Dalam diam Anisa memerhati peribadi lelaki di sebelahnya itu..hatinya berdetik..Ary sebenarnya berguna juga dibuat kawan. Setelah agak lama dia merantau mencari ilmu di sini Ary boleh dikatakan kawan yang agak rapat dengannya ketika ini selain teman-teman serumahnya. Walaupun kadangkala kerana Ary hidupnya menjadi huru-hara..kehadirannya dibenci orang..namun tidak dapat dinafikan kehadiran Ary mampu membuatnya lupa seketika tentang Azril. Kerana selama bersama Ary mulutnya seakan tidak pernah letih untuk membebel dan hatinya selalu ingin marah sekaligus membuat dirinya kesuntukan masa untuk mengingati Azril nun jauh di tanah air..
Namun sejujurnya hanya sekadar itu pandangannya mengenai Ary. Hanya sebatas teman yang boleh diandalkan. Sayang sebagai seorang teman biasa yang dianggap boleh menceriakan hidupnya. Hanya itu! Kerana di dalam hatinya Ary seakan telah dicop sebagai seorang playboy..Meskipun sifat buruk Ary itu tidak terlalu ketara namun sikapnya yang sentiasa mesra dan berlebihan terhadap perempuan-perempuan di sekelilingnya tidak disenangi oleh Anisa. Bukti utamanya Melly! Dari situ dia boleh menilai Ary dari suatu sisi yang berbeza..agak tidak sesuai dibuat suami andai diberi pilihan..
Namun jauh di suatu sisi juga dia bersyukur kerana setidak-tidaknya usaha untuk melupakan Azril sedang dilaksanakan apabila masanya sentiasa diisi dengan pertengkaran bersama Ary. Biarpun hatinya masih perit untuk menerima kenyataan itu..namun kewarasan akalnya juga sentiasa berfikir tentang realiti dan kenyataan yang terbentang luas di depan matanya. Tidak mungkin Azril yang kini sudah sah menjadi suami orang akan menjadi miliknya pula..mustahil! Hati kecil Anisa menjerit..
Ary yang sudah lama menghabiskan burgernya memandang Anisa di sisi. Burger Anisa masih bersisa separuh..makan macam kura-kura pulak hari ni..selalu cepat je abis..detik hati Ary. Dia lantas merenung seraut wajah Anisa di sisinya yang sedang termenung jauh..berangan je kerjanya! Bahunya lantas disenggolkan ke bahu Anisa untuk menyedarkan gadis itu daripada terus mengelamun..
Tindakan drastik Ary yang juga terus mengambil burger di tangan Anisa setelah menyenggol bahunya tadi menyedarkan Anisa..
“ You kalau tak habis bagi je kat I..I sure boleh habiskan dengan sekali ngap je..” Ary selamba berkata sambil tangannya terus membuka bungkusan burger yang tinggal separuh itu. Anisa pantas merampas burger itu semula..
“ Amboi! Lebih-lebih dah nie..I tak kata apa pun..jangan tamak! You punya kan dah habis..dah la..” Anisa pantas membebel geram. Ary pantas tersenyum mendengar bicara mulut comel itu..
“ I ingat you dah kenyang berangan dari tadi..” Ary menjawab sinis. Namun Anisa hanya diam tidak menjawab sambil terus mengunyah burgernya itu..Ary pelik..
“ Nisa..are you okey? “ Ary bertanya lembut. Anisa jarang bersikap seperti ini..pasti ada sesuatu yang sedang difikirkannya. Entah kenapa jauh di sudut hati Ary risau..selebihnya dia terasa ingin menjadi seseorang yang boleh berkongsi segala masalah yang dihadapi oleh gadis yang semakin mula mencuri hatinya itu..
Anisa berpaling mendengar keprihatinan Ary. Reti jugak kau macam mana nak ambil tahu pasal orang di sekeliling kau ye? Anisa berkata di dalam hati..
“ Tak de pape la..I’m okey..” Anisa menjawab ringkas sambil matanya dihalakan semula merenung jauh ke depan. Ye ke tak de pape? Getus hati Ary. Ary pantas menyusun bicara. Hatinya terlalu ingin tahu apa yang tersembunyi di dalam hati gadis ini..
