PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Monday, May 11, 2009

Namamu Terpahat Dihati (7)

“ Aduh!” Anisa terjerit kecil apabila novel yang sedang khusyuk dibacanya di bawah rimbunan pohon di kawasan universitinya ditepuk dari belakang sehingga terkena cermin mata yang dipakainya.

Eh! Siot! Sape aje yang menyibuk ni. Anisa pantas mengalihkan novel dari pembacaannya sambil membetulkan cermin matanya yang senget. Lantas seraut wajah tidak bersalah terpamer di hadapannya

“ Takkan you jauh-jauh further study sampai sini juz untuk baca novel bawah pokok? Karat jugak you ni eh? Lepas tu air mata meleleh..Huh,nampak aje macam ni…” tanpa salam Ary terus membebel di hadapan Anisa sambil duduk di bangku kosong di hadapannya. Sebenarnya Ary turut sama menyambung pelajarannya di sini, Cuma mereka berlainan jurusan. Hanya beberapa kali sahaja mereka bertembung di universiti itupun secara kebetulan. Jika tidak mereka hanya akan bertemu jika Anisa melawat Aunty Sarah di rumahnya.

“ Isy..lame-lame aku tengok budak ni..boleh tahan jugak..comel..” desis hati Ary terutamanya apabila pertama kali melihat Anisa memakai cermin mata tanpa bingkainya. Eh..apa aku nie..??

“ Hai, bilalah mamat sekor ni reti nak berbahasa elok sikit. Asal mulut dia berkata-kata je mesti menyakitkan hati orang..” Anisa menyumpah di dalam hati. Sejak pertama kali mengenal Ary, mulutnya memang suka cakap lepas meskipun kadangkala dia seorang teman yang boleh pakai juga la..boleh pakai? Isy..salah2.. Satu-satunya perubahan yang boleh dikenal pasti dari pertama kali mereka berjumpa hingga sekarang adalah penggunaan bahasa kau-aku yang digunakan. Kini Ary lebih selesa menggunakan panggilan I-you..urm layan je la…

“ Setahu I dulu papa you ada jugak hantar you pergi sekolah agama kan? Dah tu? Tak reti nak bagi salam? Takkan baru berapa tahun duduk kat sini dah lupa asal usul? Maklumlah orang dah lama makan spaghetti, mana kenal rupa belacan lagi da..” balas Anisa sambil tersenyum sinis.

Gulp! Aduh minah ni..direct je dia sound aku…
“ Ok2..Assalamualaikum cik Anisa..cik Anisa apa khabar? Boleh saya menumpang duduk di sini?” balas Ary dengan gaya yang sungguh menjengkelkan.

“ Wa’alaikumsalam..you duduk dah pun..tanya lagi buat apa?” Anisa akhirnya menjawab dengan malas bertujuan untuk tidak mahu bertikam lidah lagi.

“ You ni garang sangat la Nisa. Agaknya pasal tu la sampai sekarang ni you tak kahwin-kahwin lagi..takde orang yang nak dengan perempuan garang macam you tau Nisa..” Ary lebih galak memprovok Anisa. Hatinya seakan terhibur melihat telatah Anisa yang sentiasa suka menjawab berserta wajahnya yang sering mempamerkan riak tidak puas hati. Aduh, bertambah comel!

“ Kalau takde orang yang nak dekat I sekalipun apa yang you nak kisahkan! You tak payah sibuk-sibuk nak jaga tepi kain I la..I tak de duit nak bayar you untuk ambil tahu pasal I..” Anisa menjawab tegas. Seakan terbakar hatinya mendengar bicara Ary. Kerana setiap kali soal jodoh diutarakan oleh sesiapapun..hatinya masih tidak dapat mengusir bayangan Azril

“ Alah..itu pun nak mengamuk..” Ary mencebik mendengar balasan Anisa.

