PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Tuesday, May 12, 2009

Namamu Terpahat Dihati (9)

“Ary?” Anisa berusaha untuk mengenal susuk tubuh seorang pemuda yang berdiri tidak jauh di hadapannya. Namun pemuda itu kelihatan terhuyung-hayang sambil dipeluk oleh seorang wanita. Wanita itu seakan cuba untuk menahan pemuda tersebut daripada jatuh ke atas jalan.

Anisa mengecilkan lagi matanya. Bukan ke perempuan tu minah gedik yang aku jumpa dengan Ary tadi siang? Anisa membuat perkiraannya sendiri. Sekarang kan dah tengah malam. Diorang buat apa kat sini? Rumah siapa tu? Pelbagai pertanyaan berlegar di benak Anisa..

“ Kenapa Nisa?” Zaida rakan serumah Anisa menegurnya apabila dia melihat Anisa sedang ralit memerhatikan sesuatu..

“ Ha?” Anisa terkejut sewaktu Zaida tiba-tiba menegurnya. Sebenarnya Anisa hanya menemani Zaida untuk berjumpa rakan sekelasnya bagi memberikan kertas projek mereka. Oleh kerana rumah teman Zaida itu tidak jauh dari apartment mereka dan hari juga sudah larut malam, Anisa mengambil keputusan untuk menemani Zaida. Namun lain pula yang dilihatnya..

“ Urm..takde pape..aku macam nampak Ary..anak Aunty Sarah..kenal kan?” Anisa pantas memberitahu sambil matanya tidak lepas dari memandang kedua orang manusia tersebut!

Zaida yang ketika itu masih rancak berbual bersama Jessica tidak dapat mencari kelibat orang yang dimaksudkan Anisa..

“ Mane? Aku tak..” belum sempat Zaida bertanya Anisa telah memotong cakapnya..
“ Kau tunggu sini kejap ye? Aku nak buat investigation sekejap..” Anisa lantas pergi meninggalkan Zaida. Zaida hanya membiarkan kerana dia juga masih ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada Jessica mengenai projek bersama mereka. Urm biarlah…

Anisa bergerak mendekati tempat dia melihat Ary dan minah gedik itu..
“ Seingat aku bukan ke malam ni ada birthday party minah gedik tu?” Anisa berkata di dalam hati..

“ You nak bawak I pergi mana ni?” kedengaran suara Ary bertanya kepada perempuan itu. Namun Ary kelihatan separuh sedar dan dia seakan cuba menolak perempuan itu daripada terus memeluknya. Kedudukan Anisa hanya bertentangan dengan Ary dan minah gedik itu. Namun mereka dipisahkan oleh sebatang jalan yang sebenarnya boleh dikatakan agak sunyi. Perempuan itu tanpa bicara terus memapah Ary untuk masuk ke dalam rumah tersebut..

“ Kan I suruh you hantar I balik rumah? You tak faham ke?” Anisa masih dapat mendengar butir bicara Ary dari tempat dia berdiri kerana Ary seakan menjerit sambil memegang kepalanya..tak boleh jadi ni!

“ Ary!” Anisa lantas menjerit memanggil nama Ary dari seberang jalan namun di saat itu jugalah ada sebuah kenderaan yang melalui jalan tersebut..
Aduh! Menyibuk aje..besok-besok je kau lalu jalan ni tak boleh ke? Anisa menyumpah di dalam hati…
“ Fahry!” kali ini jeritan Anisa lebih kuat dan Ary berserta perempuan itu akhirnya menoleh.

Ary menggelengkan kepalanya berkali-kali. Eh betul ke yang aku nampak ni? Anisa? Selebihnya Ary sudah tidak dapat memproses apa yang dilihat..kepalanya seakan ingin pecah pada saat itu juga…

Anisa lantas menyeberang jalan dan menuju kearah Ary dan perempuan tersebut
“ Kenapa dengan Ary? You nak bawak dia pergi mana?” Anisa terus bertanya sebaik tiba di situ. Dia akhirnya turut membantu memegang lengan Ary bagi mengelakkannya daripada terjatuh ke atas jalan. Aduh! Berat nya mamat ni…

“ Kau jangan nak menyibuk la betina!” minah gedik itu lantas menengking Anisa.
Sudahlah dari tadi dia terpaksa memapah Ary, bila rancangannya hampir berjaya, ada sahaja yang mengganggu!