“ Nisa..I sedar sometimes kehadiran I dalam hidup you buat you pening..berserabut. Sampaikan you mula ada musuh di sini disebabkan I..” Anisa berpaling apabila dia mula mengesan kelembutan dalam bicara lelaki itu.
“ Tapi sejujurnya I rasa bertuah dapat kenal dengan you..You know why? Becoz at least I dapat kenal dengan seorang kawan yang selalu akan tegur salah dan silap I. Even sometimes I tak berkenan jugak dengan cara you tegur I..” Anisa tergelak kecil mendengar bicara Ary..
“ Sebab I rasa you kawan I la I tegur you. Kalau tak, I tak kisah apa nak jadi kat you..” Anisa menjawab ringkas. Ary semakin tertawan mendengar bicara ringkas gadis itu.
“ So, kalau you anggap I sebagai kawan you..tak salah if you wanna tell me about your problem. Even I’m not a good friend but maybe I can be a good listener..hopefully..” Ary menjawab tenang sambil tersenyum manis. Kawan? Aku akan pastikan one day aku bukan setakat kawan tapi seseorang yang istimewa di hatimu sayang..bisik dan janji Ary di dalam hati..
Anisa terdiam mendengar bicara Ary. Bolehkah Ary menjadi seseorang untuk dikongsi apa yang selama ini tersimpan kemas di hatinya? Tidak rasanya..meskipun niat Ary baik namun dia belum cukup mengenali peribadi lelaki ini. Walaubagaimanapun Anisa akui, di sebalik sikapnya itu Ary masih punyai sifat-sifat yang baik. Buktinya apabila ditegur lelaki itu masih boleh sedar dan berubah. Lagipun selama mengenali Ary lelaki itu tidak pernah mengambi kesempatan ke atas dirinya. Mungkin Ary menghormati pendirian dan prinsipnya. Tika bersamanya Ary seolah berubah karakter daripada seorang lelaki playboy kepada seorang lelaki nakal yang kadangkala menghiburkan..
“ I really miss him..” akui Anisa perlahan namun cukup menusuk ke dalam hati Ary yang menunggu bicara Anisa sedari tadi..
Ary terpempan! Anisa merindui seseorang? Him? Maksudnya seorang lelaki? Anisa sudah berpunya ke? Kenapa selama ini dia tidak tahu? Atau kenapa selama ini dia tidak pernah terfikir akan kemungkinan itu?
Ary serba tak kena. Hatinya pedih mendengar pengakuan jujur gadis itu. Selama dia mengenali Anisa dia tidak pernah mendengar Anisa bercerita mengenai seseorang yang istimewa di hatinya..Eh, tapi selama ni pun kerja aku asyik gaduh dengan dia..tak kan tiba2 dia nak beritahu pada aku? Pelbagai persoalan berlegar di benaknya tanpa terluah..Kenapa bila hatinya mula jatuh sayang pada Anisa baru dia terfikir dan sedar akan kemungkinan-kemungkinan itu? Pada matanya Anisa cukup sempurna..Jadi tidak mustahil andai hati gadis itu sebenarnya telah dimiliki oleh seseorang. Ary merasakan hatinya cukup kecewa..
“ You mean your special someone?” Ary bertanya perlahan namun hatinya resah menanti jawapan Anisa. Anisa tergelak perlahan..
“ He is very special inside of my heart but yang pasti I bukan yang teristimewa di hati dia..” Anisa menjawab perlahan. Namun ada sendu dalam bicaranya yang dapat dikesan oleh Ary. Ary hampa..nampaknya Anisa sangat menyayangi seseorang itu..Walaubagaimanapun Ary pelik mendengar jawapan Anisa..tapi kenapa pulak macam tu?
“ Maksud you?” Ary bertanya lagi. Hatinya berkocak hebat ingin mengetahui perihal lelaki yang disayangi Anisa itu. Anisa tertoleh mendengar pertanyaan Ary itu..
“ Hai banyak tanya nampak? ” Anisa lantas mengubah topik kerana tidak mahu Ary terlalu mengetahui tentang cerita hidupnya. Biarlah ia tersimpan kemas di dalam benaknya..
“ Tak boleh ke I tanya? “ Ary bertanya tidak puas hati. Anisa seakan sengaja tidak mahu menjawab pertanyaannya..
