PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Friday, May 15, 2009

Namamu Terpahat Dihati (12)

Setelah jauh Anisa ditarik oleh Ary akhirnya Anisa berbicara…
“ Eh..dah2..dah jauh nie..you nak tarik I pergi mane lagi? “ Anisa lantas terus menarik lengannya daripada genggaman Ary. Selebihnya hatinya membuku..kerana Ary kini hidupnya sesak kerana perlu mempunyai seorang musuh! Melly gedik tu ingat aku nak rampas si Ary ni dari dia ke apa? Huh, please!! Bagi free pun aku kene fikir 10 kali dulu..jerit Anisa di dalam hati

Ary hanya membiarkan. Dia mengeluh. Fikirannya berserabut. Dia malas hendak berdepan dengan perangai Melly yang tak tentu hala tu. Sebelum ini dia tidak pernah berjanji apa-apa pada Melly. Sejak awal dulu dia telah memberitahu bahawa hatinya malas untuk memberikan sebarang komitmen pada seorang wanita. Semuanya dianggap kawan biasa. Dari dulu hingga sekarang dia memang begitu. Namun Melly sendiri yang tidak kisah, katanya dia hanya mahu berkawan! Dia tidak akan meminta lebih. Jadi Ary tidak kisah.

Dari zaman sekolah dulu Ary memang terkenal dengan sikapnya yang ramai kawan perempuan. Dia tahu ramai yang meminatinya tapi baginya semua kawan biasa. Mungkin silapnya juga kerana terlalu mesra dengan wanita-wanita yang meminatinya sehingga mereka mengharapkan lebih dari itu. Namun yang pasti hingga kini dia masih belum menjumpai seseorang yang istimewa. Kini lain pula ceritanya…

Kalau lah apa-apa yang tidak elok berlaku malam tu. Apa akan jadi? Dia yakin dan pasti jika ada apa-apa berlaku Melly pasti akan mengugutnya dan meminta dia bertanggungjawab meskipun dia tidak bersalah. Boleh mengamuk papa dan mamanya. Silap-silap dia boleh dibuang keluarga. Kemarahan papanya bukan boleh dibuat main. Hal buruk seperti ini boleh menjatuhkan maruah keluarga!

Ary tidak suka jika maruah keluarganya dipertaruhkan. Oleh sebab itu, meskipun selama ini dia boleh dikatakan kaki perempuan, namun dia masih kuat menjaga maruah keluarganya. Dia akan pastikan perilakunya tidak melanggar batas-batas yang boleh menjatuhkan maruah keluarga. Tanpa bersuara hati Ary semakin berang apabila mengingati perangai Melly itu!

Tanpa Ary sedari dia masih berjalan di sisi Anisa..
“ You ada kelas lagi tak? “ Ary akhirnya bersuara
“ Tak ” Anisa menjawab pendek dan malas.
“ I teman you balik.” Ary hanya menjawab pendek juga. Anisa lantas tertoleh
“ Tak payah! I masih tahu jalan balik. Bukannya jauh pun. Nanti kalau girlfriend you tu nampak. I kena tampar lagi!.” Anisa menjawab geram. Meskipun hatinya marah pada Melly, tapi dia rasakan Ary turut bersalah. Kalau tahu diri dah tak suka buat apa masih rapat? Kalau Ary tak beri harapan dan layan si Melly tu lebih-lebih, perempuan tu pun tak kan perasan..Hai, payah!

“ I don’t care! “ Ary menjawab tegas. Akhirnya Anisa hanya membiarkan saja Ary menemaninya pulang dengan berjalan kaki. Sebenarnya apartmentnya bukan jauh sangat pun. Hanya 20 minit masa diperlukan untuk dia berulangalik ke universiti setiap hari. Tapi kalau berjalan macam itik pulang petang mahu 30 minit jugalah. Lantak kau lah! Keras kepala betul! Anisa menjerit di dalam hati.

“ Macam mana lah you boleh berkawan dengan perempuan macam tu? You tak fikir ke later dia boleh susahkan hidup you? Eh..tak payah tunggu later! Sekarang pun dah terbukti..” Anisa bersuara sambil tersenyum sinis. Dia sengaja mahu menaikkan darah Ary kerana hatinya juga masih membuku.

