PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Wednesday, May 26, 2010

Kisah Kasih Kita (4)

Durra berjalan pulang ke rumahnya beriringan dengan Apit. Tangan kecil anak saudaranya itu dipimpin seperti selalu. Senyuman penuh manis terukir di bibir. Apit sesekali berkerutan memandang Mak Cu nya. Nampak sedikit pelik berbanding biasa. Apit kemudian menarik tangan Mak Cu nya menyebabkan perjalanan Durra terhenti serta-merta.
“ Kenapa?” Durra bertanya pelik pada Apit.
“ Lapar….” Apit mengadu kepada ibu saudaranya dengan senyuman dan muka comel. Ibu saudara yang sudah selayaknya dipanggil ibu itu terus tersenyum lebar. Kepala anak itu digosok lembut.
“ Kesian anak Mak Cu lapar. Apit nak makan apa? Sorry tadi petang Mak Cu lambat balik. Tak sempat nak masak untuk Apit…..” Durra memandang wajah mulus di sisinya. Anak itu cukup disayang. Anak itu cukup dijaga. Manakan tidak sejak berumur tiga tahun dialah yang bertanggungjawab serba-serbi pada hidup anak kecil itu. Dia sudah seperti ibu kandung anak kecil itu. Nak buat macam mana, ada mak pun tidak mahu menjaga anak sendiri.
“ Apit nak nasi goreng kampung kaw gila boleh?” Apit mendongak mencari anak mata Durra. Budak kecil berusia tujuh seperti Apit ni kan…tinggi mana lah sangat. Durra pantas menganggguk ceria tanpa banyak berlengah.
Okay sayang. Kita masuk Apit pergi tukar baju then tunggu Mak Cu masak eh…” Durra menyarankan ringkas dan Apit mengangguk bersetuju.
Okay...” mulut kecil itu yang hanya petah dihadapan orang tertentu sahaja menjawab ringkas.
“ Nanti masuk Apit teman atuk dulu boleh?” Durra menyambung lagi meski dia sudah maklum dengan reaksi yang bakal diterima.
“ Tak naklah!” Apit menjawab keras sambil menarik tangannya daripada genggaman Durra. Durra tak bereaksi…sudah biasa.
“ Kenapa…?” Apit menjeling tiba-tiba.
“ Mak Cu kan asyik tanya macam ni je. Atuk tu kan tak suka Apit…” dengan jawapan yang masih sama Apit terus meluru masuk ke dalam rumah. Durra memandang sayu langkah anak saudaranya itu. Nafasnya ditarik dalam.
Lama Durra di halaman rumah sebelum kedengaran jeritan suara Apit dari dalam rumah…
“ Mak Cu…! Atuk…!” Durra yang mendengar jeritan itu lintang pukang berlari. Pintu rumah ditolak kasar. Berdentum bunyinya membelah kegelapan malam. Dia bergegas ke bilik ayahnya dan Apit dilihat sedang berdiri terpaku di tepi pintu bilik itu sambil memegang langsir.
“ Ayah….” Durra menjerit kuat sebaik melihat ayahnya sedang terbaring di atas lantai. Durra yakin ayahnya pasti baru terjatuh dari atas katil. Tubuh tua itu pantas didekati dan tangan ayahnya disentuh perlahan.
Pak Win terbatuk-batuk sambil sebelah tangannya menggosok dada.
“ Ayah nak pergi mana? Kenapa tak tunggu Durra balik?” Durra bertanya risau sambil berusaha membantu ayahnya bangun. Adui la…berat! Durra berbisik di dalam hati.
Pak Win perlahan menjeling anaknya geram.
“ Tunggu kamu ayah boleh mati kering! Pergi surau tapi baliknya lambat mengalahkan pak imam…” Pak Win yang memang tegas dan dingin orangnya itu menjawab senada. Durra hanya diam mendengar. Sudah lali dengan perangai askar pencen itu. Dari kecil hingga ke besar sampaikan dia dah boleh jadi mak budak pun ayahnya memang begitu. Tegas dalam mendidik. Namun Durra sikit pun tak pernah ambil hati.
Sekilas Durra terpandang cawan plastik yang sudah terpelanting ke tepi dinding. Pasti ayahnya cuba bangun untuk ke dapur bagi mengambil air. Durra mengetap bibir. Menyalahkan diri yang tidak melihat dahulu keadaan ayahnya sebelum ke surau tadi. Yelah balik pun dah lambat apa lagi berdesup jela keluar. Tu pun pakai jerit je mintak izin.
“ Maaf ayah. Durra patutnya sediakan air dulu tadi….” Durra memerhati ayahnya yang sudah kembali duduk di atas katil. Pak Darwin diam tak menjawab. Sejak beberapa hari ini, keadaannya semakin tak stabil akibat sakit tulang belakang yang dialami. Hingga untuk bangun sendiri pun kadangkala payah. Mujur juga ada Durra yang masih setia dan utuh menemani dirinya di rumah ini.
Apit sedari tadi hanya diam memerhati. Takut untuk bersuara kerana takut tengkingan pula yang didengar seperti selalu. Dengan perlahan dia bergerak mengambil cawan plastik di tepi dinding dan kakinya dihalakan ke arah dapur.
Durra menyelimut kaki ayahnya yang sudah selesa menyandar di kepala katil. Pantas tangan tua itu dicium kerana sejak pulang kerja tadi petang, rutin itu belum dilakukan akibat terkocoh-kacah ingin ke surau.
