shazira membebel-bebel sendiri.
Tiba di dapur perkara pertama yang Shazira lakukan adalah menunduk ke bawah.
Urm…..awatlah senteng sebelah kain batik aku ni? Shazira musykil perlahan dia buka selitan kain itu. Digoyang-goyang. Diselit semula. Dipandang. Isy! Dia tak puas hati dan dibuka semula. Digoyang lagi. Diselit lagi. Menunduk semula dan dia masih menggeleng. Dibuka lagi. Kali ini dia goyang kain batik itu lebih lama dan diselit dengan lebih ketat. Senteng sebelah jugak! Argh…malas nak layan!
Dengan yakin Shazira terus mengambil cerek. Kepala paip diputar dan air yang keluar tenang ditadah. Manakala bibirnya pula mula bernyanyi-nyanyi kecil…
“ Seratus persen…..cintaku…uuuu…eh eh eh hanya untukmu….uuuuu…..” bergaya gila Shazira menyanyi dengan memek muka yang bersungguh.
“ Seratus persen……cintaku…uuuu…eh eh eh hanya untukmuuuu…” badannya dah mula menggedik sementara tunggu air penuh di dalam cerek.
Di pintu depan…..
“ Assalamualaikum…….” Shafrie memberikan salam perlahan. Kepalanya terjenguk-jenguk di tepi tingkap.
Kipas pusing. TV pun bukak. Mana pulak Opah Siah ni? Shafrie menunggu seketika dalam diam. Keadaan sekeliling dipandang dengan kerutan.
Ni kereta siapa pulak? Bila masa opah yang dah lebih separuh abad tu ambil lesen kereta? Isy…merepek je aku ni.
“ Assalamualaikum….opah…” kali ini Shafrie memberikan salam lebih kuat. Dia takut orang tua tu tak dengar pulak.
“ Opah….Ayie ni…” Muhammad Shafrie memanggil lagi.
Tiga ekor ikan keli yang diminta oleh Opah Siah daripada kolamnya dipandang sepi. Pesanan orang tua itu beberapa hari yang lalu, ingin dia hantar terus ke mari. Memang begitulah rutin hidup Shafrie. Dia lebih suka menghantar sendiri pesanan penduduk kampung terutamanya orang-orang yang rapat dengan keluarganya.
Lama Shafrie menanti. Hei…ke mana ajelah orang tua ni merayap?
“ Oh mak!”
Tiba-tiba Shafrie mendengar jeritan suara seorang perempuan. Erk? Rumah ni kosong ke berpenghuni sebenarnya? Aku rasa bukan suara opah tu…ke ni suara dia version muda? Shafrie melalut lagi. Cepat-cepat kakinya melangkah ke arah belakang rumah. Kerana dari pengamatannya, Shafrie tahu suara itu datang dari bahagian dapur.
Shazira mengambil tutup cerek yang jatuh ke bawah. Ditutup sekilas tutup cerek tersebut kemudian dibawa cerek ke atas dapur gas untuk dijerang. Mulutnya kembali menyanyi…
“ Jujur ku akui….kamu yang paling okay….cintaku seratus persen…..” Shazira beraksi menggedik gila dengan kain batik yang senteng sebelah.
" Cintaku seratus persen...........!" sambil tangan berusaha menghidupkan dapur gas, bibirnya juga berusaha untuk menyanyikan lagu Mas Idayu tersebut sehingga habis. Shazira memang begitu. Kalau dah berseorangan, pasti ada sahaja aksi terlampau yang dilakukan. Dia yakin tidak ada siapa pun yang akan tahu tabiat terlampaunya itu.
Shafrie dari celah tingkap yang terbuka mencuri pandang ke arah perempuan yang sedang berdiri itu. Dahinya berkerutan. Anak siapa lah pulak ni? Dia melangkah mendekati pintu yang terbuka lebar.
Shazira berdiri sejenak di hadapan dapur gas. Mulutnya berhenti bersuara. Matanya melilau. Nak buat apa lagi ek? Kerja rumah yang paling mudah di abad ini apa? Lama dia berfikir. Ha…sapu sampah! Sha bijak!
Lantas Shazira mencari-cari kelibat batang penyapu. Bila dah jumpa dia mula menyapu. Sambil tangan menyapu, mulutnya juga kembali bekerja. Tanpa Shazira sedar, sedari tadi ada sepasang mata yang sedang galak memerhatikannya.
“ Kalau dah mata bertentang mataaaaaa……” Shazira menjerit sakan. M Daud Kilau pulak dah!
Shafrie diluar dah rasa nak tergolek-golek. Mulutnya ditekup agar perempuan itu tidak menyedari kehadirannya. Padahal dia dah lama tercongok depan pintu ni ha.
“ Hati di dalam…..bagaiiiiiii nak gilaaaaa…hoiiii….!” Shazira menyambung. Mula menari pulak dah sambil mulutnya membunyikan rentak lagu raja gelek itu.
“ Pertama kaliku melihat wajah si dia…..pertemuan bermula di taman si kebun bunga. Di situlah....hai mulanya…berjumpa bertentangan mata…” tinggi vokalnya ditarik bermikrofonkan batang penyapu.
Kahkahkahkahkah! Shafrie dah gelak bagai nak gila. Namun gelaknya masih tak berbunyi. Senyuman lebar menghiasi bibirnya.
“ Mulai dari itu hatiku tertanya-tanya…….” Shazira bergerak ke kanan. Selitan kain batiknya mula bergerak.
“ Siapakah gerangan si kacak bergaya…….” Shazira menari ke kiri. Sebelah kanan kain batik sudah dipijak oleh kakinya sendiri tanpa disedari.
“ Jelingan haai matanya……..” Shazira pusing ke depan
“ Hinggakan aku terpesona……..” Shazira u-turn ke belakang.
“ Baik-baik kain awak…….!!” tiba-tiba Shazira terdengar suara jeritan seorang lelaki! Dia terkejut. Badannya dipusing. Matanya terjojol. Kainnya diingat!
“ Ha…..? Argh…………………!!”

6 comments:

MaY_LiN said...

aduhai..
tula..
lame xbalek kampung..
rasekan..
kemain lagi dak sha bergelek ye..
aiyork kurangla duit hantaran..ayie da nampak..
dalya..ade typing error..
lessen~lesen
daipada~daripada

keSENGALan teserlah.. said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaa
apa jadi pada kain?
jgn ckp terlucut..
malu seyhh..
haha...
lawak n3 nieh..

IVORYGINGER said...

best tul part sha dok bgelik lagu m.daud kilau smpai xingt kain batik yg dia pakai. hahahahaha...
Ayie ni must be Sha nya hero kan???
but who is aimanuddin n izzudin heroin???
xkan la diorg minat org = nnti. aduhai...

Miss Kira said...

hahahaha.... cian sha.. hahaha..
baiz x pndai nek basikal..
ala..hilang macho...
hahaha

Anonymous said...

weyyy...background ko nie menambahkan power specttt aq....tuka2!!

iyka said...

adui , lawak betol lah syazira ni . comel bukan main lagi . hahhahaha :D

Post a Comment