PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Monday, May 18, 2009

Namamu Terpahat Dihati (16)

“ Nia tak kisah kan sayang? “ tanya Azril kepada isterinya sambil tenang memandu
“ Isy..tak lah..lagipun kan ke Shahrul dah jemput kita. Tak baik pulak kalau kita tak datang. Apa kata dia nanti..” Azril semakin tenang mendengar bicara isterinya..

Mulanya Azril agak keberatan apabila rakan sepejabatnya Shahrul mengundang dirinya dan Dania ke majlis potong jambul dan aqiqah anak pertamanya. Shahrul menjawat jawatan yang sama dengan Azril iaitu sebagai seorang jurutera perunding di sebuah syarikat pembinaan yang terkemuka di ibu kota. Shahrul merupakan teman sekerja yang rapat dengan Azril namun Shahrul terlebih dahulu menjawat jawatan tersebut berbanding dirinya.

Azril takut pada mulanya untuk mengajak Dania. Takut hati isterinya terusik. Takut hati isterinya terasa apabila melihat Shahrul yang lebih lambat berkahwin berbanding mereka sudah menimang cahaya mata. Azril merasakan hati isterinya sudah cukup terbeban. Namun itulah Dania..ketenangan tetap hadir dalam hatinya untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang..

Sejak Dania menceritakan hal yang sebenar mengenai keadaan dirinya setelah melakukan medical check up, Azril dapat merasakan isterinya itu sudah kembali ceria. Mungkin sebelum itu Dania takut Azril tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Tidak dapat menerima kenyataan bahawa rahimnya tidak cukup kuat untuk membolehkan dirinya mengandung. Takut jika dia tidak mahu bersama berkongsi masalah yang dihadapi..namun hakikatnya Azril bukan begitu..

Pada mulanya Azril sendiri terkejut. Terkejut dengan berita yang disampaikan oleh isterinya itu. Namun Azril mencuba untuk berfikir sejernih mungkin. Acap kali hatinya beristighfar..Inilah dugaan terbesar yang pernah hadir dalam hidupnya! Dan Rehan! Kepada Rehanlah segala masalahnya ditumpahkan, diceritakan..dan air matanya hampir gugur saat menceritakan hal tersebut kepada Rehan.

Namun Rehan tetap Rehan. Adiknya tetap di sisi..meminjamkan segunung kekuatan buat dirinya untuk terus bertahan. Hanya Rehan yang tahu. Dia tidak sanggup berkongsi berita memilukan itu bersama ahli keluarganya yang lain. Azril tidak mahu maruah isterinya jatuh di hadapan keluarganya sendiri. Dia bercerita kepada Rehan juga kerana hatinya sesak menerima berita itu..

Redha! Itu pesan Rehan. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Sememangnya hasil pemeriksan doktor itu selalunya tepat. Tapi doktor juga seorang manusia biasa. Apa kudrat seorang manusia hingga dia mampu memastikan bahawa seorang wanita itu tidak mampu mengandung? ALLAH memegang kuasa penuh dalam mencorakkan hidup setiap hambaNYA. Jika suatu saat DIA mengatakan ya, pasti semua akan terjadi. Jika ALLAH menghendaki Dania mengandung..pasti suatu saat hal itu akan terjadi dan ketika itu..segala hasil pemeriksaan doktor tidak langsung memberikan apa-apa makna…

Itu pesan Rehan pada dirinya yang sehingga kini masih tersemat kukuh dihatinya. Rehan sememangnya seorang adik yang sangat memahami. Setengah semangat hidupnya pasti hilang jika Rehan tiada untuk memberikan sokongan. Azril sendiri kagum dengan Rehan..mungkin juga kerana Rehan menerima didikan di sebuah sekolah berasrama penuh aliran agama..jadi nasihatnya sentiasa berisi dengan penekanan bahawa walau apa pun yang terjadi kita perlu kembali pada jalan ALLAH. Namun setiap orang yang tidak mengenali Rehan yang sebenarnya pasti tidak menyangka adiknya begitu kerana segala ilmu agama yang penuh di dadanya dibayangi oleh perangai adiknya yang cukup gila itu.

