PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Friday, May 15, 2009

Namamu Terpahat Dihati (13)

Malam itu Anisa mengisi waktunya dengan menyelesaikan tugasan yang masih berbaki. Dia malas ingin mengingat kejadian tadi siang. Buat sakit hati aje! Semakin dingin cuaca di rasakan..laptopnya dibiarkan terbuka..Setelah beberapa ketika Anisa tertoleh ke arah screen saver laptopnya. Terlihat wajah Imran, adik yang begitu disayangi..juga gambar Mak Sunya.

Sweet jugak adik aku ni..patutlah ramai peminat. Tapi Anisa berbangga kerana adiknya tidak menggunakan raut wajahnya itu untuk memainkan perasaan orang. Adiknya seorang yang setia. Anisa sendiri mengenali wanita yang begitu disayangi oleh adiknya sejak di zaman sekolah menengah lagi. Anisalah yang selalu menjadi tempat Imran meluahkan perasaan bercerita mengenai Umairah. Anisa sendiri kagum melihat adiknya begitu setia dengan Umairah sehingga mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di kolej matrikulasi dan kini universiti. Namun mereka belajar di universiti yang berlainan.

“ Bukan macam si Ary tu..Huh, harap muka je hensem..” Yaks, apahal pulak aku teringat kat mamat sorang tu? Isy2..Anisa menggeleng-gelengkan kepalanya..

Anisa masih teringat apabila dia sering bertanya kenapa Imran begitu setia dengan Umairah dan jawapan adiknya cuma satu. Imran tak mahu mempermainkan perasaan orang kerana dia punya kakak. Dia tidak mahu suatu hari nanti Anisa pula yang dipermainkan orang..Anisa tersenyum..rindunya begitu menebal. Dia juga begitu merindui masakan Mak Sunya..

Kini gambar screen saver laptopnya memperlihatkan pula wajah teman-teman sekuliahnya. Banyak kenangan terindah semasa menuntut di UKM dulu..benar kata orang..zaman belajar adalah zaman yang paling best sekali..lama dia menatap screen saver laptopnya melihat satu-persatu gambar yang tertera..Tiba-tiba muncul gambar Azril..Anisa tersentak!

Gambarnya dan Azril sewaktu mereka bersahabat baik dulu. Gambar Azril tersenyum di sisinya. Gambar dia dan Azril sewaktu sama-sama mewakili kolej mereka semasa sukan universiti. Gambar semasa dia dan Azril berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Semua kenangan bersama Azril sentiasa terakam kemas di kotak memori juga tersemat indah di dalam hatinya. Bagaimana dia sekarang? Pasti dia sedang berbahagia..YA ALLAH..hati Anisa tiba-tiba menjadi sebak..

Anisa..tabah2! Pasti DIA telah menjanjikan sesuatu yang baik buat kau..ujar Anisa di dalam hati walaupun hakikatnya dia sendiri tidak pasti..bila dia akan menemui seseorang yang akan menyayanginya..juga seseorang yang sebenarnya boleh dia sayangi tanpa dibayangi kenangan Azril..dia tidak tahu kenapa..sayangnya begitu menebal buat Azril..bukan sepenuhnya sebagai seorang kekasih tapi juga sebagai seorang sahabat..Azril sahabat yang sangat memahami..dia hanya mampu berdoa semoga dia dapat melupakan Azril cepat.

“ Nisa!” tiba-tiba dia terdengar suara rakan serumahnya Bella mengetuk pintu biliknya. Anisa tersedar dari lamunan dan tangannya pantas menggerakkan mouse laptopnya..hilang sudah gambar Azril..

“ Ya? Come in” Anisa menjerit menyahut dari dalam.
“ Anything?” Anisa bertanya kepada Bella
“ A phone call for you ” ujar Bella ringkas
Ek? Siapa pulak yang call aku malam-malam buta ni? Anisa bertanya di dalam hati. Jarang dia menerima panggilan telefon di sini. Jika ada pun mungkin dari teman-teman sekampusnya yang ingin bertanyakan mengenai projek dan tugasan mereka..

“ Siapa?” Anisa bertanya..
“ Ntah..your secret admirer kot..” Bella menjawab sambil tersenyum..
“ Eh..cepat la..apa lagi tu?” Bella menggesa Anisa apabila dia melihat Anisa seperti masih memikirkan sesuatu..
“ Ok2..” Anisa pantas mendapatkan telefon di ruang tengah aparmentnya itu..

“ Hello..Nisa speaking..” Anisa menyapa tanpa salam kerana dia khuatir yang menelefonnya teman yang bukan Islam..

“ Assalamualaikum..” tiba-tiba kedengaran suatu suara memberi salam..suara yang amat dikenali..
Ary? Anisa terkejut! Pantas ganggang telefon dijauhkan dari telinga dan diletakkan di hadapan wajahnya..
Buang tebiat ke dia ni? Tadi siang kau tengking aku! Sekarang nak sambung lagi ke? Anisa pelik. Salam Ary hanya dijawab di dalam hati. Ganggang telefon diletakkan kembali ditelinganya..

“ May I know who’s speaking there? “ Anisa menjawab dingin. Dia malas melayan jika Ary hanya ingin menyakitkan lagi hatinya

Ary tergamam! Aduh..kenapa aku berpeluh-peluh pulak nie? Ary mundar-mandir di dalam biliknya. Minah ni tak kenal ak ke??