“ Ala..I bukan bercouple pun dengan dia. Juz friend. I didn’t see any problem with that. Dah dia tu yang melebih-lebih. I tak pernah janji nak commit apa-apa dengan dia. She clearly knew about it since first time we met here..” Ary membalas untuk membela diri. Kenapa dia pulak yang dipersalahkan? Bukan dia yang mencari masalah

Anisa mencebik mendengar Ary membela diri. Dah salah masih jugak taknak mengaku!
“ You ingat semua tu salah dia je la?” Anisa masih tak puas hati..
“ Of course! You jangan nak salahkan I pulak. Dia yang tampar you kan? Bukan I..Sepatutnya you marah dia bukan marah I. Hal malam tu pun dia yang plan, bukan I! Kan?” Ary menguatkan suara bagi melahirkan rasa tidak puas hatinya juga.

“ Yah, yang tu I know. You tak payah nak state pun I tahu. Tapi kalau you pun tak layan dia lebih-lebih, dia tak kan perasan! I nampak macam mana you layan dia, peluk sana peluk sini. That’s why dia mengharap lebih dari you!” Anisa juga tak mahu kalah..

Ary hanya diam sambil meneruskan langkahannya. Amarah di hatinya mendengar pernyataan Anisa hanya disimpan di dalam hati. Anisa menjadi semakin panas..dia buat bodoh je? Anisa turut menyaingi langkah Ary sambil terus menekan Ary dengan pelbagai perkara.

“ You dah tahu dia tergila-gilakan you kan? Buat apa you rapat dengan dia lagi? Itu sengaja mencari masalah namanya!..” Anisa menambah lagi.Ary semakin sesak..

“ You jangan nak membebel boleh tak? I tengah berserabut ni…” Ary bersuara perlahan tapi tegas..

“ Tau pulak you nak suruh I diam? Yang jadi mangsa sekarang siapa? I kan? Tak pasal-pasal I bermusuh dengan dia. I ni kenal dia pun tak…” Anisa galak menjawab

“ Dah tu you nak I buat apa? Nak pergi melutut mintak maaf dengan dia pulak. Huh, mati hidup balik pun I tak nak la. Dah memang I tak salah..” Ary menjawab kasar

Anisa menahan sabar, geramnya masih terasa…
“ Tak sangka kan..lelaki playboy macam you ni pun senang-senang je boleh kene tipu dengan perempuan tu. Senang-senang je!..” Anisa menekan lagi ayatnya dengan suara sinis.

Ary buntu berbicara..Hatinya bertambah sakit mendengar bicara Anisa..
“ Kalau I tak de malam tu..tak tahu apa agaknya akan jadi pada you! Silap-silap..” tanpa sempat dia menyambung kata..

“ Shut up Nisa!” tengking Ary sambil mencengkam kedua belah lengan Anisa. Ary sudah hilang sabar. Dia sabar mendengar bebelan Anisa dari tadi, tapi jika kelakiannya diperkotak-katik seperti dia tidak mampu untuk menjaga dirinya sendiri, dia tidak boleh terima! Anisa terkejut. Dia tidak sangka Ary akan menengkingnya di khalayak ramai. Dia tidak kisah Ary ingin memarahinya, tapi bukan menengkingnya di khalayak ramai! Anisa terkesima..

“ You kalau dari tadi membebel untuk sengaja sakitkan hati I baik tak payah!” Ary menengking lagi. Anisa sebak..dia perasan ada beberapa mata yang sudah memandang dia dan Ary.

“ Baik you balik sendiri sekarang! I dah tak kuasa nak teman you..” Ary menegendurkan suaranya tapi dia pantas juga menolak lengan Anisa yang dicengkamnya tadi. Anisa terdorong kebelakang..

Anisa bergenang air mata. Dia tidak pernah diperlakukan seperti ini. Dia tidak mampu berbicara, dia hanya mampu memandang Ary tanpa kata.

“ Apa lagi tunggu? Baliklah..” Ary menjerit lantas terus berpatah balik meninggalkan Anisa. Fikirannya buntu…

Anisa hanya melihat Ary jauh meninggalkannya. Hatinya sebak dan malu tapi selebihnya dia merasa geram dan marah. Ada ke aku suruh kau teman kau tadi? Tak de kan?? Anisa menjerit kuat di dalam hati.

Anisa lantas meneruskan langkahannya untuk pulang ke apartment. Dia cuba menahan dan mengesat air mata yang hampir menitis. Dia tidak pernah berniat untuk mencari musuh, apatah lagi kini..dia tidak berniat membuat Ary marah..Tidak! Dia tidak akan menangis hanya kerana perkara remeh begini. Selama ini dia begitu tegar. Pelbagai dugaan dilalui dengan tabah. Kematian ibu dan ayahnya..perkahwinan Azril dan Dania!