Berbekalkan doa yang berterusan, cinta yang cukup mendalam buat Dania juga semangat yang ditiupkan oleh Rehan..Azril mampu menerima kekurangan yang ada pada isterinya itu. Sehingga kini hidupnya masih bahagia bersama Dania dengan doa yang tidak putus-putus dipanjatkan pada YANG MAHA ESA, agar dia dan isterinya diberikan kesempatan untuk memegang amanah bagi mendidik seorang hamba ALLAH iaitu anak..

“ Abang tak nak turun ke..?” tanya Dania sambil merenung suaminya yang masih belum mematikan enjin kereta meskipun sudah berada di hadapan rumah Shahrul..
“ Ha..?” Azril tersedar. Rupanya sedari tadi dia memandu bersama hati yang jauh menerawang..
“ Urm..ye2..nak turun la ni..” Azril menjawab pantas sambil tangannya mematikan enjin kereta dan mendapatkan isterinya yang telah dulu bergerak menuju ke rumah Shahrul

Di rumah Shahrul majlis potong jambul dan aqiqah yang diadakan berjalan dengan lancar. Dan setelah majlis selesai dan semua penduduk taman di tempat tinggal Shahrul sudah beransur pulang..Azril dan Dania mengambil kesempatan untuk melihat anak Shahrul dan isterinya Suraya dengan lebih dekat..

“ Boleh saya dukung dia sekejap..?” tanya Dania pada Suraya, isteri Shahrul. Azril yang mendengar permintaan isterinya itu mampu mengesan nada suara Dania yang sayu..mungkin orang lain tidak perasan namun dia cukup mengerti isterinya itu. Azril yang duduk di sisi Dania memeluk erat bahu isterinya itu sambil tersenyum..Pelukan erat itu memberikan Dania ketegaran untuk tetap bersikap seperti biasa..

“ Boleh Nia..” Suraya pantas menjawab sambil menghulurkan bayinya kepada Dania. Dania tanpa rasa kekok mengendong bayi itu dan mencium pipi bayi tersebut yang dinamakan Mohd Amirul Fahmi berulangkali. Azril di sisi turut mengambil kesempatan untuk mencium pipi bayi yang comel itu. Azril dapat melihat wajah keibuan yang ada pada Dania. Dia pasti hati isterinya itu sedang merintih..andailah bayi yang dikendong itu bayi mereka..

“ Ambil berkat sikit Nia..mana tahu esok lusa you dengan Ril pulak dapat anak..” Shahrul yang sedari tadi melihat akhirnya bersuara. Azril dan Dania hanya mampu tersenyum dan mengaminkan kata-kata Shahrul itu. Dan setelah berbual kosong hampir setengah jam..akhirnya Azril dan Dania meminta diri untuk pulang.



---------------------------------------------------------------------------------

Buzz!! Anisa menoleh apabila laptopnya berbunyi.. Anisa tersenyum melihat kotak YM yang tertera di skrin laptopnya..Terpampang gambar Imran bersama Umairah di bucu kanan kotak tersebut..Isy, gambar baru lg..berdating je kejenye..getus hati Anisa..

Imran : Hai sis..miss u..any new story?

Anisa pantas menaip..

Anis Nisa : Miss u too. Nope. Stuck wif lots of assingmnt la dik..Im chat? Mak Su?
Imran : Alhamdulillah Im chat2 jek..tgok gmbar r beb..ae 2 Im g genting ngan Maira..=)
Anis Nisa : Ingt cket dik..jgn slalu bwk ank dara org ke hulu ke hilir..x elok..
Imran : U hv nothing 2 worry sis..I know..Im belajar lagi..nanti apa kata mak ayah Maira..jgn hmpakn Mak Su..jgn hmpakan akak..crik keje yg baik dlu right? This are all that u r going to say kn..dah 8001 kali akak pesan!!
Anis Nisa : Jgn ingt je lbey..buat nye tidak!!
Imran : Baek!!

Anisa hanya tersenyum melihat telatah adiknya..

