Azril termenung jauh..
Sudah seminggu dia mengesan perubahan pada isterinya, Dania. Dania kini lebih suka termenung dan kadangkala isterinya itu akan diam tanpa bicara saat mereka berdua bersama di rumah. Azril tidak tahu di mana silapnya. Setahunya tidak ada perbalahan yang tercetus di antara mereka berdua. Jika ditanya Dania seakan mengelak dan memberitahu bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan. Azril akhirnya mengalah dan membiarkan sahaja isterinya mencari ruang sendiri..mungkin Dania punya masalah di office…
“ Hai bro..lame sampai?” tanya Rehan kepada abangnya Azril
Azril tersedar dan lantas menghulur tangan kepada adiknya Rehan. Rehan pantas menyambut huluran tangan abangnya dan menyium tangan tersebut. Mohd Rehan Hazriq! Dia adalah satu-satunya adik lelaki yang Azril punya, manakala Rina adalah adik bongsunya.
“ Ala..along da biase dengan kau. Agaknya kalau bumi ni nak terbalik baru kau pandai nak on time kalau berjanji dengan orang..” Azril membebel ke arah Rehan.
Rehan hanya tersenyum mendengar butir bicara abangnya. Hari ini dia mengajak abangnya untuk makan di luar. Sudah lama rasanya mereka dua beradik tidak makan bersama. Selebihnya dia ingin mengetahui kehidupan abangnya sekarang setelah dia melihat kakak iparnya menangis teresak-esak di dapur sewaktu dia juga pulang ke rumah ibu bapanya hujung minggu lalu. Mungkin abangnya memerlukan seseorang sekarang untuk berkongsi masalah..kerana selama ini itulah yang mereka berdua lakukan. Perbezaan umur yang hanya setahun menjadikan mereka rapat sejak kecil lagi.
“ Along dah orderkan air dengan makanan kau..still the same is it? Kejap lagi sampailah..” Azril memberitahu Rehan.
Rehan tersenyum di dalam hati. Azril sememangnya seorang abang yang prihatin terhadap adik-adiknya. Azril pasti mengetahui setiap jenis makanan yang disukai atau tidak disukai oleh adik-adiknya…
“ Ada apa kau nak jumpa along? Kau nak suruh along beritahu umi dan abah untuk pergi pinangkan Zara? Duit kau dah cukup ke nak bagi makan anak orang?” Azril tanpa menanti terus bertanya dengan nada yang serius kepada Rehan.
“ Eh takdelah long..ada ke situ pulak. Zara tu masih study lagi kan..bru je final year..” Rehan membalas pertanyaan abangnya.
“ Salah ke Ray ajak along makan? Bukan apa..lame rsanya Ray tak habiskan duit-duit dalam poket along. Mentang-mentang Ray dah start keje..along buat tak tahu aje ye dengan Ray..” Rehan menambah lagi sambil menjamah makanan yang baru saja tiba. Azril juga memulakan sesi memenuhkan tangki perutnya.
“ Aduh kau ni Ray! Kadang-kadang along rasa kau ni lagi sensitif dari adik kau si Rina tu tau. Dia yang perempuan ke kau yang perempuan?” Azril menjawab dan Rehan pantas tergelak mendengar celoteh abangnya.
“ Along rasa?” Rehan menjawab lagi.
“ Hai, bercakap dengan kau ni buat along makin pening tau! Dahlah..makan je jangan banyak cakap..” Azril akhirnya mengalah. Rehan ni kalau makin lama di layan makin galak dia menyakat orang. Selama ini dia jugalah yang menjadi penyeri di dalam keluarga disebabkan sifatnya itu.
“ Ha bercakap pasal Rina. Along jangan lupa tengok-tengok kan adik perempuan along yang sorang tu..” Rehan membuka cerita mengenai Rina di hadapan abangnya.
“ Kenapa dengan Rina? Dia ada failed apa-apa paper ke?” Azril bertanya semula sambil meneruskan suapannya.
“ Eh..ni takde kaitan dengan hal study dia. Adik along yang sorang tu kan terlebih pandai. Maklumlah selalu menipu time exam..mesti boleh score!..” Rehan akhirnya menjawab sambil tergelak. Memang tidak dapat dinafikan pencapaian adiknya di dalam pelajaran amat membanggakan dan oleh kerana itulah ayah mereka selalu memanjakan Rina. Namun sebagai abang, dia juga sebenarnya turut berbangga. Kini Rina menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan. Tapi baru setahun adiknya di universiti. Apa yang boleh dilakukan sekarang adalah untuk mendoakan yang terbaik buat adiknya
“Amboi-amboi kau! Elok je kau mengata dia ye? Macam kau tak tahu adik kau tu kalau study macam mana? Lagi-lagi kalau nak exam..kita ni yang parah kene dengar dia membebel pasal paper2 dia kn?” Azril membalas sambil mengingati Rina. Satu tabiat Rina adalah selalu menceritakan perihal pelajarannya yang susah untuk difahami. Dulu semasa dia dan Rehan memasuki asrama penuh, Rina cuma akan bercerita semasa mereka pulang bercuti di rumah. Kini, setelah Rina sendiri mempunyai telefon bimbit, hampir selalu dia menelefon Azril dan Rehan untuk meminta semangat terutamanya menjelang peperiksaan semester.
