PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Sunday, May 10, 2009

Namamu Terpahat Dihati (6)

“ Ril…” sapa Puan Fatimah pada anaknya saat Azril pulang ke rumahnya pada hujung minggu itu.
“ Ye umi? Kenapa?” tanya Azril pelik melihat keadaan ibunya yang seperti ingin berbisik-bisik menanyakan sesuatu sambil tangannya menutup kembali majalah yang dibaca. Namun begitu matanya sempat melilau di sekitar rumah mencari bayang isterinya. Isy..mane pulak Nia nie..tadi kate nak ambil air sekejap je…

“ Isteri kamu si Nia tu tak ada pape lagi ke?” akhirnya terluah juga pertanyaan yang selama ini berlegar di benaknya
“ Ada pape apa maksud umi? ” tanya Azril kepada uminya semula. Sumpah dia tak faham apa yang ingin ditanya oleh uminya!
“ Susah juga kadang-kadang nak bercakap dengan kamu ni ye..” balas Puan Fatimah sambil tangannya menepuk lembut bahu Azril.
“ Otak kamu ni memang tak boleh faham agaknya kalau umi tanya belit sikit..” bebel Puan Fatimah lagi sambil jari telunjuknya di arahkan ke kepala Azril. Azril hanya mampu tersenyum. Dah memang aku tak faham! Umi, anak umi ni dulu bukan ambil jurusan sastera masa blajar kat universiti..sume straight forward jek!! Bebel Azril pula tapi hanya sekadar di dalam hati…

“ Maksud Umi bini kamu tu tak mengandung–mengandung lagi ke? Kamu ni menikah dah lame Ril! Tapi apa pun umi tak dengar lagi” akhirnya Puan Fatimah berterus terang sahaja sambil dia menguatkan juga suaranya agar Azril dapat mendengar dengan jelas.

Namun tanpa mereka sedari ada sepasang telinga yang juga cukup jelas mendengar pertanyaan dan perbualan mereka dua beranak. Azril sekali lagi hanya mampu tersenyum setelah jelas dengan pertanyaan uminya itu.

“ Belum ada rezeki lagi la tu umi..Kita sabar jela.Lagipun kami bukannya merancang dan tak mahukan anak dalam masa terdekat ni. ALLAH masih belum bagi kami rezeki untuk timang anak..insyaALLAH esok lusa adalah tu..” jawab Azril lembut.

“ Alah..alasan je tu. Ntah-ntah bini kamu tu memang tak nak timang anak cepat-cepat tak? Umi tengok dia tu asyik sibuk je manjang. Makan pakai kamu ni terjaga ke?” soal Puan Fatimah lagi sambil meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Isy..dah kenapa pulak dengan umi ak nie? Detik hati Azril bertanya sendirian…
“ Isy..takdelah umi..Nia tak sekejam tu nak biarkan anak umi yang kacak ni tak cukup makan atau pun kene basuh baju sendiri..” balas Azril sambil tersengih ke arah uminya.
“ Main-main aje kamu ni ye! Umi tanya ni bukan main-main tau..” balas Puan Fatimah tegas apabila dia mula merasakn yang Azril memandang remeh pertanyaannya tadi.
“ Umi..memanglah Nia nampak selalu sibuk dengan kerja dia..tapi jujur Ril beritahu pada umi yang dia tak pernah abaikan Ril. Makan pakai Ril sntiasa terjaga. Lagipun dia pandai bahagikan masa dia. Masa dia di rumah takdelah dia angkut sume kerja dia kat office tu bawak balik rumah…” terang Azril lagi dengan kata-kata yang boleh meyakinkan uminya.

“ Umi ni bukan apa Ril. Umi ni teringin nak dpat cucu cepat-cepat. Umi ni dah makin tua..ntah smpai bile boleh bertahan. Umur kamu mkin mningkt.patutnya sekarang kamu dah ad ank tahu!” jawab Puan Fatimah lagi namun dalam nada yang lebih lembut.

Azril pantas menggenggam tangan uminya..
“ Umi..kenapa cakap macam tu? Umi ni buat Ril takut je..Bukan Ril tak mahu anak umi. Jauh di sudut hati Ril..Ril selalu berdoa moga DIA cepat kurniakan zuriat pada kami. Nia tu..walaupun dia diam je..tapi Ril tahu hati dia..Nia pun nak sangat timang anak. Tapi umi sendiri tahu kn? Kita ni manusia biasa..apa daya kita..mungkin pada saat dan ketika ni ALLAH masih belum percaya Ril mampu menjadi seorang ayah yang baik..
DIA lebih tahu umi..mungkin DIA akan kurniakan zuriat pada kami bila kami sendiri sememangnya dah cukup mampu untuk mencorak amanahNYA pada kami nanti…” jelas Azril sambil memperkuatkan lagi genggaman tangan pada uminya.

“ Sekarang cuma satu Ril minta pada umi. Doakan kami dan jangan pernah putus berdoa untuk kami. Selama ni pun Ril hidup atas doa dr umi..Ril yakin doa umi mampu membuka pintu rezeki kami untuk menimang cahaya mata..” ujar Azril penuh lembut.

Puan Fatimah tersentuh mendengar pengakuan anaknya itu. Azril sememangnya seorang anak yang baik. Dia bukan tidak menyukai menantunya itu atau cuba untuk mencari masalah. Selama ini hubungannya dgn Nia baik dan dia sendiri dapat melihat kerukunan rumah tangga anaknya itu. Namun sejak akhir2 ini hatinya tidak tenteram mendengar cerita dari mulut-mulut orang yang sentiasa bercerita perihal anak dan menantunya yang sehingga kini masih belum menimang anak walaupun sudah lama berkahwin. Dia tidak sanggup perihal rumahtangga anaknya itu menjadi buah mulut orang. Hatinya terasa hancur berkeping-keping..

Puan Fatimah jadi sebak…
“ Umi tahu Ril..doa umi tak pernah putus untuk kamu suami isteri. Kamu banyak bersabar ye nak..insyaALLAH, DIA telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk anak umi ni…” balas Puan Fatimah sambil menahan air mata daripada berlinangan.

“ Terima kasih umi..Ril sayang umi..” Azril lantas mengucup dahi Puan Fatimah dan dia memeluk erat uminya itu.

Di dapur pula, Dania sudah teresak-esak mendengar perbualan dua beranak itu.
YA ALLAH..izinkan aku untuk membahagiakan hati seorang ibu juga hati seorang suami yang begitu setia di sisi ak YA ALLAH…doa Dania di dalam hati sambil terduduk di tepi kabinet dapur di rumah mertuanya itu.

3 comments:

Anonymous said...

sedihnye...sean dania..mane la ade sorg pompuan yg xnk jd ibu..tp tula,rezeki Allah tu xsemestinya cpt..best2..smbung lg ye..!

-cheesecake-

keSENGALan teserlah.. said...

huhu...
besh cite nieh..
suke2..
sian at dania..
jgn la nnty kalo dania xley bg anak,,anisa lak jd ganti..
sian kt dorng nnty..
hehe..mandai je aku nieh..haha..
smbung2..

ceritaku MEMORIKU said...

huhu.sedih2.
ahakzzz.
-na'dz

Post a Comment