Anis Nisa : Eh,akak tanya td Mak Su chat x?
Imran : Urm..act Mak Su tak bg Im inf0rm pd akak..tkt akak susah hati ktenye..tp Im x sdap hati la..skng Mak Su slalu sakit2 dada..Im pn x tau knape..

Anisa terkejut membaca khabar dr adiknya..

Anis Nisa : Sakit dada? Im x ajk Mak Su pergi klinik?
Imran : Im nk bwk dy pegi klinik dy x nk..akak phm2 je la Mak Su 2..dy kate dy ok jek..dy kate myb dy pnat lately bnyk temphn..pdhal ap la plak kaitan bnyk temphn dgn sakit dada..isy2,x phm..x phm..
Anis Nisa : Im jgn sambil lewa jga Mak Su tau dik..Im je yg tinggl utk jga Mak Su..akak dah jauh..akak x nk sumething yg bruk jd..risau akak kat
cni nnt Im..

Anisa berpesan pada Imran dengan penuh kerisauan..

Imran : Dun worry sis..juz concentrate on ur stdy..Im kan ank lelaki..I know how 2 handle it..coz skng Im tgok keadaan Mak Su masih t’kwal lg.. klw dah teruk then dy masih degil..Im seret je Mak Su pegi klinik t..

Anisa tersenyum membaca balasan adiknya..jauh di sudut hati dia percaya pada Imran kerana selama ini Imran jugalah yang menjaga dirinya dan Mak Su mereka..namun keresahan di hati Anisa masih tidak dapat disembunyikan..

Anis Nisa : Ingt pengorbnan Mak Su pd kt dik..skng kt yg kene jga dy elok-elok..
Imran : Im tau kak..Im pun sayang Mak Su..lgpn skng Im x dok hostel lg..Im dok umah jek..berulang ke cmpus everyday..sbb Im risau..skng Im lg sng nk jga Mak Su..

Anisa lega sedikit. Dia dapat melihat kesungguhan Imran seperti apa yang sebelum ini dijanjikan oleh adiknya itu..iaitu untuk menjaga Mak Su mereka sepanjang ketiadaannya di Malaysia..

Anis Nisa : Baguslah mcm tu..n remember this..if anything happen u must tell me ok..even akak jauh akak perlu tau apa-apa pn yg jd..jgn Im diam je bile Mak Su x bg inform pd akak..
Imran : I know sis..Im takkan rahsiakn apa-apa dr akak..itu janji Im..eh akak my sweetheart call la kak..Im chow dlu ye..take a good care of urself tau.. I’m gonna miss u sis..bye

Akhirnya Imran meminta diri setelah menerima panggilan telefon dari buah hatinya Umairah..


Anis Nisa : U too bro..gonna miss u 2..send my regards 2 Mak Su..bye

Kelihatan kemudiannya Imran ‘offline’ dari laman YM nya..

Setelah tugasannya selesai 1 jam berikutnya, Anisa terus merehatkan diri dengan berbaring di atas katil. Namun matanya susah untuk lelap kerana terlalu mengingati Mak Su setelah menerima berita dari Imran..Anisa risau jika sesuatu berlaku sedangkan dia jauh di perantauan..
YA ALLAH..lindungi Mak Su..doa Anisa di dalam hati dan akhirnya dia terlena sebelum memulakan semula perjuangannya di sini pada esok hari.

5 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

huhu..
cian nia n azril..
saba je la..
dugaan idop...

Anonymous said...

seannye nia n azril..tp btul kte rehan..
ape2 pon kne redha..i.Allah de bnde yg lbih baik Allah nak bg kt dorang..!

-cheesecake-

Nia Arissa said...

berat juga dugaan nia & azril...
anyway itulah ketentuan Ilahi...
macam cheesecake cakap...
maybe ada hikmah semua ni...
siapa tahu...

god job girls!

Anonymous said...

cepat skit sambung!!!

ceritaku MEMORIKU said...

betolbetol
sian nia an azril.
rezeki setiap insan.
kite rancang tuhan tentukan.
ahakzz...
-na'dz

Post a Comment