Hatinya hancur saat kehilangan orang tua namun dia bangkit kerana Imran! Hatinya hancur saat melihat pernikahan Azril dan Dania tapi dia bangkit jua demi harapan arwah ibu dan ayahnya, jua demi Imran dan Mak Su! Anisa mengeraskan hatinya. Dia tidak boleh nangis semata-mata kerana Ary! Lantak lah, dia bukan penting pun dalam hidup aku..akhirnya dengan langkah longlai Anisa tiba jua di apartmentnya. Sebaik tiba dia lantas menunaikan solat asar..ketika itu waktu di UK masih petang.



Malam itu, di rumah Ary termenung jauh….
Setelah solat isya’ tadi hatinya menjadi lebih tenang. Dia mengimbau kembali pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidupnya sepanjang hari ini. Pertama kali dalam hidupnya dia menampar seorang wanita dan tak pasal-pasal Anisa pula yang ditengking bagi melepaskan rasa marahnya..Anisa!

Ary meraup mukanya berkali-kali dan beristighfar. Dia merasa amat bersalah.. Anisa tak salah apa-apa. Meskipun kata-kata Anisa tadi menyesakkan dan membangkitkan kemarahnnya, tapi semua yang dikatakan itu ada benarnya juga. Ary menyesal kerana meskipun marah dia tidak sepatutnya menengking Anisa. Apalah sangat salah Anisa..kerana mulut comel itu memang telah diketahuinya agak berbisa bila berbicara sejak pertama kali dia mengenali Anisa..

” Patutnya aku lebih sabar, bukan ke mulut dia memang laser. Tapi tak de salahnya apa yang dia cakap..” Ary berkata di dalam hati..Dia nampak air mata Anisa bergenang semasa ditengking, tapi dia hanya membiarkannya sahaja..

Huh..Nisa..
Ary pantas keluar dari kamarnya dan menemui mamanya yang sedang menonton televisyen..

“ Ary dah makan sayang?” sapa Aunty Sarah pada anak bujangnya.
“ Belum..tak de selera la ma..” jawab Ary sambil matanya juga tertumpu melihat rancangan yang ditonton mamanya. Rancangan apa ni? Fesyen-fesyen? Aduh, boringnya..Ary berkata dalam hati

Aunty Sarah yang mendengar hanya tersenyum. Ary pasti mempunyai masalah kerana jarang anaknya itu tidak makan jika sudah dimasakkan..
“ Ary dah ucap terima kasih pada Nisa? Aunty Sarah bertanya.
Ary pantas menoleh..
“ For what?” Ary bertanya pelik. Aunty Sarah hanya menggeleng-geleng melihat perilaku anaknya..
“ Kan dia dah tolong Ary..at least Ary ucap la terima kasih pada dia sebab hantar Ary balik malam tu..mama tak pernah ajar Ary untuk tak tahu kenang budi orang kan..?” jawab Aunty Sarah perlahan tapi lembut..

Ary mengeluh lagi untuk kesekian kalinya walaupun dia tahu tidak baik mengeluh. Dia semakin rasa bersalah..

“Ma..” Ary memanggil mamanya..
“ Ya sayang” Aunty Sarah menjawab panggilan anaknya meskipun matanya masih tidak beralih dari kaca tv.
“ Mama ada no fon Nisa? At least no fon aprtmen dia ke? Mama kan rapat dengan student-student papa..” akhirnya Ary bertanya lembut..
Aunty Sarah pantas berpaling pada anak bujangnya sambil tersenyum..
“ Sure sayang…” jawab Aunty Sarah

6 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

huhu..
haila ary2..
tu la..seblom wat xmo pk..
kan da susa skang..
cian kat nisa..
huhu..

btw,,ader tesalah nme time ary nk mintak num fon nisa dri mams dye..
awak tlis
"mama,ada no fon ary?"
suppose ary tuh b nisa right...

ngeee..smbung2...

Nia Arissa said...

he3..camne hero bleh tersilap eks.. best la citer ni.. smbg cpt2 tau.. to ary... cool man..

aien Ayin said...

alamk..aah la..
sy silap taip..
bru perasan..
sy da btulkan..
hehe tq!! =)

Miss Kira said...

nak lg..cpt la smbg..
nisa jgn jual murah klau ary minta maaf..
jual mahal skit..
hehehe

Anonymous said...

ahaha..xpasal je nisa kne marah..
isk2..ary ni..nk kne ni..huhu..

-cheesecake-

ceritaku MEMORIKU said...

weeee.
ary dh mnta no nisa.
ahakzzz.
-na'dz

Post a Comment