PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Saturday, May 2, 2009

Namamu Terpahat Dihati (Prolog)

“ Aku terima nikahnya Nur Dania Nasuha binti Mohd Ariff dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai!! ” lancar sekali lafaz pernikahan yang meniti di bibir Mohd Azril Hakimi
“ Sah??” Tanya tok kadi kepada mereka yang hadir
“ Sah..Sah..” kedengaran suara-suara yang menjawab
“ Alhamdulillah..Al-fatihah..” dengan sekali lafaz maka sekeping hati milik Dania kini sah menjadi milik Azril. Cerita cinta yang disemai semenjak setahun yang lalu berakhir dengan penyatuan dua hati. Senyuman penuh kesyukuran dan kegembiraan terukir di bibir Azril buat Dania yang kini sudah bergelar isterinya.
Di suatu sudut di tepi masjid pula, sekeping hati hancur berkecai melihat seorang jejaka yang selama ini disayangi dan dicintai dengan sepenuh hati di dalam diam akhirnya menjadi milik orang lain. Menjadi suami buat sahabat baiknya sendiri, Dania. Air mata yang bergenang hanya mampu ditahan. Tiada apa yang mampu diucapkan. Sebak hatinya melihat kebahagiaan yang terserlah di raut wajah kedua mempelai itu.
“Ya ALLAH!! Kuatkan aku, yakinkan aku bahawa dia memang bukan jodoh yang telah Engkau janjikan buatku Ya ALLAH!! “ jerit hati kecilnya.
Anisa larut di dalam kesedihannya dan hanya tersedar apabila dirinya berada didalam pelukan Dania.
“ Nisa…aku bersyukur sangat..akhirnya..” bisik Dania pada Anisa saat mereka berpelukan. Anisa memeluk erat sahabatnya itu sambil mengusap-usap belakang tubuhnya.
“ Tahniah Nia..aku doakan kau bahagia sampai ke akhir hayat…jadilah isteri yang baik ok..” pesan Anisa buat Dania
“ Thank a lot Nisa..u’r my best friend ever..doakan aku dan aku pun akan doakan semoga kau akan mengikut jejak aku tak lama lagi..”kata Dania.
Mereka sama-sama menangis. Namun yang pasti mereka menagis kerana dua perkara yang berbeza. Tangisan kegembiraan menyaluti hati Dania manakala tangisan penuh kesedihan dan kehampaan menyelubungi hati Anisa.
Azril di sisi hanya mampu tersenyum melihat kemesraan 2 sahabat itu. Dua orang wanita yang sangat bermakna dan penting di dalam hidupnya. Anisa, sahabat yang sangat memahami dan sentiasa berada di sisi di saat dia susah dan senang. Dan melalui Anisa juga, seorang wanita dikenali yang kini sah menjadi isterinya, Dania.
“ Dah la tu..korang nie..tetengah alam ni pun nak wat drama bersiri..tak de siapa la yang nak tangkap leleh..”kata-kata Azril meleraikan pelukan 2 sahabat itu.
“ Kau ni..ak nk sentimental sekali-sekala pun tak boleh..baru berapa minit kau jadi suami Nia ni..jangan2 nanti esok lusa kau dah tak bagi aku jumpa si Nia ni sudahlah…yela..asyik nak berkepit 24 jam aje..” balas Anisa pula.
Azril dan Dania hanya tergelak mendengar celoteh Anisa.
“ Itu dah tentu..sekarang masa dia fully hanya untuk aku..suami dia yang terhensem nie..dan aku pulak dah takde masa langsung untuk kau..masa aku hanya untuk Nia..kau ingat tu..kalau ada problem jangan sibuk-sibuk datang cari aku lagi ” balas Azril berbaur gurauan sambil tangannya erat memeluk bahu isteri tersayang.
Anisa terpana mendengar kata-kata Azril. Meskipun ianya hanyalah suatu gurauan, namun yang pasti ia cukup tajam menikam hatinya telah lama hancur berkecai. Dia mulai sedar akan kenyataan yang dia benar-benar akan kehilangan Azril. Ya ALLAH..
“ Isy, abang nie..ada pulak cakap macam tu..” balas Dania pada suaminya.
“ Relaksla sayang..i’m just joking ok..” ucap Azril sambil mengucup pipi isterinya.
“ Woi Ril..kau tu pun sabar-sabarla sikit..kita ni keluar dari kawasan masjid pun tak lagi tau..” kata Dania sambil menayangkan muka yang meluat melihat aksi mereka.
“ Hahahahaha..betul gak tu..ah, tapi peduli apa aku, sekarang dia isteri aku, aku punye suka la nak buat apa pun..” balas Azril pula.
“Ril..Nia..kita balik dulu la sekarang..semua pun dah selesai nie..” jerit Puan Hamidah, ibu Dania dari arah belakang.
“Ok ibu!!” jerit Dania pula.
Lantas rombongan yang menyaksikan pernikahan Azril dan Dania berangkat pulang meninggalkan kawasan masjid ke destinasi mereka masing-masing. Banyak yang perlu diselesaikan terutamanya sebagai persediaan bagi melancarkan majlis persandingan yang akan diadakan di rumah pengantin perempuan pada esok hari.

5 comments:

aisyah said...

cambest laa!
smbg lg yerr...
chayok!

Nia Arissa said...

hai girlz...nice...
keep it up... tgu nw n3...
good luck!

bidadari cinta said...

sedey biler org kite syg jd milik org len

Anonymous said...

ha ah..sakit kan?.. hmm =(

Iqah Azahari said...

Baru je habis baca novel ni.. best sangat..
keep it up!

Post a Comment