Amboi, main kasar nampak! Anisa membentak di dalam hati..
Lalu dengan sepenuh tenaga perempuan yang dia ada Anisa pantas menarik Ary dari genggaman tangan perempuan gedik itu. Hampir terjatuh Anisa dibuatnya..mujurlah saat itu Ary juga berada dalam keadaan separuh sedar, jadi lebih mudah untuk ditarik sesuka hati.

“ Kepala I Nisa..” hanya itu yang terkeluar dari mulut Ary
“ I hantar you balik!” Anisa menjawab tegas..
Namun belum sempat Anisa menoleh lengannya telah ditarik oleh perempuan tadi
“ Hei, kau jangan kurang ajar boleh tak? Dia boyfriend aku! Sukati aku lah nak buat apa pun!” perempuan gedik itu masih menengking Anisa.

“ Do I care?” Anisa juga menjerit kearah perempuan tersebut
“ Lantak la dia boyfriend kau ke! Laki kau ke! Bapak kau ke! Ada aku peduli?” Anisa membalas percakapan wanita itu semula sambil menjeling

Pada saat itu juga, tiba-tiba seorang lelaki berbangsa Negro dan bertubuh tegap keluar dari rumah yang ingin dituju oleh Ary dan perempuan tadi.
“ What happen Melly?” lelaki itu pantas bertanya kasar. Anisa masih sempat melihat perempuan dihadapannya yang mungkin bernama Melly itu seakan terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Dia pantas melepaskan tangan Anisa dan membetulkan kembali rambutnya yang sudah tidak terurus itu. Kemudian perempuan yang dipanggil Melly itu terus mendekati lelaki Negro itu sambil memeluk dan menyium pipi lelaki tersebut.

“ Nothing honey! I’m juz wanna help that girl and her boyfriend..” Melly menjawab dalam keadaan gedik. Aduh! Cepat nya berubah..dasar perempuan….!!
Jerit Anisa di dalam hati..

“ Come honey..” Melly terus menarik lelaki Negro itu untuk masuk ke dalam rumah namun dia masih sempat menjeling Anisa..

Anisa yang sedari tadi menahan Ary daripada jatuh sudah tidak dapat mengawalnya. Kudratnya sudah habis menengking dan menahan perasaan marah dan geram terhadap perempuan gedik itu. Akhirnya tubuh sasa Ary terbaring pengsan di bahu jalan dan Anisa pula sudah terduduk..apa yang lebih parah sebenarnya Ary sudah termuntah di atas baju Anisa! Aduh, sudah!

“ Zaida! Help me!!” Anisa pantas menjerit sekuat tenaganya yang masih tersisa untuk memanggil rakan serumahnya. Namun saat itu juga dia menoleh ke arah sekililing. YA ALLAH..dah jauh rupanya aku dari rumah Jessica!

Anisa lantas mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Zaida. Tanpa salam Anisa terus berkata-kata..
“ Zaida! Please help me! Kau pinjam kereta Jess kejap! Ary! Aku nak tolong Ary…” Anisa pantas menceritakan sedikit peristiwa yang berlaku kepada Zaida
“ What? Ok, I’ll come..where are you now? Ok..juz stay there ” Zaida terus bersetuju untuk membantu.

Sementara menanti Zaida tiba, Anisa sempat merenung seraut wajah Ary semahunya. Kacak! Tapi..apa nak jadilah dengan kau ni? Dah tak ingat mak bapak ke? Detik hati Anisa di dalam hati..

5 minit selepas itu Zaida tiba dan mereka terus menghantar Ary pulang ke rumahnya. Setibanya di rumah Aunty Sarah dan Prof Fazuddin terkejut melihat anan mereka namun Anisa memberitahu bahawa dirinya juga tidak tahu apa-apa. Anisa meminta pasangan suami isteri itu untuk bertanya sendiri kepada Ary tentang apa yang telah berlaku. Setelah itu Anisa dan Zaida terus meminta diri untuk pulang kerana hari juga telah semakin lewat

3 comments:

Anonymous said...

hhehe..mmg ade jodohla anisa ngn ary ni..msti melly nk kne kn ary ni..huhu..

-cheesecake-

keSENGALan teserlah.. said...

huhu...
melly nieh sah2 nk kenekan ary,.
nseb bek nisa dtg..
jodoh ka??
hhaaa...
smbung2...

ceritaku MEMORIKU said...

betol2 melly nie nak kenakan ary
sebenarnye.seb bek nisa dtg.ahakzz
-na'dz

Post a Comment