PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Monday, May 25, 2009

Namamu Terpahat Dihati (19)

“ Termenung jauh nampak? ” Aunty Sarah menyapa Ary yang dilihat sedang termenung di atas katil setelah ketukannya di pintu bilik anak bujangnya itu berulang kali tidak dijawab.

Ary pantas bangun dan tersengih..
“ Mama..masuklah..” Ary berkata ringkas pada mamanya itu. Sedari tadi malamnya diisi dengan hanya berkurung di dalam bilik..Merenung sedalamnya tentang rasa hatinya yang sebenar..

“ What’s wrong with you?” tanya Aunty Sarah terus pada Ary sambil duduk di sisi anaknya itu di atas katil..Ary memberi ruang sedikit buat mamanya untuk bersandar di kepala katil..

“ Kenapa dengan Ary? Ok je? “ jawab Ary sambil meletakkan telapak tangannya di atas dahi. Tak panas pun..aku nampak macam demam ke? Getus Ary di dalam hati

“ Dari tadi mama ketuk Ary tak dengar ke?” tanya Aunty Sarah
“ Ada ke mama ketuk? Bila? Semalam?..” Ary menjawab selamba. Aunty Sarah yang merasa geram dengan jawapan Ary pantas menepuk kuat paha anaknya itu.

“ Aduh!“ Ary menjerit kecil sambil menggosok-gosok pahanya itu
“ Menjawab-menjwab! Menjawab je taunya..” Aunty Sarah membebel. Ary hanya memasamkan muka
“ Dah mama ketuk macam semut mana Ary nak dengar..marah Ary pulak..” jawab Ary sambil tangannya terus menggosok

“ Ary ni dah boleh jadi bapak budak tau..Perangai tu cuba la ubah sikit..” Aunty Sarah berkata sambil melilau melihat sekeliling bilik anaknya itu. Tetap kemas seperti selalu. Ary memang seorang yang menjaga kebersihan. Agak berbeza sedikit berbanding abang dan adik lelakinya

“ Mama nak suruh Ary ubah apa? Ary dah cukup matang ni tau! Petik sekali pergh berderet yang datang..“ jawab Ary sambil meniup-niup bahunya kiri dan kanan tanda seperti orang berlagak. Aunty Sarah yang melihat terasa meluat dengan telatah anaknya itu.

“ Ary jangan cakap besar. Kalau yang datang berderet tu macam girlfriend-girlfriend Ary yang pakai baju tak cukup kain tu nak buat apa!” Aunty Sarah menjawab geram. Ary yang mendengar hanya tersengih. Radio buruk dah start siaran!

“ Ary jangan cuba-cuba nak carik perempuan bukan-bukan jadi menantu mama eh! Silap-silap mama boleh jadi mak mentua yang paling kejam atas muka bumi ni tau!” Aunty Sarah mula mengugutnya

“ Wow! Tapi ok what. Ary teringin juga nak tengok mama jadi macam tu..mesti tetap vogue even kejam..” Ary mula membodek mamanya sambil tergelak. Aunty Sarah hanya mampu menepuk kuat paha Ary buat kali kedua. Kali ini lebih kuat!!

“ Adoi! Dah la ma..mama kata tadi Ary dah boleh jadi bapak budak. Mama pukul-pukul macam ni macam Ary budak-budak je..” Ary mengalah daripada terus menyakat mamanya. Mamanya memang pantang..

“ Daripada mama sesak2 fikir pasal Ary..lebih baik mama fikir pasal anak kesayangan papa tu. Dia tu tengok je pun dah tau..memang dah terlebih layak jadi bapak budak..” Ary menokok lagi. Lantas seraut wajah abangnya Ezy terpamer di kotak ingatan.

Sejak kecil dia agak tidak sebulu dengan abangnya itu. Mereka selalu bersaing dari segala segi dan yang pasti papanya selalu memenangkan abangnya itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin kerana Ezy anak sulung.Tapi adalah tidak adil jika hanya kerana Ezy anak sulung papa seolah-olah menutup mata dan memekakkan telinga atas setiap tingkah laku Ezy. Mungkin juga sebab Ezy pandai membodek papanya sejak dulu..bermulut manis..nampak seperti dia yang selalu teraniaya padahal hakikatnya? Hanya dia dan Ezy sahaja yang tahu..Ary mengutuk geram di dalam hati.

Ary selalu sedar setiap kali dia memperoleh sesuatu yang lebih dari abangnya itu, pasti Ezy tidak puas hati dan akan memberontak. Hingga akhirnya papa akan menuruti segala kemahuan abangnya itu. Dan perkara itu masih terjadi sehingga kini..apabila Ezy sudah memperoleh ijazah sarjana muda di universiti tempatan..papa langsung tidak memaksa abangnya untuk meneruskan pengajian di luar negara. Papa hanya menurut apabila abangnya itu mahu terus bekerja di syarikat milik keluarga mereka.