“ Mestilah tak..you bukan suami I yang I perlu cerita semuanya pada you..” Anisa sengaja menjawab begitu agar Ary marah. Apabila Ary marah pasti lelaki itu tidak akan terus bertanya. Terasa menyesal pula membuka cerita tadi..
Ary terkesima mendengar jawapan Anisa. Cukup sinis pada pendengarannya..
“ So kalau macam tu you kahwin je la dengan I..Bukan setakat cerita you yang you perlu kongsi dengan I. But everything..” Anisa terkejut mendengar jawapan Ary itu. Aduh..dah start mereng dah kepala otak mamat ni..
“ Ha..you ni dah mula la kan? Sucikan sikit kepala otak you tu..” Anisa menjawab geram.
“ Actually I rindu dengan adik I la..And my Mak Su..” Anisa sengaja memberikan jawapan yang lain bagi mengaburi Ary. Ary kecewa mendengar jawapan Anisa. Bukan jawapan itu yang diinginkan. Tapi biarlah..mungkin saat ini Anisa belum bersedia menceritakan kisah hidupnya pada aku..Ary berjeda di dalam hati. Dia tidak mahu memaksa..Lantas dia hanya mengikut rentak Anisa..
“ What’s wrong with your Mak Su? Dia sakit ke? “ Ary kembali menunjukkan sikap prihatinnya. Selebihnya dia memang ingin tahu perihal keluarga Anisa. Siapa sebenarnya yang telah mendidik gadis ini sehingga mampu membesar menjadi seperti sekarang? Seorang gadis yang sangat sederhana namun mempunyai keperibadian yang sangat indah..
“ Entahlah..adik I cakap Mak Su selalu sakit-sakit dada sekarang..tapi Mak Su I tu degil..dia tak mahu ke klinik..” Anisa menjawab tenang. Ary tersenyum..
“ Kenapa la you sibuk-sibuk fikir pasal Mak Su you? Your parents you tak kisah pulak? “ Ary bertanya kembali. Anisa hanya tersenyum. Lupa yang Ary tidak pernah tahu tentang kisah hidupnya yang satu itu. Hanya Aunty Sarah yang tahu. Mungkin Aunty Sarah tidak pernah bercerita pada Ary.
“ Actually mama dan papa I dah lama meninggal. Since I dan adik I kecil lagi..” Ary terkejut mendengar cerita Anisa. Dia tidak pernah tahu selama ini bahawa Anisa adalah anak yatim piatu..
“ Sejak arwah mama dan papa I meninggal dalam satu kemalangan..Mak Su yang bersusah payah membesarkan I dan adik I sampai sekarang. I tak tahu apa nak jadi dengan hidup I dua beradik kalau Mak Su I tak de..” Anisa bercerita sambil bergenangan air mata. Dia jarang menceritakan kisahnya yang satu itu pada orang kerana dia mudah untuk menitiskan air mata apabila mengingati arwah papa dan mamanya..
“ Nisa..I’m sorry. I tak tahu yang..” belum sempat ayatnya dihabiskan Anisa sudah memotong..
“ It’s okay..I memang jarang nak cerita pada orang. Jadi tak ramai yang tahu. Even rakan serumah I pun tak tahu..” Anisa menjawab lembut..
Ary semakin kagum melihat semangat gadis itu. Di sebalik sikapnya yang sentiasa ceria itu rupanya ada sebuah kisah duka yang disimpan di dalam hatinya..
Petang hari itu banyak yang dibualkan oleh Ary dan Anisa. Sedikit sebanyak ada juga kisah mengenai Anisa yang telah diperolehnya..setelah berbual panjang barulah mereka pulang ke rumah masing-masing.
Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37
2 years ago
5 comments:
hohoho..usaha ary..! hope nisa n ary la..:D
betul tue betul...biar la ary n nisa together....
go ary,,go ary..
ahhaa...
chayok2..
nisa ngn ary...
ermm... ary kena usaha lebih lagi kalau dia betul2 suka anisa... btw.. nisa memang kuat...
kental untuk meredah segala dugaan...
kali ni takde nakal2 eks...hi3
ganbate
chayok2.ahakzzz.ayat ary
"Kawan? Aku akan pastikan one day aku bukan setakat kawan tapi seseorang yang istimewa di hatimu sayang..bisik dan janji Ary di dalam hati.."
yesyesyes.ngeee
-na'dz
Post a Comment