“ Hai darling!” tiba-tiba kedengaran satu suara wanita yang penuh gedik menyapa mereka berdua. Lantas Anisa dan Ary berpaling. Kelihatan seorang wanita Melayu terliuk lentok di hadapan mereka dengan hanya mengenakan skirt pendek paras paha dan baju sendat tanpa lengan yang mampu menggiurkan setiap mata jantan gatal yang melihatnya! Huh, dasar mat salleh celup! Marah Anisa di dalam hati

“ Eh hello my sweety..where have you been sayang? I’m like a crazy person when I didn’t see you in a day, you know..” balas Azril sambil memeluk wanita itu.

Aduh! Elok pulak bahasa mamat ni sampai geli-geleman aku dengar! Anisa membebel di dalam hati dengan perasaan menyampahnya. Jauh beza betul dengan Azril..Azril seorang lelaki yang sangat penuh dengan didikan agama sehingga segala perbuatannya sangat tertib dan terjaga batas pergaulannya. Aduh, Azril lagi! Anisa lantas tersedar.

“I’m so sorry sayang..Lately I’m a lil bit busy. You know about my birthday party tonite, is it? So..you must come tau sayang..I’m waiting for you..” balas minah gedik itu lagi sambil memeluk pinggang Ary. Sempat juga minah gedik itu menjeling ke arah Anisa. Huh, berlagak ke kau dapat peluk si Ary tu? Hai, kesian kau..si Ary tu harap muka je hensem! Perangai? Aduh, memang tak sesuai di buat laki..bebel Anisa lagi di dalam hati

“ Of course I will come sayang. Mana boleh I lepaskan saat-saat dengan you..” balas Ary lagi sambil menunjukkan gaya machonya.

“ I know that! Ok lah sayang, I gotta go first. I have a class now. Don’t forget ok..” akhirnya minah gedik itu meminta diri tetapi sebelum itu dia masih sempat memeluk Ary. Ary pun dengan gatalnya turut membalas pelukan minah gedik itu.

“Eh..yang aku masih tercegat kat sini tambah dosa tengok diorang buat apa?” Anisa akhirnya tersedar dan segera ingin beredar dari situ.

“ Nisa..you dah nak balik ke?” Ary akhirnya bertanya apabila dia perasan yang Anisa sedang mengemas buku-bukunya yang tadi berselerak di atas meja.

“ Of course la sayang! Takkan I nak duduk sini tambah dosa tengok bukan muhrim berpeluk-peluk?” Anisa menjawab sambil mengajuk gaya minah gedik tadi.

Ary lantas terpana! Selama ini tiada siapa yang ingin menegur segala perbuatannya secara terang-terangan sama ada yang betul ataupun salah. Terutamanya yang salah la kan..Anisa lah wanita yang pertama!

Anisa kemudian terus meninggalkan Ary yang masih terpinga-pinga. Namun baru beberapa langkah dia menoleh semula ke arah Ary.

“ Ary! I juz want you to realize something. Wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri adalah wanita yang tahu untuk menjaga batas pergaulannya. Takkan minah gedik macam tadi tu you nak pilih untuk dijadian ibu buat anak-anak you? Think wisely..Assalamualaikum..” akhirnya Anisa tersenyum manis dan meneruskan langkahannya untuk pulang ke apartment.

“ Wa’alaikumsalam…” Ary hanya mampu terduduk di bangku tadi sambil memikirkan kata-kata Anisa

5 comments:

::cHeeSeCaKe:: said...

hohoho..xsgke lak ary cmtu..pasni sure ary berubah..kne ke das ngn anisa..

Nia Arissa said...

ha3..ary kna tembak ngn anisa..
tp manusia kn mudah berubah...
hendak ngn tidak je...
keep it up...

Anonymous said...

sedap tol c anisa bg kt ary....baru la kn buku ngan ruas....rasakan......

keSENGALan teserlah.. said...

haha..
kan da kene se'das' ngn nisa..
ekekek..
ary ngn nisa??s
sweet2..
haha..
smbung2..

ceritaku MEMORIKU said...

ary sdg memikir?
bagus2.suke2
comelcomel
-na'dz

Post a Comment