“ Ayah nak makan apa? Durra masak sekejap ye…….” Durra bertanya lembut dan Pak Win hanya memerhati wajah anak itu. Sayu hatinya kadangkala melihat pengorbanan anak bongsunya itu menjaga dirinya. Walaupun dia masih kuat namun jika sudah sakit, beginilah jadinya. Oleh kerana itulah kadangkala sifat marahnya cuba Pak Win tenangkan dihadapan anak ini. Meskipun tidak diekspresikan, Pak Win cukup bersyukur dan berbangga punya anak seperti Durra.
“ Apa-apa jela, ayah pun bukan lapar sangat….” Pak Win menjawab senada. Suaranya tidak lagi meninggi. Durra tersenyum dan sesaat cuma matanya melilau ke kiri dan ke kanan mencari kelibat anak saudaranya Apit. Mana pulak budak ni? Namun seketika cuma langsir diselak dari luar. Apit masuk memegang cawan plastik tadi. Durra tersenyum…pasti cawan itu sudah diisi air.
“ Air……” sepatah Apit bersuara menghulurkan cawan itu kepada Durra. Namun Pak Win yang melihat kelibat budak itu terus mencerlang matanya. Sungguh dia tak berkenan!
Sampai ke hari ini, kehadiran Apit masih tidak dapat menyembuhkan luka di hati Pak Win. Hatinya tercalar akibat perbuatan anak lelaki yang selalu diharapkan, akhirnya berkahwin tanpa izinnya. Anak lelaki sulungnya Thoha, yang juga merupakan ayah Apit telah lama dikebumikan jasadnya akibat kemalangan jalan raya. Anak tunggal lelakinya itu cukup dibangga-banggakan sejak dulu. Namun setelah Thoha berkahwin dengan perempuan yang tidak direstui, anak itu dibuang jauh. Dan saat jasad Thoha dibawa pulang untuk disemadikan, sejak itu jugalah Apit secara tiba-tiba menjadi sebahagian daripada kisah hidup Pak Win.
Namun malang pula menimpa Apit kerana kehadirannya tidak diterima secara terbuka. Sudahlah ibu kandung pergi meninggalkannya begitu sahaja. Sehingga kini, dia pula yang menjadi mangsa akibat kelukaan di hati atuknya. Tapi apalah sangat yang boleh difahami budak sekecil Apit. Paling tidak pun dia cuma tahu yang atuknya tidak pernah sayang pada dirinya…. titik! Entah sebab apa dan kenapa serta sejak bila belum mampu difahami oleh anak sekecil itu.
“ Pandai anak Mak Cu….” Durra menerima huluran cawan dari anak saudaranya dengan senyuman manis. Namun wajah Pak Win langsung tidak terpalit senyuman dan hanya masam mencuka.
“ Air, ayah…..” Durra menghulurkan pula cawan tersebut kepada ayahnya kerana dia tahu Apit takut untuk menyerahkannya sendiri. Namun Pak Win dengan nada kasar terus menarik selimutnya hingga ke dada dan pantas berbaring.
“ Aku dah tak haus…..” hanya itu yang dijawab Pak Win. Durra yang mendengar menarik nafas panjang. Tanpa menuggu, Apit dengan wajah sendunya terus melangkah keluar daripada bilik itu. Durra terdiam dan mulutnya terkunci rapat. Lantas dia pun terus meletakan cawan itu di atas meja solek dan melangkah ke arah pintu. Namun sempat dia menoleh….
“ Nanti Durra dah siap masak Durra kejut ayah ye….” Durra perlahan berpesan kerana dia yakin ayahnya masih belum tidur. Kemudian Durra terus melangkah ke arah biliknya untuk menukar pakaian. Namun sebaik melintasi bilik Apit, Durra dengar suara esak tangis yang tersedu-sedan sayup-sayup datang dari bilik anak kecil itu. Durra terhenti melangkah kerana dia tahu pasti Apit sedang menangis sekarang ini. Anak kecil itu bukan jenis yang suka menangis namun kadangkala terluah juga apa yang dipendam dan itu pun hanya secara sembunyi-sembunyi.
Durra menolak daun pintu itu namun kelibat Apit tidak kelihatan. Durra melangkah masuk dan matanya melilau ke sekeliling sehinggalah tubuh anak kecil itu dilihat sedang duduk memeluk lutut di belakang pintu.
Sebaik melihat Mak Cu nya masuk Apit terus mengelap air mata yang basah di pipi. Bingkai gambar di dadanya dipeluk kejap. Durra memandang wajah mendung itu sayu. Sebaik melihat bingkai yang dipegang, Durra tahu apa yang sedang diingati oleh anak kecil itu. Dengan berhati-hati Durra duduk bersila di tepi Apit. Rambut anak kecil itu diraup-raup perlahan.
“ Tadi kata lapar. Apit duduk nangis kat sini kenapa?” dengan penuh sifat keibuan Durra mendekati Apit. Apit hanya menggeleng meskipun air matanya tanpa henti masih terus jatuh membasahi pipi. Durra mengelap pipi anak kecil itu.
“ Anak lelaki mana boleh nangis. Isy…tak macho tau…” Durra berkata seloroh namun Apit hanya diam. Durra semakin tak keruan.
“ Apit nak ikut papa….” Apit bersuara sendu sambil merenggangkan bingkai yang dipegang kejap ke dadanya tadi. Wajah arwah ayahnya yang tersenyum riang di dalam gambar sambil mendukung seorang bayi kecil dilap-lap perlahan. Kata Mak Cu nya, bayi di dalam gambar itu adalah dirinya semasa masih bayi. Sudah lama gambar itu menjadi simpanan Apit.
Durra sebak melihat kerapuhan hati anak saudaranya itu. Durra yakin Apit pasti sedang merindui ayahnya.
“ Kenapa papa pergi jauh tak bawak Apit? Tinggal Apit kat sini sorang-sorang? Takde siapa sayang Apit. Atuk selalu marah-marah Apit…” Apit meluahkan isi hatinya dan Durra yang mendengar sudah bergenang air matanya.