“ Ha, tadi malam dia bru call Ray. Problemnya bile kredit dia dah kong, dia suruh Ray pulak call dia balik. Kalau bercakap seminit dua tu tak pelah. Alah..along paham2 sdri la dia tu mcm mana. Last2 Ray pesan kalau susah2 berhenti je blaja, duduk rumah tolong umi basuh pinggan” Rehan membebel di hadapan Azril
“ Eh tapi bukan tu sebenarnya. Ada lagi satu..Ray saje nak beritahu Along..masa cuti sem ari tu. Ray ada nampak dia dengan sorang budak mana ntah dekat mall yang dekat dengan rumah kt tu. Amboi bukan main lagi..Ray nampak dia, tapi dia tak nampak Ray. Ray taknak la dia asyik sibuk bercinta. Along tahu medic tu macam mana kan? Susa nak bawak..Ray taknak la dia hilang focus..” Rehan menambah lagi
Azril hanya tersenyum mendengar celoteh Rehan. Rehan sememangnya begitu! Kadangkala Rehan agak mengongkong Rina dan kalau boleh semua kawan lelaki Rina hendak dikenalinya. Mungkin itu cara Rehan menjaga Rina tapi kadangkala Rehan agak keterlaluan..
“ Isy, kau ni pun. Janganlah fikir complicated sangat. Kadang2 along yang naik rimas tengok cara kau control Rina. Biarlah dia..selagi dia tahu nak jaga maruah keluarga, tahu nak handle study dia..kita perhatikan sudahlah..” Azril akhirnya menjawab
“ Yela2..Ray bukan nak kongkong dia sangat pun. Juz nak remind along tu..slalu la tengok-tengok kan dia. Dia bukannya adik Ray sorang, dia adik along jugak…” jawab Rehan sambil sendawa setelah habis makanannya dibedal! Huhu, makan free! Lebih sedap rsanya..Rehan membebel di daam hati.
“ Along tahu la Ray..Jadi kau jumpa along ni pasal Rina ke?” Azril sekali lagi bertanya kepada Rehan
“ Eh, taklah..actually I wanna ask you bout something that a lil bit personal..may I?” Rehan akhirnya menyatakan tujuan yang sebenar
“ About what?” Azril bertanya pelik dan dia juga telah selesai makan. Kini dia boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap pertanyaan adiknya
“ How’s ur life now? I mean with Kak Nia..Do you have any problem with her? If yes, you know that I’m always be there to hear about your problem, bro..” Rehan bertanya serius
“ Why you ask about Kak Nia. I have no problem with your sis in law. You know how much I love her, is it?” Azril juga menjawab serius.
Rehan menyedut minuman yang masih tersisa.
“ On that day yang kita sama-sama balik rumah umi. I saw your wife dekat dapur. Menangis teresak-esak sampai terduduk kat tepi kabinet. Ray tak pernah nampak dia mcam tu sejak kahwin dengan along. That’s why I’m asking you..do you have any probem with your wife. I’m sorry if I’m too busy body..” Rehan menjawab perahan
Azril tersentak! Dania menagis teresak-esak? But why? Selama mereka berkahwin Nia bukan begitu. Nia tak mudah untuk mengeluarkan air mata kerana hal yang remeh temeh. Kenapa dengan isteri ak? Azril bertanya dalam hati..
“ Ray ingat dia bergaduh dengan along. Tapi masa tu Ray tengok Kak Nia elok je..” Rehan menambah lagi.
Azril lantas memaksa kotak ingatannnya untuk kembali mengimbau peristiwa di rumah uminya saat mereka pulang ke situ..Aku ada marah dia ke? Setelah lama mendiamkan diri..Azril terkesima! Umi! Mungkin Nia dengar apa yang aku cakap dengan umi hari tu! Akhirnya Azril tahu dan dapat mencari jawapannya…
“ Along? Are you ok?” Rehan pantas menggerakkan tangannya di hadapan wajah Azril setelah Azril terdiam dan seperti memikirkan sesuatu.
“ Ha? Urm..ok2..I’m ok..thanx Ray. Actually along sendiri pun rase yang lately kakak kau to mcm ad sembunyi something but when I’m asking..she had no answer for my question. Now I thought that I knew already…” Azril menjawab
“ Takpelah long. Ray sekadar bertanya.If you have any problem pun, solve it in a wise manner. Discuss elok2..isteri tu juga suatu amanah buat kita long..Ray ni pun bukanlah ada pengalaman..Cuma tu yang sekadar Ray mampu nasihat..” ujar Rehan lembut kepada abangnya.
Azril tersenyum dan mengangguk mendengar butir bicara adiknya. Rehan memang ada kalanya terlebih matang dalam berbicara dan memberikan nasihat. Terkadang dia sendiri tak pasti..siapa yang abang? Dia atau Rehan? Namun dia bersyukur punya adik seperti Rehan…
Cerita mengenai Dania akhirnya terkubur begitu sahja kerana Rehan tahu abangnya lebih tahu untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Setelah hampir 1 jam berbual mengenai kerjaya Rehan yang baru ditempa dalam di bidang pembinaan, akhirnya kedua beradik itu pulang ke rumah masing-masing.
Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37
2 years ago
2 comments:
wahaaaaaa,,
next??
hehe..
huhu..ray mmg adik yg memahami..da selesai da masalah azril ngn dania..
-cheesecake-
Post a Comment