PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Tuesday, May 5, 2009

Namamu Terpahat Dihati (2)

“Isy..mane dia ni pegi…” rungut Azril di dalam hati sambil jarinya pantas berkali-kali mendail nombor telefon milik sahabatnya Anisa

“Maaf! Nombor yang anda dail….” aduhai operator nie, suara kau je yang manjang aku dengar! Lantas Azril menyampakkan telefon bimbit kesayangannya ke atas sofa di ruang tengah rumahnya.

Setelah majlis pernikahannya berjalan dengan lancar tadi pagi, keluarga rombongan pengantin di kedua-dua belah pihak terus pulang menuju ke destinasi mereka masing-masing. Dan kini dia berada di rumahnya membantu apa yang patut sebelum majlis persandingan di rumah pengantin perempuan yang akan berlangsung esok. Mungkin sudah tradisinya begitu, takkanlah selepas menikah dia terus pulang berkampung di rumah keluarga mentuanya pula! Huh..boleh mengamuk uminya kalau begitu.

“Kamu ni kenapa Ril? Takkanlah baru berpisah kejap kamu dah nak mereng jadinya? Kamu dah selamat menikah pun Ril..tak ke mane si Dania tu..”sapa uminya sambil tersenyum sumbing setelah melihat telatah anak sulungnya yang sedari tadi sibuk mundar-mandir di ruang tamu rumah mereka dan akhirnya menghempaskan telefon di atas sofa. Azril lantas berpaling dan menjeling manja ke arah uminya itu. Mungkin umi fikir aku sibuk telefon Dania kot!

“Isy umi nie, merepek je! Ha merepek la selalu, doakan yang buruk2 tok Ril..esok2 kalau anak umi nie betul-betul mereng baru umi tau! Mane lagi umi nak carik anak yang terbaik macam Ril nie? Nanti umi menyesal seumur hidup…sudah lah Ril nie…”

“Sudah-sudahlah tu long! Naik menyampah da lame-lame Rina dengar..” Azril lantas berpaling setelah mendengar suara itu. Isy, ada saje bdak ni nak membantah ckp ak..kecik-kecik da pandai melawan..esok besar nak jadi ape? Eh, tapi kecik lagi ke dia tu?

“Umi! Anak kesayangan umi ni selalu la keluarkan statement terlampau! Telinga Rina ni rse bernanah je dengar..tak ley diterima dek akal Rina yang masih waras lagi ni tau…” jerit Rina, adik Azril yang baru saja turun dari tingkat atas rumah mereka sambil menjelerkan lidah kearah abangnya. Isy, bilelah perangai buruk dia yang satu nie nak hilang? Selalu suke masuk bakul, then angkat sendiri! YA ALLAH, kau berilah petunjuk pada abangku yang satu ini! Hehehe..tawa Rina di dalam hati.

“Ha, ni lagi satu..melawan je kerja kau ye! Esok-esok time sesak jangan kau mengendeng-negendeng dengan along mintak itu ini..Rina itulah..Rina inilah…” balas Azril sambil mengajuk percakapan adiknya itu. Lantas Azril semakin menghampiri ibunya yang sibuk mengemas meja makan. Baru sebentar tadi sanak saudaranya pulang setelang menjamu selera terlebih dahulu di rumah mereka.

“Eleh….”balas Rina pula sambil Puan Fatimah tersenyum melihat telatah anak-anaknya itu.
“ Takdelah umi..dah nak naik patah jari-jari Ril ni rsenye..dari tadi Ril call Nisa..ntah mne bdak ni pergi ntah…senyap je..nak mengelat la tu..ari tu bukan main lagi, tinggi melangit janji dia nak tolong Ril macam-macam time majlis nie..last-last dia ntah ke mane-mane ntah…”bebel Ril panjang di sisi ibunya.

Puan Fatimah hanya mampu tersenyum mendengar celoteh anaknya. Dia faham benar persahabatan yang sudah lama terjalin di antara Anisa dan Azril. Malahan dahulu sebelum Dania diperkenalkan kepada keluarga mereka, sangkanya Anisa lah teman istimewa Azril kerana sering juga gadis itu datang menziarahinya.