Anak sekecil Apit tidak patut dibebani dengan perasaan seperti ini. Durra sedar pemergian abangnya itu merupakan takdir ALLAH. Namun sehingga ke hari ini, Durra sungguh tidak berkenan dengan penerimaan ayahnya terhadap Apit.
Sejak pertama kali Apit tinggal bersama mereka, segalanya tentang Apit, Durra yang urus. Kasih dan sayangnya ditumpahkan kepada Apit. Sementelah juga bekas kakak iparnya yang tidak pernah dikenal secara rapat itu tidak mahu menjaga Apit. Durra masih ingat seminggu selepas pengebumian abangnya, Apit ditinggalkan di hadapan pintu rumahnya bersama sepucuk surat.
Kau jagalah budak ni! Aku taknak hidup aku terbeban pasal dia. Bapak kau pun tak suka aku kan? –Jasmin-
Durra masih ingat isi ringkas surat tersebut. Beberapa bulan selepas itu pula, Durra mendengar khabar angin daripada saudara-mara yang mengenali Jasmin, bahawa kakak iparnya itu telah berkahwin lain. Berkahwin dengan lelaki Mat Salleh pulak tu. Durra mengucap panjang tika menerima perkhabaran itu.
Namun apa yang menjadi persoalan Durra hingga kini, adalah bagaimana abangnya yang soft spoken itu boleh terjerat, jatuh cinta dan kemudian berkahwin dengan Jasmin. Durra ingat lagi ketika abangnya pulang ke tanah air setelah bertahun belajar di Australia, abangnya pulang bersama seseorang yang dikenalkan sebagai isteri.
Tanpa di duga, Pak Win mengamuk sakan saat itu. Durra tahu kalau arwah ibunya masih ada, pasti hati ibu itu lebih hancur. Saat ini baru Durra nampak hikmahnya ALLAH mengambil nyawa ibunya terlebih dahulu. Durra kehilangan ibu ketika berumur 14 tahun akibat barah paru-paru. Semenjak itulah Durra dibesarkan oleh ayahnya. Durra pula hanya dua beradik saja. Jadi bila abangnya pula meninggal akibat kemalangan jalan raya, tinggallah Pak Darwin satu-satunya keluarga yang masih Durra punya. Oh yaa…juga anak kecil ini.
Durra menarik lembut Apit ke dalam pelukan. Bahu anak kecil itu dielus perlahan.
“ Tipulah kalau takde orang sayang Apit. Mak Cu kan sayang…” Durra perlahan menenangkan hati anak kecil itu namun Apit hanya diam sahaja. Pantas Durra menarik kepala Apit rapat ke dadanya. Dan Apit perlahan memeluk eart ibu saudaranya itu.
“ Mak Cu sayang Apit sampai bila-bila tak?” Apit bertanya perlahan tidak lama selepas itu. Durra senyum mengangguk dan mengiakan.
“ Mestilah sampai bila-bila. Takkan sampai esok je kot?” Durra menjawab seloroh dan kedengaran tawa kecil dari mulut Apit, melegakan hati Durra.
“ Tapi nanti Mak Cu tak kahwin ke? Siapa nak sayang Apit lagi lepas tu?” tiba-tiba Apit mengajukan soalan cepu emas kepada Durra menyebabkan Durra kelu untuk menjawab. Haii…budak ni kan! Kadang-kadang dah terlebih matang sangat tanya soalan-soalan macam ni tau….Durra membebel sendirian dalam hati.
“ Mak Cu kahwin dengan orang yang sayang Apit jugaklah….” Durra memberikan jawapan selamat. Apit terdiam namun dari rautnya Durra tahu anak kecil itu pasti mengajukan soalan berikutnya. Haisy…apa lagi lah tu.
“ Kalau tak jumpa-jumpa yang sayang Apit macam mana?” Durra membuat muka toya mendengarnya. Janganlah buat cerita tragik sangat! Tiba-tiba Durra tersenyum manis dengan muka malu-malu. Hai…depan budak-budak pun jadik…
“ Mesti ada punya….” Durra berkata yakin.
“ Yeke?” Apit pelik.
“ Yela. Calon kan Apit dah jumpa…..”
“ Erk… siapa?”
“ Pakcik tadi…..”
“ Pakcik mana?”
“ Pakcik tadi la...”
“ Yela Pakcik tadi tu pakcik mana?”
“ Pakcik yang kita hantar tadi….”
“ Ha?”
“ Ala Apit ni…pakcik yang muka jambu tadi tu lah…..”
“ Pakcik yang tadi jual jambu…..?” ada ke?
______________________________________________________________________________
Opah Siah memandang kedua orang cucunya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Zaim Izzuddin dan Zaira Shazira hanya terdiam statik. Kedua beradik itu berpandangan sesama sendiri. Macam pesalah yang nak dihukum atas kesalahan jenayah je gamaknya! Opah Siah diam tak bersuara. Mata tua itu je yang tersembul bagai ada bermacam yang tak kena pada pandangannya.
“ Opah sihat?” Izzuddin yang merasa seram-sejuk bertanya terlebih dahulu. Rasa cuak pun ada ni. Opah dari dulu memang psiko…urgh! Cuba lah ajak cucu ni masuk rumah dulu ke. Nanti-nanti lah kalau nak investigate pun….aiceh!
“ Maghrib mana?” tanpa menjawab pertanyaan cucunya, Opah Siah tegas bertanya. Yela dari petang dikhabarkan cucu nak datang tapi sampai ke Maghrib baru terjengul muka dua ekor ni! Ha sah lah monteng sembahyang tu kan…
“ Ha…ni opah! Apa tu…yang…yang...” Shazira tergagap mencari jawapan.