“ Urm..Nisa! Ary ni..” Ary memberitahu ringkas..selebihnya dia tidak tahu menyusun ayat. Bagaimana dia mahu memulakan bicara untuk memohon maaf dan berterima kasih..kalau salah cakap boleh kene bambu aku dengan dia nanti..Mulut dia ni bukan boleh percaya sangat..Ary berkira-kira di dalam hati..

“ Ary? Which one Ary? I have a lots of friend name Ary..Arianna? Arimah? Arimaton? Or Ary bin Abu? If you are not in my list..sorry, wrong number..” Anisa menjawab dengan suara sinis..

Boleh pulak! Banyak ke nama kawan kau yang Ary cik kak oii!! Ary menjerit di dalam hati. Ada-ada aje…

“ Nisa..please jangan macam ni..you marah kat I ke? “ Ary bersuara perlahan..
Of course aku marah! Bodohnya soalan kau ni..Anisa menjerit di dalam hati

“ Marah? For what? Do I know you? Mr apa tadi? Yah Mr Ary..” Anisa menjawab lagi. Dia sengaja menjawab begitu..

“ Nisa…” Ary semakin melembutkan suaranya..
Aduh, romantikla pulak! Anisa berkata di dalam hati..

Tetapi seketika talian senyap..Ary di sebelah sana hanya diam..tiba2..

“ Hello Nisa…” kedengaran suara Aunty Sarah menyapanya..
“ Eh Aunty Sarah..” Anisa menjawab kelam kabut. Siot kau Ary! Kau gunakan mama kau pulak ye. Kau tau kalau mama kau yang cakap takkan aku nak buat-buat tak kenal pulak kan? Dasar otak pembelit..ada je cara kau..

“ Sorrylah mengganggu Nisa malam-malam ni..Ary wanna say something to you..” Aunty Sarah memberitahu lembut..
“ Urm..ok Aunty..sure..why not…” Anisa menjawab gagap. Ary!!! Anisa menjerit di dalam hati..

Ary di sebelah mamanya tersenyum melebar! Padan muka kau..kau ingat senang-senang kau nak mainkan aku? Nasib mamanya sentiasa sporting dan boleh dianjak berkomplot..lantas Ary mencium pipi mamanya sambil mengenyitkan mata. Bibirnya digerakkan tanda dia mengucapkan ‘thanks’ pada mamanya..Aunty Sarah hanya tersenyum melihat telatah Ary..kemudian Ary terus kembali ke dalam kamarnya..

“ You nak apa? “ Anisa pantas bertanya apabila dia kembali mendengar suara Ary..
“ You dah kenal I? Tadi fius you terbakar sekejap ye?” Ary bertanya selamba
“ Aah! Lepas kene tengking, kene tampar dan kene marah tak tentu pasal I memang jadi macam ni! So, what’s the matter? I busy ni…” Anisa menjawab hambar. Selebihnya dia menahan sebak
Ary tergamam. Dia tahu Anisa masih marahkannya melalui sapaannya yang dingin..
“ Nisa..to be very honest..I admit I rasa bersalah sangat kat you. I’m really-really sorry Nisa..I tahu I tak patut tengking you tadi…” Ary menjawab lembut..
Anisa menarik nafas panjang mendengar permintaan maaf dari Ary..entah ikhlas entah tidak!

“ Penting ke you nak mintak maaf dari I?” Anisa bertanya dingin
“ Of course! And one more..I wanna say thank to you. Sebab you tolong I malam tu..I’m really appreciated it. Mama I pesan tak baik jadi orang tak tahu kenang budi..” Ary menjawab jujur..

Anisa terdiam! Jadi kau ucap terima kasih sebab mama kau? Kau tak berniat pun kan? Jerit Anisa dalam hati..

“ You tak payah nak berterima kasih pada I. You patut bersyukur sebab ALLAH bukak pintu hati I untuk teman Zaida malam tu then I ternampak you..” Anisa menjawab tenang..

“ And yang pasal tadi siang lupakan jela..I sepatutnya tak sibuk-sibuk masuk campur dalam urusan hidup you. But from now onwards kita tak payah la berbaik sangat. I tak nak dituduh macam-macam..” Anisa bersuara perlahan. Hatinya malas untuk melayan kerenah Ary lagi..

“ Nisa..you jangan macam ni..” Ary bertanya cemas..Dia risau kerana tiada lagi kata berbisa yang terdengar sejak dari tadi dia menghubungi Anisa. Suara Anisa lain..

“ Anything else?” Anisa bertanya lagi
“ Nisa..I…” belum sempat Ary meneruskan kata-katanya Anisa lantas memotong..

“ Kalau tak de pape lagi..I gotta go first..I busy..Assalamualaikum..” lantas ganggang telefonnya diletakkan..Anisa letih..Dia tidak mahu mencari masalah disini..

Ary dihujung talian terdiam. Anisa tidak langsung menerima kata maafnya tapi hanya meminta dia melupakan saja incident petang tadi..Ary buntu…

5 comments:

Anonymous said...

hohoho..noti la ari ni..ade ke ptut bg mak die ckp..ekekek..ary..ary..da gelabahla tu..nisa xnk baik ngn die da..pdn muke..!

-cheesecake-

Nia Arissa said...

aik..kata macho man... apasal masih mintak tolong kat mak die lagi.. malu la beb...

apa pun citer ni memang best..

Anonymous said...

nk lg.....best...best....

keSENGALan teserlah.. said...

ha..
pujok jgn xpujok ary..
tuh la..cri mslah lgi..
isk2..
smbung2..

ceritaku MEMORIKU said...

weeee.
g ah pjuk nisa..ary.
aahakkzz.
-na'dz

Post a Comment