“ Kamu ni pun satu, kamu ingt kerja dia 24 jam siang malam pagi petang nk jge kamu je ke? Umi rse dia pn da mlas nak layan kamu. Dulu mase kamu belum kenalkan Nia pada umi, umi ingat kamu berkenankan si Nisa tu. Tup-tup orang lain pulak yang kamu bawak balik nak djadikan menantu umi. Nasib baik jugalah pilihan kamu tu masih boleh umi terima. Kalau umi tak berkenan, tak kuase umi nak pergi pinangkan Nia untuk kamu tau!..”bebel uminya pula panjang.

“Ala..relaksla umi…umi kan tau Ril dengan Nisa mcam mane..tak terfikir pulak Ril sampai nak jadikan Nisa tu isteri Ril..mmgla Ril baik dan rapat dengan dia..tapi yg berjaya mencuri hati anak umi yang kacak ni cume Dania je. Kalau umi pakat ramai-ramai ajak jiran tetangga belah dada Ril, umi cume akan nampak name Dania je..”balas Azril sambil tersenyum sumbing

“Ala umi..along tu memang gatal...”jerit Rina pula sebelum rumah keluarga Encik Afzan ini riuh dibaluti suara mereka berkejar-kejaran

------------------------------------------------------------------------------------

“Jadi kan kita ke majlis kenduri kawin kawan kak Nisa esok? Sape nmenya? Azril?” tanya Mak Su nya kepada Imran yang baru sahaja sampai di rumah.

Hai, mne2 ak pergi name dia je yang berdegang kat telinga ak! Buat ape lah nak baik sangat dengan lelaki yang tak tahu diuntung macam tu?? Hai…dunia2..

“Imran!”..jerit Mak Su kepada Imran yang kelihatan langsung tidak mengambil endah pertanyaannya tadi

“Ye saya! Urm jadi la kot Mak Su..itupun kalau Im free la. Maklumlah Im kan banyak meeting..kalau schedule Im penuh..Mak Su ajak Pak Mat duda hujung taman tu pegi lah…Untung-untung Mak Su bertemu jodoh dengan dia….”sakat Imran kepada ibu saudaranya yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri itu.

“Hisy kamu nie! Kamu tu masih belajar, mne nk datang pulak meeting melambak-lambak? Kali nie fius kepala kamu yang belah mane pulak short? Meh Mak Su tolong jahitkan. Jangan risau! Mak Su tak jahit gune benang, nanti senang tetas. Mak Su jahit pakai dawai nak? Nanti sekejap Mak Su pegi mintak kat Pak Mat tu..rsenye ad jual kat kedai dia! Kamu nk merase ke??..bebel Mak Su berserta lagaknya yang sedang bersiap untuk keluar ke kedai Pak Mat
“Hahahaha..alamak permaisuri diraja da mengamuk la pulak..relaksla Mak Su..bergurau pun nak marah…”tambah Imran lagi

“Yela2 kita pergi..Kak Nisa kan da pesan suruh kt pergi. Lagipun akak ada suruh paskan something pada si Azril ngan Kak Nia…mende ap ntah..” jawab Imran.

“Huh, kalau akak tak suruh, tak ingin ak pergi..!” jerit hati kecil Imran yang tidak mungkin terluah di hadapan Mak Sunya. Apa yang pasti Mak Su nya tidak pernah tahu bahawa Anisa ada menyimpan hati pada Azril, sahabat yang sering diceritakan kepada Mak Su nya itu. Dan Mak Su juga tidak mengetahui rahsia di sebalik keberangkatan kakaknya ke luar negara yang jatuh pada tarikh yang sama dengan pernikahan Azril. Segalanya telah dirancang olah kakaknya dengan baik!

2 comments:

Anonymous said...

erm..best2..smbng lg..!xsbr nk tau kisah slanjutnye..

-cheesecake-

Nia Arissa said...

ciannye anisa...
ermm... best2...
sambung cpt2 tau..

Post a Comment