“ Yang apa?!” Opah Siah tanpa menanti terus menerjah, mengunci mulut comel Shazira untuk terus berbicara…huh! Izzuddin memandang sayu muka adiknya yang memuncung.
Tang ni memang Baiz tak boleh bantu la ye… harap maaf! Sebab abang kau ni pun sama je adik oii.
Tiba-tiba Opah Siah menghulurkan tangan pada kedua cucunya. Izzuddin dan Shazira berpandangan. Unpredictable betul opah sorang ni tau! Namun salam perempuan tua itu disambut juga dan tangannya dicium perlahan oleh kedua orang cucunya itu. Tapi lepas seketika, dia buat muka lagi.
“ Suor apa adik mike pakei ni Din?” ha? Izzuddin terlopong mendengar pertanyaan opahnya. Tight ketat Shazira yang dipakai bersama blous labuh berwarna merah dipandang sepi. Hei….sudah!
Kemudian Izzuddin perasan juga panggilan opah kepada dirinya yang tidak pernah berubah dari kecil sampai ke besar. Asyik Din...Din…Din…! Isy…tak gemor haih. Jenuh disuruh Opah Siah mengganti panggilan itu namun jenuh juga dia disembur balik. Akhirnya Izzuddin hanya mampu diam sahaja. Dia juga masih ingat panggilan istimewa Opah Siah untuk adiknya itu…Ijah!
“ Pesen sekarang ye Jah suor gini kat Kolumpo?” Opah Siah bertanya dan Izzuddin terdiam lagi. Shazira pula sudah terkumat-kamit sendiri. Tak puas hati lah tu.
“ Yela Opah…ni fesyen. Sekarang kan zaman dah moden. Dunia tanpa batasan…“ ouch! Sekali dengar macam tak puas hati. Sekali lagi dengar macam kurang ajar pun ada. Izzuddin pantas menyiku adiknya kuat.
“ Auwww……!” Sha menjerit kecil. Namun suara tidak kedengaran, hanya mulut je yang bergerak. Izzuddin ni selancang-lancang dia pun… kalau dengan Opah Siah dia tak berani sangat.
 Tajam Izzuddin menjeling Shazira tanda suruh senyap….dan jangan banyak cekadak!
“ Kome ingat siket kome tinggai dengan aku skang kan? Ate…jangan nak ikut kepala batu kome je. Aku punye umoh ni, jadi ikut kate aku…paham dok? “ Opah Siah berkata tegas. Urghhhhh…Izzuddin dan Shazira tertekan!
Mujur ibu suruh datang jaga opah kat sini tau…mereka membebel-bebel dalam hati. Tak terluah. Mereka tahu kalau terluah lagi buruk padahnya.
“ Ye opah….” Izzuddin kemudian menjawab perlahan.
Ni sampai bila nak terpacak depan rumah lagi ni? Izzuddin berkerutan.
“ Ate?” Opah Siah bersuara. Izzuddin mula ternganga.
“ Amende opah?” Izzuddin bertanya pelik.
“ Ate kome nak dudok je depan umoh ni ke ha? Idok gheti-gheti lagi naik atas umoh?” Opah Siah membebel keras memeranjatkan kedua orang cucunya itu.
“ Ye opah….nak naik la ni……” Shazira menjawab malas.
Cait! Sendiri siasat cucu depan umah sendiri tanya kenapa…podah! Ohooooi Sha oii…jangan durhaka! Shazira lantas berpaling mengambil beg di dalam kereta.
“ Naik umoh stret pegi Maghrib dulu. Idok maghrib idok makan le kome, ngerti?” aik? Izzuddin berkerutan. Eh opah ni kejap pure Peghok…kejap kang Indon pulak. Hai….aku memang tak faham…
“ Ye opah….mengerti….” namun Izzuddin gagahkan jua mulut untuk menjawab.
“ Ate cepat le..!!” Opah Siah menyergah lagi memeranjatkan kedua beradik tu.
“ Ye ye….” maka Izzuddin dan Shazira pun bergelimpangan lari masuk ke dalam rumah.
Hai…ni macam rasa masuk dalam kem dah! Dapat komanden ganas pulak tu. Haru lah hidup aku bermula saat ni. Ibu……..! Izzuddin membebel di dalam hati.
Opah Siah memandang sebu dua orang cucunya itu. Teringat pula pada cucu sulungnya Zaim Aimanuddin yang dijaga seketika sewaktu kecil. Anak itu lebih penurut, lebih sopan kalau bercakap dan lebih tahu nak hormat orang tua. Hai…cukup berbeza dengan adik dia dua ekor ni.
Sampai di muka pintu Shazira terhenti sekejap…
“ Baiz!”
“ Ye…..”
“ Dah macam tahanan dah ni…..”
“ Dah tu?” Izzuddin mengerutkan dahi. Dia pun tak suka jugak.
“ Isy….tak suka betul…..” Shazira menghentakkan kakinya.
“ Kita ada pilihan ke?” Izzuddin memandang ke sisi.
“ Baim ni bohong lah! Kata opah baik la…penyayang la…apa la. Isy…dusta betul!” Shazira membebel sendirian mengimbau kata-kata abangnya sebelum berangkat pulang ke kampung.
“ Opah tu baik la. Masa dia jaga Baim dia okay je. Ibu sambung study bertahun pun opah jaga Baim baik punya tau…..” urghhhhh! Masih jelas ucapan itu di telinga Shazira.