Namun apabila tiba gilirannya, papa memaksa keras agar dia menyambung pengajian di sini. Ary tiada pilihan dan papanya tegas memberi kata dua. Sama ada dia meneruskan pengajian dan berkhidmat di syarikat itu setelah pulang atau tidak meneruskan pengajian tetapi tidak akan diberikan peluang untuk berkhidmat di syarikat itu sampai bila-bila! Pilihan yang diberikan adalah sangat tidak adil. Kenapa Ezy boeh terus bekerja di situ sedangkan dia tidak? Namun dia tidak mampu berkata apa dan memilih untuk meneruskan pengajian. Lambat laun dia akan turut menjadi sebahagian daripada syarikat itu..dia hanya perlu sabar menanti..

Syarikat milik keluarga itu telah dibangunkan oleh arwah datuk mereka. Ary sangat rapat dengan arwah datuknya itu. Dia tidak boleh terima apabila dirinya tidak diberi peluang untuk berkhidmat di situ oleh papanya apabila tidak menyambung pengajian sedangkan dulu datuknya berpesan agar dia adik-beradik menguruskan syarikat itu. Datuknya hanya mempunyai dua orang anak iaitu seorang anak lelaki iaitu papanya dan seorang anak perempuan. Namun cinta papanya yang lebih mendalam terhadap ilmu membuat papanya langsung tidak ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Meskipun papanya pemegang syer terbesar setelah datuknya di dalam syarikat itu, hanya makciknya yang menguruskan syarikat tersebut bersama datuknya.

Dan Ary kenal benar sikap datuknya. Datuknya itu lembut dalam tegas. Datuknya tidak suka memaksa andai anak-anaknya mempunyai minat mereka sendiri. Namun satu yang pasti datuknya telah mewasiatkan agar syarikatnya itu diuruskan oleh cucu-cucu daripada anak lelakinya iaitu papa dan bukan cucu-cucu daripada anak perempuannya. Makcik Ary yang sememangnya mudah untuk bertolak ansur itu hanya menerima wasiat tersebut. Lagipun anak-anaknya sudah mempunyai kerjaya tetap masing-masing dan sepupu-sepupunya juga tidak menunjukkan minat untuk menguruskan syarikat peninggalan arwah datuk mereka itu.

“ Ary tau lah perangai Ezy tu macam mana kan? Naik berbuih mulut mama ni..” Ary tersedar daripada lamunan apabila mendengar bicara mamanya..
“ Ke hulu ke hilir asyik bertukar perempuan je..mama pun tak tahu perangai siapa yang dia ikut..keras kepala dah satu hal..” Ary hanya mendengar mamanya meluahkan rasa. Ary faham yang hati mamaya selama ini memang selalu tidak berkenan dengan perangai abangnya itu. Hanya papa yang tidak pernah bersuara!

“ Mama tau Ary tak macam tu kan?” Ary bertanya serius. Dia tidak mahu mamanya beranggapan sikapnya sama dengan abangnya yang satu itu.
“ Mama tau sayang..mama kenal anak-anak mama..” Aunty Sarah menjawab lembut sambil memeluk lembut bahu anaknya itu..

“ Even Ary ni pun tak boleh percaya sangat..tapi mama tau pergaulan Ary masih lebih terbatas berbanding Ezy..” Ary yang mendengar merasa tenang. Selama ini memang mama yang lebih memahami hatinya berbanding papa. Oeh kerana itu Ary lebih suka berkongsi segala masalah dengan mamanya

“ Biasa la ma..papa tu manjakan dia sangat..mana la dia tak besar kepala..” Ary menjawab perlahan. Lantas dia teringat pula pada adiknya..Ahmad Farel Fahrezan. Adiknya yang satu ini pula lain perangainya. Ejan agak pendiam namun adiknya itu tidak pula membawa masalah pada keluarga. Ejan lebih gemar mengisi masa dengan hobinya yang satu itu sejak di sekolah menengah iaitu menyelam. Pelbagai pulau di sekitar Malaysia telah dilawati oleh adiknya itu. Mama dan papanya pula langsung tidak membantah asalkan adiknya masih pandai membahagikan masa dan sedar akhirnya dia perlu turut sama membangun syarikat peninggalan arwah datuk mereka itu.

“ Ary masih tak nak carik somenone yang special ke sayang? Ke Ary ada rahsiakan apa-apa dari mama?” Aunty Sarah akhirnya menyambung bicara dan mematikan lamunan Ary. Dan dia juga sengaja menyerkap jarang sebenarnya. Selama ini dia tahu sikap Ary yang susah untuk memberikan komitmen pada satu perhubungan. Namun sejak akhir-akhir ini ada perubahan yang dikesan pada anaknya itu. Mungkin Ary sudah menemui seseorang yang istimewa..benaknya mentafsir..

“ Entahla ma..Ary sendiri masih keliru dengan hati Ary..” Ary terus jujur mengakui. Kalau dengan mamanya Ary tidak pandai berahsia. Ary selesa untuk berkongsi apa sahaja dengan mamanya. Mungkin juga kerana mamanya itu sentiasa menjadi penyokong dan pengkritik tetapnya.