Izzuddin pula diam sahaja tidak menjawab. Betul jugak tu. Yela Baim yang rapat dengan opah. Kitorang ni? Cucu buangan jek. Oppssss…
Teringat Izzuddin perihal abangnya yang ditinggalkan di kampung semasa ibu dan abah mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ibu dan abah mereka berkahwin semasa masih belajar dan tak lama selepas itu terus Zaim Aimanuddin lahir ke dunia. Jadi, tanpa pilihan abang sulung mereka itu terpaksalah duduk bersama Opah Siah. Semasa ibu dan abah mereka menyambung pelajaran di luar negara, barulah dia dan Shazira lahir.
Oleh sebab itulah kaki dia dan Sha lagi jarang jejak kampung ni berbanding kaki Baim….aiseyhhhh!
“ Apa lagi kome dua orang buat kat depan pintu tu?” dari halaman rumah Opah Siah menjerit memeranjatkan Izzuddin dan Shazira. Urghhhh….!
“ Ye opah……” Izzuddin menjawab.
“ Ye nak masuk la ni…..” Shazira pulak menyambung sambil terus bergelimpangan masuk ke dalam rumah bersama abangnya itu.

Tuesday, May 11, 2010

Kisah Kasih Kita (3)

“ Ibu….janganlah sampai macam ni. Iz bukan baik sangat dengan opah tu…” Izzuddin menyuarakan keresahannya. Hanya kerana insiden malam tadi ibunya mengamuk sakan. Dia dituduh tak pandai nak jaga adik lah…tak mampu nak pikul tanggungjawablah..apa lah…urghhh! Sudahnya Puan Nurzah mendesak Izzuddin untuk pulang ke kampung bagi menjaga neneknya kerana baru tadi Puan Nurzah menerima panggilan telefon tentang keadaan kesihatan ibunya yang semakin tak menentu.
“ Dah tu kalau Iz duduk sini Iz boleh tolong ibu ke? Iz bukan boleh diharap…” Puan Nurzah menjawab sinis menyebabkan Izzuddin merasa kecil hati dengan kata-kata ibunya.
Tak pernah aku rasa kecil hati sebelum ni. Ini first time rasanya! Isy…tak best betul perasaan macam ni.
“ Bu…kenapa nak suruh Iz duduk dengan opah? Peluang kerja dia lebih cerah kat sini. Kat kampung susah dia nak carik pengalaman nanti….” Aiman mencelah menyuarakan pendapatnya.
“ Ibu bukan suruh dia duduk selamanya dengan opah. Opah tu kan tak sihat dan ibu tak sempat nak balik kampung jaga opah. Ibu tak boleh tinggalkan kerja ibu. Jadi kalau tak anak-anak ibu yang tolong jaga siapa lagi?” Puan Nurzah menenerang lebih tenang kini. Namun Izzuddin pulak mendengar bagaikan angin lalu je….langsung dia tak boleh terima!
“Jaga opah sekejap je sementara dia malas nak kerja ni. Daripada dia ke hulu ke hilir…mana lagi bagus? Menghabiskan duit ibu dengan abah ke atau tolong ibu jaga opah kat kampung?” Izzuddin berkerutan mendengar patah bicara ibunya menyebabkan kakinya dihayun melangkah ke tingkat atas. Dah tak sanggup nak dengar…pedihnya hati aku! Muka aku ni nampak macam tukang sapu duit diorang je ke? Haisy….!
______________________________________________________________________________

“ Apesal Sha pulak yang jadi mangsa?” Zaira Shazira berpeluk tubuh tak berpuas hati di dalam Perdana V6 tersebut. Pemandangan kampung di kiri dan kanan dipandang sepi.
“ Siapa mangsa sebenarnya? Sha ke Baiz?” Izzuddin bertanya mencebik. Dia punya pasal aku jadi macam ni, takde pulak aku kecoh? Manja! Padan muka! Duduklah kau kat sini dengan aku sementara kau cuti semester ni adik oiii….Izzuddin membebel sendirian di dalam hati sambil menjeling adiknya di sebelah. Matanya pula tak henti melilau ke kiri dan kanan.
Hai….dah berapa abadlah aku tak balik Kuala Kangsar ni? Isy tu lah…setahun sekali baru nak jejak kaki kat kampung ni. Kalau tak raya alamat tak masuk kampung la kau Zaim Izzuddin! Sudahnya ginilah…kampung sendiri pun tak tahu…nasib-nasib!
“ Ni nak belok mana rumah opah ni? Baiz bukan ingat pun…..” Izzuddin menoleh malas pada adiknya di sebelah. Harapnya jawapan minah ni logik dan boleh diterima akallah.
Sha berkerutan mendengar persoalan abangnya. Hai…macam aku tahu pulak? Kiri kanan dipandang…banyaklah pulak simpang, yang mana satu ni?
“ Itulah…kalau jadi cucu tu janganlah menderhaka sangat kan. Setahun tak sekali baru nak jejak kaki kat sini…..” Shazira berkata selambak sambil cuba-cuba mengingat arah jalan ke rumah neneknya. Mesti kene betul ni…kalau tak malu je!
“ Amboi…mulut memang manis kan? Bagaikan menusuk-nusuk ke jantung. Sha rasa Sha nak Baiz berhentikan Sha dekat simpang yang belah mana agaknya?” Izzuddin bertanya riang dan gembira. Shazira balas dengan cebikan. Namun tiba-tiba Shazira tersenyum sendirian. Telefon bimbit di dalam handbagnya dikeluarkan.
“ Haa….Sha nak apa? Dah sampai rumah opah ke? Opah sihat?” belum sempat Shazira bertanya suara di hujung sana sudah menerjah terlebih dahulu.
“ Hehehehehe……” Shazira tersengih-sengih sendirian.
“ Apa hehehehehe?”
“ Baim!”
“ Amende?”
“ Rumah opah ni nak belok simpang mana satu?”
“ Erk?”
“ Eh Sha tau la….saja je nak sure kan dengan Baim. Sebelum salah masuk baik berjaga-jaga, kan…?”
“ E’eleh…jangan nak kelepetlah!”
Setelah Izzuddin dan Shazira masuk ke simpang yang dimaksudkan, kedua beradik itu masih lagi tercari-cari…awatlah susah bebenar ni?
“ Sha biar betul? Nak hujung kampung dah ni….” Izzuddin bertanya resah. Hari pun dah makin gelap. Jalan pulak makin lama makin kecik, tapi bumbung rumah opah masih jugak tak nampak…haru ni!
“ Betullah! Tadi kan Sha dah loudspeaker….Baiz dengar kan…” Shazira tak mahu kalah.
“ Kita tanya oranglah…..” Shazira mencadangkan.
“ Tanya siapa?” Izzuddin berkerutan.
“ Oranglah! Dah tu nak tanya siapa lagi?” Shzira mula rasa jengkel. Benda remeh pun tanya lagi? Haisy…
“ Tahu lah orang…tapi dah maghrib gini mana ada orang berkeliaran lagi. Kampung ni kan. Paling-paling tak semua dah duduk dalam rumah…tak pun pergi surau ke….” Izzuddin meluahkan rasa hatinya.
“ Selalu berlagak gagah…ada otak tak nak pulak guna…” Shazira membebel perlahan.
“ Baiz dengar!”
“ Erk? Hehe takpe-takpe. Baiz gerak je terus. Ada punya orang tu….depan lagi depan lagi….”
“ Baiz! Cuba tengok kat depan tu…nampak?” Shazira menunjuk ceria pada abangnya. Izzuddin cuba melihat…nampaklah jugak.
“ Kita tanya budak tu lah….” Shazira mencadangkan lagi.
“ Budak macam tu boleh percaya ke?” Izzuddin macam tak berapa berkenan nak tanya. Budak macam tu boleh pakai ke? Shazira mencebik malas.
“ Tanyalah dulu……”
“ Yela… Sha tanya…..”
“ Baiz la tanya….”
“ Apa pulak?”
“ Apa? Dah gelap ni kan. Baiz jela tanya budak tu….” Izzuddin menjeling geram…membebel pandai!
Lantas di tengah kegelapan waktu maghrib itu, Zaim Izzuddin keluar dari keretanya perlahan. Mendekati budak yang sedang mencangkung di tepi basikalnya. Muka budak tu dia tak nampak..Cuma belakang badan dia je yang nampak. Pakai baju melayu dengan kopiah senget. Buat apalah sorang-sorang gini?
“ Dik!” Izzuddin menyapa perlahan. Senyap. Izzuddin berkerutan.
“ Dik!” Izzuddin menyapa lagi kali ini lebih dekat. Keadaan sekeliling dipandang sepi. Adolahai….golapnyo!
“ Dik!” Izzuddin bertanya lagi sambil mencuit bahu budak tu. Dia tak dengar kot. Namun secara tiba-tiba budak itu pun menoleh drastic.
“ Mak…..!!” Izzuddin terjerit kecil sambil menggosok dadanya. Kaki budak itu terus dipandang. Okay jejak tanah! YA ALLAH…kus semangat! Izzuddin menenangkan diri sambil menoleh-noleh ke arah keretanya….fuhhhhh.
Budak yang putih memakai budak dimuka memandanganya dingin. Comot betul!
“ Nak apa?” budak itu bertanya kasar sambil membetulkan kopiahnya yang senget. Izzuddin berkerutan…sombong gila budak kecik ni!
“ Abang nak tumpang tanya boleh?” Izzuddin bertanya dengan senyuman tapi muka budak itu masih takde perasaan.
“ Tumpang?” budak itu bertanya senada. Basikalnya dipandang sepi dan kepalanya disengetkan sedikit. Kereta besar di depan matanya dipandang sekilas.
“ Aah…boleh?” Izzuddin bertanya ramah. Perlu buat-buat baik ni.
“ Nak pergi mana?” budak itu bertanya dingin. Izzuddin tersenyum…yes!
“ Rumah Opah Siah….kenal?” budak itu berkerutan sebentar. Selepas seketika dia mengangguk. Izzuddin tertawa di dalam hati…wuakakakaka….bagus!
“ Sebelum tu kena tolong Apit dululah….” tanpa jawapan budak itu pula meminta Izzuddin melakukan sesuatu untuknya. Izzuddin mengeluh. Isy…stress betullah!
“ Apit. Nama penuh Muhammad Syafiq bin Thoha…..” dengan penuh gaya gentleman budak kecik itu menghulurkan salam memperkenalkan diri. Namun raut wajahnya masih tetap begitu. Takde senyum takde ketawa. Dan ia mengundang senyum di bibir Izzuddin. Macam ni pun ada?
“ Iz! Nama kad pengenalan Zaim Izzuddin bin Mahmud….” Izzuddin menjawab seloroh sambil menyambut huluran tangan kecil itu.
“ Urm……” hanya itu yang dijawab budak bernama Apit tadi yang menyebabkan Izzuddin terkesima sendiri.
“ Cepatlah!” Apit menyuakan basikalnya kepada seorang lelaki yang baru dikenalinya itu. Izzuddin berkerutan.
“ Rantai basikal ni putus lagi. Apit dah penat. Tak tau nak buat. Betulkan!” dengan selamba badaknya budak itu mengarah sambil duduk di atas batu di pinggir jalan. Izzuddin terdiam. Budak itu ditenung sejenak.
Amboi kerek sungguh la wehhhhhh kau budak! Aku ni kau suruh betulkan rantai basikal kau? Lebih ni! Aku nak tumpang tanya je pun…Izzuddin membebel di dalam hati.