“ What are you trying to say? You wanna say that yourself even do know what is actually deep inside of your heart? ” Aunty Sarah bertanya lembut. Ary yang mendengar pantas cuba untuk mentafsir maksud kata-kata mamanya itu.

“ Maksud mama?” Ary bertanya pula.
“ Maksud mama simple je. Kalau Ary sendiri pun tak tahu atau tak pasti dengan apa yang Ary nak..dengan apa yang Ary rasa..Ary rasa ada ke orang lain yang boleh tolong Ary untuk interpretkan pulak apa yang Ary rasa?” Ary pantas menggeleng. Sebenarnya dia agak pening mendengar ayat mamanya yang dirasakan agak berbelit itu.

“ Tau pun. So firstly yang Ary perlu tahu sebelum Ary buat apa-apa Ary kene betul-betul faham hati Ary sendiri. Yakinkan diri dan hati Ary..betulke itu yang Ary nak?” Ary hanya diam mendengar penerangan mamanya. Aunty Sarah yang perasan Ary seperti tidak memahami lantas menyambung bicara semula..

“ Senang cerita tanya hati Ary sendiri..betul ke dia yang Ary cinta..yang Ary sayang..Betul ke dia yang Ary nak untuk berkongsi hidup dengan Ary..susah dan senang..atau perempuan tu cuma kawan. Ada atau tiadanya dia dalam hidup Ary langsung tak memberikan apa-apa kesan..ada faham? “ Aunty Sarah bertanya. Ary yang menjadi pendengar setia dari tadi pantas tersenyum dan mengangguk. Akhirnya..sedari tadi mamanya membebel baru kini dia memahami maksud kata-kata mamanya..

“ Yes madam. Sangat faham..thanks ma..” Ary pantas mengenggam erat tangan mamanya. Ary seolah beroleh keyakinan dan semangat. Dia pantas mengelamun andai Anisa pergi jauh dari hidupnya..isy..tak boleh2! Boleh mereng aku dibuatnya..jerit Ary di dalam hati. Dia semakin yakin dengan isi hatinya..
“ Boleh mama tau siapa yang dah berjaya mencuri hati anak mama ni? “ Aunty Sarah bertanya lanjut. Dia ingin tahu apakah dia mengenali wanita itu dan jika dia mengenalinya adakah wanita itu sesuai untuk dijadikan isteri dan sekaligus menantunya?

Ary yang mendengar hanya tersengih. Tidak pasti adakah dia perlu terus memberitahu atau menyembunyikan dahulu gerangan pemilik hatinya kini..
“ One day you will know ma..Sekarang bukan masanya lagi..” Ary pantas menjawab lembut. Aunty Sarah yang mendengar hanya tersenyum dan tidak memaksa. Kerana dia tahu Ary..pasti suatu saat Ary sendiri yang akan bercerita tanpa dia perlu bertanya. Doanya moga wanita itu wanita yang baik-baik..

“ It’s up to you sayang..But if Ary nak lebih yakin..doa dan mintak petunjuk. Apa-apa pun jodoh tu di tangan ALLAH..DIA yang lebih tahu..” nasihat Aunty Sarah lagi
“ InsyaALLAH ma..Ary ingat pesan mama.” Ary menjawab lagi.
“ Dan kalau Ary dah betul-betul yakin..you must work very hard for it! Kalau dah terlepas ke tangan orang lain Ary jugak yang gigit jari nanti..” tambah Aunty Sarah lagi. Ary hanya tersenyum dan memproses pesan mamanya yang terakhir itu.

“ Ok sayang mama keluar dulu. Nak pergi tengok papa Ary buat apa. Jangan tidur lambat..” Aunty Sarah akhirnya meminta diri dan menepuk lembut paha anaknya
“ Ok ma..” jawab Ary sambil memegang lengan mamanya. Dan apabila Aunty Sarah mula bangun Ary pantas menarik lembut lengan mamanya dan Aunty Sarah berpaling semula..
“ Thank you so much ma..” Ary berkata lembut..
“ Your welcome sayang..good night..” Aunty Sarah menjawab dan terus keluar dari bilik anak bujangnya itu.
“ Good night ma..” Ary menjawab dan hanya memerhatikan langkah mamanya.

Setelah mamanya keluar Ary meraup mukanya berkali-kali. Hatinya kini lebih tenteram dan pesan mamanya agar dia memohon petunjuk berlegar-legar. Wait for me Nisa!! Jerit Ary di dalam hati..

4 comments:

::cHeeSeCaKe:: said...

wawawa..gudluck ary..! pastikan nisa xterlepas ke tgn laki lain..xsabar nk tau cite slanjutnye..!

alkene said...

sporting and selamber betul ary ngn mak die
mcm member kamceng bile ckp psl pilihan hati
hehehe

keSENGALan teserlah.. said...

haha..
chayok2 ary..

ceritaku MEMORIKU said...

ngeeee.
wait for ary nisa.
ahakzzz
comelcomel
-na'dz

Post a Comment