“ Tau ke tak?” Apit bertanya kasar. Izzuddin menjeling geram.
Aku ni naik basikal pun tak tahu tau!
“ Urm….” Izzuddin menjawab senada.
“ Bagus!” budak itu menjawab kembali
20 minit telah berlalu. Kayu kecil di tangan digerak-gerak membentuk huruf di atas tanah di pinggir jalan itu. Jam Ben10 di pergelangan tangan dipandang sekilas. Kepalanya ditahan menggunakan tangan kanan. Letih dah menunggu.
Izzuddin dari tadi mencuba dan terus mencuba. Pasang sini sebelah situ tanggal. Pasang situ yang sini tanggal. Urghhhhhhh…! Peluh yang menitik di dahi dilap dengan tangan. Dia terhenti sejenak. Budak kecik itu yang menyanyi-nyanyi kecil dijeling geram. Shazira di dalam kereta yang tersenyum sumbing tak mahu membantu dijeling juga. Hidup yang haru gara-gara budak kecik. badan panas…hati pun ikut panas.
“ Boleh ke idok?” budak itu tanya menyampah.
“ Tengah cubalah ni…..” Izzuddin mencebik dalam diam.
“ Nak pergi mana ni?” Izzuddin bertanya kosong sambil terus berusaha membetulkan rantai basikal budak itu.
Ni kalau sikit mint lagi tak boleh….aku campak je tepi jalan. Habis cerita!
“ Surau….” Apit menjawab sepatah.
“ Sorang?”
“ Tak…..” Izzuddin pelik sekejap. Dipandang sekeliling. Biar betul budak ni.
“ Dah tu?”
“ Mak Cu…..”
“ Oh pergi surau dengan Mak Cu?”
“ Tak……”
“ Erk? Dah tu?” Izzuddin pening lagi. Sudahlah jawab pun sepatah-sepatah!
“ Buatlah betul-betul! Banyak cakap aje mana nak siap…” sekali berbunyi menyakitkan hati la pulak! Izzuddin berdiri. Apit pun berdiri. Izzuddin menggosok rambutnya. Apit menyengetkan kopiahnya.
“ Ke tepi!” Apit bersuara sepatah dan Izzuddin bergerak menjauhi basikal budak itu. Apit menunduk. Mencuba lagi setelah dilihat pakcik itu tak dapat membantunya pun. Kali ini Izzuddin yang duduk di atas batu tadi. Budak itu diamati diam-diam. Bulu mata lentik macam perempuan! Izzuddin tersenyum sendiri.
“ Siapa pakaikan bedak macam ni?” Izzuddin ramah bertanya lagi. Sebab entah kenapa dia rasa budak sombong itu menarik hatinya. Kejap macam menjengkelkan. Kejap macam comel.
“ Mak Cu….” budak itu menjawab sepatah lagi. Izzuddin berkerutan. Dari tadi sebut pasal Mak Cu je. Hai…pengaruh tak betul Mak Cu kau ni Apit oiiii…
“ Umur berapa?” Izzuddin bertanya lagi. Dah macam wartawan pun ada.
“ Tujuh…..” Apit menjawab sepatah lagi. Lama mereka berdua begitu sehingga sudahnya Apit mencangkung memeluk lutut memerhati basikalnya.
“ Tak pandai jugak!” kali ini lebih sepatah budak itu berkata mengukir senyuman di bibir Izzuddin. Kenapa budak ni nampak macam best je eh? Tak betul ke aku ni? Isy…
“ Pakcik hantar balik rumahlah….” tiba-tiba Izzuddin tergerak untuk menghulurkan bantuan buat budak kecil itu pula. Apit memerhati Izzuddin.
“ Kena jugak betulkan!” Apit berkeras
“ Kenapa…?” Izzuddin pelik.
“ Kan pakcik nak tumpang Apit tadi?” Apit bersuara tak bersalah menyebabkan Izzuddin berkerutan sendiri….ha…..?
“ Apit…..!!” tiba-tiba dari kejauhan kelihatan satu lembaga putih berkaki hitam berlari-lari dengan hodohnya mendekati mereka berdua.
“ Arghhhhhhhhh….” Apit dengan terkejutnya setelah melihat makhluk itu berlari lintang-pukang setempat. Izzuddin merasa cemas….apa ni? Shazira di dalam kereta pun turut terkejut. Lagi nampak lagi dia tak keluar!
“ Nak lari mana ha?” lembaga putih bersuara perempaun itu tak henti mengejar Apit yang berlari-lari di sekeliling kereta Izzuddin. Shazira yang masih dalam kereta sudah kecut perut. Baiz……………..!
“ Jangan…..jangan….!” Apit terjerit-jerit melarikan diri menyebabkan Izzuddin yang melihat letih sendiri. Makhluk itu diperhati sekilas. Memakai telekung yang dah senget bahagian kepalanya dengan kain telekung yang diangkat tinggi ke paras lutut menampakkan tracksuit hitam yang dipakainya! Urghhh…buruk gila! Siapa pulak ni?
“ Jangan…..Apit bukan ponteng pergi surau! Tak…” sambil berlari-lari Apit membebel-bebel menerangkan. Namun lembaga putih itu masih mengejar biarpun kejap-kejap dah berhenti. Semput la tu. Sah orang! Izzuddin berkira sendirian.
“ Membohong! Mak Cu carik kat surau tak jumpa pun. Kalau tak ponteng apa namanya? Siapa ajar?” lembaga putih itu membebel sekali. Eh…kejap! Mak Cu?
“ Bukan….bukan!” kali ini Apit menjerit sambil mengelilingi Izzuddin. Diikuti lembaga yang bernama Mak Cu tadi. Izzuddin jadi pening.
“ Berhenti……!!” Izzuddin menjerit kuat bila otaknya dah rasa berpinar. Nak kena ni dua ekor ni! Pantas Apit dan lembaga putih bernama Mak Cu itu berdiri statik. Apit berdiri betul-betul di belakang Izzuddin manakala lembaga putih itu berdiri betul-betul di hadapan Izzuddin.
“ Tu…!” dengan pantas Apit menunjukkan basikal yang tersadai kepada Mak Cu nya. Dan lembaga putih itu pantas menoleh ke arah basikal tersebut. Sekejap dan dia berpaling semula. Kemudian matanya tertancap lama pada susuk tubuh lelaki di depannya yang menghalang dia daripada melihat anak saudaranya.
Lama wajah lelaki itu dipandang tak berkelip. Dup dup dup!
Hello!” Izzuddin menjerit kuat bila suaranya bertanya sedari tadi langsung tidak diendahkan lembaga bernama Mak Cu itu.
Hello!” pendek je jawapan lambaga putih itu bersama senyuman sumbing di bibir. Tangan kanannya diangkat tegak. Dengan mata yang masih tak beralih spontan tangannya membetulkan telekung yang telah senget akibat berlari-lari sakan tadi.
“ Anak sedara awak ke?” Izzuddin bertanya sebaris.
“ Ye…” namun lembaga putih itu hanya menjawab sepatah. Izzuddin melepaskan nafas perlahan. Haisy…sepesen!
______________________________________________________________________________

Melalui cermin pandang belakang Izzuddin memerhati lembaga yang memperkenalkan dirinya sebagai Mak Cu kepada Apit. Dia duduk bertelekung bersama anak buahnya yang berkopiah senget itu.
“ Durra! Nama penuh Durratul Suraya binti Darwin….” terngiang-ngiang suara itu memperkenalkan diri. Gaya yang sama macam anak sedaranya yang takde reaksi wajah tu!
Wajah lembaga itu tersenyum-senyum di tempat duduk belakang. Meremangkan bulu tengkuk Izzuddin…orang kan ni?
“ Kak Durra kenal Opah Siah?” Shazira memecahkan keheningan suasana dengan bertanya pada penumpang yang dibawa abangnya.
“ Kenal…..” perempuan bernama Durratul Suraya itu menjawab sebaris.
. Tadi setelah ditanya, perempuan itu berserta anak saudaranya menawarkan diri untuk menunjukkan rumah nenek mereka. Basikal budak lelaki itu hanya ditinggalkan di tepi semak. Budak tu kata boleh amek esok. Yeke..? Lantaklah janji dapat sampai rumah Opah….Shazira berkira sendirian.
“ Tahu rumah dia?” Sha bertanya lagi.
“ Tahu…..” Durra menjawab. Tiba-tiba Izzuddin mengucap sendirian di dalam hati. Apalah dosa aku dipertemukan dengan dua ekor mahkluk macam ni….? Urghhhhhhhhh!!
“ Kereta pakcik ni boleh gerak?” Izzuddin bekerutan pula sebaik mendengar soalan dari budak kecil itu.
“ Dah tu kenapa nak tumpang Apit tadi?” Apit bertanya serius lagi menyebabkan Izzuddin mengosok dada perlahan.
Aduh…stress nya hati aku. Aku nak tumpang tanya…bukan nak tumpang basikal kau lah budak! Padanlah beria nak betulkan basikal dia. Kalau aku tahu boleh tinggalkan basikal tu macam tu aje…tak payah aku susah-susah! Izzuddin membebel tanpa terasa ingin menjawab pertanyaan Apit…huh!
“ Belok kanan!” tiba-tiba Durra bersuara mencelah menyebabkan Izzuddin terpaksa membelokkan keretanya secara drastik sebab dah dekat sangat. Hei sengal betul!
Sebaik memutar stereng kelihatan sebuah rumah kampuang tersergam tenang. Bukan rumah papan tapi rumah batu. Rumah yang bertangga batu sedikit di depannya. Namun kawasan sekelilingnya nampak cukup kampung. Ada sebuah pangkin bawah pokok rambutan. Hanya itu yang dapat dikesan di tengah kegelapan malam ini. Setelah mematikan enjin kereta keempat-empat orang penumpang keluar daripada kereta dengan tenangnya.
“ Betul tak nak saya hantarkan ni?” Izzuddin bertanya bimbang. Kat mana pulak rumah budak dua ekor ni?
“ Betul…..” Durra menjawab perlahan.
“ Rumah kat mana?”
“ Sana…..” Durra menjawab sambil menunjuk ke suatu arah. Izzudin melihat ke arah itu namun dahinya berkerutan. Tak nampak apa-apa pun?
“ Nama?” belum Izzuddin sempat habis berfikir Durra bersuara bertanya.
Dia tanya nama aku ke ni? Izzuddin berkira sendirian kerana tak dengar sangat tadi apa yang ditanya.
“ Iz…..” Izzuddin menjawab sepatah. Yela kot tanya nama aku.
“ Okay…..” Durra membalas sambil tersenyum. Pantas tangan anak saudaranya ditarik rapat ke sisi.
“ Jom…..” Durra mengajak Apit pulang dan dengan tidak semena-mena Durra terus bergerak pergi meninggalkan dua beradik itu setelah rumah Opah Siah ditunjukkan. Izzuddin memerhati pelik.
“ Kejap!” Izzuddin memanggil semula dan dua beranak itu pantas menoleh drastik. Serentak pulak tu!
“ Terima kasih…” Izzuddin berkata tenang.
“ Sama……” masih sepatah dijawab dan setelah bersuara perempuan yang baru dikenali itu terus menarik anak saudaranya blah macam tu je dengan senyuman di bibir. Zaim Izzuddin berkerutan sendirian…tak pahamnya!